MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. (1) seperti garam jatuh di air
(5) panjang akal
(2) tangan kosong
(6) bagai cembul dengan tutup
(3) banting tulang
(7) bagai aur dengan tebing
(4) lurus akal
(8) baik budi
1 Sejak kemasukan ibu mereka ke hospital disebabkan kemalangan, Sarah dan Farah saling bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam mengerjakan tugasan seharian di rumah. Mereka bergilir-gilir memasak, mencuci pakaian dan mengemas rumah. 2
Setelah anaknya bertambah seorang lagi, Encik Kasim sanggup bekerja siang dan malam. Pada waktu pagi, dia bertugas sebagai seorang posmen, menghantar surat dan bungkusan dari rumah ke rumah. Pada waktu petang hingga ke larut malam pula, dia memandu teksi untuk mendapatkan rezeki yang lebih.
3
Zaki sentiasa bercakap benar. Dia tidak bercampur dengan rakan-rakan yang sering berbohong dengan memberi alasan atau sebab apabila tidak membuat kerja sekolah yang diberi guru. Kekuatan Zaki juga adalah dia berani untuk mengaku salah.
4
Yusof mendengar s egala nasihat dan kata-kata perangsang Cikgu Amilia dengan teliti. Walaupun dia kerap meluangkan masa dalam kegiatan kokurikulum, dia seorang yang cepat meresap pelajaran dan pandai mengimbangi masa di antara pelajaran dan kegiatan-kegiatan lain yang disertainya.
5 Pasangan suami isteri Tuan Azman dan Puan Aida dikatakan sangat padan. Di mana ada Tuan Azman, di situ juga ada Puan Aida. Mereka sering melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama. Kedua-duanya pandai bermain boling dan gemar berbasikal. Mereka juga memasuki pertandingan berlari bersama-sama.
SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh
Page 1 of 8
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. Keguguran rambut adalah masalah yang dihadapi oleh ramai lelaki dan (6) betina.
Masalah ini boleh berpunca daripada banyak perkara. (7) pasukan dewasa.
Selalunya perkara ini dialami oleh
Salah satu punca utama keguguran rambut ialah tekanan yang
dihadapi dalam kehidupan seharian.
Jika (8) orang tidak dapat mengawal situasi tekanannya, dia akan berasa begitu tertekan dan ini akan membuatnya berasa geram dan marah. Lambat laun, (9) ubah pada hormon-hormon di dalam tubuh akan menyebabkan rambut gugur. Cara yang terbaik ialah mengamalkan gaya hidup yang (10) sakit dengan menjaga kesihatan melalui pergaulan dan pemakanan yang seimbang.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh
Page 2 of 8
MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
(1)
Aku terus membuangnya .
(2)
Bulu Riri berwarna hitam.
(3)
Riri menggigil apabila melihat aku.
(4)
Aku segera berlari dan mendapatkan Riri.
(5)
Aku tahu bahawa ini pasti perbuatan Riri.
(6)
Aku membuka mata dan aku lihat ibu ada di sisiku.
(7)
Aku berasa geli apabila bulu Riri mengenai kakiku.
(8)
Aku amat terkejut apabila tiba-tiba Riri menyerang aku.
Sila ambil perhatian! Aku ingin berkongsi mengenai pengalamanku. Keluargaku kini ada memelihara
seekor
kucing.
Riri
namanya.
Aku
pula
tidak
suka
akan
kucing.
(11) ___________________. Aku sering memarahi Riri.
Suatu hari, aku naik berang apabila beg sekolahku berbau hancing. (12) _________________. Oleh sebab aku terlalu marah, aku memukul Riri berkali-kali. Tiba-tiba saja, tubuhku bertukar menjadi seekor
kucing.
Tubuhku
banyak
ditumbuhi
bulu
dan
aku
boleh
mengiau.
(13) _____________________. Riri mencakar tubuhku hingga berlumuran darah. Aku mengiau kesakitan. Dalam kesakitan, aku terdengar namaku dipanggil berkali-kali. (14) ____________________. Ibu tersenyum apabila melihat aku cemas sambil meraba-raba lenganku. Aku lega apabila menyedari aku telah bermimpi. (15) _____________________. Riri mengiau apabila aku memeluk tubuhnya sambil meminta maaf. Aku berazam untuk tidak menganiaya binatang lagi. Sekian, terima kasih.
SOALAN
JAWAPAN
11 12 13 14 15
Markah yang diperoleh
Page 3 of 8
KEFAHAMAN 1 : MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)
Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutiya. Iklan sesuatu barangan banyak terdapat di sekeliling kita. Kita melihat iklan di luar dan di dalam rumah juga. Lazimnya, iklan digunakan untuk menarik hati pembeli. Contohnya, dalam pengiklanan pakaian, wanita-wanita yang memperagakan pakaian-pakaian sering terdiri daripada wanita-wanita yang jelita. Untuk melariskan barangan sukan pula, orang yang aktif dalam bidang sukan yang terkenal digunakan untuk mempengaruhi pembeli. Begitu juga dengan orang yang terlibat dalam bidang seni, penampilan mereka dalam iklan barangan akan menambat hati peminat mereka untuk membeli barangan tersebut. Ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa peruntukan kewangan bagi keperluan iklan ini adalah satu pembaziran kerana kos iklan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik. Di samping itu, banyak gejala buruk iklan dapat mempengaruhi pengguna terutama golongan remaja. Hanya orang yang mempunyai budi dan hemah yang tinggi sahaja yang dapat menilai buruk baiknya sesuatu iklan itu.
Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenalpasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
16
Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah tentang ____________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (2 markah)
17
Dua kesan buruk iklan ialah ____________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (2 markah)
Page 4 of 8
Markah yang diperoleh
BLANK PAGE
Page 5 of 8
KEFAHAMAN 2 (26 MARKAH) Arahan: Baca petikan karangan di bawah dengan teliti. Siti Nur Aisyah mempunyai minat yang jarang sekali terdapat dalam diri seorang murid perempuan yang berumur 12 tahun sepertinya. Siti Nur Aisyah yang mesra dipanggil Aisyah itu minat menangkap ikan dan udang. Dia akan merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa joran dan sauknya tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apabila mendapat tempat yang sesuai, dia akan mula melontarkan jorannya ke dalam kolam dan menunggu sehingga umpannya dimakan ikan-ikan yang sedang berkeliaran di dalam kolam tersebut. Mereka yang berada di sekeliling terutama yang baru menceburi hobi ini tentu terpingapinga melihat gelagat Aisyah, memancing ikan dan tidak sedikit pun berasa geli atau takut memegang ikan-ikan yang berjaya ditangkapnya itu. Ada juga yang berasa malu melihat seorang budak perempuan dapat menangkap ikan dalam masa setengah jam menunggu! Inilah hobi yang sering dilakukan Aisyah dan keluarganya sepanjang empat bulan lalu iaitu memancing ikan di kolam atau di tepi pantai di Labrador Park. Menurut ibu Aisyah, Puan Susanti Abu, seorang kerani di sebuah kilang di Jurong Island, semasa mula-mula mencuba aktiviti ini, mereka sanggup ke Labrador Park hampir setiap hari tetapi kini kegiatan itu telah dikurangkan kepada sekitar dua atau tiga kali seminggu memandangkan Aisyah akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan Oktober ini. “Saya minat sekali memancing. Walaupun ada yang berpendapat aktiviti ini tidak sesuai untuk kaum wanita, saya rasa memancing ini dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira umur,” kata Puan Susanti yang sanggup membeli joran untuk dirinya, anaknya dan suaminya, Encik Johan Johari, dengan setiap joran berharga sekitar $25. Pada awalnya beliau hanya mendapat sekitar dua ekor ikan sepanjang tiga jam berada di sana. Namun, setelah mendapat tunjuk ajar daripada beberapa penggemar memancing ikan yang sering ke sana, kini beliau sendiri boleh mendapat sehingga sepuluh ekor ikan! “Ada yang mungkin menganggap hobi ini agak mahal kerana kalau kita beli ikan di pasar dengan harga $30, kita boleh beli hingga lima kilogram ikan selar. Tetapi membeli di pasar tidak begitu menarik berbanding menangkap ikan itu sendiri dan kemudian barbeku.” “Sebelum ini juga, saya jarang melakukan sebarang aktiviti. Sekurang-kurangnya kini ada juga aktiviti yang dapat kami lakukan sekeluarga pada hujung minggu. Kadangkala beberapa sahabat-handai dan anggota keluarga lain akan turut serta, mengeratkan lagi silaturrahim antara kami,” tambah Puan Susanti. (Dipetik dan diubahsuai dari lelaman www.cyberita.asia1.com.sg.)
Page 6 of 8
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
18
Apakah hobi terbaharu Puan Susanti sekeluarga?
(2 markah)
_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
19
Apakah dua langkah pertama yang diambil Aisyah sebelum menunggu tangkapannya? (4 markah) _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
20
Berikan dua kelebihan Aisyah sebagai seorang kanak-kanak dalam menangkap ikan. (4 markah) _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
21
‘.... hobi ini agak mahal ...’. Jelaskan kata-kata Puan Susanti ini.
(4 markah)
_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
Page 7 of 8
Markah yang diperoleh
22
Apakah faedah mempunyai hobi menangkap ikan?
(4 markah)
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
23 ‘Sebelum ini juga, saya jarang melakukan sebarang aktiviti’. Nyatakan harapan Puan Susanti dengan melakukan aktiviti ini. (4 markah)
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh 24
Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i)
menceburi hobi
(2 markah)
____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
(ii)
penggemar
(2 markah)
____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
SELESAI
Page 8 of 8