LAPORAN PROGRAM PENTAS SAMUDERA MALAYSIA – INDONESIA Oleh: Nur Hidayatul Farahi Binti Abdullah & Rafiuddin bin Rohani 25 – 27 April 2016 Tanjung Pinang, Riau Indonesia Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan
25 hingga 27 April 2016 - Majlis Perwakilan
Pelajar
Politeknik
Ibrahim Sultan telah mengadakan Program
Pentas
Malaysia-Indonesia
Samudera di
Tanjung
Pinang, Riau yang disertai oleh 20 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring. Program 3 hari 2 malam ini merangkumi aspek Perkongsian Budaya
antara
Malaysia
dan
Indonesia, Program Khidmat Komuniti dan Penandaarasan yang menjadi agenda utama bagi delegasi kali ini. Hasrat untuk berkongsi idea dan pendapat serta melaksanakan program kemasyarakatan dilihat amat sesuai untuk dilaksanakan di sini. Meskipun Malaysia dan Indonesia dikatakan serumpun, namun masih terdapat sedikit perbezaan yang membuka minda dan pandangan para pelajar. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, itulah yang cuba dizahirkan oleh saudari Azahani Natasha Azman selaku Pengarah Program kali ini dalam mengekalkan adat tradisi serta asal usul yang masih belum tersingkap di minda. Sejarah yang tidak pernah dititikberatkan selama ini ternyata memberi makna yang sangat mendalam. Konsep perkongsian budaya antara dua negara yang seakan tidak gah pada masyarakat sebenarnya memberikan impak yang besar serta mendalam kepada para pelajar. Bukan itu sahaja, kekuatan ukhwah diantara delegasi kali ini telah memberikan suatu cerminan dalam menjalinkan kerjasama posotif di antara kedua-dua negara khususnya melibatkan pengantarabangsaan pelajar.
Perjalanan selama 2 jam 30 minit menaiki feri yang melalui Selat Tebrau
pemisah
Indonesia
Malaysia,
dan
Singapura
membuka mata bahawa sempadan Malaysia dan Singapura tidak lah sebesar mana namun perbezaan ketara pembangunan antara kedua Negara dapat dilihat. Setibanya di Tanjung
Pinang,
kami
terus
menuju ke Bintan Permata Resort iaitu hotel tempat kami menginap. Kemudian kami dibawa menikmati hidangan makan tengah hari
di
Dapoer
Melayu
yang
dikatakan keaslian makanan Melayu dapat dirasai di sini. Bermula di sinilah, kami bersama wartawan TV Kepulauan Riau (KEPRI) menjalani penggambaran
bersama
Yamaha
Rider Club (YRC). Kami terus ke Pusat Kraftangan Budaya Indonesia (PKBI) - Komunitas Siput Gonggong untuk melihat hasil kraftangan yang diperbuat daripada siput gonggong. Di sana, kami melihat hasil kreativiti dan inovasi masyarakat Indonesia yang menggunakan bahan semulajadi iaitu Siput Gonggong sebagai salah satu hasil pendapatan mereka. Hasilnya, pelbagai produk
dihasilkan
seperti
perhiasan
rumah, rantai dan sebagainya untuk dijadikan hasil kraftangan yang sesuai dibawa
pulang
sebagai
cenderahati
kepada ahli keluarga. Pengalaman serta kaedah pembuatan juga turut dikongsi bersama. Ternyata di mana ada keinginan di situ ada usaha. Berbekalkan kreativiti, sesuatu produk yang dianggap tidak mempunyai nilai menjadi
salah satu pencetus komunitas ini untuk terus mengekspresikan idea mereka melalui karya yang mereka hasilkan. Melalui pemerhatian kami, hasil kraf tangan yang terhasil tidak mempunyai salinan atau edisi terhad. Hasil kraftangan mereka juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri selain menjadi trademark bagi komunitas ini. Seterusnya, kami menuju ke Dataran Raja Ali Haji. Di sana kami mendengar penerangan mengenai sejarah Tanjung Pinang oleh pemandu pelancong kami iaitu En Fairullah berkaitan asal usul ketamadunan Nusantara atau Alam Melayu bermula dari Tanjung Pinang. Raja Ali Haji merupakan seorang raja yang memerintah Tanjung Pinang suatu masa dahulu yang dikatakan di bawah Kerajaan Johor Riau. Makanan utama di Tanjung Pinang ialah nasi dagang di mana nasi yang ditanak tanpa santan berbekalkan satu jenis lauk untuk dibawa berdagang suatu masa dahulu. Oleh kerana Tanjung Pinang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Johor Riau, makanya Tanjung Pinang lebih dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Di sini, terletaknya Tugu Pensel dan Tugu Buku sebagai simbolik kepada meluasnya ilmu dan pentingnya penyebaran ilmu suatu masa dahulu. Kawasan persekitaran di Tanjung Pinang mengingatkan kami kepada cerita Melayu klasik yang memaparkan kehidupan harmoni penduduk kampung. Bangunan yang dibina juga lebih bercirikan seni bina alam Melayu. Kesimpulannya, Bandar Tanjung Pinang di Kepulauan Riau ini bermotifkan seni bina alam Melayu dan masih kuat adat tradisinya. Ketamadunan Melayu jelas terlihat di sekitar Bandar ini.
Perjalanan diteruskan pada hari kedua ke Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) untuk perkongsian budaya dan diskusi berkaitan program pengantarabangsaan. Kami disambut oleh Prof Syafsir Aklus (Rektor UMRAH), Prof Firdaus (Wakil Rektor bidang Akademik
dan
Kerjasama)
dan
En
Ulul
Azmi
(Pegawai
Pengantarabangsaan UMRAH). Majlis dimulakan dengan ucapan dari pegawai pengiring delegasi Malaysia, En Rafiuddin Rohani dan seterusnya oleh Prof Syafsir Aklus, Rektor UMRAH mengalukan kedatangan dan ketibaan Delegasi Malaysia dari Politeknik. Majlis diteruskan dengan perkongsian budaya oleh kedua-dua negara. Delegasi Malaysia memperkenalkan baju tradisi etnik - etnik di Malaysia iaitu dari etnik India (Sari), etnik Orang Ulu dan etnik Iban serta etnik Kadazandusun, manakala delegasi pakaian
Indonesia asli
memperkenalkan
Tanjung
Pinang
yang
dizahirkan dalam tarian selamat datang. Sementara menunggu untuk acara perkongsian makanan oleh kedua buah negara, agenda berbalas pantun secara spontan oleh kedua pasukan Malaysia dan Indonesia berlangsung. Kecekapan dan kepetahan kedua pasukan membeli dan membalas pantun secara spontan menunjukkan
bahawa
tradisi
adat
melayu tidak dilupakan oleh generasi muda masa kini.
Kemudian, sesi diskusi diteruskan melalui pertukaran idea, pendapat dan cadangan antara kedua universiti. Sesi diskusi ini memberi pengetahuan baru dari segi sistem pendidikan yang diguna pakai oleh kedua buah negara dan bagaimana sistem ini terlaksana. Acara diteruskan dengan perkongsian makanan oleh kedua pihak universiti. Bagi delegasi Malaysia, pihak PIS memperkenalkan Tangyuan (Makanan
Kaum
Cina),
Badak Berendam (Makanan Kaum
Melayu)
dan
Masalodeh (Makanan Kaum India) UMRAH
manakala
pihak
memperkenalkan
Sempolan iaitu siput sedut yang dimasak bersama sayur – pucuk ubi, paku pakis, kangkung dan bayam. Rasanya seakan masak lemak cili padi tetapi lebih pedas serta teksturnya agak melekit kerana masakan itu dicampuri dengan tepung ubi. Setelah acara utama selesai, delegasi Malaysia menghiburkan peserta dengan aktiviti “energizer” untuk menghidupkan suasana dan beramah mesra dengan perwakilan pelajar UMRAH. Pihak UMRAH pula mempersembahkan gurindam 12 yang terkenal di Tanjung Pinang hasil ciptaan Raja Ali Haji dengan diiringi tarian. Nazam gurindam itu menyentuh jiwa serta menggamit memori klasik Melayu di
mana
unsur
nasihat
yang
diwariskan kepada generasi dahulu berjaya mengajak para pendengar jatuh cinta kepadanya. Ia juga adalah garapan dari terjemahan naskhah al -Quran. Dalam diskusi bersama warga UMRAH, telah dinyatakan tentang pembukaan program-program diploma serta kursus pendek untuk pelajar antarabangsa di PIS. Tambahan lagi, wakil delegasi juga telah menyatakan hasrat untuk kunjungan kedua yang akan disertai oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Puan Hjh Rashidah Mustapa serta pegawai-pegawai pengantarabangsaan bagi tujuan memberikan keterangan lanjut berkaitan program yang telah disediakan.
Kemudian, kami menuju ke Panti Asuhan
Muhammadiah
menempatkan
anak-Anak
yang yatim
serta kurang berkemampuan. Di sana,
kami
melakukan
aktiviti
khidmat komuniti bersama mereka seperti
persembahan
energizer,
dan
melakukan
gotong
boria, seterusnya royong
pembersihan kawasan panti asuhan tersebut. Sumbangan disampaikan kepada wakil Panti Asuhan berupa dana dari pihak delegasi Malaysia. Kami juga berpeluang menunaikan solat Asar berjemaah bersama
mereka
di
surau.
Meskipun
hidup
dalam
serba
sederhana, potensi diri anak - anak di panti asuhan ini tidak kurang hebatnya. Ada di antara mereka yang
mempelajari
ilmu
seni
mempertahankan diri iaitu silat. Persembahan seni silat dari Indonesia kepada kami sedikit sebanyak membuktikan bahawa hidup dalam kesederhanaan bukan punca utama untuk tidak berjaya. Apa yang lebih menarik minat kami apabila ada juga di antara mereka yang dianugerahkan
suara
yang
lunak
apabila
mereka
mendendangkan lagu kepada kami. Aktiviti di Panti Asuhan ini bukan terhenti setakat itu sahaja. Pelbagai lagi aktiviti yang telah dijalankan seperti pencarian pelajar yangb erani tampil ke hadapan, pencarian pelajar yang berbakat serta lawatan sekitar kawasan.
Sepanjang berada di Panti Asuhan ini, rakaman TV KEPRI terus dijalankan khusus untuk perjalanan program sepanjang tiga hari ini. Rakaman dimulakan dengan penglibatan YRC
sebagai salah satu kelab yang aktif dalam program CSR dan kemudian diikuti dengan wakil delegasi Malaysia. TV KEPRI yang terkenal dengan tagline “TVnya masyarakat Kepulauan Riau” dilihat aktif dalam program-program bercorak kemasyarakatan khas untuk penduduk di sini. Program yang telah dijalankan oleh kami telah menarik minat YRC serta wartawan TV untuk dijadikan salah satu slot rancangan mereka. Aktiviti yang dijalankan adalah berkisar kepada kawasan sekolah, asrama dan sekitarnya. Kutipan sampah, pembersihan kawasan diselangseli bersama energizer yang dilakukan bersama para pelajar di sana. Bagi pelajar lelaki, perlawanan futsal dijalankan di antara delegasi Malaysia dan Indonesia untuk mengeratkan lagi ukhwah di antara mereka. Pihak YRC, pegawai serta wartawan masingmasing
mencari
sudut
terbaik
dalam
penggambaran yang dijalankan dan seterusnya akan dipaparkan di dalam slot rancangan TV mereka. Kerjasama ini amat baik untuk hubungan kedua-dua negara dalam programprogram seterusya.
Keesokan
harinya
sebelum
berangkat pulang ke Malaysia, kami dibawa ke Pulau Penyengat untuk melawati bangunan atau tempat peninggalan sejarah serta makam di Raja. Dikhabarkan di sinilah lahirnya Bahasa ibunda kita yang digelar Bahasa Melayu yang digunapakai sehingga ke hari ini. Seterusnya, pulang dari Pulau Penyengat kami dibawa ke pasar pagi untuk membeli cenderahati sebagai kenangan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Pasar itu boleh dikategorikan sebagai pasar dalam bangunan yang menjual pakaian, aksesori dan cenderahati. Antara tarikan utama pasar tersebut ialah kain pasang, telekung, kain batik dan kain pelekat. Perjalanan pulang diteruskan dengan menaiki feri ke Malaysia. Kami tiba di PIS pada jam 5.30 petang.
---- SEKIAN ----
mesra bicara kita berhimpun adanya kisah puteri putera dua negara kita serumpun hanya dipisah pentas samudera