LAPORAN KURSUS PRA PERAJURIT MUDA DAN ASAS PERAJURIT MUDA PASUKAN LATIHAN ANGGOTA SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (PLASTLDM) DI KD SRI KLANG (KDSK) Disediakan Oleh : Rohana binti Hasan & Nur Yuhaniz bt Ahmad Mutadza 15 April 2016 – Kursus Pra Perajurit Muda Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLASTLDM) diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bermula 15 April 2016 hingga 17 April 2016. Kursus Pra ini dibuat bagi pelajar PLASTLDM membuat penyediaan ilmiah, fizikal dan mental bagi mengikuti kursus sebenar di KD SRI KLANG bermula dari 18 hingga 23 Apr 2016. Seramai 75 orang Perajurit Muda (PTM) dari Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam (PSA) dan Politeknik Kuching,Sarawak (PKS) yang telah menyertai kursus ini. Kesemua peserta kursus ini telah dikategorikan sebagai rekrut Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Di Raja Malaysia (PSSTLDM). Kursus Asas Perajurit Muda ini bertujuan untuk memberi maklumat serta garis panduan berhubung perlaksanaan dan pentadbiran sepanjang kursus yang telah berlangsung. Antara aktiviti dan latihan yang dibuat sepanjang kursus adalah latihan kawad kaki, kelas dokumentasi PSSTLDM, kelas struktur organisasi TLDM, taklimat senjata kecil, kelas elaun dan tuntutan, latihan renang, kelas general comm/naval ceremony , kelas MKMA teori dan praktikal , kelas ilmu kelautan serta kelas semboyan. Objektif kursus ini ialah mematuhi keperluan latihan bagi PTM PSSTLDM untuk latihan yang disediakan, memberi pendedahan kepada PTM mengenai peranan serta tugas
PSSTLDM
dalam
mengaugmentasi
Angkatan
Tetap
TLDM
semasa
darurat/perang, tugas-tugas operasi keselamatan dalam negeri serta penglibatan mereka bersama TLDM untuk membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam, menerapkan nilai ketenteraan serta membentuk sahsiah diri PTM yang berdisiplin tinggi seiring dengan amalan dan mutu kerja yang berkualiti di dalam TLDM dan memberikan pendedahan dan menyesuaikan PTM dengan pengetahuan dan budaya hidup TLDM.
Kursus Asas Perajurit Muda PLASTLDM yang telah dilalui oleh PTM telah memberi kesan yang baik terhadap pelajar secara keseluruhannya.Ia juga dapat dilihat berdasarkan kepada keupayaan pelajar yang terlibat dalam semua aktiviti yang dijalankan dan dilaksanakan. Aktiviti ini mempunyai nilai tambah dan boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Selain itu juga, aktiviti ini juga merupakan insiatif pasukan untuk mengukuhkan keakraban
dan
mewujudkan
satu
ukhwah
silaturrahim
sesama
POLITEKNIK
MALAYSIA PLAS TLDM bersama 3 Politeknik bekerjasama. Selain itu, ia juga dapat menerapkan nilai ketenteraan serta membentuk sahsiah diri PTM yang berdisiplin tinggi seiring dengan amalan dan mutu kerja yang berkualiti di dalam TLDM. Sebarang kesulitan dan masalah yang dihadapi ketika menjalani kursus asas ini dianggap sebagai satu cabaran yang menguatkan lagi mental serta fizikal pelajar dan mengetahui cara untuk mengatasi masalah pada masa akan datang. Jurulatih P/PW II PAP Mohd Fuad bin Kamal Jamil, LT M PSSTLDM Nik Amir bin Nik Mat dan beberapa jurulatih daripada KD SRI MEDINI serta beberapa jurulatih daripada KD SRI KLANG banyak membantu pelajar dalam menjalani kursus di KDSK. Pada akhir kursus ini, setiap PTM telah diberikan ujian bertulis mengenai perlaksanaan dan pentadbiran TLDM yang dipelajari sepanjang kursus ini untuk menentukan samada PTM lulus untuk kursus asas ini. Selepas ujian bertulis dijalankan, sesi bergambar bersama CO KD SRI KLANG dan juga pegawai tertinggi telah dijalankan.
GAMBAR SEPANJANG KURSUS ASAS DIJALANKAN
PTM diberikan taklimat oleh Lt Kdr Asmira bin Ashari (PSA)
PTM sedang menjalani kelas kawad kaki di padang kawad
PTM sedang menghadiri kelas yang ditetapkan sepanjang kursus ini
Antara aktiviti pemanasan badan yang dilakukan oleh PTM sebelum aktiviti sukan
Lawatan malam sedang dijalankan bagi memeriksa tahap kebersihan bilik PTM
Aktiviti sukan yang dijalankan sepanjang kursus ini
Menjamu selera dan berkongsi makanan bersama PTM lain
Antara aktiviti latihan renang yang sedang dijalankan
Aktiviti pada waktu malam sebelum pipe down
Persiapan majlis malam mesra dan penutup kursus
PTM bekerjasama menyiapkan persiapan akhir majlis malam mesra
Ucapan oleh CO KD SRI KLANG
Upacara penyampaian cenderahati dan sijil
Sesi bergambar bersama CO KD SRI KLANG
Sesi ujian bertulis yang berlangsung
PTM bergambar dihadapan kapal yang berlabuh berhampiran KD SRI KLANG
Sesi bergambar bersama seluruh pihak yang terlibat semasa kursus asas berlangsung