DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 513 Prinsip & Amalan Komunikasi dari Perspektif Islam Isu-Isu Etika dalam Kaunseling (Minggu 3) Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam
Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling Definisi etika secara umum Etika Mengikut Kamus (DBP): Merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Menyentuh persoalan perlakuan betul dan salah.
Etika Mengikut Tokoh: Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009).
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kerahsian Tiga faktor menjadi asas iaitu kefahaman terhadap undang-undang, pengamalan dan kesedaran perlu digabungkan bagi mewujudkan tahap kerahsiaan yang tinggi. Kerahsiaan menjadi dilema kepada kaunselor jika terdapat klien yang ingin melakukan jenayah atau ugutan.
Klien seorang yang lemah dan mudah dimanipulasi. Kaunselor mesti mengetahui “do” dan “don‟t” semasa melaksanakan tugas.
Tidak (sempurna) iman seseorang yang tidak bersifat amanah, dan tidak (sempurna) agama orang yang tidak menunaikan janjinya". (HR Ahmad).
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Konflik Personel dan Kesedaran Kendiri Konflik personal di dalam diri kaunselor Sebagai seorang manusia, kaunselor sememangnya tidak dapat lari daripada isu atau masalah peribadi di dalam kehidupan mereka. Malahan sesetengah daripada masalah ini, masih belum dapat dihadapi atau diselesaikan oleh kaunselor itu sendiri.
Justeru itu, adalah amat penting bagi kaunselor untuk sentiasa peka dan mempunyai kesedaran kendiri dalam mengenal pasti isu-isu tersebut apatah lagi jika ianya boleh menjejaskan kemampuan mereka untuk mengendalikan sesi kaunseling. Ini adalah kerana, konflik personal yang tidak ditangani dengan baik oleh kaunselor boleh mempengaruhi serta menghalang kaunselor daripada memberi perkhidmatan kaunseling yang sewajarnya serta terbaik kepada klien. Ustazah Nek Mah Batri -MA
Transference serta Counter Transference Transference serta Counter transference juga sering berlaku sewaktu sesi kaunseling. Tranference merupakan keadaan di mana klien mensasarkan atau meletakkan perasaan yang pernah mereka alami terhadap seseorang yang signifikan di dalam kehidupan mereka kepada kaunselor. Proses transference ini seterusnya akan mempengaruhi cara klien melihat atau bertindakbalas terhadap kaunselor. Perasaan yang timbul ini boleh bersifat sayang, marah atau benci yang mewujudkan perhubungan yang tidak realistik di dalam sesi kaunseling. Counter transference pula merupakan keadaan sebaliknya di mana kaunselor yang mengalami tindakbalas emosi terhadap klien mereka. Perkara ini boleh menjejaskan penilaian kaunselor terhadap masalah serta diri klien yang mungkin akan menjadi penghalang mereka untuk membantu klien.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Klien Bergantung dan Kaunselor Mengambil Kesempatan Sesi kaunseling tidak sepatutnya menjadikan seseorang klien bergantung kepada kaunselor. Walaupun proses kaunseling sememangnya bertujuan untuk kaunselor membantu klien dalam menyelesaikan isu atau konflik yang dialaminya, namun klien masih lagi memegang peranan sebagai peneraju utama dalam kehidupannya. Tugas kaunselor hanya sekadar untuk menggerakkan klien dalam membuat keputusan dan melakukan perubahan di dalam diri dan tingkah laku mereka.
Mungkin kebergantungan terhadap kaunselor akan berlaku sewaktu permulaan sesi kaunseling tetapi ianya haruslah hanya bersifat sementara kerana proses kaunseling sepatutnya dapat melatih serta membimbing klien supaya dapat berdikari dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka. Kaunselor tidak seharusnya membiarkan atau menggalakkan kebergantungan klien terhadap mereka kerana ianya tidak memberi manfaat yangsewajarnya kepada mereka.
Keadaan ini adakalanya berlaku kerana terdapat kaunselor yang mengambil kesempatan dan ini adalah bertentangan dengan etika dalam kaunseling. Terdapat beberapa sebab mengapa kaunselor „menggalakkan‟ klien untuk bergantung kepada mereka serta terus terusan menemui mereka. Di antaranya ialah kerana mereka mahu kelihatan hebat kerana mempunyai ramai klien dan tidak mahu „kehilangan‟ mereka. Terdapat juga kaunselor di dalam sektor swasta yang enggan „melepaskan‟ klien mereka yang membayar untuk perkhidmatan yang diberikan untuk memperolehi lebih keuntungan. Tindakan kaunselor ini boleh dilihat sebagai tidak beretika kerana lebih menitikberatkan kepentingan personal daripada professional. Ustazah Nek Mah Batri -MA
Stress Dalam Amalan Kaunselor Ramai kaunselor yang begitu bersemangat untuk menceburi di dalam bidang di awal kerjaya mereka. Mereka beranggapan bahawa kerjaya ini akan memberikan kepuasan diri yang sepenuhnya kerana mereka berpeluang membantu insan-insan yang mengalami masalah atau konflik di dalam kehidupan mereka. Ramai daripada mereka tidak menyedari bahawa komitmen terhadap penerokaan kendiri klien merupakan satu proses yang sukar. Kebanyakan kaunselor yang efektif menggunakan pengalaman mereka sendiri serta tindakbalas peribadi untuk memahami klien mereka dan menjadikan ianya sebagai instrument untuk membantu klien. Seperti mana yang telah diketahui, sesi kaunseling merupakan satu proses teraputik di mana klien akan mendedahkan segala isu atau konflik yang dialami oleh mereka secara mendalam dan peribadi. Kaunselor yang juga bertindak sebagai tempat meluahkan perasaan berkemungkinan akan turut sama begitu tersentuh oleh
penderitaan yang ditanggung oleh klien tersebut. Proses ini bolehmenyebabkan kaunselor mengaitkannya dengan pengalaman hidup mereka sendiri terutama sekali jika berlakunya konflik personal atau counter transference yang disebabkan oleh„unfinished business‟ yang boleh menyebabkan luka lama berdarah kembali. Ustazah Nek Mah Batri -MA
Sesi Perbincangan Bincangkan bagiamana membantu dari permasalahan seperti 1. Kerahsian dan konflik Personel dan Kesedaran Diri.
2. Masalah Transference serta Counter Transference. 3. Klien Bergantung dan Kaunselor Mengambil Kesempatan. 4. Stress dalam amalan Kaunselor.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaunselor tidak menyatakan nilai Ramai yang tertanya-tanya wajarkah kaunselor menyimpan atau menyembunyikan nilai-nilai mereka semasa mengendalikan sesi kaunseling. Walaupun sememangnya jelas bukanlah tugas kaunselor untuk memujuk atau mendorong klien menerima nilai-nilai kaunselor, namun adalah amat penting bagi kaunselor untuk mengetahui dengan jelas mengenai nilai-nilai mereka sendiri dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi tugas mereka dan hala tuju yang diambil oleh klien mereka. Ramai yang berpendapat bahawa adalah wajar dan penting bagi kaunselormenyatakan atau mendedahkan nilai-nilai mereka secara terbuka apabila ianya mempunyaikaitan (relevant) dengan isu atau persoalan yang ditimbulkan sewaktu sesi kaunseling bersama klien.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Aspek kerohanian dan nilai Agama Aspek kerohanian dan nilai agama memainkan peranan yang sangat penting di dalamkehidupan manusia. Penerokaan tentang kerohanian dan keagamaan dapat membantu klienmencari penyelesaian di dalam perjuangan hidup mereka kerana ianya merupakan satupenyembuh jiwa dan dapat memberi kekuatan di dalam jiwa seseorang. Kerohanian dan nilaikeagamaan dapat diintegrasikan bersama instrument terapi yang lain untuk meningkatkan lagikeberkesanan proses kaunseling apatah lagi jika ianya melibatkan sesuatu isu atau keputusanyang sangat kritikal di dalam kehidupan klien.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Pilihan Mengakhiri Hidup Semasa sesi kaunseling, kaunselor berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah yangdikemukakan oleh klien. Di antara isu terbesar yang mungkin dihadapi oleh kaunselor ialahpilihan klien untuk mengakhiri hidup. Isu ini sering meletakkan kaunselor di dalam keadaan dilemma untuk membuat pilihan di antara etika kerahsiaan dan nilai-nilai kemanusiaan serta keagamaan. Sebagai, seorang kaunselor mereka haruslah bersedia untuk membincangkan isu inidengan klien mereka. Mereka juga hendaklah mempunyai kesedaran mengenai sistem nilai dan pegangan keagamaan mereka sendiri untuk membolehkan mereka membantu klien berlandaskans istem nilai serta pegangan keagamaan mereka dan di dalam masa yang sama tetap menghormati hak klien mereka. Namun begitu, jika seseorang kaunselor merasakan sistem nilai dan pegangan mereka boleh menjejaskan pemikiran objektif mereka, maka keputusan beretika yang patut diambil ialah dengan menarik diri dan menyerahkan klien mereka kepada orang lain yang mempunyai lebih kepakaran agar klien tersebut akan mendapat bantuan yang sewajarnya.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Nilai dalam seksualiti Nilai dan isu dalam seksualiti juga sering menyebabkan kaunselor berada dalam keadaan serbasalah atau kurang selesa terutama sekali jika ianya melibatkan isu gay atau lesbian kerana ianyamenyentuh nilai peribadi dan pegangan keagamaan seseorang kaunselor. Sesi bersama golonganini sering memberi cabaran kepada kaunselor yang masih memegang kuat nilai-nilai tradisional.Golongan gay atau lesbian adalah golongan minority yang selalu terdedah kepada unsur-unsurdiskriminasi oleh masyarakat. Kaunselor yang memberi reaksi negative terhadap isu ataugolongan ini sebenarnya telah memberikan (impose) nilai peribadi mereka. Di dalam kod etikakaunseling telah dinyatakan dengan jelas bahawa segala bentuk diskriminasi tidak kira dalam aspek gender, etnik, bangsa atau orientasi seksual adalah tidak beretika dan tidak dapat diterimasama sekali. Justeru itu kaunselor haruslah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran objektif dalam mengendalikan isu ini agar tidak melanggar kod etika kaunseling yang telah ditetapkan. Ustazah Nek Mah Batri -MA
Tanggungjawab professional
,
Diskriminasi ada menyatakan bahawa kaunselor dilarang terlibat atau membenarkan apa-apabentuk diskriminasi berdasarkan umur, budaya, ketidakupayaan, ras, etnik, agama/kepercayaan, jantina, status perkahwinan/pasangan, status sosioekonomi atau sebarang asas yang ditetapkanoleh undang-undang.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Isu semasa dalam kaunseling
Kaunseling kanak-kanak dan remaja
Kaunseling Kerjaya
Kaunseling Keluarga
Kaunseling Pasangan
Intervensi dalam kaunseling
Intervensi krisis
Isu Gender
Internet
Dadah
Pengujian dan Pengukuran
Penilaian dan Penyelidikan
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Gender Ramai pembimbing adalah wanita Pengguna juga wanita
Perkhidmatan ala „kewanitaan‟ Kenapa kurang lelaki jadi pembimbing? Kenapa kurang lelaki jadi klien?
Rujukan Bila perlu buat rujukan Kepada siapa Mendapatkan persetujuan Pihak ketiga – sejauhmana maklumat dilapor atau dikongsi Ustazah Nek Mah Batri -MA
Wajib Perlu vs. wajib Sukarela vs. paksaan Menilai keberkesanan
Silang budaya Semua individu membawa budaya mereka sendiri Memahami budaya orang lain adalah mencabar Melihat keindividuan yang berbeza sangat penting
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Ustazah Nek Mah Batri -MA