MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. (1) tahan hati
(2) tanam budi
(3) banting tulang
(4) tumbuk rusuk
(5) bagai cembul dengan penutup
(6) ayam tambatan
(7) seperti menatang minyak yang penuh
(8) seperti ikan pulang ke lubuk
1
Kehidupannya yang sempit telah membuat Rahim bekerja keras semenjak dia tamat sekolah menengah. Dia sanggup memberi laluan untuk adik-adiknya belajar sementara dia melakukan lebih dari satu pekerjaan. Dia berazam untuk memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada keluarganya setelah pemergian ayahnya yang tersayang.
2
Hassan telah dididik supaya menjadi seorang yang tegas dari kecil lagi. Dia diajar selok-belok ilmu perniagaan oleh ayahnya, Haji Salim. Ayahnya benar-benar berharap agar Hassan menjadi penggantinya di syarikat perusahaannya kelak.
3
Setiap orang yang hadir di majlis itu memandang ke arah mereka. Songket hijau yang dipakai dan inai di jari menambahkan lagi seri pasangan pengantin di atas pelamin itu. Kedua-duanya, sama cantik, sama padan.
4
Dahlia banyak berjasa kepada keluarga Puan Murni. Puan Murni sekeluarga amat menghargai segala pengorbanannya. Mereka amat menyayanginya dan tidak pernah menyisihkan Zalina walaupun dia seorang anak angkat sahaja.
5
Encik David berada di mahkamah menunggu waktu perbicaraannya. Dia akan didakwa kerana cuba memberikan sejumlah wang kepada polis trafik setelah didapati memandu dalam keadaan mabuk.
SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh
Page 1 of 12
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi
kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Setiap kali menjelangnya musim peperiksaan, para pelajar akan merasakan kelainan pada diri sendiri. Daya (6) beringat amat diperlukan bagi memastikan setiap kertas peperiksaan dapat diselesaikan dengan tepat dan padat. Pelajar harus memastikan otak dapat berfungsi pada tahap maksima (7) kerana musim peperiksaan ini.
Pelajar harus mengamalkan tidur yang (8) nyenyak. Jika terlebih atau terkurang tidur, ini boleh membawa kemudaratan pada diri sendiri. Pelajar akan banyak menghadapi tekanan terutamanya jika sesuatu subjek itu sukar (9) pemahaman. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengatasi tekanan sebab setiap orang mengawal tekanan dengan cara yang berbeza. Ulangkaji (10) sebagai konsisten adalah antara kunci kejayaan juga. Melengahkan pembelajaran di saat-saat akhir tidak akan mendatangkan sebarang faedah.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh
Page 2 of 12
KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH) Arahan :
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali, terancang dan berstruktur dengan tujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Senaman penting untuk seseorang bagi menjaga kesihatan diri. Namun setiap individu hendaklah mengenali keupayaan dirinya sebelum melakukan senaman. Mereka yang jarang bersenam atau belum pernah melakukan senaman mestilah mendapatkan nasihat doktor, terutama bagi mereka yang berlebihan berat badan atau mempunyai masalah kesihatan.
Bersenam dapat meningkatkan kecekapan organ-organ tubuh manusia seperti menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan mampu mencegah sakit belakang. Namun, senaman harus dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan faedah-faedah yang maksimum. Semasa bersenam, badan akan mengeluarkan peluh. Peluh yang terhasil dapat menyingkirkan sisa toksik dalam tubuh. Badan akan menjadi lebih sihat. Keupayaan sistem pernafasan turut akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi, menyebabkan keupayaan bernafas dengan lebih baik. Perubahan ini akan meningkatkan pembekalan oksigen kepada otak dan sel-sel di dalam tubuh badan. Sel-sel tersebut akan berfungsi dengan lebih berkesan. Otak seseorang akan menjadi cerdas jika kerap bersenam, sekaligus membantu seseorang berfikir dengan lebih baik. Senaman boleh dijadikan sebagai riadah bagi menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja. Bersenam boleh melegakan tekanan apabila dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan.
Akhir sekali, senaman harus seiringan dengan diet seimbang. Cara pemakanan yang lebih sihat dapat membantu mengawal masalah berat badan yang berlebihan. Hal ini dapat mengawal keadaan fizikal dalam mengelakkan obesiti yang meningkatkan risiko badan seseorang itu mendapat pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung dan barah.
Page 3 of 12
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. 11
“Namun setiap individu hendaklah mengenali keupayaan dirinya sebelum melakukan senaman.” (Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada ___________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________. (2 markah) Markah yang diperoleh
12
Perenggan kedua menekankan tentang faedah-faedah bersenam yang boleh _____________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________. (2 markah) Markah yang diperoleh
Page 4 of 12
13
Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 3. Kemudian, bubuh tanda () dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai.
Bersenam untuk kurus
Gaya hidup sihat bermula dengan senaman
_______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ (4 markah) Markah yang diperoleh
14
Berdasarkan petikan di halaman 3, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.
Penerangan
Betul/ Salah
Bukti
(i) Senaman harus dilakukan oleh setiap orang.
(ii) Seseorang harus mengamalkan diet seimbang sekiranya mahu senamannya menghasilkan kesan yang lebih efektif. (4 markah) Markah yang diperoleh
Page 5 of 12
Bagi soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 3 yang membawa maksud yang berikut. 15 bahan yang beracun
(2 markah)
____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________
Markah yang diperoleh
16 kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang
(2 markah)
____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
Page 6 of 12
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Ketika Sani sedang memakai kasut sekolahnya, dia terdengar juruhebah radio mengumumkan hujan diramalkan akan turun di beberapa buah kawasan pada pagi itu. “Jangan lupa bawa payung, cuaca di luar nampaknya mendung,” Puan Lisa memberi katakata peringatan kepada anak bongsunya, Sani. Bagaimanapun, Sani enggan membawa payung ke sekolah. “Leceh sahaja bawa payung. Buat berat beg aku sahaja dan harus keringkan sebelum disimpan ke dalam beg semula,” bisik hati kecil Sani. Dia tidak mengendahkan peringatan ibunya lalu segera melangkah keluar dari rumahnya untuk pergi ke sekolah. Dia melihat jam tangannya, bas akan tiba lima minit lagi. Lagipun, dia sepatutnya berjumpa dengan kawan karibnya, Malik, sepuluh minit yang lalu. Pasti dia sudah menaiki bas yang lebih awal. Rumah Sani jaraknya lebih kurang 300 meter dari perhentian bas. Setelah berjalan kirakira 100 meter, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Sani tetap melintas jalan dengan menggunakan lintasan trafik walaupun hujan semakin lebat. Dia tidak berlari kerana takut tergelincir di jalan raya. Sani mempercepat langkahnya ke perhentian bas tetapi uniform sekolahnya sudah pun basah. Sekolah Sani terletak di kawasan Bukit Panjang. Apabila bas yang dinaikinya tiba di kawasan itu, dia berasa hairan. Kawasan itu cerah pula. Jalan raya kering sekali. Berbeza benar dengan cuaca di kawasan Woodlands, tempat kediamannya. Di sekolah, ramai murid kehairanan melihat pakaian Sani yang basah kuyup itu. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri melihat keadaan Sani. Ramai juga yang menyangka Sani telah terjatuh ke dalam longkang. Malah, ada beberapa orang murid yang mengejeknya. Maklumlah, mereka tidak tahu di kawasan Woodlands, hujan telah turun dengan lebat. Tambahan lagi, kebanyakan murid sekolah itu tinggal di kawasan Bukit Panjang. Sani menjadi tumpuan perhatian. Dia tidak sangka kawan-kawannya sanggup mentertawakannya. Sebelum waktu perhimpunan, dia sengaja menjauhkan diri dari kawan-kawannya. Dia duduk terpencil di suatu sudut di kantin sekolah. “Mari ikut saya ke pejabat sekolah,” kata Malik sambil memegang bahu Sani dengan erat. Dia mengajak Sani untuk mendapatkan salinan uniform yang kering. Sani tersenyum lega lalu mengangguk sahaja sambil mengikut kawannya itu. Apabila pulang ke rumah petang itu, Sani menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya. Dia meminta maaf kerana tidak mengendahkan nasihat ibunya pagi tadi. Sani bersyukur mempunyai kawan seperti Malik.
Page 7 of 12
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
17
Apakah ramalan cuaca pada pagi itu?
(2 markah)
______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
18
Sani berpendapat bahawa membawa sekaki payung akan merumitkan pergerakannya. Berikan sebab Sani berfikiran demikian. (2 markah) ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
19
Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa Sani mengutamakan keselamatan semasa melintas jalan raya.
(4 markah)
______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
Page 8 of 12
20
Sebutkan dua perkara yang membuat Sani berasa aneh apabila bas yang dinaiki memasuki kawasan Bukit Panjang. (4 markah) ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
21
Tindakan beberapa orang murid telah menyinggung perasaan Sani. Berikan bukti-buktinya. (4 markah) ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
22
‘Sani bersyukur mempunyai kawan seperti Malik’. Berikan dua sebab Sani berpendapat sedemikian. (4 markah) ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________
Markah yang diperoleh
Page 9 of 12
23 Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i)
mendung
(2 markah)
_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
(ii)
mempercepat langkah
(2 markah)
_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
Markah yang diperoleh
SELESAI
Page 10 of 12
Sekolah Rendah Beacon SA1 P5HML 2016 Panduan Jawapan
1 2 3 4 5
banting tulang - 3
6
ingatan
ayam tambatan - 6
7
semasa / ketika
bagai cembul dengan penutup - 5
8
cukup
seperti menatang minyak yang penuh - 7
9
difahami
tumbuk rusuk – 4
10
secara
11 12
… individu / sesiapa yang ingin melakukan senaman / yang bersenam. (2m)
13
Gaya hidup sihat bermula dengan senaman (1m) Idea utama bagi perenggan pertama menunjukkan fungsi senaman kepada manusia dan kepentingan senaman. (1m) Perenggan kedua pula menyatakan faedah-faedah yang boleh diraih daripada senaman. (1m) Perenggan ketiga menunjukkan kepentingan mengimbangi senaman dengan cara diet seimbang bagi mendapatkan kebaikan yang menyeluruh. (1m)
….. diraih daripada bersenam secara konsisten bagi mendapatkan faedah-faedah yang maksimum untuk meningkatkan kecekapan tubuh manusia. (2m)
14 Penerangan (i) Senaman harus dilakukan oleh setiap orang.
(ii) Seseorang harus mengamalkan diet seimbang sekiranya mahu senamannya menghasilkan kesan yang lebih efektif.
Betul/ Salah
Bukti
Salah
Senaman harus dilakukan mengikut keupayaan setiap individu. Seseorang harus mendapatkan nasihat doktor jika jarang bersenam, belum pernah bersenam atau mempunyai masalah kesihatan.
Betul
Senaman harus seiringan dengan diet seimbang kerana cara pemakanan yang lebih sihat dapat membantu mengawal masalah berat badan yang berlebihan dan penyakit-penyakit yang lain.
Page 11 of 12
15 16
toksik
17 18
Hujan diramalkan akan turun di beberapa buah kawasan pada pagi itu (2m)
19 20 21 22
23 (i) 23 (ii)
riadah
Sani berpendapat begitu kerana paying akan membuat begnya berat sahaja dan harus dikeringkan sebelum disimpan ke dalam beg semula. (2m) Dua bukti adalah Sani tetap melintas jalan dengan menggunakan lintasan trafik walaupun hujan semakin lebat (2m) dan tidak berlari kerana takut tergelincir di jalan raya.(2m) Dua perkara tersebut adalah kawasan Bukit Panjang cerah (2m) dan jalan raya kering sekali (2m) Bukti-buktinya adalah dia sengaja menjauhkan diri dari kawan-kawannya dan duduk terpencil di suatu sudut di kantin sekolah sebelum waktu perhimpunan, Sani bersyukur kerana Malik tidak mentertawakannya apabila dia dilanda masalah (2m) dan Malik mengambil berat tentang keadaan dirinya kerana mengajaknya ke pejabat sekolah untuk menggantikan uniformnya yang basah itu. (2m) *Jawapan yang munasabah boleh diterima. mendung - suram, malap, gelap, kelam, berawan hitam, mempercepat langkah – berjalan dengan lebih pantas (cepat tidak diterima)
Page 12 of 12