1.
PENGENALAN Sekalung Tahniah kepada anda dan keluarga di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan Konvokesyen adalah upacara yang amat bererti kepada anda dan kaum keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini dapat berjalan lancar. Semoga Buku Panduan ini dapat membantu anda.
2.
ISTIADAT KONVOKESYEN Istiadat Konvokesyen Kelapan Belas Universiti akan diadakan pada 20 hingga 24 September 2016 bertempat di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3.
ETIKA PAKAIAN GRADUAN Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti. Lelaki
: Berbaju Melayu lengkap bersamping, atau Lounge suit termasuk seluar panjang berwarna hitam, atau Baju kemeja berlengan panjang warna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam dan Kasut kulit hitam dan sarung kaki hitam. (Kasut sukan tidak dibenarkan)
Wanita : Baju kurung/Baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (split). Graduan mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian. Gaun dan skirt hendaklah labuh ke bawah paras lutut. Warna pakaian adalah bebas. Kasut sarung dengan tinggi tumit sekurang-kurangnya 1 inci. (Selipar adalah tidak dibenarkan)
4.
PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN 4.1
Anda boleh meminjam pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board/bannet) mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang dipaparkan dalam laman web konvokesyen UPSI.
4.2
Peminjaman selepas dari tarikh dan waktu yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan kecuali bakal graduan Borneo.
4.3
Anda dikehendaki melengkapkan mengesahkan kehadiran ke Istiadat Konvokesyen, membuat pilihan saiz jubah dan mencetak Borang Pinjaman Jubah melalui Sistem Jemputan Konvokesyen.
4.4
Panduan saiz jubah boleh dirujuk ketika membuat pilihan saiz jubah.
4.5
Semua bakal graduan sama ada hadir atau tidak dikehendaki membuat pengesahan kehadiran.
4.6
Bakal graduan yang mewakilkan rakan untuk membuat peminjaman pakaian akademik juga harus membuat pengesahan kehadiran dan membuat pilihan saiz jubah. Borang Pinjaman Jubah yang dicetak melalui sistem perlu diserahkan kepada wakil bersama slip bayaran yuran konvokesyen, slip pengesahan kajian pengesanan graduan dan borang kebenaran wakil untuk pinjaman jubah semasa datang membuat peminjaman pakaian akademik.
4.7
Seorang rakan hanya boleh mewakilkan seorang rakan lain sahaja untuk membuat pinjaman pakaian akademik.
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI
5.
6.
7.
8.
BAYARAN 5.1
Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran yuran konvokesyen sama ada hadir atau tidak ke Istiadat Konvokesyen UPSI.
5.2
Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan masih belum menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.
5.3
Jumlah dan kaedah bayaran yuran konvokesyen boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.
5.4
Bayaran yuran konvokesyen bagi graduan francais bolehlah dirujuk kepada universiti/kolej masing-masing.
RAPTAI 6.1
Semua bakal graduan adalah dialu-alukan untuk hadir ke sesi raptai Istiadat Konvokesyen bagi mendapatkan gambaran sebenar istiadat yang akan berlangsung.
6.2
Tarikh dan lokasi raptai boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.
MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN 7.1
Semua bakal graduan diwajibkan melaporkan diri lengkap dengan pakaian akademik untuk perarakan graduan di Panggung Percubaan pada sesi masing-masing yang boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.
7.2
Masa melapor diri bagi graduan sesi pagi ialah 7.15 pagi dan bagi graduan sesi petang ialah 1.30 tengah hari.
7.3
Bakal graduan akan disusun mengikut nombor giliran menerima Ijazah (nombor giliran adalah seperti yang tercatat dalam kad nama graduan). Kad nama graduan akan diberikan kepada setiap bakal graduan semasa bakal graduan melapor diri di Panggung Percubaan pada Hari Konvokesyen. Kad nama yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk diserahkan kepada petugas semasa anda berdiri untuk naik ke pentas di dalam dewan bagi menerima ijazah.
7.3
Bakal graduan yang mempunyai ketidakupayaan untuk berdiri lama boleh dikecualikan daripada mengikuti Perarakan Graduan. Bakal graduan perlu memaklumkan ketidakupayaan kepada pegawai bertugas semasa melapor diri di Panggung Percubaan.
7.4
Sebuah bilik solat ada disediakan di dalam Panggung Percubaan bagi kemudahan graduan muslim.
PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH 8.1
Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
8.2
Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Panggung Percubaan dan Dewan Besar mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Kad Nama Graduan.
8.3
Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Doktor Falsafah/ Sarjana/Diploma Pendidikan/Sarjana Muda/Diploma.
8.4
Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima ijazah masing-masing. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Para graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
2
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI
9.
10.
11.
8.5
Apabila nama graduan diumumkan; i) graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor. ii) tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas). iii) terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan dengan kedua belah tangan. iv) beri ucapan “Menjunjung Kasih Tuanku” kepada Tuanku Canselor dan “Terima kasih” kepada Pro Canselor. v) undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal. vi) bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan iaitu di sebelah hadapan kiri dewan (menghadap pentas).
8.6
Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.
PERARAKAN GRADUAN MASUK DAN KELUAR DEWAN 9.1
Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan mengikut nombor giliran masing-masing untuk masuk ke Dewan Besar.
9.2
Bakal graduan adalah diingatkan untuk tidak meninggalkan dewan sepanjang istiadat berlangsung.
9.3
Graduan akan berarak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”.
9.4
Semua pergerakan graduan masuk dan keluar dewan hendaklah mengikut Pepandu Perarakan dan arahan pegawai istiadat yang bertugas.
JEMPUTAN KEPADA TETAMU GRADUAN 10.1
Semua bakal graduan akan diberikan sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu. Kanakkanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian akademik.
10.2
Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad jemputan. Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari masuk ke dalam dewan.
GAMBAR Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.
12.
PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK DAN TUNTUTAN SKROL/TRANSKRIP 12.1
Graduan boleh membuat pemulangan pakaian akademik selepas istiadat konvokesyen bagi program masing-masing selesai atau selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas itu mengikut masa dan tempat seperti dalam laman web konvokesyen UPSI.
3
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI
12.2
Graduan yang telah memulangkan pakaian akademik dengan lengkap akan diberikan sekeping Kad Pemulangan Jubah yang perlu dikemukakan kepada petugas sewaktu membuat tuntutan skrol/transkrip masing-masing.
12.3
Lokasi tuntutan skrol/transkrip adalah di Bangunan Pusat Pelajar yang terletak di belakang Dewan Besar. Graduan boleh mengikut tanda arah yang telah disediakan.
12.4
Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:
BIL.
PERKARA
1.
Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar sehari lewat)
2.
Denda rosak/hilang jubah
400.00
300.00
3.
Denda rosak/hilang mortar board (topi)
80.00
70.00
4.
Denda rosak/hilang hood
50.00
40.00
5.
Denda rosak/hilang semua pakaian akademik
450.00
350.00
12.5
Graduan yang tidak berkesempatan memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang ditetapkan boleh mewakilkan kepada rakan lain untuk memulangkannya dengan menggunakan borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Akademik.
12.6
Skrol/transkrip akademik tidak akan dikeluarkan kepada graduan yang gagal memulangkan pakaian akademik yang lengkap dan graduan berhutang.
12.4
Skrol/transkrip akademik hanya akan dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas dokumen tersebut.
12.5
Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut : BIL.
13.
KADAR (RM) SARJANA MUDA / IJAZAH LANJUTAN DIPLOMA 10.00 10.00
PERKARA
KADAR (RM)
1
Bayaran Salinan Transkrip
10.00
2
Bayaran Salinan Ijazah
60.00
12.6
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen berkenaan boleh dibuat kepada Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
12.7
Graduan juga boleh memberi kebenaran kepada pihak universiti untuk menguruskan perkhidmatan pos skrol/transkrip. Borang kebenaran Pos Skrol/Transkrip akan mula dimuatnaik dalam laman web konvokesyen UPSI dua minggu selepas Istiadat Konvokesyen berakhir.
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (ONLINE) 13.1
Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.
13.2
Semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen.
13.3
Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapkan semasa mendaftar untuk membuat peminjaman Pakaian Akademik. Graduan yang gagal melengkapkan maklumat ini tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman Pakaian Akademik.
4
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI
14.
PERTANYAAN Pertanyaan mengenai konvokesyen bolehlah dirujuk kepada:
17.1
Kehadiran, Pakaian Akademik, Skrol/Transkrip Akademik Unit Pengijazahan Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan No. Telefon : 05-450 6994 / 6313
17.2
Gambar Rujuk laman web konvokesyen UPSI
17.3
Alumni Pusat Perhubungan Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris Tel : 05-450 5325
17.4
Kewangan Unit Kewangan Pelajar dan Kolej Jabatan Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan No. Telefon : 05-450 6309 / 015-4811 7744
5
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI
NOTA
Segala bentuk borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Konvokesyen di alamat url http://konvokesyen.upsi.edu.my
Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah betul sewaktu buku ini dicetak. Pihak Universiti berhak menambah, meminda dan membetulkan mana-mana kandungan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada graduan.
6