PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT PERUBATAN UKM
1
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Tafsiran tujuh (7) hari berkursus Persidangan/Kursus Pendek/Kursus Panjang Pos Basik Mengadakan Latihan Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Cuti Belajar Separuh Gaji Cuti Belajar Tanpa Gaji Cuti Belajar Separuh Masa Pekeliling-Pekeliling Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2003 Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/2005
3 4 8 8 10 11 14 14 15 15 18
2
TAFSIRAN 7 HARI BERKURSUS Berdasarkan Dasar Latihan Sektor Awam, penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurangkurangnya tujuh (7) hari dalam setahun. Program latihan boleh dikategorikan seperti beikut: Bil. Program Latihan 1. Latihan
Jenis Aktiviti i. Kursus ii. Seminar iii. Konvensyen iv. Bengkel v. Forum vi. Simposium vii. Kolokium viii. Lawatan Rasmi/Korporat/Sambil Belajar
2.
i. ii.
Sesi Pembelajaran
iii. iv. v. vi. vii.
Sesi Pembelajaran PTK-PKB Sesi pembelajaran peringkat Jabatan seperti CQI dan CNE Perhimpunan bulanan Program penerapan nilai-nilai murni seperti ceramah agama di bulan Ramadhan seperti tazkirah Program sambutan/program khas pada bulanbulan Islam/perayaan yang mengandungi ceramah,forum dan ucapan Pembentangan kertas kerja di persidangan, bengkel, simposium dan konvensyen Menyampaikan ceramah di dalam kursus/bengkel.
Pengiraan tujuh (7) hari berkursus dalam setahun adalah seperti berikut: Bil. Tempoh Kursus 1. Harian (tidak bermalam)
Kiraan Jam 6 jam sehari
2. 3. 4.
4 jam 2 jam 8 jam sehari
Setengah hari (pagi) Setengah hari (petang) Bermalam
3
PERSIDANGAN/KURSUS PENDEK/KURSUS PANJANG Latihan ialah proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti persidangan, kursus pendek, seminar, bengkel dan lawatan sambil belajar, kursus panjang dan pos basik. Persidangan ialah seminar, kongres, simposium, forum, kolokium, wacana, ceramah, Mesyuarat/Perjumpaan. Kursus Pendek ialah kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalender termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik Kursus Panjang ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik Lulus Dengan Biaya ialah permohonan latihan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan PPUKM dengan bantuan PPUKM Lulus Tanpa Biaya ialah permohonan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan PPUKM tanpa pembiayaan peruntukan Latihan PPUKM dimana pembiayaan latihan adalah dibiaya sama ada sendiri, tajaan luar, geran penyelidikan dan lain-lain. Jawatankuasa Latihan Pusat Perubatan UKM Jawatankuasa Latihan PPUKM terdiri daripada: 1. 2.
Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber Manusia Profesional Ahli-ahli Jawatankuasa: i. Ketua Pegawai Operasi ii. Timbalan Dekan Perkhidmatan Klinikal iii. Ketua Penolong Bendahari Kanan iv. Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Pengerusi
3. 4.
Penolong Pendaftar Penolong Pegawai Tadbir
Setiausaha Urusetia
-
Tanggungjawab Jawatankuasa Latihan PPUKM 1.
Menimbang dan meluluskan calon-calon untuk mengikuti latihan yang berbentuk persidangan, kursus pendek dan kursus panjang.
2.
menentukan bahawa segala peruntukan yang digunapakai bagi maksud perkiraan dan pembayaran elaun-elaun dan lain-lain bayaran selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 4
3.
menentukan bahawa segala perbelanjaan kursus adalah mematuhi dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
4.
menimbang dan meluluskan calon untuk mengikuti latihan anjuran luar hendaklah tertakluk kepada kesesuaian kursus dengan tugas kakitangan.
5.
Memastikan tempoh antara sesuatu latihan di dalam negara dan luar negara yang boleh dihadiri oleh kakitangan adalah seperti berikut: i.
kakitangan yang telah mengikuti kursus pendek di luar negara boleh dipertimbangkan dengan biaya untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek lain atau siri seterusnya selepas genap dua (2) tahun. Bagi kakitangan yang telah mengikuti kursus pendek di dalam negara boleh dipertimbangkan dengan biaya untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek lain atau sirinya seterusnya selepas satu (1) tahun.
ii.
kakitangan yang telah mengikuti persidangan di dalam negara dan luar negara boleh dipertimbangkan dengan biaya untuk mengikuti persidangan atau siri seterusnya selepas genap satu (1) tahun.
iii.
kakitangan yang telah mengikuti kursus jangka panjang di dalam negara dan luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selepas genap tiga (3) tahun.
Syarat-syarat permohonan latihan A. 1.
2. 3. 4.
4.
Syarat-syarat umum Bagi Persidangan, Kursus Pendek dan Kursus Panjang Kakitangan bertaraf tetap boleh dipertimbangkan untuk mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang dalam negara melainkan kursus di luar negara perlu disahkan jawatan. Bagi kakitangan sementara/kontrak/belum disahkan jawatan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Latihan PPUKM. Kakitangan cuti belajar/cuti sabatikal tidak layak dipertimbangkan untuk mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang di dalam negara dan luar negara. Latihan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang tugas kakitangan. Pembantu Penyelidik (Pelajar Sarjana/Zamalah/Ahli Kumpulan Penyelidikan) tidak dibiaya mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang kecuali sekiranya mendapat tajaan luar/geran penyelidikan; semua permohonan hendaklah: i) ii)
mendapat sokongan Ketua Jabatan/Bahagian beserta ulasan bagi pemohonan yang mendapat tajaan luar, penaja perlu mengemukakan surat tajaan kepada Jabatan dengan tanpa menyatakan nama kakitangan yang ingin ditaja. Jabatan perlu mengemukakan permohonan kelulusan penajaan luar kepada Dekan dan Pengarah kecuali tajaan daripada mana-mana persatuan. 5
iii) iv)
menyertakan brosur, surat jemputan (jika ada) dan surat penajaan (jika tajaan luar), surat kelulusan penajaan luar oleh Dekan dan Pengarah (jika tajaan luar) dan lain-lain dokumen memastikan permohonan hendaklah sampai kepada Urusetia Jawatankuasa Latihan tidak lewat dari: a) 2 bulan dari tarikh kursus, sekiranya memohon bantuan PPUKM; dan b) 1 bulan dari tarikh kursus,sekiranya tidak memohon bantuan
5.
7.
sekiranya kakitangan menghadiri persidangan, kursus pendek dan kursus panjang di luar negara, dua (2) hari tambahan diberikan untuk perjalanan pergi dan balik manakala cuti tambahan satu (1) hari (luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor) bagi persidangan, kursus pendek dan kursus panjang di dalam negara. Ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Latihan. Segala urusan bayaran dan pendaftaran, SPKLN dan U3P (kakitangan akademik sahaja) di atas segala biaya yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan PPUKM dengan Pejabat Bendahari di Bangi/Jabatan Kewangan, pihak penganjur perlu diuruskan sendiri oleh pemohon. Pemohon juga perlu menunjukkan bukti-bukti yang relevan seperti resit pembayaran dan sebagainya mengikut kelayakan masing-masing. Tempahan tiket penerbangan juga perlu diuruskan sendiri oleh pemohon mengikut kelayakan masingmasing seperti berikut melalui Sistem e-Tiket/Pejabat Dekan dan Pengarah: BIL. 1.
2. 3. 4. 5.
6.
GRED JAWATAN Pengurusan Tertinggi (Naib Canselor, TNC, Pendaftar dan Bendahari) Jusa A Jusa B dan C 53-54 1-52 dan masa perjalanan sama dan melebihi daripada 8 jam 1-52 dan masa perjalanan kurang 8 jam
DALAM NEGARA Kelas Perniagaan
LUAR NEGARA Kelas Perniagaan (kecuali NC kelas pertama)
Kelas Perniagaan Kelas Perniagaan Kelas Perniagaan
Kelas Perniagaan Kelas Ekonomi Penuh Kelas Ekonomi Penuh Kelas Ekonomi Penuh
Kelas Ekonomi Kelas Ekonomi
Nota: Tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Latihan
8.
Semua pemohonan persidangan, kursus pendek dan kursus panjang yang dibiayai oleh PPUKM wajib mengemukakan borang penyertaan latihan, sijil (jika ada) dan laporan kursus dalam tempoh 14 hari selepas tamat mengikuti latihan.
6
B.
Syarat-syarat khas Bagi Persidangan, Kursus Pendek dan Kursus Panjang
Bil. Syaratsyarat 1. Tempoh Kelayakan 2.
3.
Persidangan
Kursus Pendek
Kursus Panjang
Dalam negara Luar negara Kelayakan Dalam Pembiayaan negara
Peranan Pemohon
Sekali dalam satu (1) Sekali dalam tempoh tahun tiga (3) tahun sekali dalam setahun Sekali dalam tempoh dua (2) tahun Yuran, elaun sara Yuran, elaun makan, elaun hotel dan tiket kapal terbang hidup dan 6 kali sahaja kecuali latihan disekitar Kuala Lumpur dan perjalanan pergi dan Selangor hanya yuran sahaja dibiayai balik Maksimum Luar 1) Bagi kakitangan bukan i. Maksimum RM25,000.00 meliputi RM60,000.00 meliputi negara akademik bantuan yuran, elaun makan, yuran, elaun makan, diberikan adalah penginapan elaun penginapan dan elaun maksimum RM10,000 dan tiket kapal tiket kapal terbang. meliputi yuran, elaun terbang. makan, elaun penginapan ii. Bagi kakitangan dan tiket kapal terbang akademik (Gred DU52 2) Bagi kakitangan akademik ke bawah), pemohon a) Gred DU52 ke bawah mempunyai sekurangi. Dua (2) penerbitan jurnal kurangnya satu (1) yang berwasit dalam penerbitan tempoh 12 bulan sebelum menghadiri latihan ii. Satu (1) daripada dua (2) iii. Bagi pemohon yang tidak mempunyai apapenerbitan merupakan apa penerbitan, penilai pertama permohonan iii. Bagi pemohon yang tidak dipertimbangkan mempunyai apa-apa tanpa biaya penerbitan,permohonan dipertimbangkan tanpa biaya b) Gred DU54 dan ke atas i. Dua (2) penerbitan yang berwasit Dalam Tidak meletakkan Negara peranan pemohon
syarat
Luar Peranan sebagai pembentang Tidak meletakkan syarat peranan pemohon Negara - Diberi bantuan Peranan sebagai peserta – lulus tanpa biaya
7
4.
Rujukan Kelayakan tuntutan
Dalam Negara Kurang 14 hari atau sama – Pekeliling Perbendaharaan Luar Negara Bil.3/2003 Lebih 14 hari – Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005
Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 Kurang 14 hari atau Pekeliling sama – Pekeliling Perbendaharaan Perbendaharaan Bil.4/1992 Bil.3/2003 Lebih 14 hari – Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005
POS BASIK Pos Basik ialah kursus sepenuh masa yang melibatkan paramedik termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik yang tempohnya enam (6) bulan atau 12 bulan. Syarat-syarat menghadiri kursus pos basik 1. Kakitangan paramedik bertaraf tetap dan telah disahkan jawatan boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus pos basik. 2. Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurangnya 80% kiraan purata bagi dua (2) tahun kebelakang. 3. Mendapat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan/Bahagian termasuk Ketua Jabatan Klinikal (bagi jawatan Jururawat sahaja). MENGADAKAN LATIHAN a)
Anjuran Jabatan Kadar peruntukan pakej dalam menganjurkan latihan adalah seperti berikut: Bil
Tempoh Kursus
1.
Harian (dalam PPUKM)
2. 3.
Harian (luar PPUKM) Bermalam (luar PPUKM)
Peruntukan Mengikut kadar jamuan seminar/bengkel/kursus yang ditetapkan oleh PPUKM Tidak melebihi RM100.00 seorang sehari i. RM120.00 seorang sehari bagi Gred 1-40 ii. RM140.00 seorang sehari bagi gred 41-44 iii. RM160.00 seorang sehari bagi gred 45-53 iv. RM200.00 sehari bagi gred 54 dan ke atas
8
b)
Sanggar kerja 1. 2. 3.
Semua Jabatan PPUKM boleh dipertimbangkan untuk mengadakan sanggar kerja. Lingkungan tempat mengadakan sanggar kerja adalah masa perjalanan tidak melebihi empat (4) jam. Jumlah pembiayaan oleh PPUKM adalah seperti berikut: Bil 1. 2. 3.
Bilangan Ahli Jabatan/Unit 1-60 61-150 151 dan ke atas
9
Bilangan Ahli Dalam Sanggar Kerja (%) 80% 40% 20%
PENGAJIAN Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa ialah seseorang kakitangan pengurusan dan profesional dan kakitangan akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta biasiswa UKM,SLAB,SLAI atau badan-badan luar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa ialah seseorang kakitangan pengurusan dan profesional dan kakitangan akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta tanpa biasiswa setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Cuti Belajar Separuh Gaji ialah seseorang kakitangan sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar separuh gaji termasuk elaun tetap (Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (yang diterima sebelum memulakan kursus) semasa mengikuti kursus. Gaji terakhir yang dibayar tidak termasuk elaun-elaun memangku dan Bayaran Imbuhan Perkhidmatan Kritikal (BIPK) setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Cuti Belajar Tanpa Gaji ialah seseorang kakitangan sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan tidak dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Cuti Belajar Separuh Masa ialah seseorang kakitangan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara jarak jauh dan dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan. Jawatankuasa Cuti Belajar Pusat Perubatan UKM Jawatankuasa Cuti Belajar PPUKM terdiri daripada: 1. 2.
Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber Manusia Profesional Ahli-ahli Jawatankuasa: i. Ketua Pegawai Operasi ii. Timbalan Dekan Perkhidmatan Klinikal iii. Ketua Penolong Bendahari Kanan iv. Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Pengerusi
3. 4.
Penolong Pendaftar Penolong Pegawai Tadbir
Setiausaha Urusetia
-
10
Tanggungjawab Jawatankuasa Cuti Belajar 1.
2.
3. 4. 5.
Menimbang dan memperakukan calon-calon untuk mengikuti pengajian yang berbentuk cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Menimbang dan meluluskan calon-calon untuk mengikuti pengajian yang berbentuk cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. menentukan bahawa segala peruntukan yang diguna pakai bagi maksud perkiraan dan pembayaran elaun-elaun dan lain-lain bayaran selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. menentukan bahawa segala perbelanjaan pengajian adalah mematuhi dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. menimbang dan meluluskan calon untuk mengikuti pengajian hendaklah tertakluk kepada kesesuaian dengan tugas kakitangan.
Syarat-syarat Permohonan Pengajian A.
Cuti Belajar Sepenuh Masa Dengan Biasiswa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
9. 10.
Nama dimasukkan dalam perancangan cuti belajar pada tahun berkenaan kecuali bagi calon-calon yang mendapat penajaan luar atau membiayai sendiri pengajian atau atas persetujuan Jawatankuasa Cuti Belajar. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi program Sarjana dan 40 tahun bagi program Doktor Falsafah semasa memulakan cuti belajar. Warganegara Malaysia. bertaraf Bumiputera bagi calon Biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) sahaja. Calon bukan Bumiputera adalah layak dipertimbangkan memohon Skim Latihan Akademik (SLAI), UKM, Tabung Pembangunan Sumber Manusia. mempunyai perwatakan yang sesuai, berpengetahuan luas, berminat menentukan kejayaan dalam pengajian dan berpotensi memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. telah disahkan ke dalam perkhidmatan kecuali Pensyarah Pelatih dan Tutor. Kakitangan hendaklah memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurang 80% untuk tempoh dua (2) tahun kebelakang. Tiada ikatan perjanjian dengan mana-mana pihak kecuali Kerajaan. Calon-calon yang masih ada ikatan kontrak hendaklah memohon pemindahan kontrak terlebih dahulu. Kemukakan salinan surat pelepasan/pemindahan kontrak dengan penaja/Institut dahulu, jika berkaitan. bebas daripada tindakan mahkmah atau penuduhan tatatertib mempunyai ijazah Sarjanamuda dengan kepujian yang baik iaitu PNGK (CGPA) 3.0 atau kelas kedua atas dan diiktiraf yang setaraf dengannya dan ijazah Sarjana yang baik (program sub bidang Perubatan dikecualikan). 11
11.
Calon yang akan mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah di IPTA tempatan tidak dibenarkan menjalankan pengajian di Fakulti dan Universiti yang sama dengan tempat bertugas, kecuali dengan kelulusan khas Universiti atas sebab-sebab berikut: i. badan program pengajian tidak ditawarkan di Institut lain dalam Negara ii. kajian perlu dijalankan di UKM bagi tujuan pengembangan bidang di Fakulti berkenaan
12.
Calon tidak digalakkan mempunyai ke semua peringkat ijazah daripada luar Negara. Bagi calon-calon yang telah memperoleh ijazah Sarjana dari IPT luar Negara, dinasihatkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam Negara pula bagi mendapatkan pendedahan pengajian dalam Negara disamping memberi peluang kepada calon-calon lain untuk mendapat peluang pengajian di luar negara. menyediakan kertas cadangan penyelidikan menurut format yang ditetapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dan Dekan. Kertas kerja hendaklah ditulis dalam:
13.
i. ii. 14.
15.
16. 17.
Bahasa Inggeris bagi cuti belajar Negara dan IPTA yang menggunakan Bahasa Inggeri sebagai Bahasa pengantar; dan bahasa melayu bagi cuti belajar di IPTA tempatan.
menerima surat tawaran terkini yang menyatakan nama pogram, tarikh mula dan tempoh pengajian daripada Universiti terkemuka atau yang mempunyai rating yang tinggi mengikut bidang masing-masing (calon ke luar Negara). Bagi United Kingdom, Universiti-universiti di Leeds dan Manchester tidak dibenarkan memohon. Permohonan bagi program sub bidang Perubatan adalah dikecualikan daripada peraturan ini. mendapat tawaran tempat pengajian tanpa prasyarat tambahan pihak Institusi mengkehendaki calon mengikuti Kursus Khas Bahasa sebelum memasuki peringkat pengajian sebenar, maka pihak KPT dan Universiti tidak akan menaja kursus berkenaan. Penyelia bagi program Sarjana tesis atau Doktor Falsafah hendaklah mempunyai Ijazah Doktor Falsafah. Syarat Bahasa Inggeris: i.
ii. iii.
mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau IELTS 6.5 bagi pengajian luar Negara dan dalam Negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Skor minimum ini juga tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh pihak Universiti yang menawarkan kursus tersebut, mana yang lebih tinggi; bagi pencalonan ke Universiti luar Negara yang tidak mengunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, skor minimum TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS 5.0; syarat ini juga digunapakai bagi calon ke Universiti luar Negara yang menjalankan programnya di Negara ini sama ada cawangannya atau 12
iv.
v. vi.
18.
program berkembar yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; pengecualian syarat ini pula boleh diberikan kepada calon-calon yang mempunyai ijazah pertama atau sarjana dari luar Negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan syarat ia tidak melebihi daripada tiga (3) tahun daripada tarikh dianugerahkan ijazah tersebut; pengecualian juga boleh diberikan kepada calon-calon yang masih belajar di luar Negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; dan keputusan ujian Bahasa Inggeris boleh digunapakai bagi tempoh dua (2) tahun sahaja daripada tarikh ia dikeluarkan untuk tujuan permohonan Hadiah Latihan ini.
Syarat Dalam Negara: i. ii.
mulai tahun 2006, semua calon mesti memenuhi syarat Bahasa Inggeris dengan skor minimum IELTS 5.0 atau TOEFL 480 (paper based) atau 140 (computer based) pengecualian (tidak termasuk program split: i. ii. iii.
19. 20.
21.
semasa mengikut pengajian di peringkat ijazah pertama, bahasa pengantar bagi keseluruhan kursusnya menggunakan bahasa Inggeris; mempunyai kelayakan ijazah Sarjana dari Universiti luar Negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; dan calon mengikuti pengajian dalam bidang bahasa.
Lulus dengan jayanya Kursus Kaedah Penyelidikan (kecuali bagi program Sarjana Perubatan empat (4) tahun UKM dan program sub bidang perubatan). Menghadiri dan lulus dengan jayanya Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri atau lain-lain kursus yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi calon cuti belajar luar Negara. Keputusan boleh digunapakai dalam tempoh tiga (3) tahun sahaja. Bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Kerajaan, Negara dan Universiti di sepanjang pengajian. Sehubungan ini peraturan-peraturan berikut haruslah dipatuhi: i. ii. iii
tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan apa-apa kegiatan yang mencemarkan nama baik Kerajaan, Negara dan Universiti; tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh Kerajaan/Universiti tidak selaras dengan kepentingan pegawai atau kepentingan Kerajaan/Universiti; tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis 13
iv.
B.
Cuti Belajar Sepenuh Masa Tanpa Biasiswa 1. 2. 3. 4. 5.
C.
daripada Kerajaan/Universiti dan Kerajaan/Universiti, mengikut budi bicara mutlak, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; sekiranya tenaga pengajar berkenaan didapati masih melakukan perkaraperkara di para (ii) dan (iii) di atas tanpa mendapat kebenaran Kerajaan Pusat dan UKM, maka Kerajaan/UKM berhak menarik tawaran hadiah latihan tersebut dan tindakan tatatertib akan diambil;
Pegawai hendaklah berada dalam perkhidmatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai telah mendapat tempat di Universiti/Institusi yang diiktiraf dan akan mengikuti kursus yang diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan Kerajaan. Pegawai hendaklah mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang hendaklah diikuti Tidak dapat memenuhi syarat pemberian biaisiswa atau faktor umur. Syarat-syarat lain adalah seperti yang digunapakai untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa kecuali bagi perkara-perkara 1,2 dan 21.
Cuti Belajar Separuh Gaji 1.
2. 3. 4. 5. 6.
Jenis kursus yang akan diikuti hendaklah pada peringkat Diploma atau Ijazah Pertama atau Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang yang diperlukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (termasuk Universiti) atau perkhidmatan pegawai secara amnya dan bersesuaian dengan kelayakan asas yang dimiliki. Jenis kursus yang sesuai bagi maksud ini, bilangan pegawai yang boleh diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji pada satu-satu tahun dan tempoh yang diluluskan bagi seseorang pegawai adalah atas budi bicara Jawatankuasa Cuti Belajar dan Biasiswa UKM yang akan mempertimbangkan permohonan pegawai berkenaan dengan mengambil kira perakuan Ketua Jabatan dan Dekan/Pengarah. Pegawai hendaklah berada di dalam perkhidmatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai telah berkhidmat tidak kurang dari 10 tahun dengan UKM dan lima (5) tahun bagi Jururawat di HUKM. Pegawai hendaklah mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi tahunan (LNP) melebihi 80% bagi 2 tahun kebelakangan dan Laporan Prestasi Khas (jika ada) yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Pegawai telah pun mendapat tempat di Universiti/Institusi yang diiktiraf dan akan mengikuti kursus yang diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan Kerajaan. Pegawai hendaklah mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang hendak diikuti kerana urusan mendapatkan bantuan kewangan atau biasiswa untuk tujuan mengikuti pengajian perlu diuruskan oleh kakitangan sendiri dengan cara memohon bantuan kewangan atau biasiswa daripada agensi yang menawarkan kemudahan tersebut. 14
7. 8. 9. D.
Cuti Belajar Tanpa Gaji 1. 3.
4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
12. 13. E.
Walabagaimapun bagi pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di UKM, akan diberi pengecualian yuran. Pegawai hendaklah belum mencapai umur 40 tahun dari tarikh memulakan pengajian. Ketua Jabatan bersedia melepaskan pegawai mengikuti pengajian. Pegawai bebas daripada ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan atau Universiti, atau jika terikat telah mendapat kelulusan penggantungan perjanjian.
Pegawai dalam kumpulan Sokongan boleh dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk mengikuti pengajian pada peringkat Sijil, Diploma atau ijazah Pertama atau Sarjana di dalam atau di luar Negara. Pegawai Universiti yang tidak layak mendapat Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa atau Separuh Gaji juga boleh dipertimbangkan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Peraturan mengenai Cuti Belajar Tanpa Gaji pada waktu ini adalah meliputi pegawai kumpulan Sokongan. Telah berkhidmat terus menerus tidak kurang daripada tiga (3) tahun selepas tarikh lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatannya. Telah menunjukkan prestasi kerja yang baik LNP 80% dua tahun kebelakang. Ketua Jabatan memperakukan dan bersedia melepaskan pegawai mengikuti kursus. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dengannya. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun membuat permohonan. Belum pernah diluluskan sebarang cuti belajar. Hendaklah mengikuti pengajian secara sepenuh masa dalam bidang yang berkaitan dengan keperluan perkhidmatan dan diiktiraf oleh Kerajaan. Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai dirinya dan juga keluarga jika mereka ikut bersama (bagi pengajian luar negara) kerana urusan mendapatkan bantuan kewangan atau biasiswa untuk tujuan mengikuti pengajian perlu diuruskan oleh kakitangan sendiri dengan cara memohon bantuan kewangan atau biasiswa daripada agensi yang menawarkan kemudahan tersebut. Telah mendapat tempat di Universiti/Institusi (atas daya usaha sendiri). Pegawai bebas daripada ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan, atau jika terikat telah mendapat kelulusan penggantungan perjanjian.
Cuti Belajar Separuh Masa 1. 2. 3. 4.
Pegawai pentadbiran/sokongan dan kakitangan akademik yang sedang bertugas boleh dipertimbangkan untuk permohonan pengajian secara separuh masa/PJJ di UKM atau mana-mana IPTA tertakluk tidak menjejaskan tugasannya. telah disahkan dalam perkhidmatan. Bidang pengajian perlu berkaitan dengan bidang tugas. Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurang 80% bagi dua (2) tahun kebelakang. 15
5.
Pegawai pentadbiran dan kakitangan sokongan boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian secara separuh masa/PJJ dengan pengecualian yuran di UKM berdasarkan syarat-syarat seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
telah disahkan dalam perkhidmatan; disokong oleh Ketua Jabatan dan Dekan/Pengarah; mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurang 80% bagi dua (2) tahun kebelakang; pengajian tidak boleh dibuat di mana pegawai ditempatkan (kecuali dengan kelulusan khas Pengerusi Jawatankuasa Cuti Belajar); Keutamaan peluang belajar secara separuh masa akan diberikan kepada pegawai yang tidak pernah mendapat kemudahan cuti belajar Had masa belajar yang diluluskan adalah had minimum peraturan jangka masa sesuatu program pengajian secara separuh masa yang berkenaan boleh ditamatkan: a) b) c)
6.
iv.
9.
4 semester 8 semester 7 semester
Telah disahkan dalam perkhidmatan; Disokong oleh Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat dan Dekan/Pengarah; Belum pernah diberikan sebarang kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa dalam program yang sama; Had masa belajar yang diluluskan adalah had masa minimum peraturan jangka masa sesuatu program pengajian yang berkenaan boleh ditamatkan: a) b)
8.
-
Kakitangan akademik boleh dipertimbangkan mengikuti pengajian secara separuh masa dengan pengecualian yuran berasaskan syarat-syarat seperti berikut: i. ii. iii.
7.
Sarjana Doktor Falsafah Sarjana muda (PJJ)
Sarjana Doktor Falsafah
-
4 semester 8 semester
Pegawai pentadbiran dan sokongan serta kakitangan akademik boleh dibenarkan mengikuti pengajian di IPTA luar tertakluk kepada kriteria dalam perkara 5 dan 6. Walau bagaimanapun dalam keadaan ini, pegawai tidak akan diberikan pengecualian yuran. Penentuan kriteria ini bukanlah bermakna Universiti menyekat peluang dan kemudahan kakitangan, sebaliknya dijadikan sebagai alat kawalan dan panduan agar pemohon lebih bertanggungjawab terhadap peluang dan kesempatan yang diberikan, kerana secara tidak langsung, UKM terpaksa menanggung kos per pelajar, di samping kos kerugian masa pejabat. Pegawai yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, masih boleh diberikan kemudahan pelepasan mengikuti pengajian secara separuh masa/PJJ di UKM dengan tanpa pengecualian yuran, sama seperti kemudahan yang diberikan kepada kakitangan yang memilih untuk melanjutkan pengajian di luar UKM. 16
10.
Pelepasan hanya diberikan maksimum 6 jam seminggu untuk menghadiri kuliah dan jumlah masa ini perlu digantikan semula dengan tambahan masa bekerja dengan jumlah jam yang sama. Pegawai yang diluluskan perlu memaklumkan kepada Ketua Bahagian masing-masing jadual kuliah/pertemuan yang tetap untuk rekod Jabatan dan jadual penggantian masa pejabat.
11.
Tempoh Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat tidak melebihi 30 hari setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu dihadiri melebihi 30 hari, kakitangan perlu menggunakan baki cuti rehat yang masih ada atau memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut.
17
Pekeliling-Pekeliling -
Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2003 Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/2005
18