6.2
APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI Sistem Maklumat Geografi dapat menggambarkan dengan lebih tepat apa yang berlaku ke atas kawasan kajian Rancangan Tempatan. Melalui kombinasi data di antara sektoral, dapat menghasilkan alternatif senario pembangunan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, ianya membantu dalam menilai dasar semasa yang dibentuk serta keperluan pengubahan dasar dapat ditentukan dengan lebih mudah, melalui gambaran yang dapat ditunjukkan dalam persekitaran Sistem Maklumat Geografi. Pengubahan terhadap dasar semasa seterusnya akan dapat membantu di dalam merangka strategi pembangunan spatial dalam Daerah Machang. Data dan maklumat yang berkualiti juga dapat membantu menghasilkan keputusan yang tepat dan jitu. Oleh yang demikian, proses-proses kerja pembangunan pangkalan data dan verifikasi data telah dirangka untuk membantu mendapatkan data-data yang berkualiti. Data yang berkualiti juga diperlukan untuk memudahkan proses pelaksanaan analisis serta menghasilkan hasil analisis yang lebih tepat dan komprehensif. Sistem Maklumat Geografi bertujuan menyokong pembangunan pangkalan data GIS terutamanya dari segi penyelarasan data spatial dan atribut, pengoperasian analisis dan penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) RT Jajahan Machang.
6.2.1
Pembangunan Pangkalan Data Konsep pembangunan pangkalan data kajian RT Jajahan Machang berdasarkan format sedia ada yang telah disediakan oleh Unit Bank Data, Bahagian Teknologi Maklumat JPBD. Penyediaan pangkalan data ini digunakan untuk memudahkan pengguna dan pasukan perunding menjalankan analisis di mana ia dapat menggambarkan senario semasa dan seterusnya membantu pihak pentadbiran memantau keadaan perbandaran semasa dan akan datang. Pembangunan pangkalan data ini adalah berdasarkan kepada data yang telah disediakan dan diperoleh oleh setiap sektoral dan sumber JPBD sama ada berdigit atau salinan keras. Data daripada sektoral ini akan diselaraskan mengikut format mapinfo (*.tab) dan setiap komponen data yang dibentuk akan disimpan di dalam satu sistem GIS dalam bentuk ‘layers’. Proses kerja pembangunan pangkalan data GIS adalah seperti Rajah 6.2.1.
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-1
Rajah 6.2.1: Proses Kerja Penyediaan Pangkalan Data GIS RT Jajahan Machang Data sedia ada
Berdigit
Salinan Keras
Mapinfo/CAD/Shp
Data Primer Data Sekunder
Kemasukkan data atribut/spatial
Penyemakan kesalahan topology
Penyemakan kesalahan atribut
Verifikasi Data (spatial & atribut)
Penyuntingan, Pembaikan & Penstrukturan
Penyusunan Pangkalan Data GIS mengikut Model & Metadata JPBD Di Dalam MapInfo dan Unjuran Cassini-Kelantan
i.
Penerimaan Data Penerimaan data untuk penyediaan pangkalan data GIS RT Jajahan Machang dikumpulkan dan diselaraskan mengikut format metadata JPBD. Semua data yang dibekalkan dan yang dikumpulkan akan melalui proses semakan kualiti data. Berikut merupakan senarai data dan sumber yang diperolehi:
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-2
Jadual 6.2.1:
Sumber Data Kajian RT Jajahan Machang
DATA DIPEROLEHI Guna tanah RT Jajahan Machang Data Fizikal (Laporan Pemeriksaan) Peta asas 2010
ii.
SUMBER Perunding utama Perunding utama Perunding utama
Komponen Perancangan Fizikal Komponen Pentadbiran
Perunding utama & sektoral
Komponen Penduduk
Perunding utama & sektoral
Komponen Maklumat Tanah
Perunding utama & sektoral
Komponen Sosial
Perunding utama & sektoral
Komponen Ekonomi
Perunding utama & sektoral
Komponen Utiliti
Perunding utama & sektoral
Komponen Pengangkutan
Perunding utama & sektoral
Perunding utama & sektoral
Topologi Data Proses Topologi merupakan semakan kualiti data spatial. Proses semakan kualiti data spatial merupakan satu kaedah penting dalam memastikan kesemua lapisan data (poligon, garisan dan titik) tidak mempunyai masalah dari segi pertindihan data, tidak bercantum dengan sempurna dan sebagainya. Proses ini melibatkan teknik topology rules bagi mengenalpasti kesalahan untuk mempertingkatkan kualiti data GIS. Antara kesalahan dan masalah kualiti data yang dikenalpasti ialah: a) Pertindihan data (Overlap). b) Sempadan poligon tidak bercantum (Gap between poligon). c) Ruang kosong antara poligon (dalam lapisan guna tanah). d) Lot yang tidak munasabah. Semakan kualiti spatial membantu mengurangkan kesilapan terutamanya ketika menjalankan analisis kelak. Antara kesalahan data spatial yang dikenalpasti seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.2.2 6.2.3 dan 6.2.4 Rajah 6.2.2: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Sempadan Poligon Yang Tidak Tercantum
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-3
Rajah 6.2.3: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Terdapatnya Pertindilhan Lapisan
Rajah 6.2.4: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Ruang Kosong Antara Poligon
Sumber:Guna tanah Semasa RT Jajahan Machang, 2010
iii.
Penyediaan Metadata Metadata bermaksud ‘maklumat mengenai maklumat’, maklumat yang mengandungi isi kandungan komponen pangkalan data, format dan jenis maklumat yang tersimpan dalam setiap lapisan data. Metadata yang disediakan adalah mengikut format yang disediakan oleh BTM, JPBD versi 8 pindaan 2007. Metadata ini disediakan hanya merangkumi data-data yang telah diterima dan diproses sepenuhnya sahaja.
iv.
Pengemaskinian Data Pengemaskinian data merupakan antara proses penyediaan pangkalan data bagi melengkapi data sedia ada. Antara kaedah kemaskini data yang dilaksanakan seperti berikut:
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-4
a) Kemasukkan data (spatial dan atribut) Rajah 6.2.5: Kemasukkan Data (Spatial Dan Atribut) Sumber Shapefile Dwg Dxf
Pelarasan format
*.tab
Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010
Kemasukkan data atribut dilaksanakan mengikut data setiap sektoral. Semakan data atribut dibuat dan diselaraskan dan akan melalui proses verifikasi yang dibincangkan bersama JPBD. Segala penambahan data atribut bagi setiap lapisan data akan ditambah oleh perunding sektoral sekiranya ada. Proses ini melibatkan setiap komponen data dan perunding sektoral dan JPBD akan memastikan sekiranya data tersebut penting perlu dimasukkan bagi tujuan penyediaan EIS. b) Penyuntingan data Proses penyuntingan berlaku setelah melalui proses verifikasi, dan setiap lapisan data yang telah dikenalpasti perlu dibetulkan semula termasuklah penambahan medan data. Penambahan medan data dibuat sekiranya perunding sektoral ingin menambah maklumat pada data spatial sedia ada. Rajah 6.2.6. Rajah 6.2.6: Penambahan Medan
Penambahan medan (field)
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-5
c) Penstrukturan data Penstrukturan data melibatkan penyelarasan setiap maklumat dalam atribut seperti ejaan, singkatan perkataan yang dipersetujui (samaada Kampung atau Kg.), kod guna tanah, medan data dan metadata yang diselaraskan oleh JPBD. Rajah 6.2.7: Penyelarasan Format Ejaan Dan Atribut Cth: Penyelarasan ejaan.
v.
Pengesahan Data Seterusnya Proses semakan kualiti data atribut melalui proses verifikasi daripada perbincangan bersama dengan JPBD Negeri dan Majlis Daerah Machang serta agensi-agensi kerajaan. Data-data ini disemak bagi memastikan ketepatan data yang diterima bagi menyokong kesahihannya dalam penyediaan EIS kelak.
vi.
Penyimpanan Data
Penyimpanan data dalam format *.tab bersesuaian dengan keperluan pengguna iaitu JPBD Negeri dan MD Machang. Model pangkalan data RT Jajahan Machang adalah seperti Rajah 6.2.8 yang merangkumi 10 komponen dan 59 lapisan sahaja.
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-6
Jadual 6.2.2: Komponen Pangkalan Data
i.
Komponen Peta Asas
ii.
Perancangan Fizikal
iii. Pentadbiran
iv. Maklumat Tanah
v.
Penduduk
vi. Ekonomi
vii. Sosial
viii. Pengangkutan
ix. Alam Sekitar
x.
Utiliti
Penerangan Peta asas merupakan asas kepada komponen-komponen lain. Data peta asas disediakan sektor guna tanah , jalan,sungai dan indek syit peta Komponen ini mempunyai beberapa lapisan data seperti guna tanah, guna tanah komited, zoning dan kawalan. Lapisan data dibawah komponen Pentadbiran terdiri daripada sempadan Daerah, Mukim, Blok Perancangan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Maklumat pentadbiran ini penting dalam menentukan garisan sempadan pentadbiran. Lapisan data dibawah komponen Maklumat tanah adalah seperti Nombor Lot serta Hakmilik sama ada kerajaan, swasta atau persendirian. Maklumat penduduk iaitu perangkaan jumlah penduduk mengikut blok perhitungan atau mukim yang diwakili (titik) pada tahun 1999 dan unjuran jumlah penduduk pada tahun 2020 Komponen ekonomi mempunyai maklumat seperti taburan perniagaan (poligon), gerai (titik) mengikut jenis dan kategori. Lapisan data bagi jenis perindustrian (poligon) dan jenis pertanian (poligon). Lapisan data ini berdasarkan aktiviti semasa di kawasan kajian. Komponen Sosial membantu kajian dalam melihat taburan kemudahan masyarakat (titik) dan menganalisa keperluan akan datang. Selain itu, ia merangkumi lapisan data perumahan (poligon), kawasan lapang dan rekreasi (titik), lanskap1 (titik), lanskap2 (titik), pokok (titik) dan kawasan bersejarah (titik). Pengangkutan merupakan nadi perhubungan ke kawasan kajian dan menerusinya ke seluruh kawasan kajian. Ianya juga merupakan antara penentu arah dan corak struktur guna tanah kawasan kajian. Lapisan data dalam komponen pengangkutan terdiri daripada rangkaian jalan (garisan), taburan perkhidmatan pengangkutan awam (titik), tempat letak kereta (titik), persimpangan lalulintas dan kemudahan sokongan jalan. Alam sekitar penting dalam mengambil kira kawasan yang sensitif dengan pembangunan seperti lapisan data badan air (poligon),kualiti air (poligon), beban pencemaran(poligon), kawasan sensitif alam sekitar (poligon,garis) kawasan berisiko (poligon,garis) topografi (garisan) jenis tanah tanih (poligon), hutan Lapisan data untuk Utiliti merangkumi rangkaian pembentungan (garisan), perparitan (garisan), sumber bekalan air (garisan), rangkaian elektrik (garisan), talian telekomunikasi (garisan) dan kawasan sisa pepejal (titik) dan laluan sisa pepejal (garisan). Lapisan-lapisan ini perlu dalam melihat taburan sedia ada dan unjuran akan datang bagi melengkapkan cadangan kriteria pembangunan mampan dalam kawasan kajian.
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-7
Rajah 6.2.8: Komponen Pangkalan Data GIS RT Jajahan Machang
UTILITI
PENGANGKUTAN
SOSIAL
BETUNG1
JALAN
PERUMAHAN
BETUNG2
KMYARAT PGKTAWAM
PARIT1
REKREASI TLKERETA
PARIT2
KSOKONG1
BKLAIR1
KSOKONG2
BKLAIR2
LANDSKAP1 LANDSKAP2 POKOK ELEKTRIK1
PLINTAS1
PLANDONG1
ELEKTRIK2
PLINTAS2
ALAM SEKITAR
TELEKOM1
PLANDONG2
TELEKOM2
BSEJARAH
GAS1
AIR
GAS2
BISING
SPEPEJAL1
UDARA
SPEPEJAL2
EKONOMI
SUNGAI
PNIAGA
SENSITIF
GERAI
RISIKO
INDUSTRI
PETA ASAS
TOPO
PERTANIAN
TTANIH
PERANCANGAN FIZIKAL
KADLOT KADSG KADJLN KADINDEK KADLAIN1 KADLAIN2
PENTADBIRAN DAERAH
GUNATANAH
MUKIM GTNKOM
BLOK
ZONING
PBT
KAWALAN
PENDUDUK
MAKLUMAT TANAH
PDDK1999
LOT HMILIK
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-8
6.2.2
Pembangunan Model Analisis Analisis menggunakan GIS adalah digalakkan dimana analisis ini membantu dalam merangka strategi pembangunan spatial . Di dalam laporan penemuan satu, analisis menggunakan GIS akan membantu dalam menyediakan analisis kesediaan tanah. Ia bersesuaian dengan pendapat pakar tentang kegunaan sistem maklumat geografi dalam perancangan iaitu sebagai penjanaan data baru dan pergabungan maklumat sumber yang berbentuk data geografi dan bukan geografi (Anthony yeh, 1999: Batty dan Harris, 2001)
6.2.2.1 Analisis Kesediaan Tanah Analisis kesediaan tanah bertujuan untuk mengenalpasti kawasan tanah yang belum dibangunka kawasan yang tidak sesuai dibangunkan dan juga mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan. Pengenalpastian kawasan ini untuk mengambarkan penyebaran, ciri-ciri dan corak pembangunan bandar di masa akan datang. Kesediaan tanah merujuk kepada tanah yang masa kini belum dibangunkan dan belum terikat dengan pembangunan (Kamarudin Ngah, 1995). Dengan membentuk konsep model analisis tanah yang sedia untuk pembangunan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.2.9. Rajah 6.2.9: Konsep Model Analisis Kesediaan Tanah ANALISIS KESEDIAAN TANAH
Kawasan yang mempunyai halangan dalam membuat pembangunan
Kriteria Kawasan tidak boleh dibangunkan
kriteria Kawasan sedia dibangunkan
Kawasan yang boleh dan sedia dibangunkan
Kawasan yang sesuai dan sesuai dengan syarat untuk dibangunkan kriteria kawasan sesuai dan sesuai bersyarat sdibangunkan
i.
Langkah Analisis a. Pembentukan lapisan kawasan yang berhalangan Pemilihan kriteria berikut digunakan dalam menghasilkan kawasan yang dikenalpasti mempunyai halangan dalam membuat pembangunan. kawasan halangan pembangunan adalah penting bagi memastikan Daerah Machang dapat menerima pembangunan yang seimbang disamping menjaga keseimbangan alam semulajadi. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-9
Lapisan Data
Kriteria yang sesuai Kawasan tepu bina Kawasan hutan simpan
Guna tanah Semasa
Kawasan berketinggian > 150 Kawasan berkecerunan > 35 Badan air Padang Ragut
Dengan menggunakan arahan SELECT BY ATRRIBUTES dalam guna tanah semasa, lapisan data bagi kriteria halangan dihasilkan. b. Pembentukan lapisan kesediaan tanah Pemilihan kriteria berikut digunakan dalam menghasilkan kawasan kesediaan tanah, pemilihan kriteria adalah berdasarkan kepada potensi kriteria tersebut di dalam menerima pembangunan yang akan datang. Lapisan Data
Kriteria yang sesuai Kawasan tanah kosong Kawasan pertanian
Guna tanah Semasa
Kawasan hutan (tidak termasuk hutan simpan) Kawasan tanah kosong Kawasan pertanian
Dengan menggunakan arahan SELECT BY ATRRIBUTES dalam guna tanah semasa, lapisan data bagi kriteria sesuai dihasilkan. c. Kawasan sesuai pembangunan Kawasan sesuai pembangunan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawasan sesuai dan kawasan sesuai dengan syarat. Kriteria bagi kawasan sesuai dengan syarat adalah seperti di dalam jadual berikut. Lapisan Data Data ketinggian
Kawasan risiko
Kriteria yang sesuai Kawasan yang mempunyai kecerunan 25’35’ atau kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi 150 meter Kawasan banjir
6.2.3 Rumusan Dalam laporan ini, proses-proses pembangunan pangkalan data telah diterangkan dan sektor GIS telah menyediakan data mengikut model data, JPBD versi 8 pindaan 2007. Analisis kesediaan tanah dan kawasan halangan pembangunan serta kawasan potensi telah dilaksanakan untuk menunjukkan kegunaan data GIS untuk analisis selain daripada pemetaan. Manakala penggunaan analisis GIS di dalam pembentukkan kecerunan dan ketinggian akan membantu di dalam melaksanakan analisis berkaitan dengan analisis alam sekitar. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi
6.2-10