MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1)
bagai cembul dengan tutup
(2) bagai lebah menghimpun madu
(3)
buka pintu
(4) kata putus
(5)
seperti air dalam kolam
(6) seperti menatang minyak yang penuh
(7)
seperti pahat dengan penukul
(8) tanam budi
1
Setiap hujung minggu Isa akan ditemani isterinya ketika dia berlatih bermain bola. Di rumah pula dia akan membantu isterinya meringankan kerja rumah. Mereka saling lengkap-melengkapi dalam pelbagai urusan.
2
Walaupun Halim bukan anak kandung Puan Imah dan Tuan Anas, dia telah dijaga oleh mereka dengan penuh kasih sayang. Mereka tidak pernah menganggap Halim sebagai anak angkat dan setiap kemahuannya telah ditututkan.
3
Aminah bukan sahaja disenangi oleh para pekerjanya, malah oleh pelanggannya juga. Sikapnya yang mudah diajak berbincang dan sering mendengar pendapat orang lain membuat dirinya mudah didekati oleh sesiapa sahaja.
4
Para wanita di Kampung Setia Murni telah ke balai setiap awal pagi untuk menghasilkan makanan ringan dan juga kraf tangan. Mereka bekerja keras untuk memantapkankan kewangan dan juga ekonomi kampung itu yang bergantung pada hasil jualan barangan tersebut.
5
Encik Murad memang dikenali sebagai seorang jiran yang baik di kalangan penduduk estet perumahan Bunga Cempaka. Dia sering menghulurkan bantuan kepada jiran-jirannya yang dalam kesusahan. Sejak kecil lagi, dia telah di didik oleh ibunya agar berbuat baik pda masyarakat sekeliling .
SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5
Markah yang diperoleh
Page 1 of 8
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat (6) bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya (7) memenuhkan dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan
oksigen ke udara (8) tetapi membolehkan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita (9) kenikmatan keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering akan menyebabkan kita mahu (10) mengelak dari berada di luar. Jika persekitaran segar dan nyaman, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa rasa kurang selesa.
.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh Page 2 of 8
KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH) Arahan :
Baca petikan yang berikut dengan teliti.
Tabiat merokok merupakan isu global yang sering dibincangkan di mana-mana sahaja baik di barat atau di timur. Walaupun telah banyak artikel yang disiarkan mengenai kesan-kesan merokok namun remaja masih lagi meneruskan tabiat buruk mereka ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini tetapi semuanya tidak menunjukkan kesan positif. Jika dikaji dengan teliti terdapat banyak punca yang menyebabkan remaja merokok.
Antara punca yang menyebabkan remaja merokok ialah naluri ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa mengira kesannya. Atas sebab itu,mereka akan mula berjinak-jinak dengan rokok dari sebatang menjadi dua, tiga dan seterusnya menjadi satu kotak dan akhirnya menjadi amalan akibat ketagih. Mereka juga melakukan perkara itu untuk kelihatan lebih matang di mata kumpulan mereka dan teman wanita mereka. Mereka juga berbuat demikian untuk terus bertahan dalam sesebuah kumpulan dan tidak tersisih daripada rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya juga dikatakan sebagai punca remaja merokok. Mereka akan sedaya upaya mendapat perhatian daripada rakan-rakan sebaya mereka atau ahli-ahli dalam kumpulan mereka. Untuk tetap bertahan, mereka terpaksa melakukan sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kumpulan itu. Merokok sebagai satu kelaziman telah menjadi tabiat bagi mereka setelah sekian lama melakukannya. Mereka harus berbuat demikian jika ingin tetap dianggap sebagai ahli kumpulan yang setia.
Sementara itu faktor keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam gejala ini. Ramai penjaga atau ibu bapa yang merokok di khalayak anak-anak mereka, tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu menjadi perhatian dan tumpuan anak-anak yang masih remaja. Perbuatan ibu bapa yang menjadi ketua dan kepala keluarga sering menjadi ikutan dan teladan kerana mereka adalah 'role model' atau contoh bagi anak-anak.
Page 3 of 8
Arahan:
11
Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
‘Pihak kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini..’ (perenggan 1).
Perkataan ‘masalah’ dalam ayat ini merujuk kepada perbuatan
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh 12
Perenggan
dua
menjelaskan
kesan
akibat
mencuba
menghisap
rokok
adalah
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh 13
Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 4. Kemudian, bubuh tanda (√) dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai. Punca remaja menghisap rokok
Bahaya menghisap rokok
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (4 markah) Markah yang diperoleh Page 4 of 8
14
Berdasarkan petikan di halaman 3, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.
Penerangan
Betul / Salah
Bukti
Isu remaja merokok merupakan satu masalah yang sukar untuk di atasi.
Ibu bapa yang merokok tidak akan mempengaruhi tabiat merokok kepada anak-anak mereka.
(4 markah) Markah yang diperoleh
Bagi Soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 3 yang membawa maksud yang berikut. 15
desakan hati
(2 markah)
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
Markah yang diperoleh 16
diasingkan atau dipisahkan
(2 markah)
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
Markah yang diperoleh
Page 5 of 8
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa petang tadi berjumpa dengan rakan lamaku Majid. Waktu itu aku sedang menunggu bas di stesen bas berdekatan dengan pejabatku di Jalan Hang Tuah. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah 10 tahun yang lalu. Dia memberhentikan keretanya lalu mempelawaku menaiki kereta yang dipandunya. “Wah, mewah betul kereta kau! Tentu gaji kau besar dapat memandu kereta semahal ini,” kataku kepadanya. Majid hanya tersenyum malu kepadaku lalu terus memandu pergi. Kami pun berbual tentang kenangan zaman persekolahan. Dahulu Majid merupakan seorang pelajar yang rajin dan pandai. Dia sering menjadi pelajar contoh kerana cemerlang dalam bidang akademik dan juga sukan. Kami terpisah sewaktu menginjak ke sekolah menengah kerana dia dapat memasuki sekolah sukan terkemuka setelah mendapat keputusan yang amat baik. “Kau tahu Razif, sebenarnya aku tidak dapat melanjutkan pelajaran selepas tamat sekolah menengah.” Terlopong mulut aku mendengar keterangan yang keluar daripada mulut Majid. Rupanya dia harus bekerja selepas tamat sekolah menengah kerana ayahnya jatuh sakit dan tidak dapat bekerja. Dia tidak mahu membebankan ibunya yang perlu merawat ayahnya di rumah. Selaku anak yang sulung dia berasa harus memikul tanggungjawab menggantikan ayahnya mencari rezeki. Mentelah lagi dia masih ada dua orang adik yang masih bersekolah di sekolah rendah dan juga menengah. “Ayah telah meninggal dunia setahun yang lalu, baru kini aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran aku secara sambilan,” kata Majid kepadaku dengan nada yang sayu. Kini Majid sedang menyambung pelajarannya secara sambilan di sebuah politeknik pada waktu malam. Siang harinya pula dia bekerja sebagai seorang pemandu untuk menampung keperluan ibu dan adik-adiknya. Aku bersimpati mendengar cerita Majid. Namun aku kagum dengan semangatnya yang waja dan tidak kenal erti berputus asa. Tiba di destinasiku, kami bertukar nombor telefon. Kami membuat janji untuk bertemu pada waktu yang lain. Aku menghulurkan beberapa keping wang kertas sebagai tanda ikhlas ingin meringankan bebannya. Dia menolak dan tidak mahu menerima pemberian ku. Katanya bukan wang ringgit yang diperlukan tetapi sokongan dan doa daripada seorang sahabat agar dia berjaya. Aku tersenyum, kerana sudah pasti aku akan sentiasa mendoakan agar dia terus berjaya.
Page 6 of 8
Arahan:
17
Berdasarkan petikan karangan di halaman 5 jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. Apakah peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh Razif ?
(2 markah)
Markah yang diperoleh 18
Mengapakah Majid tersenyum malu setelah mendengar kata pujian Razif tentang kereta yang dipandunya? (2 markah)
Markah yang diperoleh 19
Berikan dua bukti bahawa Majid dahulu merupakan seorang pelajar yang baik. (4 markah)
Markah yang diperoleh 20
Nyatakan dua tindakan Majid yang terpuji sewaktu ayahnya jatuh sakit. (4 markah)
Markah yang diperoleh Page 7 of 8
21
Mengapakah Razif mengagumi semangat Majid? Berikan dua sebab.
(4 markah)
Markah yang diperoleh 22
‘Dia menolak dan tidak mahu menerima pemberian ku.’ Berikan dua sebab Majid menolak pemberian Razif. (4 markah)
Markah yang diperoleh 23
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i)
menginjak
(2 markah)
(ii)
memikul tanggungjawab
(2 markah)
Markah yang diperoleh
SELESAI Page 8 of 8
KUNCI JAWAPAN BAHASA MELAYU LANJUTAN DARJAH 5 SA1 (2016) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN
JAWAPAN
1
1
2
6
3
3
4
2
5
8
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) SOALAN
JAWAPAN
6
berharga
7
dipenuhi
8
dan
9
menikmati
10
menghindari
Page 9 of 8
KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH) SOALAN
JAWAPAN ...tabiat remaja menghisap rokok yang masih diteruskan. (2m)
11 12
...dari sebatang akan berlarutan ke dua atau tiga batang dan akhirnya akan ketagih. (2m) Punca rokok
13
remaja
menghisap Setelah dikaji terdapat banyak punca mengapa remaja mula merokok . (2m) Punca-punca remaja merokok adalah akibat naluri ingin tahu, pengaruh rakan sebaya dan sikap ibu bapa yang merokok di hadapan mereka. (2m)
SOALAN 14
JAWAPAN
Penerangan
Betul / Salah
Bukti
Isu remaja merokok merupakan satu masalah yang sukar untuk di atasi.
Betul
Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah tetapi tidak berkesan. (2m)
Ibu bapa yang merokok tidak akan mempengaruhi tabiat merokok pada anak-anak mereka.
Salah
Perbuatan mereka diperhati anakanak dan menjadi ikutan serta teladan pada anak-anak remaja. (2m)
SOALAN
JAWAPAN
15
naluri (2m)
16
tersisih (2m)
Page 10 of 8
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH)
SOALAN
JAWAPAN
17
Dia berjumpa dengan kawan lamanya Majid di stesen bas petang tadi. (2m)
18
... kerana kereta yang dipandu bukan keretanya dan pujian itu tidak sesuai untuk dirinya (2m)
19
Bukti pertama, dia rajin dan pandai. (2m) Bukti kedua, menjadi pelajar contoh kerana cemerlang dalm bidang akademik dan juga sukan (2m)
20
Tindakan pertama, dia sanggup memikul tanggungjawab mencari rezeki. (2m) Tindakan kedua, dia tidak mahu membebankan ibunya dan mahu bekerja. (2m) Atau, dia berkorban untuk adik-adiknya yang masih bersekolah.
21
22
Sebab pertama,Majid tidak berputus asa dan masih meneruskan pengajian . (2m) Sebab kedua, walaupun sudah bekerja dia tetap mahu terus belajar. (2m)
Dia tidak perlukan pertolongan dari segi kewangan. (2m) Dia hanya perlu sokongan dan doa daripada seorang sahabat. (2m)
23
(i)
memulai / meletakkan kaki
(ii)
mengambil alih tugas / melaksanakan tugas
Page 11 of 8