MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) ARAHAN:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1) ayam tambatan
(2) bagai lebah menghimpun madu
(3) perah tenaga
(4) seperti air dalam kolam
(5) seperti garam jatuh di air
(6) tulang belakang
(7) tanam budi
(8) tumbuk rusuk
1 Julia sangat dikagumi oleh rakan-rakan sedarjahnya. Julia mudah menerima segala pelajaran yang sering diajar oleh guru-guru di sekolah. Oleh sebab itu, dia sering mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaannya. 2 Pengerusi projek itu telah disiasat oleh pihak polis semalam kerana dipercayai menggelapkan wang syarikat. Apabila ditahan oleh pihak polis, dia telah cuba memberikan wang kepada penyiasat tersebut. 3 Walaupun doktor telah mengesahkan bahawa Salihin menghidap penyakit yang serius, dia tetap tenang dari segi sikap dan tingkah lakunya. Malah, dia menganggap ini sebagai suatu cabaran yang perlu diharungi. 4 Raihan sentiasa mengingati pesanan arwah datuknya yang sentiasa memberitahunya supaya selalu berbuat baik tidak kira dengan sesiapa pun. Sifat ikhlas dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain sering dipupuk dalam diri Raihan sejak kecil lagi. 5 Shaza tidak mahu gagal lagi. Dia serik sering dimarahi oleh guru-gurunya kerana keputusannya yang tidak memuaskan itu. Sekarang, dia sangat rajin berusaha kerana dia mahu meningkatkan keputusan peperiksaannya. SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5
Markah yang diperoleh
2
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) ARAHAN : Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. Guru adalah seorang insan yang banyak berjasa kepada kita. Dia telah mendidik kita sehingga kita menjadi manusia yang berguna. Jasa guru akan dikenang selama-lamanya. Terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa guru.
Meraikan guru ketika sambutan Hari Guru adalah antara cara membalas jasa guru. Pada hari tersebut, murid-murid selalunya (6) diberi cenderamata kepada guru sebagai tanda terima kasih atas ilmu yang diajar. Di sesetengah sekolah, murid-murid menyambut Hari Guru (7) kerana mengadakan pelbagai persembahan seperti tarian, lawak jenaka, nyanyian dan sebagainya. Sebenarnya, guru (8) bukan mengharapkan sesuatu daripada murid-murid. Setiap guru akan berasa bangga jika murid-muridnya berjaya dalam pelajaran.
Murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan juga sebenarnya telah membalas jasa guru. Ini (9) maknanya segala tunjuk ajar guru telah membuahkan hasil. Kejayaan murid membuktikan ketekunan guru mengajar. Guru yang baik akan melahirkan murid-murid yang cemerlang dan (10) bertabiat mulia. Justeru, setiap murid haruslah menghormati guru agar ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh 3
KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH) ARAHAN:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Penyakit jantung adalah sejenis penyakit yang datang secara tibatiba. Sesiapa sahaja boleh diserang penyakit ini. Oleh itu, kita patut berusaha mengelakkannya. Ini boleh dicapai dengan menjauhkan diri daripada mengamalkan punca-punca yang boleh menyebabkan kita diserang sakit jantung. Sebagaimana yang kita ketahui, tugas jantung ialah mengepam darah ke seluruh tubuh. Jantung amat penting untuk manusia terus hidup.
Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. Di antaranya ialah mengurangkan berat badan jika berat badan kita melebihi berat badan yang sepatutnya. Mereka yang terlalu gemuk memiliki risiko penebalan lemak di saluran pembuluh darah. Lemak ini akan mengganggu perjalanan darah menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.
Selain itu, pastikan tekanan darah kita diperiksa secara tetap. Jika tekanan darah terlalu tinggi, cepat berjumpa doktor untuk menurunkannya. Tekanan darah tinggi ialah faktor utama berlakunya serangan jantung.
Kita juga harus elakkan daripada menghisap rokok kerana perbuatan ini membahayakan kesihatan. Nikotin dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah secara mendadak dan boleh menyebabkan jantung berdegup dengan cepat. Selain dari itu, pengambilan gula juga harus dikurangkan. Paras gula yang melebihi kadar normal di dalam darah boleh membahayakan jantung.
Akhir sekali, lakukan senaman secara tetap dan teratur. Senaman boleh menguatkan jantung. Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Dengan ini, kita dapat menjaga kesihatan jantung kita.
4
ARAHAN:
11
Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
‘Oleh itu, kita patut berusaha mengelakkannya.’ (Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada ___________________________________ (2 markah)
Markah yang diperoleh
12
Perenggan kedua menekankan bahawa perjalanan darah ke jantung terganggu disebabkan ____________________________________________ ______________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh
5
13
Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 4. Kemudian, bubuh tanda ( √ ) dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai.
Kesihatan jantung
Tanggungjawab menjaga kesihatan
_______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (4 markah) Markah yang diperoleh
14
Berdasarkan petikan di halaman 4, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.
Penerangan
Betul / Salah
Bukti
Berat badan tidak menjejas perjalanan darah.
Nikotin dan gula yang berlebihan memudaratkan kesihatan.
(4 markah) Markah yang diperoleh
6
Bagi soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 4 yang membawa maksud yang berikut.
15
akibat atau hasil yang kurang menyenangkan
(2 markah)
_______________________________________________________________
Markah yang diperoleh
16
secara tiba-tiba
(2 markah)
_______________________________________________________________
Markah yang diperoleh
7
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH) ARAHAN:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Semenjak ibu Arman meninggal dunia tiga bulan yang lalu, ayahnya tinggal bersendirian di flat tiga biliknya di Bedok North. Walaupun Arman dan adiknya, Siti sudah berumah tangga, mereka akan bergilir-gilir meluangkan masa menziarahi ayah mereka. Setiap kali Arman menziarahi ayahnya, dia akan mempelawa ayahnya tinggal bersamanya. Seperti biasa, ayahnya akan menolak pelawaan itu. Namun, pada bulan yang lalu, Arman berasa terkejut kerana ayah Arman tibatiba telah menyuarakan niatnya untuk pulang ke kampungnya. Dia mahu menghabiskan sisa-sisa kehidupannya di sana iaitu tempat tumpah darahnya. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya. Dia risau akan kesihatan dan makan minum ayahnya apatah lagi umur ayahnya kini menjangkau tujuh puluhan tahun. “Siapa yang akan menjaga makan dan minum ayah di sana nanti? Kalau ayah jatuh sakit, bagaimana?” Arman cuba meluahkan kebimbangannya. “Anak saudara ayah ramai di kampung. Mereka boleh menjenguk ayah bila-bila masa sahaja,” jawab ayah Arman bersahaja. “Ayah, anak saudara ayah semuanya mempunyai urusan masing-masing. Ayah tidak boleh mengharapkan mereka menjaga makan dan minum ayah serta sakit pening ayah,” sambung Arman dengan harapan ayahnya akan berubah fikirannya mendengar kata-katanya itu. Berat hati Arman untuk melepaskan ayahnya tinggal bersendirian di kampung. Walaupun ayahnya masih sihat, mempunyai sebuah rumah pusaka dan seorang sepupu yang boleh menjaganya, Arman tahu dia tidak boleh berjauhan dengan ayahnya. Kebajikan ayahnya merupakan tanggungjawab Arman sebagai anak sulung. Dia masih mahu berbakti kepada ayahnya itu. Hanya ayahnya tempat dia bermanja dan mencurahkan kasih sayangnya setelah pemergian ibu. “Baiklah, jikalau ayah tidak mahu ikut tinggal bersama keluarga Arman, ayah tinggal sahaja di dalam rumah ini. Lupakan niat ayah hendak tinggal di kampung, ya,” rayu Arman. “Tiada apa yang ayah boleh buat di sini. Ayah sunyi. Kalau di kampung, ayah boleh menternak ayam, berkebun atau ke sungai untuk memancing ikan. Ramai saudara-mara ayah di kampung. Lagipun di kampung, semangat gotong-royong sangat kuat. Tidaklah ayah rasa kesunyian,” Arman tidak dapat berkata apa-apa lagi. Ayahnya bertekad untuk duduk di kampung. Dia tidak tahu sama ada keputusan yang dibuat oleh ayahnya baik untuk dirinya. Dia hanya berdoa ayahnya akan berubah fikirannya itu.
8
ARAHAN:
17
Berdasarkan petikan karangan di halaman 8, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
Apakah perkara yang menyebabkan Arman berasa terkejut? (2 markah)
___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
18
Arman tidak setuju ayahnya hendak tinggal di kampung. Berikan satu sebab Arman berfikiran demikian. (2 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh
19
Ayah Arman berpendapat bahawa dia tidak akan berasa sunyi tinggal di kampung. Berikan sebab-sebabnya ayah Arman berpendapat demikian. (4 markah) ______________________________________________________________ _____________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh 9
20
Sebutkan dua tindakan Arman yang menunjukkan dia seorang anak yang bertanggungjawab. (4 markah)
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh
21
Arman berasa berat hati untuk melepaskan ayahnya tinggal di kampung. Berikan bukti-buktinya. (4 markah)
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh
22
‘Dia tidak tahu sama ada keputusan yang dibuat oleh ayahnya baik untuk dirinya.’ Berikan dua sebab mengapa Arman berpendapat sedemikian. (4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh
10
23
Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut:
(i)
mempunyai urusan
(2 markah)
______________________________________________________________ ______________________________________________________________
(ii)
niat
(2 markah)
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh
SELESAI
11