DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING
WPK 613 Isu-Isu Psikologi dan Kaunseling dari Perspektif Islam dan Barat (Minggu 2) Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam
PEMBANGUNAN ROHANI MANUSIA MENGIKUT PSIKOLOGI MODEN • Darwin menyatakan bahawa manusia adalah spesis haiwan bergelar HomoSpeins yang secara evolusinya bertukar menjadi haiwan yang berfikir (rational being) yang jauh lebih moden dan maju daripada nenek moyang mereka dan golongan mamalia yang sama seperti monyet dan orang hutan. • Manusia dalam aspek ini berbentuk jasad dan berkemungkinan mempunyai aspek bukan fizikal seperti minda, emosi dan jiwa (pysche), tetapi aspek-aspek tersebut ditafsirkan sebagai kejadian alam benda (khasnya dalam fahaman psikologi barat). • Kajian dan pemahaman mengenai tingkah laku manusia kepada psiklogi barat seperti Behaviorisme – konsep manusia sebegini dirasakan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Tuhan atau alam ghaib seperti dosa, pahala, kehidupan selepas mati, malaikat, jin dan etika ketuhanan kerana fenomena ghaib tersebut dianggap wujud akibat penciptaan pemikiran dan budaya manusia itu sendiri.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Perbezaan dan Persamaan Isu-Isu Psikologi dan Kaunseling dari Perspektif Islam dan Barat
Perspektif Islam
Pembangunan rohani manusia berfokuskan Tuhan Pembanguan manusia untuk Tuhan (dunia & akhirat)
Pendekatan amat mendalam – menyentuh hati & pembaikan jasad dan rohani seseorang manusia
Perspektif Barat Pembangunan manusia untuk manusia
Pembangunan manusia bersekitar di dalam kehidupan dunia sahaja Pendekatan bersifat luaran, terpisah-pisah dan sementara
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Sumber dan Sifat ilmu tentang konsep manusia dari perspektif Barat & Islam Islam
Barat
Bersifat menyeluruh, berhubungkait dengan fenomena alam sejagat dan komprehensif
Bersifat amat khusus sehingga berfokus kepada sebahagian kecil ruang lingkup kejadian manusia (Wilcox, 1995)
Elemen kepercayaan dan beriman kepada perkara-perkara ghaibbagaimana manusia harus mewujudkan hubungan yang penciptanya, lantas permasalahan mereka mampu dihadapi dengan hidayat dan pertolongan Tuhan
Pemikiran spekulatif (logic of speculative thought) yang menekankan kepada pembuktian benar atau salah sesuatu hipotesis melalui bukti-bukti yang mampu didemonstrasikan –menolak perkaraperkara ghaib seperti Tuhan, pahala dan dosa, hidup selepas mai
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kesimpulan Pembangunan Rohani (Islam & Barat) • Pembangunan rohani kedua-dua pendekatan dirasakan hanya mampu mewujudkan manusia separuh sempurna. •Pembangunan rohani psikologi moden menjurus kepada kesihatan mental dan kestabilan emosi manusia yang bersifat jasad sebagi persediaan untuk berfungsi secara normal dalam masyarakat yang didiaminya. •Manakala pembangunan rohani tasawuf menjurus kepada ketenangan jiwa (al Fajr 89:27-30) dan mencapai makrifat Tuhan melalui pengala,am dalaman secara langsung. Jika telah tercapai sedemikian maka manusia tersebut dijamin mendapat kebahagian di dunia dan di alam akhirat. •Pendekatan pembangunan manusia seharusnya menggabung kedua-dua pendekatan.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
BAGAIMANA CARA MENGENDALIKAN DIRI ? Journal of Experimental Social Psychology, perasaan marah sebenarnya dikarenakan adanya pikiran negatif terhadap suatu hal (Dominik Mischkowski) 1.Kembali melihat situasi Untuk menguasai marah yang berlebihan, cuba kembali melihat situasi yang membuat anda marah. Fikirkan apakah penyebabnya. Hal ini dapat membantu seseorang dalam mengendalikan diri.
2. Analisis Masalah Tanyakan kepada diri sendiri mengapa anda merasa marah yang begitu besar dan apa penyebabnya. Dengan mengetahui secara jelas masalah yang ada, anda boleh memiliki kemampuan untuk menguasai amarah yang meledak.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
BAGAIMANA CARA MENGENDALIKAN DIRI ? 3. Selesaikan Masalah Bagi sebagian orang, menonton film atau video lucu dapat membuat perasaan lebih tenang. Namun, hasilnya hanya bertahan beberapa waktu saja. "Karena anda selalu berinteraksi dengan orang lain, terutama orang yang telah membuat anda sangat marah, maka perasaan itu boleh kembali lagi suatu saat jika tidak diselesaikan.Ada terdapat beberapa cara untuk dapat mengendalikan diri sendiri antara lain : 1. Mengenali diri kita sendiri dan mengidentifikasi apa yang sesungguhnya anda rasakan. Setiap kali suatu emosi tertentu muncul dalam fikiran, anda harus dapat menangkap pesan apa yang ingin disampaikan dan di rasakan oleh kita apakah marah, senang, sedih atau hal lainnya. 2. Memahami dari emosi yang timbul dari diri kita sendiri apakah itu negatif atau positif ??? Jika kita dapat memahami dari emosi yang timbul itu maka kita boleh mengetahui apa yang akan terjadi dari emosi yang ada tersebut. Jadi emosi hanyalah awal dari respon manusia dalam sebuah peristiwa atau kejadian. Kemampuan kita untuk mengendalikan dan mengelola emosi dapat membantu anda mencapai kejayaan. Ustazah Nek Mah Batri -MA
BAGAIMANA CARA MENGENDALIKAN DIRI ?
3. Berusaha mengetahui pesan yang disampaikan emosi, dan meyakini bahwa kita boleh berhasil menangani emosi ini sebelumnya dan dengan bergembira kita mengambil tindakan untuk menanganinya. 4. Lakukan terus dan ingatlah kegagalan adalah pengalaman terbaik di mana kita boleh belajar untuk menutupi kekurangan yang ada dalam kita sendiri dan itu adalah kemampuan kita dalam mengelola emosi, kerana kitalah sesungguhnya yang mengendalikan emosi atau perasaan kita, bukan sebaliknya. Dan sadarilah bahwa hidup masih panjang dan kita masih memerlukan orang lain dalam hidup kita. Ingat anda bukan siapa siapa
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam Dalam kaunseling Islam, proses intervensi menjurus kepada membentuk semula dan mengubah personaliti manusia dengan pengiktirafan terhadap fitrah dan keperluan manusia dalam membentuk kesempurnaan dan al-Falah (kesejahteraan dunia dan akhirat). Dalam hal ini, Abd. Rahman (1992) telah cuba mengariskan aplikasi intervensi ini supaya kaunselor dapat membawa dunia klien untuk membina pemilihan alternatif penyelesaian dengan melibatkan kaedah-kaedah berikut:
i) Pengikatan Keyakinan dan Kepercayaan (Akidah) Kaedah ini melibatkan dua perkara, iaitu pengikatan kepercayaan dan akidah dan pengikatan amalan. Menerusi kaedah pengikatan klien kepada kepercayaan dan akidah ini, klien akan dihubungkan secara konsisten dengan Allah SWT. Dalam hal ini, nikmat keimanan yang dikecap melalui perlaksanaan perintah Allah dan menjauhi laranganNya menjadi teras pertahanan seseorang muslim daripada terlibat dengan perkara yang membawa kerosakan kepada diri sendiri akan disematkan dalam diri klien (Hairunnaja Najmuddin,2002).Contohya mengikat keyakinan dan kepercayaan klien kepada rukun Iman .
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam
ii) Pembinaan pemikiran Kaedah ini menjurus kepada pembinaan pemikiran sedar yang pada akhirnya akan menimbulkan keinsafan dalam diri klien. Kaedah ini menumpukan usaha kearah memusatkan pemerhatian dan pemikiran klien terhadap tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah (Hairunnaja 2002). Kaedah pembinaan pemikiran ini terbahagi kepada dua iaitu:· Kesedaran melalui pemerhatian, Kaedah ini akan menyedarkan klien melalui pemerhatian dan berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al Ghaasyiyah ayat 17 hingga 20 yang bermaksud:“ Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan?. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?., Dan gunung –gunung bagaimana ia ditegakkan?. Dan Bumi bagaimana ia dihamparkan?.”
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam
Kesedaran melalui renungan Kaedah ini akan membuatkan klien berfikir melalui renungan melalui firman Allah SWT melalui surah Al Nahl ayat 10 dan 11 yang bermaksud :“ Dialah Allah yang menurukan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya untuk minuman dan sebahagiannya untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan, yang mana tempat tumbuhannya kamu mengembalakan ternakan kamu. Dia menumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma dan segala buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang memikirkannya.”
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam
Kaedah Pengikatan Riadah dan Reakrasi Kaedah ini menumpukan pembinaan dan penyuburan tenaga jasmaniah yang akan menghasilkan unsur-unsur kekuatan dan membentk kesihatan diri (Abd. Rahman, 1992). Oleh itu, menerusi aktiviti riadah dan reakrasi akan melengkapkan keperluan jasmani klien untuk mencetuskan ketenangan dan kedamaian jiwa dan fikiran. Sebagai contoh klien boleh digalakkan untuk bersukan dan bersenam mengikut kesesuaian masa dan tahap kesihatan masing-masing, namun begitu klien masih perlu melaksanakan dasar-dasar Islam semasa melaksanakan keedah ini iaitu:•Menanam niat yang baik iaitu untuk membina kekuatan dan menjaga kesihatan. •Menjaga batasan syarak iaitu dengan memmelihara kod etika Islam dalam berpakaian, pergaulan antara lelaki dan perempuan dan lain-lain
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam Kaedah Pengikatan Masyarakat Meningkatkan kefahaman klien tentang persekitaran berdasarkan tuntutan akidah dan akhlak Islam. Dalam Islam, hubungan dalam komuniti yang akrab dan padu menjadi tuntutan. Hal ini akan membina satu sistem sokongan antara satu sama lain yang berteraskan pepatah yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Oleh itu individu yang bermasalah tidak akan terasa diri mereka dipinggirkan kerana akan sentiasa ada dalam komuniti individu yang akan menghulurkan bantuan.
Persekitaran yang rencam antara faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan seseorang individu. Oleh itu klien perlu diberi tunjuk ajar untuk mengenalpasti manusia yang berpekerti mulia dan digalakkan agar membina hubungan dengannya, di samping mengambil pengajaran yang baik dan tidak mencontohi sifat-sifat buruk dan merosakkan (Hairunnaja, 2002).
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam Klien perlu diajar cara untuk mengenal manusia yang soleh dan bersih dan digalakkan mereka supaya bersahabat dengan orang-orang tersebut. Ekoran dari itu mereka akan mencontohi akhlak orang-orang yang mereka berkawan itu. Klien juga akan digalakkan agar mengambil pengajaran dari contoh-contoh yang baik dan bukannya contoh yang buruk dan memudaratkan. Kaedah Pencegahan Kaedah pencegahan ialah kaedah yang mencegah individu daripada terlibat dengan gejala yang memudaratkan dan menyesatkan. Al Quran dan Al Sunnah sering memberi amaran dan tegahan agar tidak membawa diri individu kepada kehancuran dan merosakkan (Mohd Noor Saper dan Mohd Yunus, 2006). Sebagai contoh, klien boleh didedahkan atau diingatkan kembali terhadap sesuatu amalan yang merosakan kesihatan seperti kempen-kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan tentang bahaya merokok, pengambilan gula berlebihan. Gaya hidup bebas, HIV, AIDS dan sebagainya.
Ustazah Nek Mah Batri -MA
Kaedah Pemulihan dan Intervensi Dalam Kaunseling Islam Intervensi Melalui Amalan Penjernihan Jiwa Hassan Langgulung (1995) telah mengariskan beberapa amalan kea rah tazkiyah an-nafs seperti berikut: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. XII.
XIII.
Solat (Sembahyang) Puasa Zakat Haji Membaca Al Quran Zikir Bertafakur (befikir) pada kejadian makhluk ciptaan Allah SWT Mengigati mati Muraqabah, muhasabah, mujahadah dan muatabah Jihad, amar makruf dan nahi mungkar Khidmah dan tawaduk Mengetahui jalan-jalan masuk syaitan ke dalam jiwa dan menghalangnya Mengetahui penyakit-penyakit hati dan menghindarinya Ustazah Nek Mah Batri -MA
Ustazah Nek Mah Batri -MA