MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI Peringatan: Sila baca maklumat tugasan ini sehingga habis dan faham. Maklumat tugasan sebelum ini dibatalkan TERMASUK YANG TERDAPAT DALAM MODUL. Banyak pelajar yang GAGAL kerana tidak memahami kehendak tugasan. Memahami SKEMA MARKAH adalah satu kemestian.
TAJUK Anda dikehendaki membuat satu tugasan dalam bentuk kertas kerja. Pilih salah satu daripada dua tajuk kertas kerja berikut: 1.
Sistem Ejaan Jawi Klasik Berdasarkan Teks... (nyatakan tajuk teks kajian yang dipilih). Contoh: Sistem Ejaan Jawi Klasik Berdasarkan Teks Kitab Munyat alMashalli.
2.
Sistem Ejaan Jawi Moden Berdasarkan Teks ... (nyatakan tajuk teks kajian yang dipilih). Contoh: Sistem Ejaan Jawi Moden Berdasarkan Teks Akhbar Utusan Melayu
Nota: Hanya analisis petikan teks 100 patah perkataan sahaja dibenarkan.
FORMAT Muka depan tugasan - Sila gunakan muka depan tugasan yang disediakan oleh pihak UPMET. - Isikan maklumat yang diperlukan pada muka depan dan ceraiannya dengan lengkap. - Dapatkan tandatangan dan cop pengesahan berserta tarikh penerimaan daripada pusat pembelajaran pada kedua-dua bahagian muka depan dan ceraiannya. - Simpan ceraian tersebut sebagai bukti penghantaran. Isi kandungan Mengandungi topik dan subtopik. - Setiap topik dan subtopik tersebut hendaklah diberikan nombor halamannya. - Susunan topik dan subtopik adalah seperti berikut: 1.0 -
PENGENALAN (2-4 halaman) Nyatakan kajian lalu tentang sistem ejaan Jawi berdasarkan teks tertentu dan kaitannya dengan tajuk tugasan yang dipilih. Nyatakan aspek kajian, iaitu kaedah ejaan Jawi bagi kata Melayu jati yang terbahagi kepada 3 jenis ejaan, iaitu Lazim, Mengikut Hukum, dan Tradisi. Manakala bagi kaedah ejaan kata serapan pula terbahagi kepada dua kategori 1
utama, iaitu kata serapan Arab dan kata serapan Inggeris. Hanya jenis ejaan Mengikut Hukum sahaja yang dibenarkan mempunyai pecahan. 1.1 1.2 -
1.3 1.4 -
Objektif Kajian Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu jati dan kaedah ejaan kata serapan yang terdapat dalam teks yang di kaji. Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut. Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam teks yang dikaji Bahan Kajian Nyatakan tajuk artikel atau teks, penulisnya, halaman yang dipilih, dan tarikh ia ditulis (jika ada). Kaedah kajian Analisis teks yang dibuat adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Batasan Kajian Analisis yang dibuat hendaklah berdasarkan 100 perkataan yang berurutan dalam teks yang dikaji. Nyatakan perkataan pertama dan terakhir, baris dan perenggannya (jika ada). Misalnya: “…teks yang dikaji bermula dengan perkataan ‘isu’ pada perenggan kedua, baris ketiga dan berakhir dengan perkataan ‘Melayu’ pada perenggan keempat, baris kedua...”.
Perhatian: Markah akan dipotong sekiranya 100 perkataan yang dipilih tidak berurutan atau diselangi oleh perkataan lain. 2.0
HASIL KAJIAN (9-16 halaman) -
Mengandungi pemaparan dan analisis data berdasarkan objektif kajian, dan hasil analisis secara terperinci. Pembahagian subtopik hendaklah berdasarkan format berikut: 2.1 Ejaan Lazim Jelaskan maksud ejaan Lazim dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji. 2.2 Ejaan Mengikut Hukum Jelaskan maksud ejaan Mengikut Hukum dan jenis-jenisnya. 2.2.1 Hukum Darlung Jelaskan maksud hukum Darlung dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji. 2.2.2 Hukum Luar Darlung...(dan lain-lain) Jelaskan maksud hukum Luar Darlung dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji.
2
2.3 Ejaan Tradisi Jelaskan maksud ejaan Tradisi dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji. 2.4 Ejaan Kata Serapan Arab Jelaskan maksud ejaan kata serapan Arab dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji. 2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris Jelaskan maksud ejaan kata serapan Inggeris dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji. 2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan - Kemukakan statistik dan peratusan penggunaan dalam bentuk jadual, graf dan huraian. Jadual yang dikemukakan hendaklah mengandungi bilangan, perkataan dan kaedah/jenis ejaan yang disusun mengikut kronologi, bukannya disusun mengikut jenis. Perhatian: - Perkataan berulang diambil kira dalam pengiraan kekerapan. Misalnya, perkataan ‘yang’ termasuk dalam ejaan Lazim. Jika terdapat sepuluh perkataan ‘yang’ dalam teks yang dikaji, maka jumlah kekerapan dikira sepuluh, bukannya satu. - Bagi perkataan berimbuhan dan kata ganda, jenisnya adalah mengikut kata dasarnya. Misalnya, perkataan ‘membaca’ dikira sebagai ‘baca’ yang termasuk dalam jenis ejaan Mengikut Hukum Luar Darlung, tetapi perkataan ‘bacaan’ adalah ejaan Lazim kerana ejaan ‘baca’ dalam ‘bacaan’ tidak lagi mengikut hukum Luar Darlung disebabkan terdapat penambahan alif selepas huruf ca yang bertepatan dengan jenis ejaan Lazim. - Bagi kata majmuk seperti ‘telefon mudah alih’ dikira tiga perkataan. - Bagi kata nama khas seperti ‘Kuala Lumpur’ (ejaan Tradisi) dikira satu perkataan, atau ‘Adi Yasran bin Abdul Aziz’ dikira tiga perkataan, iaitu ‘Adi Yasran’ (ejaan Lazim), ‘bin’ (ejaan Arab), dan ‘Abdul Aziz’ (ejaan Arab). - Angka dan kata sendi nama tidak dikira. Akronim atau singkatan dikira satu perkataan. 2.7 Penilaian Sistem Ejaan Jawi - Sila kemukakan komen anda sendiri berdasarkan sistem ejaan yang terdapat dalam teks yang dikaji. - Komen anda boleh bersifat positif atau negatif atau kedua-duanya sekali. Misalnya, “…Berdasarkan analisis teks akhbar utusan Melayu yang dibuat didapati bahawa sistem ejaan Jawi yang digunakan adalah menepati sistem ejaan Jawi sekarang…, mudah / susah difahami / dipelajari, tidak konsisten dll. Berikan hujah dan contoh untuk menyokong penilaian anda.
3
3.0
KESIMPULAN (1-2 halaman) -
Rumusan hasil kajian di atas. Misalnya, “…Berdasarkan analisis yang dilakukan didapati bahawa jenis ejaan Lazim adalah jenis ejaan yang paling banyak digunakan, diikuti oleh… Oleh itu, pengguna yang tidak menguasai ejaan Lazim akan menghadapi kesukaran membaca teks bertulisan jawi.
BIBLIOGRAFI -
nyatakan bahan rujukan yang dinyatakan dalam teks sahaja dengan menggunakan susunan pengarang-tarikh-tajuk-tempat-penerbit. Sekurang-kurangnya 5 bahan rujukan, terutama rujukan terkini.
LAMPIRAN -
-
Halaman teks yang dikaji sama ada yang asli atau fotostat. Sila tandakan 100 perkataan yang dianalisis secara berurutan dengan warna lut sinar dengan menggunakan pen penanda. Transliterasi teks yang mengandungi 100 perkataan berurutan yang dipilih sahaja. Biarkan ayat tergantung jika sudah mencukupi 100 patah perkataan. Lampiran lain tidak dibenarkan.
PANDUAN -
-
-
-
Kertas kerja ini dibuat secara individu. Pelajar digalakkan membuat kertas kerja dalam tulisan Jawi, namun tulisan Rumi dibenarkan tanpa mengurangkan markah. Panjang kertas kerja ialah antara 12 hingga 22 muka surat, ditaip satu langkau bagi tulisan Jawi dengan menggunakan font Jawi bersaiz 18, dan dua langkau bagi tulisan Rumi dengan menggunakan font Rumi Times New Roman bersaiz 12. Tugasan hendaklah dicetak di atas kertas putih saiz A4, dan dijilid menggunakan stapler. Comb binding tidak digalakkan. Tugasan ini hendaklah dihantarkan dalam bentuk bercetak selewat-lewatnya dua minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Penghantaran kertas kerja hendaklah dilakukan melalui pusat pembelajaran masing-masing. Pelajar dikehendaki menghantar tugasan yang asli. Hanya lampiran teks kajian sahaja yang dibenarkan fotostat. Pelajar dikehendaki menyimpan satu salinan tugasan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. Pelajar dikehendaki menghantar segera salinan tugasan tersebut jika diminta berbuat demikian oleh pensyarah atau pihak UPMET. Pihak UPMET atau pensyarah tidak bertanggung jawab atas kehilangan tugasan jika pelajar tidak mempunyai bukti penghantaran.
4
SKEMA MARKAH -
Markah penuh yang diberikan untuk tugasan adalah 25%. Ia dinilai berdasarkan: Tarikh Penghantaran Tugasan Senarai Kandungan Format Isi Bahasa Bibliografi Lampiran
1% 2% 4% 10% 4% 2% 2%
MAKLUMAT PENSYARAH Dr. Adi Yasran Abdul Aziz Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Tel: 03-89468787, e-mel:
[email protected] Laman web: http://www.fbmk.upm.edu.my/~adi WAKTU PERUNDINGAN 9.00-11.00 pagi dan 2.00-4.00 petang (Isnin dan Khamis), tertakluk kepada kelapangan pensyarah.
5