PENTING Sila Baca Dengan Teliti Dokumen Ini
PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14 GRADUAN DIPLOMA, SIJIL & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
BUKU PANDUAN GRADUAN
Membentuk Tunas Kecemerlangan
UCAM BERHAK UNTUK MEMINDA ISI KANDUNGAN TANPA SEBARANG NOTIS
MAKLUMAN PENTING
Graduan DIWAJIBKAN menjalankan Kajian Pengesanan Graduan KPT yang boleh dicapai di laman web http://graduat.mohe.gov.my, mengisi Borang Pendaftaran Alumni dan Borang Kaji Selidik Graduan UCAM (dilampirkan sekali). Sila isi kesemua borang dengan lengkap dan bawa bersama Slip Cetakan Kajian Pengesanan Graduan KPT. Slip Cetakan adalah sebagai bukti Kajian Pengesanan Graduan KPT telah diisi dengan jayanya dan sila tunjukkan slip berkenaan semasa pengambilan jubah. Graduan yang gagal menunjukkan slip berkenaan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah konvokesyen.
SENARAI SEMAK PANDUAN SAMPUL
Pastikan semua perkara seperti senarai di bawah terdapat dalam sampul surat yang d terima :-
1. Surat jemputan ke Majlis Konvokesyen UCAM ke 14. 2. Panduan Majlis Konvokesyen UCAM ke 14. 3. Borang Kehadiran Graduan/Ibu bapa 4. Borang Pendaftaran Alumni UCAM 5. Borang Kaji Selidik Graduan
** (semua graduan yang HADIR/TIDAK HADIR perlu menghantar kembali setelah lengkap diisi untuk tindakan segera pihak UCAM selewat-lewatnya 4 November 2015)
2
MAJLIS KONVOKESYEN
Pengurusan UCAM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana saudara/i yang merupakan graduan sulung UCAM. Majlis Konvokesyen adalah satu Majlis yang sangat bererti kepada para graduan. Dengan itu pengurusan UCAM berharap agar graduan dapat bekerjasama sepenuhnya demi kelancaran perjalanan majlis. Berikut adalah maklumat penting mengenai majlis berkenaan yang mesti diambil ingatan oleh graduan. SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS INI DENGAN SEBAIKNYA.
Tarikh 11 November 2015
Aktiviti Raptai dan Taklimat Bersama Graduan
12 November 2015
Majlis Konvokesyen
Tempat Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Masa 12.00 tengahari
Pakaian Pakaian Kemas
8.00 pagi – 2.00 petang
Sila rujuk m/s 5
SESI PENGURNIAAN DIPLOMA DAN SIJIL
Majlis Konvokesyen akan berlangsung selama sehari dan hanya diadakan satu sesi. Graduan akan naik ke pentas untuk acara penganugerahan diploma dan sijil mengikut program masing- masing seperti berikut :-
Diploma Pertanian Diploma Pengurusan Ladang Diploma Pengurusan Landskap Diploma Perakaunan Diploma Keusahawanan Diploma Pengurusan Perniagaan Diploma Perniagaantani Sijil Sains Pertanian Sijil Pengurusan Perniagaan Sijil Sains Komputer Sijil Kemahiran Konduktor Ladang
3
KEHADIRAN PADA HARI RAPTAI
Graduan dikehendaki melapor diri pada 11 November 2015 mulai 12.00 tengahari di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan mengikuti raptai sehingga selesai.
Pihak UCAM boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri Raptai dan Taklimat Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokeyen Ke 14.
KEHADIRAN PADA HARI KONVOKESYEN
Graduan dikehendaki melapor diri kepada pegawai bertugas mengikut program pengajian masing-masing pada 12 November 2015 mulai 8.00 pagi di Ruang Legar, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kelewatan melapor diri pada masa yang ditetapkan akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan masuk.
Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang ditetapkan. Graduan akan disusun dan akan dibekalkan dengan kad yang mengandungi butiran graduan.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke dewan, para graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas.
Graduan yang datang lewat iaitu selepas perarakan masuk graduan pada hari konvokesyen, tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
UCAM berhak menahan atau melarang graduan yang tidak melapor diri daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai bertugas sepanjang majlis berlangsung.
Graduan dan tetamu tidak dibenar meninggalkan dewan sehingga Majlis selesai.
TERTIB PENGURNIAAN DIPLOMA DAN SIJIL
Graduan akan diiringi oleh pegawai bertugas naik ke pentas untuk menerima diploma atau sijil melalui tangga sebelah kiri pentas mengikut program pengajian masing-masing. Graduan akan berbaris dalam satu barisan mengikut urutan yang ditentukan.
Sebelum menaiki tangga ke pentas, graduan perlu menyerahkan kad nama kepada pegawai bertugas dan terus bergerak ke arah tangga dan menunggu arahan seterusnya daripada pegawai bertugas. Naik ke atas pentas selepas diarahkan.
Sebaik nama diumumkan, graduan perlu bergerak dan terus berhenti di tanda seterusnya, tunduk mengadap YB. Menteri, bergerak dua langkah ke hadapan dan seterusnya menerima skrol dengan kedua belah tangan dan mengucapkan “Terima Kasih Dato’ Sri”.
4
Setelah menerima skrol, graduan perlu tunduk dan bergerak turun dari pentas ke tangga sebelah kanan pentas terus ke tempat duduk semula berpandukan arahan pegawai bertugas.
Keterangan lanjut tertib pergerakan ini akan diberikan semasa hari raptai.
PANDUAN PAKAIAN GRADUAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN GRADUAN LELAKI 1. Rambut – pendek, kemas dan tidak diwarnakan. 2. Kasut kulit hitam bertumit dan berstokin (kasut sukan atau sandal tidak dibenarkan) 3. Pakaian GRADUAN DIPLOMA ‘Lounge Suit’ berwarna hitam, kemeja lengan panjang berwarna putih atau cerah dan bertali leher (kemeja T, seluar jeans atau seluar pendek tidak dibenarkan). GRADUAN SIJIL Pakaian Kebangsaan lengkap bersampin serba hitam DAN bersongkok.
GRADUAN WANITA 1. Graduan wanita yang bertudung digalakkan memakai tudung berwarna cerah. 2. Graduan wanita yang tidak memakai tudung – rambut hendaklah didandan dengan kemas jika panjang serta tidak diwarnakan. 3. Kasut bertutup penuh. Sandal samada bertali atau tidak adalah TIDAK DIBENARKAN. Berkasut kulit hitam, bertumit yang tidak melebihi 2 ½ inci. 4. Pakaian – sepasang baju kurung/kebaya warna bebas atau blouse warna putih dan skirt labuh, plain dan warna hitam. Pakaian hendaklah dipastikan tidak jarang. 5. Bagi graduan wanita yang bukan beragama Islam, skirt hendaklah melepasi paras lutut, tidak terlalu terdedah dan baju hendaklah yang berlengan panjang(skirt atau seluar pendek tidak dibenarkan).
UMUM
Rumbai (tassel) pada mortarboard hendaklah dibiarkan tergantung di hadapan sebelah kiri graduan.
Majlis Konvokesyen ini adalah satu acara rasmi UCAM. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas.
5
Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Diploma atau Sijil.
NOTA 1. Set jubah Graduan Diploma terdiri daripada Jubah dan Mortarboard sahaja. 2. Set jubah Graduan Sijil/SKM terdiri daripada Jubah sahaja. 3. Pakaian yang tidak mengikut syarat akan menyebabkan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan. Pastikan pakaian mengikut syarat, lengkap dan kemas. 4. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
TETAMU GRADUAN
Setiap graduan akan diberikan tiga (3) keping kad masuk untuk tiga (3) orang tetamu semasa pengambilan pakaian konvokesyen.
Seseorang tetamu mestilah berumur tidak kurang dari dua belas (12) tahun. Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
Pihak UCAM tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan kad masuk yang telah diedarkan dan kad-kad yang hilang tidak akan diganti.
Tetamu graduan adalah diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing pada 12 November 2015 mulai jam 8.30 pagi.
Tetamu graduan perlu menunjukkan kad masuk kepada pegawai bertugas di pintu masuk. KEGAGALAN berbuat demikian menyebabkan tetamu TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.
Tetamu graduan perlu mematuhi arahan-arahan daripada pegawai yang bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan ke dalam dewan dan semasa mengambil tempat duduk.
Tetamu graduan dilarang meninggalkan majlis sehingga majlis selesai.
PANDUAN BERPAKAIAN BAGI TETAMU GRADUAN Tetamu Lelaki
‘Lounge Suit’ / baju batik / kemeja yang berlengan panjang / berbaju kebangsaan (seluar jeans dan kemeja-T DILARANG)
Kasut bertutup (sandal / selipar DILARANG)
6
Tetamu Wanita
Rasmi / Kebangsaan / Bersesuaian (pakaian gaun atau skirt hendaklah melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, jeans dan seluar adalah DILARANG)
Kasut bertutup (sandal / selipar DILARANG)
Pakaian kurang sopan seperti jarang, ketat, mendedahkan dan yang tidak sesuai untuk majlis rasmi adalah tidak dibenarkan. KEGAGALAN mematuhi peraturan berpakaian akan menyebabkan tetamu graduan DIHALANG daripada memasuki dewan)
PERATURAN AM
Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, video, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan.
Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan dan ibubapa / tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.
Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan dan tetamu yang lain adalah DILARANG sama sekali MENGAMBIL GAMBAR / VIDEO. Graduan hendaklah memaklumkan hal ini kepada ibu bapa / tetamu.
Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan dan tetamu hendaklah mematikan telefon bimbit atau menukarkan ke mod senyap.
AMBIL DAN PULANG PAKAIAN KONVOKESYEN Graduan dikehendaki menyerahkan dokumen dan borang-borang seperti berikut semasa pengambilan jubah :1. Salinan slip pembayaran (asal) 2. Slip cetakan Borang Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPT KEGAGALAN menyediakan dokumen di atas akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan untuk mengambil pakaian konvokesyen.
Pengambilan jubah pada hari konvokesyen adalah TIDAK AKAN DILAYAN.
7
Graduan
dinasihatkan supaya mematuhi jadual pengambilan dan pemulangan
pakaian
konvokesyen. Berikut adalah butiran mengenai pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen :-
AMBIL JUBAH
05 & 06 November 2015 Tempat : Kaunter UPRP, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) Masa : 9 pagi – 4 petang 11 November 2015 Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Masa : 9 pagi – 12 tengahari
PULANG JUBAH
12 November 2015 Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Masa : 1.00 petang – 4.00 petang
PERATURAN DAN SYARAT PENYEWAAN PAKAIAN KONVOKESYEN 1. Graduan adalah bertanggungjawab kepada pakaian konvokesyen yang disewa. Sebarang kerosakan pada pakaian konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. 2. Graduan HANYA dibenarkan mengambil pakaian konvokesyen mengikut hari dan masa yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kesulitan pengurusan. 3. Graduan digalakkan mengambil pakaian konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai. 4. Denda RM50 sehari bagi graduan yang LEWAT memulangkan semula pakaian konvokesyen. 5. Denda RM300, skrol dan transkrip ditahan bagi graduan yang MENGHILANGKAN atau MEROSAKKAN pakaian konvokesyen. 6. Denda RM100, skrol dan transkrip ditahan bagi graduan yang MENGHILANGKAN atau MEROSAKKAN mortarboard.
8
GAMBAR KONVOKESYEN 1. Bayaran perkhidmatan gambar adalah sebanyak RM70 termasuk GST dan kos pengurusan. ** PENGHANTARAN GAMBAR KONVOKESYEN AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK JURUFOTO YANG DILANTIK. PASTIKAN GRADUAN MENGIKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN MASALAH SEMASA PROSES PENGHANTARAN GAMBAR.
PROSEDUR BAYARAN 1. Bayaran boleh dibuat secara terus ke akaun bank : BANK MAYBANK atas nama KOLEJ RISDA SDN. BHD, MBB CAWANGAN ALOR GAJAH, No Akaun : 554044501501. ATAU BANK CIMB atas nama KOLEJ RISDA SDN. BHD, CIMB CAWANGAN ALOR GAJAH, No. Akaun : 04110000133105 (Sila rujuk panduan mengisi slip bayaran Maybank/CIMB seperti di bawah) 2. Salinan slip pembayaran (MBB/CIMB) hendaklah disimpan dan dibawa bersama semasa mengambil pakaian konvokesyen. 3. ATAU Bayaran secara Tunai juga turut diterima semasa mengambil pakaian konvokesyen di kaunter Unit Kewangan, UCAM. 4. Kegagalan graduan untuk membuat bayaran akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN :
Mengambil pakaian konvokesyen
Mengambil kad jemputan konvokesyen
Menghadiri Majlis Konvokesyen
9
PANDUAN MENGISI SLIP BAYARAN MAYBANK
1 3
2 4 5 6
No. 1 & 2
: Pilih cara bayaran ( Cek @ Tunai )
No. 3
: Lengkapkan maklumat cek
No. 4
: KOLEJ RISDA SDN. BHD.
No. 5
: No Akaun 554044501501
No. 6
: Tulis nama graduan dan nombor matrik
No. 7
: Tulis singkatan program yang diambil.
7
PERHATIAN PASTIKAN JUBAH KONVOKESYEN ANDA BERADA DI DALAM KEADAAN KEMAS DAN DIGOSOK
10
SENARAI SEMAK Apa perlu anda lakukan :
MASA
BIL
SEBELUM MAJLIS 1. KONVOKESYEN 2.
3
4
5
6
7
8
9
SEMASA MAJLIS 10 KONVOKESYEN
PERKARA
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA / DISERTAKAN
Menerima surat dan Buku Panduan Graduan / muat turun Buku Panduan Graduan dari laman web http://www.ucam.edu.my/konvo Baca dengan teliti setiap maklumat / kandungan set jemputan konvokesyen. Semak tatacara berpakaian dan penampilan semasa konvokesyen. Sediakan keperluan jika tiada. Maklumkan kepada ibubapa / tetamu mengenai tatacara berpakaian semasa majlis konvokesyen. Sediakan keperluan jika tiada. Layari laman web http://graduan.mohe.gov.my dan isikan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2015. Sila cetak Slip Pengesahan Kajian Pasaran dan simpan dengan baik. (anda perlu menyerahkan slip ini semasa mengambil jubah konvokesyen). Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah yang dinyatakan. Simpan resit dengan baik (anda perlu menyerahkan resit asal semasa mengambil jubah konvokesyen). - Slip Pengesahan Datang ke UCAM / PICC pada tarikh dan masa yang Kajian Pasaran telah ditetapkan untuk pengambilan jubah Graduan konvokesyen. - Resit Pembayaran Gambar - Slip Pengesahan Kajian Pasaran Serahkan Slip Pengesahan Kajian Pasaran Graduan, Graduan Resit bayaran gambar konvokesyen di kaunter UPRP. - Resit Pembayaran Gambar Ambil Pakaian Konvokesyen dan Kad Jemputan Tetamu. (Sila serahkan Kad Jemputan Tetamu kepada ibubapa / tetamu yang akan masuk ke dewan) Tarikh : Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan Masa : tarikh yang telah ditetapkan. Kehadiran adalah Pakaian : Kemas dan DIWAJIBKAN kepada semua graduan. tidak berselipar - Kad Jemputan (dipegang oleh Datang dan berkumpul ditempat yang telah ibubapa / jemputan) ditentukan (Sila tepati masa dan tatacara berpakaian - Q-Card (dipegang yang ditetapkan) oleh graduan) - Jubah, mortarboard 11
(dipegang oleh graduan) PERINGATAN Graduan diminta supaya tidak membawa sebarang beg / beg tangan, barang berharga dan dompet dan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan. Pihak UCAM tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan / kerosakan harta benda.. 11 12 13 14 15 16 17 18 SELEPAS MAJLIS 19 KONVOKESYEN 20
Beratur di dalam barisan / program anda mengikut arahan pegawai bertugas. Berarak masuk dengan tertib Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut arahan pegawai bertugas. Tunggu giliran program anda menerima sijil/diploma Beratur untuk menerima sijil/diploma apabila mendapat arahan pegawai bertugas. Serahkan Q-Card kepada pegawai bertugas Terima sijil / diploma. Duduk semula di tempat yang ditunjukkan oleh pegawai bertugas Pulangkan pakaian konvokesyen dalam keadaan baik. Tempat pemulangan pakaian konvokesyen adalah seperti mana yang dinyatakan muka surat 8 - Slip pengesahan Ambil Sijil dan Transkrip (pastikan anda tidak tiada hutang dari berhutang kepada UCAM) Unit Kewangan UCAM
12
ALAMAT SURAT MENYURAT KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA LOT 2020, AYER PA’ABAS 78000 ALOR GAJAH, MELAKA (u.p : Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar)
PERTANYAAN Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen UCAM Ke 14, graduan boleh menghubungi pegawai di :-
Unit Pengambilan & Rekod Pelajar (UPRP) Tel : 06-5529 227/642 Tel : 06-5520 211 Faks : 06-5529 963 Emel :
[email protected]
Membentuk Tunas Cemerlang
13