PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KEEMPAT POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
1. MAJLIS KONVOKESYEN Majlis Konvokesyen secara rasmi dijadual bermula pada 28 Mac 2015 (Sabtu) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Sri Putra Politeknik Nilai. Para graduan diminta untuk mendaftar kehadiran kepada pihak urusetia pengurusan graduan jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi di Bilik Koordinator Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai. Para graduan akan berarak masuk ke dewan majlis pada pukul 9.30 pagi . Kelewatan graduan akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan masuk ke dewan majlis .Graduan wajib menghadiri majlis raptai pada 27 Mac 2015 (Jumaat) dan mendaftar serta mengambil Jubah,pas masuk dan stiker kenderaan ibubapa/tetamu graduan di Bilik Koordinaator Unit Hal Ehwal Pelajar pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. 1.1
Bayaran menghadiri majlis konvokesyen keempat PNS 1.1.1 1.1.2
1.2
Bayaran bagi menghadiri majlis konvokesyen adalah sebanyak RM 230.00 Kaedah pembayaran ke akaun KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD ( No akaun : 05058010013940) di mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) gunakan slip wang masuk “bill payment” yang boleh didapati dari bank BIMB
Graduan yang bersetuju untuk menghadiri majlis konvokesyen ini perlu mengikut arahan-arahan berikut : 1.2.1
Mengembalikan Surat Jawapan Kehadiran (AKAN HADIR)
1.2.2
Menyertakan salinan asal slip pembayaran Bank BIMB (berjumlah RM230.00)
1.2.3
Sila tuliskan Nama , No Pendaftaran Pelajar dan No. Kad Pengenalan di bahagian belakang salinan slip pembayaran bank tersebut. Segala maklumat yang dinyatakan pada para 1.2.1 hingga 1.2.3 hendaklah di Pos Laju bagi memastikan surat sampai dengan selamat dan segera dialamatkan kepada :
1
Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengurusan Graduan) Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai Negeri Sembilan 71760 Bandar Enstek , Negeri Sembilan
1.3
1.2.4
Sila KEMBALIKAN BORANG JAWAPAN SERTA RESIT BAYARAN sebelum atau pada 9 hb Mac 2015 . ini adalah bagi membolehkan pihak urusetia menghantar dokumen – dokumen lain yang berkaitan .
1.2.5
Mengisi/ melengkapkan secara ‘on-line’ Kajian Pengesahan Graduan ( sila rujuk panduan mengisi secara ‘on-line’ di laman sesawang http://graduat .mohe.gov.my . Graduan boleh mula mengisi borang tersebut bermula pada 28 hb Februari 2015 dan perlu melakukan perkara berikut: i. Mencetak slip pengesahan pengisian secara ‘on-line’ kajian pengesahan graduan. ii. Membawa bersama cetakan slip pengesahan tersebut pada hari raptai untuk diserahkan kepada urusetia kepada urusetia graduan.
Ibubapa/tetamu Graduan 1.3.1
Ibubapa/tetamu perlu berada di dewan Majlis Konvokesyen selewat lewatnya pada pukul 9.00 pagi . Pintu masuk dewan akan ditutup setengah jam sebelum majlis bermula bagi melancarkan majlis .
1.3.2
Bilangan tetamu atau ibubapa graduan yang dibenarkan berada di dalam Dewan Majlis Konvokesyen adalah seramai 2 orang sahaja bagi setiap graduan dan kanak kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan
1.3.3
Tetamu/Ibubapa graduan perlu menunjukkan kad jemputan majlis konvokesyen (yang akan diberikan kepada graduan semasa raptai)bagi membolehkan untuk masuk Ke Dewan Majlis Konvokesyen
1.3.4
Ibubapa/tetamu perlu mempamerkan stiker kenderaan dikenderaan masing masing kepada pengawal keselamatan . Sebuah kenderaan sahaja dibenarkan untuk masuk ke Politeknik Nilai semasa Majlis konvokesyen diadakan. Setiap graduan akan diberikan 1 stiker kenderaan semasa raptai.
1.3.5
Ibubapa/tetamu jemputan perlu berpakaian formal dan sopan semasa berada di Dewan Majlis Konvokesyen.
2
2. RAPTAI Raptai sempena Majlis Konvokesyen akan bermula pada pada 27 Mac 2015 (Jumaat). Para graduan diminta mendaftar kehadiran kepada pihak urusetia pengurusan graduan pada jam 8.00 hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Koordinator Unit Hal Ehwal Pelajar manakala Raptai Konvo akan diadakan pada pukul 2.30 ptg -5.00 ptg . Syarat- syarat penyertaan raptai Menghadiri raptai pada waktu yang telah ditetapkan. penampilan diri hendaklah kemas dan bersopan sebagai lulusan (berpakaian formal) . Graduan yang tidak hadir atau tidak mendaftar semasa hari raptai serta tidak mengikut peraturan seperti yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
3. PERATURAN PAKAIAN GRADUAN KONVOKESYEN
3.1
Syarat- syarat berpakaian konvokesyen 3.1.1 Mendaftar pada waktu yang telah ditetapkan. penampilan diri hendaklah kemas dan bersopan sebagai graduan (berpakaian formal) . Cara berpakaian untuk graduan lelaki adalah seperti berikut : i.
Bagi graduan lelaki -Memakai pakaian lengkap kebangsaan serba hitam (songkok, seluar, samping dan kasut berwarna hitam/gelap dan berstoking) ATAU
ii.
Memakai kemeja lengan panjang berwarna cerah beserta dengan tali leher , seluar panjang berwarna hitam dan kasut bertutup berwarna hitam/gelap dan berstoking. DAN
iii.
Rambut hendaklah dalam keadaan kemas dan pendek . Lulusan berambut panjang/berkekor/berwarna-warni tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
3
(a) Cara berpakaian untuk graduan perempuan adalah seperti berikut : I.
Bagi graduan perempuan , hendaklah memakai pakaian kebangsaan (baju kurung atau kebaya panjang-warna bebas) dan berkasut bertutup bewarna hitam/gelap . Bagi yang beragama islam, hendaklah memakai tudung bewarna hitam.
II.
Anda DILARANG sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan/menjolok mata, jarang ,belah,ketat dan yang dikira mendedahkan aurat serta menjejaskan perjalanan majlis.
Segala rayuan untuk mendapat kelonggaran mengenai perkara di atas tidak akan dilayan. 4. GRADUAN YANG TIDAK HADIR KONVOKESYEN Lulusan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen PNS perlu mengambil beberapa tindakan iaitu : 4.1
Mengembalikan Surat Jawapan Kehadiran (TIDAK HADIR)
4.2
Menyertakan salianan slip pembayaran Bank Bank Islam Malaysia Berhad (berjumlah RM115) sila tuliskan Nama, No K.P dan No Pendaftaran pelajar di bahagian belakang salinan slip pembayaran bank tersebut.
4.3
Kajian Pengesahan Graduan
4.3.1
Mengisi/ melengkapkan secara ‘on-line’ Kajian Pengesahan Graduan ( sila rujuk panduan mengisi secara ‘on-line’ di laman sesawang http://graduat .mohe.gov.my . Graduan boleh mula mengisi borang tersebut bermula pada 28 hb Feb 2015 dan perlu melakukan perkara berikut: iii. Mencetak slip pengesahan pengisian secara ‘on-line’ kajian pengesahan graduan. iv. Menghantar cetakan slip pengesahan tersebut kepada kepada urusetia kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (urusetia pengurusan graduan)
4
5. JUBAH KONVOKESYEN 5.1
Peminjaman Jubah Peminjaman jubah boleh dibuat pada hari Raptai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Bilik Jubah Unit Hal Ehwal Pelajar
5.2
Pemulangan Jubah 5.2.1
Jubah Konvokesyen hendaklah dipulangkan pada 28 Mac 2014 (Sabtu) jam 2.30 petang hingga 4.30 petang atau pada 1 April 2015 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Bilik Jubah Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik NIlai. Urusan pada waktu selain daripada yang dinyatakan tidak akan dilayan.
5.2.2
Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma ditahan.
5.2.3
Para graduan akan dikenakan denda sebanyak RM30.00 sehari sekiranya graduan gagal memulangkan jubah dalam tempoh yang ditetapkan. kegagalan menjelaskan bayaran tersebut juga akan menyebabkan diploma ditahan . sila pastikan setiap urusan hendaklah beresit.
5.2.4
Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran gantirugi sebanyak RM 400.00 setiap satu.
6. PENGAMBILAN TRANSKIP DAN DIPLOMA 6.1
Para lulusan boleh mengambil Transkip dan Diploma masing-masing pada 28 Mac 2014 Jam 3.00 Petang di Bilik Koordinator Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai.
6.2
Lulusan hendaklah mengemukakan borang pemulangan jubah sebagai bukti semasa menuntut diploma.
6.3
Lulusan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen boleh menuntut diploma mereka secara 6.3.1
Menuntut sendiri di Unit peperiksaan blok bangunan pentadbiran politeknik nilai dengan mengemukakan salinan slip bayaran bank islam ATAU
6.4
Diploma yang tidak dituntut akan terus disiimpan oleh unit peperiksaan , Politeknik Nilai 5
7.
PETA LOKASI POLITEKNIK NILAI DAN SENARAI HOTEL PENGINAPAN Rujuk lampiran 1 & 2
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia jemputan graduan/ibubapa Pn Nor Azlinda Bte Md.Atan di talian 06-7980408 atau Cik Siti Hajar Binti Arifen di talian 06-7980441. Urusan Jubah hubungi Puan Nurul Aimi Bte Ahmad Suandi atau Puan Adlan Norliza Bte Abdullah di talian 06-7980474/441.
LAMPIRAN 1
PETA LOKASI POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
KAMI BERADA DI SINI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN.
6
Kordinat di Goole maps: 2.721204, 101.788931
LAMPIRAN 2
SENARAI HOTEL 1. HOTEL SRI ENSTEK No. 61, Jalan Timur 6/1B, Timur @ Enstek, 71800 Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 794 7662 2. HOTEL NILAI PT 9999, Jalan BBN 1/3D, Putra Point Phase 2A, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel : 06 799 8388 3. HOTEL AETON Jalan BBN 1/1, Putra Nilai 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel : +06.7992358 4. HOTEL SERI NILAI PT 12990, Putra Indah 3B, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel: 0608503370 5. HOTEL TIME PT 12940 Jalan BBN 1/7d, Bandar Putra Nilai,, 71800 Nilai, Negeri Sembilan TeL : 067333380 6. HOTEL ASTON Pt 7182 Jalan BBN 1/2EPutra Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan , Tel: +6 06 799 8888 www.theastonhotel.com.my 7
7. HOTEL EMPRESS Jalan ST 1C/7, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Tel: 603 - 8706 7777 8. HOTEL SAMA SAMA Jalan CTA 4 B, 64000 KLIA, Sepang, Selangor Tel: +603 8787 3333 9. HOTEL TUNE Near the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) and Pos Malaysia Lot PT 29, Jalan KLIA S4, 64000 KLIA Selangor Tel: 1300 88 TUNE(8863) / +60 (3) 7962 5888 10. HOTEL CONCORDE Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang, Selangor Tel: +603 8783 3118 11. KLANA RESORT PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, 70100 Seremban,Negeri Sembilan, Tel:+606 - 766 7888 12. HOTEL SRI MALAYSIA Jalan Sungai Ujong 70200 Seremban Negeri Sembilan TEL : 06-764 4181
8