Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.
Bil. MARA : 96/1-26 Klt.20 (14) Bil. Pend : SUM/SPP/007 Tarikh : 1 JUN 2007
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 14/2007 PERATURAN PAKAIAN DAN PEMAKAIAN KE PEJABAT DAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI MARA
1.
TUJUAN 1.1
Adalah dimaklumkan bahawa MARA telah bersetuju meminda dan menambahbaik peraturan pakaian ke pejabat dan semasa menghadiri majlis rasmi MARA bagi menggantikan peruntukan sedia ada untuk dilaksanakan dalam perkhidmatan MARA.
2.
LATAR BELAKANG 2.1
MARA pada masa ini telah melaksanakan peruntukan berkenaan peraturan pakaian ke pejabat dan semasa menghadiri majlis rasmi melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 6/2001. Di samping peruntukan tersebut, MARA juga turut mengaplikasikan saranan Kerajaan dalam menggalakkan pemakaian Baju Kebangsaan pada hari Jumaat, pemakaian pakaian Batik Malaysia pada hari pertama dan hari 1
ke-15 setiap bulan serta Pakaian Alternatif bagi semua pegawai perkhidmatannya. 2.2
Sejajar dengan perkembangan dan permodenan dunia fesyen masa kini, MARA telah berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah cabaran dalam membentuk pegawai perkhidmatan MARA yang mana secara tidak langsung mencerminkan corak pemikiran dan hala tuju MARA. Menyedari kepentingan ini, MARA melalui Jawatankuasa Perjawatan MARA telah bersetuju untuk mewujudkan satu bentuk panduan dan peraturan yang lebih komprehensif bagi menggantikan peraturan sedia ada.
3.
PAKAIAN SEMASA BEKERJA 3.1
Pakaian Pegawai Lelaki. (i)
Pegawai perkhidmatan MARA dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional perlu memakai lounge suit atau bush-jacket atau seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang atau pendek tuck in dan bertali leher.
Sekiranya baju tersebut
berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipat. (ii)
Pegawai perkhidmatan MARA dalam kumpulan Sokongan perlu memakai seluar panjang beserta baju kemeja berlengan panjang atau pendek tuck in. Sekiranya baju kemeja tersebut berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipat. Pegawai digalakkan untuk memakai tali leher.
(iii)
Pakaian Baju Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok baldu hitam. 2
(iv)
Kasut adalah daripada kasut kulit atau seumpamanya dan berstokin. Contoh pakaian pegawai lelaki yang dibenarkan seperti di Lampiran A.
3.2
Pakaian Pegawai Wanita. (i)
Pakaian Kebangsaan (baju kurung atau baju kebaya) atau pakaian kaum masing-masing.
(ii)
Kot atau jaket dengan seluar bertempah tailored pant suit atau dengan skirt labuh. Baju, jaket atau kot harus melebihi paras pinggul. Blaus hanya boleh dipakai bersama kot atau jaket. Jubah yang seakan-akan tailored pant suit juga dibenarkan.
(iii)
Kasut, sandal bertumit atau sejenis dengannya dan mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang dipakai. Contoh pakaian pegawai wanita yang dibenarkan seperti di Lampiran B.
3.3
Jenis Kain, Reka Bentuk, Fesyen Dan Material Pakaian Yang Tidak Dibenarkan Bagi Pegawai Lelaki Dan Wanita. (i)
Jenis kain yang jarang, terlalu nipis sehingga melekat pada tubuh, kain dari jenis jeans dan khakis.
3
(ii)
Dari segi reka bentuk, tidak dibenarkan memakai kain yang berbelah, senteng, pendek, baju berleher besar (low-cut neck), berlengan besar seperti baju kelawar, terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, baju tiada lengan dan seluar slim fit.
(iii)
Mini skirt, purdah dan pakaian yang menutupi muka, jubah mini, kebaya pendek atau kebaya nyonya, baju kurung kedah, jubah lelaki, songkok atau kupiah dalam lain-lain bentuk atau warna, T-shirt, kain sarong bagi lelaki, seluar jeans, seluar pendek, kemeja ketat atau mengikut bentuk tubuh bagi lelaki.
(iv)
3.4
Selipar, kasut getah, kasut sukan, kasut kanvas dan capal.
Pakaian Mengandung. (i)
Pegawai yang mengandung perlu memakai pakaian seperti mana yang ditetapkan di dalam peruntukan ini dan pakaianpakaian lain yang sopan dan sesuai seperti dress labuh. Blaus dibenarkan dipakai bersama skirt labuh dan
harus labuh
melebihi paras pinggul, dan daripada reka bentuk yang sesuai untuk dipakai di pejabat. Pemakaian seluar hanya dibenarkan sekiranya ia dipakai bersama kot atau jaket (tailored pant suit).
4
3.5
Pakaian Ke Pejabat Di Luar Waktu Bekerja. (i)
Pegawai perkhidmatan MARA yang hadir ke pejabat di luar waktu bekerja untuk melaksanakan kerja lebih masa, atau menghadiri aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan pejabat perlu memakai pakaian seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling ini. Namun kelonggaran diberikan untuk memakai smart casual yang sopan dan tidak menjolok mata.
3.6
Aksesori Pakaian Semasa Bekerja. (i)
Pegawai perkhidmatan MARA lelaki dan wanita sekiranya memakai aksesori perlu bersifat sederhana dan tidak terlalu menonjol. Bertatu, bertindik atau bersubang di telinga lebih dari sepasang, dan bertindik atau bersubang di tempat-tempat lain adalah dilarang. Manakala bagi pegawai lelaki bertindik dan bersubang adalah dilarang sama sekali.
(ii)
4.
Mewarna rambut adalah tidak dibenarkan kecuali menginai.
PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA RASMI 4.1
Untuk menghadiri upacara rasmi, pegawai perkhidmatan MARA hendaklah memakai pakaian-pakaian sepertimana yang digariskan dalam peruntukan ini melainkan terdapat pakaian khas yang telah ditetapkan.
5
5.
PEMAKAIAN PAS KESELAMATAN MARA 5.1
Pegawai perkhidmatan MARA adalah diwajibkan memakai pas keselamatan MARA semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi seperti peraturan yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa. Contoh pas keselamatan yang sedang dikuatkuasakan seperti di Lampiran C.
6.
GALAKAN PAKAIAN DAN PEMAKAIAN 6.1
Pegawai wanita beragama Islam amat digalakkan untuk memakai pakaian yang menutup aurat.
7.
PEMAKAIAN PERUNTUKAN 7.1
Peruntukan ini perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan seperti dibawah: (i)
Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 14/2006;
(ii)
Surat Pekeliling Am BSM Bil. 4/2005; dan
(iii)
Surat Edaran MARA Bil: BSM 731(27) bertarikh 28 Mac 2005.
8.
PEMBATALAN 8.1
Dengan berkuatkuasanya peruntukan ini maka Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 6/2001 adalah dibatalkan.
6
9.
TARIKH KUATKUASA 9.1
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ia dikeluarkan.
10.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENGAWAL PUSAT 10.1
Pegawai Mengawal Pusat adalah diminta untuk mengedarkan Surat Pekeliling ini untuk makluman semua pegawai perkhidmatan MARA di bawah seliaan masing-masing.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG’
DATUK NAM BIN MARTHININ Ketua Pengarah MARA.
“KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN” 7