Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling
WPK 313 Strategik Kaunseling Islam & Barat (Konsep Kaunseling dalam Islam dan Al-Quran)
Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam
Konsep Kaunseling Islam Konsep kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal, 1995). Ini bermakna konsep kaunseling Islam meliput semua perkara di alam nyata dan hal-hal yang dialami oleh manusia selepas mati. la bukan setakat nasihat, bimbingan, bantuan atau pertolongan untuk hidup sejahtera di dunia tetapi kehidupan di dunia dan di akhirat yang mendapat keredaan Allah. Setiap manusia harus ingat dan wajib mengakui bahawa hidup di dunia ini adalahsementara sahaja.
Sambung…………
Konsep Kaunseling Islam
Bagi masyarakat Islam, agama dan dunia, kedua-keduanya untuk s.w.t. Islam itu agama dan negara, aqidah dan syaria dalam kehidupan, ibadat dan muamalat, iman dan system sosial, ekonomi dan politik (Ibnu Taimiyah 1976, al Ghazali 1976).
Islam adalah agama rahmat. Diantara kerahmantan: menggesa umatnya agar suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan dalam aspek kehidupan. Aspek kejiwaan – Membimbing, menasihati, membantu melerai kekusustan, memberi motivasi. Sejahtera dunia dan akhirat.
sambung
…
Konsep Kaunseling Islam
Seorang kaunselor harus mempunyai latihan professional, harus lebih baik daripada kliennya kerana mereka merupakan tempat rujuk dan model. Sabda Rasulullah s.a.w: “ Sebaik-baik manusia ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia: H.R. Thabrani “Al-Quran ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambi peljaran” Ibrahim: 52.
“Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan’ al-Maidah: 2
Sambung…………
Konsep Kaunseling Islam
Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. “Aku diutus untuk menjadi rahmat adan bukan diutus untuk membawa laknat” HR Musliam Contoh kaunselor Islam yang paling baik, paling ideal dan paling sempurna dan memenuhi ciri-ciri personality seorang kasunseor ialah Nabi Muhammad s.a.w.
Bimbingan dan Kaunseling Islam adalah satu perkhidmatan untuk kebijakan manusia yang dijalankan secara professional. Ia memang dituntu oleh Allah swt. Setiap manusia bertanggungjawab membimbing di antara satu sama lain
Sambung…………
Konsep Kaunseling Islam
Individu Berhak diberi: Peluang menyedari dan mengenali dirinya dan seterusnya mengenal Tuhannya. Peluang berfikri, menjelmakan pemikirannya dan memupuk kebolehan istimewa untuk dapat keredhaan Allah Peluang menentukan arah hidupnya supaya bahagia dunia dan akhirat Peluang melakukan tugas sebagai khalifah Allah untuk mengimarahkan dunia ini
Peranan Kaunselor Muslim Allah s.w.t. berfirman bermaksud: “Sesungguhnya telah kami terangkan semuanya di dalam al-Quran ini, supaya mereka dapat pelajaran “. Surah Al-Isra’ :41). Kaunselor Muslim perlu menimba ilmu dengan menggunakan AlQuran. Untuk berperanan dengan baik dan berkesan: 3 perkara perlu dipertimbangkan:
1. REDHA & RASIONAL
Mendorong klien menginsafi bahawa setiap perkara atau masalah yang dihadapi adalah satu ujian Allah ke atas dirinya: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkat; : “Kami beriman”, sedang mereke tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami mengui orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nya apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinNya tentang orang-oang yang berdusta”. Surah Al-Ankabut:2-3
1. REDHA & RASIONAL
- Manusia tidak dapat lari dari menghadapi masalah. Kebanyakan manusia akan merasakan masalah hanya membebankan diri tanpa melihat hikmah di sebalik masalah itu menyebabkan manusia semakin tertekan dan hilang rasa redha dengan ujian Allah: - Menjadi tanggungjawab kaunselor menyakin klien apa yang dihadapinya itu adalah ujian Allah dan setiap ujian itu mampu dihadapi dengan redha dan takwa kepada Allah.
2. Doa & Sokongan
Rasulullah s.a.w. bersabda Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedang ia tidak bersamanya, maka Malaikat akan berkata: “ Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga” (bimbingan Mu’min, Imam al-Ghazali) Firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang=orang yang apabila mereka ditmpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata” Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk: Al-Baqarah: 156-157
Doa & Sokongan Apapun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusaha, dan apapun keresahan yang dirasakan, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukka-keburukkannya (H.R. Muslim) Abu Salamah temui Rasulullah: Tidak ada musibah apapun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja”. Ya Allah berilah kami pahala dari musibah ini dan berilan kami ganti yang lebik baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkannya doanya. (Kasmuri Selamat: 1998).
Doa & Sokongan Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. HR. Tirmizi Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaaanya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan kataatanya kepada agamanya. Demikian ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seroang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa” HR Tirmizi
3. Pegangan & Pengertian
Apa jua teknik dan cara yang digunakan dalam sesi kaunseling hanyalah sebagai medium dalam mencari penyelesaian.
Ini perlu supaya klien tidak terlalu bergantung harap kepada kaunselir dengan membelakangkan ketentuan Allah dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kaunselor seperti riak dan takabbur, bila dapat bantu seorang klien. Kaunseling tidak akan memberi apa jua kesan tanpa usaha klien sendiri dan dengan izin Allah.
TUGAS SEORANG KAUNSELOR MUSLIM
PROSES MENOLONG KLIEN Kaunselor perlu memahami proses menolong bagi memudahkan sesi kaunseling dijalankan.Antara gambaran mudah yang perlu diketahui oleh kaunselor ialah: a.
Memahami Asas Prinsip dan Falsafah Kaunseling . Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan lemah' tetapi manusia mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan dan dimajukan. Oleh itu ia perlu dibantu agar boleh berdikari,menjadi lebih matang serta memahami siapa dirinya dengan lebih dekat.
b. Memahami Deflnisi Kaunseling. Suatu proses menolong klien untuk meredakan sebarang permasalahan yang berkaitan psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan bagi mencapai kesejahteraan hidup.
PROSES MENOLONG KLIEN c. Memahami Asas Proses Menolong Dalam Kaunseling Dalam proses menolong, mendengar secara aktif amat penting bagi membolehkan banyak perkara mengenai permasalahan klien.Klien lazimnya dalam keadaan yang tidak tahu punca masalahnya, sedih, marah serta takut Kaunselor menjelaskan semula pemahamannya tentang masalah klien dalam pelbagai teknik sehingga klien nampak permasalahan yang sedang dihadapinya. Dengan berbagai teknik dan kemahiran, kaunselor memberi kefahaman dan keyakinan diri untuk melaksanakan tindakan yang perIu diambil. Jika berjaya, klien akan bertambah yakin pada dirinya, jika gagal klien perlu Iebih masa untuk berbincang
PROSES MENOLONG KLIEN d. Memahami Peringkat Proses Menolong Terdapat dua peringkat yang penting dalam proses kaunseling. Kedua-duanya saling berkait. Keberkesanan peringkat kedua bergantung pada keberkesanan peringkat pertama. Peringkat Pertama - membina perhubungan menolong dan Peringkat Kedua - penerokaan dan memahami permasalahan
PROSES MENOLONG KLIEN
e.Memahami Makna Mesej Tanpa Lisan Klien Kaunselor perlu memberi tumpuan kepada tingkahlaku serta peka gerakgeri klien sarna ada secara lisan atau taupa lisan. Tingkahlaku ini mengandungi mesej yang perlu difahami oleh kaunselor
PROSES MENOLONG KLIEN
f. Memahami Kemahiran Asas Kaunselor Kaunselor juga harns mempunyai beberapa kemahiran asas. Beberapa contoh kemahiran yang digunakan dalam sesi kaunseling ialah kemahiran mendengar, kemahiran memimpin, kemahiran refleksi, kemahiran rumusan, kemahiran mentafsir, kemahiran memberi maklumat, kemahiran gerak balas yang tepat dan kemahiran berkonfrantasi
CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH
Beriman dengan Allah S.W.T adalah ubat penyakit jiwa yang paling mujarab. Sikap positif dan ketabahan hati dalam menghadapi masalah mencerminkan keimanan. Ia dapat dijadikangaris ukuran kejayaan atau kegagalan seseorang itu mengatasi masalahnya. William James (1982 dim. Wan Hussain Azmi, 1995), ahli falsafah dan pakar jiwa Amerika berkata: "Bahawa sebesar-besar ubat bagi perasaan bimbang ialah iman. Iman adalah kekuatan yang mesti ada bagi menolong seseorang untuk hidup, dan kehilangannya menjadi satu ingatan bahaya tentang timbulnya kelemahan daripada memikulkesukaran hidup.... "
CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH Sejarah Islam telah menyatakan kejayaan "Iman dengan Allah S.W.T" menyembuhkan diri manusia daripada penyakit-penyakitnya dan memberi rasa aman dan tenteram (ketenangan) dan juga memelihara diri daripada rasa bimbang dan penyakit-penyakit jiwa yang boleh timbul daripadanya. Beberapa cara seseorang individu itu dapat mengukuhkan keimananya terhadap Allah serta melahirkan ketenangan, mententeramkan perasaan, mengimbangkan segala desakan dan kemahuan serta meminta keampunan di atas segala kesilapan yang telah dilakukan. Antara amalan yang dicadangkan seperti berikut: SEMBAHYANG Sembahyang merupakan tiang agama dan tempat berlindungnya segala keyakinan. Sembahyang mempunyai rahsia-rahsia kebatinan yang dapat menyuluh keindahan dan membina ketenteraman. Melalui sembahyang juga manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya. Keistimewaan sembahyang ditegaskan juga oleh Rasullah s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud :"Barangsiapa yang menunaikan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan rukunnya, sujudnya dan khusuknya, nescaya sembahyang itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. "Tiada seorang muslim pun bersujud kepada Allah dengan sekali sujud melainkan Allah mengatakan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa). "
CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH
PUASA Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya ialah menjadikan puasa itu benteng dan pelindung daripada tipu daya syaitan dan angan-angan. Puasa dapat melatih mendisplinkan diri dan membina kesabaran. Keduaduanya merupakan mekanisme intrinsik yang wajib dibentuk oleh manusia dalam menghadapi segala cabaran.Jelasnya puasa adalah cara menahan diri daripada hawa nafsu dan ia merupakan rahsiadalam diri seseorang yang tidak boleh dilihat melainkan Al1ah S.W.T.
CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH ZIKIR, DOA DAN ISTIGHFAR Tiada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan dan dosa. Namun manusia tetap mempunyai harapan menyelamat dan membersihkan dirinya daripada dosa yang pernah dilakukannya kerana Allah S.W.T Maha pengampun dan Maha penyayang. Bagi seseorang yang ingin balik ke pangkal jalan dan ingin menemui ketenangan batin, maka zikir dan doa adalah di antara amalan yang amat berharga. Ia perlu dilalcukan secara tetap dan berterusan. Doa pula adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T bagi ummahnya meminta sesuatu daripadanya, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan fizikal atau spiritual. Menyebut nyebutn ama Al1ah melalui zikir dan meminta limpah kurniaNya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari ketenangan hidup. Istighfar pula membawa erti tunduk:. Tujuannya ialah menghindarkan diri membuat kekhilafan atau dosa. la merupakan satu cara mencari perlindungan dari kemungkinankemungkinan membuat salah dan berjaga-jaga dalam segala segi, sarna ada peraturan,perbuatan atau pemikiran.
CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH
TAFAKUR Tafakur atau berfikir dianggap sebagai penyuluh diri ke arah mengenal pencipta dan ciptaannya. Ia merupakan pemusatan segala tumpuan perhatian kepada sesuatu dengan menghitung setiap liku dan megambil kira segala tindak tanduk: yang mungkin baginya.Berfikir dan mengingatingat akan sesuatu perkara akan menambahkan ilmu pengetahuan dan kecintaan terhadapNya. Hati akan berubah, begitu juga anggota badan. Oleh itu, pemikiran adalah pokok atau kunci kepada segala kebajikan. Ketika bertafakur, seseorang itu perlu menilai anggota tubuhnya, daripada lidahnya kepada telinganya, perutnya, matanya dan anggotaanggotanya yang lain sehingga ia boleh memelihara dirinya daripada bahaya-bahaya yang boleh membinasakan amalan-amalan dirinya sendiri (Hamzah (1988) dalam Kamal, 1995).
KESIMPULAN KESIMPULAN Islam bertujuan untuk membentuk insan ke arah kekamilan dan dapat hidup bersama-sama masyarakat dengan kehidupan yang sederhana. Kaunselor berperanan membantu individu dalam mengenal dan memahami dirinya sendiri agar dapat menyesuaikan kehidupan dalam persekitaran yang sewajarnya, untuk individu rasa lebih terbuka terhadap pengalamanpengalaman mereka serta dapat menerima orang lain. Justeru itu ia perlu berusaha untuk bekerja dalam konteks budaya Islam bahawa tidak ada cara lain yang dapat membantu dan membela manusia melainkan hanya dengan satu cara iaitu cara Islam