MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14
Makluman Penting Kepada Bakal Graduan Pusat Pengajian Pascasiswazah
SEMAKAN STATUS LAYAK BERGRADUAT
1.1.
Boleh dibuat mulai 3 Oktober 2012.
TARIKH DAN MAJLIS KONVOKESYEN 1.1
Majlis Konvokesyen UMS Ke-14 akan diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah pada : Tarikh : 20, 21 & 22 Oktober 2012 Hari
1.2.
: Sabtu, Ahad & Isnin
Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa mengenai sebarang maklumat Majlis Konvokesyen melalui laman web http://bpa.ums.edu.my
YURAN KONVOKEYSEN 1.1
Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak, wajib membayar yuran konvokesyen mengikut kadar RM150.00.
1.2.
Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, boleh membayar yuran konvokesyen pada bila-bila waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari,Blok Utara Bangunan Canselori. Walaubagaimanapun, Skrol/Transkrip graduan hanya dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) perlu dijelaskan.
1.3.
Hutang pelajar boleh disemak melalui Sistem Penyelarasan Hutang dalam web http://bpa.ums.edu.my.
TARIKH TAKLIMAT DAN RAPTAI 1.1.
Sesi taklimat dan raptai konvokesyen akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut : Tarikh
: 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa
: 2.30 Petang
Tempat
: Dewan Canselor
DISPLIN MAJLIS 1.1 Setiap graduan dan tetamu tidak dibenarkan melakukan perkara berikut semasa di dalam Dewan. a) b) c) d) e)
Menggunakan telefon bimbit sewaktu dalam Dewan Membawa bunga dan beg tangan sewaktu berarak Mengambil gambar di hadapan pentas Membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan Membuat bising
PEMINJAMAN JUBAH AKADEMIK 1.
Pelajar yang telah membuat pembayaran ke dalam akuan UMS, sila serahkan salinan slip bank ke kaunter pengambilan jubah sebagai bukti pembayaran telah dijelaskan.
2.
Bagi pelajar yang belum membuat pembayaran, sila berbuat demikian di Kaunter Bendahari dan kemukan resit rasmi ke kaunter pengambilan jubah.
3.
Sila serahkan tiket jubah di Kaunter Serahan Jubah
4.
Para graduan akan dipinjamkan pakaian akademik yang terdiri daripada sehelai jubah,sehelai ‘hood’ mengikut sekolah dan satu ‘mortar board’ (Rujuk di lampiran).
5.
Graduan adalah bertanggungjawab memastikan i. Pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan ii. ‘hood’ program pengajian adalah betul iaitu mengikut sekolah
6.
Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang dipinjam.
7.
Urusan peminjaman pakaian akademik adalah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut: Tarikh :
15 hingga 19 Oktober 2012 (8.30 pagi – 5.00 petang)
Tempat:
Dewan Kuliah Pusat ke-2 (Berhampiran Bangunan Baru BPA)
Tarikh :
20, 21 & 22 Oktober 2012 (8.30 Pagi – 5.00 Petang)
Tempat:
Bilik Sijil Muzik, Aras Bawah, Dewan Canselor
Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
BORANG PENGESANAN GRADUAN "TRACER STUDY" Semua graduan WAJIB melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduat IPTA yang boleh dicapai melalui laman web UMS. Sila isi borang soal selidik dengan lengkap dan hantar semula borang secara ‘online’ kepada pihak UMS. Tuan/Puan adalah dikehendaki membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapi semasa mengambil jubah.
PAKEJ KONVOKESYEN Setelah selesai semua perkara di atas, pastikan beg yang diterima oleh graduan lengkap berisi: a)
Satu Jubah Konvokesyen.
b)
Satu Hood (mengikut program kecuali program Diploma SPU)
c)
Satu Mortar Board (Kecuali program Diploma SPU).
d)
Satu Kad Jemputan (mengikut sidang).
e)
Satu Pelekat Kereta.
Nota: Sila pastikan bakal graduan mendapat pakej yang lengkap seperti di atas
PANDUAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN PEMULANGAN JUBAH AKADEMIK Jubah graduan, mortar board dan hood MESTILAH diserahkan kembali di : TEMPAT
:
Dewan Kuliah Pusat Ke-2 (Berhampiran Bangunan Baru BPA)
TARIKH
:
20, 21 & 22 Oktober 2012 - 9.00 pagi hingga 6.00 petang
TARIKH
:
23 Oktober hingga 25 Oktober 2012- 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat pemulangan jubah selepas tarikh di atas : TEMPAT
:
Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik
TARIKH
:
29 Oktober 2012 hingga dipulangkan (Waktu Pejabat sahaja)
MASA
:
8.30 pagi hingga 12.30 Tengahari 2.30 petang hingga 4.30 petang
PENGAMBILAN SKROL & TRANSKRIP PELAJAR 1.
Graduan boleh mengambil skrol/transkrip ijazah masing-masing di Pejabat Pentadbiran Pusat Pengajian Pascsiswazah sebaik sahaja sesi Konvokesyen selesai tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah : a. Menunjukkan resit bayaran konvokesyen. b. Pakaian akademik telah diserahkan kembali dengan lengkap dan menunjukkan slip peminjaman dan pemulangan jubah. c. Tiada sebarang bentuk hutang kepada Universiti.
Mengambil skrol bagi pihak adalah tidak digalakkan demi keselamatan skrol Jika perlu dalam keadaan tertentu pengambilan skrol bagi pihak sebaiknya hendaklah ditugaskan kepada saudara mara yang terdekat. Wakil graduan hendaklah membawa bersama surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon, kad pelajar asal dan salinan kad pengenalan pemohon Menjadi tanggungjawab pemohon sendiri untuk memastikan butir-butir yang dikemukakan dalam surat kuasa adalah sama seperti dalam kad pengenalan dan kad pelajar.Skrol tidak akan dikeluarkan sekiranya butir-butir yang dikehendaki tidak lengkap. Seorang wakil hanya boleh mengambil skrol bagi pihak untuk tidak lebih dari dua orang graduan.
Kesilapan maklumat di dalam ijazah dan transkrip akademik Sebaik sahaja menerima skrol dan transkrip akademik, setiap graduan perlu menyemaknya dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat di dalam skrol atau transkrip akademik, ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan itu adalah berpunca dari Universiti Malaysia Sabah dan dilaporkan secara bertulis dengan segera kepada pejabat Sekyen Pengijazahan & Konvokesyen , Universiti Malaysia Sabah.
Penahanan skrol & transkrip Para graduan yang masih berhutang dengan pihak Universiti Malaysia Sabah atau belum memulangkan buku Perpustakaan atau saman/denda lalulintas atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Bahagian di Universiti Malaysia Sabah diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan bahagian berkenaan. Sekiranya bayaran atau penyerahan telah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan apabila menuntut skrol Ijazah atau transkrip. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan skrol Ijazah atau transkrip akan ditahan.
Kehilangan skrol ijazah Polisi Unversiti Malaysia Sabah telah menetapkan bahawa Ijazah /skrol cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan yang hilang atau rosak.Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan supaya membuat salinan yang mencukupi. Sekiranya Ijazah/skrol hilang dan rosak, pihak kami hanya akan mengeluarkan surat pengesahan penamatan dari program pengajian.
MAKLUMAT PEMBELIAN JUBAH DAN DENDA 1. Jubah perlu dipulangkan semula selewat-lewatnya pada 09 November 2012 dan DENDA sebanyak RM10.00 seminggu akan dikenakan oleh pihak Universiti jika graduan lewat memulangkan jubah selepas tarikh di atas. 2. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan jubah. 3. Jika jubah hilang atau rosak, denda akan dikenakan mengikut harga kategori jubah dan pihak universiti tidak akan mengeluarkan skrol dan transkrip akademik sehingga semua bayaran telah dijelaskan. 4. Bagi graduan yang berminat, pakaian akademik juga boleh dibeli pada kadar harga seperti berikut :
KATEGORI JUBAH
:
HARGA
Ijazah Pertama
:
RM500
Ijazah Lanjutan (Sarjana)
:
RM800
Ijazah Lanjutan (PhD)
:
RM1000
CATATAN: Sekiranya bakal graduan sebarang kemuskilan sila hubungi Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah melalui talian 088-320000 sambungan 62118/62119/62120/62137