PROSEDUR PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT FTSM, UKM 1.0 PENGENALAN Kursus TR/TP/TH3086 ditawarkan oleh Pusat Pengajian Teknologi Maklumat (PPTM) kepada pelajar tahun akhir pada semester kedua sesi pengajian. Kursus ini merupakan satu projek ilmiah yang dilakukan oleh pelajar di bawah penyeliaan penyelia. Pelajar dikehendaki memilih atau mengusulkan satu tajuk projek kepada penyelia dan menjalankan projek yang telah dipersetujui dalam masa yang telah ditetapkan. Pelajar dikehendaki menulis laporan projek dan membentang hasil projek pada akhir semester. 1.1 VISI DAN MISI TR/TP/TH3086
Visi TR/TP/TH3086 adalah untuk melahirkan graduan IT yang holistik dari segi perkembangan intelek, rohani dan jasmani yang sentiasa menyumbang kepada pembangunan insan dan negara. Misi TR/TP/TH3086 pula adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat melaksanakan asas penyelidikan dan pembangunan dengan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran bagi melengkapkan diri untuk menghadapi kerjaya profesional. 1.2 MATLAMAT
Matlamat kursus TR/TP/TH3086 ini adalah untuk : i. ii. iii. iv. v.
melatih pelajar supaya berdikari untuk menjalankan penyelidikan. melatih pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam penyelesaian masalah secara objektif, analisis dan kritis. melatih pelajar meneroka pengetahuan dan kemahiran baru dalam penyelidikan. memupuk kemahiran asas dalam mengurus penyelidikan. melatih pelajar untuk melengkapkan diri dalam berkomunikasi secara berkesan dengan mempersembahkan hasil penyelidikan dalam bentuk penulisan dan lisan.
1.3 HASIL PEMBELAJARAN
Berikut adalah hasil pembelajaran bagi kursus TR/TP/TH3086: i. ii. iii. iv.
dapat menjalankan projek secara individu. mampu merancang dan melaksanakan projek mengikut skedul yang telah dipersetujui. boleh menyelesaikan masalah dengan menggunakan gabungan pengetahuan yang telah dipelajari. dapat menerangkan secara akademik hasil projek dalam bentuk lisan dan tulisan.
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 1
1.4 PRASYARAT
Prasyarat untuk mengambil kursus TR/TP/TH3086 ini adalah lulus kursus TM309C (Latihan Industri). 2.0 PROSEDUR PENGURUSAN TR/TP/TH3086 Jadual 1 menunjukkan takwim PTA (TR/TP/TH3086). Jadual 1: Takwim PTA (TR/TP/TH3086) sepanjang semester II sesi 2011/2012 Masa Minggu pertama Tarikh: 22/02/2012 (Rabu)
Minggu Kedua Tarikh: 29/02/2012 (Rabu)
Aktiviti Taklimat PTA Masa: 2:30 ptg- 4:30 ptg Lokasi: Dewan Multimedia Penyampai: - Dr Bahari bin Idrus, Ketua Jawatankuasa Latihan Ilmiah - Ketua-Ketua Program Pelajar ambil Buku Log, Borang Cadangan PTA, Borang Penyerahan Draf Laporan, Borang Penyerahan Laporan Projek dan Prosedur PTA PPTM. Bengkel Persediaan PTA Masa: 2:30ptg – 6:00 ptg Lokasi: Dewan Multimedia Penceramah: Prof. Dr. Juhana Bt. Salim o Kajian Literatur o Pengurusan Projek Prof. Madya Dr. Muriati Bt. Mukhtar o Penyediaan kertas cadangan PTA o Penulisan PTA Gaya UKM o Laporan Teknikal
Minggu Ketiga Tarikh: 09/03/2012 (Jumaat) Sebelum minggu ke-4 Dalam masa seminggu selepas Pembentangan Cadangan PTA (Minggu Keempat) Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
Tindakan
Jawatankuasa Latihan Ilmiah Pelajar
Jawatankuasa Latihan Ilmiah
Pelajar yang ingin menangguhkan PTA perlu menghantar surat penangguhan ke penyelia. Pembentangan Cadangan PTA Lokasi: BM 2 (1 bilik), Bilik Seminar Blok H (3 bilik)
Pelajar
Pelajar
Pelajar menyediakan 2 salinan Borang Cadangan PTA Pelajar boleh gugurkan kursus Pelajar wajib berjumpa dengan penyelia membincangkan penambahbaikan yang telah diberi oleh Penilai Cadangan PTA
Jawatankuasa Latihan Ilmiah
Pelajar Penyelia Pelajar
ms 2
Pertemuan mingguan dengan penyelia, sekurangkurangnya lima pertemuan. Bawa bersama buku log untuk ditandatangani oleh penyelia. Jika pelajar hanya bertemu dengan penyelia sekali sahaja atau tidak pernah bertemu dalam masa 8 minggu pertama semester, tanpa alasan yang munasabah, maka pelajar akan diberikan gred E.
Minggu ke-4 hingga ke-14
Dari minggu ke 5minggu ke-8 Minggu ke-14*
Minggu ke-15 ke Minggu ke-17* Minggu ke-18*
Minggu ke-20*
Sebulan selepas pembentangan pertama
Selepas mesyuarat lembaga peperiksaan
Pelajar boleh tarik diri daripada kursus Menghantar 2 naskah draf laporan PTA yang telah siap disemak oleh penyelia dan Borang Penyerahan Draf laporan PTA (yang telah ditandatangani oleh penyelia) diserahkan kepada PPTM. Proses umpukan pemeriksa PTA Proses pemeriksaan laporan PTA Pembentangan PTA Pelajar perlu menghubungi penyelia dan pemeriksa untuk membuat pembetulan laporan PTA. Pelajar hendaklah menyerahkan: o Dua naskah laporan PTA yang telah siap dijilid mengikut Garis Panduan PTA PPTM dan GAYA UKM. o Dua salinan CD yang mengandungi laporan PTA, Aplikasi Sistem yang dibangun (jika ada) dan Laporan Teknikal Peluang terakhir untuk pelajar menyerahkan laporan PTA untuk dinilai. Pelajar boleh menyerahkan laporan ‘seadanya’ untuk dinilai, tertakluk kepada persetujuan penyelia. Gred TL akan diberi sekiranya pelajar gagal menyerahkan naskah berjilid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Gred akan diturunkan satu tangga apabila naskah tersebut diterima oleh PPTM. Sekiranya pelajar gagal menghantar naskah berjilid sehingga minggu kedua semester berikutnya, pelajar akan diberikan gred E.
Penyelia Pelajar
Pelajar
Pelajar
Jawatankuasa Latihan Ilmiah Pemeriksa Jawatankuasa Latihan Ilmiah Pelajar Pelajar
Pelajar
Pengerusi PPTM
* Tertakluk kepada perubahan
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 3
Berikut adalah carta aliran kerja bagi pengurusan (Rajah 1) dan carta aliran kerja bagi pelajar (Rajah 2). A
Mula
Pembahagian pelajar kepada penyelia
Penilaian laporan (penyelia)
Penilaian Laporan (pemeriksa)
Taklimat PTA
Tidak
Pembentangan pertama?
Bengkel Persediaan PTA
B
Ya Ada pembetulan?
Seminar Pembentangan Cadangan PTA
Ya
Pelajar baiki projek
Tidak Penerimaan naskah berjilid, CD, serta laporan teknikal
Proses penyeliaan
Projek selesai?
Tidak
Pelajar teruskan projek
Penyerahan markah daripada penyelia dan pemeriksa untuk semua pelajar di bawah seliaan
Ya Penerimaan laporan pelajar
D
Tamat
Mesyuarat umpukan pemeriksa dan penetapan tarikh pembentangan
A
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 4
C
B
Pelajar diberikan gred E
Pelajar diberikan masa sebulan selepas pembentangan pertama
Laporan siap?
Ya
D
>10 semester?
Ya
Tidak Tidak
Gagal berhenti
Tamat
Mendaftar semula
Pelajar diberikan masa Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Fakulti Peperiksaan rasmi
Laporan siap?
Ya
Tidak Gred TL dan diberi masa penangguhan sehingga minggu kedua semester berikutnya
Laporan siap?
Gred akan diturunkan satu tangga
D
Ya
Tidak C
Rajah 1: Carta aliran kerja pengurusan TR/TP/TH3086 Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 5
A
Mula
Umpukan kepada penyelia
Pembentangan
Ya Pelajar baiki projek
Ada pembetulan?
Taklimat PTA
Tidak Bengkel Persediaan PTA
Penyerahan naskah berjilid, CD, serta laporan teknikal
Seminar Pembentangan Cadangan PTA
Pelajar menerima keputusan penilaian kursus TR/TP/TH3086
Perbincangan penambahbaikan cadangan PTA dengan penyelia
Tamat
Lulus? Ya Tidak
Proses penyeliaan
Gagal berhenti
>10 sem? Ya Tidak
Projek selesai?
Tidak Pelajar teruskan projek
Tamat
Mendaftar semula
Ya Penyerahan laporan
A
Rajah 2: Carta aliran kerja pelajar TR/TP/TH3086
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 6
3.0 KANDUNGAN PENULISAN TR/TP/TH3086 Pusat pengajian telah menggariskan lima bidang utama yang akan difokuskan dalam penyelidikan. Sehubungan dengan itu, bidang kajian bagi kursus TR/TP/TH3086 haruslah berteraskan kepada 5 bidang utama tersebut. Lima bidang utama tersebut dan juga bidang kajian yang berkaitan dengannya adalah seperti berikut: 1. Teknologi Maklumat a) Pembangunan Sistem Enjin Gelintar b) Sistem Cerdas c) Sistem Pengurusan maklumat d) Capaian Maklumat Multimedia e) Teknologi Audio Video Digital f) Pemprosesan Bahasa Tabii g) Perpustakaan Digital 2. Simulasi, Grafik dan Visualisasi a) Simulasi (Robot, Mesin, Proses) b) Pemodelan 3D /Visualisasi Maklumat c) Animasi d) Realiti Maya e) Perisian Kursus Multimedia Interaktif f) Permainan Multimedia g) Kaedah Berangka h) Pengaturcaraan Selari
3. Produk dan Pembuatan a) Pembangunan Reka Bentuk Produk b) Penilaian Perisian Dalam Pembuatan
4. Kawalan Kualiti a) Kaji Selidik / Kajian Kes b) Design-of-Experiments (DOE) c) Kepenggunaan (Usability) 5. Sistem Pangkalan Data/Pengaturcaraan Robot a) Pembangunan Perisian/Aplikasi berasaskan Web b) Sistem Masa Nyata c) Pengaturcaraan Robot d) Simulasi Sistem Masa Nyata
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 7
Garis Panduan Penulisan PTA Berikut ialah garis panduan penulisan bab bagi setiap bidang kajian kursus TR/TP/TH3086 yang telah dinyatakan di atas. Ianya adalah sebagai panduan sematamata dan boleh diubah mengikut kesesuaian dan kepakaran penyelia. Laporan Projek/PTA Tajuk Pengakuan Penghargaan Abstrak: o Disediakan dalam dua versi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). o Diperakukan oleh penyelia. o Kandungan abstrak: Latar belakang, matlamat, penyataan masalah, kaedah dan hasil/penemuan. o Panjang abstrak antara 200-250 perkataan. Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Ilustrasi Bab 1: Pendahuluan 1.1 Pengenalan Sepintas lalu tentang kandungan bab 1.2 Penyataan masalah Perihalan tentang masalah yang hendak diselesaikan atau dikupas dalam kajian Faktor memotivasikan perlunya kajian ini 1.3 Objektif Menyenaraikan objektif yang hendak dicapai dalam kajian 1.4 Skop Menyatakan batasan kajian 1.5 Pendekatan kajian Memerihalkan cara kajian dijalankan. Mungkin melibatkan beberapa fasa aktiviti yang berbeza 1.6 Organisasi Bab Bermula dengan Bab 2, perihalkan kandungan ringkas setiap bab
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 8
Bab 2: Kajian Kesusasteraan 2.1 Pengenalan Sepintas lalu tentang kandungan bab 2.2 Latar Belakang Kajian Menerangkan spesifikasi dan ciri-ciri kajian 2.2 Kajian Lepas Pelajar dikehendaki merujuk kepada sekurang-kurangnya LIMA PTA atau DUA kertas jurnal/prosiding 2.3 Cadangan Penyelidikan Rumusan dari kajian lepas serta cadangan kajian 2.4 Kesimpulan Merumuskan perbincangan bab 2 Bab 3: Metodologi 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian Menerangkan dengan jelas metodologi atau fasa-fasa pembangunan yang terlibat dalam pembangunan kajian Setiap fasa mesti dihuraikan dengan jelas dan teliti Fasa Perancangan Fasa Reka bentuk Fasa Pembangunan Fasa Implementasi 3.3 Perkakasan dan Perisian 3.4 Kesimpulan Merumuskan perbincangan bab 3 Bab 4: Hasil Kajian dan Implementasi 4.1 Pengenalan 4.2 Hasil Reka bentuk Menerangkan penghasilan reka bentuk beserta rajah (langkah demi langkah) 4.3 Hasil Implementasi 4.4 Kesimpulan Merumuskan perbincangan bab 4
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 9
Bab 5: Penutup 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.3 Kelebihan dan Kekurangan 5.4 Cadangan Pembaikan/ Kajian Lanjutan 5.5 Kesimpulan (Jika Perlu) Rujukan Mengikut penulisan Gaya UKM Setiap deraf yang dihantar perlu disertakan dengan senarai rujukan
4.0 KAEDAH PENILAIAN TR/TP/TH3086 4.1 PENILAIAN UMUM Syarat perlu untuk lulus: Perjumpaan sekurang-kurangnya 5 kali Tidak memplagiat hasil kerja orang lain. Syarat lain: Ketebalan penulisan – antara 30 hingga 50 muka surat tidak termasuk lampiran 4.2 PENILAIAN KHUSUS Penilaian kursus TR/TP/TH3086 diberikan kepada pecahan peratusan berikut: Jadual 2: Penilaian TR/TP/TH3086 Penilaian Lisan
Peratus Penilai 10% Pemeriksa Pensyarah yang hadir Penyeliaan 20% Penyelia Penulisan 35% Penyelia Pemeriksa Hasil 35% Penyelia Pemeriksa Jumlah 100%
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 10
Penilaian bagi setiap bahagian di atas adalah seperti berikut: Lisan (10%) GRED Memberikan pembentangan dengan cemerlang dari semua aspek (bahasa, A kelancaran, alat bantu persembahan) dalam masa yang ditetapkan dan menunjukkan penguasaan yang baik terhadap hasil kerjanya (misalnya mampu menjawab soalan yang berkaitan dengan jelas). Memberikan pembentangan dengan baik dan menunjukkan penguasaan yang B sederhana terhadap hasil kerja. Dapat memberikan pembentangan dan menunjukkan sedikit penguasaan C terhadap hasil kerja. Dapat memberikan pembentangan tetapi tidak menunjukkan penguasaan D kepada hasil kerja. Tidak dapat menyampaikan pembentangan yang sewajarnya. E Penyeliaan (20%) Usaha yang ditunjukkan oleh pelajar Kebolehan bekerja sendiri Sikap dan pengurusan masa Bahasa dan gaya penulisan GRED Kemampuan menjalankan projek secara berdikari mengikut skedul dengan A input yang minimum daripada penyelia. Mampu menulis dengan bahasa dan gaya penulisan yang baik dengan pembetulan yang minimum. Kemampuan menjalankan projek dengan bantuan penyelia. B Mampu menulis dengan bahasa dan gaya penulisan yang sederhana. Kemampuan menjalankan projek tetapi memerlukan bimbingan penyelia. C Memerlukan pembetulan penulisan daripada penyelia. Terlalu bergantung kepada pensyarah D Sikap sambil lewa dalam menjalankan projek dan tidak mengikut jadual Bahasa dan gaya penulisan lemah. Perjumpaan kurang daripada 5 kali. E Penulisan (35%) Organisasi bab Bab 1 Pendahuluan Bab 2 Kajian Kesusasteraan Sekurang-kurangnya 5 (jurnal/prosiding/PTA) Bab 3 Metodologi Kajian/ Analisis dan Reka bentuk/ Kajian Lapangan/ Kajian Keperluan Industri (mengikut bidang) Bab 4 Hasil Kajian dan Implementasi Bab 5 Kesimpulan Projek Rujukan sekurang-kurangnya 10 Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 11
GRED Struktur penulisan yang jelas dan teratur merangkumi kesemua bab yang A telah ditetapkan. Kajian kesusasteraan yang mantap dan komprehensif. Ada rujukan terhadap jurnal atau prosiding. Struktur penulisan yang baik dan merangkumi kesemua bab yang telah B ditetapkan. Kajian kesusasteraan yang sederhana. Struktur penulisan yang kurang jelas dan merangkumi kesemua bab yang C telah ditetapkan. Kajian kesusasteraan yang lemah. Perlu ada sekurang-kurangnya 5 bab seperti di atas walaupun tidak lengkap. D Hasil penulisan yang tidak difahami. E Hasil (35%) Kualiti hasil Kreativiti GRED Hasil yang berkualiti (mengikut bidang) dan mencapai objektif yang A dipersetujui. Mempamerkan kreativiti dalam penghasilan projek. Mempunyai sumbangan akademik . Hasil mencapai objektif yang dipersetujui. B Hasil mencapai objektif yang dipersetujui dengan kualiti yang lemah. C Dapat menunjukkan hasil projek walaupun tidak mencapai objektif yang D telah dipersetujui (tidak lengkap). Tiada hasil yang boleh dinilai. E Nota: Gred perantaraan seperti A-, B+, B-, C+, C- dan D+ diberikan mengikut kesesuaian berdasarkan penilaian di atas. 4.3 RINGKASAN PENILAIAN Ringkasan penilaian bagi keseluruhan bahagian dan gred adalah seperti dalam Jadual 3.
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 12
Jadual 3: Ringkasan Penilaian TR/TP/TH 3086 Gred A
Penulisan Struktur penulisan yang jelas dan teratur merangkumi kesemua bab yang telah ditetapkan. Kajian kesusasteraan yang mantap dan komprehensif. Ada rujukan terhadap jurnal atau prosiding.
Hasil Hasil yang berkualiti (mengikut bidang) dan mencapai objektif yang dipersetujui. Mempamerkan kreativiti dalam penghasilan projek. Mempunyai sumbangan akademik .
Penyeliaan Kemampuan menjalankan projek secara berdikari mengikut skedul dengan input yang minimum daripada penyelia. Mampu menulis dengan bahasa dan gaya penulisan yang baik dengan pembetulan yang minimum.
Lisan Memberikan pembentangan dengan cemerlang dari semua aspek (bahasa, kelancaran, alat bantu persembahan) dalam masa yang ditetapkan. Menunjukkan penguasaan yang baik terhadap hasil kerjanya (misalnya mampu menjawab soalan yang berkaitan dengan jelas)
B
Struktur penulisan yang baik dan merangkumi kesemua bab yang telah ditetapkan. Kajian kesusasteraan yang sederhana.
Hasil mencapai objektif yang dipersetujui.
Kemampuan menjalankan projek dengan bantuan penyelia. Mampu menulis dengan bahasa dan gaya penulisan yang sederhana.
Memberikan pembentangan dengan baik dan menunjukkan penguasaan yang sederhana terhadap hasil kerja.
C
Struktur penulisan yang kurang jelas dan merangkumi kesemua bab yang telah ditetapkan. Kajian kesusasteraan yang lemah.
Hasil mencapai objektif yang dipersetujui dengan kualiti yang lemah.
Kemampuan menjalankan projek tetapi memerlukan bimbingan penyelia. Memerlukan pembetulan penulisan daripada penyelia.
Dapat memberikan pembentangan dan menunjukkan sedikit penguasaan terhadap hasil kerja.
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 13
D
Perlu ada sekurangkurangnya 5 bab seperti di atas walaupun tidak lengkap.
Dapat menunjukkan hasil projek walaupun tidak mencapai objektif yang telah dipersetujui (tidak lengkap).
Terlalu bergantung kepada penyelia. Sikap sambil lewa dalam menjalankan projek dan tidak mengikut jadual. Bahasa dan gaya penulisan lemah.
Dapat memberikan pembentangan tetapi tidak menunjukkan penguasaan kepada hasil kerja.
E
Hasil penulisan yang tidak difahami.
Tiada hasil yang boleh dinilai.
Perjumpaan kurang daripada 5 kali.
Tidak dapat menyampaikan pembentangan yang sewajarnya.
5.0 KESIMPULAN PTA merupakan satu komponen penting dalam proses pembelajaran pelajar, khususnya di universiti. Malah ia adalah satu-satunya kursus di mana pelajar didedahkan secara langsung kepada dunia penyelidikan. Pusat Pengajian Teknologi Maklumat mendokumentasi prosedur kursus TR/TP/TH3086 dengan memberi penekanan kepada aspek penulisan, piawaian penilaian dan proses pengurusan PTA. Adalah diharapkan bahawa laporan ini akan menjadi sumber rujukan serta panduan bagi ahli PPTM dalam membantu pelajar melaksanakan PTA dalam bidang pilihan masing-masing.
Copyright 2012 PPTM FTSM, UKM
ms 14