Ruj Kami : ( ) MMC/ESR/Konvo15/11
Tarikh : 10 Ogos 2011
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 KOLEJ MULTIMEDIA Tahniah di atas kejayaan anda yang akan bergraduat pada tahun ini. Kolej Multimedia dengan berbesar hati menjemput anda yang layak untuk hadir bagi menerima anugerah Diploma pada MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ MULTIMEDIA KE-15. Untuk makluman, Majlis Konvokesyen akan diadakan seperti berikut:
TARIKH TEMPAT
: :
MASA
:
12 OKTOBER 2011 (RABU) DEWAN TUN CANSELOR, UNIVERSITI MULTIMEDIA(MMU), CYBERJAYA, SELANGOR 7.00 PG HINGGA 3.00 PTG
Mengikut rekod kolej, sehingga tarikh 9 Jun 2011, anda masih lagi mempunyai tunggakan dengan pihak kolej sebanyak RM xxx.00 (jika pembayaran telah dijelaskan sepenuhnya, sila abaikan notis tunggakan ini dan pihak kolej mengucapkan terima kasih atas pembayaran yang telah dibuat). Anda diminta untuk menjelaskan tunggakan yuran SEBELUM 30 Sept 2011 (Jumaat) bagi membolehkan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ini. Pembayaran tunggakan boleh dibuat seperti berikut: 1. Bagi pembayaran melalui cek/bank draft/postal order, dibayar atas nama MULTIMEDIA COLLEGE SDN. BHD. Sila tulis nama anda dan nombor telefon anda di belakang cek/bank draft/postal order. 2. Bagi pembayaran melalui mesin deposit tunai (cash deposit machine) di bank CIMB (No Akaun CIMB: 1275-00000-31104), anda perlu menghantar slip pembayaran ke Unit Kewangan, Kolej Multimedia masing-masing SEBELUM 30 September 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Munirah Muhammad di talian 03-2020 1189 atau Pn Mimi Zalina Osman Ariff di talian 03-2020 4407.
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
Kolej Multimedia mengucapkan TAHNIAH dan diharapkan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen ke 15 pada tahun ini.
Sekian dan terima kasih.
KHANEEZA KHALID KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KOLEJ MULTIMEDIA Jalan Gurney Kiri 54100 Kuala Lumpur
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
PANDUAN DAN MAKLUMAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 1.0 PENGENALAN Dengan sukacitanya seluruh warga Kolej Multimedia mengucapkan tahniah atas kejayaan semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Multimedia. Bagi meraikan kejayaan tersebut, pihak Kolej Multimedia berharap anda akan dapat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Konvokesyen yang akan diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Selangor pada hari Rabu, 12 Oktober 2011. Kelulusan untuk berkonvo juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan iaitu menjelaskan semua yuran pengajian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej.
2.0 JEMPUTAN Seramai TIGA(3) orang jemputan (berumur 12 tahun dan ke atas) dibenarkan untuk berada di dalam dewan sepanjang sesi konvokesyen. Kad jemputan akan diedarkan kepada graduan yang layak setelah pihak kolej menerima pengesahan kehadiran anda. Jika anda ingin membawa jemputan tambahan, bayaran sebanyak RM20.00 seorang akan dikenakan (maksima jemputan tambahan adalah 2 orang). Kad jemputan akan diserahkan semasa hari pendaftaran & pengambilan jubah iaitu pada 10 Oktober 2011.
3.0 ATURCARA (WAJIB HADIR) Sila ambil perhatian untuk butir-butir khusus berikut: TARIKH ATURCARA
MASA Waktu pejabat
TEMPAT
Sebelum 30 Sept 2011
Menjelaskan tunggakan yuran (jika ada)
10 Okt 2011 (Isnin)
Pendaftaran & Pengambilan Jubah
10 Okt 2011 (Isnin)
Majlis Makan Malam Graduan
11 Okt 2011 (Selasa)
Raptai Penuh Perarakan Graduan
2:00 ptg
Dewan Tun Canselor, MMU
12 Okt 2011 (Rabu)
Majlis Konvokesyen
7:00 pg
Dewan Tun Canselor, MMU
12 Okt 2011 (Rabu)
Pemulangan jubah
3.30 ptg – 7.00 mlm
Dewan Tun Canselor, MMU
9:00 pg – 3:00 ptg 7:00 mlm – 11:00 mlm
Kolej Multimedia Perpustakaan Kolej Multimedia K.Lumpur Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
4.0 PERATURAN PAKAIAN
Lelaki
1. Memakai Jubah yang disediakan oleh Kolej Multimedia 2. Pakaian kebangsaan iaitu baju melayu dan songkok hitam (plain)
atau kemeja lengan panjang dan songkok hitam (plain), kasut kulit berwarna gelap dan bertali leher (bagi yang memakai kemeja) bagi SEMUA graduan termasuk graduan bukan muslim juga dikehendaki memakai songkok hitam. 3. Berambut pendek dan kemas. Tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
Wanita
1. Memakai Jubah yang disediakan oleh Kolej Multimedia 2. Pakaian kebangsaan dan/atau bertudung (plain) warna hitam,
putih, atau “cream”, kasut bertutup berwarna gelap (court shoe). 3. Dilarang sama sekali memakai pakaian yang menjolok mata
seperti singkat, jarang, ketat atau mendedahkan. 4. Tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
Ibu/Bapa/Waris/ Lelaki Jemputan Wanita
: Baju Kebangsaan / Baju Batik / Baju Kemeja : Pakaian formal yang bersesuaian dengan majlis
PERINGATAN : SEMUA GRADUAN DIINGATKAN UNTUK MEMATUHI KOD PEMAKAIAN INI. KEGAGALAN UNTUK MEMATUHINYA AKAN MENYEBABKAN ANDA TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN INI.
5.0 JUBAH MAJLIS KONVOKESYEN 5.1 Peminjaman Jubah Peminjaman jubah boleh dibuat pada hari yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Jemputan & Graduan. Deposit Tunai sebanyak RM100 perlu dijelaskan semasa peminjaman dibuat. Deposit akan dikembalikan selepas pemulangan jubah dibuat pada hari yang ditetapkan. Anda boleh mewakilkan kepada orang lain dalam urusan pengambilan jubah dengan menggunakan borang yang disertakan. Borang hendaklah dibawa oleh wakil bersama salinan surat jemputan dan deposit tunai.
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
5.2 Pemulangan Jubah Jubah hendaklah dipulangkan selepas majlis konvokesyen tamat iaitu pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Jemputan & Graduan. Kegagalan memulangkan jubah menyebabkan skrol dan transkrip ditahan oleh Unit Peperiksaan. Kelewatan memulangkan jubah pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan deposit tidak akan dipulangkan. Sebarang kerosakan atau kehilangan akan dikenakan bayaran gantirugi.
6.0 PROSEDUR KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN 6.1 Graduan yang ingin HADIR dikehendaki : i. Mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran mengikut tarikh yang ditetapkan ii. Menjelaskan semua YURAN PENGAJIAN TERTUNGGAK iii. Menjelaskan bayaran Konvo iaitu sebanyak RM300.00 atas nama ‘MULTIMEDIA COLLEGE SDN BHD’ (No Akaun CIMB: 1275-00000-31104) di KAUNTER bank CIMB. a. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dalam slip tersebut b. Sila tulis nama penuh, no kp, no telefon dan ”Bayaran Konvo” di belakang slip c. Sila kepilkan dan kembalikan slip bank bersama-sama surat pengesahan kehadiran iv. Membuat bayaran deposit Jubah iaitu sebanyak RM100.00 dalam bentuk TUNAI semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah. v. Sila isi soal Selidik Pengesanan Graduan secara online http://graduat.mohe.gov.my dan bawa salinan cetakan borang semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah vi. Sila isi borang ALUMNI dan dikembalikan ke Kolej Multimedia (yang disertakan atau boleh dimuatturun dari laman web (http://www.mmc.edu.my ) vii. Sila sahkan kehadiran ke Majlis Makan Malam dengan RSVP ke
[email protected] 6.2 Graduan yang TIDAK HADIR dikehendaki: i. Menjelaskan semua YURAN PENGAJIAN TERTUNGGAK ii. Menjelaskan bayaran Konvo iaitu sebanyak RM200.00 atas nama ‘MULTIMEDIA COLLEGE SDN BHD’ (No Akaun CIMB: 1275-00000-31104) di KAUNTER bank CIMB. a. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dalam slip tersebut b. Sila tulis nama penuh, no kp, no telefon dan ”Bayaran Konvo” di belakang slip c. Sila kepilkan kembalikan slip bank bersama-sama surat pengesahan ketidakhadiran
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
iii. Sila isi soal selidik pengesanan graduan secara online http://graduat.mohe.gov.my dan cetak borang tersebut dan difakskan kepada Jawatankuasa Jemputan & Graduan. iv. Sila isi borang ALUMNI dan kembalikan ke Kolej Multimedia (borang juga boleh dimuatturun dari laman web ( http://www.mmc.edu.my )
7.0 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (ONLINE) Semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat dalam Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka SATU (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen iaitu mulai pada 1 Sept hingga 30 Sept 2011. Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan pengesahan kajian yang telah dilengkapkan semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah .
8.0 MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN Semua graduan dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam Graduan yang akan diadakan pada 10 Oktober 2011 (Isnin) jam 7.00 malam di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. Majlis Makan Malam ini adalah bertujuan untuk meraikan para graduan yang akan bergraduat pada tahun ini. Graduan dikehendaki membuat pengesahan untuk hadir dengan membuat pengesahan kehadiran (RSVP) ke email
[email protected] sebelum 5 Okt 2011 (Rabu). Graduan yang GAGAL untuk RSVP pada tarikh yang ditetapkan akan dianggap tidak hadir.
9.0 RAPTAI Graduan DIWAJIB menghadiri Raptai pada hari yang telah ditetapkan iaitu pada 11 Okt 2011 (Selasa) jam 1.00 petang di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU). Raptai ini adalah bertujuan untuk memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen yang penuh dengan protokol yang mesti dipatuhi oleh setiap graduan. Pakaian raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis.
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
10.0
RINGKASAN PROSEDUR KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN 1.
Borang
Menjelaskan yuran tertunggak, termasuk denda perpustakaan dan sebagainya. NOTA : Bagi pelajar tajaan MARA, sila bawa bersama-sama AKUJANJI PINJAMAN MARA
Tarikh 30 Sept 2011
Sila berurusan sebelum 30 September 2011 (Jumaat) di kolej kawasan masing-masing.
2.
Bayaran Konvo Jumlah bayaran adalah seperti berikut : GRADUAN HADIR KONVO • Bayaran Konvo = RM300 • Deposit Jubah = RM100
Borang Bayaran Konvo
5 Okt 2011
Borang Peminjaman Jubah
10 Okt 2011
GRADUAN TIDAK HADIR • Bayaran Konvo = RM 200 Bayaran Konvo Pembayaran boleh dibuat dengan dikaunter bank CIMB, pembayaran perlu dibuat atas nama MULTIMEDIA COLLEGE SDN BHD. (No Akaun CIMB: 1275-00000-31104). Salinan slip pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran (bagi yang hadir) dan/atau diserahkan semasa membuat tuntutan skrol & transkrip. Pembayaran melalui mesin deposit atau perbankan internet TIDAK diterima. TARIKH AKHIR : 5 OKT 2011 (Rabu)
Deposit Jubah Bayaran boleh dibuat pada hari Pendaftaran Dan Pengambilan Jubah dalam bentuk TUNAI (bayaran melalui kaedah lain tidak diterima). Deposit akan dikembalikan selepas pemulangan jubah. Pembayaran melalui mesin deposit atau perbankan internet TIDAK diterima. TARIKH : 10 OKT 2011 (Isnin)
(sila muatturun dari http://mmc. edu.my)
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
3.
Mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran bersama-sama slip pembayaran Konvo RM300 dan bersama-sama bukti pembayaran yuran tertunggak. TARIKH AKHIR : 5 OKT 2011 (Rabu)
4.
Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Makan Malam Graduan 2011. Sila RSVP ke
[email protected] TARIKH AKHIR : 5 OKT 2011 (Rabu)
5 Okt 2011
5.
Telah mengisi borang kaji selidik Kementerian Pengajian Tinggi secara online di laman web Graduates Tracer Study System di http://graduat.mohe.gov.my.
10 Okt 2011
Borang Pengesahan Kehadiran
5 Okt 2011
(PERINGATAN : SEMUA GRADUAN ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK MENGISI BORANG KAJI SELIDIK TERSEBUT. SILA CETAK DAN BAWA SEBAGAI BUKTI SAUDARA/I TELAH MENGISI BORANG TERSEBUT PADA HARI PENGAMBILAN JUBAH).
6.
Mengambil jubah, kad jemputan, kad nama untuk naik ke pentas , pelekat kereta (car sticker) dan Pas Masuk Majlis Makan Malam pada 10 Oct 2011, jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang di Kolej Multimedia Kuala Lumpur.
10 Okt 2011
Sila bawa bersama-sama : i) Bukti pengisian borang kaji selidik Kementerian Pengajian Tinggi ii) Borang ALUMNI (sila muatturun dari laman web dan kembalikan semasa hari pendaftaran) iii) Bukti Pembayaran (slip bank CIMB) iv) Deposit Jubah (tunai) sebanyak RM100
7.
Menghadiri majlis raptai di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), jam 1.00 petang.
11 Okt 2011
SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN 1. Pada hari konvokesyen sila pastikan anda membawa :
1) Jubah Konvokesyen 2) Kad Nama untuk naik ke pentas 3) Songkok hitam (bagi graduan lelaki) 2. Semua Graduan diminta mematuhi kod pemakaian yang telah ditetapkan.
12 Okt 2011
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN Jubah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja majlis konvokesyen tamat. Kegagalan memulangkan jubah menyebabkan Sijil dan Transkrip ditahan oleh Unit Peperiksaan. Sebarang kerosakan atau kehilangan akan dikenakan bayaran gantirugi.
11. HAL LAIN Jika terdapat sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi JEMPUTAN, KEHADIRAN, JUBAH, TRANSKRIP DAN SKROL Pn. Mimi Zalina Osman Ariff Tel : 03-2020 4407 Pn. Noorayu Baharin Tel : 03-2020 1256 Cik Jessica Raman A/P Raman Tel : 03-2020 4339 UNIT KEWANGAN & PENTADBIRAN En Mohd Raflie Ridzwan Tel : 03-2020 1120 Cik Munirah Binti Muhamad Tel : 03-20201189 MMC Taiping Tel : 05-8099309 MMC Terengganu Tel : 09-6162551 MMC Sabah Tel : 088-299323 MMC Sarawak Tel : 082-311400
ALUMNI En Shariff Mohd Din Tel :03-2020 1230 MAKAN MALAM GRADUAN Pn Aisya Salimah Che Abdul Rahim Tel : 03-2020 4378 Cik Norlaili Hussin Tel : 03-2020 1340
12 Okt 2011
MAJLIS KONVOKESYEN KE 15 KOLEJ MULTIMEDIA 2011
Atau emelkan ke
[email protected]. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman http://mmc.edu.my/convocation
web
Kolej
Multimedia
di
** Kolej Multimedia berhak meminda sebarang arahan yang termaktub dalam dokumen ini