PENGAJARAN TULISAN JAWI KAEDAH ZA’BA DAN MATLOB (r.h): Satu Kajian Perbandingan
MAKMUR HAJI HARUN MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Pendidikan UPI-UPSI, Anjuran UPI Bandung - Indonesia dan UPSI Perak - Malaysia 25-26 Jun 2014
0
PENGAJARAN TULISAN JAWI KAEDAH ZA’BA DAN MATLOB (r.h): Satu Kajian Perbandingan MAKMUR HAJI HARUN Email :
[email protected] Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. MUHAMMAD BUKHARI LUBIS Email :
[email protected] Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Abstrak Za’ba nama panjangnya Zainal Abidin Ahmad, kelahiran 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan, meninggal dunia 23 Oktober 1973. Nama Za'ba popular dalam Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kerana ahli akademik dan penulis gerakan politik Akademik Malaya Agama Islam, juga dikenali sebagai sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940an. Dan Matlob nama sebenarnya Muhammad @ Mokhtar bin Talib dilahirkan di Kampung Laut Semerah, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada 5 Julai 1937, meninggal dunia 6 September 2013. Kedua tokoh ini merupakan pejuang tulisan Jawi yang komited dan berbakat, Za’ba merupakan pengembang sastera berdasarkan Jawi dengan kaedah Za’banya, Pak Matlob pula menjadi penulis pelbagai genre tulisan Jawi. Kepelbagaian buku dan tulisan kedua-dua tokoh ini telah menyumbang pelbagai karya abadi yang nyata sebagai bukti komitmen mereka memperjuangkan tulisan Jawi tersebut. Perjuangan mereka dibuktikan dengan melahirkan kaedah pengajaran tersendiri yang diguna pakai dalam memartabatkan tulisan tersebut. Kaedah mereka terus meluas dan digunakan ke seluruh wilayah Nusantara bahkan menjadi karya tulisan pengantar pengajaran dan pembelajaran di pelbagai peringkat sekolah, berpola pengajaran dan pembelajaran Jawi yang berkesan. Kaedah mereka penuh simbol dan falsafah tersendiri mencerminkan kekayaan khazanah dan budaya masyarakat Melayu. Mereka berdua adalah tokoh Jawi yang telah pergi untuk selama-lamanya, tetapi karyanya tetap abadi sehingga kini. Semoga kajian ini dapat memaparkan analisis mendalam terhadap kaedah Za’ba dan Matlob sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan tulisan Jawi di Malaysia khasnya dan di Nusantara amnya, sekali gus mampu menjadi satu wacana ilmu yang dapat mengungkap kekayaan khazanah warisan Jawi di Alam Melayu. Kata kunci: Za’ba, Matlob, Tulisan Jawi, Khazanah, Nusantara.
Riwayat Hidup Za’ba dan Matlob (r.h) Zainal Abidin bin Ahmad atau juga dikenali umum sebagai pendeta Za’ba 1 dilahirkan di daerah pedalaman di kampung bukit kerdas, batu kikir, negeri sembilan pada tarikh 16 september 1895 dan meninggal dunia pada tarikh 23 oktober 1973. Za’ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir melayu keturunan minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah malaysia. Za’ba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah melayu, linggi. Beliau lalu mendapat pendidikan asas islam serta bahasa arab semasa membesar di kampungnya. Kemudian menyambung pembelajarannya di institusi st. Paul, seremban dan merupakan orang melayu pertama menduduki peperiksaan senior cambridge dan lulus dalam peperiksaan pada tahun 1915.
1
Perkataan Za’ba merupakan singkatan dalam Jawinya زع ب اhal ini seperti singkatan nama HAMKA.
1
Berbekalkan sijil persekolah tersebut, Za’ba diterima memasuki perkhidmatan pendidikan kolonial sebagai seorang guru. Walaupun begitu, beliau hanya menjadi guru selama tujuh tahun pada 1916-1923 kerana pemikirannya dianggap progresif oleh pihak berkuasa. Pemikiran tersebut ditakuti akan mempengaruhi pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah. Dari tahun 1923 hingga tahun 1947, iaitu empat tahun sebelum bersara, Za’ba bertugas menjadi pengarang dan penterjemah Melayu. Tugas utamanya ialah untuk menerbitkan buku teks dan buku bacaan umum sekolah Melayu (Adnan Haji Nawang, 1996: 1). Di samping itu beliau juga merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris. Za’ba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar tahun 1918; Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur tahun1923; Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjong Malim Perak tahun 1924; Jabatan Maklumat, Singapura tahun 1939 sehingga 1942; Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika tahun 1942; dan Universiti London tahun 1943 sehingga 1951; dan Universiti Malaya, Singapura tahun 1954 sehingga 1959. Za’ba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pengasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk ''Bahasa Pelita'', dan ''Ilmu Mengarang''. Hasil penulisannya yang lain termasuk ''Cerita-cerita Shakespeare'' yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, di Singapura. Sedangkan Matlob atau nama sebenarnya Muhammad @ Mokhtar bin Talib dilahirkan di Kampung Laut Semerah, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada 5 Julai 1937, meninggal dunia 6 September 2013. Beliau juga dikenali sebagai Pak Matlob berasal dari keluarga nelayan, bapanya bernama Talib bin Tandang, beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan merupakan seorang guru mengaji al-Quran, dan ibunya bernama Mariam binti Hj. Ahmad. Kata “Maṭlūb” dalam bahasa Arab bermaksud “yang dikehendaki”, iaitu gelaran yang telah diberikan oleh guru agamanya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk, Batu Pahat pada tahun 1946-1949 sehingga tamat darjah V. Pada tahun 1950 beliau bersekolah pula di Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat. Ketika beliau berusia 15 tahun, telah menerima latihan perguruan di Sekolah Melayu Seri Benut, Johor tahun 19521953. Kemudian menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim tahun 1954-1956 yang sekarang dikenal dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendidikan awal yang diterimanya di sekolah telah menyuburkan minatnya dalam bidang penulisan. Beliau sempat mendapat rangsangan daripada Master of Method, Aminuddin Baki, agar menyelidik dan menghasilkan karya untuk kanak-kanak Melayu yang kebetulan pada masa itu masih terlalu kurang. Setelah itu, beliau terpilih untuk mengikuti kursus tambahan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada Mei 1962-Mei 1963. Beliau terus berusaha dengan gigih untuk meningkatkan kelayakan akademiknya dan melalui pembelajaran secara sendiri, dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1965. Beliau kemudian memulakan kariernya menjadi sebagai pensyarah di Kolej Aminuddin Baki yang menggalakkan beliau menyelidik dan menghasilkan karya untuk kanak-kanak (Melayu) kerana terlalu kurang buku-buku atau karya-karya tulisan tersebut untuk kanak-kanak masa itu. Kemudian Matlob menjadi munsyi di Sekolah Convent Batu Pahat, lalu menjadi Penolong Kanan di Sekolah Menengah Semerah dan kemudian menjadi 2
Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh, Sekolah Kebangsaan Seri Comel, Sekolah Kebangsaan Parit Sulung, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Persenian. Matlob masih lagi aktif dalam bidang penulisan meskipun telah lama bersara daripada kerjaya perguruan sehingga beliau meninggal dunia. Beliau juga meneruskan usaha memperjuangkan kepentingan dan keperluan tulisan Jawi dengan menganjurkan pelbagai seminar atau bengkel Jawi di mana sahaja tenaga beliau diperlukan. Oleh itu, melalui tulisan ini diharapkan semoga komitmen dan kegigihan Za’ba dan Matlob melalui kaedah pengajaran mereka masing-masing dalam memperjuangkan tulisan Jawi dapat dijadikan sebagai contoh yang mampu diekspresikan oleh pejuang-pejuang Jawi lainnya dan dapat dikembangluaskan di Nusantara melalui karya atau tulisan mereka berdua, selain dapat dijadikan sebagai wasilah pemantapan keilmuan, kepakaran, dan kefahaman tentang khazanah berharga warisan tulisan Jawi ini.
Sosok Ketokohan Za’ba dan Matlob (r.h) Perbincangan mengenai sosok ketokohan Za’ba dan Matlob yang telah mereka berdua turunkan kepada anak bangsa negara ini, terutama sosok pengkaryaan tulisan yang mereka wariskan di Malaysia khasnya dan Nusantara amnya telah menjadi rujukan, ikutan, dan pedoman dalam pelbagai keperluan. Antara kisi penting dalam melihat sosok ketokohan mereka berdua sebagai bukti nyata penampakan sosok sebagai pejuang bangsa dan negara. Melihat sosok ketokohan Za’ba merupakan tokoh Melayu pertama yang benar-benar menganalisis sistem ejaan Jawi dari segi prinsip dan segala permasalahannya melalui tulisannya ”Jawi spelling” (JMBRAS, Jil. IV, 1982: 80-104). Za’ba telah memperkatakan tulisan Jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidak seragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi, perkembangan dan penggunaan abjad-abjad ”ي,و,”ا, penggunaan abjad-abjad ” ء,”ا, dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Tindakan beliau seterusnya menerbitkan buku Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949 dimana buku ini banyak membincangkan kaedah ejaan Jawi dan rumi, selain dibincangkan juga dalam buku nahunya yang termasyhur iaitu Pelita bahasa Melayu penggal I tahun 1940 (Hashim Musa, 2006: 15). Sedangkan sosok ketokohan Matlob pula terlihat kukuh dan gigih memegang azam dalam mengangkat tulisan Jawi sehingga dikenali ramai, sekali gus menjadikan tulisan tersebut khazanah warisan agung bagi orang Melayu. Perjuangannya yang kuat terhadap kemajuan tulisan Jawi telah mengalir dalam tubuhnya sehingga memperkuat keazaman perjuangan baliau melalui pelbagai karya dan tulisan. Hal ini telah menjadi bukti komitmen berterusan beliau sebagai karya dan kreativiti tulisannya selepas menamatkan pelajarannya dari SITC. Tulisan Matlob dalam bentuk rencana yang menggarap pelbagai bidang terutama pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial, tersiar di pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Karya pertama beliau dimuat dalam Utusan kanak-kanak dan Tunas pada tahun 1953. Beliau juga menulis skrip drama pentas, seperti “Mekarlah Mawar–Mekarlah Harapan” sempat dipentaskan di panggung Cathay di Muar pada tarikh 28 Mei 1965, “Batu Belah Batu Bersemah” iaitu tablo yang membabitkan 252 orang pelakon yang dipentaskan pada tarikh 5 Jun 1975, dan istiadat bersanding Johor untuk program Pesta Permainan Tradisional ke-6 pada tarikh 6 November 1976. Bermula dari situlah, beliau juga telah menghasilkan lebih banyak tulisan termasuk cerpen dan buku. Selain itu, ada juga tulisannya yang tersiar dalam ruangan Mari berfikir dalam Utusan kanak-kanak (Januari 1959–1961), Taman kanak-kanak dan Ruangan pelajar dalam akhbar Mingguan Malaysia (1965–1967), Taman sains dalam Utusan pelajar 3
(1971-1984), Mingguan pelajar dan Gedung ilmu dalam akhbar Berita minggu (1984-1988), Ruangan pembaca muda dalam akhbar Utusan Melayu (1989-1990), di mana karya-karya tulisan tersebut dapat mendekatkan beliau kepada kanak-kanak. Dan beliau juga merupakan mantan Ketua Unit Pendidikan Jawi dalam Utusan Melayu (1993-1997). Pada bulan Mei 2001 hingga 2013, Matlob juga telah menjadi penulis di ruangan Pintar Jawi dalam Berita Minggu. Menurut Johan Jaaffar, melalui tulisan beliau dapat membuka cakerawala baru bahasa dan sastera Melayu. Kami diperkenalkan dengan cerita rakyat dari Pak Pandir hingga Si Luncai, cerita teladan seperti Batu belah batu bertangkup dan Si Tenggang, fantasi Malim Dewa dan Malim Deman, juga khazanah puisi Melayu seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Beliau sendiri seorang penulis terkenal pada masa itu – menulis cerita kanak-kanak, cerpen, sajak, drama, dan rencana. Beliau juga mengendalikan pelbagai ruangan di akhbar sejak awal tahun 60-an lagi, antaranya ‘Mari berfikir’ di Utusan Kanak-Kanak, Singapura, ‘Ruangan pelajar’ di Mingguan Malaysia, ‘Taman sains’ di Utusan Pelajar, ‘Sudut pencari ilmu’ di Berita Harian, Singapura dan lain-lain. Beliau dianggap sebagai munsyi bahasa terakhir kerana peranan beliau dianggap ‘pandai Jawi’ (istilah untuk munsyi atau pakar tulisan Jawi) yang bukan saja menjadi sumber rujukan pelbagai pihak bahkan termasuk menjadi pakar rujuk ejaan Jawi baru Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kemudiannya. Pada ketika itu, beliau juga menjadi penasihat pada percetakan Pustaka Nasional, Singapura. Pendeknya Matlob yang mengajar beliau di SMS itu bukan sebarangan guru. Kemudian Johan menyatakan juga, Matlob juga telah mengasaskan Persatuan Penulis Sekolah Menengah Semerah pada tahun 1967 bersama-sama Cikgu Ismail Adnan. Beliau percaya itu merupakan persatuan penulis pertama diwujudkan di mana-mana sekolah di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang ahli persatuan itu. Beberapa orang ahlinya telah mencipta nama dalam bidang penulisan walaupun tidak bertahan lama, di antaranya M. Hanafiah A Samad, Saerah Atan, Noraini Md Lassim, dan Rahimah Md Yassin. Beliau pernah membawa kami menyaksikan ‘Malam Memperingati Jymy Asmara’ salah seorang tokoh Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) di DBP pada bulan Mac 1970.
Dalam pernyataan lain pula, bahawa apa yang unik mengenai Matlob ialah beliau tidak pernah menggunakan buku teks yang ditetapkan oleh kementerian. Beliau menggunakan buku sendiri, yang dihasilkan dan diedarkan secara percuma kepada pelajar. Buku-buku itu unik kerana kandungannya disesuaikan untuk keperluan murid. Beliau masih ingat ketika beliau memperkenalkan pada kami istilah ‘lokarindam’ (gandingan ‘seloka’ dan ‘gurindam’ bagi membawa maksud ‘runs’ atau rangkap puisi dalam teks sastera lama. Beliau harus mengakui bahawa beliau banyak mempengaruhi pembentukan BM saya. Beliau banyak menegur kecenderungannya ‘menterjemah’ konsep atau idea dari BI. Menurut beliau, ia harus berfikir dalam BM dan ‘menjadi orang Melayu’ apabila menulis dalam BM, begitulah sebaliknya. Beliau juga sangat menekankan segi pentingnya membuat karangan dan meringkaskan karangan kerana bahasa yang baik bermula dari kepandaian tersebut. Beliau mendapat asas yang kukuh dalam BM melalui tunjuk ajar beliau. Beliau terhutang budi kerana beliau memperkenalkan kepadanya makna penguasaan bahasa sebenar. Dan tentang menulis, juga menjadi sebagai satu seni dan kemahiran. Beliau sendiri banyak membantu untuk menerbitkan karyanya di ruangan-ruangan beliau kelolakan. Malah dalam usia sangat muda, dua buah novel kanak-kanak beliau, Api di tanah perkuburan dan Misteri pulau batu telah diterbitkan oleh Pustaka Nasional, hasil suntingan beliau. Selain itu, beliau juga aktif dalam pelbagai organisasi dan persatuan, beliau merupakan mantan ketua Unit Pendidikan Jawi dalam akhbar Utusan Melayu (1993-1997). Kemudian sejak bulan Mei 2001, Matlob telah banyak menulis di ruangan “Pintar Jawi” dalam akhbar Berita Minggu. Beliau juga menjadi pengerusi Persatuan Peminat Bahasa dan 4
Penulis Muar (PPPBPM) bersama Salleh Kasmin (Salmin). Kemudian menjadi ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ). Lalu menjadi ahli dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), beliau juga pernah membentangkan kertas kerja bertajuk “Books for Children and The Young Ones” di Kuala Lumpur, pada bulan Disember 1975. Pendek kata bahawa beliau telah menulis sejak tahun 1953 dengan kebanyakannya novel kanak-kanak dan remaja serta buku berkaitan tulisan Jawi yang diperjuangkan oleh beliau semenjak tahun 1983 sehinggalah pada usianya ke-76 tahun, dibantu seorang anaknya Fikri 41 tahun, bahkan masih lagi tekun dengan usahanya memartabatkan warisan bangsa itu dalam pelbagai cara sehingga ke akhir hayatnya dapat menghasilkan 11 novel remaja, 107 kanak-kanak, 30 umum, dan sehingga jumlah keseluruhannya mencapai 419 buah karya.
Karya Peninggalan Za’ba dan Matlob (r.h) Ada pelbagai pedoman tulisan yang telah Za’ba dan Matlob wariskan kepada bangsa dan negara ini, terutama karya tulisan warisan Jawi di Malaysia khasnya dan Nusantara amnya yang menjadi rujukan dan panduan dalam pelbagai macam situasi yang ada. Antara perincian sumbangan mereka sebagai bukti kesungguhan mereka berdua dalam menghasilkan pembentukan jati diri orang Melayu sebagai anak jati bangsa ini. Za’ba tercatat dalam senarai penulis Melayu yang terawal yang telah meninggalkan beberapa karya tulisan seperti Pelita bahasa Melayu penggal I (1940) dan Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949). Pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana Awang Mohd. Amin telah membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul Satu kajian terhadap kaedah ejaan Jawi Za’ba dengan tujuan “…untuk mencari data itu akan dipergunakan sebagai asas untuk menyempurnakan ejaan tersebut iaitu sebelum ia diajarkan kepada pelajar-pelajar khasnya dan orang ramai amnya”. Hasil kajian itu telah dibahaskan oleh Raja Mukhtarudidin Raja Mohd. Dain dengan artikelnya Laporan tentang satu kajian kaedah ejaan Melayu Za’ba yang dibuat oleh Awang Mohd. Amin dan Hamdan Hj. Abdul Rahman dalam artikelnya Sistem ejaan Jawi bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masa depan dalam satu bengkel yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Februari 1982 (Hashim Musa, 2006: 17). Za’ba pernah merancang untuk menyusun kamus tetapi rancangan beliau tersebut tidak dapat diwujudkan sampai beliau meninggal dunia. Sementara dalam penyusunan Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi, beliau menghadapi banyak masalah dari sudut ejaan kata-kata Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini disebabkan pada masa itu belum ada pedoman ejaan Jawi yang dapat dijadikan panduan. Oleh itu, beliau terpaksa menyusun Kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi. Sebelum beliau menyusun kaedah ejaan ini untuk buku beliau Daftar ejaan Melayu Jawi-Rumi, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk Rahsia tulisan Jawi yang terbit pada tahun 1931 (Amat Johari Moain, 1996: 80). Kemudian pada tahun 1940, beliau menerbitkan satu buku lagi yakni Kitab pelita bahasa Melayu penggal II, kaedah mengeja Jawi juga dimasukkan dalam buku tersebut, dimasukkan pada bahagian awal buku tersebut. Dan karya beliau yang lain disusuli juga Kitab pelita bahasa Melayu penggal III, dan karya terpenting beliau adalah penggal I kerana yang lainnya merupakan latihan-latihan lanjutan tentang nahu Melayu yang dihuraikannya (Asmah Hj. omar, 1978: 151). Sementara Matlob memiliki pelbagai tulisan yang juga menjadi warisan khazanah kepada anak negeri ini, terutama karya kanak-kanak dan remaja yang menjadi rujukan dan panduan dalam pelbagai genre masyarakat Melayu. Antara sumbangan beliau sebagai bukti kegigihannya dalam menghasilkan karya-karya berkualiti hasil anak bangsa. Antara karya beliau mengenai kanak-kanak yakni seperti Siri kanak-kanak, Sains kanak-kanak, Cerita Mat Kancil, Kanak-anak pekerja, Novel kanak-kanak, Moral, Srikandi, Cerita warisan, Cerita 5
popular kanak-kanak, Jenaka Pak Pandir, Cerita dan Cerpen kanak-kanak, Bacaan sastera, Cerita kanak-kanak Indonesia (penulisan semula), Bacaan anak-anak kecil, Kajian sastera kanak-kanak, dan Buku TABIKA. Selain novel kanak-kanak, sumbangan Matlob dalam karya novel remaja juga menjadi pelengkap karya beliau ditambah lagi pelbagai tulisan dan karya lain yang telah disumbangkan kepada anak remaja negara ini, terutama anak-anak remaja yang mulai mengharungi kehidupan baru mereka sebelum menginjak dewasa, hal ini dapat dijadikan sebagai panutan dan ikutan dalam pelbagai macam keadaan. Antara sumbangan beliau dalam karya novel remaja, seperti berikut: Lanun di bukit kapal, Surat rahsia, Hantu-hantu laut, Anjing polis, Siapa jadi johan, Orang halus bukit Titiwangsa, Pemancing udang galah, Rahsia hospital buta, Rahsia pulatala, Pakcik mat renjer, dan Jerung hitam. Matlob memang sangat berbakat dalam menulis, selain karya-karya beliau mengenai kanak-kanak dan remaja, beliau juga ada menghasilkan pelbagai bentuk tulisan dan karya yang telah disumbangkan kepada masyarakat negara ini, terutama karya dalam memartabatkan tulisan Jawi sebagai buku pengajaran dan pembelajaran yang sangat berguna. Antara sumbangan beliau dalam pelbagai kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia khasnya dan di Nusantara amnya, seperti karya Penceritaan semula, Antologi cerpen, Cerita klasik, Siri pahlawan, Cerita rakyat, Cerita klasik Negara, Kisah silam, Pugar, Inilah cerita, Alam rimba, Cagar alam, Bacaan permulaan pertama, Bacaan permulaan kedua, dan Siri bacaan (Contoh buku-buku Matlob dalam pelbagai tajuk dapat dilihat dalam LAMPIRAN, Gambar 7).
Komitmen Za’ba dan Matlob (r.h) dalam Memartabatkan Tulisan Jawi Perinsip dan komitmen penulisan yang telah ditunjukkan oleh Za’ba dan Matlob telah mengangkat nama mereka berdua di negara ini, terutama komitmen pengkaryaan tulisan Jawi yang telah mereka warisi sebagai karya agung yang dapat dirujuk dan dipelajari dalam pelbagai macam keperluan terutama proses pengajran dan pembelajaran. Antara hal penting dalam melihat komitmen mereka berdua sebagai bukti nyata terhadap masyarakat Melayu dan sekali gus penyumbang penting warisan bangsa dan negara ini. Sebagai komitmen dan kesungguhan Za’ba dalam memperjuangkan tulisan Jawi dapat dilihat melalui pandangan-pandangan beliau dalam perkembangan sistem ejaan Jawi dari masa ke masa. Sebagai contoh Za’ba pernah mengatakan bahawa dalam abad-abad ke-16 hingga 17 M., sistem ejaan Jawi yang lebih baku mengurangkan penggunaan abjad-abjad alif, wau, dan ya yang banyak digunakan sebagai sistem pemvokalan seperti yang terdapat dalam tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu dan sebaliknya menggunakan lebih banyak sistem baris (Za’ba, 1928: 82). Kata Za’ba lagi, bahawa ini membuktikan penulis atau penyalin pada masa-masa itu sentiasa tergambar dalam fikiran mereka sistem pemvokalan secara baris dalam ejaan Jawi. Kebenaran kenyataan Za’ba ini boleh dibuktikan oleh sistem ejaan Jawi yang ada pada batu nisan Ahmad Majnun yang tertulis di atasnya bertarikh 802 H./1467-1468 M., yakni merupakan teks Jawi yang kedua tertua pernah dijumpai selepas Batu Bersurat Terengganu. Batu nisan ini seperti yang telah dihuraikan dalam Bab Tiga, mempunyai inskripsi pada setiap empat penampangnya, iaitu pada dua penampangnya tertulis bahasa Melayu dalam skrip Kawi, manakala pada dua penampang lagi tertulis bahasa Melayu dalam skrip Jawi. Halaman berikutnya diperturunkan gambar skrip Jawi yang ada pada dua penampang batu nisan tersebut. Tulisan pada kedua-dua penampang ini jelas menujukkan yang tulisan ini sama (Hashim Musa, 2006: 36).
6
Sebagai bukti lain yang dapat menunjukkan keteguhan Za’ba (1940: 143) dalam memperjuangkan tulisan Jawi terbukti ketika beliau pernah menyatakan bahawa sistem ejaan Jawi yang digunakan oleh Raja Ali Haji merupakan ”...a strange mixture of modern and his own... ” terutamanya apabila beliau menggunakan tanda i’rab (baris) Arab secara terbalik atau diubahsuaikan untuk menandakan sebutan dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini abjad Jawi yang disenaraikan terdiri daripada 22 abjad, iaitu yang dinamakan ”huruf-huruf yang terpakai dalam bahasa Melayu” iaitu ث,ى,ء,ال,ه,و,ن,م,ل,ك,ڬ,ق,ڤ,ݞ,س,ذ,ر,چ,ج,ت,ب,ا. Tiga abjad iaitu ي,و,ا dinamakan huruf saksi (vokal), manakala yang lain dinamakan sebagai huruf benar. Abjad lam alif dinamakan huruf jadi, abjad hamzah pula dinamakan huruf tanda sebagai pengganti alif pada tengah kata dan pengganti abjad qof pada akhir kata (Hashim Musa, 2006: 160-164). Sementara komitmen dan kegigihan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi telah diakui oleh ramai orang, masyarakat, dan para peminatnya melalui pelbagai karya buku beliau ini melalui peranannya bermula sebagai guru tulisan Jawi di sekolah tempat beliau mengajar. Menurut Johan Jaaffar, bahawa “Bagi kami yang belajar di Peserian Primary English School, Semerah, Batu Pahat, Johor pada tahun-tahun 60-an, tidak mudah untuk menguasai Bahasa Melayu (BM). BM diajar sebagai sampingan dan tidak diwajibkan”. Menurutnya, suatu ketika tulisan Jawi sangat terkenal, malah pernah menjadi tulisan rasmi bagi negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu penguasaan British, tetapi kini keadaan adalah sebaliknya, malah pengaruhnya dilihat semakin pudar. Cuma masih tinggal beberapa negeri yang berusaha mempertahankannya, misalnya melalui penggunaan papan tanda serta urusan membabitkan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Hal ini atas kesedaran memperjuangkan tulisan Jawi agar tidak hilang ditelan zaman, maka Matlob memberikan ceramah dan kursus Jawi sehingga dapat menghasilkan sebuah buku bertajuk Kalendar satu abad (1951-2050) Masihi-Hijrah-Cina-Jawa. Sebab sejak Darjah Satunya beliau, kami hanya didendangkan kisah-kisah menawan dari Aesop Fables, cerita kanak-kanak Inggeris yang memukau dan nursery rhymes lagi memikat. Kami dimaklumkan tentang kisah kehebatan seorang pengarang drama Inggeris bernama William Shakespeare. Pada masa sama, banyak novelis dan penyair Inggeris kami kenal. Sehinggalah muncul Cikgu Mokhtar bin Talib atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Matlob’ dalam hidup kami. Apabila kami berpindah ke Sekolah Menengah Semerah (SMS) dalam aliran Inggeris (sekolah itu mempunyai dua aliran ketika itu) pada tahun 1966 beliau mengajar di Sekolah Convent Batu Pahat. Beliau mula mengajar BM di SMS pada tahun 1967. Johan Jaaffar menyatakan juga bahawa “Negeri kehidupan beliau dipenuhi dengan perjuangan memartabatkan sastera dan bahasa. Beliau tokoh terbilang memperkasakan tulisan Jawi. Walau begitu berat, walau begitu sarat dayung perjuangan tetap di tangannya mempertahankan warisan bangsa”. Kemudian beliau menyatakan juga bahawa ia beruntung kerana berkesempatan belajar BM daripada Allahyarham Cikgu Mokhtar bin Talib atau Pak Matlob. Tokoh bahasa dan sastera ini meninggal dunia pada hari Jumaat baru lalu, berusia 76 tahun. Negara kehilangan munsyi bahasa yang terakhir. Saya melalui ‘Sistem Matlob’ untuk BM dan ‘Sistem Master Ismail’ untuk BI. Seperti Matlob, Cikgu Ismail Omar (guru BI dipanggil ‘Master’), seorang guru bahasa yang baik, berdedikasi dan tegas. Ismail pernah menjadi guru besar di Peserian Primary English School di Semerah, Batu Pahat. Beliau tidak berkompromi dalam soal bahasa. Bagi anak kampung yang mengetahui hanya tiga perkataan BI sewaktu masuk ke sekolah, beliau harus belajar lebih kuat berbanding dengan kawan-kawannya. Kedua-duanya percaya pada fahaman ‘kesalahan sifar’ dalam bahasa. Untuk mata pelajaran BM, Matlob menekankan kepentingan nahu. Bahasa bukan bahasa namanya jikalau prinsip nahu tidak dihormati. Soal perbendaharaan kata, stail, gaya dan lain-lain boleh dikemudiankan. Beliau memberikan penekanan pada tatabahasa Melayu 7
dan penggunaan sehariannya. Perkara ini membabitkan aspek morfologi dan sintaksis. Kami diajar tentang keperluan memahami asas tatabahasa secara tuntas. Bahasa akan rosak jikalau tatabahasa tidak dipatuhi, beliau akan memberikan penekanan pada pelbagai aspek tatabahasa serta kesalahan umum yang dilakukan oleh pelajar. Beliau memberikan penekanan pada aspek membaca bahan bukan teks. Setiap pelajar diwajibkan membaca karya sastera dalam pelbagai cabang – novel, cerpen, drama, sajak, syair dan lain-lain. Seperti juga Ismail yang menggalakkan pelajar menghayati nursery rhymes yang popular dalam tradisi sastera Inggeris, Matlob mengajak pelajarnya mengenal sajak, syair, gurindam dan lain-lain. Kedua-duanya melihat perlunya pelajar memahami bagaimana indahnya bahasa dalam karya-karya sedemikian. Novel dan cerpen pula digunakan untuk mengenal lenggok dan gaya bahasa. Beliau menggubah sukatan pelajaran lebih bebas dan anjal, para guru tidak perlu menganggap buku teks sebagai kitab mutlak. Pada ketika itu juga di pasaran tidak dibanjiri oleh buku kerja yang pada akhirnya menjadi bahan pergantungan utama guru-guru. Selanjutnya pernyataan yang lain, bahawa “Tentu tidak mudah mengembalikan ‘Kaedah Matlob’ atau ‘Master Ismail’ dalam sistem pembelajaran BM dan BI hari ini. etapi ada baiknya sebahagian amalan mereka itu digunapakai. Hal ini bagi mempastikan penggunaan bahasa yang lebih baik, betul dan tepat. Matlob juga dianggap ‘pandai Jawi’, bermakna beliau pakar tulisan Jawi. Sewaktu saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (1992-1998) beliau pernah dilantik sebagai penasihat Jawi untuk akhbar Utusan Melayu dalam tulisan jawi. Sayangnya akhbar itu sudah dihentikan penerbitan hariannya mulai tahun 2002 setelah 63 tahun di pasaran (bermula tahun 1939). Ejaan Jawi nampaknya tidak ada tempat di tengah masyarakat Melayu/Islam di negara ini. Matlob juga menjadi salah seorang perunding Jawi apabila DBP melaksanakan ejaan Jawi baharu. Bagi beliau, tulisan Jawi teras dan roh orang Melayu/Islam. Tulisan itu mendekatkan kita pada tulisan Arab di dalam al-Quran. Bagi beliau adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Melayu/Islam untuk menguasai tulisan yang satu masa dahulu menjadi tulisan rasmi kesusasteraan, diplomasi, dan perdagangan di rantau ini. Setelah itu beliau juga tidak pernah berhenti berjuang agar tulisan Jawi tetap hidup sepanjang hayat, dibuktikan dengan kerja kerasnya telah meminta Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah lebih proaktif untuk memperkasa tulisan berkenaan dikalangan pendidik dan pelajar. Sementara itu, Matlob pernah memberikan satu solusi di mana beliau berkata, “Antara langkah yang boleh dilaksanakan dalam memperkasa tulisan Jawi adalah menganjurkan kursus khas untuk guru bagi menguasai dan mempelajari kaedah mengajar tulisan tersebut dengan baik. Langkah ini kata beliau perlu dilaksanakan bagi memartabat dan memperkasa lagi tulisan Jawi yang semakin hilang dikalangan masyarakat negara ini khususnya kaum Melayu,” Kemudian beliau berkata, “Kursus intensif itu mampu melahirkan tenaga pengajar yang mampu mengajarkan tulisan tersebut dengan baik dan berkesan”. Malah, beliau sendiri telah menghasilkan 20 judul buku panduan mengajar tulisan Jawi yang sesuai digunakan oleh guru sejak lima tahun di penghujung hayatnya dan 15 daripadanya memberi penekanan kepada cara pembacaan Jawi untuk kanak-kanak. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan buku mengenai modul Pintar Jawi yang memberi penekanan kepada Pandai Jawi dan Pandai Khat. Perjuangan beliau sudah bermula ketika menjadi guru pada 1963 iaitu ketika mengajar di Sekolah Convent Batu Pahat dengan mengajar cara membaca dan menulis tulisan Jawi kepada murid-murid yang buta Jawi pada waktu rehat secara sukarela. Setelah bersara sebagai guru, beliau secara aktif memperjuangkan tulisan tersebut dengan menyertai syarikat akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang Pendidikan mulai tahun 1993. Dalam tempoh itu, 8
kedua-dua akhbar yang menggunakan tulisan Jawi itu telah diberi nafas baru dengan mewujudkan ruangan khas, antaranya program Jawi Arab Amali untuk pembaca muda, iaitu memberikan pedoman mengenai cara menulis khat dan bahasa Arab. Beliau juga mengelolakan ruangan belajar Jawi, pandai Jawi dan belajar Jawi dalam akhbar Utusan Malaysia, bertujuan memberikan pendedahan mengenai sistem ejaan Jawi mutakhir dan membantu meningkatkan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan pembaca. Menurut Zulkifli Abdullah, bahawa Matlob juga telah digelari sebagai pejuang sejati perkembangan tulisan Jawi kerana banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun, lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai yang memulakan karya penulisan untuk kanak-kanak pada tahun 1953. Dan dikatakan juga bahawa beliau yang pada beberapa tahun terakhirnya sebelum kepergiannya banyak menyumbangkan tulisan dan membantu penerbitan Utusan Melayu Mingguan. Kegigihan beliau sehingga tahun-tahun terakhir kehidupannya memperjuangkan tulisan warisan orang Melayu itu terbukti apabila sanggup datang dari Semerah ke Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur untuk menghantar sendiri hasil karyanya kepada akhbar Jawi Utusan Melayu Mingguan. Beliau membuktikan juga terhadap kecintaannya kepada tulisan Jawi jelas tergambar apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri sebagai hadiah pertandingan tulisan Jawi yang dianjurkannya dengan kerjasama akhbar tersebut. Di samping itu, beliau berpengalaman luas dalam disiplin tulisan Jawi mengetengahkan beberapa ilmu dan petua melalui karyanya yang ke-400 itu. Beliau menyatakan "Saya menghasilkan buku ini untuk tatapan dan bekalan generasi baru agar ilmu orang tua tidak hilang, bahkan dapat diwarisi secara turun-temurun". Bahkan buku Kalendar satu abad bukan kalendar biasa, kerana ia dapat digunakan untuk menjejaki tarikh peristiwa yang berpuluh-puluh tahun lalu dan dapat melakukan ramalan pada waktu akan datang sehingga 2050. Walaupun buku itu kelihatan ringkas, namun banyak kegunaannya termasuk dapat melakukan ramalan terhadap jodoh melalui kaedah abjad Jawi yang tidak diperoleh melalui kursus di mana-mana sekalipun. Turut dimuatkan panduan kalendar tahun Jawa dan Cina sebagai pengetahuan am yang dikaitkan bersama beberapa tokoh dunia supaya pembaca dapat memahami lebih jelas maksud disampaikan buku tersebut. Sebetulnya "buku” ini dihasilkan dengan tujuan utamanya untuk mengembangkan tulisan Jawi secara praktik selepas mendapat maklum balas daripada generasi muda ketika beliau mengendalikan kursus Jawi. Melalui pelbagai karya, kemudian beliau pernah menyatakan bahawa "Selepas mendapat ilham daripada ceramah tulisan Jawi, saya mencuba menghasilkan buku ini dalam tempoh dua tahun." Menurutnya, buku terbabit yang turut mengandungi rumus dengan huruf Jawi, rumus jodoh, rumus menang kalah, dan rumus bintang sangat berguna bagi meluaskan pengetahuan generasi masa kini.” Beliau menyatakan lagi, bahawa "Secara manusiawi setiap orang berkeinginan untuk mengetahui hal diri sendiri atau individu pilihan hati. Begitu juga secara psikologi manusia mahu tahu masa depannya walaupun pada hakikatnya rahsia itu tidak pernah dapat dicapai oleh manusia kerana ia merupakan ilmu Allah SWT. Oleh itu, dengan segala ilmu, pengalaman dan angan-angan, manusia merumuskan pelbagai kesimpulan sendiri terhadap hal yang sebenarnya Allah saja yang Maha Mengetahui hakikatnya," katanya lagi, bahawa “Rumus ramal adalah permainan akal manusia yang keupayaannya amat terbatas dan ia tidak salah selama manusia sedar yang kesimpulan rumus itu bukanlah sesuatu hakiki. Selain itu, ia mungkin boleh menjadi ubat mujarab bagi manusia yang kehilangan diri sendiri dalam mencari dirinya di alam nyata ini," katanya lagi sambil menegaskan bahawa “Abjad Jawi bukannya sembarangan, malah ada penjaga atau khadamnya.” Selain kenyataan di atas, ada kisah menarik lainnya diceritakan sebagai bukti nyata kegigihan Matlob dalam memperjuangkan tulisan Jawi. Hal ini dialami sendiri oleh 9
Muhammad Bukhari Lubis dalam dua hal yakni Pertama, “Beliau pernah bermati-matian akan menerbitkan akhbar bertulisan Jawi sehingga pernah suatu ketika beliau datang berkali-kali ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk berbincang dengan saya. Selain beliau juga menyerahkan satu bayangan (dami) akhbar berkenaan yang berwarna-warni tertera gambar bekas Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman. Bahkan sampai satu peringkat kerana ketiadaan dana sehingga saya membelanjakan sendiri ratusan ringgit untuk menyelesaikan pembayang (dami) tersebut seperti apa yang diminta oleh beliau, kerana hal ini beliau pernah meminta derma beribu ringgit untuk diberikan kepada pakar seni untuk menyediakan lay-out akhbar berkenaan.” Kedua, tiga atau empat bulan sebelum beliau meninggal dunia, Matlob ada mendesak Muhammad Bukhari Lubis untuk menyediakan esei ringkas tentang asal perkataan Jawi, untuk dimasukkan ke dalam sebuah akhbar Jawi yang bakal diterbitkan. Menurut Matlob lagi, beliau sudah pun menetapkan tarikh temu janji dengan ketua pengarah DBP Kuala Lumpur, Datuk Dr. Awang Sarian untuk mengusahakan kerjasama penerbitan akhbar Jawi yang dicadangkan itu. Akhirnya, esei tersebut dapat ditulis, namun kita hanya mengurus dan merancang, Allah juga yang mentadbir dan menetukan sehingga rancangan suci tersebut hanyalah tinggal kenangan. Walau bagaimanapun, kitalah yang perlu berusaha sekuat tenaga, dan terus berusaha agar akhbar Jawi dapat terlaksana dengan baik seperti apa yang telah beliau perjuangkan selama ini. Seterusnya berikut bukti nyata kesungguhan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi yang boleh dilihat melalui karya buku-buku beliau sebagai bukti perjuangan dan kegigihannya dalam mengangkat tulisan tersebut sehingga ke penghujungnya. Antara karya tersebut seperti Mari mengenal, Jawi rendah, Bacaan Jawi, Bimbingan anak-anak (Jawi), Ilmu Jawi, Alam dan manusia (Jawi), Asuhan Islamiah (Jawi), Klasik pilihan (Jawi), dan Cerita teladan (Jawi) (Contoh buku-buku beliau jenis karya ini boleh dilihat dalam LAMPIRAN, Gambar 6).
Pengiktirafan dan Penghargaan Za’ba dan Matlob (r.h) Perinsip dan komitmen penulisan yang telah ditunjukkan oleh Za’ba dan Matlob telah mengangkat nama mereka berdua di negara ini, terutama komitmen pengkaryaan tulisan Jawi yang telah mereka warisi sebagai karya yang dapat dirujuk dan dipelajari dalam pelbagai macam keperluan terutama proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi tertentu. Antara hal penting dalam melihat komitmen mereka berdua sebagai bakti nyata terhadap masyarakat Melayu dan sekali gus penerus atau penyumbang tulisan Jawi bagi warisan bangsa dan negara ini. Untuk melihat pengiktirafan dan penghargaan Za’ba dalam mempertahankan bidang Jawi pernah dilaksankan satu bengkel yang membincang segala permasalahan tulisan Jawi ini, dan sebagai kesan daripada perbincangan dalam bengkel tersebut, satu jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka telah dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada pada masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi Za’ba) dan memperkemasnya. Hakikat ini ditegaskan oleh pengerusinya Hamdan Hj. Abdul Rahman, iaitu tugas jawatankuasa itu “... mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur, dan mengemaskan yang longgar ... (jadi) yang (akan) dihasilkan hanyalah sistem ejaan Jawi Za’ba yang diperkemaskan dan dinyatakan semula dengan perkataan baru” (Hamdan Hj. Abdul Rahman, 1984: 1). Sebagai hasil daripada usaha jawatankuasa itu, maka pada tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan (EJYD) yang mengikut keterangan dalam prakata buku itu “ ...risalah ini terkandung kaedah–kaedah ejaan Jawi yang telah disemak daripada buku Daftar ejaan Jawi–Rumi Za’ba (1949)... tidak banyak 10
perubahan dilakukan... di antara perkara baru yang diperkatakan ialah konsonan untuk melambangkan huruf v dalam tulisan Rumi ...penulisan imbuhan –an, –i diseragamkan... kaedah penulisan kata ulang dan nama gelaran, singkatan, dan akronim”. Buku ini mengandungi tiga bab iaitu tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf, dan cara kaedah mengeja Jawi (Salah satu contoh buku yang mengupas beliau dapat dilihat dalam LAMPIRAN, Gambar 5). Pengiktirafan lain sebagai tanda perjuangan Za’ba dalam mengangkat tulisan Jawi-Rumi, di mana pada tahun 1988 Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan pula buku Daftar ejaan Rumi-Jawi yang memuatkan “... perbendaharaan kata dasar umum bahasa Malaysia, termasuklah kata pinjaman umum bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, dan lain-lain. Kata-kata ini disusun menurut abjad rumi dan padanan Jawi diberikan disebelahnya”. Kaedah ejaan Jawi yang digunakannya berdasarkan buku Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan (EJYD). Mengenai Matlob pula ada beberapa pengiktirafan yang telah diterima oleh beliau selama bergelar sebagai pejuang tulisan Jawi, hal ini untuk menghargai perjuangan beliau tersebut. Penghargaan itu telah membuka mata semua pihak untuk melihat betapa mulianya kerja-kerja beliau dalam memartabatkan tulisan Jawi tersebut sebagai khazanah dan budaya orang Melayu sepanjang zaman. Pengiktirafan dan penghargaan ini juga merupakan asas penting yang menjadi pemacu bagi diri Matlob untuk menghasilkan karya dan tulisan lainnya yang lebih baik lagi berkualiti. Kerja dan usaha tersebut juga telah membuktikan peranan Matlob yang sangat besar dalam dunia penulisan Jawi di Nusantara. Adapun contoh pengiktirafan yang telah diterima beliau adalah anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Budaya Johor, menjadi pengelola ruangan Jawi di Harian Metro dan Berita Harian. Selain itu, Matlob juga pernah dipilih sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh dimana ini sebagai anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan sumbangan tulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa. Anugerah tersebut melayakkan beliau menerima wang tunai RM 7,000 yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor masa itu, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Baharu. Matlob juga pernah menerima hadiah Sastera Darul Ta'zim yang diwujudkan sejak 1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini, atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bidang sastera dan bahasa. Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ). Selain itu, beliau juga pernah menerima penghargaan UMNO dalam anugerah Melayu Cemerlang, manakala di peringkat negeri. Matlob juga penah dipilih untuk menerima anugerah Tokoh Pejuang Jawi dari Persatuan Penulis Johor sempena Bulan Bahasa dan Sastera negeri. Beliau juga pernah dipilih membentangkan kertas kerja bertajuk ”Perancangan, Penghasilan dan Pengedaran Buku-Buku untuk Kanak-kanak dan Orang Muda di Asia” dalam seminar Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1975. Sementara sumbangan beliau dalam bidang penulisan Jawi, beliau banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar, buku, dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai kolumnis ruangan Warisan Bangsa di majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. Sumbangan beliau dalam sastera kanak-kanak juga dapat dilihat dengan jelas menerusi tulisannya di pelbagai akhbar di negara ini, antaranya di 11
Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman. Matlob yang juga bekas Pengarang Pendidikan Utusan Melayu (1993-1998) telah menghasilkan pelbagai karya cerpen dan buku dalam pelbagai bidang, kebanyakannya penulisan Jawi dan sastera kanak-kanak. Dan banyak lagi penghargaan lain pernah beliau sandang sebagai penulis dan pejuang memartabatkan tulisan Jawi di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa sehingga memang sesuai kalau beliau digelari sebagai tokoh dan pahlawan tulisan Jawi.
Kepergian Za’ba dan Matlob (r.h) Kepergian Za’ba dan Matlob telah meletakkan nama mereka berdua di negara ini menjadi harum, kerana mereka telah banyak mewariskan karya-karya agung yang dapat dijadikan sebagai rujukan dan pedoman dalam pelbagai macam keperluan pelajaran dan pengajaran. Antara pesan penting terakhir yang dapat menjadi bukti kesungguhan mereka yang telah ditunjukkan kepada masyarakat Melayu dan sekali gus penyumbang besar dalam mewarnai warisan khazanah bangsa dan negara ini. Untuk kepergian Za’ba dapat disemak secara mendalam melalui peninggalan pucuk-pucuk surat beliau yang mengandungi segala isu dan permasalahan sama ada isu keluarga, tokoh, dan politik Melayu dan luar negara, agama, buku dan majalah, perkembangan diri beliau dan isu-isu sampingan lainnya. Dari sekian banyak surat Za’ba, ada 41 pucuk surat beliau kepada Mohd. Yusof sebagai adik kandungnya sendiri, yakni dari tahun 1965-1973 ketika beliau sudah berusia 70-78 tahun, didapati dimana Za’ba juga sering menceritakan tentang saudara mara, menjadi penasihat kepada Mohd. Yusof dalam soal nikah kahwin sanak saudara mereka di Linggi. Hampir ¾ daripada surat-surat Za’ba kepada adiknya tersebut membincangkan perkembangan kaum keluarga masing-masing sehinggalah kepada 6 bulan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, termasuk mengenangkan kembali ahli keluarga mereka (termasuk ayahnya) yang telah meninggal dunia (Surat Za’ba bertarikh 23 April 1973) (Wan Abdul Kadir, 1996: 104). Zainal Abidin bin Ahmad atau juga dikenali umum sebagai Pendeta Za’ba yang telah dilahirkan di daerah pedalaman di kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, negeri Sembilan pada tarikh 16 September 1895 yang telah menabur bakti kepada bangsa, agama, dan Negara ini. Beliau telah meninggalkan sekian banyak karya yang dapat menjadi kenangan abadi sampai bila-bila masa dalam masyarakat Melayu. Tetapi beliau sebagai manusia biasa dan telah dipanggil untuk menghadap Rabnya tepat pada tarikh 23 Oktober 1973. Za’ba sebagai seorang sasterawan dan pemikir Melayu telah meninggalkan kita dengan mewariskan sekian banyak karya yang dapat menjadi kenangan abadi terutamanya dalam bidang bahasa dan kesusateraan di Alam Melayu. Adapun paparan lain sebagai gambaran nyata sumbangan yang telah dihasilkan oleh Matlob dalam hidup beliau selama 76 tahun. Karya-karya beliau sekarang sudah menjadi warisan dan khazanah masyarakat Melayu sebagai bukti kegigihan serta kesungguhan beliau dalam memperjuangkan dan memartabatkan tulisan Jawi di persada Nusantara. Namun apapun hidup beliau telah ditulis dalam lauḥ al-maḥfuz, hidup memang sementara tetapi tulisan dan karyana akan terus ada sehingga bila-bila masa. Matlob telah meninggalkan kita untuk selamanya, namun karya hakikatnya tidak akan pernah punah. Untuk mengenang Allahyarham pada detik-detik akhir kehidupannya, beliau memalingkan muka dan memejam mata, ketika itulah Matlob meninggal dunia. Beliau pergi dengan senang dan tenang" (Utusan Malaysia). Ketika redup senja Jumaat 6 September 2013, tokoh yang amat besar jasanya dalam bidang tulisan Jawi dan kesusasteraan kanak-kanak ini telah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isterinya Kalifah Md. Yusuf, pada usia 76 tahun di rumah mereka di Semerah, Batu Pahat. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Nibong 12
pada pukul 10 pagi esoknya, tarikh 7 September 2013. Allahyarham mula uzur selepas diserang angin ahmar dua tahun sebelumnya dan demam sejak seminggu sebelum beliau meninggal. Beliau merupakan seorang penulis pelbagai genre, kanak-kanak, dan remaja. Beliau telah meninggalkan kita kerana sakit tua. Apa yang pantas kita gelarkan kepada Za’ba dan Matlob selain istilah pepatah Melayu “Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”, “Jasadmu tenang dan baktimu dikenang.” Nama Za’ba dan Matlob akan tetap terus terukir dengan tinta emas dan kekal harum sepanjang masa sebagai pejuang sejati dalam tulian Jawi di negara ini khasnya dan di Nusantara amnya.
Analisis Pengajaran Tulisan Jawi Kaedah Za’ba dan Matlob (r.h) Sebagai analisis untuk menghasilkan kajian yang lebih menarik dan sistematik, maka penulis perlu memaparkan beberapa pendekatan dalam langkah pemerhatian terhadap hasil pengajaran tulisan Jawi kaedah Za’ba dan Matlob, seperti huraian berikut:
Reka Bentuk Kajian
Kaedah kajian ini dibuat terdiri daripada beberapa aspek dan langkah penting yang digunakan untuk menghasilkan kajian perbandingan lebih mendalam kaedah tulisan Jawi yang telah dipopularkan oleh Za’ba dan Matlob, seperti berikut: Kajian Perpustakaan, dalam perbahasan ini pengajaran tulisan Jawi kaedah Za’ba dan Matlob dalam memartabatkan warisan Jawi yang dibincangkan secara umum, kami membuat rujukan di pelbagai perpustakaan di Malaysia, termasuk merujuk ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM; Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI; Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Kuala Lumpur dan lain-lain. Untuk meninjau aneka cara dan kaedah tulisan mereka berdua mengenai pengajaran tulisan Jawi, novel kanak-kanak, novel remaja, karya-karya lainnya, dan kami juga terpaksa melakukan penelitian hampir semua tulisan dan karya-karya mereka berdua yang tersebar luas merata tempat hampir di seluruh negeri termasuk Negeri Sembilan, Johor, dan Kuala Lumpur atau tempat-tempat lainnya dalam menyempurnakan tulisan ini. Kajian Secara Umum: Mengumpul Data (Mengenai karya-karya Za’ba dan Matlob). Hal ini setelah kami dapati maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber rujukan, dinyatakan bahawa ada banyak karya peninggalan mereka berdua dalam meningkatkan kemahiran tulisan Jawi dari peringkat kanak-kanak, remaja, sehingga dewasa yang berpandukan kepada kaedah tertentu. Berdasarkan temuan ini, ternyata landasan kami memang tepat, kalau kajian ini mengambil aspek-aspek tersebut sebagai bahan kajian agar dapat memberikan gambaran jelas mengenai kepelbagaian karya tulisan Jawi kaedah Za’ba dan Matlob yang telah mereka wariskan ke generasi pelapis di negara ini khasnya dan seluruh Nusantara amnya. Kajian Lapangan Secara Khusus: Mengumpul Data (Mengenai karya-karya Za’ba dan Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi). Kajian ini telah membantu kami dalam mendapati data-data penting yang diperoleh dari pelbagai sumber rujukan. Dalam kenyataan ini, ada lebih banyak karya mereka berdua berbentuk tulisan Jawi dan kaedahnya tersebut sebagai wujud kegigihan dan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu terhadap kemahiran tulisannya. Berdasarkan temuan ini, mengambil kira aspek-aspek tersebut sebagai bahan kajian agar dapat memberikan gambaran terperinci mengenai peranan penting Za’ba dan Matlob dalam mengangkat dan memartabatkan tulisan Jawi sebagai karya dan warisan sepanjang zaman dari generasi ke generasi pelapis berikutnya, terutama di Malaysia khasnya dan negara-negara Asia Tenggara amnya. 13
Kajian Lapangan: Mencari dan Menemu Bual Individu, Tokoh, dan Pejuang Tulisan Jawi. Sebagai langkah yang tidak kalah pentingnya untuk melengkapkan kajian ini, kami perlu berbincang dengan tokoh-tokoh atau individu yang ada kaitan dengan pengajar, peminat, pengamal, pejuang, pencinta, penulis, dan penggiat tulisan Jawi ini di negeri Sembilan dan Johor khasnya serta di negeri-negeri lain amnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Oleh itu, perlu kami paparkan tokoh-tokoh yang terlibat aktif dalam menumbuh kembangkan tulisan Jawi tersebut di Alam Melayu selain Za’ba dan Matlob, tokoh atau individu ini kami jadikan sebagai rujukan secara langsung atau tidak langsung melalui buku dan karya-karya mereka. Masing-masing tokoh atau individu tersebut, seperti A. Hamid Latif, Abdul Razak Hamid, Amat Juhari Moain, Hamdan Hj. Abdul Rahman, Hashim Hj. Musa, Ismail bin Dahaman, Kang Kyoung Seuck, Mohd. Nasir Abdullah, Che Siah, Muhammad Bukhari Lubis, Noor Nabeela, Razliza binti Abd. Rahman, Tan Boon Chye, Zalilah Ahmad, Zarina Sidek, dan Siti Ramilah Abu Najar. Melalui hasil kajian lapangan ini, kami banyak mendapat maklumat penting sekitar pertumbuhan, perkembangan, peranan, cabaran, kemudahan, sistem, cara, proses, peruntukan, pemasaran, gaya, corak, kaedah, dan jenis tulisan Jawi ini di pelbagai tempat di seluruh Nusantara sebagai kawasan tempat kajian dijalankan. Selain itu, mereka juga banyak memberikan sumbangan dalam pertumbuhan dan perkembangan tulisan Jawi tersebut dari masa ke masa. Dari kajian kami ini juga bersama tokoh-tokoh atau individu-individu tersebut, kami juga mendapatkan banyak maklumat penting mengenai penggunaan dan pengembangan tulisan Jawi dari sisi peluang, cabaran, dan harapan yang dapat dirasai oleh masyarakat Melayu secara keseluruhannya.
Penganalisisan Data
Sebagai langkah berikut, iaitu penganalisisan data, setelah kami teliti kedua tokoh ini dan menyusuri perjuangan mereka dalam tulisan dan kaedah Jawi yang mereka telah asaskan serta mengambil kira buku-buku yang telah mereka sumbangkan di pelbagai tempat, negeri, kedai buku, perpustakaan, sekolah, atau pusat pengembangan tulisan Jawi yang terpilih di seluruh negeri di Nusantara. Hal ini, sudah tentu mengambil kira buku-buku dan karya-karya Za’ba dan Matlob yang tersebar luas hampir merata tempat di seluruh tanah air, di antara yang kami teliti bermula daripada tinjauan ringkas tentang sistem-sistem ejaan Jawi yang pernah disusun bagi tulisan ini, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat empat jenis pedoman ejaan Jawi yang dapat di ketengahkan pernah disusun dalam sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu, iaitu:
Sistem ejaan Jawi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor (P.Bm.P.B), atau singkatannya Ejaan Pakatan.
Sistem ejaan Jawi yang dibentuk oleh Pendeta Za’ba atau singkatannya Ejaan Za’ba.
Sistem ejaan yang diperkembangkan oleh majalah Dian atau singkatannya Ejaan Dian, dan
Sistem ejaan yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984 yang terkenal dengan nama Ejaan Jawi yang disempurnakan (EJYD).
Sebenarnya pada tahun 1972, Raja Mukhtaruddin Mohd. Dain pernah mencadangkan satu sistem ejaan Jawi dengan kaedah berbaris, dan beliau menyarankan supaya apabila kaedah itu telah mantap dan mapan, maka dihilangkan barisnya. Akan tetapi oleh sebab sistem itu sama seperti sistem ejaan Jawi pengaruh Arab sebagaimana yang pernah wujud pada awal sejarah tulisan Jawi Melayu, maka sistem ini tidak perlu dibahas dalam kajian ini. 14
Lagi pun tidak ada siapa pun yang mencuba menggunakan gagasan sistem ini, sepanjang pengetahuan penulis, iaitu selepas gagasan itu dicadangkan, bahkan sebaliknya ada pula yang menentang seperti penentangan yang dibuat oleh Shafi’i Abu Bakar (1971) (Amat Juhari Moain, 1996: 72).
Kaedah Ejaan Za’ba (r.h)
Za’ba telah berusaha mengumpulkan kata-kata Melayu sejak tahun 1918 dengan harapan untuk mewujudkan satu daftar kata Melayu dalam tulisan Jawi berserta dengan padanan ejaan ruminya dan seterusnya disusun menjadi satu kamus Melayu yang lengkap. Cita-citanya itu tercapai sebahagian sahaja, iaitu apabila siap disusun buku Daftar ejaan Melayu: Jawi-Rumi pada tahun 1983 dan diterbitkan pada tahun 1949. Menurut Amat Juhari Moain (1996: 72) dalam bukunya Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi menyatakan bahawa garis besar kaedah ejaan Melayu dengan huruf Jawi yang disusun oleh Za’ba dalam buku Daftar ejaan Melayu: Jawi-Rumi adalah seperti berikut: Mula-mula diperkenalkan huruf-huruf Jawi, iaitu huruf-huruf yang dipinjam daripada bahasa Arab dan huruf-huruf yang dicipta kemudian. Selepas itu, diperkenalkan huruf-huruf ا و يsebagai huruf saksi (vokal) dan juga sebagai huruf (konsonan). Di peringkat ini diterangkan bunyi saksi dalam bahasa Melayu. Za’ba kemudian menerangkan tentang kaedah ejaan menggunakan baris dan juga huruf saksi yang wujud dalam tulisan Melayu huruf Jawi. Bertitik tolak dari sini, maka diperincikan kaedah mengeja Jawi dimana Za’ba telah membahagikan sistem ejaannya kepada dua bahagian besar, Pertama iaitu ejaan pada perkataan asal, dan Kedua ejaan perkataan bertambah. Bagi ejaan pada perkataan asal dipecahkan lagi menjadi lapan pecahan kecil, iaitu:
Ejaan dua bunyi sejenis. Atas + atas (terdapat tiga undang-undang), bawah + bawah (satu undang-undang), hadapan + hadapan (satu undang-undang). Contohnya: atas + atas ( سايsaya) ( ماتmata) dan sebagainya.
Dua bunyi yang berlainan. Di sini terdapat satu undang-undang (undang-undang VI). Contohnya: ( باليbali) ( كوليkuli) dan sebagainya.
Bunyi di atas berpadu (undang-undang VII). Contohnya: ( بنتهbantah) ( بنتلbantal) dan sebagainya.
Dalam bahagian ini diterangkan kesukaran yang dihadapi, iaitu untuk membezakan antara ‘tendang’ dengan ‘tandang’, atau ‘kencing’ dengan ‘kancing’ dan sebagainya.
Perkataan bunyi berkait. Di sini terdapat lima undang-undang, iaitu undang-undang VIII, IX, X, XI, dan XII. Contohnya: ( بواتbuat) ( هياسhias) ( بليوbeliau), dan sebagainya.
Alif, wau, dan ya saksi berjumpa dengan alif, wau, dan ya yang bukan huruf saksi. Bagi kaedah ejaan ini terdapat empat undang-undang, iaitu undang-undang XIII, XIV, XV, dan XVI. Contohnya: ( اليوlayu) ( جايjaya) ( كوديسkudis), dan sebagainya.
15
Ejaan Tua (undang-undang XVII). Contohnya: ( دانdan) ( اينini) ( ايتitu), dan sebagainya.
Perkataan yang dipinjam daripada Arab (undang-undang XVIII dan XIX). Dalam kaedah ini ejaan kata-kata Arab dikekalkan seperti dalam ejaan asal, kecuali pada tiga tempat: -
Apabila telah biasa dieja orang menyalahi kaedah asalnya. Contohnya: ( فتواpetua) ( معناmakna) ( ريالrela)
-
Apabila bunyi telah terpaling. Contohnya: ( ڤدوليpeduli) dari perkataan ()فضولي, ( ممبذيرmumbasir) dari perkataan ()مبذر.
-
Telah masuk penambah atau imbuhan Melayu Contohnya: ڤݞالمن- (عالمpeng-alam-an), كعاليمن- (عالمke-alim-an), مواريثي- وارث (me-waris-i).
Memakai baris dan tanda (undang-undang XX). Kaedah ini adalah untuk mengatasi masalah tentang sukarnya membunyikan sesuatu perkataan kerana terkeliru dengan perkataan-perkataan lain. Dalam hal ini, Za’ba mencadangkan supaya digunakan tanda baris atau tanda lain, akan tetapi itu adalah langkah yang terkahir. Bagi ejaan perkataan bertambah, Za’ba memecahkannya kepada tiga pecahan kecil,
iaitu:
Masuk menambah di pangkal. Di sini terdapat tiga undang-undang, iaitu undang-undang I, II, dan III. Masuk penambah di hujung. Di sini terdapat empat undang-undang, iaitu daripada undang-undang IV hingga undang-undang VII. Masuk penambah di pangkal dan di hujung. Undang-undang VIII: Memerikan kata berpenambah di pangkal serta di hujung, iaitu gabungan undang-undang ejaan kata berpenambah di pangkal dengan ejaan kata berpenambah di hujung seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Demikian beberapa perbincangan tulisan Jawi kaedah Za’ba ini, dan masih banyak lagi yang tidak sempat penulis huraikan secara terperinci dalam perbahasan tersebut, akan tetapi dengan perbahasan ringkas di atas diharap cukup untuk memberikan gambaran betapa kaedah tulisan Jawi yang telah dipopularkan penggunaannya oleh Za’ba boleh memberikan kesan bermakna dan mendalam terhadap peminat-peminat tulisan Jawi di seluruh Nusantara.
Kaedah Ejaan Matlob (r.h)
Sementara kaedah ejaan Matlob banyak berpedoman kepada Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (EJYD) dengan beberapa perubahan dan penyesuaian yang tertentu bagi menampung perkembangan baru yang berlaku dalam bahasa Melayu. Dengan kaedah tersebut pada dasarnya sistem ejaan ini tidak menyimpang jauh daripada kaedah ejaan yang banyak digunakan oleh Za’ba. Dalam huruf ejaan Jawi yang disempurnakan menerima huruf-huruf Arab yang diterima kesemuanya, demikian juga huruf-huruf Jawi yang telah wujud selama ini. Sebagai tambahan, satu huruf baru telah dicipta, iaitu huruf ( ﯚva) untuk transliterasi Jawi bagi huruf (v) rumi. Dengan itu, terdapat enam tambahan kepada huruf Arab asli yang sedia
16
ada. Huruf-huruf tersebut ialah: چ, ڠ, ڬ, ڤ, ( ثnya tiga titik di atas apabila ia berdiri sendiri dan nya tiga titik terletak di bawah jika ia terletak dibelakang) dan ﯚ. Ejaan bagi kata ekasuku diberi pedoman dalam sistem ini, iaitu setiap kata dieja dengan membubuh huruf saksi (vokal) kecuali kata-kata istilah agama daripada bahasa Arab. Seperti ejaan dam, dan, jam, pol, tol, ras, tas, dan bas. Kata-kata yang dikecualikan ialah kata Arab yang menjadi istilah agama seperti perkataan sah, dam (denda), syak, dan mad. Ejaan bagi kata-kata dwisuku, trisuku dan lainnya hendaklah dieja dengan menggunakan huruf-huruf vokal sepenuhnya kecuali kata istilah agama dalam bahasa Arab. Dengan itu ejaan-ejaan lama telah diubah sekalipun telah mantap. Contohnya: ( توجهlama) ( توجوهbaru) ruminya adalah tujuh, ( ڤولهlama) ( ڤولوهbaru) ruminya adalah puluh, ( تودهlama) ( تودوهbaru) ruminya adalah tuduh, dan sebagainya. Pada kata penambah atau imbuhan diadakan beberapa penyesuaian dan pengemasan. Antaranya ialah awalan se- dan ke-, akhiran –an, dan akhiran –i. Selain itu, penggunaan huruf qof dan kaf pada akhir kata sebelum kesenyapan. Huruf qof hanya untuk kata-kata asli bahasa Melayu atau kata-kata Arab yang di-Melayukan. Dalam pedoman ejaan ini juga diberi pedoman untuk mengeja kata-kata bahasa asing terutama Arab dan Inggeris. Bagi kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Arab, terdapat dua pedoman. Pertama kata-kata Arab yang bukan istilah agama dan telah sebati dalam bahasa Melayu, hendaklah dieja mengikut sistem bunyi Melayu. Bagi kata-kata istilah agama hendaklah dikekalkan ejaannya seperti dalam bahasa Arab. Bagi mengeja kata-kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing lainnya kecuali bahasa Arab, maka hendaklah dieja mengikut bagaimana kata-kata pinjaman itu dilafazkan berdasarkan sistem bunyi bahasa Melayu. Pada amnya, kata serapan Inggeris dalam bahasa Melayu dieja mengikut bunyi asalnya dalam bahasa Inggeris. Tidak boleh dikiaskan kepada huruf padanan rumi ke Jawinya. Misalnya jika huruf c rumi melambang huruf ca ( ) چdalam tulisan Jawi, tidak semua huruf c itu dibunyikan dengan sebutan c, malah ada masanya dibunyikan dengan k. Jika kata serapan Inggeris ini telah pun dieja dengan huruf k, misalnya perkataan ethnic menjadi ‘etnik’, maka hal ini tidak mendatangkan masalah, terus kita eja begini ايتنيک. Perbincangan ini masih banyak lagi contoh lain yang perlu dihuraikan dan lebih terperinci, tetapi kerana kekangan masa dan ruang, perbahasan di atas dirasa cukup untuk memberikan gambaran betapa kaedah tulisan Jawi yang selalu digunakan oleh Matlob boleh memberikan kesan yang besar terhadap pengguna-pengguna Jawi dengan kaedah yang ada.
Perbincangan dan Cadangan Berikut beberapa perbahasan sebagai dapatan kajian yang perlu pengkaji kemukakan sebagai perbincangan lanjut, untuk dijadikan sebagai masukan perbincangan sumbangan Za’ba dan Matlob dalam mengembang dan memartabatkan tulisan Jawi di Nusantara, seperti penjelasan berikut:
Perbincangan
Hasil kajian kami secara keseluruhannya, dalam hal ini dapat kami katakan bahawa sumbangan dan karya Za’ba dan Matlob ternyata pengembagan ke arah tulisan Jawi lebih mendominasi, jika dibandingkan dengan karya mereka yang lainnya. Selain itu, kami dapati bahawa yang paling banyak digunakan untuk karya-karya mereka yang lain juga berdasarkan tulisan Jawi sebagai penggalakan pengembangan tulisan ini seterusnya sebagai pilihan tambahan dalam mengungkapkan khazanah tulisan Jawi. 17
Seperti yang kita ketahui, bahawa memang sukar menjadi penulis produktif seperti yang telah dibuktikan oleh Za’ba dan Matlob, tetapi mereka sudah membuktikan dengan menulis pelbagai genre tulisan terutama tulisan Jawi, namun perjuangan mereka dalam memartabatkan dan memantapkan tulisan Jawi, kita anggap belum ada pengganti sehingga kini tetapi penggiat-penggiat tulisan Jawi setempat tidak boleh berputus asa dan harus terus berusaha mencarikan penggantinya agar peminat tulisan Jawi di Alam Melayu tetap terus berusaha mempertahankannya. Apatah lagi tulisan Jawi ini dipengaruhi dengan seni khat yang memiliki kehalusan seni dari Asia Barat, selain bentuknnya berwibawa, coraknya bersusun-susun, memiliki segi estetik menarik, memaparkan motif keindahan kaedah yang mengkagumkan. Tetapi betapapun indahnya tulisan Jawi, ia tetap mendatangkan kesukaran kepada orang Melayu yang tidak biasa dengan selok belok tulisan tersebut. Demi memasyarakatkan penggunaan tulisan Jawi ini, maka tidak hairanlah penggiat tulisan ini banyak mengusahakan cara dan kaedahnya agar tulisan tersebut tetap sebagai khazanah tulisan yang kekal sehingga bila-bila masa. Selain itu, tulisan ini juga diharapkan dapat digunakan sebagai jenis tulisan yang memasyarakat dalam pelbagai bahan dan buku, kerana kekerapan penggunaannya dikatakan banyak membantu untuk pengembangannya. Selain tulisannya, juga telah biasa dilihat orang Islam Malaysia khasnya dan Nusantara amnya, demi menambahkan lagi variasi tulisan yang dapat membantu para pembaca orang Melayu dalam membaca karya-karya Jawi lainnya. Sementara itu, Za’ba dan Matlob juga mulai dikaitkan dengan EZ dan EJYD apabila mereka diminta terlibat dalam satu jawatankuasa yang diamanahkan menyemak Daftar kata bahasa Melayu: Rumi-sebutan-Jawi, edisi pertama, sebanyak dua jilid, tiga cetakan untuk tahun 2001, 2003, dan 2004. Antara ahlinya ialah Tuan Hj. Hamdan Abdul Rahman, Prof. Emeritus Dr. Amat Juhari Moain, Matlob, Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis, dan Ismail Dahaman (mantan pegawai DBP). Mereka mengadakan bengkel penting terakhir pada 22-24 Mac 2002 (untuk jilid I) dan 8-13 April 2002 (untuk jilid II). Akhirnya terbitlah buku Daftar kata bahasa Melayu: Rumi-sebutan-Jawi, edisi kedua untuk satu jilid sahaja, pada tahun 2008. Za’ba dan Matlob mereka berdua sama-sama telah membuktikannya, mereka datang dengan mengetengahkan karya-karya mereka yang mengagumkan, bahkan banyak diminati para pencinta tulisan Jawi sejak tahun limapuluhan lagi, kerana karya-karya mereka tidak semata-mata mementingkan tulisan, tetapi beliau juga mengembangkan ilmu tentang tulisan tersebut dan tetap menjaga kualiti dan kuantitinya. Selain itu, buku terbitan mereka sentiasa bertambah tahun demi tahun, sama ada berbentuk pengajaran, untuk bacaan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan sebagainya. Bahkan buku dan karya beliau tetap terus terjaga ketelitian tulisan dan kaedahnya yang senantiasa tersusun dan ketepatan kaedahnya digunakan di dalamnya. Barangkali dengan menjaga ini semua, maka telah terhasilkan karyakarya berwibawa mereka sehingga menyebar luas di Alam Melayu.
Cadangan
Berikut beberapa perbahasan lanjut temuan kajian yang perlu pengkaji kemukakan sebagai cadangan, untuk dijadikan sebagai bahan dalam merealisasikan perjuangan dan pemartabatan kaedah tulisan Jawi yang telah diperjuangkan oleh Za’ba dan Matlob sehingga dirasai hampir ke seluruh Asia Tenggara, iaitu: Melalui kajian ini, dapat dinyatakan bahawa hampir semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak, kalau mengikut gagasan mereka berdua melalui karyakaryanya, maka tidak mustahil akan dapat melahirkan generasi pelapis penerus khazanah tulisan Jawi ini bagi orang Melayu di Asia Tenggara selama pengajaran dan pembelajaran tetap dilanjutkan secara berterusan. Kemudian penerapan kaedah tulisan Jawi di beberapa 18
tempat di seluruh Semenanjung sehingga meliputi ke seluruh Nusantara, diharapkan dapat menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi yang betul. Penerapan tulisan Jawi dalam pelbagai buku warisan sumbangan Za’ba dan Matlob, dapat menjadikan tulisan ini semakin berharga dan bernilai tinggi untuk dijadikan sebagai tulisan di pelbagai tempat dan bidang. Dan bantuan kewangan yang sewajarnya hendaklah dihulurkan untuk lebih memajukan lagi bidang penulisan Jawi ini. Selain itu, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, diharapkan dapat membantu pengembangan dan kegiatan tulisan Jawi supaya tulisan tersebut dibuat dengan betul dan menarik sehingga mampu memberikan kesan luaran dan dalaman bagi pencintanya. Untuk ini juga, Jabatan Agama Islam di negeri-negeri, atau Persatuan Penulis Negeri-negeri, Yayasan, Kolej, Institusi, Universiti, dan sebagainya diminta agar dapat menubuhkan persatuan atau kelab pencinta tulisan Jawi, agar dapat mencari penulis berbakat yang betul-betul mampu menjadi pewaris kehebatan kaedah Za’ba dan Matlob pada masa akan datang. Harapan juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), untuk membuat sukatan pelajaran di Sekolah Menengah dalam mengajarkan kemahiran tulisan ini dengan menggunakan kemahiran khusus yakni kemahiran menulis Jawi. Kemudian meminta juga kepada para pencinta dan peminat tulisan Jawi untuk lebih meningkatkan lagi keterampilan menulis tulisan Jawi ini dan penguasaan terhadap kaedahnya, bermula daripada peringkat Sekolah Awal Kanak-kanak (Tadika dan Taska), Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sehingga peringkat dewasa. Selain itu, perlu ada universiti atau institusi yang dapat mempelbagaikan lagi programnya. Sekiranya menggunaan kaedah Jawi Za’ba dan Matlob, pastikan penggunaannya betul, khususnya menyangkut nama, ejaan, tatabahasa, uslub, dan sebagainya. Aktiviti penulisan kaedah Jawi Za’ba dan Matlob perlu terus dilestarikan sebagaimana mereka berdua telah contohkan, sekiranya terdapat juga tulisan abstrak, berseni campuran, atau berbahasa Melayu, dan bahasa lain yang dipaparkan, hendaklah sentiasa dipantau supaya ia gramatis dan menarik selain menghindarkan segala kesalahan ejaan dan tulisannya yang tidak sesuai dengan kaedah yang sedia ada. Diharapkan juga untuk masa jangka panjang, semua institusi sentiasa berusaha memberi kursus-kursus penting yang dapat melahirkan penulis-penulis Jawi yang berbakat. Wajar sekali selalu diadakan pertandingan membaca dan menulis kaedah Jawi Za’ba dan Matlob di semua peringkat atau seminar dan simposium untuk mencapai matlamat ini. Melalui hal tersebut, maka dalam konteks kaedah tulisan Jawi Za’ba dan Matlob ini, agar ada kerjasama dari semua pihak untuk membuat aktiviti dan program secara bersamaan, jika bersepakat tentu dapat membuat pelbagai kegiatan sehingga dapat memantapkan pengenalan dan penguasaan kedua kaedah tulisan Jawi ini di sekolah, pejabat, universiti, dan sebagainya seperti yang telah Za’ba dan Matlob wariskan kepada kita semua.
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, perlu direnungi bahawa tulisan Jawi merupakan salah satu kemahiran menulis dalam bentuk font Jawi yang unik dengan dipelbagaikan dalam segala keperluan, selain adanya dukungan daripada tulisan Arab, al-Quran, dan al-Hadith sebagai konsep tulisan yang dilakarkan. Selain itu, adanya kaedah asas yang telah ditunjukkan oleh Za’ba dan Matlob melalui pelbagai buku dan karya mereka berdua dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan bentuk kaedah yang mereka kembangkan melalui buku, novel, cerpen, majalah, akhbar, dan sebagainya juga dapat dijadikan sebagai titik tolak kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka sebagai pejuang penggunaan kaedah tulisan Jawi yang betul, sekali gus dapat dijadikan sebagai tokoh pemartabatan tulisan tersebut di Nusantara. 19
Selain itu, boleh dikatakan bahawa kaedah tulisan Jawi Za’ba dan Matlob juga merupakan salah satu bidang dengan mencakupi seni Islami yang menjadi sumber kraftangan sebagai identiti jati diri orang Melayu dalam menunjukkan corak budaya masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Asia Tenggara amnya. Hal ini tidak terlepas daripada makna, falsafah, bentuk, dan corak karya dan tulisan yang telah digambarkan oleh Za’ba dan Matlob melalui pelbagai buku dan karya mereka yang tumbuh dan berkembang, bermula dari tempat kelahiran mereka berdua di Negeri Sembilan dan Johor sehingga menyebar ke seluruh negeri yang melangkaui sehingga ke negara-negara ASEAN lainnya. Za’ba dan Matlob merupakan dua tokoh agung yang pernah lahir di Alam Melayu, tetapi kini mereka telah meningalkan kita pergi untuk selama-lamanya, tetapi mereka masih menyisahkan nama dan semangat mereka dalam masyarakat Melayu sebagai pejuang kaedah tulisan Jawi Za’ba dan Matlob, juga dikenal sebagai pejuang gigih dalam memartabatkan tulisan Jawi. Nama mereka terukir indah dalam pahatan sejarah. Za’ba dan Matlob telah tiada namun tetap meninggalkan pelbagai karya bermakna untuk pengajaran dan pembelajaran. Tulisan tersebut mereka lengkapi dengan kaedah, model, gaya, dan teknik tersendiri yang berguna bagi pencinta-pencinta warisan Jawi. Semoga melalui karya tulisan Jawi kaedah Za’ba dan Matlob ini mampu diterjemahkan kehendak dan minat masyarakat Muslim di Nusantara terhadap cita-cita mereka tersebut. Selain berfungsi sebagai karya agung yang diharapkan hadir di tengah-tengah masyarakat majmuk sebagai obor penerang dalam merealisasikan kehidupan mereka yang bertamadun dan bermartabat dari masa ke masa.
Datar Pustaka Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar. 1978. Pengajaran bahasa Malaysia dalam konteks perancangan Bahasa kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Musa. 2006. Sejarah perkembangan tulisan Jawi (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus besar bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kamus dewan edisi baru. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlob. 2003. Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Matlob. 2006. Siri bacaan tambahan j-QAF. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlob. 2009. Siri bacaan tambahan Jawi Pak Matlob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Bukhari Lubis, et.al. 2006. Tulisan Jawi: Sehimpunan kajian. Shah Alam: Pusat Penerbit Universiti (UPENA) UiTM. Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Haji Harun, dan Alizah binti Lamri. 2013. Jawi: Warisan warga Alam Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Mentari. Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Abdul Kadir. 1996. 100 tahun Za’ba, Za’ba: Pejuang bangsa. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Umiversiti Malaya. Za’ba. 1928. Kitab pelita Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain. 1990. Kaedah ejaan Jawi moden. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Termplan ’90 International Conference for Terminology Planning di Kuala Lumpur, 20-22 Novemver 1990.
20
Hamdan Hj. Abdul Rahman. et.al. 1984. Sistem ejaan Jawi bahasa Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu, April 1984. Makmur Haji Harun dan Muhammad Bukhari Lubis. 2014. Komitmen dan kegigihan berterusan Pak Matlob dalam memartabatkan tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan dalam Simfosium Pemikiran Pak Matlob oleh Warisan Yayasan Johor, 19 April 2014. Muhammad Bukhari Lubis. et.al. 2004. Laporan penyelidikan Pelestarian tulisan Jawi: manifestasi khat Islami di masjid-masjid negeri Perak. Tajong Malim: Penerbit UPSI. Muhammad Bukhari Lubis dan Makmur Haji Harun. 2013. Pak Matlob (r.h) dan pengkaryaan tulisan Jawi dan nilai ekonomi tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Mengenang Pak Matlob Pejuang Tulisan Jawi dan Sastera Kanak-kanak, 15 November 2013.
http://digitalspine.blogspot.com ... -cinta-sekolah.html. http://
[email protected]. http://www.dbp.gov.my http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_20/Pak-Matlob-pejuangtulisan-Jawi-moden-meninggal-dunia#ixzz2wybYwRgO. © Utusan Melayu (M) Bhd. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130909/re_05/Pak-Matlob---pejuang-sejatiperkembangan-tulisan-jawi#ixzz2wyc2tZRk. © Utusan Melayu (M) Bhd. http://www.wikipedia.com http://melayuonline.com/personage/?a=UHF3L29QTS9VenVwRnRCb20%3D=Zainal Abidin bin Ahmad. JMBRAS. Jilid. IV. 1982. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kehidupan. 1895/1973. Kategori: Penulis Malaysia. Minangkabau Malaysia, pemikir Melayu, dan penulis Malaysia. Pusat Dokumentasi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kehidupan. 1937/2013. Kategori: Penulis Malaysia. Pusat Dokumentasi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21
LAMPIRAN:
Gambar 1 1. 2.
Gambar 2
Gambar potret Za’ba yang sempat diabadikan oleh wartawan, gambar beliau ini menunjukkan ciri orang Melayu berbudi (www.google.com). Gambar Matlob dengan keseriusan beliau membaca buku bertajuk Kalendar satu abad dan ini yang menunjukkan bahawa beliau selalu fokus terhadap apa yang akan beliau kerjakan (Wikipedia, ensiklopedia bebas).
Gambar 3 3.
4.
Gambar 4
Gambar Za’ba dengan isteri beliau sebagai gambar kenangan yang abadi tidak akan dilupakan, dan ini yang menunjukkan bahawa beliau selalu memahami pasangan di samping kerja hakiki beliau (https://www.google.com.my). Gambar Matlob dengan keseriusan dan siap mendengar peminatnya dalam segala permasalahan, dan ini yang menunjukkan bahawa beliau selalu mesra dengan sekelilingnya (https://www.google.com.my).
Gambar 5
Gambar 6 22
5.
6.
Gambar buku hadapan Pemikiran Za’ba dalam falsafah takdir 1932, oleh Nordi Achie. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (http:// thereadinggroupmalaysia. blogspot.com). Gambar buku hadapan Siri bacaan Jawi tambahan j-QAF bertajuk Miau jumpa hantu, jilid 18. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (scan, 25 Mac 2014).
Gambar 7 7.
Senarai lengkap pelbagai karya dan buku warisan Matlob dalam beragam tajuk, dengan dilengkapi tahun penerbitannya masing-masing (Jawi: PDM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka).
23