NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
LAPORAN REFLEKSI user KUMPULAN 3: NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
MOHD NASHRIQ BIN MOHD ISKANDAR GA02048 (EDITING, PELAKON,JURUKAMERA) NORAINI BINTI ATSARI GA02070 (PELAKON,PENULIS SKRIP) NUR NAIM BIN NORAZMAN GA02061 (PELAKON,JURUKAMERA) NUR ANISA BT ABD RAHMAN GA01915 (PELAKON,JURUKAMERA) SAIFUL BIN MUSA GA01937 (PELAKON UTAMA) NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN GA02040 (PELAKON, PEMBENTANG, PENULIS SKRIP) 1
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.
Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.
Kebolehan
mengembangkan
dan
memperbaiki
kemahiran
berfikir
seperti
menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif .
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.
OBJEKTIF 1. Supaya memiliki pemikiran yang kritis agar berbeza dengan pemikiran rakan-rakan 2. Dapat membantu pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif 3. Berkebolehan aplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan 4. Mendidik diri dari segi kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi yang sukar dan kabur, serta membuat penilaian 5. Membantu meningkatkan kebolehan, mengembang dan membaiki kemahiran berfikir.
2
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? Kemahiran Berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran Berfikir Secara Kritis Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaianandaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
3
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: • menjana dan menghasilkan idea, • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. • menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. TUGASAN 1 Tugasan bagi kod HHHC9501 ialah setiap kumpulan perlu membentangkan dan mengulas tugasan kumpulan lain yang pilih secara rawak pada awal kelas. Kumpulan saya (kumpulan 3) bertanggungjawab untuk mengulas pembentangan kumpulan 4. Kumpulan 4 telah membentang isu dari 3 video yang berlainan. Daripada pemerhatian saya, isu yang ingin diketengahkan dalam video pertama menunjukkan semangat kerjasama dan pemikiran kritis tiga ekor semut yang ingin melintas jalan dimana keadaan jalan tersebut terputus hubungan akibat tanah runtuh. Ketiga-tiga ekor semut ini sepakat mengangkat penghadang jalan yang diperbuat oleh sebatang kayu untuk dijadikan jambatan. Namun dipertengahan video tersebut saya dapat melihat satu sisi yang berbeza apabila ketiga-tiga semut tersebut mengangkat semua jambatan yang mereka letak. Saya bersependapat dengan Dr. Zaini, bahawa adalah lebih baik kayu itu kekal disitu tanpa dialihkan sebagai jambatan. Tindakan semut tersebut jika tidak mengalihkan kayu terbabit menyebabkan semut lain yang berkemungkinan melalui jalan itu dapat mengguna jambatan tersebut tanpa sebarang masalah. Malah, secara tidak langsung ketiga-tiga semut tersebut telah membantu semut yang lain dan memberi kemudahan kepada mereka. Pengajaran yang dapat kita ambil daripada video ini adalah, adakalanya kita perlu berfikir keperluan orang lain selepas keperluan kita selesai. Video kedua memaparkan cerita animasi Upin & Ipin dalam tajuk siri “Tolong Ijat”. Cerita ini berkisarkan rakan sekelas Upin dan Ipin, Ija, dimana rumahnya terlibat dalam kebakaran menyebabkan keluarganya kehilangan tempat tinggal dan kerugian harta benda. Sebagai rakan sekelas, sahabat pasangan kembar ini sepakat dengan semua rakan sekelas mereka untuk membuat kutipan derma daripada orang kampung bagi membantu Ijat sekeluarga. 4
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
Semangat setia kawan yang dipaparkan dalam video ini banyak member kesan positif kepada kita terutamanya mengenai semangat setia kawan dan bantu membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini jelas apabila Jarjit dan Mei Mei turut membantu membuat kutipan dan memberi sokongan moral kepada Ijat. Sebagai sahabat kita perlu saling bantu membantu dan saling percaya antara satu sama lain. Kejujuran, sikap bantu-membantu dan bertolak ansur adalah asas mudah dalam sesuatu perhubungan terutamanya dalam persahabatan. Apa yang ingin disampaikan oleh kumpulan 4 melalui video ketiga ialah, semangat kepimpinan, disiplin dan kerjasama berpasukan. Video ini memaparkan seekor semut yang berperanan sebagai ketua didalam pasukannya yang sanggup bergadai nyawa demi memastikan pasukannya selamat untuk melintas kawasan pergunungan. Pada permulaan video, sang ketua berperanan untuk mencuba terlebih dahulu kekuatan jambatan sedia ada. Setelah jambatan berkenaan di yakini selamat sang semut bertindak memberi arahan kepada pasukannya melalui jambatan tersebut. Dipertengahan perjalanan jambatan menunjukkan tanda-tanda bakal runtuh. Ketua semut terus bertindak unti patah balik dan memikirkan jalan penyelesaian. Akhirnya, hasil daripada patuh pada arahan ketua dan sikap kerjasama, pasukannya berjaya menyiapkan kapal terbang yang dibina dengan kertas. Hasilnya mereka dapat menyeberang kawasan pergunungan terbabit. Sebagai seorang ketua, semestinya kita memerlukan sikap kepimpinan yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keperluan anak buah dan pekerja bahawahan. Hal ini kerana tanpa mereka yang bekerja dibawahan segala kerja dan perancangan tidak dapat disempurnakan dengan mudah dan lancar. Malah sikap patuh pasukan semut terbabit terhadap arahan ketua memudahkan kerja pembinaan dilakukan. Hal ini, amat penting kita praktikkan apabila kita berada di atas sebagai ketua. Kebajikan anak buah adalah keutamaan ketua terutamanya dalam memberi arahan dan memikirkan keputusan yang terbaik.
5
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
HHHC9401 : KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Etika dan moral profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.
Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional.
Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika.
Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL Etika adalah merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkahlaku individu dan ditetapkan oleh peradaban manusia. Etika professional boleh diamalkan melalui penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupaan seharian. Antara nilai-nilai murni ialah; 1. Adab sopan 2. Peramah 3. Komitmen 4. Bertanggungjawab 5. Berilmu pengetahuan 6. Berfikiran positif Oleh itu, remaja yang professional perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai murni ini adalah berkaitan dengan keperibadian mulia. Aristotle (384-322 s.m) menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secar berkesan. Contohnya aktiviti bekerjasama dapat memberikan kebaikan kepada umum.
6
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
Tanggungjawab profesional dibahagikan kepada empat kategori iaitu;
Kebaikan diri sendiri- merupakan asas dan panduan dalam pengalaman autonomi dan tanggungjawab moral. Penekanannya ialah kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral. Contohnya memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan.
Kebaikan untuk masyarakat – merupakan kebaikan kepada masyarakat mementingkan kebaikan yang diperoleh oleh klien dan masyarakat umum berikutan sesuatu tindakan. Perkara yang diutamakan ialah keadilan dalam hal menghormati hak seseorang khususnya hak untuk membuat keputusan.
Kebaikan kepada kumpulan- merupakan aspek penting yang ditekankan iailah semangat kerja berpasukan, bekerjasama, kebolehan komunikasi secara berkesan dan kepimpinan.
Kebaikan kemahiran – adalah berkaitan dengan kecekapan, ketekunan dan kreativiti. Ciri-ciri keperibadian mulia mempunyai kaitan rapat dengan sifat integriti dan menghormati diri-diri.
Faktor-faktor yang mempengaruhi etika professional Tindakan yang dilakukan samada beretika atau tidak beretika adalah disebabkan daripada interaksi antara beberapa unsur yang kompleks antara perkembangan moral dengan pembolehubah lain seperti ciri-ciri individu, bentuk struktur organisasi, budaya organisasi dan tahap kritikal sesuati isu etika itu. Sebagai pelajar yang berjaya, kami perlu mengelakkan diri daripada sikap-sikap negatif. Antara sikap negatif ialah; 1. Cepat putus asa 2. Pemarah 3. Malas 4. Sombong 5. Riak
7
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
HHHC9601 : KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian sasaran organisasi. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan membelakanginya sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai sasaran organisasi.
Kepimpinan dalam Islam. Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: ‘Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya. 10 sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang sempurna:
Yakin.
Mengamalkan Shura.
Berpengetahuan.
Petah.
Adil.
Sabar.
Berdaya Usaha.
Lemah-lembut tapi tegas.
Rela berkorban 8
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
Rendah diri dan takut kepada Allah S.W.T (Taqwa)
Melalui kerja berpasukan pula, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai-nilai utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
Matlamat sama
Tanggungjawab bersama
Saling percaya mempercayai
Berkongsi idea
Saling bantu membantu
Bertolak ansur
Musyawarah
Kerjasama
Perbezaaan antara kerja berkumpulan dan kerja berpasukan.
Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:
“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing-masing tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”
Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.
9
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
1. Bekerjasama: Kerja berpasukan ialah kerja bersama atau lebih dikenali sebagai kerjasama. Masing-masing saling bantu membantu. Ini bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu, tetapi masih agak asing dalam amalan pengurusan Melayu. Kita ada pepatah yang popular; ‘Yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing’ dan sepatutnya ‘pikulan dan jinjingan’ itu diadaptasikan ke dalam budaya kerja berpasukan.
2. Keputusan dan penyelesaian: Kerja berpasukan dapat mengurangkan beban membuat keputusan dan penyelesaian. Jika saudara seorang majikan, saudara dapat mengurangkan jumlah keputusan yang terpaksa saudara buat, dengan memberikan sebahagian autoriti itu kepada pasukan bawahan saudara. Jika saudara seorang ahli pasukan, saudara juga dapat mengurangkan beban membuat keputusan; kerana dalam kerja berpasukan, keputusan dibuat secara persepakatan, bukan individu.
3. Sumber manusia yang lebih produktif: Dengan kerja secara berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru. Pertama, semangat, fokus, dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa keseorangan dan rasa kebersamaan. Selain daripada itu, ‘pasukan’ itu sendiri menjadi satu sumber manusia yang tersendiri. Pasukan boleh dianggap sebagai suatu entiti yang mempunyai kelebihan dan produktiviti sendiri. Contohnya, tugasan membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang kompleks tidak boleh dikendalikan oleh seorang ahli, tetapi ia boleh disempurnakan oleh sebuah pasukan. Begitu juga dengan tugas-tugas yang lain. Dalam keadaan sebegini, memiliki pasukan itu sendiri seolah-olah memiliki satu lagi ‘sumber manusia’ yang berkebolehan, cekap dan berkesan.
4. Komitmen: Dengan membina pasukan yang baik, bermakna saudara juga membina komitmen yang baik. Jika saudara berada dalam sebuah pasukan yang bersemangat dan cekap, sudah pasti saudara juga cekap dan bersemangat; begitu juga sebaliknya. Oleh itu, menjadi tugas induk membina 10
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
sebuah pasukan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik, yang bersesuaian dengan tugas dan matlamat yang hendak dicapai.
5. Komunikasi: Dalam sesebuah pasukan, komunikasi adalah penting. Seseorang ketua pasukan mestilah sentiasa berusaha mewujudkan sistem dan budaya komunikasi yang tulus dan terbuka. Dia juga mesti memberi pendorong kepada mereka yang memendam akan lebih meluahkan apa yang terbuku. Ahli-ahli pasukan perlu sentiasa memastikan rakan-rakan sepasukan dapat menyampaikan maklumat dan mesej yang diperlukan. Dengan itu, organisasi tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pandangan dan respons daripada pasukan berbanding dengan individu.
6. Kualiti: Ini adalah satu lagi produk kerja berpasukan iaitu kualiti. Saudara harus faham, pasukan terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dengan bekerja dalam satu pasukan, kekuatan ini akan bergabung dan mengeluarkan hasil yang cukup menakjubkan. Ia seperti batu-bata yang kecil; apabila ia bergabung, boleh membina sebuah tembok yang tinggi dan kukuh!
7. Semangat dan motivasi: Apabila kita bekerja bersama-sama dengan rakan yang lain, saudara akan berasa lebih bersemangat dan berdaya tahan. Apabila saudara melihat kesukaran dan kesusahan yang turut dihadapi oleh rakan sepasukan, semangat saudara kembali bersinar dan saudara berterusan menghadapi masalah dengan yakin. Contohnya seperti kisah para sahabat Nabi Muhammad dalam peperangan, bagaimana mereka mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi, apatah lagi apabila melihat para pejuang yang lain syahid di hujung pedang. Inilah antara yang menjadi pendorong kepada kekuatan tentera Islam dalam sejarahnya yang gemilang.
8. Mengurangkan tenaga serta kakitangan: Apabila produktiviti meningkat, maka dengan sendiri tenaga kakitangan dapat dioptimumkan. Hasilnya, organisasi akan dapat mengurangkan kos, dan menumpukan kepada proses pembangunan dan pengembangan organisasi untuk melangkah lebih jauh. 11
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)
9. Kepuasan bekerja: Bekerja secara berseorangan boleh mengakibatkan kebosanan dan jemu. Dengan menghayati kerja berpasukan dengan baik, saudara akan berasa lebih puas dan gembira menjalankan tuga
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, etika dan moral profesional menekankan sifat-sifat diri yang baik yang perlu ada pada diri seseorang. Pemupukan sifat-sifat yang baik menjadi asas kepada kejayaan pelajar. Melalui kursus HHHC9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme memudah kami menjalankan kerja berpasukan dengan meletakkan sikap profesional sebagai batu asas dalam kerja berkumpulan. Malah, hasil daripada pembelajaran juga membuatkan kami bertolak ansur dan sedia membantu. Kami juga bersikap terbuka dengan membantu kumpulan lain di dalam menyiapkan tugasan mereka baik dari segi teknikal dan cetusan idea. Jelas dengan sikap profesiona,l kami dapat membantu rakan-rakan kami dari kumpulan lain untuk memnyiapkan tugasan yang diberi bermula daripada lakonan, lontaran idea dan proses “editing” yang mana ada di antara mereka kurang mahir dalam kerja-kerja “editing”. Sikap kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap ahli kumpulan kami juga, memudahkan kami membuat pengambaran dan pembahagian tugas. Malah, kerja penyuntingan juga berjalan seperti mana yang kami rancangkan dari permulaan minggu perbincangan hingga selesai pada minggu pembentangan. Kami amat berpuas hati dengan sikap kerjasama dalam berpasukan di antara setiap ahli kami, walaupun kami mempunyai kekangan masa lantaran beberapa faktor seperti berlainan kelas dan tempat kerja. Hasil daripada tugasan yang kami bentangkan, jelas menunjukan sebarang masalah dapat kami atasi dengan mudah apabila kami memahami dan mempraktikkan ketigatiga kursus HHHC 9601, 9501 dan 9401 yang telah diperjelaskan secara terperinci kepada kami pada minggu pertama dan kedua kelas. Kursus ini amat berguna kepada kami sekumpulan dan berjaya membentuk pemikiran yang matang dan keperibadian unggul sebagai seorang individu. 12