MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkaan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. 1) tumbuk rusuk 3) seperti ikan pulang ke lubuk 5) bagai cembul dengan tutup 7) seperti air dalam kolam
2) tanam budi 4) bagai lebah menghimpun madu 6) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua 8) seperti menatang minyak yang penuh
1.
Ahmad dan Rilla telah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Mereka benar-benar akrab dan sejiwa sehinggalah mereka ke jinjang pelamin semasa berusia 26 tahun dan telah pun berjaya menadapat ijazah masing-masing dari sebuah universiti tempatan.
2.
Pemilik syarikat ternama itu telah diberkas polis atas dakwaan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis trafik setelah didapati memandu di luar had kelajuan yang ditetapkan dan dalam keadaan mabuk.
3.
Pak Kasim adalah seorang pegawai keselamatan yang sudah berkhidmat selama 20 tahun dengan syarikat Hitachi. Dia memang sangat rajin dan menjadi pekerja contoh di syarikat itu. Majikannya sangat sayang kepadanya.
4.
Ibu selalu berpesan agar kita selalu harus berbuat baik dengan sesiapa juga walaupun kadang-kadang hati kita disakiti. Saya akan terus berpegang kepada prinsip hidup ini yang diajarkan ibu.
5.
Sejak kecil lagi, Damina sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna. Dia adalah anak dan cucu tunggal dalam keluarga besar Encik Ibrahim. Semua kehendaknya diakur keluarganya. SOALAN 1. 2. 3. 4. 5.
JAWAPAN
1
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara bertutur. Sastera lisan (6) dirupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan disampaikan daripada satu generasi (7) di satu generasi secara lisan. Masyarakat Melayu lama yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, (8) meninggal dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama , masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar. Sastera lisan merupakan hak milik bersama Bangsa Melayu. Sastera Lisan hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama (9) karangan atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah cerita itu dicipta. Sebagai sastera yang (10) sebaran secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat. Teks ditukil dan diadaptasikan daripada tulisan Haji Mohd Embrey Bin Haji Mahmud
SOALAN 6. 7. 8. 9. 10.
JAWAPAN
2
KEFAHAMAN 1: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)
Tanpa disangkakan orang ramai, aku masih mengikut bapaku ke rumah tumpangan orang-orang tua. berasa kekok melakukan aktiviti bersama bapa berasa sama ada dipaksa ataupun berat hati untuk melakukanya. aku mula minat mengikut bapaku ke sana Masa berlalu dan aku masih membuat aktiviti yang membosankan ini. aku hampir naik bosan mengikutnya ke rumah tumpangan aku dengan segera melawati tempat itu dengan sukarela bapaku sering berkunjung ke sana apabila dia mempunyai masa lapang Semenjak umurku sepuluh tahun, aku sering mengekori bapaku ke
rumah tumpangan orang-orang tua. Semakin hari berlalu, (11) __________. Seringkali aku terlihat bapaku membawa makanan dan minuman buat penduduk-penduduk di sana. Aku mendapati (12) __________ . Aku sungguh bangga dengan sifat bapaku yang baik hati. Dia juga pandai membahagikan masanya di antara kerjaya dan hobinya.
Tahun demi tahun berlalu. Kini, aku sudah mencecah 25 tahun. (13) __________. Aku mula mendapati bahawa ini adalah kegiatan yang aku sanggup luangkan masaku. Apabila bapaku tidak dapat berkunjung ke rumahrumah tersebut, (14) __________. Aku tidak (15) __________. Aku berasa bersyukur aku mempunyai hobi yang memberi faedah yang berguna kepada hidupku ini. Menerusi hobiku ini juga, aku dapat menimba pengalaman yang memberi makna pada diriku. Teks diambil dan diadaptasikan daripada penulisan Siti Suhailah Bte Suhaimi; Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diriku, Jun 2009
SOALAN 11. 12. 13. 14. 15.
JAWAPAN
3
KEFAHAMAN 2: MENGENALPASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH) Arahan:
Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semula soalan yang mengikutinya. Indonesia sedang menyiasat sepuluh buah syarikat yang menyebabkan kebakaran hutan yang semakin buruk yang telah mengakibatkan kabut menyelubungi seluruh Asia Tenggara, dengan ancaman menyekat mereka jika didapati bertanggungjawab, menurut seorang menteri pemerintah kelmarin. Jerebu tebal dari pulau Indonesia di Sumatera dan Kalimantan telah mengakibatkan pembatalan penerbangan kawasan tersebut berulang kali dan menyebabkan mutu udara di negara jiran seperti Singapura dan Malaysia ke tahap yang tidak sihat. Kebakaran hutan dan tanah telah juga mengganggu penerbangan di Jambi dan Surabaya serta mengakibatkan beberapa bahagian di Malaysia mencatat mutu udara tidak sihat petang semalam. Menurut agensi berita Antara, kesemua penerbangan komersial di Lapangan Terbang Sultan Thaha di wilayah Jambi telah dibatalkan. Laporan berita ditukil dan diadaptasikan daripada Cyberita September 10, 2015
Arahan:
Lengakapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
16. Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah ____________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________.
17. Jerebu tebal telah menyebabkan ___________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________.
4
KEFAHAMAN 2: (26 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Pada suatu petang, aku dan dan jiranku Amin bermain layang-layang di tengah padang di hadapan rumahku. Aku ingin mencuba layang-layang yang baru dibeli oleh ayah semalam. Kebetulan pula masa itu cuaca cerah dengan angin bertiup kencang tentu amat sesuai untuk bermain layang-layang.
Sedang kami leka berusaha menaikkan layang-layang tersebut, tiba-tiba kedengaran satu jeritan di jalan raya. Aku menoleh dan mendapati seorang nenek jatuh terjelepok di tepi jalan. Manakala, sebuah motosikal pula memecut laju meninggalkannya.
Tanpa berlengah, aku berlari mendapatkan nenek tersebut. Setibanya di situ, kami segera membantunya bangun tetapi dihalang olehnya. Beberapa tompok darah kelihatan di atas jalan raya. Kasihan sungguh melihatnya, apatah lagi apabila mendengar dia mengerang kesakitan.
Aku meminta Amin mengutip barang-barang nenek yang bertaburan sementara aku pulang ke rumah untuk memberitahu keluargaku tentang kejadian tersebut. Setelah melihat keadaan nenek itu, ayahku segera menelefon ambulans bagi membawanya ke hospital. Ibu juga tergesa-gesa mengikutku ke tempat kejadian itu.
Kira-kira dua puluh minit selepas itu, ambulans pun tiba. Sebelum bertolak ke hospital, nenek itu sempat mengucapkan terima kasih kepada kami semua.
Selepas itu, aku bermain layang-layang semula dengan perasaan bangga kerana dapat menolong nenek itu. Walau bagaimanapun, terdetik juga kesedihan di hatiku daripada peristiwa ini. Janganlah bertindak zalim serta bertanggungjawablah atas kesalahan yang kita lakukan. Cerita ditukil dan diadaptasikan daripada http://karangansr.blogspot.sg/search/label/Cerita
5
Arahan:
Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
18. Mengapakah penulis dan Amin berada di tengah padang berdekatan dengan rumahnya? Berikan dua sebab. (2 markah) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh 19. Berikan dua perkara yang menyebabkan penulis dan Amin menoleh ke arah jalan raya. (4 markah) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
20. Penulis adalah seorang yang baik hati. Berikan dua bukti bagi menyokong pernyataan ini. (4 markah) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
21. Keluarga penulis juga menghulurkan bantuan tanpa kira siapa yang meminta. Jelaskan. (4 markah) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
6
22. Berikan satu sifat ayah penulis yang patut dicontohi. Berikan bukti bagi menyokong jawapan kamu. (4 markah) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh
23. Nenek tua itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menolongnya. Jika kamu adalah penulis tersebut apakah perasaan kamu? Jelaskan (4 markah) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Markah yang diperoleh 24. Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i) terjelepok
(2 markah)
____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (ii) tergesa-gesa
(2 markah) Markah yang diperoleh
@@- SELESAI -@@
7
JAWAPAN KERTAS 2 / SA1/ BAHASA MELAYU LANJUTAN/ DARJAH 6/ 2016
MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN
JAWAPAN
1.
5
2.
1
3.
4
4.
2
5.
8
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) SOALAN JAWAPAN 6.
merupakan
7.
ke
8.
ketinggalan
9.
pengarang
10.
tersebar
KEFAHAMAN 1: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) SOALAN
JAWAPAN
11.
aku mula minat mengikut bapaku ke sana.
12.
bapaku sering berkunjung ke sana apabila dia mempunyai masa lapang.
13.
Tanpa disangkakan orang ramai, aku masih mengikut bapaku ke rumah tumpangan orang-orang tua.
14.
aku dengan segera melawati tempat itu dengan sukarela
15.
berasa sama ada dipaksa ataupun berat hati untuk melakukanya.
8
KEFAHAMAN 2: MENGENALPASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH) 16. Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah Indonesia sedang (1m) menyiasat sepuluh buah syarikat yang menyebabkan kebakaran hutan yang semakin buruk yang telah(1m) mengakibatkan kabut menyelubungi seluruh Asia Tenggara . 17. Jerebu tebal telah menyebabkan (1m) kesemua penerbangan komersial di Lapangan Terbang Sultan Thaha di wilayah Jambi dan Surabaya telah dibatalkan dan juga telah (1m)menyebabkan mutu udara di negara jiran seperti Singapura dan Malaysia ke tahap yang tidak sihat. KEFAHAMAN 2: (26 MARKAH) 18.
Penulis dan Amin berada di tengah padang berdekatan dengan rumahnya kerana penulis ingin mencuba layang-layang yang baru dibeli oleh ayahnya semalam.(1m). Kebetulan pula masa itu cuaca cerah dengan angin bertiup kencang tentu amat sesuai untuk bermain layang-layang. (1m)
19.
Dua perkara yang menyebabkan penulis dan Amin menoleh ke arah jalan raya adalah kerana (2m) terdengar satu jeritan di jalan raya dan mendapati seorang nenek jatuh terjelepok di tepi jalan. Mereka juga terlihat sebuah motosikal yang memecut pergi(2m)
20.
Penulis adalah seorang yang baik hati. Bukti pertama adalah (2m) dia tidak berlengah lalu berlari mendapatkan nenek tersebut untuk diberikan bantuan. Bukti kedua adalah (2m) diat telah menyuruh temannya, Amin mengutip barang-barang nenek yang bertaburan sementara dia pulang ke rumah untuk meminta bantuan daripada keluarganya.
21.
Keluarga penulis juga memberikan bantuan tanpa siapa yang memeinta. Ini boleh dilihat dengan(2m) ayah penulis segera menelefon ambulans bagi membawa nenek itu ke hospital setelah melihat keadaannya yang parah. (2m) Ibu penulis juga tergesa-gesa mengikut penulis ke tempat kejadian itu untuk melihat dan memberikan pertolongan.
22.
Satu sifat ayah penulis ayah penulis adalah sifat empati (2m). Dia amat kasihan melihat keadaan nenek tua yang sedang mengerang kesakitan lalu menelefon pihak
9
ambulans (2m). 23.
Jika saya penulis itu saya akan berasa gembira dan bangga dapat menolong orang yang di dalam kesusahan seperti mana yang menimpa nenek tua itu. (4m) *Guru boleh menerima jawapan lain yangmenasabah dan logik
24.
i) jatuh di dalam posisi terduduk ii) bergopoh-gapah / terburu-buru / cepat-cepat melakukan sesuatu
10