SOALAN 1 – 5 Arahan:
MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1)
buka pintu
(2) kata putus
(3)
tanam budi
(4) ayam tambatan
(5)
bagai lebah menghimpun madu
(6) seperti air dalam kolam
(7)
seperti menatang minyak yang penuh
(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
1
Demi hendak memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarganya, Encik Farid sanggup bekerja lebur. Dia sungguh rajin bekerja sehingga malam. Dia tidak mahu kehidupan keluarganya itu sama seperti apa yang telah dilalui semasa dia kanak-kanak dahulu.
2
Fasya seorang pekerja yang mempunyai kelakonan yang baik. Dia telah dinaikkan pangkat enam bulan yang lalu dan telah dipindahkan ke cawangan lain. Ketika berada di situ, ramai pekerjanya yang juga menyukai Fasya disebabkan sikapnya itu. Mereka amat menghormatinya sebagai ketua pejabat mereka walaupun mereka baru sahaja mengenali Fasya.
3
Puan Diana seorang pengetua sekolah yang amat dihormati oleh guru-gurunya. Beliau memberikan kebenaran masuk ke dalam pejabatnya jika gurunya itu mempunyai masalah. Beliau sedia mendengar rintihan atau aduan gurunya itu. Kemudian, dia akan mengambil tindakan segera jika masalah itu dapat ditanganinya. Kebanyakan aduan tersebut membawa kebaikan kepada kebajikan sekolah beliau.
4
Faiz dapat menerima hakikat yang dia telah kehilangan tempat mengadu. Jiran-jirannya memuji sikap Faiz itu. Menurut mereka, Faiz merupakan seorang anak yang tenang sikap dan tingkah lakunya. Sebenarnya, Faiz terpaksa melakukan demikian disebabkan memikirkan dia sebagai seorang abang yang sulung. Dia tidak mahu adik-adiknya patah semangat akibat kehilangan ibu mereka.
5
Hadi telah dimarahi oleh ayahnya kerana telah membuat kesilapan yang besar. Hadi telah ditangkap merokok oleh guru disiplinnya di dalam tandas sekolah. Setelah dinasihati oleh ayahnya, dia mula sedar akan kesilapannya. Hadi cuba berbuat baik dan mengambil hati ayahnya. Dia sudah mula rajin mengulang kaji pelajarannya. Dia juga segera pulang ke rumah selepas waktu sekolah dan tidak lagi bercampur dengan budak-budak nakal yang selalu duduk di bawah bloknya. SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 Markah yang diperoleh
4 5
2
(lihat halaman sebelah)
SOALAN 6 –10 Arahan:
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)
Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Seni silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri bagi masyarakat Melayu yang diamalkan sejak berkurun yang lalu. Mereka yang belajar silat digelar pesilat sementara pengajar (6) dan guru silat digelar sebagai jurulatih.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat ialah keris, parang, pedang, tongkat dan sebagainya. Bagi silat yang (7) bukan menggunakan senjata, pengajarannya akan (8) ditumpukan pada pertempuran tangan kosong sahaja. Biasanya, murid baharu akan mempelajari (9) keupayaan bersilat tanpa senjata terlebih dahulu.
Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan ini, mungkin mereka akan (10) berkata bahawa silat ini merupakan sejenis tarian. Ini disebabkan pergerakannya seolah-olah tarian. Lagi pula, seni ini sudah menjadi satu persembahan yang dapat menghiburkan orang ramai.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah)
3
SOALAN 11-15 Arahan:
MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)
Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
(1) Minuman Evita dijual di semua pasar raya. (2) Anda akan terasa jemu setelah meminumnya. (3) Minuman Evita untuk anda yang mementingkan kesihatan. (4) Malah, minuman ini juga dapat meredakan sakit kepala anda. (5) Sudah pasti pemeriksaan yang teliti telah diberi oleh para saintis. (6) Bungkusan yang kecil membolehkan anda menyimpannya di dalam beg. (7) Minuman Evita untuk anda yang mementingkan kepuasan dan sentiasa kelihatan ayu. (8) Minuman ini merupakan campuran jus buah epal hijau, avocado dan buah jambu merah. Ayuh, minumlah Minuman Evita! (11) _____________________________. Minuman Evita diperbuat
daripada
buah-buahan
pilihan
yang
terbaik
untuk
semua
peringkat
usia.
(12) _____________________________. Minuman Evita bukan sahaja dapat melegakan dahaga tetapi juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh anda. (13) _____________________________. Minuman ini boleh diminum terus, tidak perlu dicampur air lagi. Minuman Evita mudah didapati. (14) _____________________________. Minuman ini mudah dibawa ke mana-mana. (15) _____________________________. Dapatkanlah sekarang dengan harga promosi iaitu sedolar sekotak!
SOALAN
JAWAPAN
11 12 13 14 15
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah)
4
SOALAN 16-17 Arahan :
MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)
Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.
Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bunyi bising yang keterlaluan dapat memekakkan telinga. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan bunyi boleh mengakibatkan gangguan kepada penghuni-penghuni di sebuah estetestet perumahan. Apabila kita terdengar bunyi yang bising, kita akan berasa tidak tenang dan mengalami tekanan perasaan hingga tidak dapat berfikir dengan baik.
Pencemaran bunyi juga boleh berlaku akibat sikap manusia itu sendiri. Masyarakat sering mementingkan diri sendiri daripada menjaga kedamaian. Sesetengah orang suka membuka suara radio, televisyen dan alat hiburan lain dengan kuat sehingga boleh mengganggu ketenteraman ramai orang. Perbualan dengan nada yang tinggi juga sebenarnya merupakan punca pencemaran bunyi walaupun perbuatan ini nampak remeh sahaja. Pencemaran bunyi memberi kesan yang negatif kepada manusia dengan cara yang berbeza-beza sehingga boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
Arahan:
16
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah ______________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ (2 markah)
17
Dua contoh pencemaran bunyi yang boleh berlaku akibat sikap manusia sendiri ialah _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
__________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah)
5
SOALAN 18 – 24 Arahan:
KEFAHAMAN (26 MARKAH)
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Aku seorang murid di Sekolah Rendah Aman. Aku belajar di sekolah ini sejak dua tahun yang lalu. Kami sekeluarga terpaksa berpindah rumah sejak ayahku kehilangan pekerjaannya. Ayah terpaksa mengambil keputusan untuk menjual rumah empat bilik kami. Kini, kami sekeluarga duduk di rumah flat tiga bilik, berdekatan dengan sekolah baharuku. Tahun pertama berada di sekolah ini merupakan tahun yang agak sukar bagi aku. Ayahku telah meninggal dunia sebulan sebelum peperiksaan akhir tahun. Aku tidak dapat menahan perasaan sedihku apabila ayahku sudah tiada. Semua tumpuanku pada pelajaran lenyap dalam sekelip mata. Aku tidak menghadiri kelas selama dua minggu dan aku gagal mengulang kaji pelajaran dengan baik. Aku asyik teringatkan ayahku yang sudah tiada. Sebenarnya, ayahku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, ayahku sedang menyeberang jalan raya di hadapan rumahku. Mungkin, ayahku tidak menyedari ada sebuah kereta yang dipandu laju menuju ke arahnya. “Aliah rindu Ayah,” ucapan yang sering berbisik di hatiku. Disebabkan kehilangan tumpuan pada pelajaran, aku gagal peperiksaan akhir tahunku. Walau bagaimanapun, guruku masih mempunyai kepercayaan terhadap aku. Dia telah memujuk pengetua sekolahku untuk membenarkan aku naik ke darjah 6 aliran standard. Sejak itu, aku mula sedar. Kehidupanku harus diteruskan. Aku tidak boleh lemah dan melayan perasaanku yang hiba ini. Aku berjanji kepada guruku, Cikgu Ali, dan juga ibuku bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh dan bangkit semula menjadi seorang murid yang cemerlang seperti dahulu. Aku bertekad untuk membuktikan kepada ibuku bahawa sebagai anak sulung, aku boleh menjaga dan membahagiakan kehidupannya serta kedua-dua orang adikku. Aku tidak akan abaikan tanggungjawabku itu. Aku akan menggunakan masa cuti sekolahku dengan bijak untuk mengulang kaji pelajaranku dan mempelajari apa yang telah aku ketinggalan. Aku juga berterima kasih kepada ibuku kerana telah memahami keadaan aku walaupun aku gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Ibuku tidak memarahi aku. Dia tahu aku amat rapat dengan arwah ayahku dan sudah tentu fikiranku terganggu apabila ayah sudah tidak ada di sampingku. Ibu tidak mahu menambahkan tekananku. Aku bersyukur mempunyai seorang ibu yang baik. Ya Tuhan, capaikanlah cita-citaku ini! Aku tidak mahu mengecewakan ibu dan guruku. (lihat halaman sebelah)
6
Arahan:
18
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
Mengapakah penulis berpindah rumah?
(2 markah)
Markah yang diperoleh
19
Kematian ayahnya telah memberi kesan terhadapnya. Berikan dua kesan tersebut. (4 markah)
Markah yang diperoleh 20
Nyatakan satu sikap terpuji guru penulis. Berikan satu contoh bagi menyokong pernyataan ini. (4 markah)
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah)
7
21
‘Sejak itu, aku mula sedar’. Jelaskan pernyataan ini.
(4 markah)
Markah yang diperoleh 22
Penulis mempunyai azam yang kuat. Nyatakan azam tersebut. (4 markah)
Markah yang diperoleh lihat halaman sebelah) 23
Bagaimanakah ibu penulis menunjukkan yang dia merupakan seorang ibu yang faham akan keadaan anaknya? (4 markah)
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah)
8
24
Berdasarkan petikan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i)
teringatkan
(2markah)
(ii)
mempunyai kepercayaan
(2 markah)
Markah yang diperoleh
Selesai
9