PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Nur Najua Binti Ahmad Zuki
Pencapaian: UPSR (5A), PMR (8A), SPM (11A) Institusi Pengajian: Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM))
‘Nasihat Arwah Abah Pendorong Kejayaanku’ Sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah lebih 20 tahun aku hidup di bumi Allah Yang Maha Sempurna ini. Perjalanan hidup aku penuh dengan suka duka dan kadang-kala dikejutkan dengan pelbagai perkara yang tak pernah terlintas di benak fikiran dan lubuk hati aku. Menyingkap perjalanan hidup aku, aku telah dilahirkan pada 27 Julai 1988 bersamaan 13 Zulhijjah 1409 Hijrah di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Bermula saat inilah, perjalanan Nur Najua binti Ahmad Zuki menjadi begitu menarik. Arwah abah aku bekerja sebagai seorang kontraktor persendirian manakala mak aku pula memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Perkahwinan Ahmad Zuki bin Bahari dan Rosnah bt Hassan telah dikurniakan sebanyak 6 orang anak, seorang lelaki dan 5 orang anak perempuan. Pada masa sekarang, along aku bekerja sebagai seorang guru Fizik di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Johor Bahru. Kakak kedua aku bekerja sebagai seorang Penolong Juruaudit di sebuah syarikat swasta di Kedah manakala abang aku pula bekerja di Hospital Pulau Pinang. Adik perempuan pertama aku sedang bekerja sambil menunggu pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan adik bongsu pula masih belajar di tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Diri aku sendiri pula masih berjuang dalam jurusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya. Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma dari tahun 1995-2000. Pendidikan menengah aku disambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma selama 5 tahun bermula dari tahun 2001-2005. Selepas itu, aku merantau ke Kuala Lumpur untuk belajar di Pusat Asasi
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat: No. 107, Taman Serindit Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah.
97
Sains Universiti Malaya ( PASUM )selama 1 tahun. Akhirnya, aku berjaya menempatkan diri dalam kelompok yang layak untuk memasuki Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan aku sudah berada di tahun 2 sekarang. Bercerita tentang pencapaian aku, dari segi akademik Alhamdulillah aku mendapat 5A, 8A dan 11A1 masing-masing dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Semasa di PASUM, aku berjaya memperoleh PNGK 4.00 sewaktu peperiksaan akhir semester. Bercakap tentang kokurikulum, aku merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan bola jaring, bola baling, bola tampar, catur dan pancaragam sekolah dan sampai sekarang pun aku masih mewakili kolej kediaman aku dalam pertandingan sukan antara kolej-kolej di Universiti Malaya. Bukan mudah untuk aku menjadi Najua yang seperti sekarang. Terlalu banyak perkara yang harus aku harungi untuk menggapai apa yang aku ingini. Sewaktu aku di sekolah rendah, tiada banyak masalah yang timbul kerana aku mendapat sokongan dan bimbingan daripada mak abah aku dalam setiap perkara yang aku lakukan. Alhamdulillah berkat bimbingan mak dan abah, aku berjaya menjadi pelajar terbaik dalam seluruh darjah 1. Keperitan bermula pada sesi sekolah menengah aku. Selama 5 tahun aku menyertai pasukan pancaragam sekolah dan selama tempoh inilah, guru-guru di sekolah aku agak memandang serong terhadap pelajar-pelajar pancaragam kerana kata mereka, budak-budak pancaragam ni asyik bermain dengan alat muzik sampaikan pelajaran meraka sendiri terabai.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Menjadi tanggungjawab aku sebagai pemimpin tertinggi dalam pasukan aku untuk membetulkan persepsi guru-guru yang kadang-kadang menyebabkan para pelajar berasa diri mereka dianaktirikan. Alhamdulillah akhirnya pada tahun 2005, keputusan SPM aku telah membuka mata guru-guru aku dan aku telah membuktikan bahawa kesibukan dengan aktiviti pancaragam bukanlah penghalang untuk aku mahupun rakan-rakan yang lain untuk berjaya. Tapi aku berterima kasih kepada guru-guru aku kerana walaupun mereka mencabar dan menaruh persepsi yang serong kepada kami, aku sedar mereka sebenarnya mahu menolong dan menyedarkan anak didik mereka agar tidak terlalu lalai dengan muzik.
98
Namun, cabaran sebenar bermula apabila aku kehilangan abah aku pada tahun 2004, seminggu sebelum aku menduduki peperiksaan akhir tahun
sewaktu aku belajar di tingkatan 4 Asma. Pada waktu itu, aku kehilangan seorang pendorong dan pembakar semangat aku kerana abah akulah orang yang paling suka mencabar anak-anaknya dari segi akademik. Namun aku sedar bahawa pemergian abah bukanlah sia-sia kerana bermula dari saat itulah aku berubah menjadi seorang anak yang lebih mengenal erti sebuah tanggungjawab dan bagaimana untuk berdikari. Cabaran terakhir abah ialah untuk melihat aku naik ke atas pentas bagi menerima hadiah daripada Sultan Kedah. Sedih rasanya apabila cabaran itu aku sempurnakan pada tahun 2005 tanpa melihat kelibat abah di dalam dewan. Pesan arwah abah untuk aku, jangan rasa sedih kalau abah pergi dulu sebab abah akan sentiasa menyokong anak-anaknya dari jauh dan sentiasa berada dekat dengan hati kami semua. Nasihat dan amanah daripada arwah abah itulah yang menjadi pegangan aku dan pembakar semangat tatkala aku berasa lemah dan putus asa.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Segala nasihat dan amanah daripada mak dan arwah abah itulah yang mendorong aku untuk berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai apa yang aku kehendaki. Dan sekarang, aku berada di tahun 2 jurusan perubatan dan aku akan menduduki peperiksaan akhir pada bulan Mei 2009 nanti. Cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang doktor bedah saraf yang cemerlang dunia dan akhiratnya. Insya-Allah. Amin.
99
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Najihah Sophia Ahmad
Alamat: Kampung Tanjung Pekan, Pahang
‘Keperitan Ibu Pendorong Untuk Saya Berjaya’
Pencapaian: UPSR (3A 2B), PMR (6A 2B), SPM (8A 3B)
“IBU” perkataan ini terlalu bermakna buat diri ini. Tanpa ibu maka saya bukanlah sesiapa di bumi Allah ini. Terlalu banyak gelaran untuk seorang wanita yang telah mempunyai zuriat seperti 'ibu','mak','umi','mama' dan pelbagai lagi. Terlalu tinggi sanjungan dan kasih sayang saya untuknya. Dialah ibu, dialah bapa. Ketika genap 5 bulan ibu mengandungkan saya, bapa disahkan lumpuh. Ibu begitu gigih menjaga bapa walaupun dia sendiri dalam keadaan sarat untuk melahirkan saya. Kegigihannya sendiri telah meresap ke dalam jiwa dan diri ini yang menjadikan saya insan yang tabah.
Institusi Pengajian: Universiti Malaysia Sabah (Sains Makanan dan Pemakanan)
Saya hanya sempat bermanja dan bermesra dengan bapa hanya sehingga berusia 5 tahun. Bapa telah meninggalkan saya, ibu dan adik-beradik untuk kembali kepada Penciptanya. Sejak itu bermulalah tugas ibu untuk memainkan peranannya sebagai ibu dan bapa. Ibu begitu gigih membesarkan kami semua. Dia menjual kuih dan juga mengambil upah sebagai pengasuh untuk menyara dan membesarkan kami. Untungnya kami kerana adik-beradik ibu tidak lekang untuk membantu kami. Terima kasih kepada mereka.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Melihat wajah ibu, saya bertekad untuk belajar bersungguhsungguh. Apatah lagi memikirkan semangatnya mencari rezeki semata-mata untuk menghantar kami semua ke sekolah agar menjadi insan yang berguna. Ibu juga seboleh mungkin memenuhi permintaan kami walaupun hidup dalam keadaan sederhana dan untuk itu saya amat berterima kasih kepadanya.
100
Mengingat kembali detik-detik bermulanya alam baru, saya tergelak sendiri kerana begitu malasnya hendak bangun pagi untuk ke tadika. Namun begitu, ibu sanggup menggendong saya ke bilik air dan menyiapkan saya semata-mata tidak mahu
saya ketinggalan dalam pelajaran. Ibu sanggup berjalan kaki ke tadika untuk menghantar dan menjemput saya dari tadika walaupun dalam hujan lebat. Memasuki alam persekolahan rendah, saya bukanlah seorang pelajar yang rajin kerana suka bermain-main dan tidak serius belajar sehinggalah mendapat keputusan UPSR yang tidak memuaskan. Namun begitu, saya tetap bersyukur dengan keputusan 3A 2B yang mampu membuatkan ibu tersenyum gembira.
Maka bermulalah hari-hari yang baru buat saya untuk berjaya dalam SPM. Sering-kali saya menangis apabila keputusan peperiksaan tidak mencapai target namun seperti biasa ibu tetap memberi kata-kata semangat. Bagi tidak menghampakan harapan ibu, saya terus berusaha bersama rakan baik dan kami sering berbincang mengenai pelajaran dan bersama-sama menemui guru-guru sekiranya ada perkara yang kami tidak faham. Kami juga tidak lokek membantu rakan-rakan yang lain. Kami terus berusaha sehingga hari peperiksaan tiba dan saya tetap terus berjaga malam sepanjang minggu peperiksaan bagi menambah ilmu sehingga saat yang terakhir. Setelah tamat peperiksaan, saya mengambil keputusan untuk belajar bahasa mandarin sambil bekerja bagi mencari pengalaman. Pada 12hb Mac 2007, merupakan sejarah buat saya kerana pada tanggal ini, saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM di sekolah. Terasa penat lelah selama ini berbaloi dan melihat tangis gembira ibu membuatkan saya teramat bersyukur. Terima kasih kepada
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya memasuki alam sekolah menengah di sebuah sekolah luar bandar. Ketika ini saya mula mengerti makna kejayaan dan berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kejayaan dalam PMR. Ibu begitu teguh menyokong dari belakang dan tidak berhenti memberi semangat untuk terus berusaha begitu juga dengan adik-beradik yang turut memberi semangat. Akhirnya, setelah puas berusaha, saya amat bersyukur apabila dianugerahkan antara pelajar cemerlang dalam PMR bersama-sama rakan-rakan yang lain. Namun malangnya kerana tawaran untuk memasuki MRSM telah dibatalkan dan saya sendiri tidak tahu sebabnya. Rasa kecewa yang mendalam saya luahkan kepada ibu dan ibu sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada. Rasa kecewa dan iri hati kepada rakan-rakan lain yang berjaya menempatkan diri di sekolah-sekolah elit membuatkan saya bertekad untuk berjaya dalam SPM walaupun hanya bersekolah di sekolah luar bandar.
101
guru-guru, keluarga dan rakan-rakan yang selama ini banyak membantu. Seterusnya pada 17hb Mac, saya memulakan hidup baru menjalani PLKN di Kem Semarak, Tanjung Gosong. Satu kenangan indah yang saya tidak akan lupakan selama-lamanya. Hidup bersama-sama rakan-rakan baru yang suka membantu dan sentiasa ada bersama ketika susah dan senang menjadikan hari-hari yang saya lalui di kem dipenuhi kegembiraan dan tidak membosankan. Ketika berada di kem juga, ibu datang membawa khabar gembira iaitu saya diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Walaupun gembira dengan berita itu, saya tetap berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan terlalu awal. Tanggal 14 Mei 2007, saya memulakan hidup sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Terasa begitu banyak cabaran dan dugaan sepanjang menuntut ilmu di KMPh kerana menuntut saya memberikan komitmen yang amat tinggi. gagal dalam satu subjek dalam peperiksaan membuatkan saya teramat kecewa tetapi tetap meneruskan usaha bersama rakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Syukur keputusan dalam peperiksaan seterusnya bertambah baik. Saya juga gembira kerana mempunyai rakan yang amat memahami dan sentiasa berfikiran positif serta sentiasa melalui hari-hari dengan penuh keceriaan walaupun tertekan dengan pelajaran dan peperiksaan. Tamat peperiksaan, saya tidak membuang masa dengan duduk bersenanglenang tetapi saya dan rakan baik bersama-sama bekerja di kantin sekolah menengah kami dahulu bagi mencari pengalaman dan duit untuk perbelanjaan di universiti nanti.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Kini saya sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan yang amat saya minati iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan. Semoga kejayaan tetap menunngu di hadapan dan semoga menjadi insan yang tetap utuh berpegang dengan pegangan agama dan prinsip-prinsip hidup. AMIN.
102
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Muhamad Imran Bin Abdulah
Pencapaian: UPSR (5A), PMR (8A), SPM (9A1 1A2 ) Institusi Pengajian: Universiti Malaya (UM) Cita-Cita: Doktor Gigi
‘Kita Mampu Berubah Untuk Buat Yang Terbaik’ Semuanya bermula bila kaki ini dengan pertama sekali menjejak ke Sekolah Rendah Sri Tebrau di Johor Bahru. Saya ingat lagi hari pertama saya bersekolah, saya kebingunan terhadap bahasa ibunda saya iaitu Bahasa Melayu. Namun, selepas bergaul dan bercampur bersama rakan sekelas saya akhirnya dapat juga magnesia Bahasa Melayu. Pada permulaan hingga akhir sekolah rendah saya, saya tidak pernah ada minat untuk belajar. Saya selalu bermain di dalam kelas dan tidak pernah mendengar nasihat guru mahupun ibu bapa. Akhirnya, saya diberi petunjuk oleh Allah pada saat-saat terakhir sebelum UPSR saya pada darjah 6. Bapa telah berjumpa saya dan telah memberi satu ucapan kepada saya dan daripada katanya telah membuat saya untuk belajar demi mencapai keputusan yang cemerlang untuk UPSR. Dengan dorongan daripada ibu bapa serta guru saya berjaya mencapai 5A sesuatu yang tidak saya sangka dapat dicapai. Selepas itu, saya menunggu di rumah untuk mendapat tawaran dari sekolah-sekolah menengah dan akhirnya saya dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sultan Ismail. Di sinilah pertama kali saya berjumpa dengan pelajar elite di Johor Bharu terutama sekali pelajar Cina dan di sini saya belajar erti persaingan. Semasa PMR, saya berasa begitu tertekan belajar begitu banyak dan saya takut gagal namun bapa dan ibu telah memberi semangat kepada saya dan saya berjaya juga menghadapi PMR dengan cemerlang. Sayang sekali, beberapa hari selepas PMR tamat bapa saya meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Kegelapan menyelubungi kehidupan saya dan keluarga saya bagaikan burung kepatahan sayap. Saya berada dalam kebingunan serta kekeliruan. "Kenapa tuhan ambil dia sekarang?" itulah soalan
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat: Bandar Baru Uda, Johor
103
yang sering saya tanya sehingga sekarang tapi inilah cabaran hidup yang perlu saya hadapi serta atasi. Dengan sokongan daripada rakan serta ahli keluarga yang lain, saya berjaya keluar daripada zaman gelap kami sekeluarga. Pada hari saya dapat keputusan PMR, saya rasa begitu syukur mendapat 8A. "Inilah hadiah saya kepada mu ayah," itulah yang saya katakan dalam hati. Selepas melalui Tingakatan 4, akhirnya sampai lagi satu 'bom' besar iaitu SPM. Pada Tingkatan 5, saya telah menghadiri pelbagai tiusyen serta kelas tambahan yang telah menolong saya menghadapi SPM. Ibu saya sentiasa menasihati saya untuk sentiasa berdoa kepada Tuhan. Semasa hari pertama peperiksaan SPM, saya berasa begitu takut dan kali ini abang saya yang telah memberi semangat kepada saya. Kata-katanya begitu mendalam kepada saya dan saya masih ingat "Kita dalam hidup ini perlu sentiasa membuat pilihan, orang lain mampu tunjukkan pintu tapi kamu sendiri yang perlu membukanya." Dengan berkat daripada Tuhan saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM dan berjaya masuk ke Kolej Matrikulasi Johor. Di kolej inilah pertama sekali saya tinggal di luar rumah dan berdikari. Pada awalnya saya tak biasa dan rasa seperti mahu balik saja tapi saya kuatkan azam saya dan selepas satu hingga dua bulan saya telah biasakan diri. Namun sekali lagi diselebungi kesedihan bila kawan rapat saya telah menerima tawaran MARA untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan. Sebelum kami berpisah kata akhirnya adalah "Semoga lain kali jumpa, kita jumpa sebagai seorang doktor." Dari situ saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang demi memenuhi janji kami berdua bersama. Akhirnya saya berjaya mendapatkan keputusan CGPA 4.00 untuk kedua-dua semester. Sekarang saya berada di Universiti Malaya mengambil kursus Pergigian.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Semoga cerita saya mampu memberi semangat dan dorongan untuk berjaya dalam hidup. Ingatlah kata-kata hikmah ini, di dunia ini tiada yang tentu kita tak mampu mengubah apa yang telah berlaku, tetapi kita mampu untuk membuat terbaik dengan apa yang kita ada.
104
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Ummi Maisarah Bt Mohd Isa
Pencapaian: UPSR (2A 2B 1C), PMR (4B 3C 1D), SPM (3A 4B 3C) Institusi Pengajian: Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka Cita-Cita: Guru
‘Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selama-lamanya’ Saya dilahirkan pada tanggal 21 Oktober 1989 pada hari Sabtu jam 3.30 pagi. Ibu dan bapa saya memberi nama Ummi Maisarah untuk saya. Saya dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana. Bapa saya bernama Mohd Isa Bin Khadi. Bapa saya bekerja sebagai pekerja am sebuah kilang di Ipoh Perak. Ibu saya bernama Jamilah Binti Abdul Aziz. Ibu saya hanya suri rumah sepenuh masa. Saya merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik. Mendapat didikan awal di Tadika Kemas bahagian Tapah. Seterusnya saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong dari tahun satu hingga tahun enam, selepas itu saya bersekolah di sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning selama lima tahun. Pada umur enam tahun, ibu bapa saya menghantar saya di Tadika Kemas. Seperti sesetengah kanak-kanak yang lain, saya tidak mahu ke sekolah kerana berasa takut kepada guru di tadika tersebut. Setelah dua bulan saya bersekolah akhirnya saya dapat menyesuaikan diri disitu dan mendapat ramai kenalan. Di sini saya berjumpa dengan seorang teman dan sehingga kini menjadi sahabat yang paling akrab dengan saya. Setelah umur tujuh tahun saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong. Selain itu, saya juga bersekolah di Sekolah Agama Rakyat pada waktu petang. Di sini saya didedahkan ilmu berkaitan agama seperti fardhu ain dan fardhu kifayah. Saya amat gembira bersekolah di sekolah rendah kerana ramai kawan-kawan dan saya mendapat kelas yang sama dengan teman baik saya. Saya bersekolah disini selama enam tahun dan mengambil peperiksaan UPSR di sini. Pebagai pengalaman yang saya perolehi sepanjang bersekolah disini. Di sini saya mula mengenal pelbagai mata pelajaran. Guruguru di sini amat baik dengan semua murid termasuk guru
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat: Kampung Sungai Kurung Dalam, Simpang Empat, Kampar, Perak
105
besar. Pernah sekali saya demam di sekolah, guru besar yang menghantar saya ke rumah. Kenangan ini tidak dapat saya lupakan. Pada tahun satu saya mendapat tempat antara tempat kedua dan ketiga. Apabila masuk tahun empat, pelajaran agak merosot kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Saya banyak bermain dan kurang memberi tumpuan di kelas. Guru kelas banyak menyedarkan saya tentang UPSR. Pada tahun enam saya merasakan pelajaran teman sekelas semakin meningkat. Perasaan ingin bersaing mula terasa dalam diri. Sepanjang saya bersekolah saya tidak pernah mengambil tuisyen diluar. Saya hanya mengambil kelas tambahan yang disediakan di sekolah. Pada tahun 2001 saya mengambil peperiksaan UPSR. Keputusan yang saya dapat tidak seperti yang harapkan. Saya hanya mendapat 2A 2B 1C. Ibu bapa saya banyak memberi nasihat, gagal sekali tidak mungkin gagal selama-lamanya.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Pada tahun 2002, kehidupan mula berubah. Saya mula masuk ke alam sekolah menengah. Pelbagai jenis ragam pelajar yang saya jumpa di sini. Saya bersekolah di sekolah yang menempatkan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan kaum Orang Asli. Pada tingkatan satu saya ditempatkan di kelas yang pertama, namun terpaksa ditukarkan di kelas yang kedua kerana pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki. Alam sekolah menengah amat berbeza dengan alam sekolah rendah. Alam sekolah menengah amat mencabar kerana baru menjengah alam remaja yang penuh dengan dugaan dan godaan. Guru-guru di sekolah menengah juga amat berbeza dengan sekolah rendah.
106
Guru-guru di sini melayan pelajarnya seperti kawan-kawan di samping membimbing pelajar ke arah yang positif. Belajar di sekolah menengah amat mencabar kerana mata pelajarannya lebih banyak. Pada tingkatan satu saya merasakan diri ini amat kecil jika melihat senior di sekolah. Pelajar di sini juga amat bersaing semasa dalam peperiksaan. Namun ada juga pelajarnya yang bermasalah dari segi disiplin. Saya bersyukur kerana berjumpa dengan rakan sekelas yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah. Dari tingkatan satu lagi saya merasa pelajar-pelajar di kelas sentiasa bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik tetapi ada juga sesetengahnya banyak bermain dan tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran. Banyak aktiviti
yang dijalankan di sekolah seperti sukan dan kokurikulum. Saya lebih berminat kepada ko-kurikulum. Saya menyertai unit pakaian seragam iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS). KRS merupakan unit yang paling aktif di sekolah. Bermula dari tingkatan tiga saya mulai aktif mengikuti latihan kawad sekiranya menyertai pertandingan kawad. Pada tingkatan tiga merupakan tahun yang amat genting kerana perlu menduduki peperiksaan PMR. Tetapi saya merasakan pelajaran saya agak kurang memberangsangkan. Sehinggalah pada hari keputusan PMR keluar, saya amat kecewa kerana sekali lagi tidak dapat menggembirakan kedua ibu bapa saya. Saya hanya mendapat 4B 3C 1D. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.Teman baik saya mendapat keputusan yang amat baik. Perasaan kecewa amat menebal dalam diri. tetapi ibu bapa saya tidak pernah sekalipun marah atau kecewa kepada diri saya . Saya masih bersekolah di sekolah yang sama walaupun ramai rakan-rakan bertukar ke sekolah teknik. Walaupun sekolah saya telah menyediakan asrama, saya tetap mahu berulang-alik dari rumah. Tingkatan empat merupakan tahun yang amat baru bagi saya kerana mata pelajarannya yang lebih banyak dan sukar berbanding tingkatan satu hingga tiga. Saya bertekad mahu menebus kembali kegagalan semasa PMR. Saya dipilih masuk ke kelas Prinsip Akaun dan ICT.
Selepas SPM tamat, saya hanya duduk di rumah. Ramai dikalangan rakanrakan bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM keluar. Saya
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Memang impian saya untuk masuk ke kelas ini. Kali ini saya ingin bersaing dengan rakan-rakan kelas dengan lebih gigih. Setiap kali peperiksaan saya cuba sedaya upaya menjawab dengan bersungguh-sungguh. Saya dan dua orang teman baik saya, walaupun berlainan aliran kami tetap belajar bersamasama setiap petang. Kami akan berbincang mata pelajaran teras. Mata pelajaran seperti prinsip perakaunan dan lain-lain saya akan berbincang bersama-sama dengan rakan kelas. Sehinggalah tingkatan lima usaha tetap diteruskan. Tekanan mula terasa apabila SPM semakin hampir. Ibu bapa dan guru-guru sentiasa berpesan supaya sentiasa ingat Allah walau diwaktu susah ataupun senang. Hari SPM tiba dan saya perlu bertenang dan menjawab dengan sebaik mungkin. Saya mengambil sebelas mata pelajaran.
107
hanya mahu membantu ibu di rumah. Selain itu, saya juga perlu bersiap sedia kerana terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Saya terpilih menyertai PLKN kumpulan pertama. Saya menyertai PLKN dari 1 Januari 2007 hingga 11 Mac 2007. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang menyertai PLKN ini. Keputusan SPM diumumkan sehari selepas tamat dari PLKN. Perasaan saya amat tidak tenteram, apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa kepada Allah supaya keputusan kali ini dapat memberi sedikit kegembiraan untuk keluarga saya. Alhamdulillah keputusan SPM saya telah memberi sinar baru bagi diri saya dan juga kepada keluarga. Saya mendapat 3A 4B 3C. Walaupun tidak secemerlang pelajar yang lain, namun keputusan yang saya perolehi sedikit sebanyak dapat menebus kegagalan dahulu. Selepas keputusan diterima saya mengisi borang kemasukan ke institut perguruan (IPG) iaitu sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), universti dan juga politeknik. Selain itu saya juga banyak mendapat tawaran untuk masuk ke kolej-kolej dan juga mendapat tawaran belajar yang ditaja oleh mara. Namun saya mahu mengejar cita-cita dan impian saya dari kecil iaitu menjadi seorang guru. Selain itu saya juga sedaya upaya mengisi borang untuk pinjaman PTPTN untuk ke universiti. Pada Mei 2007 saya berjaya untuk temuduga ke IPGM. Saya amat bersyukur kerana dipilih untuk ke temuduga tersebut. Namun saya harus ke IPGM Kampus Tuanku Bainun yang terletak di Pulau Pinang untuk temuduga tersebut. Walaupun agak jauh, namun keluarga saya sanggup menghantar saya ke sana.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Hanya usaha dan tawakal kepada Allah sahaja yang dapat saya lakukan untuk temuduga ini. Selepas selesai temuduga, saya hanya perlu menunggu jawapan sama ada diterima atau ditolak untuk kemasukan ke IPGM. Pada Jun 2007, saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke UiTM di Sungai Petani Kedah dalam Pentadbiran Awam. Saya tidak tahu samaada pergi ataupun tidak untuk menyambung pengajian disini. Keputusan untuk ke IPGM tidak lagi keluar. Tarikh untuk pendaftaran ke universiti semakin hampir dan pinjaman PTPTN juga telah diluluskan.
108
Saya hanya mampu berserah kepada Allah supaya keputusan yang dibuat
buat baik untuk diri dan juga keluarga. Tiga hari sebelum hari pendaftaran ke UiTM saya mendapat panggilan daripada ibu saudara. Ibu saudara saya memeriksa keputusan untuk ke IPGM di internet dan berita yang ditunggutunggu telah tiba. Hanya air mata kesyukuran mengiringi perasaan ini. Saya diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Jalan Durian Daun Melaka di mana saya belajar sekarang. Saya menyambung pengajian dalam Opsyen Pendidikan Khas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Kajian Sosial dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana doa saya untuk ke IPGM termakbul dan saya bertekad akan belajar bersungguh-sungguh dan menggembirakan keluarga walaupun berada jauh di negeri lain.
109
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Sharifah Nafisah Binti syed Shaikh
Alamat: No 198F, Jalan Burma, 10350 Georgtown, Pulau Pinang. Pencapaian: UPSR (4A 1B), PMR (6A 3B), SPM (8A 3B 1C) Institusi Pengajian: UIAM (Bachelor Of Arabic)
‘Aku Berjanji Akan Terus Mengharumkan Nama Ayah’ Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar dengan pendapatan yang sederhana. Ayah bekerja sebagai peniaga buku kecil-kecilan manakala ibuku seorang suri rumah. Membesarkan tujuh orang anak hanya dengan bergantung pada sebelah kaki bukanlah suatu halangan bagi ayah. Ayah kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan dihempap bas pada 1983. Tambahan pula, pendapatan ayah hanya bergantung pada hasil jualan buku. Siang malam, tidak kira hujan atau panas ayah berusaha untuk mencari nafkah untuk keluarga kami. Pernah suatu ketika ada beberapa pasangan suami isteri datang menemui ayah untuk mengambil aku serta yang lain untuk dijadikan anak angkat kerana kasihan melihat keadaan ayahku. Namun jawapan yang diberikan ayah dalam loghat utara masih terngiang-ngiang dalam ingatan : “Biar aku kerja sebagai pengangkat najis sekalipun anak-anak aku biar aku yang didik”
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Ayah tidak sanggup melihat kami adik-beradik berpecah,bagi ayah anak-anak adalah rezeki yang paling berharga, lebih bernilai dari mutiara di dasar lautan, lebih mahal dari segala harta yang ada di langit dan bumi. Ayah dan ibu mendidik kami dengan penuh kasih-sayang diulit dengan ketegasan dan disemai dengan pegangan agama yang kuat.
110
Namun kebahagiaan bersama ayah tidak berpanjangan ,ayah disahkan menghidap penyakit Hepatitis C dan Diabetis, semenjak itu kami dihimpit kesusahan memandangkan ayah juga perlu mencari wang untuk menanggung kos rawatan. Namun ayah tidak pernah mengeluh dan merungut, ayah sentiasa berusaha untuk melengkapkan anak-anak dengan keperluan hidup. Kegembiraan aku bersama ayah tidak
panjang apabila ayah pergi menyahut seruan ilahi sewaktu umurku sepuluh tahun. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya perasaan aku, namun hidup mesti diteruskan, aku terus bangun dari kesedihan, nasihat arwah ayah dan didikannya menjadi peganganku. Ini tak bermakna hanya sini sahaja noktah kesedihan dalam hidup aku. Ibuku terpaksa menyerahkan aku dan adik beradik yang lain kepada saudara-mara ayahku untuk dijadikan angkat. Akhirnya berlaku juga apa yang selama ini ayahku cuba pertahankan. Aku diserahkan di bawah jagaan nenek di kampung, walaupun usia nenek sudah menjangkau 70-an namun nenek masih mampu mendidikku walaupun hanya dengan nasihat. Tinggal bersama nenek juga memberi suatu tanggungjawab baru untukku. Semua kerja memasak mengemas dan menguruskan nenek harus aku laksanakan. Bagiku ini bukanlah bebanan tapi suatu keseronokkan bersama nenek. Alhamdullilah berkat kesabaran aku menempuh hidup aku berjaya menumpukan perhatian dalam pelajaran dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.walaupun kejayaan yang aku capai tidak sehebat rakanku yang lain, namun itu sudah cukup menggembirakan hati ibu dan nenek kerana setiap peperiksaan yang aku duduki, pencapaian akulah yang paling tinggi berbanding adik-beradik yang lain.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Kalau arwah ayah masih hidup tentu ayah juga berasa gembira dengan pencapaianku. Ayah anakmu ini berjanji akan terus mengharumkan nama ayah. Amin.
111
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Rudy Sani
Alamat: Kampung Karagasan, Ranau, Sabah
‘Dimana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Kejayaan’
Pencapaian: STPM (2B 2C)
Saya dilahirkan pada tanggal 3 Disember 1988 di Hospital Ranau Sabah. Ayah saya bernama Sani bin Gaijas. Ibu saya bernama Siti Norbaya bt Gang. Saya merupakan anak ke-3 daripada 6 adik-beradik. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di sebuah kempung yang terletak jauh dari pecan Ranau, iaitu kampong Karagasan. Saya bercita-cita menjadi seorang pemimpin yang berkaliber.
Institusi Pengajian: Universiti Selangor (UNISEL) (Pengurusan Sumber Manusia) Cita-Cita: Pemimpin yang berkaliber.
Saya memasuki alam persekolahan ketika berusia 7 tahun iatu pada tahun 1995 di sekolah kebangsaan Karagasan. Saya merasa sungguh gembira dengan suasana baru yang saya alami. Abang dan kakak turut menuntut di sekolah yang sama. Prestasi saya di sekolah yang amat baik dan sering mendapat pujian daripada guru-guru dan keluarga.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Tanggal 11/11/1998, ketika saya berusia 10 tahun, ayah meninggal dunia. Semangat untuk belajar kian pudar. Ini menyebabkan pencapaian saya di sekolah merosot. Saya tidak berminat untuk bersekolah lagi. Walau bagaimanapun, atas dorongan ibu dan saudara-mara, akhirnya saya berjaya menamatkan pelajaran dalam peringkat sekolah rendah dan berjaya memperoleh keputusan ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baik pada tahun 2000.
112
Dalam masa yang sama, abang saya terpaksa berhenti sekolah dan berkerja untuk membiayai persekolahan saya di sekolah Menengah kelak. Dalam diam pula ibu mengemukakan permohonan untuk menempatkan saya ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan. Rezeki menyebelahi kami, saya diterima masuk ke RAY. Pada mulanya saya enggan untuk ke sana kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Tambahan pula, itu merupakan pertama kali saya berjauhan dengan keluarga.
Namun kesempitan hidup yang kami alami menyebabkan saya tiada pilihan lain. Abang saya pula menyuarakan hasrat untuk bersekolah semula apabila saya di terima masuk ke RAY. Atas sebab itu, saya dengan rela hati bersetuju untuk ditempatkan di RAY. Atas bantuan RAY, saya berjaya menjejak kaki ke tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Nambayan Tambunan (SEMENAM). Saya bersekolah di sekolah tersebut sehingga tamat tingkatan tiga. Dalam pada itu, saya mendapat bimbingan agama seperti solat, mengaji, berpuasa dan banyak lagi. Selain itu, saya turut berpeluang ke luar negeri melalui aktivitiaktiviti yang di anjurkan oleh PEYATIM seperti Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Nasyid serta sukan Peyatim (SUKYA). Saya sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan tersebut dan merasa sangat seronok tinggal di RAY. Saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan (SEMENTA) dalam aliran Sains Perkomputeran dan mengambil sebanyak 11 mata pelajaran saya memasuki kelas tersebut berdasarkan keputusan PMR saya yang sederhana. Walaupun bergiat cergas dalam bidang sukan, pelajaran tetap tidak saya abaikan. Saya banyak menyertai aktivitiaktiviti ko-kurikulum dan sering mewakili sekolah dalam sukan khususnya sepak takraw. Sapak takraw merupakan salah satu permainan yang saya gemari selain bola sepak, badminton dan bola tampar.
Pada tahun 2005, saya melangkah setapak lagi ke hadapan dalam perjuangan saya. Saya sudah berada dalam tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan hala tuju saya. Saya tahu saya tidak boleh lalai kerana kelalaian akan menyebabakan saya gagal. Justeru, saya
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Semasa cuti semester sekolah pula, saya akan pulang ke kampung bersamasama dengan 2 orang adik saya yang turut diterima masuk ke RAY. Saya amat bersyukur kerana kemasukan kami ke RAY sedikit sebanyak meringankan beban ibu yang menjalankan peranan sebagai ayah dan ibu kami. Kesempatan bercuti saya gunakan untuk menolong ibu menoreh getah dan bercucuk tanam. Saya sedar, hal demikian merupakan tanggungjawab seorang anak kepada orang tua. Adakala saya menitiskan air mata melihat ibu bersusah payah membanting tulang untuk menyara kehidupan kami.
113
memberi tumpuan yang lebih terhadap pelajaran. Disamping itu, tanggunjawab sebagai seorang muslim untuk menuntut ilmu agama tidak saya ketepikan. Malah saya tidak pernah ponteng kelas-kelas mengaji atau pun majlis ilmu yang diajurkan oleh RAY melainkan atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan. Kehadiran dua guru pembimbing iaitu Ust. Hj Mokhtar Hj Zainuddin dan Ust. Hj. Ahmad Drbi Lubis yang membimbing kami dalam soal agama & ibadah merupakan satu rahmat bagi kami di RAY. Saya rasa amat bertuah menjadi murid kepada dua tokoh agama yang disegani di Negeri Sabah. Pada bulan Disember 2005, saya tamat menduduki peperiksaan SPM. Semasa menunggu keputusan diumumkan, saya mengambil keputusan untuk berkerja di sebuah gerai nasi lemak. Saya merancang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah yang sama. Apabila Keputusan SPM diumumkan, Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh 4A. Walaupun keputusan itu agak sederhana, tidak seperti pelajar lain yang memperoleh 8A, 10A, 17A mahupun 21A, ia tetap melayakkan saya ke tingkatan 6.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Sebelum memulakan sesi persekolahan dalam tingkatan 6, saya terkejut apabila dipilih sebagai salah seorang pelajar dari Negeri Sabah untuk menghadiri satu majlis Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang di adakan hotel D'Palma Ampang, Selangor pada awal bulan Jun 2006. Apabila tiba di sana satu lagi kejutan yang saya terima yang mana saya dan rakan-rakan yang datang dari seluruh negeri menerima Skim Anugerah Pelajar Miskin/Anak Yatim Cemerlang Nasional. Saya merasa tidak layak menerima anugerah tersebut kerana keputusan SPM saya bukanlah terlalu baik. Namun saya sebenarnya amat bersyukur dengan skim bantuan tersebut dan saya dengan hati yang ikhlas memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Agung atas kurniaan-Nya yang tidak terhingga. Saya juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada YaPEIM atas sumbangan tersebut.
114
Semasa tingkatan 6 di SEMENTA, saya lebih yakin dan bersemangat bersekolah. Pencapaian saya turut meningkat dan mengatasi pelajar-pelajar lain. Ia membuat saya semakin yakin untuk menempuh peperiksaan STPM
yang bakal tiba. Pada akhir tahun 2007, saya diberi anugerah sebagai salah seorang pelajar cemerlang tingkatan 6 Atas. Apabila peperiksaan STPM sebenar tiba, saya dapat menjawab dengan baik, malah yakin beroleh keputusan yang cemerlang. Saya juga tidak lupa memohon kepada Allah agar saya memperoleh keputusan yang cemerlang walau bagaimanapun, apabila keputusan diumumkan pada bulan Mac 2008, saya hanya mendapat 2B dan 2C. Saya tidak percaya dengan apa yang tertera pada slip keputusan saya. Tapi, itu adalah kenyataaan dan saya tidak boleh menyalahkan sesiapa walaupun terhadap diri saya sendiri kerana saya sudah membuat yang terbaik untuk peperiksaan tersebut. Saya menganggap itu hanyalah ujian dari Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya peroleh kerana masih terdapat ramai pelajar yang kurang bernasib baik daripada saya. Walaupun keputusan yang kurang baik berbanding dengan rakan-rakan saya, saya tetap mengisi borang permohonan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mungkin ada rezeki saya di sana. Di samping itu dapatlah saya menggembirakan hati ibu yang berkorban untuk diri saya apabila dapat menjejak kaki ke Universiti nanti. Namun rezeki belum menyebelahi saya. Saya sekali lagi hampa apabila saya mengisi borang rayuan masuk ke IPTA. Saya turut mengisi borang permohonan masuk ke Universiti Selangor (UNISEL). Alhamdulillah, saya diterima masuk ke Unisel dalam kursus Pengurusan Sumber Manusia. Dengan hati yang nekad saya menerima tawaran tersebut. Saya tidak lagi menunggu keputusan rayuan masuk ke IPTA. Saya takut yang di kejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Bagi saya, mana-mana pusat pengajian tinggi tetap sama, tiada bezanya kejayaan tetap boleh dicipta di mana-mana sahaja selagi kita berusaha mencapainya.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya berikrar dan berjanji pada diri saya sendiri akan belajar bersungguhsungguh untuk mencapai kecemerlangan. Saya tidak mahu lagi menghampakan harapan keluarga dan staf-staf RAY yang banyak berjasa kepada saya. RAY adalah tempat saya bergantung harap selama ini. Tempat
115
inilah yang mendidik saya menjadi seorang yang tabah dan kuat. Terlalu banyak ilmu yang saya peroleh dari RAY khususnya ilmu agama Islam.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Sehubungan itu, saya turut menyimpan cita-cita untuk meneruskan pengajian sehingga ke tahap PHD. Saya juga berhasrat ingin melanjutkan pengajian ke luar negara satu hari nanti. Mungkin cita-cita dan impian saya ini terlalu tinggi untuk dicapai dan mungkin juga sesuatu yang mustahil untuk digapai. Tetapi selagi kita tidak berputus asa dan sentiasa berusaha, saya rasa peluang untuk mencapai angan dan impian tersebut terbuka luas. Kata pepatah Melayu ada menyebut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga Allah terus membimbing kita ke jalan diredhai olehNya.
116
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Intan Suhada bt Azmi
Pencapaian: SPM (8A) Institusi Pengajian: Universiti teknologi MARA, Shah Alam Cita-Cita: Guru
‘Matlamat Adalah Penjana Dalam Hidup’ Saya mulakan cerita hidup saya ini dengan lafaz bismillahhirahmannirrahim supaya ianya diberkati Allah s.w.t. dan memberi kesan serta anjakan paradigma kepada para pembaca. Pertama sekali, terima kasih kepada pihak YaPEIM kerana memberi kesempatan untuk saya mencoret serba sedikit tentang sejarah perjalanan pembelajaran saya. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang berada tapi saya bersyukur kerana diberi kekuatan, kecekalan hati dan kesempatan untuk bernafas di dunia hingga saat ini untuk menyelongkari ilmu yang belum saya ketahui. Hidup ini terlalu penuh dengan pancaroba, ada ketika kita bahagia dan ada ketika kita derita, tapi percayalah Allah s.w.t. melakukan semua ini ada hikmah disebaliknya. Saya tinggal di kampung Kuala Gula, kawasan daerah Kerian, Perak. Sejarah persekolahan saya bermula di Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Tempat tinggal saya berdekatan dengan laut, kawasan persinggahan burung-burung dari luar negara dan kawasan peranginan. Waktu kecil saya memang seorang yang aktif. Saya tidak memulakan alam persekolahan saya dengan alam tadika tapi saya terus menjejak kaki ke darjah 1 di SK Kuala Gula. Waktu kecil, saya tinggal dengan nenek saya kerana pada ketika itu bonda melahirkan adik perempuan saya yang kedua. Saya ada 4 orang adik beradik dan saya adalah anak yang sulung. Terlalu banyak tanggungjawab untuk saya pikul, salah satunya untuk membalas jasa ibu bapa dan menjadi contoh kepada adik-adik. Saya minat belajar sejak dari kecil lagi. Mengetahui sesuatu benda yang baru adalah sesuatu yang menarik buat saya dan
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat: No.62 Kampung Tersusun Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak.
117
saya akan tertanya-tanya tentang perkara baru itu sehingga menemui jawapan kepada persoalan saya. Saya juga seorang yang suka buat orang lain ketawa. Melihat orang lain tersenyum adalah suatu kegembiraan buat saya. Waktu rehat semasa di sekolah rendah, saya kurang suka makan. Saya akan habiskan waktu di pusat sumber kerana bagi saya masa itu emas dan perlu dipenuhi dengan ilmu sepanjang masa kerana persinggahan hidup di dunia hanyalah sementara dan kita perlu memadatkan setiap ruang otak kita dengan ilmu. Orang yang meninggal dunia akan meninggalkan 3 perkara yang bermakna iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Ilmu dapat mengubah kehidupan seseorang. Saya telah berazam dari kecil untuk memberi kebahagiaan kepada kedua ibu bapa saya, membeli rumah banglo dan kereta mewah untuk dua insan yang telah mengorbankan segalagalanya untuk saya. Pada peringkat sekolah rendah saya juga mendapat anugerah kehadiran penuh ke sekolah. Tidak banyak pengalaman waktu persekolahan rendah untuk saya coretkan di sini. Seterusnya,bermulalah alam persekolahan menengah yang lebih mencabar. Saya terpaksa menaiki bas selama 45 minit untuk ke sekolah dengan bayaran RM30 sebulan iaitu jarak sejauh 27km dari rumah untuk ke sekolah. Perjalanan ke sekolah pula berbatu-batu, jalan tidak rata, berhabuk dan terlalu berisiko pada waktu itu. Memang terlalu sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam waktu ini. Saya bersekolah di Sek. Men. Keb. Mudzaffar Shah, Simpang 4, Semanggol, Perak. Terlalu banyak benda baru yang saya pelajari di sini. Kesusahan untuk pergi ke sekolah tidak saya hiraukan asal saya dapat menambah ilmu di dada. Waktu persekolahan petang iaitu dari tingkatan 1 hingga 3 waktu sekolah bermula dari 1.05 tengahari hingga 6.40 petang. Pada waktu yang sama jika ada kelas tambahan pada waktu pagi, saya terpaksa bangun seawal 5.30 pagi untuk menaiki bas pagi yang menghantar pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Terkadang saya terpaksa berdiri di dalam bas selama 45 minit kerana kerusi sudah dipenuhi ramai pelajar lain. Tidak pernah saya hiraukan penat yang saya alami asalkan saya mendapat ilmu.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya juga seorang yang agak aktif dalam kokurikulum. Pernah menjawat
118
jawatan sebagai pengawas sekolah, Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik, Ahli Jawatan Kuasa Islam. Untuk menjadi seorang yang berjaya mestilah seimbang dari segi kurikulum dam kokurikulum. Jasmaniah dan rohahiah jugak harus kuat, baru sempurna. Rahsia kejayaan mendapat 8A dalam SPM juga disumbang oleh rakan seperjuangan yang sanggup mengajar bila saya tidak memahami sesuatu yang diajar oleh guru semasa sesi pembelajaran. Faktor pemilihan kawan juga penting dalam menentukan hala tuju hidup kita. Seseorang itu boleh dinilai keperibadiannya dengan melihat peribadi sahabatnya. Alhamdulillah saya di bawah lindungan Allah. Saya tetap di sekolah harian hingga tamat ditingkatan 5. Pada pandangan saya kejayaan tidak bergantung pada tempat pengajian tetapi bergantung pada diri sendiri. Saya hendak buktikan yang saya boleh berjaya malaupun tidak bersekolah di sekolah berasrama penuh. Saya belajar bersungguh-sungguh dan rahsia saya, saya suka mengerjakan solat Hajat di malam hari, membaca ayat suci al-Quran terutamanya surah Yasin, Al-mulk dan Al-Anfaal. Terkadang hingga mengalir air mata saya memohon pada Allah supaya kuatkan hati dan terangkan hati untuk terima ilmu dan beri ketenangan untuk teruskan hidup, mencapai cita-cita kepada Kekasih Abadi (Allah S.W.T). Inilah saya meluahkan perasaan setiap waktu dan ketika.
Untuk membela dirinya, Columbus menjawab dengan mencabar mereka menyelesaikan satu masalah. Masalahnya ialah 'tegakkan sebiji telur rebus di atas meja tanpa apa-apa perkakas. Semua bijak pandai Sepanyol yang hadir tidak dapat berbuat demikian. Columbus kemudian mengemekkan satu hujung telur tersebut dan meletakkannnya di atas meja.Orang bijak pandai semuanya mencemuh dan berkata, ”Kalaulah begitu, kami pun boleh buat”. Columbus menyambut cemuhan mereka dengan berkata, “Apabila sesuatu cara penyelesaian masalah sudah ditunjukkan, memanglah semua orang boleh
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya pernah terbaca mengenai episod dalam kehidupan Christopher Columbus, seorang pelayar yang mempelopori penjajahan Eropah ke atas benua Amerika. Orang bangsawan dan bijak pandai Sepanyol merasa iri hati dengan kejayaan Columbus. Mereka menganggap apa yang dicapai oleh Columbus bukanlah satu kejayaan kerana sesiapa pun boleh belayar ke timur lautan Pasifik dan berjumpa Benua Amerika.
119
mengikutnya, yang penting ialah siapakah yang pertama sekali berjaya menyelesaikannya”. Pengajaran yang saya dapati daripada kisah Columbus dengan telur rebus bukan sahaja betapa pentingnya orang yang mula-mula menyelesaikan sesuatu masalah. Beralih ke tahap pengajaran seterusnya, di peringkat Matrikulasi KMPP. Kehidupan memang struggle. Tambahan pula saya pertama kali tinggal di asrama. Saya tempuhi tiap dugaan yang tiba dengan tenang. Saya berazam hendak mencapai cita-cita saya. Jadi saya kena sesuaikan diri serta terima walau di mana sahaja saya ditempatkan. Kehidupan ini bagaikan roda, kekadang kita di atas kekadang kita di bawah. Disinilah saya belajar bagaimana mengharungi kehidupan tanpa keluarga dan hidup di samping teman seperjuangan yang baru. Terima kasih sahabat. Tidak lupa jua kepada guru-guru yang menyumbang ilmu kepada saya. Waktu rehat saya lebih gemar ke pentadbiran berjumpa guru untuk bertanya hal-hal pelajaran. Tidak semua pelajaran yang diajar itu dapat diingat atau tersemat di pemikiran tatkala kita perlu melakukan sesuatu untuk kekalkan ilmu di dada. Petua lain ialah seperti 'study group' bersama teman, ia dapat menjana minda dan elak diri dari mengantuk. Rakan banyak membantu tika suka dan duka, memberi semangat bila saya rasa down.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Itulah sahaja serba sedikit tentang kehidupan saya. Buat masa sekarang saya hanya menunggu untuk ke menara gading. Cita-cita saya adalah menjadi pendidik anak bangsa hingga ketahap PHD. Kejayaan seseorang itu tertakluk pada kemahuannya. ”Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”. Renungkanlah, kehidupan di dunia hanya persinggahan yang sementara kejarlah ilmu sebelum roh keluar dari jasadmu. Ilmu adalah pembela manusia. Matlamat adalah generator dalam hidup kita. Selagi iman pada KHALIQ tidak terbunggar, pasti DIA merencanakan sesuatu yang terbaik buat kita. Percaya padaNYA, kekuasaanNYA dan kasih sayangNYA. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
120
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Nor Haryati bt Abdul Wahab
Alamat: Kamunting, Perak Darul Ridzuan
‘Kuatkan Semangat Untuk Hadapi Setiap Cabaran’
Pencapaian: SPM (6A)
Nama saya Nor Haryati Binti Abdul Wahab, anak kelahiran negeri Perak Darul Ridzuan. Saya merupakan anak yang ke sepuluh daripada sebelas orang adik beradik. Seorang remaja yang bersederhana dan biasa sahaja, tidak di kenali ramai. Seorang remaja yang mempunyai nilai prinsip yang tinggi dan kukuh. Semasa di bangku sekolah rendah saya kurang menyerlah, hanya pelajar biasa seperti pelajar lain. Saya selalu diejek rakan kerana saya miskin, tidak pandai, rupa paras saya yang boleh dijadikan bahan ejekan dan saya tidak dapat memberi apa-apa faedah kepada orang lain. Hanya Allah saja yang tahu perasaan hamba-Nya ketika itu. Saya berasal daripada keluarga miskin, boleh di katakan gaji ayah saya hanya cukup belanja makan anak-beranak sahaja. Pakaian sekolah saya hanya di tukar dua tahun sekali atau tiga tahun sekali, itu pun dah sampai tahap teruk sangat baru tukar, kalau tidak, pakai pakaian yang sama setiap tahun. saya selalu cemburu dengan rakan saya yang sudi berkawan dengan diri saya ini, cemburu kerana mereka senang dapat apa yang mereka inginkan dan mereka datang dari keluarga yang boleh dikatakan berada juga. Saya selalu impikan untuk jadi seperti mereka, tapi apakan daya hanya setakat ini sahaja rezeki yang Allah berikan, saya patut bersyukur. Memandangkan saya berasal dari keluarga yang susah, yuran sekolah saya memang susah hendak dibayar, bagi ayah yuran sekolah merupakan satu beban yang tinggi yang hendak di tanggung. Maklumlah bukannya saya sahaja yang bersekolah, adik-beradik saya yang lain pun bersekolah sama. Boleh dikatakan berbulan-bulan juga baru yuran sekolah saya dapat dibayar, itu pun penat saya meminta
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Institusi Pengajian: Universiti teknologi MARA, Shah Alam
121
kepada ayah kerana asyik didesak oleh guru kelas baru dapat dibayar. Bukubuku dan alat tulis semuanya tidak mencukupi, nasib baiklah buku teks tidak kena bayar, kalau kena bayar alamatnya saya tidak dapat meneruskan pelajaran kerana tak mampu untuk dibeli. Pagi sebelum ke sekolah dan merupakan hari pertama saya daftar sebagai pelajar tahun satu, ibu saya berpesan belajarlah rajin-rajin supaya nasib keluarga dapat diubah. Memandangkan saya kecil lagi dan tidak tahu apa-apa makna maksud itu, hanya boleh menganguk dan mengiakan sahaja apa yang dipesan oleh ibu itu. Sepanjang tahun satu dan dua ayah yang menghantar dan mengambil saya pergi dan pulang dari sekolah. Masuk tahun tiga hingga tahun enam saya pergi sendiri ke sekolah dengan abang dan hanya dengan berjalan kaki ke sekolah. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang dua kilometer. Memang jauh sangat, tapi hendak buat macam mana semangat nak belajar itu yang membuatkan saya sanggup tempuhi halangan yang datang. Setiap petang, saya habis belajar dan ingin pulang ke rumah, saya selalu berkata kepada abang memintanya untuk menunggu bapa kami datang menjemput kami di sekolah walaupun saya tahu bapa tidak akan datang tapi perasaan yang menyakinkan saya bahawa bapa akan datang mengambil kami, membuatkan saya sanggup menunggu di situ. Sampailah keadaan sunyi di sekolah, bapa tidak muncul juga. Dengan perasaan hampa saya berjalan kaki pulang ke rumah. Duit belanja yang diberi oleh bapa saya hanyalah dua atau tiga puluh sen, tak lebih dari itu. Kadang-kadang bapa tidak memberi walau satu sen pun, maka terpaksalah saya berlapar di sekolah. Pernah suatu hari saya terjumpa duit sebanyak satu ringgit di tepi jalan semasa hendak menuju ke sekolah, perasaan seronok tidak dapat di gambarkan. Inilah kali pertama saya dapat memegang duit yang boleh dikatakan jumlah yang besar bagi saya. Saya dengan abang ingin mengambil duit tu, akhirnya terpaksalah kongsi bersama.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Walaupun, nasib saya sebegini, tapi semangat untuk saya belajar tidak pernah pudar. Saya berusaha dan rajin belajar semasa tahun satu hingga lima. Tidak pernah sekali saya gagal dalam peperiksaan, walaupun markah yang saya
122
dapat hanyalah cukup-cukup makan sahaja. Masa saya tak pandai membaca dan mengeja, saya cuba sedaya upaya untuk boleh membaca dan mengeja. Saya selalu berfikir, kalau orang lain boleh lakukan kenapa saya tak boleh lakukan. Kadang-kadang saya selalu suruh kakak atau abang memberi tunjuk ajar ketika saya membaca buku, walaupun mereka akan memukul saya sekiranya saya salah membaca. Apa yang saya harapkan adalah saya lancar membaca dan tidak malu apabila di suruh membaca di sekolah nanti. Biarlah kita lakukan kesalahan dan perbetulkan kesalahan dari sekarang, daripada berlaku di hari kelak yang boleh memalukan kita. Tahun satu sehingga tahun lima saya lalui seperti biasa. Tetapi masuk tahun enam saya menjadi malas untuk belajar dan menyebabkan keputusan periksaan saya agak mengecewakan. Ini semua disebabkan keluarga saya mempunyai masalah peribadi yang melibatkan kami anak beranak. Masalah ini membuatkan saya menjadi malas dan patah semangat untuk belajar. Disebab masalah ini juga saya terpengaruh dengan rakan sebaya, ponteng kelas, melepak dan lain-lain lagi. Matapelajaran saya terabai kerana masalah itu dan terpengaruh dengan rakan, semua ini saya lakukan hanyalah untuk melepaskan perasaan yang terpendam dan juga ingin melupakan masalah yang saya dialami. Semasa peperiksaan akhir tahun Ujian Penilaian Sijil Rendah (UPSR), saya masih lagi berseronok, orang lain sibuk baca mengulangkaji pelajaran tetapi saya dan rakan sibuk melakukan perkara yang tidak berfaedah. Semua harapan, pesanan dan nasihat dari ibuku hilang begitu sahaja.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Tibalah hari pengumuman keputusan peperiksaan UPSR, keputusan saya amat mengecewakan. Saya mula risau bagaimana harus saya tunjukkan kepada keluarga mengenai keputusan peperiksaan saya. Malam itu, saya terpaksa meunjukkan keputusan peperiksaan kepada ibu bapa. Teruk saya dimarahi keluarga selepas mereka melihat keputusan peperiksaan saya. Kerana saya adalah satu-satunya harapan keluarga dan inilah kali pertama saya melihat ibu menitiskan air mata. Saya berasa bersalah dan derhaka kepada ibu.
123
Sejak malam tu, saya sudah mula insaf, saya sudah tidak bergaul lagi dengan rakan yang bermasalah. Saya mula memasang azam baru untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya ke menara gading, dan dapat mengubah nasib keluarga. Sebelum saya melangkah kaki ke tingkatan satu, saya telah buat keputusan untuk masuk sekolah menengah yang jauh dari rakan saya yang dulu. saya mahu melupakan semua dan mulakan hidup baru, di sekolah baru dan azam yang baru. Semasa di tingkatan satu, saya menjadi pelajar yang senyap, tidak banyak bercakap dan tidak aktif. Semua ini disebab saya takut untuk berkawan semula, takut saya akan mengulangi kesilapan lalu. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Alhamdulillah saya mendapat bantuan biasiswa sehingga tingkatan lima, yuran, buku-buku, pakaian dan alat tulis semuanya dapat diuruskan dengan sempurna. Keputusan peperiksaan masa tingkatan satu hingga dua semuanya cukup makan saja. Masuk tingkatan tiga, saya mula serasi bergaul dengan rakan, Alhamdulilah berkat doa, saya mendapat rakan yang begitu baik sekali, tidak memilih berkawan dengan saya dan kami saling memahami antara satu sama lain. Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) saya agak memuaskan. Atas rezeki masing-masing dua orang sahabat saya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke tempat lain, terpaksalah saya berpisah dengan mereka. Melangkah saja ke tingkatan empat, saya mula menunjukkan diri yang sebenar. Saya mula aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan melibatkan diri dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Saya aktif dalam kawad, berkemah dan lain-lain lagi. Selepas saya memasuki PBSMM dan bergiat aktif, baru saya tahu bahawa saya lebih mudah membahagikan masa antara belajar dengan aktiviti kokurikulum.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya lebih terdorong untuk menghargai masa dari sebelumnya. Sebenarnya, apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, otak akan mudah menerima apa yang dipelajari dan kurang membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Sejak melibatkan diri dalam PBSMM, saya mula menyedari bahawa diri ini jadi lebih berdisiplin dari dulu. Akibat perubahan yang berlaku pada diri saya, setiap kali peperiksaan yang saya duduki semasa tingkatan
124
empat, membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ibu dan bapa saya berasa bangga setiap kali mengambil keputusan peperiksaan. Guru kelas selalu memuji saya di depan ibu dan bapa. Tetapi malangnya, perkara yang menyedihkan dan menguji kesabaran saya ialah rakan sekelas tidak menyukai saya kerana mereka cemburu akan saya. Saya merasa pelik kenapa ada manusia seperti ini sedangkan kita patut menyokong dan berasa bangga kerana mempunyai rakan sekelas seperti ini, bukan mencaci, menghina atau menentang kawan. Setiap kali saya berjumpa atau bercakap dengan guru-guru matapelajaran, rakan sekelas akan mengejek, mengutuk dan macam-macam lagi yang harus saya terima. Mereka berpakat sesama mereka supaya tidak berkawan dengan saya. Saya redha dengan apa yang berlaku, mungkin ini ujian kecil daripada Allah s.w.t. Saya tidak mudah mengalah dengan apa yang berlaku malah sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t membuka pintu hati mereka untuk menerima saya seadanya. Saya selalu mengadu pada rakan karib, dan beliau selalu memberi nasihat dan kata semangat. Saya bersyukur kerana Allah s.w.t memberi saya seorang rakan yang begitu baik, sehingga sekarang hubungan kami masih lagi kukuh dan saya berdoa agar ukwah yang sudah lama terjalin ini biar berkekalan sampai ke akhir hayat kami. Alhamdulilah berkat doa, sesetengah rakan sekelas saya sudah mula menunjukkan minat untuk berkawan dengan saya, tetapi masih ada yang tidak dapat menerima saya. Saya tidak pernah berputus asa berdoa supaya Allah membuka dan melembutkan hati mereka.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alhamdulilah selepas tamat tingkatan empat keputusan aku agak memberangsangkan. Melangkah saja kaki ke tingkatan lima saya berazam untuk mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang. Segalanya berubah apabila saya menjejakkan kaki ke tingkatan lima, tetapi perkara yang masih lagi tidak berubah dan mengecewakan saya ialah sesetengah rakan sekelas masih lagi tidak dapat menerima saya. Saya masih lagi berusaha untuk memikat hati mereka untuk bersahabat dengan saya.
125
Alhamdulilah pertengahan tahun belajar di situ semua rakan sekelas dapat menerima diri saya. Saya bersyukur berkat kesabaran dan doa, Allah memakbulkan segalanya. Wujudnya perubahan ini semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh bertambah membara. Hidup mula bermakna di kelas itu kerana semua rakan sekelas menyukai saya, bukan setakat itu sahaja, ketika mereka menghadapi masalah kesukaran mengenai sesetengah matapelajaran sayalah tempat mereka menanyakan jawapan. Dengan perasaan gembira dan ikhlas saya memberi dan menunjuk ajar semua perkara atau ilmu yang saya ada. Makin hari saya semakin berminat untuk belajar dan semangat makin membara, tambahan pula sokongan dari ibu bapa dan guruguru saya tidak pernah putus untuk melihat kejayaan saya. Semuanya berjalan dengan sempurna, tetapi sesuatu perkara yang tidak di jangka dan menyedihkan saya ialah ayah pergi meninggalkan kami. Saya berasa sedih kerana orang yang begitu saya sayangi telah meninggalkan kami dan tidak dapat melihat titik-titik kejayaan saya. Semangat untuk belajar jatuh dengan mendadak, saya tidak dapat menahan perasaan sedih dan menyebabkan saya tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Saya mula menjadi pendiam seperti dulu. Keluarga, rakan serta guru begitu risau akan perubahan negatif yang saya tunjukkan. Saya selalu berfikir kanapa Allah tidak mengambil nyawa saya dahulu daripada nyawa orang yang saya sayangi. Selepas kejadian itu, guru, keluarga serta rakan tidak pernah putus asa memberi samangat kepada untuk bangkit semula seperti dahulu. Pada mulanya saya tidak dapat menerima kata-kata yang diberikan tetapi apabila sudah banyak kali diberi kata-kata semangat, semangat saya kembali seperti dulu. Saya mengurung diri di bilik selama dua hari sambil mengenang nasib dan berfikir keadaan yang saya alami. Saya mula menyedari bahawa saya patut terima pemergian insan yang saya cintai dan sayangi kerana Allah lebih menyayangi insan itu. Saya mula sedar dan meredhai pemergian bapa.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya sentiasa berdoa agar Allah menguatkan semangat untuk menghadapi ujian-Nya. Saya sentiasa berdoa agar arwah berada dalam keadaan selesa di sana dan di ringankan azabnya. Semakin hari saya semakin pulih dari kesedih
126
ini dan semangat untuk belajar semakin pulih dan meningkat. Hal ini kerana saya ingin buktikan kepada semua bahawa kita perlu redha akan sesuatu perkara yang berlaku. Saya mahu buktikan bahawa anak yatim boleh berjaya seperti insan lain serta saya mahu buktikan kepada keluarga bahawa saya boleh berjaya walaupun banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Saya merasa bersyukur tatkala melihat keputusan peperiksaan SPM, dimana saya memperolehi keputusan 6A, semua guru dan rakan mengucapkan taniah, kepada saya. Perasaan gembira tidak dapat digambarkan. Saya mula berfikir kalaulah bapa masih ada mesti beliau gembira dengan keputusan yang saya perolehi. Keluarga menggalakkan saya supaya menyambung pelajaran ke menara gading. Selepas mengisi semua borang untuk ke universiti, saya mula mencari kerja untuk menampung kos pengajian semasa menyambung pelajaran nanti. Selepas dua bulan bekerja dan duit yang dikumpul mencukupi, saya mendapat tawaran belajar ke Universiti Teknologi Mara di Jengka, Pahang Darul Makmur.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Cukuplah setakat ini sahaja pengalaman suka duka yang dapat dikongsi kepada semua. Pendek kata rezeki takkan jatuh bergolek, kita kena usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Dan jangan lupa rezeki itu datang daripada Allah s.w.t, jadi kita kena perbanyakkan doa dan beribadat kepadaNya, di samping berusaha dengan gigih.
127