Dandang dan Bekas Tekanan Terma & Syarat
POLISI INSURANS DANDANG DAN BEKAS TEKANAN
Bahawasanya Pihak Diinsuranskan yang dinamakan dalam Jadual bersama-sama ini telah membuat kepada LIBERTY INSURANCE BERHAD (Dahulu dikenali sebagai Uni.Asia General Insurance Berhad) suatu cadangan bertulis dan telah membayar premium sebagaimana yang tercatat dalam Jadual sebagai balasan bagi tanggung rugi yang terkandung kemudian dari ini untuk tempoh insurans yang dinyatakan dalam Jadual berkenaan;
Maka dengan ini adalah dipersetujui bahawa Penanggung Insurans akan, sepanjang tempoh yang dilindungi oleh Polisi ini atau sebarang pembaharuan yang dibuat pada dokumen tersebut dan tertakluk pada kekecualian, peruntukan, takrifan dan syarat-syarat yang terkandung dalam dokumen ini atau yang dicatatkan di atasnya, menanggung rugi Pihak Diinsuranskan terhadap
1.
Kerosakan (kecuali oleh kebakaran) kepada mana-mana dandang atau bekas tekanan yang dihuraikan dalam Jadual bersama-sama dokumen ini dan harta lain milik Pihak Diinsuranskan,
2.
Liabiliti Pihak Diinsuranskan di sisi undang-undang bagi kerosakan harta yang bukan milik Pihak Diinsuranskan,
3.
Liabiliti Pihak Diinsuranskan di sisi undang-undang bagi kecederaan yang menyebabkan kematian atau kecederaan yang tidak menyebabkan kematian terhadap sesiapa jua melainkan pekerja-pekerja Pihak Diinsuranskan sendiri atau pekerja mahir atau ahli-ahli keluarga Pihak Diinsuranskan, yang disebabkan dan semata-mata diakibatkan oleh letupan atau runtuhan sebagaimana yang ditakrifkan kemudian dari ini apa-apa dandang atau bekas tekanan yang dihuraikan dalam Jadual semasa menjalankan kerja yang biasa; Dengan syarat bahawa liabiliti Penanggung Insurans terhadap mana-mana satu dandang atau bekas tekanan dalam manamana satu tahun diinsuranskan tidak melebihi amaun diinsuranskan yang ditetapkan padanya dalam Jadual ini dan berkaitan kerosakan kepada harta lain milik Pihak Diinsuranskan dan liabiliti pihak ketiga, had tanggung rugi yang ditentukan adalah sebagaimana dalam Jadual ini;
Dengan syarat juga bahawa jika terdapat apa-apa tuntutan terhadap Pihak Diinsuranskan bagi kerosakan sebagaimana yang ditentukan sebelum ini, Penanggung Insurans akan sebagai tambahan membayar segala kos dan perbelanjaan yang telah berjaya dituntut oleh pihak menuntut terhadap Pihak Diinsuranskan atau yang ditanggung dengan persetujuan bertulis daripada Penanggung Insurans dalam mempertahankan tuntutan tersebut.
KEKECUALIAN Penanggung Insurans tidak akan libel bagi 1.
Cacat akibat haus dan lusuh atau penyusutan bahan-bahan dandang atau bekas tekanan, sama ada disebabkan oleh kebocoran, kakisan atau tindak balas bahan api
atau sebaliknya, pelekukan atau keretakan mana-mana bahagian
dandang atau bekas tekanan, atau untuk kemerosotan am atau berlakunya rekahan, lepuhan, laminasi dan lain-lain kecacatan, atau bagi keretakan, kegagalan cantuman atau untuk pembonjolan dan kerosakan bentuk akibat pemanasan lampau tiub-tiub (melainkan cacat, retak, kegagalan atau pembonjolan ini menyebabkan letupan atau runtuhan) atau bagi retakan bahagian besi tuang dandang pemanas atau bekas lain yang dibuat daripada besi tuang;
2.
Kegagalan tiub individu di dalam dandang tiub air, lokomotif atau lain-lain jenis yang berbilang tiub, di dalam alat pemanas besar atau alat-alat ekonomiser (melainkan cacat ini menyebabkan letupan atau keruntuhan);
3.
Kerosakan kepada harta milik Pihak Diinsuranskan atau yang dipegang olehnya dalam bentuk amanah atau secara komisen dengan beliau adalah bertanggungjawab, disebabkan oleh kebakaran akibat letupan atau runtuhan atau apa-apa sebab lain sekalipun, atau kerosakan kepada kilang yang diakibatkan oleh apa-apa sebab lain yang luar biasa. 1
4.
Kerosakan dan/atau liabiliti disebabkan oleh tindakan sengaja atau kelalaian sengaja oleh Pihak Diinsuranskan;
5.
Kerugian yang dialami akibat penghentian kerja;
6.
Kerugian atau kerosakan sama ada daripada asal atau lanjutan secara langsung atau tidak langsung, berdekatan atau jauh yang disebabkan atau disumbangkan oleh mana-mana satu daripada yang berikut:(a)
taufan, hurikan, letusan gunung berapi, gempa bumi ataupun konvulsi semula jadi yang lain;
(b)
kerugian atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau berbangkit daripada peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, penderhakaan, revolusi, pemberontakan bersenjata, dahagi, rusuhan, mogok, perintah berkurung, kekecohan awam, kuasa tentera atau rampasan kuasa, sekumpulan orang atau yang berniat jahat bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi politik, bersubahat, rampasan, pemerintahan, tuntutan, atau pembinasaan atau kerosakan harta di bawah perintah mana-mana kerajaan de jure atau de facto atau mana-mana pihak berkuasa awam, tindak balas nuklear, radiasi nuklear atau kontaminasi radioaktif,
(c)
sebarang ujian selain daripada ujian di bawah tekanan yang tidak melebihi tekanan maksimum yang dibenarkan oleh pihak berkuasa pemeriksa.
DEFINISI Terma-terma berikut, apabila digunakan dalam Polisi ini, hendaklah mempunyai maksud seperti yang disebut di bawah ini :1.
“Dandang”hendaklah membawa maksud apa-apa bekas tertutup tertembak atau sistem paip bekas bergabung dengan wap dihasilkan di bawah tekanan. Apabila digunakan dalam Jadual, terma “dandang” hendaklah termasuk pemasangan, alat pemanas besar terbina dalam dan alat-alat ekonomiser tetapi hendaklah tidak termasuk saluran paip suapan wap atau air atau ekonomiser berasingan, letupan barang-barang sedemikian dilindungi oleh Polisi ini hanya jika disenaraikan secara khusus dalam Jadual ini.
2.
“Bekas” hendaklah bermaksud apa-apa bekas tertutup tidak tertembak di bawah wap atau tekanan udara.
3.
“Letupan” hendaklah bermaksud penghancuran atau penyepaian tiba-tiba dan kuat struktur dandang atau bekas atau mana-mana bahagian daripadanya dengan kuasa wap dalaman yang kuat, tekanan udara atau cecair, mengakibatkan pemecahan struktur badan berkenaan disertai dengan penyemburan kandungannya dengan daya yang kuat. Letupan Gas Serombong: “Letupan” hendaklah juga bermaksud apa-apa kerosakan kepada struktur dandang dengan pembakaran atau penyalaan relau atau gas serombong secara tiba-tiba dan tidak sengaja dengan kuat
4.
“Keruntuhan” hendaklah bermaksud pengherotan tiba-tiba dan berbahaya mana-mana bahagian dandang atau bekas disebabkan oleh tekanan menghimpit kuat wap luaran atau tekanan cecair sama ada disertai oleh pemecahan atau tidak; ia tidak seharusnya bermaksud apa-apa kecacatan yang terbentuk secara perlahan akibat apa-apa jua.
SYARAT-SYARAT 1.
Pematuhan dan pemenuhan terma-terma Polisi ini, selagi ia bersangkutan dengan apa-apa yang perlu dibuat atau dipatuhi oleh Pihak Diinsuranskan, dan kebenaran pernyataan dan jawapan dalam cadangan yang dibuat oleh Pihak Diinsuranskan hendaklah dijadikan sebagai syarat duluan bagi apa-apa liabiliti pihak Penanggung Insurans.
2
2.
Pihak Diinsuranskan hendaklah dengan perbelanjaan sendiri mengambil segala langkah mencegah yang berpatutan dan mematuhi segala cadangan pihak Penanggung Insurans untuk mengelakkan kerugian, kerosakan atau liabiliti dan hendaklah mematuhi cadangan-cadangan oleh pengilang.
3.
(a) Wakil-wakil pihak Penanggung Insurans hendaklah pada bila-bila masa yang berpatutan mempunyai hak untuk memeriksa dan menguji mana-mana harta yang diinsuranskan di bawah Polisi ini dan Pihak Diinsuranskan hendaklah memberikan kepada wakil-wakil Penanggung Insurans segala butir dan maklumat yang perlu bagi penaksiran risiko, misalnya, laporan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh pemeriksa yang diberikan kuasa oleh pihak-pihak berkuasa yang sewajarnya.
(b) Pihak Diinsuranskan hendaklah dengan serta-merta memberitahu Penanggung Insurans melalui telegram dan secara bertulis akan apa-apa perubahan material dalam risiko dan penyebab dengan perbelanjaannya sendiri pencegahan tambahan ini hendaklah diambil apabila keadaan memerlukan. Ini hendaklah juga diterima pakai jika kuasa bahan api perlu digunakan selain daripada apa yang telah direka untuk dandang itu ataupun yang digunakan semasa insurans tersebut berkuat kuasa. Ketidakpatuhan kepada syarat ini seharusnya menyebabkan Polisi ini digantung yang berkaitan dengan item atau item-item apabila perubahan risiko telah berlaku.
4.
Sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang mungkin membangkitkan tuntutan di bawah Polisi ini, Pihak Diinsuranskan hendaklah (a)
dengan serta-merta memberitahu Penanggung Insurans melalui telefon atau telegram dan secara bertulis, dengan memberikan petunjuk akan sifat dan setakat mana kerugian atau kerosakan tersebut;
(b)
mengambil segala langkah dalam kuasanya untuk meminimumkan tahap kerugian atau kerosakan;
(c)
mengekalkan alat-alat yang terlibat dan mengadakannya untuk diperiksa oleh wakil atau juru ukur dari pihak Penanggung Insurans;
(d)
menyediakan semua maklumat dan bukti berdokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Penanggung Insurans.
Penanggung Insurans boleh atas pilihan mereka sendiri membaiki atau mengganti apa yang telah rosak atau membayar dengan tunai bagi kerugian atau kerosakan.
Penanggung Insurans tidak seharusnya libel bagi kos untuk apa-apa pembaikan yang dilakukan oleh Pihak Diinsuranskan tanpa kebenaran bertulis Penanggung Insurans.
Penanggung Insurans tidak seharusnya libel bagi kerugian atau kerosakan yang tiada notis diterima oleh Penanggung Insurans dalam tempoh 14 hari berlakunya kejadian tersebut.
Setelah Penanggung Insurans diberitahu dengan notis mengenai suatu tuntutan, Pihak Diinsuranskan boleh melakukan pembaikan bagi mana-mana kerosakan kecil atau menggantikan item yang mengalami apa-apa kerosakan kecil, tetapi dalam semua keadaan yang lain, seorang wakil Penanggung Insurans hendaklah diberikan peluang untuk memeriksa kerosakan sebelum apa-apa perubahan dilakukan. Jika pemeriksaan oleh wakil Penanggung Insurans tidak dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tuntutan diberikan, Pihak Diinsuranskan hendaklah berhak untuk meneruskan pembaikan atau penggantian. Tiada apa-apa yang terkandung di dalam dokumen ini yang seharusnya menghalang Pihak Diinsuranskan daripada mengambil langkah tersebut yang sememangnya diperlukan untuk menyenggara operasi kilang. 3
Liabiliti pihak Penanggung Insurans di bawah Polisi ini yang berkaitan dengan apa-apa benda harta yang mengalami kerosakan, dengan tanggung rugi disediakan, hendaklah diberhentikan jika item tersebut terus digunakan tanpa diperbaik dengan memuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Penanggung Insurans.
5.
Pihak Diinsuranskan hendaklah atas perbelanjaan Penanggung Insurans melakukan dan bersetuju untuk melakukan dan dibenarkan untuk melakukan semua tindakan dan perkara-perkara sebagaimana yang diperlukan atau dikehendaki oleh Penanggung Insurans demi mendapatkan apa-apa hak atau remedi, atau untuk memperoleh relief atau tanggung rugi, daripada pihak-pihak (yang lain daripada yang diinsuranskan di bawah Polisi ini) yang daripadanya Penanggung Insurans adalah atau akan berhak atau adalah atau yang akan disubrogasi kepada mereka setelah mereka membayar atau mengganti rugi apa-apa kerugian atau kerosakan di bawah Polisi ini, sama ada tindakan-tindakan dan perkara sedemikian adalah perlu atau dikehendaki sebelum atau selepas Pihak Diinsuranskan ditanggung rugi oleh Penanggung Insurans.
6.
Tiada pengakuan, tawaran, janji, bayaran atau tanggung rugi hendaklah dibuat atau diberikan oleh atau bagi pihak Pihak Diinsuranskan tanpa kebenaran bertulis Penanggung Insurans yang berhak jika mereka ingin berbuat demikian untuk mengambil alih dan bertindak atas nama Pihak Diinsuranskan akan pembelaannya atau penyelesaian apa-apa tuntutan bagi tanggung rugi atau kerosakan atau sebaliknya dan mereka juga yang mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk bertindak dalam mana-mana prosiding atau dalam penyelesaian apa-apa tuntutan, dan Pihak Diinsuranskan hendaklah memberikan semua maklumat dan bantuan sedemikian sebagaimana dikehendaki oleh Penanggung Insurans.
7.
Polisi ini boleh ditamatkan atas permintaan Pihak Diinsuranskan pada bila-bila masa, dan dalam hal ini Penanggung Insurans akan menahan bahagian premium tersebut yang telah dibayar selaras dengan kadar tempoh-pendek biasa bagi tempoh Polisi ini berkuat kuasa. Polisi ini boleh juga ditamatkan pada bila-bila masa atas pilihan Penanggung Insurans dengan memberikan kepada Pihak Diinsuranskan tujuh hari notis untuk berkuat kuasa, yang dalam hal ini, Penanggung Insurans bertanggungjawab untuk membayar balik atas tuntutan bahagian premium mengikut kadar untuk terma yang belum tamat tempohnya dari tarikh pembatalan setelah
menolak apa-apa caj pemeriksaan yang
telah dikenakan oleh Penanggung
Insurans.
8.
Jika berlakunya apa-apa perbezaan dalam amaun untuk dibayar di bawah Polisi ini (dengan liabiliti sebaliknya telah diterima), perbezaajn ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang penimbang tara yang dilantik secara bertulis oleh pihak-pihak dalam pertikaian atau, jika mereka tidak dapat bersetuju dengan seorang penimbang tara, hendaklah dengan keputusan dua penimbang tara, yang masing-masing dilantik secara bertulis oleh setiap pihak, dalam masa satu bulan kalendar selepas dikehendaki berbuat demikian secara bertulis oleh setiap pihak, atau, sekiranya penimbang tara-penimbang tara tidak bersetuju, maka seorang wasit akan dilantik secara bertulis oleh penimbang tara-penimbang tara sebelum mereka membuat keputusan. Wasit berkenaan hendaklah bersidang dengan penimbang tara-penimbang tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka. Penghasilan award hendaklah menjadi satu syarat duluan bagi apa-apa hak untuk bertindak terhadap Penanggung Insurans.
9.
Jika sesuatu tuntutan adalah merupakan fraud dalam apa-apa hal, atau jika apa-apa perakuan palsu dibuat atau digunakan untuk menyokong tuntutan tersebut, atau jika apa-apa cara atau jalan fraud digunakan oleh Pihak Diinsuranskan atau sesiapa jua yang bertindak bagi pihaknya untuk mendapatkan apa-apa faedah di bawah Polisi ini, atau jika suatu tuntutan dibuat dan ditolak dan tiada tindakan atau guaman dimulakan dalam tempoh tiga bulan selepas tuntutan tersebut ditolak atau, jika berlaku kes timbang tara sepertimana yang peruntukan dalam dokumen ini, dalam tempoh tiga bulan selepas penimbang tarapenimbang tara atau wasit membuat award, semua faedah di bawah Polisi ini hendaklah dilucut hak.
4
10. Apabila timbul suatu tuntutan di bawah Polisi ini dan kerugian, kerosakan atau liabiliti yang sama dilindungi oleh mana-mana insurans yang lain, Penanggung Insurans tidak seharusnya libel untuk membayar atau menyumbang lebih daripada bahagian mereka mengikut kadar bagi apa-apa tuntutan kerugian, kerosakan atau liabiliti sedemikian. Pihak Diinsuranskan hendaklah bertanggungjawab memberitahu Penanggung Insurans akan apa-apa insurans lain yang melindungi harta sama yang diinsuranskan.
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN Memo 1 - Jumlah Diinsuranskan Hendaklah menjadi satu keperluan di bawah Polisi ini bahawa jumlah diinsuranskan untuk setiap dandang dan bekas tekanan adalah sama dengan kos untuk menggantikannya dengan yang baru daripada jenis dan keupayaan yang sama, yang bermaksud kos untuk menggantikannya termasuklah, misalnya, pengangkutan, tunggakan dan duti kastam jika ada dan kos ereksi. Jika jumlah diinsuranskan kurang daripada jumlah yang hendak diinsuranskan, Penanggung Insurans hendaklah membayar hanya dalam perkadaran tertentu disebabkan jumlah yang diinsuranskan akan menanggung jumlah yang diperlukan untuk diinsuranskan. Setiap item jika lebih daripada satu hendaklah tertakluk pada syarat-syarat ini secara berasingan. Memo 2 – Asas Tanggung Rugi
a)
Dalam kes apabila kerosakan kepada suatu item diperbaik, Penanggung Insurans hendaklah membayar perbelanjaan yang perlu yang telah dialami untuk membaik pulih mesin yang rosak kepada keadaan yang boleh digunakan seperti dahulu termasuklah kos yang telah dialami untuk menanggalkan dan mendirikan semula untuk tujuan memberikan kesan kepada pembaikan, serta pengangkutan biasa ke dan dari bengkel, duti kastam dan tunggakan, sekiranya ada, tetapi, bagi dandang dan bekas tekanan yang disenaraikan dalam Jadual, hanya setakat perbelanjaan yang telah dimasukkan dalam jumlah yang diinsuranskan. Jika kerja-kerja pembaikan berkenaan dilaksanakan di bengkel milik Pihak Diinsuranskan, Penanggung Insurans hendaklah membayar kos untuk bahan-bahan dan upah yang dikenakan untuk tujuan kerja-kerja membaiki termasuk satu peratusan yang munasabah untuk membayar caj-caj overhed.
Tiada penolakan hendaklah dibuat bagi susut nilai terhadap bahagian-bahagian yang digantikan, tetapi nilai bagi apa-apa bahagian yang diselamatkan hendaklah diambil kira.
Jika kos untuk pembaikan seperti butir-butir yang tersebut di atas adalah sama atau melebihi nilai sebenar item berkenaan sebaik sahaja sebelum berlakunya kerosakan, penyelesaian hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan yang diberikan dalam (b) di bawah. b)
Dalam kes-kes apabila item yang diinsuranskan telah musnah – Penanggung Insurans hendaklah membayar nilai sebenar untuk item tersebut sebaik sahaja sebelum berlakunya kerugian, termasuklah caj-caj untuk pengangkutan biasa, kos ereksi dan duti kastam, sekiranya ada, tetapi, bagi dandang dan bekas tekanan yang disenaraikan dalam Jadual sahaja, hanya dengan syarat perbelanjaan sedemikian telah termasuk dalam jumlah yang diinsuranskan, nilai sebenar yang sedemikian akan dikira dengan menolak susut nilai yang sesuai daripada nilai item yang digantikan. Penanggung Insurans hendaklah juga membayar apa-apa caj biasa untuk menanggalkan item yang telah dimusnahkan, tetapi yang diselamatkan akan diambil kira.
Apa-apa caj-caj lebihan yang ditanggung bagi kerja lebih masa, kerja malam, kerja pada cuti-cuti am, dan pengangkutan laju hendaklah dilindungi oleh Polisi ini hanya sekiranya secara khususnya dipersetujui secara bertulis.
Kos untuk apa-apa perubahan-perubahan, tambahan-tambahan, pembaikan-pembaikan atau baik pulih tidak akan dibayar balik di bawah Polisi ini. 5
Kos untuk apa-apa kerja-kerja pembaikan sementara hendaklah ditanggung oleh Penanggung Insurans sekiranya kerjakerja pembaikan sedemikian merupakan sebahagian daripada kerja-kerja pembaikan yang muktamad dan tidak menambah jumlah kos untuk pembaikan.
Penanggung Insurans hendaklah membuat pembayaran hanya selepas berpuas hati dengan bil-bil dan dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa kerja-kerja pembaikan telah dilakukan atau kerja penggantian telah dilaksanakan, sebagaimana sepatutnya.
Memo 3 - Pemeriksaan-Pemeriksaan Semua loji yang dihuraikan dalam Jadual hendaklah diperiksa dalam tempoh statutori oleh pemeriksa-pemeriksa yang diberikan kuasa oleh pihak-pihak berkuasa yang sewajarnya. Memo 4 – Atenden Dandang Dandang tersebut hendaklah hanya dikendalikan oleh atenden-atenden yang mempunyai sijil kecekapan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Dandang yang sepatutnya.
Memo 5 - Status Operasi Pada masa berlakunya apa-apa letupan atau runtuhan kepada mana-mana dandang atau perkakas lain yang diinsuranskan di bawah Polisi ini, Pihak Diinsuranskan hendaklah memiliki kebenaran bertulis yang tidak bersyarat daripada pihak-pihak berkuasa pemeriksaan yang cekap untuk mengendalikan dandang atau perkakas tersebut. Jika tekanan atau muatan maksimum ke atas injap keselamatan sebaik sahaja sebelum letupan atau runtuhan adalah melebihi apa yang disyaratkan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan, Pihak Diinsuranskan tidak seharusnya berhak mendapat apa-apa ganti rugi atau tanggung rugi di bawah Polisi ini yang berkaitan dengan letupan atau runtuhan sedemikian.
6