SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 613 Pengenalan Kepada Kaunseling Islam Minggu 2 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh & Sains Teknologi (UTM)
Sinopsis : Modul ini mengkaji matlamat kaunseling dan peranan kaunselor serta etika kaunselor
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MATLAMAT KAUNSELING
Enam Matlamat Kaunseling Memudahkan perubahan tingkah laku Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping) Membantu membuat keputusan/pilihan Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien Menurunkan kebimbangan (anxiety)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MENCAPAI MATLAMAT 1. Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat 'lepas tangan' tidak mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain. 2. Memperbaiki imej diri yang negatif. Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai citacita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MENCAPAI MATLAMAT 3. Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan. Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahubelajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau persekitaran tidak akan beruah. Maka apa yang penting di sini ialah klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik.
4. Mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkahlaku Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan 'siapa' klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ianya boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor penting ialah klien dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MENCAPAI MATLAMAT 5. Membantu klien menjadi lebih produktif. Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan. 6. Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman. Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalamannya akan berasakan bahawa dia boleh mengawal perjalanan hidupnya (setakat yang termampu olehnya).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MENCAPAI MATLAMAT
7. Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan. Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara yang akan memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran dalam membuat keputusan yang baik
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MENCAPAI MATLAMAT
8. Membantu klien mengurus masalah yang 'belum selesai' dalam hidupnya. Memang benar tidak semua anusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana sesuatu konflik (sama ada kecil atau bessar) yang berlaku pada masa dulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi.
Tugas kaunselor di sini ialah membimbing klien melalui proses ini.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESIMPULAN MATLAMAT KAUNSELING
Matlamat kauseling ialah membantu atau memberi jalan agar manusia dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, perasaan, kerohanian dan tingkah lakunya. Manusia seperti ini akan berdikari dan tidak lagi menyusahkan orang lain dengan permasalahannya. Dia sudah dapat menerima hakikat bahawa hidup tidak lekang daripada masalah. Namun, dia dapat mencari ruang-ruang pernafasan dalam kesempitan hidup. Manusia ini sudah tidak menyalahkan orang lain, persekitaran ataupun takdir. Dia redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan mencari iktibar ataupun pengajaran di sebalik peristiwa tersebut. Masalah yang telah melandanya tidak merugikan hidupnya. Malah, dia bersukur bahawa dia berhadapan dengan masalah, kerana dia memperolehi kekuatan dalaman. Dengan kata lain, masalah telah dapat 'menguatkan' dirinya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
LATIHAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN KAUNSELOR ISLAM
•
Redha dan Rasional - Membawa klien ke arah mencari keredhaan Allah - Menginsafi setiap perkara atau masalah adalah satu ujian Allah. “Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan saja mengatakan:’ kami telah beriman’ lalu mereka tidak diuji? Kami telah menguji manusia sebelum mereka dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta”. (Surah Al-Ankabut:2-3)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN KAUNSELOR ISLAM
• Doa dan Sokongan - Hubungan kaunselor dan klien tidak akan terhenti di bilik kaunseling sahaja. - Kaunselor mendoakan kesejahteraan kliennya: “Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedang ia tidak bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga” Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazalii
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN KAUNSELOR ISLAM
• Pegangan dan Pengertian - Menyakinkan klien bahawa apa juga teknik dan cara yang digunakan dalam sesi kaunseling hanya berkesan dengan izin Allah.
- Penting diterangkan supaya klien tidak terlalu bergantung harap kepada kaunselor hingga membelakangkan ketentuan Allah. - Mengingatkan klien bahawa kaunseling tidak akan memberi kesan tanpa usaha sendiri dan dengan izin Allah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN KAUNSELOR ISLAM
• Membimbing klien untuk menilai sendiri tingkah lakunya dan seterusnya membuat keputusan mengenai tingkah laku yang harus diubah. • Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah laku. •Menggunakan peneguhan sperati galakan dan pujian. •Bersedia menerima kliennya tanpa terlalu banyak kritik dan syarat
•Menekankan kepada kliennya bahawa bagi mencapai kejayaan klien haruslah bersedia mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ETIKA KAUNSELOR ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ETIKA KAUNSELOR ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM TERHADAP MASYARAKAT
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR ISLAM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SESI PERBINCANGAN KELOMPOK
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD