LAPORAN PROGRAM TAMAT LATIHAN POLIBRIGED SESI DISEMBER 2012 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 1. 2. 3. 4. 5.
Nama program Anjuran Tarikh Tempat Sinopsis program
: Program Tamat Latihan Polibriged Sesi Disember 2012 : Unit Kokurikulum : 03 April 2013 (Rabu ) 2.30 pm – 4.30 pm : Dataran Polibriged :
Program Tamat Latihan Polibriged Sesi Disember 2012 di anjurkan oleh Unit Kokurikulum, Politeknik Ibrahim Sultan. Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar semester satu yang mengambil program Polibriged bagi memenuhi keperluan ko-kurikulum dan telah berjaya menamatkan latihan . Polibriged adalah satu-satunya aktiviti ko-kurikulum yang disyaratkan kepada pelajar semester satu. Program ini dilaksanakan dalam bentuk pertandingan kawad kaki individu, kawad kaki antara jabatan dan Pemeriksaan Tabik Hormat oleh Ketua Pemerintah dari Rejimen 501, Askar Wataniah Kem Tebrau, Johor Bahru. Pelajar dibahagikan dalam bentuk kumpulan berdasarkan jabatan masing-masing. Kriteria penilaian adalah dalam bentuk penilaian praktikal di mana pemenang adalah berdasarkan kawad kaki terbaik dari sesuatu jabatan/kumpulan. Pelajar juga bertanding mengikut kategori individu di mana penilaian kawad kaki individu telah dilaksanakan semasa praktikal Polibriged. Seramai 90 orang pelajar telah terlibat di dalam pertandingan tersebut yang telah mewakili setiap jabatan masing-masing. Setelah pertandingan tamat, upacara pemeriksaan baris telah disempurnakan oleh Mejor Mohamed Basyar Bin Othman, Wakil Pegawai Pemerintah Batalion Pertama, Rejimen 501 Askar
Wataniah. Di antara barisan yang hadir dalam upacara tersebut ialah Tuan Pengarah Politeknik Ibraim Sultan iaitu Tn. Hj. Azizi Bin Lin serta barisan pihak pengurusan PIS. Selain dari pemeriksaan baris, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama juga telah diberikan Tabik Hormat yang diketuai oleh Ketua Baris iaitu Ahmad Burhanuddin Helmi Bin Abd. Rahani dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang terpilih. Pegawai Pemerintah Batalion Pertama juga telah merasmikan penutupan Tamat Latihan Polibriged Sesi Disember 2012 seterusnya Pegawai Pemerintah Batalion Pertama diiringi oleh Tuan Pengarah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pegawai Pemerintah Batalion Pertama juga merakamkan ucapan rasa besar hatinya di atas undangan dan penghormatan yang diberikan kepada pihak Rejimen 501 untuk bersama-sama
dengan pelajar PIS. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan Latihan Polibriged sesi Disember 2012 kerana berjaya melalui fasa-fasa pembelajaran secara teori dan praktikal di dalam kursus kokurikulum polibriged yang dilalui selama hampir 4 bulan sehingga kini sehingga berjaya menamatkan latihan dan keperluan kurikulum bagi memenuhi syarat pengajian.
PEMENANG KAWAD TERBAIK
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
RAJINDER SINGH A/L PRITAM SINGH NUR ATIKAH BINTI SUTRA ALI AMIRUL HAFIS BIN BADRUL HISHAM SILVESNEO BIN EDDY JEFFERSON JUNREN ESA ANAK EDWARD JALIN NURUL HAMIZE BINTI SUTARSO AMIRUL HISAM BIN NEK KAMEL ARIFFIN FATIN NORFARHANA BINTI ABD LATIF IRWAN MAZWAN BIN AZAMIR AHMAD BURHANUDDIN HELMI BIN ABD RAHANI
09DKM12F2011 09DRI12F2038 09DRG12F2039 09DEE12F2014 09DKM12F2015 09DUP12F2011 09DEV12F2005 09DUP12F2019 09DEE12F2018 09DEE12F2008
JKM JRKV JRKV JKE JKM JPH JPH JPH JKE JKE
BAGI KATEGORI PERTANDINGAN KAWAD ANTARA JABATAN JOHAN – JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NAIB JOHAN – JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI KETIGA – JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI & VISUAL KEEMPAT – JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Pihak politeknik juga menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh jurulatih luar dalam tunjuk ajar dan latihan kawad, perkhemahan sepanjang kursus Polibriged pada semester ini. Berikut adalah nama-nama jurulatih luar. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
EN. ABU BAKAR BIN HARON EN. RABU BIN JANTAN EN. SUBOH BIN AB AZIZ EN. KHAMIS BIN MD. TAN EN. ISMAIL BIN HARON EN ARMIA BIN HJ. TALIB
LAMPIRAN
Ketibaan Wakil Pegawai Pemerintah Batalion Pertama diiringi oleh Tn. Pengarah PIS, TP(SA) & KU Koko
Pegawai Pemerintah Batalion Pertama memberikan tabik hormat kepada ketua baris dan barisan Polibriged
Pegawai Pemerintah Batalion Pertama sedang memeriksa barisan serta diiringi oleh tuan pengarah PIS
Antara barisan tetamu yang turut menyerikan majlis ini.
Tuan Pengarah memberikan kata-kata aluan bagi majlis Tamat Latihan Polibriged.
Mejor Mohamed Basyar Bin Othman, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Tamat Latihan Polibriged.
Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang Kawad Terbaik
Penyampaian hadiah cenderahati dari Tuan Pengarah kepada Mejor Mohamed Basyar Bin Othman