KONSEP TARBIYAH ISLAMIYAH DARI PERSPEKTIF HASAN AL-BANNA Mohammad Hamdan bin Abd.Ghani Politeknik Ibrahim Sultan
[email protected]
Norfarahi bt Zulkifli Politeknik Ibrahim Sultan
[email protected] Tini Vitaningtyas Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kajian mengenai konsep pendidikan Islam telah dibincangkan dengan begitu meluas. Begitu juga dengan prospek dan aktiviti pendidikan yang melibatkan gerakan-gerakan Islam dan pengasasnya.Topik perbincangan ini telah menjadi fokus utama oleh ahli-ahli falsafah dan tokoh pemikir Islam. Menjadi tanggungjawab dan tugas penggiat pendidikan untuk mengenang perjuangan yang telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh ini untuk melihat dengan lebih meluas perspektif pendidikan yang telah dibawa oleh mereka agar boleh diadaptasi dalam era Pendidikan Islam masa kini. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan konsep pendidikan Islam yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh tokoh gerakan islamiyah yang menjadi pengasas kepada Ikhwanul Muslimin iaitu As-Shahid Hasan Al-Banna. Kata kunci : Hasan Al-Banna, Konsep Pendidikan Islam
1.0 PENGENALAN Berbeza dengan tokoh gerakan Islam yang lain, Hasan Al-Banna telah memilih pendekatan baru dalam dakwah perjuangannya menegakkan Islam. Beliau menyeru dan mengadaptasi perjuangan Rasulullah s.a.w dan banyak menekan aspek pendidikan kepada pengikutnya serta dakwahnya kepada masyarakat. Konsep Pendidikan yang telah dibawa oleh Hasan AlBanna dianggap mampu membawa perubahan yang baik kepada setiap individu mahupun masyarakat. Dengan itu, adalah wajar agar segala manhaj yang dibawa oleh beliau dikenang semula dan dianalisis untuk menyuntik kembali corak pembaharuan baru dalam dunia Pendidikan Islam masa kini. Penulisan ini akan menyingkap biografi Hasan Al-Banna,
konsep dan fikrah pendidikan yang dibawa oleh beliau, huraian tentang metod pendidikan Ikhwanul Muslimin, faktor pendorong kepada kejayaan pendidikan gerakan ini serta beberapa analisis tentang proses mengadaptasi konsep pendidikan Hasan Al-Banna ke dalam Pendidikan Islam hari ini. 2.0 PENYATAAN MASALAH Hasan Al-Banna telah dikenali sebagai tokoh perjuangan yang penting dalam sejarah. Perbincangan mengenai corak pemikiran beliau telah mendapat banyak perhatian para pengkaji di bidang pengajian Islam. Namun begitu, kajian lampau cenderung melihat pemikiran politik Hasan Al-Banna sebagai tokoh sesebuah gerakan dan juga mengkaji tentang pembentukan humanisme. Banyak elemen pemikiran Hasan Al-Banna yang boleh diberikan penelitian yang lebih komprehensif untuk meningkatkan pembangunan selain bidang dakwah dan perjuangan. Kajian yang menyentuh konsep pendidikan dan ciri-ciri pendidikan Islam dilihat kurang mendapat perhatian para pengkaji. Justeru itu, penulis merasakan menjadi satu keperluan untuk mengkaji latar belakang pendidikan Hasan AlBanna yang dilihat banyak memperkenalkan konsep pendidikan yang boleh memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam hari ini. Pemikiran pendidikan melalui tokoh-tokoh sejarah silam adalah amat diperlukan sebagai satu usaha mengenang kembali kejayaan dan khazanah intelek yang telah dikecapi oleh mereka. Penelitian sebegini mampu memberi pendekatan baru untuk kelestarian Pendidikan Islam. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Melihat latar belakang pendidikan Hasan Al-Banna yang mempengaruhi konsep pendidikan yang diperkenalkan 2. Mengkaji pandangan Hasan Al-Banna tentang konsep pendidikan Islam untuk mengadaptasinya ke dalam pengajaran dan pembelajaran
4.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam memahami konsep tarbiyah yang dibawa oleh Hasan Al-Banna, kajian kepustakaan dilakukan dengan meneliti latar belakang, biografi dan historis. Penelitian yang dilakukan bukan hanya untuk mendapatkan maklumat bahkan penelitian bersifat kritis untuk lebih memahami pemikiran beliau tentang pendidikan.
5.0 BIOGRAFI AS-SHAHID HASAN AL-BANNA Menurut Abbas As-Sissi (1989) Hasan al-Banna dilahirkan pada tanggal 17 Oktober 1906 di kampung Al-Mahmudiyah di daerah al-Bahriah yang terletak lebih kurang sembilan puluh batu dari Kaherah, Mesir. Sejak kecil, Hasan al-Banna telah dididik secara langsung oleh ayahnya Syeikh Ahmad bin Abdurrhaman bin Muhammad al-Bana as-Sadati. Ayahnya merupakan seorang ulama dan seorang pengarang yang telah mendapat pelajaran di Mesir.yang mengajarkan beliau tentang al-Qur’an, al-Hadith, fiqh, bahasa dan tasawwuf. Beliau melanjutkan pendidikannya ke sekolah dasar al-Mahmudiyah, kemudian masuk ke sekolah pendidikan guru di Damanhur. Pada usia enam belas tahun Hasan al-Banna melanjutkan pendidikannya ke sekolah AlMu’allimin Al-Awwaliyah dalam fakulti Darul Ulum, Kairo.Pada tahun 1927 ketika usia 21 tahun,beliau berjaya menamatkan pengajiannya baik. Dan seterusnya beliau menjadi guru di Madrasah Ibtidaiyah. Di samping tugasnya mengajar di siang hari, beliau juga bergiat cergas menyampaikan dakwah untuk memenuhi masanya dengan begitu berfaedah.Selain itu,beliau juga menimba ilmu-ilmu lain di luar kuliah seperti pelajaran ilmu al-hayah, sistem pemerintahan, ekonomi, politik, bahasa, sastera, hukum, geografi dan sejarah.Kesemua bidang ilmu yang dipelajari ini menjadikan beliau matang dan mahir serta cenderung ke arah ilmu pengetahuan. Atas dasar kecenderungan ini, beliau memiliki perpustakaan yang besar dan luas di rumahnya, yang mengandungi ribuan buku yang berkait dengan kepelbagaian bentuk ilmu pengetahuan dan juga ditambah dengan adanya empat belas jenis majalah dari majalah mingguan yang diterbitkan di Mesir seperti majalah al-muqtatof, majalah al-fath, majalah Al-Manar dan lain-lainnya. Sehingga kini, perpustakaan beliau masih ada di bawah pengawasan anaknya Ustadz Saif al-Islam. Penglibatan Hasan al-Banna sebagai seorang guru di Madrasah Ibtidaiyah berterusan selama 19 tahun sehingga beliau meletakkan jawatannya pada tahun 1946. Perletakan jawatan ini adalah untuk meneruskan usaha dan tanggungjwab besar beliau dalam kegiatan dakwah dan penyebaran Islam bersama satu gerakan Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.Beliau berusaha untuk menyusun dan menyampaikan kegiatan dakwah dan ceramah beliau dengan berkesan bukan sahaja di masjid-masjid bahkan ke seluruh tempat orang ramai berhimpun dan berkumpul seperti di kedai kopi di seluruh pelusuk kampung di daerah beliau. Usaha kegiatan dakwah beliau membuahkan hasil apabila mampu berhubung rapat dengan tokoh-tokoh pemimpin perjuangan Islam yang terkenal pada masa itu seperti Farid Wajdi, Mahyudin al-Khatib dan Muhammad Rashid Rida.
Berdasarkan latar pendidikan ini, ternyata Hasan al-Banna memliki keistimewaan dari sudut inteleknya dan telah tampil membawa identiti dan ketrampilan yang unggul sebagai seorang pendakwah. pejuang, propagandis dan ahli politik yang begitu gigih dalam memperjuangkan cita-citanya. Kesepaduan antara semangat Islam dan nilai kepimpinan tinggi yang dimilikinya telah diasah ketika beliau masih muda. Sejak zaman remajanya lagi, beliau begitu terserlah dalam mengetuai organisasi kumpulan pelajar dan bijak menguruskan masa. Sewaktu di sekolah menengah beliau telah terpilih sebagai ketua Jam’iyatul Adabiyah iaitu sebuah kumpulan pengarang. Beliau juga membentuk satu organisasi yang digelar Al-Jam’iyatul Hasafiyatul Khairiyah yang bertujuan membawa pembaharuan. 6.0 KONSEP PENDIDIKAN MENURUT HASAN AL-BANNA As-Shahid Imam Hasan al-Banna adalah pejuang yang membawa pembaharuan dalam pelbagai bentuk terutamanya dari sudut pendidikan. Dalam usaha menegakkan tarbiyah islamiyyah, Hasan Al-Banna berasaskan kepada kekuatan kesedaran Islam bagi memberi kebebasan mutlak kepada bumi Islam, keazaman untuk menegakkan hukum Islam yang diwajibkan oleh syarak dan kewajipan wujudnya perpaduan yang kukuh di kalangan umat Islam (Mohd Mokhtar Shafii, 2002). Hasan al-banna telah berjuang untuk mengubah corak pendidikan dalam masyarakat di Mesir. Menurut beliau, pendidikan perlu didasari oleh tiga perkara berikut : 1. Iman yang sempurna 2. Kesepaduan hati dan nurani 3. Pengorbanan kepada Allah melalui jiwa dan harta Melalui dasar pendidikan yang diterapkan oleh Hasan Al-Banna dalam masyarakat Mesir dapat disimpulkan bahawa pendidikan seharusnya disepadukan dengan keimanan yang kukuh kepada Allah. Keimanan yang teguh dan kukuh kepada Allah akan memberikan kesan yang baik kepada tahap perkembangan intelek dan disiplin ilmu seseorang individu. Selain itu, Hasan Al-Banna mendalami pelbagai bidang ilmu yang diajar oleh gurunya. Antara guru Hasan Al-Banna ialah ; 1.
Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna
Beliau merupakan guru yang paling utama dalam kehidupan Hasan Al-Banna. Selain seorang bapa yang tegas, beliau juga adalah seorang guru yang baik bagi Hasan Al-Banna. Syeikh Ahmad merupakan seorang yang alim dalam bidang hadith dan fekah. Beliau telah
menulis beberapa kitab. Antaranya ialah Badaiull Minan yang menjelaskan tentang Musnad Assyafie dan Kitab Bulughul Amani min Asraril Rabbani yang mensyarahkan musnad Imam Ahmad. Beliau merupakan murid kepada Syeikh Muhammad Abduh. 2.
Syeikh Muhammad Zahran
Beliau merupakan seorang ulamak terkenal di Mahmudiah. Komitmen mengajar kanakkanak menghafal al-Quran. Seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam penyampaian ilmu. Hasan Al-Banna mendapat didikan dalam bidang hadis, sejarah, Bahasa arab dan kesusteraan dan sosialogi. Hubungan baik Antara Hasan Al-Banna dan Syeikh Muhammad Zahran umpama anak dan bapa. 3.
Syeikh Abdul Wahab Al-Husofi
Beliau merupakan guru kepada tarikat Husofiyah di Damanhur, Mesir. Hasan Al-Banna mendapat pendidikan dalam bidang tasawuf melalui beliau. Hasan Al-Banna begitu terkesan apabila membaca buku Al-Manhal As-Sofi Fi Manaqib Hasanain Al-Husofi terutamanya dalam bidang dakwah. 6.1 Tujuan Pendidikan Menurut Hasan al-Banna tujuan pendidikan boleh dibagikan kepada dua, iaitu tujuan umum dan tujuan khusus (Abbas As-Sissi ,1989). Tujuan pendidikan secara umum adalah: 1. Membangunkan kesedaran rohani 2. Membina Individu muslim secara integrasi dalam segala aspek kehidupan dari segi jasad,akal,rohani dan jiwa. 3. Membentuk keluarga muslim atas dasar tarbiyah. 4. Mewujudkan masyarakat Muslim yang terbina atas manhaj Islam dalam kehidupan. 5. Menghidupkan kembali khilafah islamiyah yang telah lama lenyap. 6. Mengembalikan kegemilangan umat Islam agar menjadi umat terbaik. Manakala tujuan khusus pendidikan adalah: 1. Bersikap aktif dengan memainkan peranan dalam kehidupan. 2. Berkemahuan tinggi 3. Mempunyai nurani
yang memberi petunjuk ke arah pelaksanaan seluruh
kewajipannya terhadap diri sendiri dan masyarakat. 4. Memiliki kecerdasan berdasarkan pengalaman 5. Selalu dahagakan ilmu walaupun hanya dalam satu bidang sahaja.
6. Bersikap realistik 7. Kuat dan terhormat. 8. Berakhlak Melalui tujuan pendidikan yang dinyatakan di atas,dapat dilihat bahawa Hasan Al-Banna meletakkan keperibadian tinggi, akhlak mulia, dan kecintaan kepada ilmu sebagai tujuan pendidikan untuk kepentingan masyarakat Islam. Beliau melihat bahawa Islam itu ialah ilmu dan menyeru agar kita menyelidik,mengkaji dan mendalami segenap ilmu dan pengetahuan. Dari perspektif Islam, ilmu ialah wasilah bagi manusia agar mereka berupaya untuk mengambil faedah segala apa yang diciptakan untuknya dalam kehidupan (Ali Abdul Halim Mahmud, 2007). 7.0 SISTEM PENDIDIKAN IKHWANUL MUSLIMIN Menurut Ali Abdul Halim Mahmud (1999), kejayaan sistem Pendidikan Islam Ikhwanul Muslimin turut meliputi dua rukun yang menekankan pembinaan peribadi individu dan pembangunan masyarakat. Rukun ini dikenali sebagai Rukun Tarbawi dan Rukun Tanzimi. Selain itu, Yusuf Al-Qardhawi (1983) juga menyatakan sspek-aspek penting dalam sistem pendidikan Islam Ikhwanul Muslimin, antaranya adalah : 1. Aspek Ketuhanan Nilai dasar daripada pendidikan Ikhwanul Muslimin ialah prinsip ibadah kerana ia merupakan tujuan utama manusia diciptakan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 256, : “Dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia ini, kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
Secara umum, kata ibadah bererti segala perkataan dan perbuatan yang disukai dan diredhai Allah. Akan tetapi dalam kaitannya dengan pendidikan Ikhwanul Muslimin, kata ibadah diertikan secara khusus, iaitu perjuangan dan pendekatan diri kepada Allah melalui cara-cara menegakkan syi’ar agama Islam, mengingat, dan mensyukuri segala pemberian-Nya.
Terdapat beberapa hal yang selalu ditekankan dalam beribadat , antaranya : a. Beribadat menurut sunnah Rasul dan menjauhi bid’ah (penyimpangan) b. Menggalakkan solat berjama’ah, baik di medan damai mahupun di medan perang, baik untuk solat lima waktu mahupun solat jumaat. c. Mengutamakan pelaksanaan ibadat fardhu, kemudian ibadat sunnah
d. Menggalakkan solat sunnat e. Menggalakkan agar banyak berzikir kepada Allah SWT
2. Lengkap dan Universal Lengkap dan universal dalam sistem pendidikan Islam memberi maksud bahawa pendidikan Islam tidak hanya mementingkan satu aspek sahaja, dan tidak pula mengharuskan adanya spesialisasi, tetapi pendidikan Islam mementingkan semua aspek dan berusaha mengembangkannya, kerana pendidikan Islam merupakan pendidikan manusia selengkapnya melalui akal dan hatinya, rohani dan jasmani, serta moral dan tingkah lakunya.Beberapa aspek yang harus ada dalam pendidikan Islam ialah :
a. Aspek Pemikiran Dalam anggaran dasar Ikhwanul Muslimin ada dua tujuan, iaitu tujuan ilmiah dan tujuan amaliah. Tujuan ilmiah ialah menjelaskan secara jelas seruan Al-Qur’an dalam
mengembalikannya
menyebarkan
seruan
itu
kepada sesuai
kejernihan dengan
dan
keuniversalan
semangat
moden
dan
serta juga
menyingkirkan kebatilan-kebatilan atau syubhat-syubhat yang diselipkan ke dalamnya. Tujuan amaliah ialah menyatukan hati dan jiwa dengan prinsip-prinsip Qur’ani dalam mencipta penghayatan baru.Oleh itu, konsep pendidikan Ikhwanul Muslimin bertujuan untuk membentuk cara pemikiran Islam dalam memahami agama dan kehidupan dengan benar.
b. Aspek Keperibadian Aspek keperibadian ialah aspek terpenting dalam pendidikan Ikhwanul Muslimin, kerana
ia
merupakan
kunci
perubahan
sosial.Imam
Hasan
Al-Banna
berpendapat bahawa krisis moral (akhlak) terjadi lebih dahulu daripada krisis ekonomi dan politik. Oleh itu pembinaan akhlak adalah hal yang diutamakan. Terdapat beberapa akhlak yang ditumbuh-suburkan dalam kepribadian Ikhwanul Muslimin, antaranya ialah sabar dan mental yang kuat, ketetapan hati dan tekun, optimisme dan pemurah untuk berkorban.
c. Aspek Jasmani Tujuan aspek jasmani ialah ; Pertama, agar setiap muslim mempunyai badan yang sihat untuk memelihara keadaan kesihatan mental dan fikiran. Kedua, agar setiap muslim berbadan sihat dan lincah.Ketiga, agar setiap muslim memiliki daya tahan tubuh yang tinggi yang bersifat tangguh dan sabar untuk mampu
menanggung beban yang berat dan mengharungi berbagai pahit manis kehidupan.
d. Aspek Perjuangan Pendidikan perjuangan tidak hanya terbatas pada pendidikan ketenteraan yang hanya mengandungi disiplin dan ketrampilan latihan, tetapi perjuangan mempunyai makna lebih luas daripada itu iaitu perjuangan mengandungi makna iman, akhlak, semangat, serta persiapan. Oleh itu, Ikhwanul Muslimimn berupaya menumbuhkan kembali kesedaran umat tentang makna perjuangan, dengan mengangkatnya sebagai tema utama dalam tulisan-tulisan, buku-buku, majalahmajalah, surat khabar,ceramah-ceramah dan slogan-slogan.Hal ini dilihat jelas dalam slogan yang selalu dikumandangkan oleh anggota-anggota Ikhwanul Muslimin “Al-Jihadu sabiiluna wal mautu fii sabiilillahi asma amanina” yang bermaksud perjuangan adalah jalan kita dan syahid di jalan Allah adalah utamanya.
e. Aspek Sosial Beramal untuk kebaikan masyarakat merupakan bahagian dari prinsip setiap muslim. Prinsip ini mempunyai tiga jalur, antaranya :
1) Ibadat yang merupakan kewujudan hubungan dengan Allah. 2) Amal kemanusiaan yang merupakan perwujudan hubungan sesama manusia. 3) Jihad (perjuangan) yang merupakan hubungan dengan musuh-musuh agama.
Dengan prinsip di atas dimaksudkan agar setiap ummat menjadi anggota yang berguna bagi masyarakat atau lingkungannya, agar setiap cabang Ikhwanul Muslimin mampu berperanan sebagai wadah perbaikan sosial, merupakan pusat pengabdian masyarakat melalui berbagai upaya yang dimulai dari pengajaran, latihan, perbaikan, tuntutan sosial, keagamaan dan kesihatan.
f.
Aspek Politik Dalam sistem pendidikan Hasan Al-Banna pendidikan politik didasarkan pada beberapa prinsip, antaranya : 1) Meningkatkan kesedaran tentang kewajiban membebaskan dunia Islam dari cengkaman kekuasaan dan penjajahan asing.
2) Membangkitkan
kesedaran
dan
keyakinan
kepada
kewajiban
untuk
membangunkan “Pemerintahan Islam” sebagai suatu kewajiban agama, keharusan kebangsaan dan kemanusiaan. 3) Menumbuhkan kesedaran tentang keharusan mewujudkan persatuan Islam yang tidak hanya merupakan kewajiban agama, tetapi juga duniawi.
3. Positif dan Konstruktif Dalam pandangan Ikhwanul Muslimin, ciri khas pendidikan Islam tidak hanya terletak atas sendi keimanan dan ketuhanan, saling melengkapi serta menyeluruh, melainkan juga terletak pada wataknya yang positif dan konstruktif.
4. Seimbang dan Pertengahan Jika umat Islam merupakan umat pertengahan, maka Ikhwanul Muslimin merupakan jamaah yang pertengahan dari berbagai kelompok yang ada di antara kalangan Islam. Ikhwanul Muslimin juga menseimbangkan antara pendidikan akal dan perasaan,
antara jasmani dan
rohani, antara teori dan praktikal, antara
kemuafakatan dan kepatuhan, antara hak dan kewajiban, dan antara yang lama dengan yang baru. Seimbang dan pertengahan memberi maksud untuk mengeratkan hubungan Ikhwan sendiri dengan seluruh elemen masyarakat dan ia tidak didirikan atas prinsip berpecah belah. Sebaliknya pendidikan ini ditegakkan atas prinsip mementingkan masyarakat.
5. Persaudaraan dan Kebersamaan Ukhuwah menurut Hasan Al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa setiap satu sama lain dengan ikatan aqidah iaitu sesebuah tali ikatan yang paling kukuh dan hanya wujud dengan saling mencintai antara sesama saudara. Ikhwanul Muslimin bersaudara sedemikian eratnya bagaikan satu keluarga.
8.0 KAEDAH PENDIDIKAN ISLAM MENURUT HASAN AL-BANNA Kaedah Pendidikan Islam Ikhwanul Muslimin menurut DR. Ali Abdul Halim Mahmud (1999), antaranya : 1. Usrah Secara bahasa “usrah” mempunyai beberapa makna, antaranya : a. Baju perisai yang melindungi b. Isteri dan keluarga
c. Jama’ah yang di ikat oleh kepentingan yang sama
Usrah menurut Ikhwanul Muslimin ialah suatu kaedah pendidikan yang mencakupi semua makna di atas yang mana ia bertujuan untuk membentuk keperibadian anggota dengan mentarbiyah mereka secara menyeluruh dan menyentuh seluruh aspek kehidupan.Rukun-rukun Usrah ialah ta’aruf (saling mengenal), tafahum (saling memahami), dan takaful (saling menanggung beban).
2. Katibah Secara bahasa “katibah mempunyai beberapa makna, antaranya : a. Sekumpulan kuda b. Pasukan c. Sesuatu yang dihimpun dan tidak berserakan
Katibah menurut Ikhwanul Muslimin ialah suatu kaedah pendidikan yang menghimpun dan mengumpulkan individu dengan individu yang lain dengan program berbentuk perjuangan, ketahanan, dan ketegaran dalam tarbiyah rohani, pelembutan hati, penyucian jiwa, dan membiasakan fizikal serta seluruh anggota badan untuk melaksanakan ibadah secara umum, juga untuk tahajud, zikir, tadabbur dan berfikir secara khas. Rukun katibah ialah ta’aruf, tafahum, takaful, taat dan disiplin dalam segala hal, persiapan untuk berjihad, kekuatan hubungan dengan Allah melalui kesungguhan dalam beribadah, serta bersiap untuk memikul segenap beban Islam dan aktiviti dalam jamaah.
3. Rihlah Rihlah ialah kaedah pendidikan yang fokus utamanya kepada aspek fizikal. Maksud adalah setiap anggota diberi kebebasan untuk bergerak, berolah raga, berlatih, dan bersabar untuk bekerja secara bersungguh-sungguh. 4. Mukhayam atau Mu’asykar Mukhayam atau Mua’asykar ialah kaedah pendidikan yang bertujuan untuk mengumpulkan para anggota dan di dalamnya terdapat aktiviti tarbiyah dan pelatihan yang dilakukan dalam beberapa hari.
5. Daurah Daurah ialah kaedah pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan wawasan, pengetahuan, dan menciptakan kecekapan untuk menunaikan tugas-tugas dakwah
dengan cara mengumpulkan para anggota untuk mendengar ceramah, kajian, penelitian, pelatihan tentang suatu masalah yang dilaksanakan pada setiap waktu tertentu secara rutin.
6. Nadwah Nadwah ialah sebuah pertemuan yang menghimpun sejumlah pakar untuk bermusyawarah menyelesaikan sesuatu persoalan atau mengkaji suatu tema ilmiah atau persoalan, dimana setiap daripada mereka memberikan pendapatnya dengan argumentasi dan bukti-bukti.
7. Muktamar Muktamar ialah suatu forum rasmi yang memiliki kepentingan tertentu dengan cara bermusyawarah dan membahas persoalan dalam aspek tujuan mahupun produkproduk yang mungkin dihasilkan, seperti perjanjian atau dokumen. Muktamar dilaksanakan secara berkala iaitu dalam setiap satu atau dua tahun.
Oleh itu, kaedah-kaedah pendidikan ini boleh dilaksanakan dan dicontohi oleh tenaga pengajar Pendidikan Islam masa kini. Hal ini dapat menjadikan pengajaran Pendidikan Islam lebih berkesan selaras dengan kejayaan pendidikan Hassan Al-Banna yang banyak didorong oleh sifat kepimpinan dalam pendidikan yang boleh menyuntik pembaharuan sesuatu program pendidkan yang komprehensif yang boleh mengubah manusia dan masyarakat (Yusof Al-Qardawi, 1989).
9.0 PENERAPAN KONSEP PENDIDIKAN HASAN AL-BANNA
Hasan Al-Banna telah melihat pendidikan dari perspektif yang lebih luas di sisi Islam. Menurut beliau,pendidikan merupakan satu titik usaha untuk menyelamatkan umat Islam dari penyelewengan hidup dan merupakan medium utama untuk meyelesaikan masalah ummah dari segenap aspek kehidupan. Melalui konsep pendidikan yang dibawa oleh Hasan Al-Banna bersama gerakan Islam pimpinan beliau iaitu Ihkwanul Muslimin, dapat dilihat bahawa pendidikan adalah satu perjuangan besar untuk membangunkan masyarakat Islam dari sudut pembangunan diri dan juga pembangunan akhlak yang sepadu. Dalam era pendidikan Islam pada hari ini, transformasi pendidikan harus dilakukan untuk membantu usaha menyelamatkan masyarakat Islam yang hidup berpaksikan budaya Barat. Kejayaan pendidikan Hasan Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin harus dicontohi dan diterapkan dalam
konteks pendidikan Islam masa kini. Penerapan konsep pendidikan Hasan Al-Banna boleh dilaksanakan dari aspek berikut : 1. Sistem Pendidikan Islam Hasan al-Banna telah mengintegrasikan sistem pendidikan antara pendidikan agama dan pendidikan umum kerana mahukan pendidikan yang berasaskan sumber yang asal iaitu Islam. Ini bermaksud pendidkan Islam masa kini perlu menghindari sistem dualisme. Pendidikan Islam seharusnya menjadi satu sistem yang boleh mengintegrasikan pendidikan moden dan pendidikan agama supaya proses pendidikan yang berlangsung dapat menyuntik nilai-nilai agama dari aspek pengetahuan dan juga aspek amali. Dengan itu, satu sistem pendidikan bersepadu dan universal yang berorientasikan ketuhanan dan mementingkan aspek rohani dapat dibentuk. Orientasi ketuhanan dalam pendidikan amat penting kerana aspek ketuhanan atau keimanan merupakan dasar yang penting dalam pendidikan Islam. Aspek keimanan memberikan pengaruh yang sangat besar terutama jika dihubungkan dengan tujuan pendidikan Islam, iaitu mewujudkan manusia yang memiliki keimanan yang teguh. Ini bermaksud, iman tidak hanya terbatas kepada pengertian dan perkataan, tetapi juga harus diimplementasikan dengan praktikal yang akan melahirkan sikap positif untuk kehidupan individu dan pembangunan masyarakat. Menurut Hasan Al-Banna, pendidikan tidak boleh lari dari tiga unsur utama iaitu rohani, akal dan jasmani.Tiga unsur inilah yang mendasari realiti kewujudan seseorang manusia. Oleh itu, unsur ini perlu disepadukan dalam sistem Pendidikan Islam. 2. Metodologi Metodologi pendidikan perlu mempunyai objektif, strategi-strategi dan sumber-sumber yang jelas, pelbagai aspek yang saling melengkapi, pelbagai teknik atau uslub yang berasaskan kepada falsafah yang jelas dan bersumberkan dari ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Pelbagai cara atau uslub, kaedah, teknik dan pendekatan pendidikan boleh diimplementasikan dalam Pendidikan Islam. Pelbagai kaedah boleh diaplikasi dalam pengajaran seperti ceramah, pidato, seminar dan kaedah pendekatan peribadi. Hasan Al-Banna telah menggunakan kepelbagaian teknik dalam usaha pendidikannya. Teknik pelbagai seperti slogan yang dihafal dan laungan semangat, nasyid dan lagu yang senikata dan iramanya mengesani jiwa, pertemuan-pertemuan berkala setiap kelompok terpilih di rumah-rumah dengan aktiviti bacaan al-Quran, meluaskan pengetahuan,
ibadah dan memperkuat ikatan ukhuwwah. Kelompok ini dinamakan usrah atau keluarga. Selain itu adanya pertemuan di waktu malam yang diisi dengan pelbagai program kognitif berbentuk ilmu pengetahuan, kerohanian dengan program ibadah, fizikal, aktiviti riadah dan sebagainya. Guru-guru dan semua penggiat pendidikan perlu mengubah corak metodologi pendidikan agar aktiviti pendidikan berteraskan kognitif,praktikal dan ukhwah seperti yang dilaksanakan oleh Hasan Al-Banna dapat diserapkan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Menurut Ali Abdul Halim Mahmud (1989) Pendidikan Islam menurut Ikhwan al-Muslimin ialah satu uslub paling ideal untuk berinteraksi dengan fitrah manusia dengan bimbingan secara langsung melalui perkataan dan tidak secara langsung melalui qudwah, menepati manhaj khas dan wasilah-wasilah tertentu bagi menghasilkan perubahan dalam diri manusia ke arah yang lebih baik. 3. Tenaga pengajar Dalam sebuah sistem Pendidikan Islam, tenaga pendidik memainkan peranan yang penting.Hasan Al-Banna menyatakan bahawa jumlah tenaga pengajar perlu mencukupi disamping mempunyai niat yang ikhlas, kuat dan dipercayai dan yakin untuk menjalankan kepimpinan pendidikan.Beliau juga mengatakan bahawa tenaga pengajar mempunyai pengaruh terhadap anak-anak didiknya kerana mereka ini bakal menjadi pendidik untuk generasi akan datang. Tenaga pengajar diibaratkan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang mendidik dengan bakat, ilmu dan pengalaman yang dianugerahkan dengan kekuatan iman yang teguh boleh mendidik jiwa dan memberi kesan kepada setiap hati yang berhubung dengannya.Menurut Hasan Al-Banna juga, pemimpin ibarat sumber tenaga yang mengisi hati-hati mereka. Hati yang hidup tentunya dapat menghidupkan hati-hati yang mati atau lemah sedangkan sebaliknya hati yang mati gagal menghidupkan hati yang mati. Ini adalah kerana orang yang tidak memiliki apa-apa tidak dapat memberi sesuatu kepada orang lain. 11.0 KESIMPULAN Kepimpinan Hasan Al-Banna menunjukkan contoh bagaimana seorang pemimpin memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan individu lain. Suasana kebersamaan yang positif perlu diterapkan dalam persekitaran pendidikan. Keadaan ini membantu individu untuk hidup secara Islam melalui cadangan, contoh tauladan, penglibatan perasaan dan tindakan. Manusia menjadi lemah bila menyendiri dan menjadi kuat dengan berjemaah. Hubungan dan ukhwah antara individu merupakan
satu kekuatan untuk melakukan kebaikan dan ketaatan serta merupakan perisai daripada kejahatan dan maksiat. Dengan itu boleh disimpulkan bahawa tenaga pengajar dan penggiat Pendidikan Islam hari ni harus menjadikan Hasan Al-Banna sebagai contoh dan bertindak sebagai seorang pemimpin kepada anak didik yang diajar. Kepimpinan yang ditampilkan oleh guru-guru akan menimbulkan satu tautan hati dan perasaan ke dalam diri pelajar dan seterusnya membina satu hubungan yang kuat yang akan memudahkan penyampaian ilmu Islam ke dalam kehidupan mereka. Walaupun kajian ini terbatas dengan hanya melihat konteks kecil bidang pendidikan, namun elemen ini masih boleh diterapkan sebagai usaha untuk melestarikan Pendidikan Islam. Penulis mencadangkan agar kajian akan datang diperluaskan lagi dengan melihat konteks yang lebih besar untuk lebih memberi impak.
RUJUKAN Abbas As Sissi. 1989. Dakwah dan Tarbiah Pandangan Hasan Al-Banna. Penerbit Pustaka Aman Press Sdn Bhd : Kota Bharu
Dr. Yusuf Al-Qardhawi. 1986. Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin. Penerbit Media Dakwah : Johor Bahru
DR. Ali Abdul Halim Mahmud. 2007. Syarah Usul 20 Al-Imam Hasan Al-Banna. Penerbit Dewan Pustaka Fajar : Shah Alam
Mohd Mokhtar Shafii. 2002. Hasan al-Banna: Sumbangannya Terhadap Pendidikan dan Kebangkitan Islam. Jurnal Pendidikan Islam. 10(1): 9-18.
DR. Ali Abdul Halim Mahmud.1999. Perangkat-Perangkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin. Penerbit Era Intermedia : Solo Sa’id Hawwa. 2008. Pendidikan Harakah Islamiyah Syarah Risalah Al-Ta’lim. Penerbit Dewan Pustaka Fajar : Shah Alam