SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713 Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling Minggu 6 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh & Sains Teknologi (UTM)
Sinopsis : Module
ini membincangkan mengenai Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Permohonan dan pertolongan hanya ditujukan pada Allah s.w.t. “Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (Al-Fatihah:5). "Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman“ (Surah al-Israq:82) " Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orangorang yang beriman” (Surah Yunus:57).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Kepentingan Pengetahuan Psikologi dan Agama digunakan bersama-sama dalam proses merawat dan menyembuh penyakit-penyakit manusia. " Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan merupakan calon doktor yang masih lemah". IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A Soul" menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama.
Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama". Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan". Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: 1. Konsep menolong individu yang lain dengan menggunakan kemahiran lisan dan mendengar dengan baik bagi tujuan membantu klien mengenal jenis masalah yang dihadapi. 2. Konsep bantuan yang berupa kesedaran untuk memahami dan mengenali diri sendiri, kekuatan dan kelemahan.
3. Konsep bantuan untuk menyedarkan klien bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dan individu itu sendiri yang bertanggungjawab di atas segala masalahnya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam
Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: 4.
Konsep mencari punca masalah sebenar dan memilih cara penyelesaian yang terbaik bersesuaian dengan diri.
5. Konsep perubahan tingkahlaku tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan atau mempengaruhi klien. Dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, sumber asas dan pendekatan teorinya juga mestilah bersandarkan kepada al-Quran dan al-Hadith. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam
Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: Menurut Wan Hussain Azmi (1994) dalam bukunya yang bertajuk "Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam", konsep dakwah yang menggunakan pendekatan berhikmah yang dianjurkan Islam juga bersamaan dengan konsep hikmah dalam proses kaunseling Islam.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: a) Hikmah yang dikategorikan kepada: 1.Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat kaunselor. Berhikmah seperti mengamalkan sifat-sifat kenabian, iaitu benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Hikmah juga bermaksud keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya, sentiasa bersabar,berilmu pengetahuan dan berpengalaman luas dan mempunyai pengetahuan yang sebaik-baiknya. 2.Hikmah yang berhubung dengan isi kandungan kaunseling. Teknik pendekatan yang sentiasa berasaskan kepada al-Quran, perkataan yang digunakan adalah betul dengan hak dan kebenaran,menggunakan dalil yang tepat yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: 3. Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi kaunseling.Teknik yang membawa konsep alat yang mencegah kerosakan dan sesuatu perkataan yang digunakan yang bertepatan dengan tempatnya.
a.Kata-kata nasihat yang baik, iaitu nasihat yang boleh menjauhkan diri dari keburukan dengan cara memberi perangsang untuk meninggalkannya. Kata-kata nasihat tersebut boleh diterima oleh hati dan masuk ke dalam perasaan dengan lembut serta dapat menjinakkan hati yang liar. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam .
Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: b. Perbincangan atau perbahasan yang baik dengan tujuan menjauhkan perasaan dan tanggapan bahawa kaunselor itu akan menyerang peribadi, merendahrendahkan serta menghinanya. Suasana yang kondusif adalah sangat penting bagi memastikan kaunselor dan klien bersama-sama menyelesaikan masalah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Perkhidmatan kaunseling secara Islam juga adalah berasaskan kepada kepentingan konsep tolong menolong sesama insan sebagaimana yang amat ditekankan oleh Islam. Hal ini kerana Islam sangat menggalakkan umatnya untuk mengamalkan hubungan tolong menolong dalam kehidupan seharian, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Carilah (kebahagiaan) akhirat melalui anugerah Allah yang diberikan kepadamu. Dan janganlah lupa tugasmu di dunia, berbuat baiklah (kepada orang lain) sepertimana Allah telah berbuat ihsan kepadamu dan janganlah menimbulkan kerosakan di bumi (Surah al-Qasas:77) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam
Kepentingan konsep tolong menolong:
"Hak seorang Muslim kepada Muslim lain ada enam perkara; jika bertemu ucapkan salam kepadanya, jika dijemput maka hendaklah memperkenankannya, jika diminta nasihat, maka nasihatilah ia, jika bersin ucapkan alhamdulillah, maka doakanlah dia semoga dirahmati Allah, jika sakit maka ziarahilah dia dan jika mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur.“ (Riwayat Imam Bukhari)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Perkhidmatan kaunseling secara Islam juga merupakan salah satu pendekatan dalam konsep membentuk dan mendidik akhlak individu ke arah yang lebih terpuji. Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa tujuan perkhidmatan kaunseling berkait rapat dengan proses pembentukan akhlak individu. Matlamat tersebut seperti bertujuan untuk memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif untuk menyelesaikan kerumitan dengan berkesan dalam hidup.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Perkhidmatan kaunseling juga berperanan dalam cuba mendidik akhlak individu untuk mengimbangi nafsu. Setiap individu memiliki akal dan nafsu. Melalui akal, seseorang itu dapat menilai sesuatu, menyesuaikan diri dan mengawal nafsu dengan pelbagai cabaran serta situasi yang dihadapi. Orang yang gagal mengawal hawa nafsunya akan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam Perkara-perkara yang diteroka menerusi proses kaunseling dan penelitian dari aspek Islam. Kesedaran tersebut boleh membantu klien dalam membentuk keluarga bahagia: 1. Klien dibimbing untuk memahami tujuan perkahwinan ialah mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa (Surah Al-Furqan :74)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam 2. Membantu klien untuk menyedari bahawa perkahwinan dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah dilakukan ke arahnya.
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikankepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu “. (Al-An'am ayat 17)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam 3. Klien digalakkan untuk berfikir tentang hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Di antara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri dan anak-anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam 4.
Klien dibantu untuk meneliti perihal keagamaan. Seorang mukmin, sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, pemiagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Secara Islam 5. Klien diberi kekuatan untuk sedar akan hakikat hidup yang sebenarnya. Kaunselor membantu klien untuk akur bahawa pasangannya adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Begitu juga dengan dirinya. Oleh itu sekiranya pasangan melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Klien digalakkan untuk mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling bermaafan antara suami dan isteri
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUJUKAN Kamal Abd. Manaf (2000). Kaunseling Islam Satu Alternatif Baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd., h. 55. H.M. Ariffin (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta, h. 6.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SESI PERBINCANGAN KELOMPOK
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD