BUKU ATURAN
BUKU ATURAN
KANDUNGAN
SEKSYEN
1. POLISI KESELAMATAN DAN POLISI ALKOHOL / DADAH
-
2. ISTILAH TERMA
-
3. PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPURKAN KEMALANGAN SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN
A
4. TUGAS PEKERJA
B
5. SEMBOYAN TETAP
C
6. SISTEM BLOK MUTLAK
D
BUKU ATURAN
POLISI KESELAMATAN DAN POLISI ALKOHOL/DADAH
.
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad yang selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat", Polisi Keselamatan, Alkohol dan Dadah adalah dicetak semula di sini untuk makluman setiap pekerja. POLISI KESELAMATAN 1.
KESELAMATAN adalah menjadi tanggungjawab SEMUA ORANG pada setiap masa. Bekerja dengan selamat adalah satu syarat bagi perjawatan kita.
1.1
KESELAMATAN mestilah mempengaruhi SETIAP apa yang kita lakukan. Tidak kira apa kerja kita, tiap-tiap kita mempunyai satu tugas yang tetap untuk memastikan tidak akan berlaku sebarang malapetaka kepada pelanggan-pelanggan, rakan sekerja, kontraktor-kontraktor, orang awam atau kita sendiri. Kita mestilah berusaha untuk melindungi Syarikat dan semua harta benda dan kawasan persekitaran.
1.2
Kita semua mestilah berikhtiar untuk melahirkan satu suasana di mana kita sentiasa peka terhadap risiko dan memastikan bahawa langkah keselamatan yang sempurna diambil.
2.
Syarikat adalah komited terhadap: pengendalian kereta api yang SELAMAT. memperbaiki unsur-unsur KESELAMATAN di dalam rekabentuk, pemasangan dan penyenggaraan stok kereta, infrastruktur dan bangunan-bangunan lain oleh kakitangan dan pembekal-pembekal. latihan dan pengawasan bagi pekerja-pekerjanya untuk memastikan keselamatan. memastikan bahawa semua Pelanggan dan Kontraktor sedar dan mahir dengan kehendak peraturan keselamatan kereta api. mengambil contoh amalan KESELAMATAN yang terbaik daripada lain-lain industri untuk disesuaikan dengan keperluan Syarikat. memenuhi kehendak perundangan terhadap langkah KESELAMATAN yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
3.
Syarikat akan memastikan bahawa segala sumber yang sesuai boleh diperolehi berbuat demikian.
untuk
POLISI ALKOHOL DAN DADAH 1.
POLISI
1.1
Syarikat mempunyai satu polisi bagi membantu pemulihan semula kakitangan yang meminta pertolongan secara sukarela untuk masalah yang berkaitan dengan alkohol atau dadah. Sebagai sebahagian dari Polisi ini Syarikat adalah komited untuk memperbaiki rasa kesedaran semua kakitangan terhadap masalah tersebut dan akibat dari alkohol dan dadah dan untuk mengadakan latihan yang sesuai dalam mengendalikan kes-kes yang timbul.
1.2
Walau bagaimana pun Syarikat menegaskan bahawa kakitangan yang menghadapi masalah tersebut hendaklah mendapatkan bantuan yang terawal mungkin supaya masalah itu dapat dikendalikan dengan penuh simpati sebelum ianya ditafsirkan sebagai menyalahi Buku Aturan dan seterusnya menjejaskan keselamatan operasi kereta api.
2.
BUKU ATURAN
2.1
Buku Aturan dalam Seksyen 'A" Fasal 1.2.1 menyebut bahawa: "Seseorang kakitangan tidak dibenarkan melaporkan diri dalam keadaan dipengaruhi minuman keras yang memabukkan atau apa-apa jenis dadah yang mungkin menjejaskan prestasi sebenar kerjanya atau meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa bertugas."
2.2
Buku aturan tersebut juga memberi peruntukan untuk permohonan membenarkan penggunaan Prosedur Disiplin yang dipersetujui untuk mengendalikan kesalahan-kesalahan berkenaan alkohol dan dadah.
3.
PROSEDUR DISIPLIN
3.1
Sebarang perlanggaran kepada aturan yang di atas adalah satu kesalahan dan Syarikat memandangnya sangat serius. Ia menganggap bahawa bila mana seseorang pekerja yang masih dalam tindakan Prosedur Disiplin didapati telah melanggar aturan ini dan ini telah termaktub di dalam undang-undang, ianya mungkin atas kesalahan yang berulangan berkaitan dengan salah guna dadah selepas tempoh pemulihan yang ditetapkan, akan berkesudahan dengan pembuangan kerja.
3.2
Syarikat memperakui bahawa tiap-tiap kes mestilah diadili dengan cermat oleh Lembaga Tatatertib yang berkaitan dari sudut kekhususan keadaannya dan bila mana pembuangan kerja tidak dianggap sesuai, satu "denda berekod" (sebagaimana ditafsirkan di dalam Prosedur Disiplin yang dipersetujui) mestilah dikenakan. Hukuman seumpama itu tidak akan terhapus dari rekod peribadi pekerja itu.
3.3
Mana-mana pekerja seumpama itu yang memegang sesuatu jawatan yang ada hubungkait dengan tanggungjawab keselamatan secara langsung kepada keselamatan operasi kereta api boleh juga ditukarkan ke jawatan yang tidak berkaitan dengan keselamatan, bagi tempoh tidak kurang dari tiga tahun. Tertakluk kepada Lembaga Tatatertib, seseorang pekerja yang ditukarkan sedemikian mungkin menerima kadar gaji dan syarat-syarat perkhidmatan sesuai dengan jawatan yang pekerja itu ditukarkan.
3.4
Persoalan bagi pengambilan semula pekerja, atau kenaikan pangkat ke jawatan yang berhubungan dengan keselamatan akan ditentukan mengikut merit selepas tamat tempoh tiga tahun.
3.5
Seseorang yang dikenakan hukuman berekod bagi suatu kesalahan yang berkaitan dengan alkohol/dadah tidak akan, dalam apa-apa keadaan pun, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat kepada jawatan yang berkaitan dengan keselamatan dalam tempoh tiga tahun dari kesalahan yang lepas.
3.6
Pengurus-pengurus yang mempertimbangkan pekerja-pekerja yang telah dikenakan hukuman berekod kerana kesalahan yang berhubung dengan alkohol/dadah untuk perlantikan ke jawatan yang berkaitan dengan tanggungjawab keselamatan mestilah mengesahkan sendiri dengan Pegawai Perubatan, bahawa pekerja berkenaan adalah sangat sesuai dalam perkara ini sebelum membuat perlantikan.
3.7
Perhatian semua kakitangan adalah ditarik kepada peruntukan yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Syarikat berhubung dengan prosedur-prosedur rawatan, pemulihan dan disiplin berkaitan dengan penagihan dadah. Peruntukan yang terkandung di dalam garis panduan ini dipakai kepada semua pekerja Syarikat.
BUKU ATURAN
ISTILAH TERMA-TERMA
ISTILAH Apabila digunakan di dalam Aturan-Aturan, Peraturan-Peraturan atau arahan-arahan, ungkapanungkapan ini mestilah difahami bagi meliputi atau memaksudkan perkara berikut melainkan ada yang lain ditunjukkan. "Jarak yang cukup" jarak yang mencukupi untuk memastikan keselamatan. "Arahan-arahan khas yang diluluskan" arahan-arahan khas yang diluluskan oleh Ketua Pengawai Eksekutif KERETAPI TANAH MELAYU Berhad. -Pindaan 3/09 (04/10/2009- 3053) ”Arahan-arahan khas yang diluluskan” arahan-arahan khas yang diluluskan oleh Presiden KERETAPI TANAH MELAYU Berhad. ”Pegawai yang diberi kuasa” orang yang diberi kuasa melalui Perintah Presiden KERETAPI TANAH MELAYU Berhad, sama ada atas nama atau jawatan, untuk mengeluarkan arahan atau membuat keputusan mengenai keselamatan bekerja atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan operasi kereta api. “Presiden” seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah syarikat dan diberi kuasa bagi pihak syarikat untuk membuat urusan. "Pegawai yang dibenarkan" orang yang diberi kuasa melalui Perintah Ketua Pengawai Eksekutif KERETAPI TANAH MELAYU Berhad, sama ada atas nama atau jawatan, untuk mengeluarkan arahan atau untuk membuat keputusan mengenai keselamatan bekerja atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan operasi kereta api. "Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan" suatu laluan di sepanjang atau yang melintasi kawasan kereta api atau lain-lain premis yang dipersetujui di antara kakitangan dan Pengurus tempatan sebagai Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan ke atau dari tempat kerja, atau di antara tempat- tempat kerja. Butir-butir Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan akan dipamerkan di atas Papan Kenyataan Tempatan. "Kuasa Bertolak" kebenaran yang diberi kepada Pemandu sesebuah tren di bawah sistem kerja untuk meninggalkan Stesen Blok dengan trennya atau di dalam kawasan Persemboyanan Pelbagai Aspek Landasan Berkembar untuk bertolak dari satu Semboyan Henti kepada yang lain di dalam arah yang sama. "Tren Balas" sesebuah tren yang dimaksudkan untuk membawa balas, batu, alat atau bahan api apabila dimuatkan atau dipunggahkan sama ada di antara stesen-stesen atau dalam kawasan had stesen. "Landasan Dwi-Laluan" suatu landasan yang digunakan untuk tren Naik bagi arah Naik dan untuk tren Turun bagi arah Turun, tetapi peruntukan adalah dibuat untuk setiap tren disemboyankan bagi arah yang bertentangan melalui kedua-dua landasan. "Bahagian Blok" bahagian landasan di antara dua Stesen Blok di mana tren tidak boleh masuk tanpa Kuasa Bertolak di bawah sistem kerja. (Rujuk Fasal 4 Seksyen 'D' Buku Aturan).
-Pindaan No 2/05-(8/5/05- 2938) 'Bahagian Blok' bahagian landasan dimana tren tidak boleh masuk tampa Kuasa Bertolak di bawah sistem kerja (Rujuk Fasal 4 Seksyen D Buku Aturan) "Stesen Blok" sebuah stesen di Landasan Tunggal, atau di kawasan Blok Litar Landasan Berkembar bila mana sesuatu panel stesen dibuka, Pemandu mestilah mendapatkan Kuasa Bertolak darinya. "Van Brek" mana-mana gerabak yang mempunyai kompatmen brek. "Ketua Pegawai Eksekutif" seorang yang dilantik oleh Lembaga Syarikat dan diberi kuasa bagi pihak Syarikat untuk membuat urusan. "Tata Kerja Blok Kontingensi" satu sistem kerja Blok Mutlak yang digunakan di antara dua stesen bila berlaku kerosakan pada Sistem Pelbagai Aspek biasa. Prosedur-prosedur untuk Blok Kontingensi adalah diperihalkan di dalam Peraturan Blok Litar Landasan. "PKT (Pusat Kawalan Trafik)" pusat di mana semua pergerakan tren melalui beberapa Landasan Tunggal dan melalui Sistem Blok Litar Landasan Berkembar disemboyankan dan dikawal. "Operator PKT" orang yang dilantik untuk mengendalikan panel persemboyanan PKT. -Pindaan 3/04 (2/11/04- 2926) “PKT” Pusat Kawalan Tren : pusat di mana semua pergerakan tren melalui beberapa Landasan Tunggal dan melalui Sistem Blok Litar Landasan Berkembar disemboyankan dan dikawal. "Syarikat" KERETAPI TANAH MELAYU Berhad. "Siang" dari jam 0700 hingga jam 1900. "Perhubungan terus" perhubungan peribadi di antara dua pihak berkenaan melalui telefon atau radio. "Ketua Pengarah" orang yang dilantik di bawah Akta Keretapi 1991. "Pemandu" orang yang dipertanggungjawabkan ke atas sesebuah tren. "Tren Kejuruteraan" tren balas atau lain-lain tren Jurutera Raya, tren Jurutera Semboyan; pendawaian talian atas atau tren kejuruteraan mekanikal.
tren
"Tanda Gendala" tanda atau blok yang diperuntukan pada suatu jarak yang selamat dari poin di mana dimensi beban maksimum semasa masuk atau melencongi landasan-landasan ianya bersentuh. "Tren Barang" sesebuah tren (selain dari tren balas) yang bermaksud keseluruhannya untuk membawa haiwan atau barang-barang. "Mandor" bermaksud orang yang menjaga sesuatu kumpulan pekerja yang ditugaskan bekerja dengan urusan jalan atau kerja-keja lain yang berkaitan dengannya. "Penjaga Get" orang yang menjaga sesuatu lintasan rata dan bertanggungjawab untuk mengendalikan get untuk laluan tren-tren dan kenderaan jalanraya.
"Rak Bumi" rak tuas bumi yang digunakan untuk mengendali segala poin/semboyan. "Gad" seseorang yang berada di atas tren yang membantu Pemandu sebagaimana yang diperlukan, tetapi bila bekerja dengan tren penumpang, tanggungjawab yang paling utamanya ialah memastikan keselamatan dan memenuhi kehendak penumpang. Terma "Gad" juga meliputi seorang Penyelia Tren bila diperuntukkan dan bila mana ianya muncul di dalam Buku Aturan, Panduan Kerja Am, Appendiks kepada Panduan Kerja Am dan Peraturan Persemboyanan Tren adalah juga dimaksudkan kepada "Pemandu" sesebuah tren yang bekerja tanpa Gad. "Juru Semboyan Tangan" seseorang yang ditugaskan di poin/semboyan atau seperti yang dikehendaki pada mana-mana lokasi untuk menyemboyankan tren-tren dengan menggunakan bendera atau lampu. "Semboyan Rumah" Semboyan Henti yang dikendalikan dari PKT, atau panel stesen, atau rak bumi yang mengawal kemasukan tren ke stesen. "Semboyan Henti Terakhir" Pelepas atau jika diperuntukkan, Pelepas Terhadapan. "Lintasan Rata" mana-mana lintasan yang dikendalikan, atau lintasan automatik di mana kenderaan jalanraya melintasi landasan kereta api. "Tuas" termasuk butang tekan, suis atau lain-lain peranti kawalan yang digunakan berhubungan dengan persemboyanan, lintasan rata atau alat kelengkapan sisian. "Pengawas" seseorang yang dilantik untuk memberi amaran orang bekerja di atas atau berhampiran landasan. "Landasan Utama" landasan yang biasanya digunakan untuk larian terus tren-tren melalui atau di antara stesen-stesen. "Tren Campur" sesebuah tren yang dimaksudkan untuk membawa penumpang dan barang. "Semboyan Pelbagai Aspek" suatu Semboyan Lampurona yang boleh mempamerkan aspek dua atau lebih. "Persemboyanan Pelbagai Aspek" suatu sistem yang menggunakan Semboyan Pelbagai Aspek yang ditempatkan pada jarak yang sama "Tren Unit Berganda" dua buah koc atau lebih yang disambung kekal dan dikendalikan oleh motor diesel atau elektrik. "Malam" dari jam 1900 ke jam 0700. "Gad" seseorang yang berada di atas tren yang membantu Pemandu sebagaimana yang diperlukan, tetapi bila bekerja dengan tren penumpang, tanggungjawab yang paling utamanya ialah memastikan keselamatan dan memenuhi kehendak penumpang. Terma "Gad" juga meliputi seorang Penyelia Tren bila diperuntukkan dan bila mana ianya muncul di dalam Buku Aturan, Panduan Kerja Am, Appendiks kepada Panduan Kerja Am dan Peraturan Persemboyanan Tren adalah juga dimaksudkan kepada "Pemandu" sesebuah tren yang bekerja tanpa Gad.
"Juru Semboyan Tangan" seseorang yang ditugaskan di poin/semboyan atau seperti yang dikehendaki pada mana-mana lokasi untuk menyemboyankan tren-tren dengan menggunakan bendera atau lampu. "Semboyan Rumah" Semboyan Henti yang dikendalikan dari PKT, atau panel stesen, atau rak bumi yang mengawal kemasukan tren ke stesen. "Semboyan Henti Terakhir" Pelepas atau jika diperuntukkan, Pelepas Terhadapan. "Lintasan Rata" mana-mana lintasan yang dikendalikan, atau lintasan automatik di mana kenderaan jalanraya melintasi landasan kereta api. "Tuas" termasuk butang tekan, suis atau lain-lain peranti kawalan yang digunakan berhubungan dengan persemboyanan, lintasan rata atau alat kelengkapan sisian. "Pengawas" seseorang yang dilantik untuk memberi amaran orang bekerja di atas atau berhampiran landasan. "Landasan Utama" landasan yang biasanya digunakan untuk larian terus tren-tren melalui atau di antara stesen-stesen. "Tren Campur" sesebuah tren yang dimaksudkan untuk membawa penumpang dan barang. "Semboyan Pelbagai Aspek" suatu Semboyan Lampurona yang boleh mempamerkan aspek dua atau lebih. "Persemboyanan Pelbagai Aspek" suatu sistem yang menggunakan Semboyan Pelbagai Aspek yang ditempatkan pada jarak yang sama "Tren Unit Berganda" dua buah koc atau lebih yang disambung kekal dan dikendalikan oleh motor diesel atau elektrik. "Malam" dari jam 1900 ke jam 0700. "Stesen Tanpa Blok" sesebuah stesen yang tidak mempunyai sempadan bagi mana-mana Bahagian Blok dan tiada Kuasa Bertolak di bawah sistem kerja yang akan diberikan di stesen seumpama itu. "Halangan" sesebuah tren, gerabak atau halangan atau rintangan pada sesuatu landasan, atau apaapa keadaan yang membahayakan laluan tren-tren. "Tren Khas Pegawai" sebuah Tren Khas yang digunakan oleh Pegawai-Pegawai Syarikat untuk memeriksa infrastruktur kereta api. "Jentera atas landasan" sesebuah kenderaan jurutera atau jentera yang berkeupayaan bergerak di atas landasan di bawah kuasanya sendiri. "Tren biasa" mana-mana tren yang tercatat di dalam Jadual Waktu Kerja. "Alat Talian Atas (ATA)" suatu susunan dawai-dawai yang tergantung di atas landasan kereta api untuk membekalkan elektrik kepada tren-tren elektrik. "Langkauan" bermakna jarak di hadapan bagi sesuatu semboyan henti sehingga mana landasan mestilah bebas sebelum semboyan berikut di belakang boleh dibebaskan.
"Tren penumpang" sesebuah tren yang dimaksudkan sepenuhnya untuk membawa penumpang dan bungkusan, dan termasuk tren tentera. "Peronda" seorang kakitangan kereta api berkompeten yang dibenarkan meronda landasan kereta api untuk mengesan kerosakan dan memastikan keselamatan. Kakitangan tersebut boleh dikenalpasti dengan memakai toha berwarna kuning bertulis perkataan "RONDA" di atasnya. "Merinyu Urusan Jalan" bermakna mana-mana Merinyu yang bertanggungjawab bagi pembinaan atau penyenggaraan Urusan Jalan, poin, jambatan atau lain-lain kerja yang berhubung dengannya. "Kebenaran Mendatang" kebenaran yang diberikan dari sebuah stesen blok kepada sesebuah stesen blok di belakang untuk sesebuah tren meninggalkan yang di belakang dan menghampiri yang di hadapan. "Tata Kerja Permissive" adalah satu kemudahan di bawah arahan-arahan khas yang diluluskan bila mana lebih dari sebuah tren dibenarkan memasuki ke dalam sesuatu bahagian pada sesuatu masa. "Poin-poin Mengadap dan Membelakang" poin-poin dianggap mengadap atau membelakang mengikut arah sebuah tren atau gerabak bergerak ke atasnya. Poin-poin dikatakan "poin-poin mengadap" apabila melalui kendaliannya, sesebuah tren yang menghampirinya boleh dilencongkan secara langsung dari landasan yang ianya sedang bergerak. "Auto Blok Geganti (ABG)" satu sistem persemboyanan yang berasaskan kepada semboyan masuk dan keluar melalui tindak balas litar landasan, besi berani dan alat penerimaan bumi. Sistem tersebut memastikan bahawa : (a)
sebuah tren sahaja boleh memasuki bahagian pada sesuatu masa, dan
(b) tren tersebut adalah lengkap sebaik sahaja keluar dengan memasukki bahagian litar landasan dan melalui interaksi besi berani belakang dan alat penerimaan bumi. "Laluan Kunci Panca Geganti" suatu sistem persemboyanan litar landasan dan semboyan geganti bila mana: (a)
sesuatu Semboyan Henti tidak boleh dibebaskan sehinggalah sesuatu laluan yang bebas diset dengan betul dan tidak terdapat pergerakan yang bercanggah, dan
(b)
sebaik sahaja sebuah tren berada di sesuatu laluan, laluan tersebut adalah dijamin selamat dan pergerakan yang bercanggah adalah tidak dibenarkan sehinggalah tren tersebut telah membebaskan laluan berkenaan.
"Aturan-Aturan" bila rujukan di buat kepada Aturan, ianya meliputi aturan-aturan, prosedur-prosedur Panduan Kerja Am dan Appendiks, Peraturan Persemboyanan Tren dan dokumen-dokumen yang berkaitan. "Tren dalam perjalanan" sesebuah tren yang telah berlepas di bawah suatu Kuasa Bertolak dan masih belum menamatkan perjalanannya. "Merinyu Semboyan dan Komunikasi" seorang Merinyu yang bertanggungjawab bagi penyenggaraan alat-alat Persemboyanan dan Komunikasi dan termasuk, bagi maksud aturan- aturan ini, seorang Pembantu Teknik, Juruteknik atau Pemasang.
"Jusemboyan" seseorang yang dilantik untuk menyemboyankan tren dari kabin semboyan. "Panel Semboyan" suatu Panel PKT, panel stesen atau kabin semboyan yang darinya seorang yang dibenarkan mengeset laluan, operet poin atau semboyan untuk pergerakan tren. "Arahan-arahan khas" arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pegawai yang berkuasa berhubung dengan hal-hal yang khusus atau keadaan-keadaan yang khas. "Tren Khas" mana-mana tren yang tidak dicatatkan di dalam Jadual Waktu Kerja atau bukan tren balas. "Stesen" mana-mana tempat di sebelah landasan kereta api di mana trafik dikendalikan atau di mana kuasa bertolak diberikan di bawah sistem kerja. "Had Stesen" bahagian kawasan kereta api yang diletakkan di bawah kawalan Pengurus Stesen dan terletak di antara dua semboyan henti yang paling luar bagi stesen tersebut. "Pengurus Stesen" seorang yang pada masa bertugas bertanggungjawab terhadap urusan kerja trafik dalam kawasan Had Stesen, dan termasuk orang yang menjaga pengendalian manamana semboyan dan bertanggungjawab untuk memohon dan memberi Kebenaran Mendatang dan untuk memberi kuasa bertolak. "Bahagian Stesen" bahagian kawasan dalam had stesen yang terletak di antara dua bahagian blok (untuk mengetahui sempadan Bahagian Stesen, lihat Seksyen 'D' Fasal 5). -Pindaan No 3/05 (25/9/05 – 2948) “Bahagian Stesen” bahagian kawasan dalam had stesen yang terletak di antara dua bahagian blok (untuk mengetahui sempadan Bahagian Stesen, lihat Seksyen ‘D’ Fasal 5 Buku Aturan). "Semboyan Henti" mana-mana semboyan yang boleh mempamerkan satu aspek atau indikasi henti. "Sistem Kerja" sistem yang dipakai untuk kendalian tren-tren ke atas mana-mana bahagian kereta api. "Lampu belakang" termasuk lampu bercahaya merah dalam tempat khas, papan tanda merah bercahaya, papan tanda merah ekor atau lampu merah memancar. "Token" suatu kuasa kebenaran yang meliputi satu kunci Token atau Tiket Jalan Bebas Bersurat, Cota Tren dan Tiket bagi sesebuah tren untuk bertolak dari satu Stesen Blok ke Stesen Blok yang lain di hadapan. "Blok Litar Landasan (BLL)" satu sistem persemboyanan yang membenarkan satu semboyan mempamerkan satu aspek maju bila mana semua litar landasan di landasan hadapan bebas sehingga ke dan meliputi kawasan langkauan melepasi Semboyan Henti yang berikutnya. "Bahagian Blok Litar Landasan" landasan yang terletak di antara semboyan-semboyan henti, sama ada ianya berada di dalam kawasan kawalan panel semboyan yang sama atau pun tidak. "Unit Traksi" lokomotif, Unit Berganda Elektrik (EMU) atau keretarel bergerak sendiri.
"Tren" sesuatu kenderaan atau kumpulan kenderaan yang disambung bersama berkeupayaan bergerak di bawah kuasa motornya sendiri, atau suatu keretarel bergerak sendiri. "Buku Daftar Tren (DT)" sebuah buku yang diperuntukkan di sesebuah stesen, Pusat PKT, kabin semboyan untuk merekodkan waktu-waktu tren (termasuk mana-mana sistem perekod tren automatik) dan keadaan-keadaan luar biasa. "Wisel" termasuk hon atau sebarang peranti amaran. “Pengira Gandar” -Pindaan No 2/03-(26/10/2003- 2898)Semua perkataan PELETUP dipinda kepada SEMBOYAN HALANGAN.
BUKU ATURAN SEKSYEN 'A' PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN
SEKSYEN 'A' BUKU ATURAN PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN HEBAT DAN KAWALAN KESELAMATAN
KANDUNGAN
FASAL
1. PERJAWATAN
1.1 ke 1.14
2. DISIPLIN
2.1 dan 2.2
3. KESELAMATAN
3.1 ke 3.11
4. MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS
4.1 dan 4.2
5. KAWALAN KESELAMATAN
5.1 dan 5.2
SEKSYEN 'A' PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN YANG SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN BAHAGIAN I : PERJAWATAN DAN DISIPLIN 1. PERJAWATAN 1.1. Waktu bertugas Setiap pekerja mestilah berada dalam tugas pada masa, tempat dan dalam waktu yang diperlukan. Beliau mestilah memberitahu penyelianya dengan serta merta jika tidak dapat melaporkan tugas disebabkan sakit dan mestilah seterusnya menyerahkan apaapa sijil akuan sakit doktor yang diperlukan. Beliau tidak boleh ponteng tugas atas apaapa alasan atau menukar giliran tugas atau meminda waktu bertugas tanpa kebenaran penyelianya. 1.2 Minuman yang memabukkan atau dadah 1.2.1 Seseorang pekerja tidak boleh melaporkan tugas dalam keadaan mabuk atau dipengaruhi oleh dadah yang boleh menjejaskan prestasi sebenar tugasnya atau pun meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa bertugas. 1.2.2 Mana-mana pekerja yang didakwa kerana ketagihan arak atau kesalahan jenayah yang berkaitan dengan dadah mestilah bila melaporkan diri untuk bertugas dengan serta merta memberitahu penyelianya. Penyelia berkenaan mestilah mencatatkan butirbutirnya. Beliau mestilah kemudiannya memberitahu Pegawai atasannya. 1.3 Pematuhan kepada semua aturan, arahan dll 1.3.1 Setiap pekerja mestilah mematuhi segala Aturan, Peraturan dan arahan-arahan yang berkaitan dengannya dan mematuhi arahan dari orang yang berkuasa di tempat beliau dikehendaki bekerja. Beliau mestilah melaporkan mana-mana salah laku dalam Aturan dan Peraturan kepada Penyelianya. 1.3.2 Aturan, Peraturan dan arahan-arahan adalah diperturunkan mengikut fungsinya dan bukan dengan gred dan dipakai untuk menilai prestasi dan fungsi pekerja-pekerja tanpa mengira grednya. 1.3.3 Aturan, Peraturan dan arahan-arahan adalah digunasama kepada semua kakitangan lelaki, perempuan dan kakitangan rendah dan mestilah ditafsir dengan sewajarnya.
1.4 Pemeriksaan Setiap pekerja mestilah menjalani pemeriksaan doktor, pemeriksaan mata atau mengambil peperiksaan jabatan seperti yang diperlukan oleh Syarikat. 1.5 Pertukaran alamat Setiap pekerja mestilah memberitahu penyelianya sebarang pertukaran alamat rumah. 1.6 Memakai pakaian seragam Setiap pekerja mestilah kelihatan kemas dan bersih bila bertugas dan memakai pakaian seragam lengkap dan lencana bila mana dibekalkan. 1.7 Berhubungan dengan orang awam Setiap pekerja mestilah bersopan dan sedia membantu bila berhubungan dengan orang awam dan mestilah memberikan namanya jika diminta. Beliau tidak dibenarkan mengawasi sebarang bagasi atau lain-lain barang milik orang awam. Barang-barang ini mestilah disimpan di tempat yang sesuai di stesen. 1.8 Perjalanan dalam tren Kecuali bila dikehendaki semasa menjalankan tugasnya, seseorang pekerja tidak boleh menaiki mana-mana tren penumpang melainkan beliau memiliki suatu tiket yang sah, pas atau kebenaran bertulis atau atas mana-mana tren atau bahagian mana-mana tren yang tidak diperuntukkan untuk kegunaan awam, melainkan beliau diberi kebenaran khas. 1.9 Menjaga harta benda Syarikat Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan untuk kepentingan peribadi, membazir atau memusnahkan mana-mana harta benda atau memiliki harta benda Syarikat. Jika diperlukan, beliau mestilah membayar harga apa-apa benda yang diperuntukkan oleh Syarikat yang beliau telah rosakkan atau hilangkan. 1.10 Barang-barang, duit dan sebagainya yang tidak dituntut hendaklah diserahkan Mana-mana kelangkasar hilang yang tidak dituntut, barang-barang, duit atau apa-apa harta benda lain yang dijumpa oleh seseorang pekerja di dalam atau di atas premis Syarikat (termasuk di dalam sesebuah gerabak kereta api) atau di dalam atau di atas sesebuah kenderaan jalan raya yang dikendalikan oleh atau bagi pihak Syarikat mestilah dianggap sebagai (di antara Syarikat dan pekerja berkenaan) telah tertinggal di dalam simpanan Syarikat dan mestilah dengan serta merta diserahkan olehnya kepada Penyelia atau orang yang menjaga stesen yang terdekat. Pekerja tersebut tidak boleh menganggap mempunyai hak atau kepentingan dalam harta benda berkenaan. 1.11 Menggunakan Televisyen, Radio, peralatan elektrik dan lain-lain
1.11.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan menggunakan televisyen, radio atau peralatan yang serupa apabila bertugas kecuali apabila diberi kebenaran khas. 1.11.2 Peralatan elektrik yang bukan kepunyaan Syarikat tidak boleh disambungkan kepada ibu sawat utama (main power supply) pada premisnya melainkan dibenarkan oleh Syarikat. 1.12 Mencipta rekaan dan mendaftar rekabentuk Setiap pekerja mestilah mematuhi peraturan Syarikat berhubung dengan mereka ciptaan dan pendaftaran rekabentuk yang dibuat atau ditemui dalam tempoh perkhidmatannya atau melalui kemudahan yang diperolehi berhubung dengan jawatannya. 1.13 Melindungi kepentingan Syarikat 1.13.1 Seseorang pekerja tidak boleh tanpa kebenaran Syarikat, membuat atau mengeluarkan sebarang kenyataan kepada orang awam dan yang boleh memberi kesan buruk kepada bisnes Syarikat. 1.13.2 Seseorang pekerja tidak boleh melakukan apa-apa tindakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan kerja atau memberi kesan buruk kepada bisnes Syarikat. 1.14 Berhenti kerja meninggalkan KTMB Seseorang pekerja tidak boleh melepaskan jawatan dalam Syarikat tanpa memberi notis sebagaimana yang dikehendaki dalam terma perjawatan. Beliau mestilah juga mengembalikan mana-mana pakaian seragam, bahan-bahan cetakan dan lain-lain artikel kepunyaan Syarikat. Kos bagi menggantikan barang-barang yang hilang atau membaiki barang-barang yang rosak akan menjadi satu beban hutang beliau kepada Syarikat dan, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat perkhidmatan, mungkin akan dipotong dari gajinya yang belum berbayar. Jika gaji tersebut tidak mencukupi untuk membayar jumlah yang dituntut, ianya akan menjadi suatu hutang yang akan dituntut melalui proses undang-undang. -TAMBAHAN NO.1/08 (16/11/2008- 3030)KEPADA BUKU ATURAN (RULE BOOK) SEKSYEN ‘A’ FASAL 1.15 Tambahan No.1/08 dibuat ke atas Buku Aturan (Rule Book) Seksyen „A‟ fasal 1.15 1.15
Sijil Kecekapan
1.15.1 Mana-mana kakitangan yang kerjanya memerlukan Sijil Kecekapan, kakitangan berkenaan hendaklah menentukan:(a) Sentiasa memiliki Sijil Kecekapan yang masih sahlaku. (b) Sebelum memulakan tugas, Sijil Kecekapan yang dimilikinya masih lagi dalam tempoh sahlaku. 1.15.2 Sijil Kecekapan hendaklah sentiasa ada bersamanya sepanjang menjalankan tugas.
1.15.3 Menjadi tanggungjawab kakitangan sendiri untuk memaklumkan kepada Pegawai Penyelianya berhubung Sijil Kecekapan yang akan tamat tempohnya tidak kurang dari satu (1) bulan sebelum tarikh tamat tempoh. 1.15.4 Semua Pegawai Penyelia adalah bertanggungjawab menentukan kakitangan di bawah jagaan mereka yang terlibat sentiasa memiliki Sijil Kecekapan yang masih sahlaku. Aturan hendaklah dibuat dalam tempoh yang sesuai supaya Sijil Kecekapan yang berikutnya dapat diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh.
2. DISIPLIN 2.1 Prosedur disiplin Sesiapa yang melanggar Aturan dan Peraturan akan didakwa mengikut Prosedur Disiplin Syarikat BAHAGIAN II KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN 3. KESELAMATAN 3.1 Bekalan Buku Aturan, Peraturan Panduan Kerja Am, Notis dll. 3.1.1 Semua Penyelia mestilah menentukan bahawa setiap pekerja di bawah kawalannya menerima dan menandatangani penerimaan buku Aturan, Peraturan Panduan Kerja Am, semua arahan dan notis yang telah ditetapkan bahawa satu salinan peribadinya mestilah dibekalkan. Ini termasuk juga mana-mana keratan atau pindaan bila mana dikeluarkan. 3.1.2 Setiap pekerja mestilah menjaga kesemua buku yang dibekalkan kepadanya dan tunjukkan kepada Penyelianya bila diperlukan. 3.1.3 Setiap pekerja mestilah menentukan bahawa pindaan-pindaan yang berkaitan apabila dikeluarkan diterima dan ditampal, dan mukasurat-mukasurat yang dicetak semula dilekatkan di tempat yang betul di dalam buku berkenaan. 3.1.4 Semua buku tersebut adalah dianggap sebagai sulit kepada Syarikat dan bukan untuk penerbitan. 3.2 Keselamatan adalah perkara utama Keselamatan mestilah dijadikan perkara utama bagi setiap pekerja. Setiap pekerja tidak boleh membahayakan dirinya atau orang lain dan sejauh mana yang boleh, beliau mestilah mencegah orang lain dari melakukannya. 3.3 Jalan dan Laluan Pejalan Kaki
Pekerja-pekerja selain dari mereka yang disebutkan di dalam fasal 3.4 dan 3.5 di bawah mestilah menggunakan tempat laluan ke premis kereta api yang dibenarkan dan sejauh mana yang boleh, di tempat laluan pinggir landasan. Bila mana terdapat Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan, ianya mestilah digunakan dan pekerja berkenaan mestilah menggunakan Laluan Pejalan Kaki tersebut. 3.4 Pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan 3.4.1 Seseorang pekerja tidak boleh pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan (kecuali di lintasan rata) melainkan ianya didapati sangat perlu berhubung dengan tugasnya. Sebagai tambahan, beliau mestilah: (a) telah diperakui cekap di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan oleh pegawai yang berkenaan dan ada bersamanya satu sijil Kelayakan KTMB038 terbaharu. Contohcontoh sijil adalah ditunjukkan di dalam Rajah 1A, atau (b) berada di bawah pengawasan langsung semasa kursus rasmi di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan. 3.4.2 Setiap Penyelia mestilah menentukan bahawa semua pekerja di bawah kawalannya memiliki satu sijil kelayakan yang terbaharu di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan bila mana diperlukan. -Pindaan 2/08 (16/11/2008-3030) 3.4.2 Sijil Kelayakan KTMB 038 hanya sah laku untuk dua (2) tahun sahaja.Setiap penyelia mestilah menentukanbahawa semua pekerja dibawah kawalannya memiliki satu sijil kelayakan yang terbaharu didalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan bila mana diperlukan. 3.4.3 Seseorang pekerja tidak perlu disahkan kompeten di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan (seperti di atas) cuma jika keadaan-keadaan dalam mana beliau diperlukan pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan adalah: (a) bila bekerja di dalam sesuatu depot, bengkel atau bangunan di mana perlindungan diadakan untuk mencegah bahaya daripada pergerakan keretarel (aturan-aturan ini adalah termasuk di dalam arahan-arahan tempatan), atau (b) bila menggunakan sesuatu Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan ke atau dari tempat kerjanya. 3.5 Pekerja di tepi landasan Seseorang pekerja tidak boleh berada ke tepi landasan melainkan didapati perlu berhubung dengan tugasnya. Sebagai tambahan, beliau mestilah: (a) memakai pakaian mudah dilihat yang mempunyai tanda pantul cahaya, yang diperuntukkan; ianya mestilah bersih dan dipakai dengan betul.
(b) perhatikan mana-mana indikasi amaran (lampu atau loceng, dan lain-lain) dan notisnotis. (c) waspada terhadap tren-tren yang datang atau pergerakannya. (d) akui bunyi amaran daripada mana-mana tren yang datang dengan mengangkat satu tangan di atas kepala. (e) jangan pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan kecuali seperti disebutkan dalam fasal 3.4 di atas.
3.6 Memakai pakaian dan alat keselamatan 3.6.1 Seseorang pekerja mestilah memakai pakaian dan alat keselamatan seperti yang dikehendaki. 3.6.2 Bila di dalam satu kawasan "Topi Keselamatan" (sama ada di dalam atau di luar premis kereta api) setiap pekerja mestilah memakai Topi Keselamatan yang diluluskan yang diikat kemas. Ini tidak termasuk bila berada dalam kabin memandu, van brek atau tempat yang seakan-akan serupa. 3.6.3 Seseorang pekerja yang sentiasa dikehendaki bekerja di perantaraan gerabak-gerabak atau di bawah rangka badan gerabak mestilah memakai Topi Keselamatan yang dibekalkan. Lain-lain pekerja yang sekali sekala diperlukan menjalankan tugas seperti itu mestilah juga memakai Topi Keselamatan jika boleh dipraktikkan, tetapi jika ianya tidak ada, pekerja berkenaan mestilah lebih berwaspada. 3.7 Menggunakan jentera mekanikal atau elektrik Seseorang pekerja tidak boleh mengendalikan mana-mana jentera mekanikal atau elektrik melainkan yang telah dibenarkan dan, di mana perlu, beliau mestilah berunding dengan Penyelia yang berkenaan. 3.8 Kecerdasan fizikal yang terhad Seseorang pekerja mestilah mematuhi had keupayaan fizikal yang ditetapkan oleh Pegawai Perubatan Syarikat. Jika diminta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan had tersebut, beliau mestilah dengan serta merta menarik perhatian di atas perkara ini kepada orang yang meminta. Jika diperlukan bekerja untuk lain daripada Penyelia biasanya, beliau mestilah menarik perhatian Penyelia berkenaan kepada batas keupayaan tersebut sebelum memulakan kerja atau pergi ke atas atau berdekatan dengan landasan. 3.9 Pekerja membuat perjalanan dalam tren - Pintu-pintu terbuka Seseorang pekerja yang membuat perjalanan dengan tren penumpang dalam masa bertugasnya mestilah menutup mana-mana pintu koc yang didapati terbuka dan
menasihatkan penumpang-penumpang berdiri jauh dari pintu. Walau bagaimana pun aturan ini tidak boleh dipakai kepada pintu-pintu di antara koc-koc. 3.10 Kemalangan yang melibatkan Tren Penumpang 3.10.1 Jika sesuatu kemalangan berlaku, tindakan selanjutnya adalah: (a) memberhentikan tren dari terus bergerak. (b) melindungi tren mengikut Seksyen 'F' Panduan Kerja Am. (c) mematuhi Arahan kerja Landasan Berelektrik (di mana berkaitan). (d) meminta bantuan kecemasan (contoh Bomba, Ambulan, Polis, Hospital, dan lainlain). (e) memberitahu semua yang berkenaan. 3.10.2 Jika sesuatu kemalangan serius berlaku, seorang Pegawai Kanan Syarikat hendaklah mengambil alih kawalan sebaik sahaja tiba. Mana-mana pekerja selain dari kru tren, di atas tren berkenaan hendaklah, jika praktikal, melaporkan kepadanya dan memberi apaapa bantuan yang perlu. Sebelum ketibaan Pegawai Kanan berkenaan, pekerja tersebut mestilah dan tanpa membahayakan dirinya: (a) melaporkan kepada kru tren (jika ada) dan beri bantuan seperti diperlukan. (b) memastikan bahawa penumpang tidak pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan yang akan dilalui oleh tren, atau tersentuh dengan mana-mana Alat Talian Atas atau alat elektrik yang mungkin hidup. (c) membantu mendapatkan alat pertolongan cemas, alat kecemasan atau pemadam api yang berada di dalam tren. (d) berjaga-jaga menunggu ketibaan bantuan kecemasan dan memberikan mereka apaapa maklumat tentang kecederaan dan lain-lain. (e) memberi apa-apa bantuan yang perlu kepada penumpang. 3.10.3 Sistem siar raya, jika diperuntukkan mestilah digunakan untuk memberi penumpang kepastian dan apa-apa arahan yang perlu untuk keselamatan mereka.
3.11 Kemalangan atau insiden mestilah dilaporkan Seseorang pekerja mestilah menentukan bahawa apa-apa kemalangan atau insiden, termasuk insiden "kamalagan nyaris" dilaporkan kepada Pegawai Atasannya.
-Pindaan No 1/05 13/02/2005 -2932) Kemalangan atau insiden mestilah dilaporkan Seseorang pekerja metilah menentukan bahawa apa-apa kemalangan atau insiden “kemalangan nyaris” dilaporkan kepada Pegawai Atasannya. 4. MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS 4.1 Definisi 4.1.1 Bagi maksud Aturan ini "Kemalangan Serius" bermakna suatu insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa manusia atau kemalangan mengerikan kepada penumpang terhadap mana-mana tren atau kepada sesiapa yang terlibat dalam kerjakerja kereta api atau kerosakan teruk kepada harta benda atau sesuatu kemalangan yang seumpama itu yang biasanya mengakibatkan kehilangan, kecederaan atau kerosakan. 4.2 Kemalangan serius 4.2.1 Bila mana sesuatu kemalangan serius berlaku ke atas kereta api: (a) Pegawai kereta api yang menjaga sesebuah stesen yang paling hampir kepada tempat kemalangan itu berlaku hendaklah, tanpa melengahkan masa tetapi di dalam apa jua keadaan, tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan tersebut, memberi notis tentang kemalangan tersebut secara bertulis atau melalui apaapa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga Balai Polis yang terdekat, dan (b) Syarikat mestilah tanpa melewatkan masa tetapi dalam apa jua keadaan tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan tersebut, menghantar notis bertulis berhubung dengan kemalangan itu kepada kerajaan melalui Ketua Pengarah Keretapi. Notis tersebut hendaklah mengandungi kenyataan ringkas berkenaan kemalangan tersebut dan tahap kecederaan atau kerosakan yang terlibat. Sebaik sahaja selepas berlakunya sesuatu kemalangan, Syarikat hendaklah mengarahkan suatu siasatan dijalankan oleh satu jawatankuasa yang terdiri dari pegawai-pegawai Syarikat bagi menyiasat sebab kemalangan itu tetapi dalam hal di mana tidak terdapat faktor yang meragukan terhadap sebab kemalangan itu, ianya tidak perlu diadakan penyiasatan. 5. KAWALAN KESELAMATAN 5.1 Tugas-tugas Am Pekerja Arahan-arahan khas adalah dikeluarkan berhubung dengan keselamatan kereta api. Sebagai tambahan, tiap-tiap pekerja mestilah berwaspada terhadap sesuatu yang
meragukan, atau sesiapa yang didapati berkelakuan yang mencurigakan di dalam atau berhampiran dengan premis kereta api. 5.2 Kelakuan yang mencurigakan Jika seseorang pekerja melihat seseorang berkelakuan yang mencurigakan, beliau mestilah: (a) jika boleh, pastikan sama ada orang tersebut telah diberi kebenaran untuk berada di dalam premis kereta api. (b) jika terdapat sesuatu yang meragukan, beritahu orang yang menjaga dan aturkan supaya pihak Polis dipanggil.
KTMB 038 KERETAPI TANAH MELAYU Berhad
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad SIJIL KELAYAKANKESELAMATAN LANDASAN
SIJIL KELAYAKANKESELAMATAN LANDASAN
DIRI DI
DIRI DI Nama .....................................................
Nama .....................................................
No.K/T...................No.K/P.....................
No.K/T...................No.K/P.....................
Jabatan/Depoh......................................... adalah kompeten di dalam Aturan dan Arahan yang berhubung dengan keselamatan diri di landasan.
Jabatan/Depoh......................................... telah lulus ujian di dalam Aturan dan Arahan yang berhubung * dengan keselamatan diri di landasan. *
tidak termasuk landasan berelektrik. termasuk landasan berelektrik.
*
tidak termasuk landasan berelektrik. termasuk landasan berelektrik.
*
( * - Potong yang mana berkaitan )
( * - Potong yang mana berkaitan )
Sah sehingga...........................................
Sah sehingga...........................................
T/Tangan ......................... Pemeriksa
T/Tangan ......................... Pemeriksa
......................Jab/Syarikat
......................... Jab/Syarikat
......................... Tarikh
......................... Tarikh
......................... .T/Tangan Pemegang
......................... .T/Tangan Pemegang
..................................................................................
Pemegang mestilah memiliki Kad Pengenalan bergambar yang dikeluarkan oleh Keretapi Tanah Pemegang mestilah memiliki Kad Pengenalan Melayu Berhad atau Kontraktor dan mestilah bergambar yang dikeluarkan oleh Keretapi Tanah dikeluarkan bila diminta untuk ditunjukkan sijil ini. Melayu Berhad atau Kontraktor dan mestilah dikeluarkan bila diminta untuk ditunjukkan sijil ini. ..................................................................................
RAJAH 1 A
BUKU ATURAN SEKSYEN 'B' TUGAS-TUGAS PEKERJA
BUKU ATURAN SEKSYEN 'B' TUGAS-TUGAS PEKERJA KANDUNGAN
FASAL
BAHAGIAN 1 - AM 1. PRINSIP
1
2. KESELAMATAN TREN-TREN
2.1 ke 2.5.8
3. KESELAMATAN PEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
3.1 ke 3.8
4. KESELAMATAN SETIAP PEKERJA KEJURUTERAAN ATAU TEKNIKAL APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
4.1 ke 4.11.4
5. TUGAS-TUGAS AM BAGI SETIAP PEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
5.1 ke 5.11
6. TUGAS-TUGAS AM BAGI SETIAP PEKERJA APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
6.1 ke 6.7.5
7. TUGAS-TUGAS AM BAGI SETIAP PEKERJA DI STESEN PENUMPANG
7.1 ke 7.11.3
BAHAGIAN 2 - TUGAS-TUGAS BAGI PEKERJA YANG DILANTIK SEBAGAI JURU SEMBOYAN TANGAN ATAU OPERATOR POIN 8. TUGAS JURU SEMBOYAN TANGAN
8.1 ke 8.10.3
9. TUGAS OPERATOR POIN
9.1 ke 9.2.2
BAHAGIAN 3 - KESELAMATAN BAGI PEKERJA PENYENGGARAAN YANG MENJALANKAN TUGAS PADA KERETAREL 10. KESELAMATAN PEKERJA PENYENGGARAAN YANG MENJALANKAN TUGAS PADA KERETAREL
10.1 ke 10.10
SEKSYEN 'B' TUGAS-TUGAS PEKERJA BAHAGIAN I - AM 1. PRINSIP Keselamatan mestilah dijadikan perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap pekerja. Beliau mestilah melaksanakan segala yang mungkin untuk memastikan keselamatan kepada setiap tren, orang awam, lain-lain pekerja dan dirinya sendiri. Beliau juga mestilah melakukan segala daya usaha untuk menentukan bahawa tren-tren berlari mengikut jadual dan menghalang kelewatan yang boleh dielakkan. 2. KESELAMATAN TREN 2.1 Jika tren-tren menghadapi kemungkinan bahaya 2.1.1 Setiap pekerja mestilah bila mana praktikal, memerhatikan sebarang tanda isyarat tidak selamat kepada mana-mana tren yang melintas atau isyarat semboyan TREN DALAM KECEMASAN (satu bunyi hon panjang berterusan), satu bendera merah yang dipamerkan oleh Pemandu atau Gad atau satu indikasi AMARAN BAHAYA (lampu puncak berkelip). 2.1.2 Bila mana alat perhubungan boleh didapati beliau mestilah dengan serta merta memberitahu Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren yang menjaga jika beliau mendapati sesuatu yang tidak selamat menjejaskan tren yang sedang bergerak. 2.1.3 Melainkan beliau boleh mengalihkan sebarang bahaya dengan segera tanpa membahayakan dirinya, beliau mestilah mengambil sesuatu tindakan lain yang perlu seperti memberhentikan tren-tren atau meminta bantuan kecemasan. Beliau mestilah melaporkan perkara yang serupa mana-mana sesuatu yang tidak selamat yang boleh menjejaskan tren-tren yang datang seperti: (a) kerosakan atau kecacatan yang menjejaskan landasan. (b) kebakaran, banjir atau halangan. (c) mana-mana binatang ternakan atau lain-lain binatang besar dalam sekitaran sempadan kereta api (sama ada atau tidak ianya sebagai faktor utama yang cepat membahayakan tren-tren). (d) mana-mana orang yang tidak dibenarkan berada di atas atau berhampiran dengan landasan. (e) mana-mana lampu yang didapati padam di Penunjuk Had Kelajuan Kecemasan
2.2 Memberhentikan tren dalam kecemasan 2.2.1 Jika didapati perlu untuk memberhentikan tren yang mendatang, satu bendera merah atau lampu merah mestilah dipamerkan supaya ianya dapat dilihat dengan jelas oleh Pemandu. Jika boleh, ianya mestilah berada tidak kurang dari 800 meter dari tempat halangan bagi membolehkan tren berkenaan diberhentikan. Jika bendera merah atau lampu merah tiada, kedua-dua belah tangan mestilah diangkat di atas kepala pada waktu siang atau satu lampu sebarang warna dikibarkan dengan galak pada waktu gelap. 2.2.2 Jika boleh didapati, di dalam kawasan Litar Landasan, satu Klip Operasi Litar Landasan mestilah dipasang pada setiap landasan yang terhalang. 2.2.3 Jika boleh didapati, tiga peletup, pada jarak 20 meter, mestilah juga ditempatkan di atas l andasan 800 meter daripada tempat halangan, jika sesebuah tren sedang menghampiri, ianya hendaklah dengan serta merta ditempatkan di atas landasan tersebut (seberapa jauh yang boleh). 2.3 Melaporkan sesuatu kemalangan atau meminta bantuan kecemasan 2.3.1 Sesuatu kemalangan mestilah dilaporkan dengan seberapa segera yang boleh kepada Operator PKT, atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren. Orang yang melaporkan sesuatu kemalangan mestilah: (a) yang pertama sebutkan bahawa ini adalah suatu panggilan kecemasan. (b) perkenalkan diri dan beri lokasi dari mana beliau sedang bercakap, termasuk apaapa maklumat bagaimana beliau boleh dihubungi. (c) memberitahu lokasi yang tepat dan butir-butir berkenaan kemalangan dan landasan yang mungkin terhalang. (d) sebutkan sama ada Polis, Bomba atau Ambulans atau apa-apa bantuan kecemasan yang diperlukan atau mungkin diperlukan. (e) jika boleh sebutkan sama ada terdapat jalan masuk menuju ke tempat halangan tersebut. 2.3.2 Orang yang menerima maklumat tersebut mestilah menghubungi mana-mana pejabat bantuan khidmat kecemasan yang diperlukan atau mungkin diperlukan dan beri lokasi yang tepat dan butir-butir berkenaan kemalangan tersebut. Jika terdapat sesuatu yang meragukan terhadap betapa seriusnya insiden tersebut pihak Polis, Bomba dan Ambulan mestilah dipanggil.
2.4 Kebakaran 2.4.1 Setiap pekerja mestilah berusaha sedaya upaya untuk mencegah kebakaran. 2.4.2 Syarikat mungkin dipertanggungjawabkan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran kepada tanaman-tanaman atau bangunan-bangunan yang berdekatan dengan kawasan kereta api. 2.4.3 Membakar tanaman atau perkakas-perkakas di pinggir landasan adalah dilarang. Manamana kebakaran di atas atau di tepi landasan kereta api atau premis mestilah dipadam dengan serta merta. Jika perlu bantuan dari pekerja-pekerja lain dan bomba mestilah diminta tanpa berlengah lagi. Kebakaran tepi landasan mestilah dilaporkan kepada Merinyu Urusan Jalan yang berkaitan. 2.4.4 Kebakaran ke atas mana-mana tren yang bergerak boleh merebak dengan cepat dan mestilah dipadamkan sepenuhnya dengan serta merta. Jika terdapat sesuatu yang meragukan yang ianya boleh dipadamkan dalam beberapa saat, tren berkenaan mestilah diberhentikan tetapi sejauh mana yang boleh tidaklah di atas jejambat atau dalam terowong atau tempat lain yang tidak sesuai. 2.4.5 Jika didapati perlu untuk menggunakan pemadam api jenis air (bercat merah) atau air dari mana-mana bekas, air berkenaan tidak dibenarkan bersentuhan dengan peralatan elektrik yang hidup. Air tidak dibenarkan dihalakan ke arah mana-mana konduktor elektrik atau alat talian atas sehinggalah suis elektrik berkenaan ditutup. 2.4.6 Pemadam api jenis BROMO CHLORO DIFLUOROMETHANE (BCF) (bercat biru muda atau yang mempunyai jalur biru muda) boleh digunakan sebelum suis elektrik ditutup. Sesiapa yang terhidu atau terkena wap dari pemadam ini mestilah dengan serta merta pergi ke tempat udara bersih. Jika BCF masuk ke dalam mata, ianya mestilah dicuci dengan air bersih. 2.4.7 Apabila diberitahu berkenaan sesuatu kebakaran landasan atau di tepi landasan, Operator Pusat Kawalan Trafik (PKT) atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren, mestilah mengambil perhatian tentang kemungkinan kesan terhadap tren-tren yang lalu, khususnya tren-tren penumpang atau tren-tren barang yang membawa barang-barang yang mudah bakar dan berbahaya. 2.4.8 Jika terdapat sesuatu kemungkinan yang asap daripada sesuatu kebakaran dalam persekitaran landasan berkenaan boleh menyekat pandangan Pemandu terhadap semboyan-semboyan atau kebakaran itu mungkin membahayakan tren-tren, maka trentren yang datang ke arah seksyen yang terlibat mestilah diberhentikan. 2.4.9 Apabila sesuatu jaminan telah diterima bahawa kebakaran tersebut boleh dikawal dan ianya tidak lagi sesuatu yang membimbangkan, tren-tren bolehlah dibenarkan meneruskan perjalanan.
2.5 Utusan berhubung dengan keselamatan 2.5.1 Utusan-utusan berhubung dengan pergerakan tren atau keselamatan landasan mestilah difahami dengan baik oleh kedua pihak sama ada melalui radio, telefon atau bersemuka antara satu sama lain. 2.5.2 Orang yang memberi utusan tersebut mestilah: (a) memperkenalkan dirinya dan pastikan beliau bercakap kepada orang yang betul. (b) nyatakan lokasi daripada mana beliau bercakap, termasuk nombor telefon atau nombor panggilan radio. (c) pastikan bahawa utusan tersebut diulangi dan difahami sepenuhnya sebelum menamatkan perbualan. 2.5.3 Orang yang menerima utusan mestilah: (a) memperkenalkan diri dan isytiharkan identiti dan lokasi dan apabila menggunakan telefon atau radio, dapatkan lokasi atau nombor radio sipemanggil. (b) mengulangi utusan tersebut kepada pemanggil dan pastikan beliau memahaminya. 2.5.4 Ungkapan "tidak bebas" tidak boleh digunakan di dalam sesuatu utusan yang bertujuan untuk memberi maksud bahawa sesuatu landasan kereta api itu terhalang. Utusan tersebut mestilah diberi secara positif dengan menggunakan ungkapan "landasan disekat". 2.5.5 Arahan-arahan mestilah diberi mengikut prosedur Panduan Kerja Am apabila sesuatu semboyan perlu dilintasi dalam keadaan Bahaya atau sesuatu pergerakan perlu dibuat di mana semboyan tidak diperuntukan. 2.5.6 Lain-lain arahan daripada Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren kepada Pemandu mestilah secara hubungan terus atau melalui Gad, Pengawal Pandu, Juru Semboyan Tangan atau melalui seorang kakitangan operasi yang kompeten. Jika ini tidak dapat diaturkan, Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren mestilah mengaturkan Pemandu atau Gad datang ke telefon berkenaan. 2.5.7 Di mana alat hubungan radio dipasang tetap di atas tren tetapi Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren tidak mempunyai kemudahan untuk memanggil Pemandu, beliau mestilah jika praktikal elakkan dari menghantar utusan melalui pihak ketiga dan sebaliknya aturkan supaya Pemandu berkenaan memanggilnya. 2.5.8 Perkataan "over" mestilah digunakan pada setiap akhir utusan yang diberikan melalui radio kecuali bagi utusan yang menutup perbualan, dalam hal tersebut "out" mestilah digunakan.
3. KESELAMATAN PEKERJA-PEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN 3.1 Fasal 3 ini dipakai bila mana terdapat pekerja berada di atas atau berhampiran dengan landasan. Arahan-arahan dalam Fasal 4 dipakai sebagai tambahan apabila terdapat pekerja kejuruteraan atau teknikal sedang bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan. 3.2 Definisi Lanjutan 3.2.1 "Di atas atau berhampiran dengan landasan" bermakna dalam lengkongan 2 meter dari rel yang terdekat bagi mana-mana landasan. Ini tidak termasuk bila kerja kejuruteraan dijalankan dalam persekitaran landasan platform. 3.2.2 "Kedudukan yang selamat" bermakna suatu tempat yang membenarkan jarak telusan sekurang-kurangnya 1.25 meter di antara seseorang (termasuk apa-apa yang dipakai atau dibawa) dan rel terdekat bagi mana-mana landasan di mana sesebuah tren sedang menghampirinya. 3.2.3 "Kumpulan" bermakna dua orang atau lebih. 3.2.4 "Tren" termasuk semua pergerakan dalam kawasan pemilikan. 3.2.5 "Kerja" bermakna: (a) apa-apa aktiviti kejuruteraan atau teknikal termasuk rondaan, lawatan dan ujian. (b) berjalan, di mana ianya perlu bagi sesuatu kumpulan pekerja kejuruteraan atau teknikal berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan (bila mana Laluan Pejalan Kaki tiada) bagi membolehkan sampai atau meninggalkan tempat di mana terdapatnya sesuatu aktiviti kejuruteraan atau teknikal sedang berlangsung. (c) mana-mana aktiviti lain yang ditakrifkan di dalam Arahan-Arahan Jabatan adalah termasuk dalam lengkongan definisi ini. 3.3 Bila seseorang pekerja berada di atas atau berhampiran dengan landasan 3.3.1 Seseorang pekerja tidak boleh pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan melainkan ianya betul-betul perlu berkaitan dengan tugasnya. 3.3.2 Apabila pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan di mana tren-tren akan mendatang dan bilamana perlindungan Pengawas tidak diperuntukkan, setiap pekerja mestilah tahu tentang kelajuan tren yang dibenarkan dan arah yang pada kebiasanya tren-tren lalu di atas setiap landasan. Apabila seseorang pekerja dikehendaki bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan, makluman ini akan diberi oleh Pegawai Yang Menjaga Kerja (PYMK). Dalam hal-hal lain, makluman ini mestilah diperolehi melalui rujukan kepada Apendiks kepada Panduan Kerja Am.
3.3.3 Apabila di atas atau berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah memakai jaket pantulan cahaya atau pakaian mudah dilihat yang telah diperuntukkan. Jaket pantulan cahaya atau pakaian mudah dilihat mestilah bersih dan dipakai dengan betul. 3.3.4 Apabila di atas atau berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah: (a) berwaspada terhadap kedatangan atau pergerakan tren-tren (walau pun bila sesuatu semboyan mempamerkan satu aspek Bahaya atau palang-palang lintasan rata dinaikkan). (b) tidak memakai atau menggunakan apa-apa yang boleh mengganggu keupayaan penglihtan atau mendengar tren-tren yang mendatang. (melainkan aturan khas telah dibuat) (c) sekiranya perlu, halakan pandangan ke arah tren-tren yang biasanya datang, dan hendaklah berwaspada khususnya terhadap tren-tren di kedua-dua arah bila: - di atas Landasan Tunggal atau di Landasan Dwi-Arah. - pada atau berhampiran sesebuah stesen atau simpang. - di mana-mana landasan semasa lansiran, semasa tata kerja Landasan Tunggal atau semasa kecemasan. - pada landasan yang di bawah Pemilikan. (d) sejauh mana yang boleh hendaklah sentiasa berada di ruang Laluan Berjalan Kaki di sisi semua landasan dan elakkan dari berada di atas atau di perantaraan mana-mana landasan (Lihat nota di bawah). (e) beri lebih perhatian pada waktu gelap, apabila jarak penglihatan kabur atau pada masa angin kencang, hujan lebat dan dalam kawasan bising. (f) sejauh mana yang boleh, gunakan jejambat atau jalan bawah tanah untuk melintas landasan tetapi jika kedua-duanya tiada hendaklah dengan melalui lintasan Pejalan Kaki bila mana ianya diperuntukkan (setiap penunjuk isyarat amaran mestilah diperhatikan). (g) lihat kiri kanan sebelum melintasi landasan atau sebelum melintas dari satu landasan ke landasan lain dan beri perhatian lebih bila berjalan keluar dari belakang sesebuah kenderaan atau struktur yang hampir kepada landasan berkenaan, atau bila melintasi landasan di kawasan selekoh. (h) bila melintasi landasan, hendaklah dengan melangkah dan bukan dengan memijak di atas rel atau kayu landasan atau di antara poin-poin. (i) elakkan dari melintasi landasan di hadapan mana-mana tren atau kenderaan yang sedang bergerak melainkan betul-betul perlu.
(j) dilarang menyusuri bawah mana-mana gerabak yang berhenti atau melintasi landasan dalam lengkongan 15 meter dari gerabak-gerabak yang berhenti melainkan dipastikan tidak ada kemungkinan yang ianya akan bergerak. (k) bila perlu gunakan lampu tangan semasa cuaca gelap atau di dalam terowong. Nota: Rajah 1B dan 2B memberi penjelasan kepada sebahagian daripada terma-terma kereta api yang digunakan dalam Aturan ini. 3.3.5 Apabila berada di atas atau berhampiran dengan sesuatu talian elektrik, seseorang pekerja yang telah lulus dan diperakui layak di dalam arahan-arahan talian elektrik yang bersesuaian mestilah mematuhi arahan-arahan berkenaan dengan keselamatan setiap pekerja. Lain-lain pekerja mestilah: (a) bila berada di atas atau berhampiran dengan sesuatu talian yang berelektrik dengan sistem talian atas: - menganggapkan bahawa talian atas dan sambungannya sebagai hidup pada setiap masa. - menjauhkan diri dan pakaian, alat-alat dan perkakas sekurang-kurangnya 2.75 meter daripada: - apa-apa yang tersangkut atau tergantung dari peralatan atas. - mana-mana wayar yang terputus atau berselerakan yang bersambung kepada alat talian atas, sama ada yang tergantung atau yang berada di atas tanah. - beri lebih perhatian supaya tidak menghampiri pada lengkongan jarak itu apabila berada di dalam lurah atau bukit, struktur atau gerabak-gerabak. - hendaklah membawa alat-alat panjang secara mendatar dan bukan secara menegak. (b) sesetengah `bond' yang disambungkan kepada rel ditanda merah pada penghujung rel dan jika dibuka, boleh mendatangkan bahaya voltan naik. 'Bond Merah' ini hanya boleh disentuh oleh pekerja yang dibenarkan oleh Pengurus Penyenggaraan (Perkhidmatan Komuter Elektrik). (c) Arahan-Arahan kerja untuk talian berelektrik arus ulang alik. Arahan-Arahan Kerja bagi Talian Berelektrik Arus Ulang Alik ada terkandung di dalam satu cetakan yang berasingan dan disediakan untuk memberi penjelasan terhadap terma-terma yang digunakan berhubung dengan alat kelengkapan arus ulang alik talian atas dan memperuntukan satu "Perihalan" bagaimana sistem itu bekerja. Ianya juga mengandungi arahan-arahan penting berhubung dengan keselamatan diri. Buku Panduan Arahan Kerja bagi Talian Berelektrik Arus Ulang Alik akan dikeluarkan kepada semua kakitangan yang diperlukan bekerja di atas atau di dalam persekitaran talian berelektrik.
KEGAGALAN UNTUK MEMATUHI ARAHAN-ARAHAN ASAS INI BOLEH MENGAKIBATKAN KECELAKAAN
3.4 Bila sesebuah Tren mendatang 3.4.1 Bila sesebuah tren datang, setiap pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan mestilah: (a) dengan serta merta beredar bebas dari semua landasan melainkan beliau memang telah bebas berada di tempat yang selamat dan tidak mendatangkan bahaya dari manamana tren yang tidak diketahui kedatangannya. (b) memperakui bunyi amaran dari tren dengan mengangkat sebelah tangan di atas kepala. (c) sebelum tren berkenaan berlalu, letakkan mana-mana peralatan yang dibawa ke atas tanah. (d) tunggu di tempat yang selamat sehingga tren tersebut telah berlalu dan setelah didapati bahawa tiada tren yang datang, khususnya pada landasan lain. 3.4.2 Apabila terdengar tren mendatang, seseorang pekerja tidak boleh mengandaikan ianya pada landasan yang lazim tetapi mestilah memastikan atas landasan mana ianya mendatang. 3.4.3 Jika seseorang pekerja terperangkap di perantaraan landasan yang bersebelahan di mana tren sedang mendatang dan beliau tidak dapat pergi ke suatu tempat yang selamat, beliau mestilah dengan serta merta mencari satu tempat yang selamat pada ruang di perantaraan landasan larian yang tidak terhalang. Apa-apa objek yang mungkin sedang dibawa mestilah ditempatkan di tempat yang selamat. Lihat Rajah 1B dan 2B. -Pembatalan No 1/06 (17/12/2006- 2980) Potong (batal) fasal 3.5, 4.3.4 dan 4.10.5. 3.5 Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) 3.5.1 Seseorang pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan di mana Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) disediakan mestilah bila mana praktikal menggunakan sistem tersebut. Beliau mestilah terlebih dahulu memasang suis sistem tersebut atau jika ianya telah dipasang, hendaklah ada kesefahaman dengan mereka yang telah menggunakannya. Di beberapa tempat, isyarat amaran diberikan untuk pergerakan tertentu sahaja; butiran aturan tersebut adalah ditunjukkan pada setiap suis. 3.5.2 Satu bunyi 'SAFE' sekejap-sekejap, dibunyikan pada kadar kekerapan 2 ke 7 saat, bermakna tiada tren yang mendatang. Bila sesebuah tren mendatang, satu bunyi AMARAN yang berterusan akan diberi dan setiap pekerja mestilah dengan serta merta
pergi ke suatu tempat yang selamat dan berada di situ sehingga bunyi 'SAFE' yang sekejap-sekejap kedengaran semula dengan jelas. 3.5.3 Jika tiada bunyi, ini bermakna bahawa sistem tersebut (jika suis dipasang) telah gagal atau suisnya telah tertutup dengan tidak sengaja. Pekerja seterusnya tidak boleh pergi atau berada di atas atau berhampiran dengan landasan di dalam kawasan yang dikawal sehinggalah aturan yang sempurna dapat dibuat untuk keselamatannya. Jika didapati perlu untuk beredar bebas dari kawasan itu beliau mestilah berbuat demikian mengikut cara yang paling selamat, sentiasa berwaspada terhadap tren-tren yang datang. 3.5.4 Jika bunyi AMARAN yang berterusan itu berlanjutan bunyinya dan tiada tren yang datang dalam tempoh yang munasabah, setiap pekerja masih lagi perlu beredar bebas dari kawasan yang dikawal dengan cara yang paling selamat dan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap tren-tren. 3.5.5 Setiap kerosakan mestilah dilaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren. 3.5.6 Sistem tersebut tidak boleh digunakan jika sesuatu landasan berterusan digunakan oleh sesebuah tren yang berhenti. 3.5.7 Tempoh amaran biasa tidak akan diberikan bila sesebuah tren dikehendaki melepasi sesuatu semboyan dalam kedudukan Bahaya. 3.5.8 Apabila beredar dari kawasan yang dikawal, pekerja berkenaan mestilah menutup suis sistem tersebut melainkan beliau sedar bahawa pekerja lain masih lagi berada di dalam kawasan itu. Dalam hal yang demikian beliau mestilah memberitahu mereka yang beliau akan meninggalkan tempat itu dan suis sistem tersebut masih terpasang. Nota : Sistem Amaran Kendalian Tren masih belum dilaksanakan lagi oleh Syarikat. Fasal 3.5 ini dimasukkan untuk memberi peruntukan kepada kemungkinan melaksanakan sistem ini pada masa akan datang. 3.6 Telusan Terhad 3.6.1 Perhatian mestilah diambil bila terdapat Telusan Terhad di antara landasan di mana trentren atau pergerakan lansiran dijalankan dan lain-lain landasan atau struktur-struktur yang berhampiran. Telusan Terhad akan dikenalpasti melalui satu papan tanda merah dan putih dengan perkataan AMARAN - TELUSAN TERHAD. (Lihat Rajah 3B). 3.6.2 Apabila beredar bebas dari sesebuah tren yang mendatang seseorang pekerja mestilah mengelakkan dari berdiri di tempat yang ada telusan terhad. 3.6.3 Sebelum berjalan melalui suatu tempat yang ada telusan terhad, seseorang pekerja mestilah memastikan bahawa laluan keluarnya adalah bebas. 3.6.4 Apabila di dalam terowong, seseorang pekerja mestilah ingat setiap masa pada tempat yang mempunyai telusan. Jika dalam kedudukan bahaya sewaktu sesebuah tren mendatang, beliau mestilah baring di ruang antara landasan larian (kawasan 'C' dalam
rajah 4B) atau di antara landasan berkenaan dengan dinding terowong (kawasan 'A' atau 'B' dalam rajah 5B) mengikut yang mana lebih selamat. 3.7 Telusan berhampiran landasan-landasan mencapah Seseorang pekerja mestilah mengambil perhatian untuk memastikan bahawa terdapat telusan yang cukup untuk keselamatannya bila mana landasan-landasan mencapah. 3.8 Naik dan turun dari gerabak-gerabak yang sedang bergerak atau berada di atas tangga dan lain-lain Seseorang pekerja tidak boleh naik atau turun dari gerabak yang sedang bergerak atau berdiri di atas tangga sesebuah unit traksi atau gerabak, tetapi Pelansir adalah dibenarkan berdiri di atas platfom yang diperuntukkan khas pada sesebuah unit traksi lansir atau gerabak lansir. 4. KESELAMATAN SETIAP PEKERJA KEJURUTERAAN ATAU TEKNIKAL APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN LANDASAN 4.1 LANTIKAN PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK) 4.1.1 Pegawai yang kompeten hendaklah dilantik (a) Apabila sesuatu kerja perlu dilaksanakan di atas atau berhampiran dengan landasan, seorang kakitangan mestilah terlebih dahulu dilantik untuk mengambil alih membuat peraturan yang perlu bagi mengelakkan seseorang daripada terkena bahaya oleh tren. (b) Beliau adalah dirujuk sebagai PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK). Beliau mestilah memiliki satu Sijil Kecekapan yang terbaharu (KTMB 039). Contohnya adalah ditunjukkan di dalam Rajah 7B. Pengecualian (c) Apabila kerja perlu dilakukan pada bahagian luar keretarel, peraturan-peraturan untuk mengelakkan bahaya kepada seseorang oleh tren pada landasan yang berhampiran mestilah dibuat oleh orang yang ditugaskan bertanggungjawab bagi perlindungan seperti ditunjukkan di dalam Bahagian III ini. Seorang Pegawai Yang Menjaga Kerja tidak diperlukan kecuali bila sesuatu kumpulan pekerja dikehendaki berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan berkenaan untuk sampai atau untuk meninggalkan lokasi tersebut di mana kerja ke atas gerabak dilakukan. 4.1.2 Bila mana lantikan tidak diaturkan sebelumnya Bila mana perlantikan bagi seseorang Pegawai Yang Menjaga Kerja tidak diaturkan sebelumnya, seorang mestilah dilantik oleh orang yang terkanan yang berada di dalam kumpulan itu. Jika berkelayakan, beliau boleh melantik dirinya sendiri. 4.1.3 Bila mana lebih dari dua kumpulan
PYMK berasingan mestilah dilantik bagi setiap kumpulan bila mana lebih dari dua kumpulan hendak bekerja, walaupun jika di tempat yang sama. 4.1.4 Bila mana sesuatu kumpulan dikehendaki berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan Melainkan menggunakan Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan, sesuatu kumpulan tidak dibenarkan berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan tanpa seorang PYMK dilantik dengan betul bagi membolehkan sampai atau meninggalkan tempat di mana kerja kejuruteraan atau teknikal dijalankan. 4.1.5 Bila mana pekerja dikehendaki bekerja bersendirian Sesuatu kerja tidak boleh dikendalikan di atas atau berhampiran dengan landasan oleh seorang pekerja yang bekerja bersendirian melainkan beliau adalah PYMK yang berkelayakan dan itu pun dengan syarat bahawa: (a) beliau berpuashati bahawa pengawas perlindungan tidak perlu atau (b) laluan tren pada landasan berkenaan diberhentikan mengikut Aturan-Aturan yang berkaitan. 4.2 Tanggungjawab PYMK 4.2.1 Sistem kerja untuk memastikan keselamatan pekerja PYMK mestilah memastikan bahawa: (a) satu sistem kerja yang selamat diamalkan supaya tren-tren tidak membahayakan pekerja yang berada di atas atau berhampiran dengan landasan. (b) setiap orang di dalam kumpulannya telah diberi penerangan ringkas dan faham sistem kerja tersebut sebelum memulakan tugas. (c) Sistem kerja yang sedang berjalan ini, sekiranya perlu dipinda kerana sesuatu perubahan atau keadaan atau hal-hal yang memerlukan ianya dipinda, setiap orang perlu difahamkan akan aturan baru tersebut. (d) kerja tersebut diberhentikan dan setiap orang dipindahkan ke suatu tempat yang selamat dengan serta merta jika mendapati sesuatu yang meragukan untuk meneruskan kerja tersebut dengan selamatnya. 4.2.2 Mengenalpasti PYMK Apabila menjaga sesuatu kumpulan, Pegawai Yang Menjaga Kerja mestilah: (a) memakai pada lengan kirinya satu toha biru dengan perkataan "PICOW" dalam huruf putih.
(b) memastikan bahawa identitinya dikenali oleh setiap orang dalam kumpulannya sebelum mereka pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan. (c) berada bersama kumpulan tersebut sehingga kerja tersebut disiapkan dan setiap orang adalah bebas dari landasan berkenaan atau sehingga beliau diganti oleh orang lain yang berkelayakan untuk bertindak sebagai PYMK. Dalam hal ini beliau mestilah memperkenalkan penggantinya kepada setiap orang di dalam kumpulannya. 4.3 TUGAS PYMK - UNTUK MEMUTUSKAN KEPERLUAN PERLINDUNGAN PENGAWAS 4.3.1 Prinsip (a) Adalah lebih selamat untuk menjalankan kerja di atas atau berhampiran dengan landasan apabila ianya ditutup untuk semua trafik. Jika ini tidak diaturkan, setiap orang yang bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan mestilah diberi peringatan yang secukupnya tentang kedatangan tren-tren, termasuk semua pergerakan di dalam kawasan pemilikan, bagi membolehkannya sampai ke suatu tempat yang selamat. (b) Sebelum sesuatu kerja bermula di atas atau berhampiran dengan landasan PYMK mestilah memutuskan tentang perlunya Perlindungan Pengawas. Di dalam beberapa keadaan (seperti disebutkan dalam Fasal 4.3.2) Perlindungan Pengawas adalah SENTIASA diperlukan. Dalam lain-lain keadaan, PYMK mestilah menentukan sama ada ianya diperlukan atau tidak. (Seperti disebutkan dalam Fasal 4.3.3 di bawah). (c) Bila mana Perlindungan Pengawas diperlukan, ianya mestilah diperuntukkan seperti yang disebutkan di dalam Fasal 4.4 dan 4.5 di bawah. Bagaimana pun sekiranya ini tidak praktikal OLEH SESUATU SEBAB, pergerakan tren-tren mestilah diberhentikan (seperti yang disebutkan dalam Fasal 4.7 di bawah). (d) Jika PYMK itu berpuashati bahawa kerja tersebut boleh dilakukan dengan selamat tanpa Perlindungan Pengawas, beliau mestilah terlebih dahulu menentukan bahawa setiap orang faham apa yang dikehendaki untuk memastikan keselamatan setiap orang (seperti disebutkan dalam Fasal 4.7 di bawah). 4.3.2 Bila mana perlindungan Pengawas SENTIASA diperlukan Perlindungan Pengawas SENTIASA diperlukan di bawah keadaan-keadaan yang berikut: (a) bila mana sekurang-kurangnya 30 saat waktu amaran diperlukan, atau (b) bila mana kurang dari 30 saat waktu amaran diperlukan tetapi ianya tidak memungkinan setiap orang memandang kerap kali bagi memastikan terdapatnya isyarat amaran yang mencukupi berhubung dengan kedatangan tren-tren untuk membolehkan mereka sampai ke suatu tempat yang selamat, atau (c) bila mana melibatkan jentera-jentera kejuruteraan atas landasan (melainkan pengecualian diberikan oleh Jurutera Awam), atau
(d) bila mana dikehendaki oleh arahan-arahan tempatan atau (e) apabila mana kerja tersebut perlu dilaksanakan pada waktu gelap, kabus, hujan lebat atau dalam terowong atau (f) jika PYMK yang berada dalam keadaan meragukan tentang perlunya Perlindungan Pengawas diadakan. 4.3.3 Apabila PYMK memutuskan tentang perlunya perlindungan Pengawas Selain dari keadaan-keadaan yang disebutkan di dalam Fasal 4.3.2 di atas PYMK mestilah memutuskan tentang perlunya Perlindungan Pengawas, mengikut keadaan berikut: (a) masa minima yang diperlukan bagi setiap orang di dalam kumpulannya untuk: - menyedarkan tentang kedatangan sesebuah tren. - memberhentikan kerja. - mengalihkan perkakas atau peralatan yang boleh membahayakan. - tiba ke tempat yang selamat. (b) MASA amaran minima yang diperlukan untuk kerja jenis ringan ialah 15 saat, dan untuk semua kerja lain MASA amaran minima ialah 30 saat. Dalam mana-mana hal, MASA ini mestilah ditambah bila mana terdapat keadaan-keadaan berikut yang menyebabkannya perlu : (lihat Rajah 6B). - cara mana setiap orang di dalam kumpulannya tentang kedatangan tren-tren. - jenis kerja, perkakas dan peralatan yang digunakan. - bilangan, umur dan pengalaman ahli kumpulan tersebut - lokasi kedudukan yang selamat dan tentang kewujudan telusan terhad. - jarak penglihatan. - keadaan cuaca. - keadaan berlumpur. - bunyi bising yang disebabkan oleh kerja dan apa-apa bunyi latar. (c) Di mana aktiviti-aktiviti kumpulannya memerlukan MASA amaran yang berlainan, MASA amaran yang lebih lama hendaklah digunakan.
(d) PYMK mestilah juga memastikan HAD KELAJUAN tren-tren yang datang, ianya mestilah dianggap sebagai had kelajuan yang dibenarkan untuk tren-tren tidak bergantung sepenuhnya ke atas: - semboyan-semboyan pada kedudukan Bahaya atau Amaran atau - lintasan rata yang dibuka kepada pengguna jalan raya atau - tren-tren berhenti di stesen-stesen atau - had kelajuan sementara atau kecemasan melainkan yang telah dikenakan berkaitan dengan kerja yang terlibat. (e) Dengan mengambil kira MASA amaran yang diperlukan untuk kerja terlibat dan HAD KELAJUAN tren-tren yang mendatang, PYMK mestilah kemudiannya menentukan JARAK dari mana tren-tren boleh dilihat dengan jelas. Panduan dalam menentukan JARAK ini adalah diberikan di dalam Carta Jarak Penglihatan, satu contoh berkenaan dengannya adalah ditunjukkan di dalam Rajah 6B. (f) Jika didapati tidak mungkin bagi setiap orang di dalam kumpulannya dapat melihat dengan jelas tren-tren yang mendatang pada JARAK ini dari tempat kerja, PYMK mestilah memikirkan keperluan Pengawas Perlindungan. 4.3.4 Kegunaan Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) Bila mana terdapat Sistem Amaran Kendalian Tren (lihat nota 3.5), PYMK mestilah mengaturkan untuk menggunakannya bila mana praktikal, sama ada atau tidak Perlindungan Pengawas telah diaturkan. 4.4 Tugas PYMK - Apabila mengatur perlindungan PENGAWAS 4.4.1 Penempatan Pengawas Apabila Perlindungan Pengawas disediakan, PYMK mestilah memutuskan bilangan Pengawas yang diperlukan dan menempatkan tempat kerja mereka supaya amaran yang cukup berhubung dengan kedatangan tren-tren akan diterima oleh setiap orang yang dilindungi. Semasa sistem kerja Landasan Tunggal pada Landasan Dwi-Arah dalam kawasan BLL dan bila ada keperluan lain beliau mestilah menentukan bahawa amaran yang cukup diberikan tentang kedatangan tren-tren dari mana-mana arah. Apabila menempatkan Pegawas-Pengawas, beliau mestilah juga mengambil perhatian tentang keselamatan mereka. 4.4.2 Bunyi bising daripada loji mekanikal atau dari sumber-sumber lain Apabila bunyi bising timbul hasil daripada penggunaan loji mekanikal atau sumbersumber lain, PYMK mestilah mengaturkan supaya amaran berhubung dengan kedatangan tren-tren diberikan melalui: (a) mana-mana peranti amaran yang ada pada loji tersebut atau
(b) amaran dengan sentuhan oleh Pengawas. Amaran melalui sentuhan Pengawas tidak boleh diadakan bagi menggantikan peranti amaran yang rosak pada loji berkenaan. 4.4.3 Pengawas mestilah kompeten dan berkeadaan lengkap PYMK mestilah menentukan bahawa setiap Pengawas ada bersamanya satu Sijil kecekapan yang terkini KTMB 040, diberikan kelengkapan sempurna, memakai toha PENGAWAS dan diakui cekap mengendalikan mana-mana peralatan amaran khas yang akan digunakan. Satu contoh Borang Syarikat adalah ditunjukkan di dalam Rajah 8B. 4.4.4 Bila mana lebih dari dua kumpulan Bila mana lebih dari dua kumpulan kerja bersama dan didapati perlu untuk mengatur Perlindungan Pengawas secara kongsi, PYMK bagi setiap kumpulan mestilah berbincang serta bersetuju tentang aturan perlindungan. Mereka mestilah kemudiannya memastikan bahawa Pengawas tapak faham kepada siapa beliau bertanggungjawab. Setiap PYMK mestilah memperkenalkan kepada setiap orang dalam kumpulannya mengenai identiti Pengawas tapak berkenaan. 4.5 Tugas-tugas PYMK - Apabila pekerja-pekerja bekerja dengan perlindungan PENGAWAS 4.5.1 Peraturan hendaklah disiapkan PYMK tidak boleh membenarkan sesuatu kerja dimulakan sehinggalah aturan-aturan untuk menyediakan Perlindungan Pengawas selesai dan, sejauh mana praktikal, beliau telah menguji aturan-aturan tersebut bagi memastikan bahawa isyarat amaran yang cukup boleh diberikan. Sebagai tambahan, beliau mestilah menentukan bahawa setiap orang yang akan diberi perlindungan sedar cara Pengawas itu memberi amaran dan tempat keselamatan yang beliau mesti pergi apabila isyarat amaran diberikan. Beliau mestilah juga menguji aturan-aturan tersebut untuk memastikan isyarat amaran tersebut berkesan. 4.5.2 Sebelum sesuatu kerja bermula atau disambung semula PYMK tidak boleh membenarkan sesuatu kerja dimulakan atau disambung semula selepas laluan sesebuah tren sehinggalah didapati selamat untuk berbuat demikian. 4.5.3 Pengawas tidak boleh diganggu PYMK mestilah menentukan bahawa Pengawas tidak mempunyai tanggungjawab lain, atau mengambil apa-apa bahagian dalam kerja tersebut, atau diganggu semasa kerja sedang diteruskan.
4.5.4 PYMK tidak boleh menjadi Pengawas PYMK tidak boleh bertindak sebagai Pengawas. 4.6 Tugas PYMK - apabila perlindungan Pengawas diperlukan tetapi tidak boleh diaturkan. 4.6.1 Laluan tren-tren hendaklah dihentikan bila perlu Apabila Perlindungan Pengawas diperlukan tetapi tidak boleh diaturkan kerana kekurangan kakitangan atau alat kelengkapan kerja tidak boleh dimulakan atau diteruskan di atas atau berhampiran dengan landasan melainkan betul-betul perlu dan itu pun jika selepas PYMK telah membuat aturan supaya laluan tren-tren pada landasan yang berkenaan dihentikan. 4.6.2 Perlindungan hendaklah diaturkan PYMK mestilah membuat aturan supaya peletup-peletup dan lain-lain perlindungan disediakan mengikut Seksyen 'J', Bahagian II Panduan Kerja Am. Walau bagaimana pun jika landasan tersebut masih di dalam pemilikan, bahagian landasan berkenaan mestilah dianggap sebagai satu tapak kerja di dalam pemilikan tersebut (dan mestilah ditunjukkan melalui papan-papan tanda jika dikehendaki mengikut Panduan Kerja Am Seksyen 'J', Bahagian III). Jika perlu, kerja mestilah ditangguhkan dan tidak boleh disambung semula sehinggalah aturan perlindungan seumpama itu telah siap. 4.6.3 Aturan apabila pekerja-pekerja dipanggil untuk membaiki kerosakan dan lainlainnya (a) Fasal 4.6.2 tidak boleh dipakai jika Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren telah memanggil pekerja-pekerja untuk bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan. Sebelum kerja seumpama itu dimulakan, PYMK mestilah memperolehi sendiri jaminan Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan trentren telah dihentikan pada landasan berkenaan. Jika perlu, beliau mestilah menunggu sehingga Operator PKT atau Pengurus Stesen telah mendapat satu masa yang sesuai supaya laluan tren-tren dihentikan dan kemudiannya dapatkan jaminan ini. (b) PYMK mestilah mendapatkan kata persetujuan Operator PKT atau Pengurus Stesen, landasan mana yang ditutup untuk trafik dan sama ada terdapat lain-lain landasan yang masih bebas. Bila mana praktikal, beliau mestilah menandatangan timbal di sisi catatan yang dibuat dalam Buku Daftar Tren. Jika tidak, beliau mestilah meminta Operator PKT atau Pengurus Stesen membacakan semula catatan tersebut, dan setelah berpuashati bahawa ianya betul, beliau mestilah menyebutkan nama, jabatan, tempat dari mana beliau bercakap dan waktunya. (c) PYMK mestilah memaklumkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen bila laluan tren-tren disambung semula.
4.7 Tugas PYMK - Apabila pekerja-pekerja bekerja tanpa perlindungan PENGAWAS 4.7.1 Setiap pekerja bertanggungjawab terhadap keselamatan dirinya sendiri Sebelum membenarkan sesuatu kerja dimulakan di atas atau berhampiran sesuatu landasan di mana Perlindungan Pengawas tidak diperuntukkan, PYMK mestilah menentukan bahawa: (a) semuanya faham bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab bagi keselamatan dirinya sendiri dan mestilah memandang selalu untuk memastikan bahawa terdapat isyarat amaran yang cukup tentang kedatangan tren-tren bagi membolehkannya tiba ke tempat yang selamat. (b) semuanya telah maklum tentang had kelajuan tren-tren yang dibenarkan dan araharah yang biasanya tren-tren itu mendatang pada setiap landasan. (c) semuanya tahu tentang tempat yang selamat yang mesti ditujui bila sesebuah tren mendatang. 4.7.2 Jika laluan tren-tren dihentikan Jika laluan tren-tren telah diberhentikan (seperti yang disebutkan di dalam Fasal 4.6), PYMK mestilah menentukan bahawa setiap orang tahu landasan yang manakah yang ditutup kepada pergerakan tren-tren dan sama ada terdapat mana-mana landasan lain yang masih bebas. 4.8 Tugas PYMK - apabila kerja dijalankan pada atau berhampiran sesuatu landasan di dalam pemilikan 4.8.1 Apabila kerja dijalankan pada atau berhampiran dengan sesuatu landasan di dalam pemilikan, PYMK mestilah faham bahawa pemilikan tersebut mungkin diminta diserahkan semula tanpa amaran. Beliau mestilah menentukan bahawa satu sistem kerja yang selamat yang tidak bergantung kepada aturan-aturan pemilikan diselenggarakan. 4.8.2 PYMK walau bagaimana pun, bolehlah bersandarkan kepada peraturan pemilikan bila kerja hendak dibuat di sesuatu tapak kerja di bawah kawalan seorang Penyelia Kejuruteraan dengan syarat aturan-aturan berikut dilaksanakan: (a) sebelum kerja tersebut dimulakan (atau sebelum mengambil alih tugas kerja yang telah dimulakan), PYMK mestilah menandatangani Sijil Penyelia Kejuruteraan. (b) PYMK mestilah juga menandatangani Sijil ini apabila kerja tersebut telah siap atau jika kerja tersebut perlu diteruskan selepas tapak kerja tersebut diserahkan semula, sebaik sahaja beliau telah memastikan bahawa satu sistem kerja yang selamat dilaksanakan supaya tren-tren yang mendatang di landasan laju tidak akan membahayakan sesiapa.
4.9 Tugas-tugas Pengawas 4.9.1 Kecekapan Seorang pekerja yang dilantik sebagai Pengawas mestilah disahkan cekap. 4.9.2 Alat kelengkapan Pengawas mestilah memakai pada lengan kirinya satu toha putih dengan perkataan PENGAWAS bertulis merah. Beliau mestilah ada bersama-samanya: - satu wisel/hon. - sekurang-kurangnya enam butir peletup. - satu bendera merah dan satu bendera hijau pada waktu siang. - satu bendera berpetak biru dan putih. - satu lampu tangan yang boleh mempamerkan cahaya merah dan hijau pada waktu gelap. - satu Sijil Kecekapan yang terbaru. 4.9.3 Penempatan Pengawas Pengawas mestilah mengambil tempat seperti yang diarahkan oleh PYMK dan berada di situ sehingga diberitahu oleh PYMK bahawa kerja tersebut telah siap dan setiap orang adalah bebas dari landasan atau beliau diganti oleh Pengawas yang lain. Kecuali apabila diganti, beliau tidak boleh meninggalkan tempatnya semasa kerja tersebut diteruskan. 4.9.4 Berkeadaan waspada Pengawas mestilah berwaspada terhadap kedatangan tren-tren dan jangan biarkan perhatiannya terganggu atau mengambil bahagian dalam kerja tersebut. 4.9.5 Apabila sesebuah tren mendatang Apabila sesebuah tren mendatang, Pengawas mestilah dengan serta merta memberi isyarat amaran dengan membunyikan wisel/hon atau jika perlu dengan menjerit. Jika sesiapa yang diberi perlindungan gagal untuk memperakui isyarat amaran ini dengan serta merta mengangkat sebelah tangan di atas kepalanya dan beredar ke satu tempat yang selamat, satu isyarat amaran segera mestilah diberi melalui beberapa turutan bunyi wisel/hon pendek dan nyaring sehinggalah setiap orang telah beredar ke suatu tempat yang selamat.
4.9.6 Amaran melalui sentuhan Bila mana isyarat amaran diberi melalui sentuhan, Pengawas berkenaan mestilah dengan serta merta memberi isyarat amaran seumpama itu apabila sesebuah tren mendatang dan ulangi isyarat amaran tersebut kepada sesiapa yang tidak bergerak dengan serta merta ke suatu tempat yang selamat. 4.9.7 Pengawas jarak jauh atau jarak perantaraan Bila mana seorang Pengawas jarak jauh/perantaraan diperlukan untuk memberitahu kedatangan tren kepada Pengawas tapak melalui isyarat semboyan tangan, beliau mestilah berbuat demikian dengan mengibarkan satu bendera berpetak biru dan putih dengan perlahan-lahan dari kiri ke kanan di atas kepala sehinggalah diperakui. Pengawas tapak mestilah memberi perakuan ini dengan mengibarkan bendera berpetak biru dan putih di atas kepalanya. Bila mana lebih dari dua Pengawas tapak, setiap Pengawas mestilah terus memberi perakuan ini sehingga Pengawas Jarak Jauh/Perantaraan telah melihat bahawa isyarat semboyan tangannya diperakui oleh semua Pengawas tapak. Nota : Isyarat semboyan tangan ini hanya boleh diberi pada waktu siang dengan syarat penglihatan baik. 4.9.8 Jika tidak dapat memberi perlindungan yang cukup Pengawas mestilah membunyikan isyarat amaran jika beliau tidak dapat memberi perlindungan yang cukup disebabkan: (a) seseorang bergerak terlampau jauh, atau (b) beliau tidak dapat melihat Pengawas di jarak jauh/perantaraan (bila mana diperuntukkan), atau (c) beliau perlu berhenti sebentar dari menjalankan tugas-tugas Pengawas, atau (d) ada sebab-sebab lain. Bila mana semuanya telah bebas, beliau mestilah memberitahu PYMK. 4.10 Tugas-tugas pekerja - apabila bekerja di bawah perlindungan Pengawas. 4.10.1 Jangan mulakan kerja sehingga di dapati selamat untuk berbuat demikian Seseorang pekerja tidak boleh memulakan kerja sehingga: (a) beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ia adalah selamat untuk berbuat demikian. (b) beliau betul-betul faham bagaimana, Pengawas itu akan memberi isyarat amaran dan tempat yang selamat yang beliau mesti pergi bila isyarat amaran diberikan.
4.10.2 Apabila Pengawas memberi isyarat Amaran Apabila Pengawas memberi isyarat amaran, setiap pekerja yang dilindungi mestilah dengan serta merta memperakui isyarat amaran itu dengan mengangkat sebelah tangan di atas kepalanya dan pergi ke tempat yang selamat. Beliau mestilah berada di tempat yang selamat itu sehinggalah PYMKnya mengisyaratkan yang kerja itu boleh disambung semula. 4.10.3 Pengawas tidak boleh diganggu Seseorang pekerja tidak boleh mengganggu Pengawas. 4.10.4 Jika perlindungan pengawas tidak mencukupi Jika, oleh sesuatu sebab, Pengawas tidak kelihatan lagi, atau jika isyarat amarannya tidak mungkin kedengaran, setiap pekerja yang dilindungi mestilah dengan serta merta pergi ke tempat yang selamat dan PYMKnya mestilah diberitahu. 4.10.5 Bila mana sistem amaran kendalian tren (SAKT) digunakan Bila mana Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) juga digunakan, setiap pekerja mestilah dengan serta merta pergi ke tempat yang selamat bila sahaja bunyi AMARAN yang berterusan diberikan atau Pengawas memberi isyarat amaran, mengikut mana yang diterimanya dahulu. 4.11 Tugas-tugas setiap pekerja - apabila bekerja tanpa perlindungan Pengawas. 4.11.1 Jangan memulakan kerja sehinggalah didapati selamat untuk berbuat demikian Setiap pekerja yang bekerja di atas atau berhampiran landasan tanpa Perlindungan Pengawas adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan dirinya sendiri. Beliau tidak dibenarkan memulakan kerja sehingga: (a) beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ianya selamat untuk berbuat demikian. (b) beliau tahu akan had kelajuan tren-tren dan dari arah mana yang tren-tren biasanya akan mendatang. (c) beliau faham dengan jelas akan tempat keselamatan yang beliau mesti pergi bila sesebuah tren mendatang. 4.11.2 Sentiasa berwaspada terhadap tren-tren yang mendatang Setiap pekerja mestilah sentiasa memandang perhatian untuk menentukan bahawa terdapat isyarat amaran yang cukup tentang kedatangan tren-tren bagi membolehkannya pergi ke tempat yang selamat.
4.11.3 Apabila tren mendatang Beliau mestilah mematuhi peruntukan Fasal 3 di atas tetapi apabila sesebuah tren mendatang, beliau mestilah juga memberi isyarat amaran kepada sesiapa yang berhampiran. Walau bagaimana pun beliau tidak boleh bersandarkan kepada orang lain untuk memberi isyarat amaran tentang kedatangan sesebuah tren. Beliau tidak boleh menyambung semula kerjanya sehinggalah beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ianya selamat untuk berbuat demikian. 4.11.4 Aturan pengawasan yang tidak dibenarkan Tidak sesiapa pun selain dari seorang Pengawas yang dilantik dengan sempurna dibenarkan untuk mengawasi kakitangan lain ataupun seseorang kakitangan tidak boleh bersandarkan kepada aturan yang seumpama itu. 5. TUGAS AM BAGI PEKERJA YANG BERADA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN 5.1 Perjalanan dalam tren, kabin memandu, kompatmen brek atau van brek 5.1.1 Tidak sesiapa pun selain dari pekerja yang dalam tempoh menjalankan tugasnya dibenarkan membuat perjalanan dalam tren, kabin memandu atau van brek kecuali seperti berikut: (a) dalam kabin memandu pada mana-mana tren. - pemegang kepada suatu pas kabin memandu (mengikut syarat-syarat yang dicatatkan di atas pas tersebut). - pelansir semasa menjalankan tugas-tugas lansiran. - kru tren dalam perjalanan semasa bertugas (hanya dipakai bila tidak terdapat lain-lain kemudahan tempat dan di dalam mana-mana kabin memandu selain dari kabin memandu yang mana tren itu sedang dipandu). (b) di dalam koc penumpang pada tren-tren penumpang. - pemegang tiket, pas atau permit yang sah. - kru tren dalam perjalanan semasa dalam tugas. (c) di dalam kompatmen brek atau van brek pada tren penumpang. - pemegang sesuatu pas kuasa yang sah di dalam kompatmen brek atau van brek. - orang-orang cacat di atas kerusi roda. - kru tren dalam perjalanan semasa bertugas (hanya dipakai bila tiada lain-lain kemudahan tempat).
- orang-orang yang dibenarkan bekerja dengan menggunakan teroli katering (dengan syarat Gad tidak terganggu dalam menjalankan tugasnya). (d) di dalam tren stok kocing kosong. - kru tren dalam perjalanan semasa menjalankan tugas. - kakitangan Syarikat atau lain-lain kakitangan yang dikehendaki membuat perjalanan berhubung dengan kerja tren berkenaan (hanya dipakai pada tren-tren yang disiarkan di dalam Jadual Waktu Kerja atau Notis Tren Khas untuk membawa kakitangan tersebut; seorang Gad mestilah disediakan jika bukan kakitangan Syarikat menaikinya). - Setiap pekerja lain dalam perjalanan semasa menjalankan tugas mereka ke atau dari tempat mereka bekerja (hanya dipakai bila mana dibenarkan). (e) di dalam tren-tren bungkusan atau pos. - pemegang-pemegang pas atau permit yang sah untuk Tren Bungkusan atau Tren Pos. (f) di dalam tren barang. - pemegang-pemegang pas kuasa yang sah untuk kompatmen brek atau van brek (hanya dipakai di dalam van brek yang dinaiki oleh Gad). - pengiring untuk pergerakan-pergerakan khas (sebagaimana yang diberi di dalam Arahan-Arahan Khas Syarikat). 5.1.2 Apabila dibenarkan oleh Pengurus Stesen, seorang daripada kakitangannya dalam hal-hal kecemasan boleh menaiki Kabin memandu, van brek atau tren penumpang di dalam tempat yang berkenaan dan di perantaraan stesen-stesen berhampiran. 5.1.3 Tidak lebih daripada empat orang (termasuk Pemandu dan Pemandu Rendah) dibenarkan berada di dalam kabin memandu di mana Pemandu sedang memandu unit traksi atau trennya melainkan telah diberi kebenaran khas oleh Pengurus Besar, Operasi Tren. 5.1.4 Seseorang pekerja yang membuat perjalanan di dalam kabin memandu dilarang mengganggu Pemandu dari menjalankan tugasnya dengan sempurna. 5.2 Unit traksi tidak boleh digerakkan oleh orang yang tidak berkelayakan Sesuatu unit traksi mestilah digerakkan di bawah kuasanya sendiri oleh seorang yang telah lulus dan cekap untuk memandu jenis kenderaan berkenaan atau oleh seorang yang dibenarkan di bawah pengawasan langsung seorang Pengajar atau Pemandu. 5.3 Bekalan dan kegunaan Peletup 5.3.1 Peletup mestilah diselenggarakan dengan sempurna.
5.3.2 Peletup-peletup mestilah diikat pada pertengahan kepala rel dengan melentikkan klip ke bawah bebibir rel. Orang yang meletakkan peletup mestilah mengelakkan dari berdiri di tempat yang ada risiko kecederaan melalui serpihan yang berterbangan dan mestilah mengisyaratkan kepada yang lain yang berada di persekitaran supaya beredar jauh sekurang-kurangnya 30 meter. 5.3.3 Setiap pekerja yang dibekalkan dengan peletup adalah bertanggungjawab untuk menyimpannya dengan baik dan menentukan bekalannya. Peletup-peletup yang dihantar melalui tren penumpang mestilah diserahkan kepada Gad berkenaan. 5.3.4 Peletup yang menunjukkan tanda-tanda karat, rosak atau reput (dan mana-mana baki peletup yang tinggal di dalam bekas yang sama) dan peletup-peletup melebihi lima tahun hayatnya mestilah dikembalikan kepada pihak yang mengeluarkannya dengan serta merta. Bulan dan tahun pembuatan adalah ditunjukkan di atas setiap bekas peletup. Peletup mestilah diperiksa setiap tahun. 5.3.5 Jika sesuatu peletup gagal meletup atau serpihan yang melayang menyebabkan kecederaan, peletup atau serpihan tersebut dan mana-mana baki peletup di dalam bekas yang sama mestilah dipulangkan kepada pihak pengeluaran dengan serta merta bersama satu laporan berkenaan dengannya. 5.3.6 Peletup-peletup mestilah diuruskan dengan cermat dan tidak boleh disalah guna. Ianya tidak boleh dibawa dengan kenderaan yang digunakan oleh orang awam. Sebarang kecurian atau salah guna mestilah dilaporkan kepada Pengurus Wilayah. Jika beliau mengganggap insiden tersebut serius hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Polis. 5.4 Klip operasi litar landasan 5.4.1 Bila dipasang dengan kemas pada sebelah atas sesuatu rel larian, Klip Operasi Litar Landasan akan kendalikan litar landasan dan memberi satu cara melindungi halangan dengan serta merta pada sesuatu Litar Landasan. Ini mestilah digunakan bila perlu untuk melaksanakan perlindungan. 5.4.2 Penggunaan klip tidak akan menggantikan atau mengurangkan keutamaan bagi penggunaan mana-mana alat perlindungan lain yang diperlukan. 5.4.3 Klip-klip tidak boleh dialihkan dari landasan berkenaan sehinggalah cara kerja biasa disambung semula atau perlindungan lain telah diberikan. Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah diberitahu apabila klip tersebut telah dialihkan. 5.5 Semboyan tangan 5.5.1 Ukuran bendera mestilah tidak kurang dari 61 cm kali 40 cm dan mestilah berkeadaan bersih, dan berwarna terang. 5.5.2 Pada waktu siang apabila penglihatan baik, isyarat semboyan tangan mestilah diberikan dengan menggunakan bendera atau jika dibenarkan dengan mengangkat atau menggerakkan tangan. Pada waktu gelap, kabus atau hujan lebat dan di waktu siang
bila penglihatan kabur, semua isyarat semboyan tangan mestilah diberi dengan lampu tangan. 5.5.3 Setiap isyarat semboyan tangan mestilah diberi dengan terang dan jelas tetapi mestilah berhati-hati untuk menentukan bahawa ianya diberikan kepada orang yang dimaksudkan sahaja. Bendera atau lampu mestilah dipegang dengan sempurna (melainkan ada cara lain ditunjukkan) dan tidak diletakkan ke bawah atau di mana-mana tempat kecuali bila ianya menunjukkan sesuatu halangan atau gerabak yang tidak boleh digerakkan atau poin-poin yang telah disetkan untuk cara kerja Landasan Tunggal. 5.5.4 Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa isyarat semboyan tangan tidak bercanggah secara tidak sengaja dengan aspek Bahaya bagi mana-mana semboyan henti yang berdekatan dan mengelirukan Pemandu melepasi semboyan pada kedudukan Bahaya tanpa kebenaran. 5.5.5 Bendera dan lampu tangan mestilah sentiasa berkeadaan bersih. 5.6 Isyarat semboyan tangan Bahaya 5.6.1 Isyarat semboyan tangan merah menunjukkan BAHAYA - BERHENTI dan kecuali sebagaimana yang dibenarkan berhubung dengan ujian brek automatik, isyarat semboyan tangan ini hanya digunakan bila perlu untuk memberhentikan tren atau pergerakan. 5.6.2 Bila mana tiada bendera merah, isyarat semboyan tangan Bahaya hendaklah diberikan dengan mengangkat kedua belah tangan di atas kepala atau bila menaiki sesebuah gerabak, dengan menggerakkan semboyan tangan naik dan turun. Bila lampu merah tiada, isyarat semboyan tangan Bahaya hendaklah diberikan dengan mengibarkan apaapa lampu dengan galaknya. 5.6.3 Mana-mana tren atau pergerakan mestilah diberhentikan dengan serta merta bila mana sesuatu isyarat semboyan tangan Bahaya yang dimaksudkan kepadanya dipamerkan. 5.7 Perlindungan dengan mengekalkan semboyan-semboyan pada kedudukan Bahaya. Bila didapati perlu untuk mengekalkan sesuatu semboyan pada kedudukan Bahaya untuk melindungi sesuatu landasan yang terhalang oleh sesuatu kemalangan, kegagalan, insiden di luar jangka dan lain-lain, atau kerja kejuruteraan, atau yang berhubung dengan pengasingan arus traksi, semboyan ini boleh dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak terlibat dengannya dengan syarat ianya selamat untuk berbuat demikian. 5.8 Mengawal poin-poin 5.8.1 Apabila poin-poin hendak dikawal untuk keselamatan pergerakan, ianya mestilah dipasang kukuh dengan pencengkam (klip poin) untuk pergerakan dari mana-mana arah.
5.8.2 Bahagian Kejuruteraan Raya mestilah memperuntukkan kakitangan yang perlu apabila poin-poin hendak dilindungi berhubung dengan kerja kejuruteraan. 5.8.3 Apabila poin-poin dipasang pada sesuatu landasan larian tetapi tidak disambungkan kepada panel semboyan atau rak bumi yang terdekat atau apabila poin-poin di sesuatu landasan larian yang tidak digunakan tetapi tidak dialihkan dengan serta merta, ianya mestilah dilindungi dan dikecualikan dari penggunaan seperti yang disenaraikan di dalam Appendiks kepada Panduan Kerja Am. Aturan dan arahan berhubung dengan pergerakan ke atas poin-poin tidak meliputi poin-poin seumpama ini. 5.9 Gerabak-gerabak rosak 5.9.1 Seseorang pekerja Bahagian Kejuruteraan dan Penyenggaraan yang mendapati bahawa sesuatu gerabak perlu dibaiki mestilah meletakkan label yang sesuai pada kedua-dua belah gerabak tersebut seperti mana yang terdapat dalam arahan bahagian. Jika gerabak tersebut didapati tidak selamat untuk perjalanan, beliau mestilah juga memberitahu Gad, Pelansir atau orang yang menjaga mengikut kesesuaian. 5.9.2 Jika seseorang pekerja, selain dari seorang pekerja yang dibenar dan Penyenggaraan Kejuruteraan yang dibenarkan, melindungi atau mengalih sesuatu label TIDAK BOLEH PERGI atau label SAKIT, beliau boleh didakwa. 5.10 Penceroboh 5.10.1 Selain dari pekerja yang sedang menjalankan tugasnya atau yang sedang menggunakan sesuatu laluan yang dibenarkan untuk pergi ke atau dari tempat kerjanya atau seseorang yang memiliki kuasa yang membenarkannya berada di kawasan kereta api yang berkenaan, lain-lain orang yang berada di kawasan kereta api hendaklah dianggap sebagai penceroboh. 5.10.2 Seseorang penceroboh mestilah diminta untuk memberikan nama dan alamatnya dan mestilah diberitahu untuk meninggalkan premis kereta api melalui jalan yang paling selamat dan diberi amaran supaya tidak menceroboh lagi. Peristiwa berkenaan mestilah dilaporkan. Jika beliau enggan pergi, pihak Polis hendaklah dipanggil. Polis hendaklah juga dipanggil bila terdapat penceroboh yang degil atau kerosakan kepada premis kereta api. 5.11 Pekerja-pekerja yang masuk dan keluar dari gerabak-gerabak penumpang yang tidak dalam perkhidmatan Apabila masuk dan keluar dari sesebuah Koc Penumpang yang tidak dalam perkhidmatan, setiap pekerja mestilah menentukan bahawa pintu-pintunya sentiasa ditutup dengan betul. Pada sesuatu gerabak yang mempunyai pintu kendalian kuasa automatik, beliau tidak boleh mengendalikan mana-mana kunci `pelepas' kecuali yang telah diperuntukkan untuk kegunaan oleh kru tren. Pemegang-pemegang kunci kecemasan dalam dan luar tidak boleh digunakan untuk tujuan ini.
6. TUGAS AM PEKERJA APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN LANDASAN 6.1 Kerja yang menjejaskan keselamatan landasan. Seseorang pekerja tidak boleh memulakan kerja yang boleh menjejaskan keselamatan landasan, atau menggunakan kren atau lain-lain alat mekanikal yang boleh mengendala atau menghalang landasan berkenaan sehinggalah beliau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh orang yang menjaganya. Yang terlebih dahulu mestilah menentukan bahawa peruntukan-peruntukan yang bersesuaian bagi Seksyen 'H' dan 'J' Panduan Kerja Am telah dipatuhi. 6.2 Kerja di atas atau berhampiran landasan 6.2.1 Alat-alat atau perkakas yang ditinggalkan mestilah bebas dari landasan dan tidak ditinggalkan dalam sekitaran 2 meter dari rel semasa laluan sesebuah tren melainkan tidak terdapat kemungkinan ianya dibawa oleh arus gelincir laluan tren. 6.2.2 Apabila bekerja di atas atau berhampiran landasan, seseorang pekerja mestilah sejauh mana yang boleh memastikan bahawa: (a) perkakas atau peralatan tidak ditinggalkan menghalangi tempat berlindung, tempat rehat, ruang pejalan kaki atau laluan berjalan kaki. (b) balas atau lain-lain peralatan tidak dibenarkan terkumpul sehingga menghalang atau mengganggu alat persemboyanan atau lintasan rata atau alat kelengkapan tren. (c) kabel-kabel tidak boleh diganggu dan peralatan mudah terbakar tidak dibenarkan dikumpul berhampiran dengan laluan kabel. (d) Notis-notis amaran berhubung dengan kabel voltan tinggi dan tanda-tanda yang menunjukkan kabel tidak boleh terhalang dan laluan kabel hendaklah bebas jika berlaku kebakaran di bawahnya. (e) Palang atau get di lintasan rata suwa ditundukkan atau ditutup dan apa-apa salah laku dalam hal ini, mestilah dilaporkan, dan lain-lain get yang memberi laluan di sebelah tepi landasan hendaklah ditutup dan, di mana praktikal, dikunci. (f) Pagar tepi landasan mestilah dalam keadaan baik, mana-mana yang rosak atau cacat hendaklah dibaiki dan butir-butirnya hendaklah dilaporkan kepada Merinyu Urusan Jalan. (g) alat-alat yang telah ditempatkan di atas landasan yang menyebabkan halangan tidak boleh ditinggalkan di tepi landasan apabila kerja siap. 6.3 Kerja di atas atau berhampiran poin-poin 6.3.1 Jika seseorang pekerja dikehendaki bekerja di atas atau berhampiran landasan dan ada kemungkinan kecederaan akan berlaku disebabkan oleh kendalian poin-poin, beliau
mestilah sebelum memulakan kerja seumpama itu mestilah mengambil langkah-langkah keselamatan berikut: (a) memberitahu dan mendapatkan persetujuan Operator PKT atau Pengurus Stesen, poin mana yang akan terlibat dan jangka masa yang diperlukan. (b) mengaturkan supaya poin-poin tersebut dikendalikan kepada kedudukan yang diperlukan. (c) melindungi poin-poin tersebut dengan bingkah bagi mengelakkan pergerakan (dalam hal poin-poin kendalian elektrik, Merinyu Semboyan & Komunikasi bolehlah mengasingkan poin-poin). 6.3.2 Semasa kerja tersebut, tren-tren biasanya boleh disemboyankan melalui laluan poin-poin yang diset. 6.3.3 Kerja tersebut mestilah disiapkan atau dihentikan mengikut waktu yang dipersetujui bagi mengelakkan kelewatan kepada tren-tren lain. Bingkah-bingkah mestilah dialihkan (atau poin-poin dikendalikan semula ke cara kerja biasa) dan Operator PKT atau Pengurus Stesen seterusnya diberitahu. 6.4 Kerja dengan tren jurutera 6.4.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan naik dan turun dari sesebuah gerabak yang bergerak melainkan telah dibenarkan berbuat demikian oleh Penyelia Bahagian Kejuruteraan. Beliau tidak boleh berada di dalam sesebuah gerabak yang akan digerakkan melainkan jika beliau boleh melakukannya tanpa menghadapi risiko tercampak keluar atau terjatuh. 6.4.2 Pekerja Bahagian Kejuruteraan boleh menaiki kabin memandu bagi sesebuah tren Jurutera yang bergerak ke hadapan, pada atau dari sesuatu landasan di bawah Pemilikan SAHAJA apabila dibenarkan oleh Pegawai yang menjaga Pemilikan atau Penyelia Kejuruteraan yang menjaga sesuatu kerja tapak. Pekerja berkenaan mestilah memberi maklumat yang perlu kepada Pemandu berhubung dengan lokasi kerja tersebut atau tentang aturan-aturan perlindungan tersebut. 6.5 Bekerja dengan atau berhampiran jentera Jurutera atas landasan Apabila bekerja dengan atau berhampiran dengan Jentera Jurutera atas Landasan, setiap pekerja mestilah mematuhi arahan-arahan berkaitan dengannya dalam Buku Panduan Keselamatan Landasan. 6.6 Bekerja dengan kenderaan jalanraya berhampiran dengan landasan Apabila menjaga sesebuah kenderaan jalanraya berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah mematuhi arahan-arahan di dalam Buku Panduan Kenderaan Jalanraya Pemandu.
6.7 Tugas-tugas rondaan 6.7.1 Bila menjalankan tugas-tugas rondaan, seseorang pekerja Bahagian Kejuruteraan Raya mestilah ada bersamanya sekurang-kurangnya enam butir peletup, satu bendera hijau dan satu bendera merah dan di kawasan-kawasan Litar Landasan, satu Klip Operasi Litar Landasan dan pada waktu gelap atau hujan lebat satu lampu tangan mestilah juga dibawa. Beliau mestilah membuat pemeriksaan mengikut cara yang ditetapkan oleh bahagian itu dan mestilah mencuba semua telefon di mana-mana lintasan rata yang tidak berkawal untuk menentukan ianya dalam keadaan bekerja. 6.7.2 Kakitangan yang membuat pemeriksaan landasan di dalam kawasan Dwi-arah Blok Litar Landasan, di kawasan landasan berkembar mestilah berjalan mengadap arah yang biasa dari mana tren-tren datang dan mestilah mematuhi Fasal 3.3.4 (c) di atas, dan 6.7.3 Sebelum memulakan rondaannya beliau mestilah menghubungi Operator PKT atau Pengurus Stesen dan perolehi jaminan darinya bahawa setiap tren tidak akan dibenar dikendalikan pada arah yang bertentangan melalui bahagian landasan berkenaan sehinggalah Peronda telah sekali lagi melaporkan di semboyan yang ditetapkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen. 6.7.4 Selepas memberi jaminan seumpama itu Operator PKT atau Pengurus Stesen tidak boleh membenarkan mana-mana tren dikendalikan pada arah yang bertentangan melalui landasan berkenaan sehinggalah Peronda tersebut telah melaporkan dari semboyan yang ditetapkan, atau, dalam keadaan berlaku kerosakan telefon di semboyan tersebut, dari mana-mana lokasi lain, dan telah diberi amaran tentang arah pergerakan yang bertentangan itu. 6.7.5 Apabila pergerakan ke arah yang bertentangan itu selamat Peronda berkenaan mestilah sekali lagi berhubung dengan Operator PKT atau Pengurus Stesen. Operator PKT atau Pengurus Stesen berkenaan kemudiannya bolehlah seterusnya memberi jaminan bahawa setiap tren tidak akan dibenarkan bergerak pada arah yang bertentangan dan tidak akan memberi kebenaran untuk Peronda tersebut meneruskan tugasnya dan Peronda hendaklah melaporkan dari semboyan yang ditetapkan berikutnya. 7. TUGAS AM BAGI PEKERJA-PEKERJA DI SEMUA STESEN-STESEN PENUMPANG 7.1 Penumpang dan bungkusan hendaklah berada bebas dari tepi platform Peralatan stesen, bungkusan, kelangkasar dan kerusi tolak dan lain-lainnya tidak boleh ditinggalkan dalam sekitaran 1.75 meter dari hujung platform. Apabila sesebuah tren hendak berlalu terus tanpa berhenti, penumpang-penumpang mestilah jika boleh diberitahu supaya berdiri jauh dari tepi platform. 7.2 Teroli-teroli dan peralatan stesen dan lain-lainnya hendaklah dilindungi Apabila tidak dijaga, teroli-teroli dan peralatan mudalih stesen mestilah dilindungi mengikut arahan-arahan yang berkaitan dan kunci-kunci hendaklah dikeluarkan. Manamana penumpang yang ada bersamanya kerusi tolak dan lain-lainnya, mestilah jika praktikal, diberitahu untuk menentukan bahawa ianya dipastikan selamat atau diikat
dengan kuat (tidak kira jaraknya dari tepi platform) apabila sesebuah tren datang atau berlalu terus tanpa berhenti. 7.3 Penumpang-penumpang naik dan turun dari tren 7.3.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan membuka pintu untuk membenarkan penumpang naik dan turun dari tren yang sedang bergerak dan mestilah menegah mana-mana penumpang yang cuba berbuat demikian. 7.3.2 Jika sesebuah tren berhenti dengan sebahagian daripada koc-kocnya tidak berada di platform, penumpang-penumpang yang terlibat mestilah dinasihatkan dengan serta merta supaya jangan keluar. Mereka mestilah diminta berjalan di dalam tren tersebut sekiranya boleh atau menunggu sehingga tren tersebut digerakkan untuk membolehkan penumpang-penumpang turun. 7.4 Tren penumpang tidak boleh berlepas sebelum jadual Tren penumpang tidak boleh berlepas dari sesebuah stesen sebelum waktu yang diiklankan. 7.5 Melepaskan tren yang mempunyai pintu kendalian kuasa dari platform stesen yang ada kakitangan bertugas 7.5.1 Kakitangan yang menjaga platform mestilah memberi isyarat semboyan tangan (seperti yang disebutkan dalam Fasal 7.6.1 di bawah) kepada Gad (Pemandu bagi Tren Kendalian Pemandu sahaja) untuk menunjukkan yang kerja stesen telah siap dan pintupintu tersedia untuk ditutup. Isyarat ini mestilah diberi melalui penunjuk TUTUP PINTU (bila mana diperuntukkan). 7.5.2 Apabila pintu-pintu ditutup, kakitangan yang menjaga platform tersebut mestilah memastikan bahawa pintu-pintu tidak menghalang, tiada sesiapa yang tersangkut pakaian, dan lain-lain dan ianya selamat untuk berlepas. Beliau mestilah kemudiannya: (a) memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas (seperti yang diperihalkan di dalam Fasal 7.7 di bawah) kepada Gad yang akan menentukan bahawa ianya selamat untuk berlepas sebelum memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu atau (b) dalam hal Tren Kendalian Pemandu sahaja, hendaklah memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu. 7.6 Tren-tren yang mempunyai pintu-pintu kendalian kuasa berlepas dari platform yang tiada kakitangan 7.6.1 Bila mana tiada terdapat kakitangan stesen (lihat nota di bawah) di platform, sesebuah tren yang mempunyai Pintu-Pintu Kendalian Kuasa boleh berlepas dari stesen tersebut selepas Gad atau Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja, telah melaksanakan prosedur pemeriksaan seperti yang disebutkan dalam Fasal 7.5.2 di atas dan semboyan-semboyan berkenaan mempamerkan aspek maju.
Nota : Apabila tren-tren EMU tiba serentak di sesebuah stesen, kakitangan stesen hendaklah berada pada tren yang berdekatan dengan Pejabat Pengurus Stesen. Tren bukan EMU hendaklah dikendalikan oleh kakitangan stesen diutamakan daripada trentren EMU. 7.6.2 Sekiranya sesebuah tren yang mempunyai Pintu-Pintu Kendalian Kuasa berhenti di sesebuah platform tanpa kakitangan, Gad mestilah melaksanakan prosedur-prosedur pemeriksaan seperti yang disebutkan di dalam Fasal 7.5.2 di atas sebelum memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu. 7.7 Semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS 7.7.1 Pada waktu siang, isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS mestilah diberikan melalui satu bendera hijau yang dikibarkan di atas kepala apabila memulakan tren dari paltform penumpang atau dengan sebelah tangan di atas kepala apabila memulakan dari tempat lain. Pada waktu malam atau dalam cuaca gelap, semboyan tangan ini mestilah sentiasa diberikan melalui lampu hijau yang dipegang tetap di atas kepala. 7.7.2 Isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS mestilah dibantu dengan penggunaan wisel. 7.7.3 Bila mana penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS diperuntukkan, ianya mestilah digunakan oleh kakitangan yang menjaga bagi mengulangi isyarat semboyan tangan Gad SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu. Penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS bila mana diperuntukkan, mestilah digunakan untuk memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja. 7.7.4 Bila mana penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS tidak diperuntukkan dan Pemandu tidak dapat melihat isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS dari Gad, kakitangan yang menjaga mestilah selepas memastikan isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS telah diberikan, seterusnya beri isyarat semboyan tangan kepada Pemandu berkenaan. 7.8 Memulakan tren dari tempat yang ada diperuntukkan semboyan 7.8.1 Bila mana sesuatu semboyan diperuntukkan, jika praktikal pemeriksaan hendaklah dibuat, untuk memastikan bahawa semboyan berkenaan dibebaskan sebelum: (a) Kakitangan yang menjaga memberi isyarat semboyan tangan untuk menunjukkan bahawa kerja stesen telah siap. (b) Gad memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS. (c) kakitangan yang menjaga memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja. 7.8.2 Bila mana perlu, satu penunjuk "OFF" diperuntukkan bagi membolehkan kakitangan yang menjaga atau Gad berkenaan untuk memastikan bahawa semboyan berkenaan dibebaskan sebelum tren berlepas. Penunjuk ini mengandungi satu tanda berkilau yang menunjukkan perkataan "OFF" bila semboyan yang dimaksudkan itu mempamerkan
satu tanda maju. Tiada indikasi yang ditunjukkan bila semboyan berkenaan berada pada keadaan Bahaya. 7.9 Menggerakkan tren sebelum kerja stesen siap Tren yang telah berhenti di sesebuah stesen tidak boleh digerakkan tanpa kebenaran daripada Pengurus Stesen. Jika didapati perlu untuk menggerakkan tren sebelum kerja stesen siap, semua pintu mestilah ditutup sebelum sesuatu pergerakan dibuat. Jika didapati perlu untuk menggerakkan ke arah sesuatu semboyan yang berkeadaan Bahaya, kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah terlebih dahulu diperolehi dan beliau mestilah diberitahu bila pergerakan itu siap.
7.10 Menggerakkan tren di landasan platform di mana cara kerja "Permissive" dibenarkan Kecuali bagi maksud untuk menyambung atau menceraikan gerabak-gerabak, pergerakan mengundur tidak dibenarkan (atau pada Landasan Dwi-Arah atau landasan buntu, pergerakan pada mana-mana arah adalah tidak dibenarkan) walaupun untuk satu jarak yang dekat yang mesti dilaksanakan melainkan semboyan dibebaskan untuk pergerakan itu atau kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen diperolehi (dalam hal yang demikian, beliau mestilah diberitahu bilakah pergerakan itu tamat). 7.11 Menggunakan kenderaan berjentera dan lain-lain di stesen-stesen 7.11.1 Seseorang pekerja tidak boleh mengendalikan kelengkapan berjentera (seperti kereta , traktor, fork-lift dan lain-lain) melainkan beliau telah lulus dan cekap untuk berbuat demikian atau beliau sedang dalam latihan di bawah seorang jurulatih. Seseorang Operator pelatih hanya boleh mengendalikan peralatan tersebut dalam kawasan di luar dari kawasan landasan yang mana setiap tren akan datang dan jauh dari kawasan yang boleh dihubungi oleh orang awam. 7.11.2 Pergerakan bagi alat kelengkapan berjentera di atas mana-mana platform atau kawasan yang boleh dihubungi oleh orang awam mestilah tidak lebih dari kadar kelajuan orang berjalan. 7.11.3 Tiada sesiapa pun selain dari Operator berkenaan dibenarkan menaiki mana-mana peralatan melainkan ianya direka untuk membawa lebih ramai orang.
PAPAN KENYATAAN TELUSAN TERHAD, dengan perkataan “AMARAN, TELUSAN TERHAD” menandakan tempat-tempat telusan yang terhad. Pekerja-pekerja jangan pergi ke tempat sedemikian tanpa menentukan apabila ternampak sahaja tren mendatang, mereka ada masa yang secukupnya untuk beredar ke tempat yang selamat.
Rajah 3B
SEKSYEN 'B' BAHAGIAN II TUGAS PEKERJA YANG DILANTIK UNTUK BERTUGAS SEBAGAI JURU SEMBOYAN TANGAN ATAU OPERATOR POIN 8. TUGAS JURU SEMBOYAN TANGAN 8.1 Kecekapan Seseorang pekerja yang dilantik untuk bertugas sebagai Juru Semboyan Tangan mestilah seorang yang cekap. 8.2 Peralatan Juru Semboyan Tangan mesti ada bersamanya: (a) satu bendera merah, satu bendera kuning dan satu bendera hijau. (b) satu lampu tangan yang boleh menunjukkan warna merah, kuning dan hijau. (c) peletup yang mencukupi. 8.3 Penempatan Juru Semboyan Tangan 8.3.1 Juru Semboyan Tangan mestilah menempatkan dirinya sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai yang disebutkan di bawah: Sebab-sebab perlantikan
Pegawai yang menempatkan juru semboyan tangan
Kerosakan atau melucutkan Semboyan
Operator PKT atau Pengurus Stesen
Persemboyanan Blok Kontingensi
Operator PKT atau Pengurus Stesen
Melindungi kerja kejuruteraan pada landasan bukan di bawah Pemilikan Mutlak Had kelajuan tertentu Melindungi landasan yang tersekat melalui Pemilikan Mutlak
Pegawai yang menjaga
Stesen tanpa kuncikait
Pengurus Stesen
Lain-lain keadaan sebagaimana yang diperlukan
Pegawai-pegawai yang berkenaan.
Peagwai yang menjaga pemilikan (PYMP)
8.3.2 Juru Semboyan Tangan mestilah berada di tempat bekerja sehinggalah ditarik balik oleh pegawai yang disebutkan di atas (atau penggantinya) atau sehingga Juru Semboyan Tangan itu sendiri diganti. 8.3.3 Apabila dikehendaki bekerja di sesuatu semboyan, di poin-poin, atau di mana-mana, di bawah arahan seorang Pengurus Stesen, Juru Semboyan Tangan mestilah, bila mana alat komunikasi boleh didapati, laporkan ketibaannya di lokasi tersebut kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen. Bila mana tidak terdapat alat komunikasi dari lokasi tersebut, Juru Semboyan Tangan mestilah melaporkan sendiri kepada Pengurus Stesen dan bertindak mengikut arahannya. Pengurus Stesen mestilah memberi arahan-arahan yang terang dan jelas kepada Juru Semboyan Tangan dan memastikan bahawa beliau mempunyai peralatan dan borangborang yang diperlukan sebelum membenarkannya meneruskan perjalanan ke lokasi tersebut. 8.4 Penempatan peletup Juru Semboyan Tangan Peletup mestilah ditempatkan (mengikut Seksyen 'B' ini) pada jarak yang mencukupi dari Juru Semboyan Tangan untuk memastikan bahawa Pemandu mempunyai masa untuk memerhatikan isyarat semboyan tangan berkenaan selepas ianya diletupkan. Bila mana Juru Semboyan Tangan ditempatkan di sesuatu semboyan yang berada di dalam keadaan bahaya, peletup mestilah ditempatkan di semboyan tersebut. 8.5 Tugas Juru Semboyan Tangan berhubung dengan kerosakan atau perlucutan Semboyan 8.5.1 Juru Semboyan Tangan mestilah berada di semboyan di mana dia ditugaskan atau di tempat yang biasanya semboyan itu ditempatkan. 8.5.2 (i) Bila ditempatkan di sesuatu semboyan henti yang rosak, Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan semboyan tangan bahaya kepada Pemandu bagi setiap tren yang mendatang dan dalam kawasan Blok Litar Landasan letakkan satu peletup di atas landasan yang mana semboyan berkenaan dipakai sehinggalah diarahkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen untuk membenarkan tren tersebut meneruskan perjalanan. (ii) Juru Semboyan Tangan mestilah menentukan bahawa laluan yang tren akan lalui diset dengan betul dan mana-mana poin yang ditetapkan di dalam arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen dilindungi. (iii) Juru Semboyan Tangan mestilah memberi jaminan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen apabila poin-poin berkenaan telah diletakkan di dalam kedudukan yang betul. (iv) Pada Landasan Tunggal, bila mana lain-lain bentuk perhubungan tidak diperolehi, satu jaminan yang menunjukkan bahawa poin-poin adalah betul boleh diberikan oleh
Juru Semboyan Tangan melalui satu isyarat semboyan tangan merah kepada Pengurus Stesen. (v) Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren berkenaan berlepas, Juru Semboyan Tangan tersebut mestilah: (a) pada Landasan Tunggal, jika borang KTMB 002 belum lagi dikeluarkan oleh stesen yang di belakang, serahkan borang KTMB 002 sebagaimana yang diarahkan oleh Pengurus Stesen. (b) di semboyan pada kawasan Blok Litar Landasan, alihkan peletup berkenaan dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Pada semua semboyan yang lain pamerkan isyarat semboyan tangan kuning kecuali di Semboyan Pelepas ABG di mana isyarat semboyan tangan hijau mestilah dipamerkan. 8.5.3 Apabila ditugaskan di semboyan jauh di dalam kawasan Blok Litar Landasan Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan kuning kepada setiap tren yang mendatang. 8.5.4 Bila mana beberapa kakitangan dilantik untuk membantu Juru Semboyan Tangan berkenaan mengklip poin-poin di dalam kawasan Blok Litar Landasan, beliau mestilah mengarahkan mereka supaya bertindak atas arahannya sahaja. Juru Semboyan Tangan masih lagi bertanggungjawab bagi perlaksanaan arahan-arahan dari Operator PKT atau Pengurus Stesen dan berkomunikasi dengannya. 8.6 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Cara Kerja Blok Kontigensi 8.6.1 Juru Semboyan Tangan mestilah menempatkan dirinya di semboyan yang beliau ditugaskan pada permulaan masuk bahagian di mana Cara Kerja Blok Kontingensi dilaksanakan. 8.6.2 Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada Pemandu setiap tren yang mendatang, dan kekalkan satu peletup di atas landasan yang ke arahnya semboyan itu dipakai, sehingga diarahkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen untuk membenarkan tren itu meneruskan perjalanan. Juru Semboyan Tangan mestilah menentukan bahawa laluan yang ke arahannya sesebuah tren akan berlalu, diset dengan betul dan poin-poin seperti yang ditetapkan di dalam arahan-arahan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen dilindungi. Juru Semboyan Tangan mestilah memberi satu jaminan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen apabila poin-poin berkenaan telah diletakkan dalam kedudukan yang betul. Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren berkenaan meneruskan perjalanan, Juru Semboyan Tangan mestilah: (a) menyerahkan tiket Cara Kerja Blok Kontigensi kepada Pemandu. Bila mana terdapat lebih dari satu unit traksi, tiket tersebut mestilah ditunjukkan kepada setiap Pemandu dan serahkan kepada Pemandu yang terhadapan. (b) mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning.
8.7 Tugas-tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Cara Kerja Landasan Tunggal dalam kawasan Blok Litar Landasan mengikut Panduan Kerja Am Seksyen 'G'. 8.7.1 Apabila ditempatkan di sesuatu semboyan di mana setiap tren perlu diberhentikan, Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan satu peletup di atas landasan yang digunakan untuk trafik dan pamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada setiap tren yang mendatang pada landasan di arah yang berkenaan sehingga tren tersebut telah berhenti. Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren tersebut meneruskan perjalanan, Juru Semboyan Tangan mestilah: (a) mengeluarkan peletup berkenaan dari rel. (b) mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Walau bagaimana pun jika Operator PKT atau Pengurus Stesen memberi kebenaran untuk tren tersebut meneruskan perjalanan sebelum ianya menghampiri Juru Semboyan Tangan, tren tersebut tidak perlu diberhentikan. Juru Semboyan Tangan mestilah mengalihkan peletup tersebut dari rel dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning. 8.7.2 Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah menarik balik perlindungan itu jika tren datang pada arah biasa. Beliau mestilah melaksanakan semula perlindungan itu dengan serta merta selepas tren tersebut berlepas dengan selamat. 8.8 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Perlindungan bagi kerja kejuruteraan, atau sesuatu landasan yang mungkin terhalang oleh kren atau lainlain peralatan mekanikal 8.8.1 Apabila di panel semboyan atau di sesuatu semboyan yang boleh dikendalikan kepada Bahaya, Juru Semboyan Tangan mestilah mendapatkan jaminan daripada Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa semboyan-semboyan berkenaan akan dikekalkan pada kedudukan Bahaya sehinggalah landasan pada mana semboyan itu dipakai adalah selamat untuk laluan tren-tren. Bila berada di panel stesen berkenaan, beliau mestilah kekal di situ sebagai peringatan kepada Pengurus Stesen dan menandatangan timbal catatan-catatan yang dibuat oleh Pengurus Stesen di dalam Buku Daftar Tren. 8.8.2 Kecuali bila ditempatkan di Panel Stesen setiap Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan tiga butir peletup pada jarak 20 meter, di atas landasan berkenaan dan mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada mana-mana tren yang datang pada landasan itu. Perlindungan ini mestilah dikekalkan sehingga Juru Semboyan Tangan telah mendapat kepastian bahawa landasan tersebut adalah selamat untuk laluan tren-tren. Jika peletup telah diletupkan untuk sesuatu sebab peletup tersebut mestilah diperbaharui dengan serta merta. Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah menarik balik perlindungan itu bila sesuatu Semboyan Simpang dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak terlibat dengannya. Beliau mestilah melaksanakan semula perlindungan tersebut sebaik sahaja semboyan tersebut diletakkan semula ke bahaya.
8.9 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Pemilikan Mutlak jurutera terhadap landasan berkenaan mengikut Seksyen 'J' Panduan Kerja Am. Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan tiga butir peletup pada jarak 20 meter, di atas landasan berkenaan dan mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada mana-mana tren yang menghampiri peletup-peletup tersebut dari kedua-dua arah. Beliau tidak boleh membenarkan mana-mana tren melintasi peletup-peletup tersebut tanpa kebenaran daripada PYMP (Pegawai Yang Menjaga Pemilikan) dan mestilah melaksanakan semula cara perlindungan tersebut sebaik sahaja sesebuah tren telah melintasinya. 8.10 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Had Kelajuan Kecemasan mengikut Seksyen 'K' Panduan Kerja Am. 8.10.1 Juru Semboyan Tangan di tempat amaran had kelajuan mestilah meletakkan dua butir peletup, pada jarak satu meter setiap satu di atas landasan berkenaan dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning dengan mengibarkannya perlahan-lahan dari kiri ke kanan berkali-kali kepada setiap tren yang menghampiri had kelajuan itu. Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah mengambil semula peletup tersebut apabila: (a) semboyan sesimpang dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak berkaitan. (b) sesebuah tren mendatang dari arah kawasan had kelajuan. Peletup-peletup mestilah diganti semula sebaik sahaja Semboyan Simpang itu diletakkan semula kepada bahaya atau selepas tren tersebut melintas dengan selamat, mengikut mana yang sesuai. 8.10.2 Juru Semboyan Tangan dipermulaan had kelajuan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Juru Semboyan Tangan di akhir had kelajuan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan hijau dengan mengibarkannya perlahan-lahan dari kiri ke kanan. Di mana jarak had kelajuannya terlampau pendek dan hanya seorang sahaja Juru Semboyan Tangan dilantik, beliau mestilah berdiri di akhir kawasan had kelajuan dan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning sehingga tren tersebut hampir kepadanya dan kemudian pamerkan isyarat semboyan tangan hijau dengan mengibarkannya dari kiri ke kanan. 8.10.3 Juru Semboyan Tangan mestilah memastikan bahawa isyarat semboyan tangannya tidak bercanggah dengan mana-mana aspek bahaya semboyan henti berhampiran yang berkaitan dengan landasan berkenaan. Apabila semboyan berkenaan mempamerkan aspek bahaya, Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya di semboyan tersebut. Apabila semboyan tersebut dibebaskan, beliau bolehlah mempamerkan isyarat semboyan tangan yang sesuai berhubung dengan had kelajuan itu.
9. TUGAS-TUGAS OPERATOR POIN 9.1 Kecekapan Seseorang pekerja yang dilantik untuk mengendalikan poin kendalian kuasa secara manual mestilah yang telah lulus dan cekap untuk mengendalikan jenis poin-poin yang berkenaan. Jika layak, beliau boleh juga bertindak sebagai Juru Semboyan Tangan. 9.2 Tugas-Tugas Am 9.2.1 Kakitangan yang berkenaan mestilah: (a) mengambil dan kemudiannya menyerahkan semula pemegang poin/kunci, klip-klip poin dan mangga-mangga yang perlu kepada Pengurus Stesen. (b) melaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen setibanya di poin-poin. (c) bertindak mengikut arahan-arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen sahaja, mengklip poin-poin jika diarah untuk berbuat demikian dan setelah mematuhi setiap arahan, seterusnya memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen. (d) memastikan bahawa arus elektrik ke poin-poin itu dipotong sebelum mengendalikan atau melindungi poin-poin. (e) jangan pulihkan poin-poin kepada kendalian kuasa (elektrik) sehingga mendapat kebenaran khas untuk berbuat demikian. 9.2.2 Bila mana seorang Juru Semboyan Tangan dan seorang operator poin dilantik, Juru Semboyan Tangan akan dijadikan ketua. Juru Semboyan Tangan akan memberi arahan-arahan kepada Operator-Operator Poin dan akan bertanggungjawab untuk semua perhubungan dengan Operator PKT atau Pengurus Stesen.
SEKSYEN 'B' - BAHAGIAN III 10. KESELAMATAN KEPADA PEKERJA-PEKERJA PENYENGGARAAN YANG MENJALANKAN KERJA KE ATAS KERETAREL 10.1 Umum 10.1.1 Sebelum memulakan kerja di luar atau di dalam sesebuah keretarel, setiap pekerja mestilah memastikan bahawa beliau dilindungi mengikut Fasal ini. 10.1.2 Sebarang kesalahan dalam pemakaian arahan-arahan ini, termasuk pergerakan sesebuah keretarel yang tidak dibenarkan mestilah dilaporkan dengan serta merta kepada pegawai yang dilantik bertanggungjawab terhadap perlindungan. 10.1.3 Arahan-arahan ini juga dipakai kepada kakitangan kontraktor dan pekerja-pekerja firma swasta. 10.2 Tanggungjawab untuk perlindungan 10.2.1 Dalam kawasan setiap depot seseorang pegawai yang dilantik bertanggungjawab untuk perlindungan adalah ditetapkan di dalam arahan-arahan tempatan. Di tempat lain, pegawai yang menjaga bagi mana-mana geng atau kumpulan adalah pegawai yang dilantik bertanggungjawab terhadap perlindungan geng atau kumpulan berkenaan. 10.2.2 Sesiapa yang bekerja berseorangan adalah bertanggungjawab bagi perlindungannya sendiri. Nota : Bagi maksud Fasal ini, sesuatu Depot ialah mana-mana bangunan atau kumpulan bangunan yang di dalamnya menjalankan kerja-kerja penyenggaraan, perkhidmatan atau membaik pulih (termasuk sisian-sisian dalam kawasan sempadan Depot) seperti mana mengikut takrif tempatan. 10.3 Aturan-Aturan Perlindungan - pada landasan larian (termasuk landasan-landasan platform) dan dalam sisian-sisian yang tidak dikhususkan sebagai sisian-sisian penyenggaraan atau baik pulih. 10.3.1 Sebelum kerja bermula Sebelum kerja bermula di atas sesebuah keretarel, pegawai yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah menentukan bahawa: (a) perlindungan diperuntukkan melalui satu papan bertulis TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah pada waktu siang atau satu lampu merah (secara tetap atau berklip) pada waktu malam atau hujan lebat. (b) perlindungan ini dipamerkan pada bahagian hujung keretarel terakhir pada arah di mana kereta-keretarel, akan dilansirkan bertentangan dengan tempat di mana kerja itu
dilaksanakan dan, bila perlu, perlindungan ini mestilah dipamerkan pada kedua-dua bahagian hujung. (c) apabila gerabak-gerabak berada di platform, perlindungan ini mestilah dipamerkan pada sebelah platform dan jelas kelihatan di sepanjang platform tersebut. (d) apabila gerabak-gerabak berada di sebelah sesuatu landasan larian, perlindungan ini dipamerkan pada sebelah yang paling jauh dari landasan larian itu. Bila jarak di antara dua landasan ini kurang dari 3 meter, arahan-arahan dalam Fasal 10.8 di bawah akan dipakai jika kerja dilaksanakan pada sebelah yang paling dekat dengan landasan larian. Sebelum memulakan kerja di bawah sesuatu keretarel, beliau mestilah memastikan bahawa: (e) pegawai yang menjaga landasan, platform dan sisian diberitahu. (f) jika keretarel tersebut masih dalam perkhidmatan, Pengurus Stesen, Pemandu atau Gad, jika ada bersama, hendaklah diberitahu dan seorang kakitangan yang dibekalkan dengan satu Semboyan Tangan merah berkelip-kelip hendaklah ditempatkan di suatu kedudukan yang terbaik bagi memastikan bahawa gerabak tersebut tidak digerakkan. (g) jika keretarel tersebut TIDAK dalam perkhidmatan, ianya hendaklah dipastikan selamat dengan bingkah/pasak dan jika terdapat gerabak-gerabak lain di atas landasan yang sama, satu atau dua gerabak pada setiap belah keretarel berkenaan hendaklah dipastikan selamat dengan brek tangan atau bingkah roda/pasak. 10.3.2 Semasa dalam kerja Semua keretarel yang dilindungi tidak boleh diubah. Pengurus Stesen atau Pegawai Yang Menjaga mestilah mengambil langkah-langkah yang muktamad untuk memastikan bahawa pergerakan-pergerakan lansiran dielakkan dari bersentuhan dengan tren atau keretarel yang tersebut semasa kerja sedang dilaksanakan. Satu lampu merah (berkelip-kelip) mestilah disimpan di dalam Pejabat Pengurus Stesen seperti yang diperihalkan di dalam 10.3.1(F). 10.3.3 Apabila kerja telah siap atau ditangguhkan Perlindungan tersebut mestilah dialihkan oleh orang yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan dan hendaklah sehingga: (a) kerja tersebut disiapkan atau ditangguhkan. (b) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas. (c) keretarel adalah didapati selamat untuk digerakkan dan semua bingkah roda/pasak telah dikeluarkan bebas dari landasan.
10.4 Aturan-Aturan Perlindungan dalam sisian penyenggaraan atau sisian baik pulih yang tidak termasuk dalam bahagian sesebuah depot Di mana aktiviti yang sedang merupakan adalah cucian kecil dalaman keretarel jenis yang mudah sahaja, peraturan perlindungan seperti yang disebut di dalam Fasal 10.3 mestilah diaturkan. Di mana sisian-sisian dikhususkan untuk kerja-kerja membaik pulih , kerja di atas keretarel sejauh mana praktikal mestilah dijalankan di dalam sisian-sisian itu. 10.4.1 Sebelum kerja bermula Sebelum kerja bermula ke atas sesebuah keretarel, pegawai yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah menentukan bahawa: (a) poin-poin masuk ke sisian dicengkam dan dimangga supaya pergerakan-pergerakan tidak boleh dibuat ke dalam sisian di mana kerja akan dilaksanakan. (b) anak kunci kepada mangga tersebut ada dalam simpanannya. (c) perlindungan diperuntukkan melalui satu papan bertulis TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau melalui bendera merah pada waktu siang atau lampu merah (tetap atau berkelip) pada waktu malam atau hujan lebat. (d) papan perlindungan tersebut dipamerkan di hujung bahagian terakhir di keretarel terakhir dari arah di mana kereta-keretarel akan dilansirkan bertentangan dengan tempat di mana kerja itu dilaksanakan dan bila perlu, hendaklah dipamerkan pada kedua-dua bahagian hujungnya. (e) roda-roda pada gerabak yang kerja itu akan dilaksanakan hendaklah dipastikan selamat dengan bingkah-bingkah roda/pasak dan jika terdapat keretarel pada sisian yang sama, satu atau dua gerabak pada setiap belah keretarel berkenaan hendaklah dikukuhkan dengan brek tangan atau bingkah/pasak. 10.4.2 Semasa bekerja Jika pekerjaan itu memerlukan keretarel digerakkan dalam kawasan sisian tersebut, orang yang dipilih yang bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah terlebih dahulu memastikan bahawa setiap orang tahu tentang rancangan pergerakan tersebut dan bebas dari laluan keretarel. 10.4.3 Bila kerja siap atau ditangguhkan Perlindungan tersebut mestilah dialihkan oleh pegawai yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan sahaja dan hendaklah sehingga: (a) kerja itu disiapkan atau ditangguhkan. (b) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.
(c) keretarel adalah selamat untuk digerakkan dan semua bingkah/pasak telah dialihkan. 10.5 Peraturan perlindungan di dalam depot-depot 10.5.1 Am (a) Bila mana perlindungan diberikan dengan mengukuhkan poin-poin Arahan-arahan dalam Fasal 10.4.1(a), (b), (c), (d) dan (e) di atas adalah dipakai. (b) Bila mana Papan Tanda Berhenti diperuntukkan Bila mana papan tanda BERHENTI - TUNGGU ARAHAN diperuntukkan, kebenaran untuk melintasi papan ini mestilah diberi oleh orang yang dipilih sahaja dan hanya selepas beliau memastikan bahawa apa-apa kerja yang dilaksanakan dalam sisian telah diberhentikan dan setiap orang telah beredar jauh. Orang yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah kemudiannya dimaklumkan sewajarnya. Alat perlindungan yang dipakai mengikut Fasal 10.4.1 mestilah dialihkan oleh Pegawai yang dipilih sahaja dan itu pun dengan syarat bahawa semua papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN, bendera merah dan lampu merah telah ditarik keluar dan semua bingkah/pasak telah dialihkan. 10.5.2 Sebelum kerja bermula Sebelum kerja bermula ke atas sesebuah keretarel, orang yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah menentukan bahawa tiada kerja-kerja lansiran yang boleh menjejaskan keretarel, berkenaan diteruskan dan, melainkan untuk kerja-kerja servis keretarel sahaja, landasan di mana keretarel berada adalah dilindungi mengikut Fasal 10.5.1 dan bingkah-bingkah roda diletakkan di bawah roda-roda sebelah luar ke atas kedua-dua hujung keretarel. Orang yang pertama (atau kumpulan, di mana keadaan tempatan membenarkan) memulakan kerja ke atas sesebuah keretarel atau kereta-keretarel mestilah mendapatkan jaminan daripada pegawai yang dipilih bahawa landasan-landasan berkenaan dilindungi dan seterusnya meletakkan satu papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah atau lampu merah (tetap atau berkelip) seperti berikut: (a) pada pepenjuru sudut yang bertentangan dengan keretarel yang perlu dilindungi, atau (b) pada permukaan masuk ke bangunan berkenaan apabila keretarel sepenuhnya berada di dalam, atau (c) mengikut sebagaimana yang ditakrifkan di dalam arahan-arahan tempatan. Setiap orang (atau kumpulan) yang memulakan kerja ke atas keretarel atau rangkaian keretarel mestilah meletakkan tanda pengenalannya di atas papan perlindungan sebagaimana yang ditetapkan di dalam arahan-arahan tempatan.
10.5.3 Apabila kerja siap atau ditangguhkan Papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah atau lampu merah mestilah dialihkan oleh orang yang terakhir sekali (atau ketua kumpulan) yang mengambil balik tanda pengenalannya daripada tempatnya dan dengan syarat bahawa: (a) kerja tersebut telah siap atau ditangguhkan. (b) keretarel tersebut adalah selamat untuk digerakkan. (c) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas. Pegawai yang dilantik bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah kemudiannya diberitahu dengan sewajarnya. Alat perlindungan yang digunakan mengikut Fasal 10.5.1 di atas mestilah dialihkan oleh pegawai yang dilantik sahaja dan itu pun dengan syarat bahawa semua papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN, bendera merah dan lampu merah dikeluarkan dan semua bingkah/pasak dialihkan. 10.6 Perlindungan pekerja yang bekerja di dalam sisian tetapi tidak menjalankan kerja ke atas keretarel. 10.6.1 Orang yang pertama memulakan kerja di dalam sesuatu sisian atau lubang pemeriksaan tetapi tidak melibatkan kerja ke atas sesebuah keretarel mestilah, setelah mendapat kebenaran dari pegawai yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan, menempatkan kain rentang merah, bendera atau lampu (tetap atau berkelip) di setiap pintu masuk ke sisian. Sesiapa selepas itu memulakan kerja di dalam sisian atau lubang yang sama mestilah meletakkan pengenalan dirinya di tempat perlindungan itu. 10.6.2 Sebaik sahaja tamat kerja, alat-alat perlindungan tersebut mestilah dialih oleh orang yang terakhir menarik balik tanda pengenalan dirinya, dan beliau mestilah memberitahu orang yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan bahawa kerja tersebut telah siap dan semuanya adalah bebas. 10.6.3 Orang yang dipilih tidak boleh membenarkan kerja tersebut dimulakan sehinggalah perlindungan yang diperlukan mengikut Fasal 10.5.1 di atas telah diaturkan, atau beliau tidak boleh mengalihkan perlindungan tersebut sehinggalah beliau diberitahu bahawa semuanya adalah bebas. 10.7 Perlindungan kepada pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel yang mungkin menggendalakan tolok pengisian bagi sesuatu sisian berhampiran Peraturan untuk perlindungan yang disebut di dalam Fasal 10.6 mestilah dibuat berhubung dengan sesuatu sisian bila tolok pengisiannya mungkin tergendala oleh pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel pada sisian sebelahnya. 10.8 Perlindungan kepada pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel di sebelah landasan larian yang berhampiran
10.8.1 Fasal ini dipakai apabila pekerja-pekerja bekerja ke atas kereta-keretarel di sebelah landasan larian yang berhampiran dan jarak di antara dua landasan itu kurang dari 3 meter. Dalam hal yang demikian, keretarel tersebut mestilah, sekiranya boleh, dialihkan ke tempat lain sebelum kerja bermula. Jika ianya tidak dapat dilakukan, atau jika sesebuah tren diberhentikan di atas landasan larian kerana sesuatu kerosakan atau insiden luar biasa atau oleh sesuatu sebab, orang yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah mematuhi arahan-arahan berikut. 10.8.2 Sebelum kerja dimulakan, orang yang dipilih mestilah mendapatkan sendiri jaminan daripada Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan untuk tren-tren pada landasan bersebelahan telah dihentikan. Jika perlu, beliau mestilah menunggu sehingga Operator PKT atau Pengurus Stesen telah mendapat satu waktu yang sesuai bagi laluan tren-tren diberhentikan dan seterusnya dapatkan jaminan ini. 10.8.3 Orang yang dipilih mestilah mendapatkan persetujuan yang jelas dari Operator PKT atau Pengurus Stesen tentang landasan mana yang ditutup kepada trafik dan sama ada, terdapat landasan lain yang masih digunakan. Bila mana praktikal, beliau mestilah menandatangan timbal catatan Operator PKT atau Pengurus Stesen di dalam Daftar Tren. Sekiranya tidak beliau mestilah meminta Operator PKT atau Pengurus Stesen membaca balik catatan tersebut dan bila berpuashati yang ianya betul, beliau mestilah memberitahu namanya, bahagian, tempat dari mana beliau sedang bercakap dan waktu. 10.8.4 Orang yang dipilih tidak boleh membenarkan kerja dimulakan sehinggalah peraturan yang di atas telah dibuat dan setiap orang betul-betul faham landasan mana yang ditutup kepada trafik. Tiada sesiapa pun boleh memulakan kerja tanpa kebenarannya. 10.8.5 Apabila kerja telah siap dan semua orang telah bebas dari landasan, orang yang dipilih mestilah memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan untuk trentren boleh dibuka semula. 10.9 Keselamatan pekerja-pekerja yang bekerja di atas stok kocing 10.9.1 Sebelum bekalan karan elektrik disambung daripada Koc Janakuasa kepada koc-koc berkenaan bagi tujuan menghawadinginkan, satu notis yang menyatakan BAHAYA KABEL VOLTAN TINGGI mestilah dipamerkan pada sebelah/hujung gerabak tersebut. 10.9.2 Sebelum kerja ke atas alat kelengkapan hawadingin tren dan alat kawalan elektrik dimulakan, Suis Koc Janakuasa mestilah dimatikan. Notis amaran yang bertulis "TUTUP SUIS JENTERA JANAKUASA SEBELUM SESUATU TINDAKAN" mestilah dipamerkan di setiap tepi/hujung koc-koc. Kerja tersebut mestilah dilakukan oleh kakitangan penyenggaraan yang dibenarkan sahaja mengikut "Arahan-Arahan Khas Keselamatan" yang ditetapkan. 10.10 Keselamatan kepada pekerja-pekerja mencuci koc/gerabak Apabila bekerja ke atas keretarel bersebelahan dengan suatu landasan larian, pekerjapekerja mestilah berhati-hati. Papan-papan, tangga atau berus yang mempunyai pemegang panjang tidak boleh digunakan di sebelahnya kecuali bila diberi kebenaran khas.
Carta Jarak Penglihatan PYMK rujuk fasal 4.3.3
RAJAH 6B
CONTOH SIJIL (Rujuk fasal 4.1.1) Nota : Warna sijil ialah putih.
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad KTMB 039 SIJIL KELAYAKAN PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK) A NAMA_________________________________________________ telah lulus ujian PYMK GRED_ _______________________________________________ NO. K/T _______________________________________________ LAKU HINGGA_________________________________________ PEMERIKSA: NAMA __________________________________ : SIGNATURE _____________________________ TARIKH DIKELUARKAN_________________________________ B sesuai dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas PYMK T/TANGAN ____________________________________________ PENYELIA/PENGURUS C T/TANGAN PEMEGANG _________________________________ Nota :
Sijil ini adalah sah untuk dua tahun (seperti di atas). Sekiranya tugas-tugas PYMK tidak dijalankan selama dua belas bulan, sijil ini dianggap tidak sah. KTM Berhad Rajah 7B
CONTOH SIJIL(Rujuk fasal 4.4.3) MUKA DEPAN:
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad KTMB 040 KTMB 040 SIJIL KELAYAKAN SIJIL KELAYAKAN PENGAWAS PENGAWAS A A NAMA_________________________________________________ NAMA_________________________________________________ telah lulus ujian PENGAWAS telah lulus ujian PENGAWAS GRED_ _______________________________________________ GRED_ _______________________________________________ NO. K/T _______________________________________________ NO. K/T _______________________________________________ LAKU HINGGA_________________________________________ LAKU HINGGA_________________________________________ PEMERIKSA: NAMA __________________________________ PEMERIKSA: NAMA __________________________________ : SIGNATURE _____________________________ : SIGNATURE _____________________________ TARIKH DIKELUARKAN_________________________________ TARIKH DIKELUARKAN_________________________________ B B sesuai dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas PENGAWAS sesuai dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas PENGAWAS T/TANGAN ____________________________________________ T/TANGAN ____________________________________________ PENYELIA/PENGURUS PENYELIA/PENGURUS C C T/TANGAN PEMEGANG _________________________________ T/TANGAN PEMEGANG _________________________________ Nota : Sijil ini adalah sah untuk dua tahun (seperti di atas). Sekiranya tugas-tugas Note PENGAWAS : Sijil ini adalah untuk dua tahundua (seperti atas).sijil Sekiranya tugas-tugas tidaksah dijalankan selama belasdibulan, ini dianggap tidak sah. PENGAWAS tidak dijalankan selama dua belas bulan, sijil ini dianggap tidak sah. KTM Berhad KTM Berhad Nota : Peruntukan dibuat pada belakang sijil ini untuk merekod ujian-ujian semasa menggunakan peralatan khas Nota : Peruntukan dibuat pada belakang sijil ini untuk merekod ujian-ujian semasa 8B khas menggunakanRajah peralatan Rajah 8B
BUKU ATURAN SEKSYEN 'C' SEMBOYAN-SEMBOYAN TETAP
BUKU ATURAN - SEKSYEN „C‟
SEMBOYAN TETAP
KANDUNGAN
FASAL
1.
PRINSIP
1 ke 1.3
2.
TAFSIRAN SEMBOYAN
2.1 ke 2.10
3.
TUGAS PEMANDU -
4.
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN BILAH
5.
TUGAS PEMANDU – MEMATUHI SEMBOYAN PENGAJUK DAN LAIN-LAIN INDIKASI
6.
4.1 ke 4.7
5.1 ke 5.4.3
TUGAS PEMANDU – ARAHAN-ARAHAN AM BERKAITAN DENGAN MEMATUHI SEMBOYAN
6.1 ke 6.7.3
SEKSYEN „C‟ SEMBOYAN TETAP
1.
PRINSIP
1.1
Semboyan-semboyan yang diperihalkan di dalam aturan ini hendaklah digunakan untuk mengawal pergerakan tren-tren di dalam semua hal kecuali sebagaimana yang dibenarkan di dalam Panduan Kerja Am atau arahan-arahan khas yang diluluskan.
1.2
Aspek / Indikasi bagi setiap semboyan mestilah dipatuhi oleh Pemandu tren atau pergerakan ke arahnya yang ianya dipakai.
1.3
Semua kakitangan yang terlibat dengan pergerakan tren-tren mestilah mahir dengan tugas-tugas Pemandu di dalam seksyen ini.
1.4
Kakitangan yang mengawal sesuatu pergerakan melalui semboyan tangan atau lainlain cara, mestilah mematuhi aspek/indikasi bagi setiap semboyan yang berkaitan dengan pergerakan tersebut.
2.
PERIHALAN SEMBOYAN
2.1
Definisi
(i)
Semboyan Tetap: berbentuk bilah, lampurona dan semboyan lampu kedudukan berubah. Semboyan mengawal pergerakan tren-tren, mencegah pergerakan bercanggah dan bila perlu, mempamerkan sesuatu indikasi laluan.
(ii)
Semboyan Bilah: menunjukkan berhenti, maju atau aspek amaran - pada waktu siang melalui kedudukan bilah semboyan dan pada waktu gelap melalui lampu merah, hijau, kuning dan putih. Butir-butir penuh bagi berbagai jenis semboyan bilah ada diperuntukkan di dalam Seksyen „C‟ Bahagian 4.
(iii)
Semboyan lampurona: diberi dengan indikasi hijau, kuning atau merah melalui pameran lampu pada waktu malam dan siang.
(iv)
2.2
Semboyan Lampu Kedudukan Berubah (lihat Fasal 3.2): mempamerkan satu aspek maju melalui dua lampu yang dipamerkan pada satu sudut 45 darjah dan menunjukkan satu aspek berhenti melalui lampu-lampu yang dipamerkan mendatar. Apabila sesuatu semboyan lampu kedudukan berubah ditempatkan di bawah sesuatu semboyan henti dan lampu-lampu tidak dipamerkan, aspek semboyan henti mestilah dipatuhi.
Semboyan Lampurona Ianya mengandungi: - Semboyan Jauh: Semboyan yang mempamerkan aspek kuning atau hijau sahaja. (Lihat Rajah 4C(ii)).
- Semboyan Jauh Tetap: Satu semboyan lampurona yang mempamerkan satu aspek kuning tetap. (Lihat Rajah 5C).
- Semboyan Henti: Semboyan yang boleh mempamerkan satu aspek merah (ia mungkin mempamerkan juga hijau dan kuning).
- Semboyan Lampu Kedudukan Berubah: Semboyan yang boleh mempamerkan satu kombinasi aspek putih sahaja. (Lihat Fasal 3.2 dan Rajah 6C).
2.3
Semboyan Bilah (Lihat Rajah 14C ke 24C) Ini mengandungi: - Semboyan Amaran. - Semboyan Henti. - Semboyan Bantuan. - Semboyan Tambahan.
2.4
Semboyan yang Dikawal Semboyan-semboyan ini dikendalikan dari satu panel semboyan atau rak bumi dan boleh dikenalpasti melalui satu plat yang menunjukkan nombor semboyan di tiang semboyan.
2.5
Semboyan Automatik Semboyan ini dikendalikan melalui laluan tren-tren. Ia dikenalpasti melalui satu plat empat segi putih dengan satu jalur hitam mendatar di tiang semboyan (Lihat Rajah1C).
2.6
Semboyan Separa Automatik Semboyan ini dikendalikan melalui laluan tren-tren tetapi boleh juga dikendalikan melalui satu panel semboyan. Ia dikenalpasti melalui satu plat putih dengan separuh jalur hitam mendatar di tiang semboyan. Nombor semboyan mungkin ditunjukkan di atas plat itu. (Lihat Rajah 1C).
Plat putih dicat dengan satu jalur hitam mendatar panjang sepenuhnya. Plat yang menunjukkan nombor semboyan ditunjukkan di atas plat yang berasingan dipasang di bawahnya.(Automatik)
Plat putih mempunyai separuh jalur hitam mendatar.(Separa Automatik) Rajah 1C 2.7
Semboyan Bantuan Semboyan Bantuan yang digunakan ada dua jenis:
(a)
Semboyan Lambai lampurona ditempatkan di bawah aspek utama sesuatu semboyan lampurona. Bila mempamerkan satu huruf „C‟ putih ia membenarkan seseorang Pemandu bergerak perlahanlahan sejauh mana landasan itu bebas. Fasal 3.3 dan Rajah 7C Seksyen „C‟ aturan ini ada memperuntukkan butir-butirnya.
(b)
Semboyan Lansir ke Hadapan jenis Bilah diletakkan di bawah bilah semboyan utama. Ia berbentuk satu bilah kecil warna merah. Bila dibebaskan semboyan ini membenarkan pergerakan terhad untuk tujuan lansiran sahaja. Fasal 4.3 dan Rajah 18C ada memperuntukkan butirannya.
2.8
Papan Jarak Jauh (Lihat Rajah 16C) Papan Jarak Jauh diperuntukkan di landasan tunggal di tempat-tempat di mana tiada terdapat Semboyan Jauh. Ia menunjukkan kepada Pemandu bahawa di hadapannya terdapat semboyan stesen dan beliau mestilah berhati-hati dalam mematuhi semboyan itu bagi mengelakkan kelewatan yang sia-sia.
-Pindaan NO.4/04 (21/11/2004 -2926) 2.8 Papan Jauh (Lihat Rajah 16c) Papan Jauh diperuntukkan di landasan tunggal di tempat-tempat dimana tiada terdapat Semboyan Jauh. Ia menunjukkan kapada pemandu bahawa dihadapannya terdapat Semboyan stesen dan beliau mestilah berjaga-jaga dalam mematuhi semboyan itu bagi mengelakkan kelewatan yang tidak sepatutnya. 2.9
Semboyan Tambahan Semboyan Tambahan digunakan di mana, oleh sebab ketinggian sesuatu tiang semboyan, jejambat atau halangan, aspek sesuatu semboyan bilah atau semboyan lampurona tidak dapat dilihat dengan jelas atau jarak penglihatan arah mendatang terhad. Semboyan tambahan ada dua jenis, iaitu Semboyan Setindak dan Semboyan Pengajuk: (i) Semboyan Setindak biasanya jenis mekanikal dan ditempatkan di atas tiang yang sama dengan semboyan yang ianya bersetindak dan mempunyai ukuran dan jenis yang sama. Dalam hal-hal yang khusus sahaja ia mungkin ditempatkan di sebelah yang bertentangan landasan tetapi selari dengan semboyan yang ianya bersetindak dan disambungkan dengan sedemikian rupa supaya kedua-dua semboyan berfungsi bersama. (ii) Sesuatu Semboyan Pengajuk biasanya dari jenis kendalian elektrik dan berbentuk satu cakera dengan satu jalur hitam bergerak di atas latar belakang putih yang bercahaya. Ianya digunakan tidak kira sama ada semboyan yang diajuk itu bilah atau lampurona. Bentuk jalur tersebut adalah sama dengan semboyan yang diajuk (iaitu segibujur untuk semboyan henti dan bentuk ekor ikan untuk semboyan amaran). Semboyan pengajuk lazimnya dipasang lampu pada waktu malam. Bila semboyan yang diajuk itu berkeadaan “ON”, jalur hitam itu akan mendatar dan bila dalam keadaan “OFF”, ianya akan berada pada sudut 45 darjah dari mendatar. Sesuatu semboyan pengajuk biasanya ditempatkan di atas tiang yang berasingan pada arah mendatang semboyan yang diajuk.
2.10
Semboyan Get Lintasan Rata
(i) Semboyan Get ditempatkan di suatu jarak yang cukup dari get pada kedua-dua arah dan tidak boleh dibebaskan melainkan get ditutup dan dikunci bertentangan dengan trafik jalanraya.
(ii) Bila dalam kedudukan “OFF”, Semboyan Get menunjukkan bahawa landasan berkenaan adalah bebas untuk tren meneruskan perjalanan melalui lintasan tersebut. Nota : dipakai kepada semboyan-semboyan yang mengawal laluan melalui sesuatu jambatan, bila mana diperuntukkan.
3.
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN LAMPURONA
3.1
Aspek Utama
3.1.1
Maksud aspek utama adalah seperti berikut:
SEMBOYAN LAMPURONA - SISTEM TIGA ASPEK
PERIHALAN
ASPEK SIANG
MAKSUD
& MALAM ASPEK BAHAYA
ASPEK MAJU: AWAS
Lampu Merah
Berhenti
Lampu Kuning
Bersedia untuk berhenti di semboyan berikutnya atau tempat lain yang ditetapkan.
Lampu Hijau BEBAS
Semboyan berikutnya mempamerkan aspek maju (hijau atau kuning)*
Lihat rajah 2C *Nota :
Pemandu mestilah sesuatu semboyan Bahaya.
mematuhi dan bersedia pada tiap-tiap masa kemungkinan yang dibebaskan diletakkan semula kepada kedudukan
TIGA ASPEK SEMBOYAN HENTI
HIJAU KUNING MERAH
BAHAYA
AWAS
BEBAS
Rajah 2C
SEMBOYAN LAMPURONA - SISTEM DUA ASPEK
PERIHALAN
ASPEK SIANG
MAKSUD
& MALAM ASPEK BAHAYA
Lampu Merah
Lampu Hijau ASPEK MAJU
Berhenti
Bersedia untuk berhenti di semboyan berikutnya atau tempat lain yang ditetapkan.
HIJAU
MERAH
BAHAYA( LAMPU MERAH) RAJAH 3 C
BEBAS(LAMPU HIJAU)
SEMBOYAN LAMPURONA - SEMBOYAN JAUH DI DALAM KAWASAN SISTEM TIGA ASPEK PERIHALAN
ASPEK SIANG
MAKSUD
& MALAM AWAS
Lampu Kuning
Bersedia untuk berhenti di semboyan yang berikutnya
BEBAS
Lampu Hijau
Semboyan henti yang berikutnya mempamerkan aspek maju. (hijau atau kuning)*
(Lihat Rajah 4 C (i)
Nota
Pemandu mestilah mematuhi dan bersedia pada setiap masa untuk menghadapi kemungkinan semboyan yang telah dibebaskan diletakkan semula kepada keadaan Bahaya.
SEMBOYAN LAMPURONA - SEMBOYAN JAUH APABILA DIGUNAKAN BERSAMA DENGAN SISTEM DUA ASPEK ATAU APABILA DIGUNAKAN DI DALAM KAWASAN SEMBOYAN BILAH
PERIHALAN
ASPEK SIANG
MAKSUD
& MALAM AWAS
Lampu Kuning
BEBAS
Lampu Hijau
Bersedia untuk berhenti di semboyan berikutnya.
Semboyan henti berikutnya dan semua semboyan henti di hadapan bagi landasan utama melalui stesen yang mana semboyan itu berkaitan adalah bebas. Bahagian Blok di hadapan adalah juga bebas.
Lihat Rajah 4 C (ii) Nota
:Pemandu mestilah mematuhi dan bersedia pada setiap masa kemungkinan sesuatu semboyan yang dibebaskan diletakkan semula kepada kedudukan Bahaya.
Rajah 4 C (i)
SEMBOYAN JAUH HIJAU
ON (Awas)- Lampu Kuning Rajah 4 C (ii)
SEMBOYAN JAUH TETAP
Rajah 5 C
OFF (Bebas)- LampuHijau
3.2
Aspek Lampu Kedudukan Berubah Maksud bagi aspek lampu kedudukan berubah adalah seperti berikut: PERIHAL AN
ASPEK BAHAYA
ASPEK SIANG& MALAM Dua lampu putih dipamerkan mendatar
MAKSUD BERHENTI
ATAU Patuhi aspek utama Tiada aspek (bila mana disatukan dengan aspek utama) Dua lampu putih pada sudut 45 darjah
ATAU MAJU satu lampu kecil kuning (bila mana disatukan dengan aspek utama dan mengawal pergerakan ke dalam landasan gelung atau sisian.
Lihat Rajah 6C
Landasan di hadapan mungkin disekat.Bergerak perlahan-lahan ke arah semboyan henti berikutnya (atau penampan henti jika tiada semboyan di hadapan) Bersedia untuk berhenti dekat mana-mana halangan.Aspek berhenti yang disatukan (bila mana diperuntukkan) mungkin boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya.*
3
Semboyan Lambai
3.3.1
Semboyan Lambai digunakan di stesen-stesen berkuncikait penuh. Semboyan jenis lampurona dipasang pada tiang yang sama dan di bawah semboyan henti.
3.3.2
Semboyan Lambai dalam kedudukan 'OFF' membenarkan Pemandu maju dengan perlahan-lahan sejauhmana landasan di hadapan itu bebas dan menunjukkan bahawa landasan arah ke semboyan henti yang berikutnya (atau penampan henti bila mana tiada semboyan di hadapan) adalah disekat atau dihalang.
Semboyan Lambai tidak akan mempamerkan lampu bila dalam kedudukan 'ON' dan huruf 'C' di bawah aspek 'MERAH' bila dalam kedudukan 'OFF'. SEMBOYAN LAMBAI
3.3.4
Semboyan Lambai tidak boleh diletakkan dalam kedudukan 'OFF' sehinggalah tren berkenaan telah diberhentikan di semboyan tersebut.
3.4
Indikasi-indikasi Laluan
3.4.1
Sesuatu indikasi laluan mungkin diberi melalui:
(a)
satu penunjuk simpang dan/atau
(b)
nombor-nombor atau huruf-huruf yang dipamerkan di dalam satu rangka yang dipasang ke tiang semboyan atau semboyan (Lihat Rajah 8C) atau
(c)
mengimbal-balas semboyan sebelah kiri atau kanan tiang utama (Lihat Rajah 9C).
Rajah 8C
3.4.2
Penunjuk simpang mempamerkan satu deretan lampu putih biasanya di atas semboyan berkenaan apabila aspek maju dipamerkan. TIADA indikasi laluan diberi untuk pergerakan melalui laluan lurus. Indikasi-indikasi 1, 2 dan 3 adalah untuk laluan ke sebelah kiri laluan lurus seterusnya dan indikasi-indikasi 4, 5 dan 6 untuk laluanlaluan seterusnya ke sebelah kanan. Penunjuk-penunjuk simpang mungkin diperuntukkan untuk laluan-laluan ke sebelah kiri atau kanan bagi laluan yang paling laju di mana ianya merupakan satu laluan persimpangan. Di mana terdapat laluan-laluan yang mempunyai kelajuan yang sama dan tiada sesuatu pun yang boleh dikenalpasti sebagai laluan lurus, satu penunjuk simpang mungkin diperuntukkan untuk tiap-tiap laluan (Lihat Rajah 10C).
Rajah 10C 3.5
Semboyan lampurona yang tidak digunakan.
(a)
Apabila sesuatu semboyan lampurona tidak digunakan, aspek semboyan tersebut mestilah dihapuskan. Papan berpalang putih berkilau mestilah dipasang pada arah mendatang semboyan berkenaan. Setiap papan berpalang hendaklah berukuran tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm lebar. Lihat rajah 11 C(i).
(b)
Jika aspek semboyan lampurona itu tidak boleh dihapuskan satu penutup hitam mestilah digunakan untuk menghapuskan aspek-aspek tersebut dan sebagai tambahan papan berpalang putih berkilau mestilah dipasang di atas penutup tersebut. Tiap-tiap palang mestilah berukuran tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm tebal. Lihat Rajah 11 C (ii).
Rajah 11C
3.6
Semboyan-Semboyan Pelepas Auto Blok Geganti (A.B.G.) -
(a)
Semboyan Pelepas yang diperuntukkan di sesebuah Stesen A.B.G. adalah jenis lampurona yang boleh mempamerkan:
(i)
Aspek Merah yang menunjukkan bahawa Bahagian Blok yang di hadapan disekat dan semboyan yang berkenaan tidak boleh dilintasi, atau
(ii)
Satu aspek Hijau yang menunjukkan bahawa bahagian di hadapan adalah bebas dan semboyan berkenaan boleh dilintasi.
(iii)
Satu tanda huruf 'E' yang bila memancar menunjukkan "BERHENTI DAN PERIKSA" (Lihat Rajah 12C). Tanda 'E' tidak akan diperuntukkan untuk Semboyan Pelepas di stesen terminal dalam kawasan A.B.G.
(b)
Di stesen-stesen di mana penerimaan sesebuah tren dikawal seterusnya oleh beberapa semboyan, tanda 'E' mungkin diperuntukkan di semboyan yang bukan terdiri dari semboyan Pelepas atau di atas tiangnya sendiri yang berasingan untuk membolehkan memberi satu indikasi yang lebih efektif kepada Pemandu.
(c)
Tanda 'E' akan memancar setiap kali sesebuah tren:
(i)
gagal membebaskan keseluruhan Bahagian Blok berkenaan atau
(ii)
telah membebaskan keseluruhan Bahagian Blok tetapi gagal mengendalikan radas A.B.G. dan memberi jalan bebas kepada tren lain.
(d)
Tanda 'E' akan juga memancar apabila terdapat sesuatu kerosakan kepada Semboyan Pelepas.
Rajah 12C
3.7
Semboyan Separa-Automatik
(a)
Beberapa Semboyan Pelepas dalam kawasan A.B.G. mungkin terdiri dari jenis spara-automatik iaitu ianya akan dikendalikan secara manual dari butang-butang tekan pada panel A.B.G. bila stesen di "Switch-In" dan secara automatik melalui laluan tren-tren bila stesen di "Through Switch". Semboyan-semboyan ini dibezakan melalui satu tanda seperti yang ditunjuk di dalam Rajah 13C yang dipasang ke tiang semboyan.
(b)
Walau pun cara membebaskan semboyan pelepas seumpama itu berbeza di dalam mana-mana hal, aspeknya mestilah dipatuhi sepenuhnya oleh Pemandu dan, kecuali seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 'J' Fasal 10.2.3(g) Panduan Kerja Am dan Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 4, Fasal 8.3, 11.1, 16.2 dan 21.7.1 yang meliputi aturan-aturan kecemasan, ianya tidak boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya.
4.
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN-SEMBOYAN BILAH
4.1
Semboyan Henti
4.1.1
Semboyan henti terdiri dari satu bilah merah berbentuk empat segi memanjang dengan satu jalur putih menegak. Pada sebelah belakang semboyan berwarna putih dengan satu jalur hitam menegak.
4.1.2
Maksud kedudukan Semboyan henti adalah seperti berikut :
Kedudukan
Indikasi Siang
Maksud Malam
BAHAYA
Bilah Mendatar
Lampu MERAH
Berhenti
BEBAS
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu HIJAU
Maju
4.2
Semboyan Amaran
4.2.1
Semboyan Amaran mengandungi satu bilah kuning dengan hujungnya berekor ikan dan berjalur hitam. Pada sebelah belakang semboyan berwarna putih berjalur hitam.
4.2.2
Maksud kedudukan Semboyan Amaran adalah seperti berikut:
Kedudukan
Indikasi Siang
AMARAN
Bilah Mendatar
BEBAS
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Maksud Malam
Lampu Bersedia untuk berhenti di semboyan henti KUNING berikutnya atau di tempat lain yang ditetapkan yang ke arahnya Semboyan Amaran itu dipakai. Lampu HIJAU
Bahawa semua semboyan henti yang dikendalikan dari panel semboyan yang sama adalah bebas dan Bahagian Blok di hadapan adalah bebas.
4.2.3
Semboyan Amaran ditempatkan di bawah bilah Semboyan Luar yang dipakai untuk landasan yang sama atau diletakkan di suatu tiang yang berasingan.
4.2.4
Bila mana satu Semboyan Amaran sahaja diperuntukkan untuk sesuatu simpang bercapah, ianya dipakai juga kepada semua tren yang menghampirinya.
4.2.5
Papan Jauh : Bila mana papan-papan tanda jauh tetap diperuntukkan. Pemandu mestilah semasa melintasi papan-papan tanda tersebut berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tanpa kelewatan apabila semboyan stesen didapati bebas atau berhenti di semboyan stesen jika semboyan itu dalam kedudukan Bahaya.
-Pindaan NO 5/04 (21/11/04 – 2926) 4.2.5 Papan Jauh: Bila mana papan-papan jauh diperuntukkan, Pemandu mestilah semasa melintasi papan tanda tersebut berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tampa kelewatan apabila semboyan stesen didapati bebas atau berhenti di semboyan stesen jika semboyan itu dalam kedudukan bahaya. 4.2.6
Papan tanda tiga warna: Semboyan Jauh yang ditempatkan di stesen-stesen di mana semboyan pelbagai aspek digunakan, dibezakan melalui satu papan tanda berwarna hijau, kuning dan merah seperti aspek di bawah:
Rajah 17C 4.3
Semboyan Bantuan Lansir ke Hadapan
4.3.1
Semboyan Bantuan Lansir ke Hadapan (bila mana diperuntukkan) ditempatkan di bawah Semboyan Pelepas yang mengawal masuk ke Bahagian Blok dan mengandungi satu bilah kecil berwarna merah.
4.3.2
Maksud Semboyan Bantuan Lansir ke hadapan adalah seperti berikut:
Kedudukan
Indikasi Siang
MaksudMaksud Malam
BIASA
Bilah mendatar
Lampu merah ATAU Tiada lampu
Patuhi utama
MAJU
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjahBilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu hijau
Semboyan utama boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya seperti berikut LANSIR KE HADAPAN Pergerakan terhad untuk tujuan lansiran sahaja.
4.4
Semboyan Lansir Bilah
4.4.1
Semboyan Lansir biasanya dalam bentuk bilah semboyan kecil.
4.4.2
semboyan
Maksud kedudukan sesuatu Semboyan Lansir adalah seperti berikut:
Kedudukan
Indikasi Siang
Malam
Aspek BERHENTI
Bilah mendatar
Lampu merah
Aspek BERHENTI/ JALAN
Bilah kuning
Lampu kuning
mendatar
Maksud
Berhenti
Berhenti (Dimaksudkan kepada pergerakan pada arah semboyan itu dibebaskan: lain-lain pergerakan boleh melintasi semboyan ini tanpa ianya dibebaskan.
MAJU
Bilah didongak Lampu hijau atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Maju untuk pergerakan lansiran.
4.4.3
Semboyan henti yang mengawal pergerakan ke dalam landasan gelong barang-barang atau sisian/yad mungkin terdiri dari satu bilah pendek, atau satu Semboyan Lansir (yang dikenal pasti melalui satu cakera di atas bilah semboyan). Maksud indikasi maju adalah seperti berikut:
Kedudukan
Indikasi Siang
Maksud Malam
ASPEK BIASA
Bilah mendatar
Lampu merah
Berhenti atau patuhi semboyan utama.
ASPEK MAJU
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu hijau
Bergerak ke arah landasan gelung, yad atau sisian atau lain-lain landasan.
4.5 (a)
Penunjuk Laluan jenis bilah Sesuatu indikasi laluan mungkin diberi melalui salah satu daripada berikut: Kedudukan dan tingkatan bilah semboyan henti adalah seperti berikut: Semboyan 1 adalah untuk laluan lurus. Semboyan 2 dan 3 adalah untuk laluan-laluan seterusnya ke sebelah kiri laluan lurus. Laluan-laluan ke sebelah kanan laluan lurus adalah ditunjukkan serupa dengan semboyan-semboyan yang ditempatkan pada sebelah kanan Semboyan 1. Lihat rajah 21C.
(b)
Menempatkan semboyan henti (atau Semboyan Lansir) menegak di atas satu sama lain dan dalam hal yang demikian semboyan henti adalah dipakai untuk landasan ke sebelah kiri sekali, yang kedua ke landasan berikutnya mengikut dari sebelah kiri. Lihat rajah 22C.
(c)
Satu sahaja semboyan diperuntukkan dan mempamerkan, bila semboyan dibebaskan, nombor atau huruf di sebelah semboyan yang berkenaan. Lihat rajah 23C.
4.6
Di mana sesuatu indikasi diberi melalui nombor dan/atau huruf adalah mengikut maksud yang berikut:
yang dipamerkan
1,2,3
- Platform No. 1, Platform No. 2 dan seterusnya.
L
-Landasan gelung.
L1,L2
-Landasan gelung No. 1, Landasan gelung No. 2 dan seterusnya.
M
-Landasan Utama.
M1,M2
-Landasan Utama No. 1, Landasan Utama No. 2 dan seterusnya.
B
-Cawangan.
B1,B2
-Cawangan No. 1, Cawangan No. 2 dan seterusnya.
S
-Sisian.
S1,S2
-Sisian No. 1, Sisian No. 2 dan seterusnya.
K
-Bengkel Lokomotif.
Y
-Yad Atur.
N
-Shunting Neck.
N1,N2
-Shunting Neck No. 1, Shunting Neck No. 2 dan seterusnya.
D
-Landasan Turun.
U
-Landasan Naik.
G
-Landasan Barang-Barang.
G1,G2
-Landasan Barang-Barang No. 1, No. 2 dan seterusnya.
Pengecualian kepada senarai di atas bila mana perlu akan diliputi melalui arahanarahan khas.
4.7
Semboyan bilah yang tidak dipakai Apabila sesuatu semboyan bilah tidak digunakan, bilah semboyan tersebut mestilah dikekalkan di dalam kedudukan “ON”. Papan bersilang putih berkilau mestilah dipasang pada sebelah mendatang bilah semboyan tersebut. Tiap-tiap palang mestilah tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm lebar. Lihat rajah 24C
-Per. 4.8 ditambah No 1/04 (14.82004-2919) 4.8
Di stn. penuh kuncikait yg diperuntukkan dgn Semboyan Jauh, S. Luar dinamakan S. Rumah Luar. Jika diperuntukkan dgn S. Rumah yg didahului oleh S. Rumah Luar, ianya dinamakan S. Rumah Dlm.
5.
TUGAS PEMANDU-PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN PENGAJUK DAN LAINLAIN PENUNJUK
5.1
Semboyan Pengajuk Sepanduk
5.1.1
Semboyan Pengajuk Sepanduk mengandungi satu bilah kecil hitam berkilau atau bentuk yang serupa berkilau yang dipamerkan (hujung empat segi untuk Semboyan henti dan hujung berbentuk ekor ikan untuk Semboyan Amaran) di dalam satu rangka. Ianya ditempatkan pada arah mendatang ke semboyan yang kepadanya ianya dipakai.
5.1.2
Maksud kedudukan Semboyan Pengajuk Sepanduk adalah seperti berikut:
PERIHALAN ON
ASPEK SIANG & MALAM Bilah mendatar atau lampu dipamer.
MAKSUD Bersedia untuk berhenti di semboyan yang kepadanya dipakai atau bergerak dengan brwaspada jika ianya Semboyan Amaran.
OFF
Bilah atau lampu dipamer pada sudut 45 ke 60 darjah.
Semboyan yang kepadanya dipakai mempamerkan aspek maju.
5.2
Papan Had Lansir
5.2.1
Papan Had Lansir dipasang pada suatu jarak yang cukup daripada poin mengadap yang paling luar bagi stesen untuk menandakan had yang paling jauh yang ke arahnya lansiran itu boleh dilaksanakan bila halangan kepada landasan di luar Semboyan Rumah dalam arah tren yang mendatang dibenarkan di bawah Fasal 7, Seksyen D dalam Buku Aturan. Ianya berbentuk satu papan tanda empat segi bujur dengan huruf hitam di atas latar belakang kuning dan bertulis dengan perkataan "HAD LANSIR" pada sebelah menghala ke stesen. Perkataan berukuran 150mm tinggi dan 100mm lebar.
5.2.2
Pemandu mestilah memastikan bahawa tidak ada bahagian trennya yang melepasi Papan Had Lansir melainkan dibenarkan oleh Pengurus Stesen.
5.2.3
Pengurus Stesen mestilah mematuhi Seksyen 'D' Buku Aturan ini dan Arahan di dalam Perintah Kerja Stesen sebelum memberi kebenaran untuk sesebuah tren melepasi Papan Had Lansir.
5.3
Papan Tanda Berhenti
5.3.1
Papan Tanda Berhenti adalah satu papan yang menunjukkan perkataan "BERHENTI". Ia mungkin dari jenis berkilau. Papan Tanda Berhenti mungkin juga menunjukkan lainlain arahan.
5.3.2
Pemandu mestilah memberhentikan trennya di Papan Tanda Berhenti dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kecuali seperti mengikut arahan-arahan yang dipamerkan atau atas kebenaran dari kakitangan yang berkuasa.
5.4
Penunjuk-Penunjuk
5.4.1
Penunjuk Masuk: Diperuntukkan kepada stesen-stesen tanpa kuncikait untuk penerimaan masuk trentren. Bilah yang di atas adalah untuk arah naik dan bilah yang di bawah adalah untuk arah turun. Pada permukaan hadapan dicat dengan hitam dan berjalur putih dan di sebelah belakang dicat hitam. Pada waktu malam, apabila “ON” satu lampu putih dipamerkan dan bila 'OFF' satu lampu hijau.
5.4.2
Penunjuk Poin Membelakang mekanikal : diperuntukkan di stesen-stesen berkunci kait penuh di landasan tunggal. Ianya dalam bentuk dua bilah kecil. Bila salah satu daripadanya ditundukkan ke 45 darjah ia menunjukkan bahawa poin-poin membelakang adalah diset untuk pelepasan atau laluan sesebuah tren di atas landasan yang berkenaan. Pada waktu gelap, indikasi-indikasi adalah diberi melalui lampu hijau atau merah.
5.4.3
Penunjuk Poin Tinggi: Penunjuk Poin Tinggi digunakan di beberapa "Stesen Penunjuk Poin Tinggi". Penunjuk-penunjuk tersebut dipasang di kedua-dua hujung stesen berkenaan berhampiran dengan poin mengadap yang paling luar. Arah bilah penunjuk yang condong ke 45 darjah menunjukkan kepada Pemandu landasan yang trennya akan diterima masuk.
-Tambahan No 2/04 Per.5.4.4 ( 14.8.2004-2919) 5.5.4.4 Diperuntukkan di stn Separa Kuncikait dan dipsg bersebelahan dgn poin ibu/gelong. Mempunyai indikasi lampu kuninng dikedua –dua permukaan . Indikasi lampu kuning dlm kedudukkan 45 darjah menunjukkan kepada pemandu bhw poin telah diset ke landasan berkaitan.
-Tambahan No 1/09 (3.5.2009- 3042) 5.4.5 Papan Amaran Get Bila mana Papan Amaran Get tetap diperuntukkan, Pemandu mestilah semasa melintasi papan-papan Amaran Get tersebut dengan berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tampa kelewatan apabila Semboyan Get dan Lintasan Rata Suwa didapati bebas atau berhenti di Semboyan Get dan /Lintasan Rata Suwa jika semboyan itu dalam kedudukan Bahaya.
6.
TUGAS PEMANDU - ARAHAN-ARAHAN AM BERKENAAN DENGAN MEMATUHI SEMBOYAN-SEMBOYAN
6.1
Mematuhi Semboyan-Semboyan
6.1.1
Pemandu mestilah sentiasa berjaga-jaga dan waspada serta mematuhi tiap-tiap semboyan yang berkaitan dengan trennya sama ada sebab semboyan itu dipamerkan diketahuinya atau pun tidak. Beliau mestilah juga patuh kepada mana-mana semboyan lain yang mungkin dipamerkan dalam masa kecemasan.
6.1.2
Bila mana sesuatu semboyan yang dimaksudkan kepada lebih dari sebuah tren dibebaskan, Pemandu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan sehinggalah diarah oleh Pengurus Stesen berkenaan bahawa semboyan tersebut adalah dimaksudkan kepada trennya.
6.1.3
Bila tren berhenti di hadapan semboyan yang mempamerkan aspek maju, beliau mestilah, sebelum menggerakkan semula trennya, memerhatikan sekali lagi semboyan tersebut. Jika tidak boleh meneruskan perjalanan, beliau mestilah memberitahu Operasi PKT atau Pengurus Stesen dengan serta merta akan sebabnya.
6.1.4
Bila tren melintasi sesuatu semboyan yang mempamerkan aspek maju tetapi berhenti dengan sebahagian dari trennya berada di belakang semboyan itu, Pemandu berkenaan bolehlah, apabila tren tersebut sudah bersedia untuk bergerak semula, meneruskan perjalanannya mengikut aspek yang dipamerkan sebelumnya melainkan beliau diberi arahan lain.
6.1.5
Jika Pemandu tersebut mendapati sesuatu semboyan simpang telah dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tak dijadualkan, beliau mestilah berhenti di semboyan tersebut jika didapati selamat dan praktikal dan maklumkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen. Beliau mestilah juga meneruskan perjalanan melalui laluan yang dijadualkan jika beliau diarahkan untuk berbuat demikian.
6.1.6
Jika tren tersebut diberhentikan atau hampir diberhentikan sebelum Semboyan Rumah atau Semboyan Rumah Luar dibebaskan, selain dari semboyan bahagian atau semboyan lampurona yang boleh mempamerkan aspek kuning, Pemandu mestilah faham bahawa Semboyan henti berikutnya mungkin berkeadaan Bahaya atau beliau dikehendaki berhenti di stesen tersebut.
6.1.7
Jika tren tersebut dengan tidak sengaja melintasi sesuatu semboyan Bahaya, Pemandu mestilah memberhentikan trennya dengan serta merta. Beliau mestilah bertindak mengikut Aturan-Aturan berkenaan dan tidak boleh meneruskan perjalanannya sehingga dibenarkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen.
6.2
Mematuhi semboyan-semboyan semasa operasi lansiran
6.2.1
Bila menjalankan kerja-kerja lansiran di stesen-stesen, Pemandu mestilah mematuhi semboyan-semboyan yang mengawal pergerakan tersebut. Bila mana semboyansemboyan untuk operasi lansiran tidak diperuntukkan Pemandu mestilah menjalankan kerja di bawah arahan Pengurus Stesen dan mestilah mematuhi semboyan-semboyan tangan yang diberi oleh Pengurus Stesen, Gad atau lain-lain kakitangan yang dibenarkan untuk menjalankan operasi lansiran.
6.2.2
Bagaimana pun bila sebahagian tren berkenaan berada di hadapan, semboyan yang mengawal dalam arah yang dimaksudkan, Pemandu berkenaan tidak boleh memulakan apa-apa pergerakan dalam arah itu sehingga semboyan tersebut telah dibebaskan.
6.2.3
Jika Pemandu tersebut tidak dapat melihat semboyan berkenaan beliau mestilah jika perlu dapatkan kepastian daripada Gad atau Pelansir bahawa semboyan tersebut telah dibebaskan. Bila mana semboyan tersebut tidak boleh dibebaskan disebabkan litar landasan disekat dan tren tidak boleh digerakkan supaya ianya berada sepenuhnya di belakang semboyan berkenaan, Pemandu mestilah mendapatkan sendiri kebenaran dari Operator PKT atau Pengurus Stesen sebelum bergerak ke arah hadapan.
6.3
Pergerakan di atas kebenaran sspek lampu Semboyan Lansir Kehadapan Kedudukan Lampu Berubah atau Semboyan Lansir.
6.3.1
Tren penumpang tidak boleh meneruskan perjalanan atas kebenaran aspek Lampu Kedudukan Berubah (melainkan memasuki landasan permissive platform) atau Semboyan Lansir ke hadapan atau Semboyan Lansir kecuali apabila Pemandu diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen
atau lain-lain kakitangan yang bertindak atas arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen. 6.3.2
6.4
Sesuatu pergerakan lansir yang telah dibuat atas kebenaran aspek lampu Semboyan Kedudukan Berubah atau Semboyan Lansir ke hadapan atau Semboyan Lansir tidak boleh meneruskan perjalanan sehingga ianya telah kembali ke hadapan semboyan yang telah sebelumnya mempamerkan aspek maju yang bersesuaian untuk berlepas. Jika didapati tidak dapat kembali ke belakang semboyan tersebut, peruntukan Fasal 6.2.2 dan 6.2.3 mestilah dipatuhi. Memberhentikan tren apabila semboyan bahagian berkeadaan Bahaya Apabila semboyan bahagian berkeadaan Bahaya, Pemandu tidak boleh (kecuali untuk urusan stesen atau lansiran) menggerakkan tren ke hadapan semboyan itu jika ia kemudiannya perlu pergi ke panel semboyan tersebut untuk mengingatkan Operator PKT atau Pengurus Stesen tentang kewujudan tren tersebut jika ditahan. Sebaliknya tren tersebut mestilah diberhentikan berhampiran yang boleh dengan stesen berkenaan tetapi ianya hendaklah digerakkan jauh dan bebas dari mana-mana simpang dan dalam kawasan tanda gendala, di mana praktikal, tren hendaklah diberhentikan dalam persekitaran platform bahagian yang dapat dilihat.
6.5
Semboyan yang mengawal keluar dari sisian Apabila menunggu semboyan yang mengawal keluar dari sisian dibebas, Pemandu dan/atau kakitangan Lansir mestilah sejauh mana praktikal menentukan bahawa gerabak terhadapan tren tidak berhenti menghalangi mana-mana sisian lain melainkan dibenarkan oleh kakitangan yang menjaga pergerakan itu. Apabila semboyan itu dibebaskan, beliau tidak boleh bergerak ke hadapan atau menghalang mana-mana sisian lain jika semboyan berkenaan digunakan untuk lebih dari satu sisian yang terdapat unit-unit traksi sehinggalah beliau diarah untuk berbuat demikian oleh kakitangan itu.
6.6
Semboyan yang tidak dipamerkan atau tidak dipamerkan dengan sempurna
6.6.1
Pemandu mestilah menganggap sesuatu semboyan henti sebagai Bahaya dan sesuatu Semboyan Amaran sebagai awas mengikut keadaan berikut:
(a)
ketiadaan sesuatu semboyan yang mana ianya sepatutnya ditempatkan.
(b) (c)
semboyan lampurona yang terdapat kekeliruan terhadap aspek yang dimaksudkan. semboyan bilah yang tidak dipamerkan dengan sempurna iaitu tidak mendatar dan tidak dalam kedudukan condong 45 ke 60 darjah. satu lampu putih dipamerkan bila mana sepatutnya lampu merah, kuning atau hijau. bilah semboyan henti menunjukkan kedudukan "OFF" tetapi tiada lampu pada waktu malam. lampu Semboyan Luar bilah mempamerkan lampu merah ke atas lampu hijau atau kedudukan bilah-bilah semboyan yang tidak berselari pada waktu siang (iaitu bilah
(d) (e) (f)
(g) (h)
Semboyan Luar berkedudukan "ON" tetapi bilah Semboyan Amaran di dalam kedudukan "OFF") atau ketiadaan satu atau kedua-dua lampu pada waktu malam. Semboyan lampurona tidak mempunyai indikasi. Semboyan henti menunjukkan Bahaya atau aspek Berhenti dan pada masa yang sama indikasi simpang yang berkaitan atau huruf dan/atau nombor dipamerkan.
6.6.2
Jika sesuatu semboyan kedudukan lampu berubah atau semboyan bantuan dibebaskan tetapi tanpa indikasi laluan biasa dipamerkan Pemandu mestilah meneruskan perjalanan dengan berwaspada sejauh mana landasan itu bebas dan bersedia untuk berhenti pada mana-mana halangan dan pergerakan lansiran tidak boleh dilanjutkan dari yang perlu.
6.7
Kerosakan atau keadaan luar biasa semboyan mestilah dilaporkan
6.7.1
Pemandu mestilah dengan serta merta melaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen, memberhentikan trennya khusus jika perlu, sekiranya beliau sedar tentang kegagalan atau kerosakan dalam cara kerja semboyan-semboyan atau turutan aspek yang tidak normal. Ini juga meliputi jika sesuatu semboyan tidak dipamerkan atau tidak dipamerkan dengan sempurna dan lain-lainnya seperti yang diperihalkan di dalam Fasal 6.6 tetapi jika ianya satu semboyan kedudukan lampu berubah, Semboyan Bantuan atau Semboyan Lansir yang dipakai kepada landasan lain, Pemandu tidak perlu berhenti khusus, tetapi beliau mestilah melaporkannya pada kesempatan pertama sekali tanpa melibatkan kelewatan sia-sia kepada trennya.
6.7.2
Sekiranya berlaku sesuatu kerosakan semboyan atau keadaan luar biasa, sebelum keluar tugas, Pemandu berkenaan mestilah memenuhi dan menyerahkan Borang Kegagalan atau Kerosakan Semboyan KTMB 026 kepada Pengurus Stesen dengan menunjukkan butiran lengkap kegagalan dan kerosakan tersebut. Satu contoh borang tersebut adalah ditunjukkan di dalam rajah 26C.
6.7.3
Pemandu berkenaan mestilah memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen pada kesempatan yang pertama, tanpa menyebabkan kelewatan sia-sia kepada trennya jika Papan Had Lansir atau papan tanda berhenti hilang. Butir-butir mestilah juga dilaporkan di dalam Borang Kegagalan atau Kerosakan Semboyan (lihat contoh) dengan menggunakan seksyen yang bertajuk "Lain-Lain Kerosakan".
6.7.4
Sebaik sahaja menerima lapuran dalam borang KTMB 026, Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah dengan secepat mungkin memaklumkan kepada Merinyu Semboyan dan Komunikasi yang berkenaan.
-Per. 7 di tambah No 4/05( 24.9.2005-2948) 7.Mengalih yg wujud & memasang Semboyan tetap yg baru a) Mengalihkan semboyan yg wujud dan memasang yang baru akan ditentukan dgn butir yang diberi melaui borang Penglihatan Semboyan (KTMB 053) yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Penglihatan Semboyan. b) Makluman semboyan yg dialih atau semboyan yg baru dipasang kepada semua yg berkenaan masa & tarikh dan bila semboyan akan digunakan.
KTMB026 KERETAPI TANAH MELAYU Berhad BORANG LAPORAN PEMANDU KEGAGALAN ATAU KEROSAKAN SEMBOYAN Tarikh …………………
Kepada : Pengurus Stesen __________________________________ Dari : Pemandu tren no______________
Tarikh_____________________
Nama___________________No Per________
Depoh________________
____________________________________________________________________________ Laporan – No./Lokasi Semboyan __________________________________________ Tiada lampu / Tiada indikasi Aspek bertukar dengan tidak menentu Bilah di antara ON dan OFF
Lampu PUTIH dan bukan MERAH/KUNING/HIJAU menyala Mempamerkan lebih dari satu aspek serentak Lain-lain kerosakan (termasuk turutan aspek yang tidak selari atau turutan aspek semboyan pada semboyan di landasan berhampiran tidak selari) :_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Diterima oleh Pengurus Stesen
Tanda Tangan Pemandu
T/Tangan________________________
_____________________
Nama_________________________ No Per_______________________ Stesen_______________ Tarikh_______________Masa________________ Rajah 26C
BUKU ATURAN SEKSYEN 'D' SISTEM BLOK MUTLAK
SEKSYEN 'D' SISTEM BLOK MUTLAK
KANDUNGAN
FASAL
1. SISTEM KERJA
1.1 dan 1.2
2. KEPERLUAN SISTEM BLOK MUTLAK
2.1 ke 2.1.5
3. KAWASAN TOKEN DAN KAW ASAN TANPA TOKE N
3.1 ke 3.3
4. SEMPADAN BAHAGIAN BLOK
4.1 ke 4.1.4
5. SEMPADAN BAHAGIAN
5.1 ke 5.1.3
STESEN
6. SYARAT-SYARAT BAGAIMANA „KEBENARAN MENDATANG BOLEH DIBERI
6.1 ke 6.2.4
7. HALANGAN TERHADAP ARAH TREN YANG MENDATANG
7
8. HALANGAN DALAM KAWASAN BAHAGIAN STESEN
8
9. HALANGAN DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN TUNGGAL
9
10 HALANGAN DI DALAM ATAU DI LUAR BAHAGIAN STESEN PADA BLOK LITAR LANDASAN KAW ASAN LANDASAN BERKEMBAR
10
SEKSYEN 'D': SISTEM BLOK MUTLAK
1.
SISTEM KERJA
1.1
Terma "Blok Mutlak" dirujuk kepada prinsip yang membenarkan hanya sebuah tren sahaja berada di dalam sesuatu Bahagian Blok pada sesuatu masa.
1.2
Semua tren yang dikendalikan di antara stesen-stesen akan disemboyankan mengikut Sistem Blok Mutlak kecuali:
(i)
Jika berlaku kemalangan atau halangan dalam Bahagian Blok, tren-tren hendaklah dikendalikan mengikut Arahan-Arahan Panduan Kerja Am yang ditetapkan.
(ii)
Di kawasan-kawasan kereta api yang dibenarkan dengan nyata oleh Pengarah Pemasaran dan Operasi menggunakan mana-mana sistem lain.
- Pindaan No 1/09 fasal 1.2 (ii) (3/5/2009- 3042)
1.2 (ii)- Di kawasan-kawasan keretapi yang di benarkan dengan nyata oleh Ketua Pegawai Operasi/Pengurus Besar Operasi menggunakan mana-mana sistem lain.
2.
KEPERLUAN-KEPERLUAN SISTEM BLOK MUTLAK
2.1
Di bawah Sistem Blok mutlak
2.1.1
(i)
Tren tidak dibenarkan bertolak dari sesebuah Stesen Blok melainkan kebenaran mendatang telah terlebih dahulu diperolehi.
(ii)
Di Blok Litar Landasan, tren tidak dibenarkan berlepas dari sesuatu Semboyan Pelbagai Aspek melainkan landasan berkenaan adalah bebas sehingga termasuk kawasan 'Langkauan' (jarak yang cukup) bagi semboyan berikutnya untuk arah yang sama.
2.1.2
Di Landasan Berkembar
Melainkan terdapat kebenaran lain, sebuah tren sahaja boleh dibenarkan mendatang dari Semboyan Pelbagai Aspek di belakang mengikut 2.1.1(1) dengan syarat bahawa:
(a)
landasan berkenaan adalah bebas untuk jarak yang cukup melampaui Semboyan Pelbagai Aspek berikutnya bagi arah yang sama. (lihat 2.1.5)
(b)
semua poin dalam kawasan langkauan telah di"set" dengan betul untuk keselamatan tren yang mendatang itu.
(c)
tiada pergerakan bercanggah yang boleh melintangi atau menghalangi landasan dalam kawasan „jarak yang cukup‟ telah dibenarkan.
2.1.3
Di Landasan Tunggal
Kebenaran mendatang tidak akan diberi melainkan landasan adalah bebas untuk satu jarak yang cukup melampaui Semboyan Henti yang pertama pada arah perjalanan bagi Stesen Blok yang memberi kebenaran tersebut dan
(i)
landasan adalah bebas dari tren-tren ke arah Stesen Blok yang kepadanya kebenaran tersebut diberikan, atau
(ii)
landasan akan bebas selepas ketibaan lengkap sesebuah tren yang menghampiri Stesen Blok yang kepadanya kebenaran tersebut diberikan.
2.1.4
Kebenaran yang dirujuk kepada perenggan 2.1.3 (ii) di atas hendaklah bersyarat dan hanya sah selepas Bahagian Blok itu dibebaskan dengan ketibaan lengkap tren yang menghampirinya. Jalan bebas bersyarat itu hanya boleh diberikan bila semua perhubungan terputus dan utusan yang memberikan kebenaran mendatang itu dihantar oleh Pemandu berkenaan. Prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan dalam keadaan tersebut ada ditetapkan di dalam Peraturan Persemboyanan Tren.
2.1.5
„Jarak yang cukup‟ yang dirujuk kepada Aturan ini hendaklah tidak kurang dari 400 meter pada kedua-dua kawasan bukan Blok Litar Landasan dan kawasan Blok Litar Landasan melainkan diarahkan dengan „Arahan Khas‟.
3.
KAWASAN TOKEN DAN TANPA TOKEN
3.1
Terma "Kawasan Token" dirujuk kepada bahagian landasan kereta api di landasan tunggal di mana kuasa bertolak adalah suatu token yang diserahkan kepada Pemandu. Token itu boleh jadi dalam bentuk Tablet, Kunci Token, Cota Tren atau Kebenaran Bersurat.
3.2
Terma "Kawasan Tanpa Token" dirujuk kepada bahagian landasan kereta api di landasan tunggal di mana kuasa bertolak bukannya token yang diserahkan kepada Pemandu tetapi melalui penukaran aspek Semboyan Pelepas kepada aspek Hijau.
4.4 Terma "Kawasan Blok Litar Landasan (BLL)" dirujuk kepada bahagian landasan berkembar kereta api di mana kuasa bertolak adalah dengan membebaskan semboyan pelbagai aspek. Sistem BLL membenarkan semboyan pelbagai aspek mempamerkan satu aspek 'maju' apabila semua litar landasan di landasan hadapannya adalah bebas sehingga meliputi kawasan langkauan (jarak yang cukup) melampaui semboyan henti berikutnya pada arah yang sama. 4.
SEMPADAN BAHAGIAN BLOK.
4.1
Sempadan Bahagian Blok adalah seperti berikut:
4.1.1
Dalam Kawasan Token, sesuatu Bahagian Blok,
(a) bermula di sesuatu Stesen Blok yang dibuka di: (I) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Papan Had Lansir, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii) Semboyan Rumah untuk arah bertentangan, jika tiada semboyan Pelepas Terhadapan atau Papan Had Lansir, atau (iv) Poin mengadap paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah, dan (b) berakhir di Stesen Blok berikutnya yang dibuka di:
(I) Semboyan Pelepas Terhadapan untuk arah bertentangan, atau (ii) Papan Had Lansir untuk arah bertentangan, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan atau (iii)Semboyan Rumah, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir, atau (iv) Poin mengadap yang paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah.
4.1.2
(a)
Dalam Kawasan Tanpa Token, sesuatu Bahagian Blok:
bermula di Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan bagi sesebuah stesen tidak kira sama ada stesen tersebut di "Switched In" atau di "Through Switched" dan
(b) berakhir di stesen yang berikutnya di:
(I) Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan pada arah bertentangan apabila stesen di "Switched In". (ii) Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan pada arah mendatang apabila stesen di "Through Switched". 4.1.3
Pada landasan Blok Litar Landasan (BLL) sesuatu Bahagian Blok Litar Landasan bermula pada suatu semboyan pelbagai aspek dan berakhir di semboyan pelbagai aspek berikutnya.
Nota: Setiap semboyan bahagian Blok Litar Landasan mempunyai satu litar landasan jarak langkauan yang selamat iaitu lebih kurang 400 meter. Tren yang kedua tidak akan mendapat aspek bebas pada semboyan berkenaan yang di belakang sehinggalah jarak langkauan itu bebas.
4.1.4
Bahagian Blok biasanya bermula di mana Bahagian Stesen itu berakhir atau jika tidak terdapat Bahagian Stesen, di mana Bahagian Blok terakhir itu berakhir.
5.
SEMPADAN BAHAGIAN STESEN.
5.1
Sempadan sesuatu Bahagian Stesen adalah seperti berikut:
5.1.1
Dalam kawasan Token, sesuatu Bahagian Stesen:
(a)
Bermula pada suatu hujung bagi stesen yang di "Switched In" di:
(i) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Semboyan Pelepas jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii) Papan Had Lansir jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iv) Semboyan Rumah bagi arah bertentangan jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan atau Papan Had Lansir, atau (v) poin mengadap paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah, dan (b)
berakhir pada tempat yang sama di hujung yang lain stesen yang di "Switched In" di:
(I) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Semboyan Pelepas jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii)Papan Had Lansir, atau (iv)Semboyan Rumah, atau (v)poin-poin mengadap yang paling luar. 5.1.2
Di dalam Kawasan Tanpa Token sesuatu Bahagian Stesen bermula di Semboyan Pelepas pada satu hujung sesebuah stesen dan berakhir di Semboyan Pelepas pada hujung yang lain stesen tersebut apabila stesen di "Switched In".
5.1.3
Di Landasan Berkembar Blok Litar Landasan, Bahagian Stesen terletak di antara Semboyan Pelepas Terhadapan di hujung stesen tersebut dan berakhir di Semboyan Pelepas Terhadapan di hujung bertentangan di stesen yang sama seperti yang ditetapkan dalam Arahan Stesen.
6.
SYARAT-SYARAT BAGAIMANA KEBENARAN MENDATANG BOLEH DIBERI
6.1
Landasan Tunggal: Landasan tidak boleh dianggap bebas dan kebenaran mendatang tidak boleh diberi melainkan:
(a) (b) (c) 6.2
Keseluruhan tren yang terakhir sekali berlepas telah melepasi kawasan Semboyan Rumah, jika ada, atau telah tiba di tempat di mana tren-tren biasanya berhenti, dan Semboyan Rumah, jika ada dan Semboyan Luar telah dikembalikan kepada kedudukan 'ON' dan Bahagian Blok berkenaan adalah bebas. Landasan Berkembar:
Sesuatu Bahagian Blok Litar Landasan (BLL) tidak boleh dianggap bebas melainkan kawasan litar landasan berkenaan adalah bebas dan alat kelengkapan PKT (Pusat Kawalan Tren) berfungsi dengan betul.
6.2.1
Bila berlaku sesuatu kerosakan atau halangan, prosedur-prosedur Panduan Kerja Am yang berkaitan mestilah dipakai.
6.2.2
Apabila sesuatu Panel Stesen dibuka Operator PKT mestilah memberitahu Pengurus Stesen yang berkenaan apabila sesebuah tren menghampiri Semboyan Rumah stesen tersebut.
6.2.3
Pengurus Stesen mestilah mendapatkan kebenaran Operator PKT sebelum membenarkan sesebuah tren berlepas ke arah bahagian-bahagian yang dikawal oleh Operator PKT.
6.2.4
Sebelum Operator PKT membenarkan sesebuah tren berlalu dari landasan berkembar ke landasan tunggal pada penghujung kawasan Blok Litar Landasan, atau sebelum Pengurus Stesen membenarkan sesebuah tren berlalu dari landasan tunggal ke arah kawasan Blok Litar Landasan, arahan antara-muka (interface) yang berkaitan mestilah dipakai.
7.
HALANGAN DALAM ARAH TREN YANG MENDATANG Landasan di luar Bahagian Stesen pada arah sesebuah tren yang untuknya kebenaran datang telah diberikan tidak boleh dihalang kecuali seperti yang diperuntukan di dalam Fasal 9 (b) bahagian ini.
8.
HALANGAN DALAM KAWASAN STESEN
8.1
Jika semboyan-semboyan yang perlu telah diletakkan dalam kedudukan "ON" lansiran bolehlah dilaksanakan dalam Bahagian Stesen itu.
8.2
Dengan syarat bahawa bila semboyan-semboyan telah dibebaskan untuk sesebuah tren yang datang pada sesuatu landasan yang tidak diasingkan daripada semua landasan lain melalui pengendalian poin-poin atau lain-lain kaedah yang diluluskan dan tiada kuncikait yang diperuntukkan bagi mengekalkan keadaan ini semasa laluan tren tersebut, lansiran tidak boleh dilaksanakan ka arah poin-poin yang akan dilalui oleh tren yang datang itu.
9.
HALANGAN DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN TUNGGAL Landasan di antara Bahagian Stesen dan Semboyan Luar di sesebuah stesen di landasan tunggal tidak boleh dihalang melainkan seorang pekerja kereta api telah dilantik khas oleh Pengurus Stesen menjaga Operasi tersebut, dan melainkan:
(a) (b)
Bahagian Blok yang di dalam kawasannya kerja lansiran itu hendak dijalankan adalah bebas dari mana-mana tren yang mendatang, atau Jika sesebuah tren yang datang telah sampai di Semboyan Luar dan Pengurus Stesen berkenaan sendiri telah berpuas hati bahawa tren tersebut telah diberhentikan tetap di semboyan berkenaan. Dengan syarat bahawa landasan itu tidak dihalangi mengikut Fasal (b) di atas semasa hujan lebat, cuaca kabus atau penglihatan tidak jelas atau di dalam apa-apa hal melainkan dibenarkan oleh Arahan-Arahan Khas.
10.HALANGAN DI DALAM ATAU DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN BERKEMBAR BLOK LITAR LANDASAN
Pergerakan lansiran dalam sekitaran Bahagian Stesen yang perlu melalui Blok Litar Landasan hanya boleh dibenarkan di bawah kuasa Operator Pusat Kawalan Trafik atau di bawah Kuasa Pengurus Stesen mengikut Arahan Kerja Stesen apabila Panel Stesen dikendalikan secara tempatan oleh Operator PKT. - PINDAAN NO. 3/09 (17/5/2009- 3043) Merujuk kepada Berita Dwi Mingguan 3042 Perkara 9721 bertarikh 3.5.2009 Pindaan No. 2/09 kepada Rule Book (Buku Aturan) di muka surat 70 dan 71, No. 3/09 kepada General Manual (Panduan Kerja Am) di muka surat 79 dan 80, Pindaan No. 2/09 kepada Train Signalling Regulations (peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren) di muka surat 81 dan 82. Versi Bahasa Malaysia
BUKU ATURAN SEKSYEN 'D' SISTEM BLOK MUTLAK
SEKSYEN 'D' SISTEM BLOK MUTLAK KANDUNGAN 1. SISTEM KERJA
FASAL 1.1 dan 1.2
2. KEPERLUAN SISTEM BLOK MUTLAK 3. KAWASAN TOKEN DAN KAWASAN TANPA TOKEN 4. SEMPADAN BAHAGIAN BLOK
2.1 ke 2.1.5 3.1 ke 3.3 4.1 ke 4.1.4
5. SEMPADAN BAHAGIAN
5.1 ke 5.1.3
STESEN
6. SYARAT-SYARAT BAGAIMANA ‘KEBENARAN MENDATANG BOLEH DIBERI
6.1 ke 6.2.4
7. HALANGAN TERHADAP ARAH TREN YANG MENDATANG
7
8. HALANGAN DALAM KAWASAN BAHAGIAN STESEN
8
9. HALANGAN DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN TUNGGAL
9
10 HALANGAN DI DALAM ATAU DI LUAR BAHAGIAN STESEN PADA BLOK LITAR LANDASAN KAWASAN LANDASAN BERKEMBAR
10
.
SEKSYEN 'D': SISTEM BLOK MUTLAK
1.
SISTEM KERJA
1.1
Terma "Blok Mutlak" dirujuk kepada prinsip yang membenarkan hanya sebuah tren sahaja
berada di dalam sesuatu Bahagian Blok pada sesuatu masa. 1.2
Semua tren yang dikendalikan di antara stesen-stesen akan disemboyankan mengikut Sistem Blok Mutlak kecuali:
(i)
Jika berlaku kemalangan atau halangan dalam Bahagian Blok, tren-tren dikendalikan mengikut Arahan-Arahan Panduan Kerja Am yang ditetapkan.
hendaklah
(ii)
Di kawasan-kawasan kereta api yang dibenarkan dengan nyata oleh Pengarah Pemasaran dan Operasi menggunakan mana-mana sistem lain.
- Pindaan No 1/09 fasal 1.2 (ii) (3/5/2009- 3042) 1.2 (ii)- Di kawasan-kawasan keretapi yang di benarkan dengan nyata oleh Ketua Pegawai Operasi/Pengurus Besar Operasi menggunakan mana-mana sistem lain. 2.
KEPERLUAN-KEPERLUAN SISTEM BLOK MUTLAK
2.1
Di bawah Sistem Blok mutlak
2.1.1
(i)
Tren tidak dibenarkan bertolak dari sesebuah Stesen Blok melainkan kebenaran mendatang telah terlebih dahulu diperolehi.
(ii)
Di Blok Litar Landasan, tren tidak dibenarkan berlepas dari sesuatu Semboyan Pelbagai Aspek melainkan landasan berkenaan adalah bebas sehingga termasuk kawasan 'Langkauan' (jarak yang cukup) bagi semboyan berikutnya untuk arah yang sama.
2.1.2
Di Landasan Berkembar Melainkan terdapat kebenaran lain, sebuah tren sahaja boleh dibenarkan mendatang dari Semboyan Pelbagai Aspek di belakang mengikut 2.1.1(1) dengan syarat bahawa:
(a)
landasan berkenaan adalah bebas untuk jarak yang cukup melampaui Semboyan Pelbagai Aspek berikutnya bagi arah yang sama. (lihat 2.1.5)
(b)
semua poin dalam kawasan langkauan telah di"set" dengan betul untuk keselamatan tren yang mendatang itu.
(c)
tiada pergerakan bercanggah yang boleh melintangi atau kawasan ‘jarak yang cukup’ telah dibenarkan.
2.1.3
(i)
(ii)
menghalangi
landasan dalam
Di Landasan Tunggal Kebenaran mendatang tidak akan diberi melainkan landasan adalah bebas untuk satu jarak yang cukup melampaui Semboyan Henti yang pertama pada arah perjalanan bagi Stesen Blok yang memberi kebenaran tersebut dan landasan adalah bebas dari tren-tren ke arah Stesen Blok yang kepadanya kebenaran tersebut diberikan, atau landasan akan bebas selepas ketibaan lengkap sesebuah tren yang menghampiri Stesen Blok yang kepadanya kebenaran tersebut diberikan.
2.1.4
Kebenaran yang dirujuk kepada perenggan 2.1.3 (ii) di atas hendaklah bersyarat dan hanya sah selepas Bahagian Blok itu dibebaskan dengan ketibaan lengkap tren yang menghampirinya. Jalan bebas bersyarat itu hanya boleh diberikan bila semua perhubungan terputus dan utusan yang memberikan kebenaran mendatang itu dihantar oleh Pemandu berkenaan. Prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan dalam keadaan tersebut ada ditetapkan di dalam Peraturan Persemboyanan Tren.
2.1.5
‘Jarak yang cukup’ yang dirujuk kepada Aturan ini hendaklah tidak kurang dari 400 meter pada kedua-dua kawasan bukan Blok Litar Landasan dan kawasan Blok Litar Landasan melainkan diarahkan dengan ‘Arahan Khas’.
3.
KAWASAN TOKEN DAN TANPA TOKEN
3.1
Terma "Kawasan Token" dirujuk kepada bahagian landasan kereta api di landasan tunggal di mana kuasa bertolak adalah suatu token yang diserahkan kepada Pemandu. Token itu boleh jadi dalam bentuk Tablet, Kunci Token, Cota Tren atau Kebenaran Bersurat. Terma "Kawasan Tanpa Token" dirujuk kepada bahagian landasan kereta api di landasan tunggal di mana kuasa bertolak bukannya token yang diserahkan kepada Pemandu tetapi melalui penukaran aspek Semboyan Pelepas kepada aspek Hijau. Terma "Kawasan Blok Litar Landasan (BLL)" dirujuk kepada bahagian landasan berkembar kereta api di mana kuasa bertolak adalah dengan membebaskan semboyan pelbagai aspek. Sistem BLL membenarkan semboyan pelbagai aspek mempamerkan satu aspek 'maju' apabila semua litar landasan di landasan hadapannya adalah bebas sehingga meliputi kawasan langkauan (jarak yang cukup) melampaui semboyan henti berikutnya pada arah yang sama.
3.2
3.3
4.3 SEMPADAN BAHAGIAN BLOK. 4.1
Sempadan Bahagian Blok adalah seperti berikut:
4.1.1
Dalam Kawasan Token, sesuatu Bahagian Blok, (a) bermula di sesuatu Stesen Blok yang dibuka di: (i) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Papan Had Lansir, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii) Semboyan Rumah untuk arah bertentangan, jika tiada semboyan Pelepas Terhadapan atau Papan Had Lansir, atau (iv) Poin mengadap paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah, dan (b) berakhir di Stesen Blok berikutnya yang dibuka di:
(i) Semboyan Pelepas Terhadapan untuk arah bertentangan, atau (ii) Papan Had Lansir untuk arah bertentangan, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan atau (iii)Semboyan Rumah, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir, atau (iv) Poin mengadap yang paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah.
4.1.2 (a)
Dalam Kawasan Tanpa Token, sesuatu Bahagian Blok: bermula di Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan bagi sesebuah stesen tidak kira sama ada stesen tersebut di "Switched In" atau di "Through
Switched" dan (b) berakhir di stesen yang berikutnya di: (i) Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan pada arah bertentangan apabila stesen di "Switched In". (ii) Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan pada arah mendatang apabila stesen di "Through Switched". 4.1.3
4.1.4 5.
Pada landasan Blok Litar Landasan (BLL) sesuatu Bahagian Blok Litar Landasan bermula pada suatu semboyan pelbagai aspek dan berakhir di semboyan pelbagai aspek berikutnya. Nota: Setiap semboyan bahagian Blok Litar Landasan mempunyai satu litar landasan jarak langkauan yang selamat iaitu lebih kurang 400 meter. Tren yang kedua tidak akan mendapat aspek bebas pada semboyan berkenaan yang di belakang sehinggalah jarak langkauan itu bebas. Bahagian Blok biasanya bermula di mana Bahagian Stesen itu berakhir atau jika tidak terdapat Bahagian Stesen, di mana Bahagian Blok terakhir itu berakhir. SEMPADAN BAHAGIAN STESEN.
5.1 Sempadan sesuatu Bahagian Stesen adalah seperti berikut: 5.1.1 Dalam kawasan Token, sesuatu Bahagian Stesen: (a) Bermula pada suatu hujung bagi stesen yang di "Switched In" di: (i) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Semboyan Pelepas jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii) Papan Had Lansir jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iv) Semboyan Rumah bagi arah bertentangan jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan atau Papan Had Lansir, atau (v) poin mengadap paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah, dan (b)
berakhir pada tempat yang sama di hujung yang lain stesen yang di "Switched In" di:
(I) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Semboyan Pelepas jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii)Papan Had Lansir, atau (iv)Semboyan Rumah, atau (v)poin-poin mengadap yang paling luar. 5.1.2
Di dalam Kawasan Tanpa Token sesuatu Bahagian Stesen bermula di Semboyan Pelepas pada satu hujung sesebuah stesen dan berakhir di Semboyan Pelepas pada hujung yang lain stesen tersebut apabila stesen di "Switched In". 5.1.3 Di Landasan Berkembar Blok Litar Landasan, Bahagian Stesen terletak di antara Semboyan Pelepas Terhadapan di hujung stesen tersebut dan berakhir di Semboyan Pelepas Terhadapan di hujung bertentangan di stesen yang sama seperti yang ditetapkan dalam Arahan Stesen. 6.
SYARAT-SYARAT BAGAIMANA KEBENARAN MENDATANG BOLEH DIBERI
6.1
(a) (b) (c) 6.2
Landasan Tunggal: Landasan tidak boleh dianggap bebas dan kebenaran mendatang tidak boleh diberi melainkan: Keseluruhan tren yang terakhir sekali berlepas telah melepasi kawasan Semboyan Rumah, jika ada, atau telah tiba di tempat di mana tren-tren biasanya berhenti, dan Semboyan Rumah, jika ada dan Semboyan Luar telah dikembalikan kepada kedudukan 'ON' dan Bahagian Blok berkenaan adalah bebas. Landasan Berkembar: Sesuatu Bahagian Blok Litar Landasan (BLL) tidak boleh dianggap bebas melainkan kawasan litar landasan berkenaan adalah bebas dan alat kelengkapan PKT (Pusat Kawalan Tren) berfungsi dengan betul.
6.2.1
Bila berlaku sesuatu kerosakan atau halangan, prosedur-prosedur Panduan Kerja Am yang berkaitan mestilah dipakai.
6.2.2
Apabila sesuatu Panel Stesen dibuka Operator PKT mestilah memberitahu Pengurus Stesen yang berkenaan apabila sesebuah tren menghampiri Semboyan Rumah stesen tersebut.
6.2.3
Pengurus Stesen mestilah mendapatkan kebenaran Operator PKT sebelum membenarkan sesebuah tren berlepas ke arah bahagian-bahagian yang dikawal oleh Operator PKT. Sebelum Operator PKT membenarkan sesebuah tren berlalu dari landasan berkembar ke landasan tunggal pada penghujung kawasan Blok Litar Landasan, atau sebelum Pengurus Stesen membenarkan sesebuah tren berlalu dari landasan tunggal ke arah kawasan Blok Litar Landasan, arahan antara-muka (interface) yang berkaitan mestilah dipakai.
6.2.4
7.
HALANGAN DALAM ARAH TREN YANG MENDATANG Landasan di luar Bahagian Stesen pada arah sesebuah tren yang untuknya kebenaran datang telah diberikan tidak boleh dihalang kecuali seperti yang diperuntukan di dalam Fasal 9 (b) bahagian ini.
8.
HALANGAN DALAM KAWASAN STESEN
8.1
Jika semboyan-semboyan yang perlu telah diletakkan dalam kedudukan "ON" lansiran bolehlah dilaksanakan dalam Bahagian Stesen itu.
8.2
Dengan syarat bahawa bila semboyan-semboyan telah dibebaskan untuk sesebuah tren yang datang pada sesuatu landasan yang tidak diasingkan daripada semua landasan lain melalui pengendalian poin-poin atau lain-lain kaedah yang diluluskan dan tiada kuncikait yang diperuntukkan bagi mengekalkan keadaan ini semasa laluan tren tersebut, lansiran tidak boleh dilaksanakan ka arah poin-poin yang akan dilalui oleh tren yang datang itu.
9.
HALANGAN DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN TUNGGAL Landasan di antara Bahagian Stesen dan Semboyan Luar di sesebuah stesen di landasan tunggal tidak boleh dihalang melainkan seorang pekerja kereta api telah dilantik khas oleh Pengurus Stesen menjaga Operasi tersebut, dan melainkan:
(a)
Bahagian Blok yang di dalam kawasannya kerja lansiran itu hendak dijalankan adalah bebas
(b)
dari mana-mana tren yang mendatang, atau Jika sesebuah tren yang datang telah sampai di Semboyan Luar dan Pengurus Stesen berkenaan sendiri telah berpuas hati bahawa tren tersebut telah diberhentikan tetap di semboyan berkenaan. Dengan syarat bahawa landasan itu tidak dihalangi mengikut Fasal (b) di atas semasa hujan lebat, cuaca kabus atau penglihatan tidak jelas atau di dalam apa-apa hal melainkan dibenarkan oleh Arahan-Arahan Khas.
10.HALANGAN DI DALAM ATAU DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN BERKEMBAR BLOK LITAR LANDASAN Pergerakan lansiran dalam sekitaran Bahagian Stesen yang perlu melalui Blok Litar Landasan hanya boleh dibenarkan di bawah kuasa Operator Pusat Kawalan Trafik atau di bawah Kuasa Pengurus Stesen mengikut Arahan Kerja Stesen apabila Panel Stesen dikendalikan secara tempatan oleh Operator PKT. - PINDAAN NO. 3/09 (17/5/2009- 3043) Merujuk kepada Berita Dwi Mingguan 3042 Perkara 9721 bertarikh 3.5.2009 Pindaan No. 2/09 kepada Rule Book (Buku Aturan) di muka surat 70 dan 71, No. 3/09 kepada General Manual (Panduan Kerja Am) di muka surat 79 dan 80, Pindaan No. 2/09 kepada Train Signalling Regulations (peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren) di muka surat 81 dan 82. Versi Bahasa Malaysia 1. Adalah dimaklumkan ekoran daripada pindaan Klasifikasi Dan Kelajuan Tren-Tren, sekiranya terdapat dalam mana-mana Aturan dan Peraturan jarak pemasangan Semboyan Halangan hendaklah dicatitkan seperti berikut :Aturan dan Peraturan sedia ada: (i) Di kawasan Landasan Tunggal Pemasangan Semboyan Halangan - Halangan - 400m I 400m I 20m I20m (ii) Di kawasan Landasan Berkembar TCB Pemasangan Semboyan Halangan (jika ada perhubungan) Halangan - 400m I 20m I 20m Pemasangan Semboyan Halangan (jika tiada perhubungan) – Halangan - 400m I 400m I 20m I 20m 2. Sila pinda peraturan tersebut seperti berikut mulai 17 April 2009 iaitu :Halangan – 400m I 500m I 20m I 20m Satu Semboyan Halangan pada jarak 400 meter dari tempat halangan dan 3 butir Semboyan Halangan 20 meter tiap-tiap satu pada jarak 900 meter dari tempat halangan. 3. Jarak Membrek Kecemasan (Emergency Braking Distance) adalah 400 meter. 4. Jarak Keselamatan Membrek (Service Braking Distance) adalah dipinda dari 800 meter kepada 900 meter. Apabila Pemandu melanggar Semboyan Halangan pertama, Pemandu hendaklah menggunakan Jarak Membrek Kecemasan yang menandakan mengawal kelajuan tren agar tren dapat diberhentikan dalam lingkungan Jarak Membrek Kecemasan 400 meter. Apabila Pemandu melanggar lebih daripada satu Semboyan Halangan, Pemandu hendaklah menggunakan Jarak Keselamatan Membrek yang menandakan dihadapan jarak 900 meter ada halangan. Semua yang berkenaan sila ambil perhatian.
1. Adalah dimaklumkan ekoran daripada pindaan Klasifikasi Dan Kelajuan Tren-Tren, sekiranya terdapat dalam mana-mana Aturan dan Peraturan jarak pemasangan Semboyan Halangan hendaklah dicatitkan seperti berikut :Aturan dan Peraturan sedia ada: (i)
Di kawasan Landasan Tunggal Pemasangan Semboyan Halangan - Halangan - 400m I 400m I 20m I20m
(ii)
Di kawasan Landasan Berkembar TCB Pemasangan Semboyan Halangan (jika ada perhubungan) Halangan - 400m I 20m I 20m Pemasangan Semboyan Halangan (jika tiada perhubungan) – Halangan - 400m I 400m I 20m I 20m
2.
Sila pinda peraturan tersebut seperti berikut mulai 17 April 2009 iaitu :Halangan – 400m I 500m I 20m I 20m
Satu Semboyan Halangan pada jarak 400 meter dari tempat halangan dan 3 butir Semboyan Halangan 20 meter tiap-tiap satu pada jarak 900 meter dari tempat halangan. 3. Jarak Membrek Kecemasan (Emergency Braking Distance) adalah 400 meter. 4. Jarak Keselamatan Membrek (Service Braking Distance) adalah dipinda dari 800 meter kepada 900 meter. Apabila Pemandu melanggar Semboyan Halangan pertama, Pemandu hendaklah menggunakan Jarak Membrek Kecemasan yang menandakan mengawal kelajuan tren agar tren dapat diberhentikan dalam lingkungan Jarak Membrek Kecemasan 400 meter. Apabila Pemandu melanggar lebih daripada satu Semboyan Halangan, Pemandu hendaklah menggunakan Jarak Keselamatan Membrek yang menandakan dihadapan jarak 900 meter ada halangan. Semua yang berkenaan sila ambil perhatian.
BUKU ATURAN SEKSYEN 'A' PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN
SEKSYEN 'A' BUKU ATURAN
PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN,
MELAPORKAN KEMALANGAN HEBAT DAN KAWALAN KESELAMATAN
KANDUNGAN
FASAL
1. PERJAWATAN
1.1 ke 1.14
2. DISIPLIN
2.1 dan 2.2
3. KESELAMATAN
3.1 ke 3.11
4. MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS
4.1 dan 4.2
5. KAWALAN KESELAMATAN
5.1 dan 5.2
SEKSYEN 'A'
PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN YANG SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN
BAHAGIAN I : PERJAWATAN DAN DISIPLIN
1. PERJAWATAN
1.1.
Waktu bertugas
Setiap pekerja mestilah berada dalam tugas pada masa, tempat dan dalam waktu yang diperlukan. Beliau mestilah memberitahu penyelianya dengan serta merta jika tidak dapat melaporkan tugas disebabkan sakit dan mestilah seterusnya menyerahkan apa- apa sijil akuan sakit doktor yang diperlukan. Beliau tidak boleh ponteng tugas atas apa- apa alasan atau menukar giliran tugas atau meminda waktu bertugas tanpa kebenaran penyelianya.
1.2
Minuman yang memabukkan atau dadah
1.2.1
Seseorang pekerja tidak boleh melaporkan tugas dalam keadaan mabuk atau dipengaruhi oleh dadah yang boleh menjejaskan prestasi sebenar tugasnya atau pun meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa bertugas.
1.2.2
Mana-mana pekerja yang didakwa kerana ketagihan arak atau kesalahan jenayah yang berkaitan dengan dadah mestilah bila melaporkan diri untuk bertugas dengan serta merta memberitahu penyelianya. Penyelia berkenaan mestilah mencatatkan butir-butirnya. Beliau mestilah kemudiannya memberitahu Pegawai atasannya.
1.3
Pematuhan kepada semua aturan, arahan dll
1.3.1 Setiap pekerja mestilah mematuhi segala Aturan, Peraturan dan arahan-arahan yang berkaitan dengannya dan mematuhi arahan dari orang yang berkuasa di tempat beliau dikehendaki bekerja. Beliau mestilah melaporkan mana-mana salah laku dalam Aturan dan Peraturan kepada Penyelianya.
1.3.2
Aturan, Peraturan dan arahan-arahan adalah diperturunkan mengikut fungsinya dan bukan dengan gred dan dipakai untuk menilai prestasi dan fungsi pekerja-pekerja tanpa mengira grednya.
1.3.3
Aturan, Peraturan dan arahan-arahan adalah digunasama kepada semua kakitangan lelaki, perempuan dan kakitangan rendah dan mestilah ditafsir dengan sewajarnya.
1.4
Pemeriksaan
Setiap pekerja mestilah menjalani pemeriksaan doktor, pemeriksaan mata atau mengambil peperiksaan jabatan seperti yang diperlukan oleh Syarikat.
1.5
Pertukaran alamat
Setiap pekerja mestilah memberitahu penyelianya sebarang pertukaran alamat rumah.
1.6
Memakai pakaian seragam
Setiap pekerja mestilah kelihatan kemas dan bersih bila bertugas dan memakai pakaian seragam lengkap dan lencana bila mana dibekalkan.
1.7
Berhubungan dengan orang awam
Setiap pekerja mestilah bersopan dan sedia membantu bila berhubungan dengan orang awam dan mestilah memberikan namanya jika diminta. Beliau tidak dibenarkan mengawasi sebarang bagasi atau lain-lain barang milik orang awam. Barang-barang ini mestilah disimpan di tempat yang sesuai di stesen.
1.8
Perjalanan dalam tren
Kecuali bila dikehendaki semasa menjalankan tugasnya, seseorang pekerja tidak boleh menaiki mana-mana tren penumpang melainkan beliau memiliki suatu tiket yang sah, pas atau kebenaran bertulis atau atas mana-mana tren atau bahagian mana-mana tren yang tidak diperuntukkan untuk kegunaan awam, melainkan beliau diberi kebenaran khas.
1.9
Menjaga harta benda Syarikat
Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan untuk kepentingan peribadi, membazir atau memusnahkan mana-mana harta benda atau memiliki harta benda Syarikat. Jika diperlukan, beliau mestilah membayar harga apa-apa benda yang diperuntukkan oleh Syarikat yang beliau telah rosakkan atau hilangkan.
1.10
Barang-barang, duit dan sebagainya yang tidak dituntut hendaklah diserahkan
Mana-mana kelangkasar hilang yang tidak dituntut, barang-barang, duit atau apa-apa harta benda lain yang dijumpa oleh seseorang pekerja di dalam atau di atas premis Syarikat (termasuk di dalam sesebuah gerabak kereta api) atau di dalam atau di atas sesebuah kenderaan jalan raya yang dikendalikan oleh atau bagi pihak Syarikat mestilah dianggap sebagai (di antara Syarikat dan pekerja berkenaan) telah tertinggal di dalam simpanan Syarikat dan mestilah dengan serta merta diserahkan olehnya kepada Penyelia atau orang yang menjaga stesen yang terdekat. Pekerja tersebut tidak boleh menganggap mempunyai hak atau kepentingan dalam harta benda berkenaan.
1.11
Menggunakan Televisyen, Radio, peralatan elektrik dan lain-lain
1.11.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan menggunakan televisyen, radio atau peralatan yang serupa apabila bertugas kecuali apabila diberi kebenaran khas.
1.11.2 Peralatan elektrik yang bukan kepunyaan Syarikat tidak boleh disambungkan kepada ibu sawat utama (main power supply) pada premisnya melainkan dibenarkan oleh Syarikat.
1.12
Mencipta rekaan dan mendaftar rekabentuk
Setiap pekerja mestilah mematuhi peraturan Syarikat berhubung dengan mereka ciptaan dan pendaftaran rekabentuk yang dibuat atau ditemui dalam tempoh perkhidmatannya atau melalui kemudahan yang diperolehi berhubung dengan jawatannya.
1.13
Melindungi kepentingan Syarikat
1.13.1 Seseorang pekerja tidak boleh tanpa kebenaran Syarikat, membuat atau mengeluarkan sebarang kenyataan kepada orang awam dan yang boleh memberi kesan buruk kepada bisnes Syarikat.
1.13.2 Seseorang pekerja tidak boleh melakukan apa-apa tindakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan kerja atau memberi kesan buruk kepada bisnes Syarikat.
1.14
Berhenti kerja meninggalkan KTMB
Seseorang pekerja tidak boleh melepaskan jawatan dalam Syarikat tanpa memberi notis sebagaimana yang dikehendaki dalam terma perjawatan. Beliau mestilah juga mengembalikan mana-mana pakaian seragam, bahan-bahan cetakan dan lain-lain artikel
kepunyaan Syarikat. Kos bagi menggantikan barang-barang yang hilang atau membaiki barang-barang yang rosak akan menjadi satu beban hutang beliau kepada Syarikat dan, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat perkhidmatan, mungkin akan dipotong dari gajinya yang belum berbayar. Jika gaji tersebut tidak mencukupi untuk membayar jumlah yang dituntut, ianya akan menjadi suatu hutang yang akan dituntut melalui proses undangundang. -TAMBAHAN NO.1/08 (16/11/2008- 3030)KEPADA BUKU ATURAN (RULE BOOK) FASAL 1.15
SEKSYEN ‘A’
Tambahan No.1/08 dibuat ke atas Buku Aturan (Rule Book) Seksyen ‘A’ fasal 1.15 1.15
Sijil Kecekapan
1.15.1 Mana-mana kakitangan yang kerjanya memerlukan Sijil Kecekapan, kakitangan berkenaan hendaklah menentukan:(a) Sentiasa memiliki Sijil Kecekapan yang masih sahlaku. (b) Sebelum memulakan tugas, Sijil Kecekapan yang dimilikinya masih lagi dalam tempoh sahlaku. 1.15.2 Sijil Kecekapan hendaklah sentiasa ada bersamanya sepanjang menjalankan tugas. 1.15.3 Menjadi tanggungjawab kakitangan sendiri untuk memaklumkan kepada Pegawai Penyelianya berhubung Sijil Kecekapan yang akan tamat tempohnya tidak kurang dari satu (1) bulan sebelum tarikh tamat tempoh. 1.15.4 Semua Pegawai Penyelia adalah bertanggungjawab menentukan kakitangan di bawah jagaan mereka yang terlibat sentiasa memiliki Sijil Kecekapan yang masih sahlaku. Aturan hendaklah dibuat dalam tempoh yang sesuai supaya Sijil Kecekapan yang berikutnya dapat diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh.
2. DISIPLIN
2.1
Prosedur disiplin
Sesiapa yang melanggar Aturan dan Peraturan akan didakwa mengikut Prosedur Disiplin Syarikat
BAHAGIAN II-
KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN
3. KESELAMATAN
3.1
Bekalan Buku Aturan, Peraturan Panduan Kerja Am, Notis dll.
3.1.1 Semua Penyelia mestilah menentukan bahawa setiap pekerja di bawah kawalannya menerima dan menandatangani penerimaan buku Aturan, Peraturan Panduan Kerja Am, semua arahan dan notis yang telah ditetapkan bahawa satu salinan peribadinya mestilah dibekalkan. Ini termasuk juga mana-mana keratan atau pindaan bila mana dikeluarkan.
3.1.2 Setiap pekerja mestilah menjaga kesemua buku yang dibekalkan kepadanya dan tunjukkan kepada Penyelianya bila diperlukan.
3.1.3 Setiap pekerja mestilah menentukan bahawa pindaan-pindaan yang berkaitan apabila dikeluarkan diterima dan ditampal, dan mukasurat-mukasurat yang dicetak semula dilekatkan di tempat yang betul di dalam buku berkenaan.
3.1.4 Semua buku tersebut adalah dianggap sebagai sulit kepada Syarikat dan bukan untuk penerbitan.
3.2
Keselamatan adalah perkara utama
Keselamatan mestilah dijadikan perkara utama bagi setiap pekerja. Setiap pekerja tidak boleh membahayakan dirinya atau orang lain dan sejauh mana yang boleh, beliau mestilah mencegah orang lain dari melakukannya.
3.3
Jalan dan Laluan Pejalan Kaki
Pekerja-pekerja selain dari mereka yang disebutkan di dalam fasal 3.4 dan 3.5 di bawah mestilah menggunakan tempat laluan ke premis kereta api yang dibenarkan dan sejauh mana yang boleh, di tempat laluan pinggir landasan. Bila mana terdapat Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan, ianya mestilah digunakan dan pekerja berkenaan mestilah menggunakan Laluan Pejalan Kaki tersebut.
3.4
Pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan
3.4.1 Seseorang pekerja tidak boleh pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan (kecuali di lintasan rata) melainkan ianya didapati sangat perlu berhubung dengan tugasnya. Sebagai tambahan, beliau mestilah:
(a) telah diperakui cekap di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan oleh pegawai yang berkenaan dan ada bersamanya satu sijil Kelayakan KTMB038 terbaharu. Contohcontoh sijil adalah ditunjukkan di dalam Rajah 1A, atau
(b) berada di bawah pengawasan langsung semasa kursus rasmi di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan.
3.4.2 Setiap Penyelia mestilah menentukan bahawa semua pekerja di bawah kawalannya memiliki satu sijil kelayakan yang terbaharu di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan bila mana diperlukan.
-Pindaan 2/08 (16/11/2008-3030)
3.4.2 Sijil Kelayakan KTMB 038 hanya sah laku untuk dua (2) tahun sahaja.Setiap penyelia mestilah menentukanbahawa semua pekerja dibawah kawalannya memiliki satu sijil kelayakan yang terbaharu didalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan bila mana diperlukan.
3.4.3 Seseorang pekerja tidak perlu disahkan kompeten di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan (seperti di atas) cuma jika keadaan-keadaan dalam mana beliau diperlukan pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan adalah:
(a) bila bekerja di dalam sesuatu depot, bengkel atau bangunan di mana perlindungan diadakan untuk mencegah bahaya daripada pergerakan keretarel (aturan-aturan ini adalah termasuk di dalam arahan-arahan tempatan), atau
(b) bila menggunakan sesuatu Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan ke atau dari tempat kerjanya.
3.5
Pekerja di tepi landasan
Seseorang pekerja tidak boleh berada ke tepi landasan melainkan didapati perlu berhubung dengan tugasnya. Sebagai tambahan, beliau mestilah:
(a) memakai pakaian mudah dilihat yang mempunyai tanda pantul cahaya, yang diperuntukkan; ianya mestilah bersih dan dipakai dengan betul.
(b) perhatikan mana-mana indikasi amaran (lampu atau loceng, dan lain-lain) dan notisnotis.
(c) waspada terhadap tren-tren yang datang atau pergerakannya.
(d) akui bunyi amaran daripada mana-mana tren yang datang dengan mengangkat satu tangan di atas kepala.
(e) jangan pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan kecuali seperti disebutkan dalam fasal 3.4 di atas.
3.6
3.6.1
Memakai pakaian dan alat keselamatan
Seseorang pekerja mestilah memakai pakaian dan alat keselamatan seperti yang dikehendaki.
3.6.2
Bila di dalam satu kawasan "Topi Keselamatan" (sama ada di dalam atau di luar premis kereta api) setiap pekerja mestilah memakai Topi Keselamatan yang diluluskan yang diikat kemas. Ini tidak termasuk bila berada dalam kabin memandu, van brek atau tempat yang seakanakan serupa.
3.6.3 Seseorang pekerja yang sentiasa dikehendaki bekerja di perantaraan gerabak-gerabak atau di bawah rangka badan gerabak mestilah memakai Topi Keselamatan yang dibekalkan. Lain-lain pekerja yang sekali sekala diperlukan menjalankan tugas seperti itu mestilah juga memakai Topi Keselamatan jika boleh dipraktikkan, tetapi jika ianya tidak ada,pekerja berkenaan mestilah lebih berwaspada.
3.7
Menggunakan jentera mekanikal atau elektrik
Seseorang pekerja tidak boleh mengendalikan mana-mana jentera mekanikal atau elektrik melainkan yang telah dibenarkan dan, di mana perlu, beliau mestilah berunding dengan Penyelia yang berkenaan.
3.8
Kecerdasan fizikal yang terhad
Seseorang pekerja mestilah mematuhi had keupayaan fizikal yang ditetapkan oleh Pegawai Perubatan Syarikat. Jika diminta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan had tersebut, beliau mestilah dengan serta merta menarik perhatian di atas perkara ini kepada orang yang meminta. Jika diperlukan bekerja untuk lain daripada Penyelia biasanya, beliau mestilah menarik perhatian Penyelia berkenaan kepada batas keupayaan tersebut sebelum memulakan kerja atau pergi ke atas atau berdekatan dengan landasan.
3.9
Pekerja membuat perjalanan dalam tren - Pintu-pintu terbuka
Seseorang pekerja yang membuat perjalanan dengan tren penumpang dalam masa bertugasnya mestilah menutup mana-mana pintu koc yang didapati terbuka dan menasihatkan penumpang-penumpang berdiri jauh dari pintu. Walau bagaimana pun ini tidak boleh dipakai kepada pintu-pintu di antara koc-koc.
3.10
aturan
Kemalangan yang melibatkan Tren Penumpang
3.10.1 Jika sesuatu kemalangan berlaku, tindakan selanjutnya adalah:
(a) memberhentikan tren dari terus bergerak.
(b) melindungi tren mengikut Seksyen 'F' Panduan Kerja Am.
(c) mematuhi Arahan kerja Landasan Berelektrik (di mana berkaitan).
(d) meminta bantuan kecemasan (contoh Bomba, Ambulan, Polis, Hospital, dan lainlain).
(e) memberitahu semua yang berkenaan.
3.10.2 Jika sesuatu kemalangan serius berlaku, seorang Pegawai Kanan Syarikat hendaklah mengambil alih kawalan sebaik sahaja tiba. Mana-mana pekerja selain dari kru tren, di atas tren berkenaan hendaklah, jika praktikal, melaporkan kepadanya dan memberi apaapa bantuan yang perlu. Sebelum ketibaan Pegawai Kanan berkenaan, pekerja tersebut mestilah dan tanpa membahayakan dirinya:
(a) melaporkan kepada kru tren (jika ada) dan beri bantuan seperti diperlukan.
BUKU ATURAN SEKSYEN 'B' TUGAS-TUGAS PEKERJA
BUKU ATURAN SEKSYEN 'C' SEMBOYAN-SEMBOYAN TETAP
BUKU ATURAN - SEKSYEN ‘C’ SEMBOYAN TETAP
KANDUNGAN
FASAL
1.
PRINSIP
1 ke 1.3
2.
TAFSIRAN SEMBOYAN
2.1 ke 2.10
3.
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN LAMPURONA 3.1 ke 3.7
4.
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN BILAH
5.
6.
4.1 ke 4.7
TUGAS PEMANDU – MEMATUHI SEMBOYAN PENGAJUK DAN LAIN-LAIN INDIKASI
5.1 ke 5.4.3
TUGAS PEMANDU – ARAHAN-ARAHAN AM BERKAITAN DENGAN MEMATUHI SEMBOYAN
6.1 ke 6.7.3
SEKSYEN ‘C’ SEMBOYAN TETAP 1.
PRINSIP
1.1
Semboyan-semboyan yang diperihalkan di dalam aturan ini hendaklah digunakan untuk mengawal pergerakan tren-tren di dalam semua hal kecuali sebagaimana yang dibenarkan di dalam Panduan Kerja Am atau arahan-arahan khas yang diluluskan.
1.2
Aspek / Indikasi bagi setiap semboyan mestilah dipatuhi oleh Pemandu tren atau pergerakan ke arahnya yang ianya dipakai.
1.3
Semua kakitangan yang terlibat dengan pergerakan tren-tren mestilah mahir dengan tugastugas Pemandu di dalam seksyen ini.
1.4
Kakitangan yang mengawal sesuatu pergerakan melalui semboyan tangan atau lain-lain cara, mestilah mematuhi aspek/indikasi bagi setiap semboyan yang berkaitan dengan pergerakan tersebut.
2.
PERIHALAN SEMBOYAN
2.1
2.2
Definisi (i)
Semboyan Tetap: berbentuk bilah, lampurona dan semboyan lampu kedudukan berubah. Semboyan mengawal pergerakan tren-tren, mencegah pergerakan bercanggah dan bila perlu, mempamerkan sesuatu indikasi laluan.
(ii)
Semboyan Bilah: menunjukkan berhenti, maju atau aspek amaran - pada waktu siang melalui kedudukan bilah semboyan dan pada waktu gelap melalui lampu merah, hijau, kuning dan putih. Butir-butir penuh bagi berbagai jenis semboyan bilah ada diperuntukkan di dalam Seksyen „C‟ Bahagian 4.
(iii)
Semboyan lampurona: diberi dengan indikasi hijau, kuning atau merah melalui pameran lampu pada waktu malam dan siang.
(iv)
Semboyan Lampu Kedudukan Berubah (lihat Fasal 3.2): mempamerkan satu aspek maju melalui dua lampu yang dipamerkan pada satu sudut 45 darjah dan menunjukkan satu aspek berhenti melalui lampu-lampu yang dipamerkan mendatar. Apabila sesuatu semboyan lampu kedudukan berubah ditempatkan di bawah sesuatu semboyan henti dan lampu-lampu tidak dipamerkan, aspek semboyan henti mestilah dipatuhi. Semboyan Lampurona Ianya mengandungi: - Semboyan Jauh: Semboyan yang mempamerkan aspek kuning atau hijau sahaja. (Lihat Rajah 4C(ii)). - Semboyan Jauh Tetap: Satu semboyan lampurona yang mempamerkan satu aspek kuning tetap. (Lihat Rajah 5C). - Semboyan Henti: Semboyan yang boleh mungkin mempamerkan juga hijau dan kuning).
mempamerkan satu aspek merah
(ia
- Semboyan Lampu Kedudukan Berubah: Semboyan yang boleh mempamerkan satu kombinasi aspek putih sahaja. (Lihat Fasal 3.2 dan Rajah 6C). 2.3
Semboyan Bilah (Lihat Rajah 14C ke 24C) Ini mengandungi: - Semboyan Amaran. - Semboyan Henti. - Semboyan Bantuan. - Semboyan Tambahan.
2.4
Semboyan yang Dikawal Semboyan-semboyan ini dikendalikan dari satu panel semboyan atau rak bumi dan boleh dikenalpasti melalui satu plat yang menunjukkan nombor semboyan di tiang semboyan.
2.5
Semboyan Automatik Semboyan ini dikendalikan melalui laluan tren-tren. Ia dikenalpasti melalui satu plat empat segi putih dengan satu jalur hitam mendatar di tiang semboyan (Lihat Rajah1C).
2.6
Semboyan Separa Automatik Semboyan ini dikendalikan melalui laluan tren-tren tetapi boleh juga dikendalikan melalui satu panel semboyan. Ia dikenalpasti melalui satu plat putih dengan separuh jalur hitam mendatar di tiang semboyan. Nombor semboyan mungkin ditunjukkan di atas plat itu. (Lihat Rajah 1C). Plat putih dicat dengan satu jalur hitam mendatar panjang sepenuhnya. Plat yang menunjukkan nombor semboyan ditunjukkan di atas plat yang berasingan dipasang di bawahnya.(Automatik)
2.7
Plat putih mempunyai separuh jalur hitam mendatar.(Separa Automatik) Rajah 1C Semboyan Bantuan Semboyan Bantuan yang digunakan ada dua jenis:
(a)
Semboyan Lambai lampurona ditempatkan di bawah aspek utama sesuatu semboyan lampurona. Bila mempamerkan satu huruf „C‟ putih ia membenarkan seseorang Pemandu bergerak perlahanlahan sejauh mana landasan itu bebas. Fasal 3.3 dan Rajah 7C Seksyen „C‟ aturan ini ada memperuntukkan butir-butirnya.
(b)
Semboyan Lansir ke Hadapan jenis Bilah diletakkan di bawah bilah semboyan utama. Ia berbentuk satu bilah kecil warna merah. Bila dibebaskan semboyan ini membenarkan pergerakan terhad untuk tujuan lansiran sahaja. Fasal 4.3 dan Rajah 18C ada memperuntukkan butirannya.
2.8
Papan Jarak Jauh (Lihat Rajah 16C) Papan Jarak Jauh diperuntukkan di landasan tunggal di tempat-tempat di mana tiada terdapat Semboyan Jauh. Ia menunjukkan kepada Pemandu bahawa di hadapannya terdapat semboyan stesen dan beliau mestilah berhati-hati dalam mematuhi semboyan itu bagi mengelakkan kelewatan yang sia-sia.
-Pindaan NO.4/04 (21/11/2004 -2926) 2.8 Papan Jauh (Lihat Rajah 16c) Papan Jauh diperuntukkan di landasan tunggal di tempat-tempat dimana tiada terdapat Semboyan Jauh. Ia menunjukkan kapada pemandu bahawa dihadapannya terdapat Semboyan stesen dan beliau mestilah berjaga-jaga dalam mematuhi semboyan itu bagi mengelakkan kelewatan yang tidak sepatutnya. 2.9 Semboyan Tambahan Semboyan Tambahan digunakan di mana, oleh sebab ketinggian sesuatu tiang semboyan, jejambat atau halangan, aspek sesuatu semboyan bilah atau semboyan lampurona tidak dapat dilihat dengan jelas atau jarak penglihatan arah mendatang terhad. Semboyan tambahan ada dua jenis, iaitu Semboyan Setindak dan Semboyan Pengajuk: (i) Semboyan Setindak biasanya jenis mekanikal dan ditempatkan di atas tiang yang sama dengan semboyan yang ianya bersetindak dan mempunyai ukuran dan jenis yang sama. Dalam hal-hal yang khusus sahaja ia mungkin ditempatkan di sebelah yang bertentangan landasan tetapi selari dengan semboyan yang ianya bersetindak dan disambungkan dengan sedemikian rupa supaya kedua-dua semboyan berfungsi bersama. (ii) Sesuatu Semboyan Pengajuk biasanya dari jenis kendalian elektrik dan berbentuk satu cakera dengan satu jalur hitam bergerak di atas latar belakang putih yang bercahaya. Ianya digunakan tidak kira sama ada semboyan yang diajuk itu bilah atau lampurona. Bentuk jalur tersebut adalah sama dengan semboyan yang diajuk (iaitu segibujur untuk semboyan henti dan bentuk ekor ikan untuk semboyan amaran). Semboyan pengajuk lazimnya dipasang lampu pada waktu malam. Bila semboyan yang diajuk itu berkeadaan “ON”, jalur hitam itu akan mendatar dan bila dalam keadaan “OFF”, ianya akan berada pada sudut 45 darjah dari mendatar. Sesuatu semboyan pengajuk biasanya ditempatkan di atas tiang yang berasingan pada arah mendatang semboyan yang diajuk. 2.10 Semboyan Get Lintasan Rata (i) Semboyan Get ditempatkan di suatu jarak yang cukup dari get pada kedua-dua arah dan tidak boleh dibebaskan melainkan get ditutup dan dikunci bertentangan dengan trafik jalanraya. (ii) Bila dalam kedudukan “OFF”, Semboyan Get menunjukkan bahawa landasan berkenaan adalah bebas untuk tren meneruskan perjalanan melalui lintasan tersebut. Nota : Aturan ini juga dipakai kepada semboyan-semboyan yang mengawal laluan melalui sesuatu jambatan, bila mana diperuntukkan. 3.
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN LAMPURONA
3.1
Aspek Utama
3.1.1
Maksud aspek utama adalah seperti berikut: SEMBOYAN LAMPURONA - SISTEM TIGA ASPEK
PERIHALA N ASPEK BAHAYA
ASPEK SIANG & MALAM Lampu Merah
MAKSUD
Berhenti Bersedia untuk berhenti di semboyan
Lampu Kuning
ASPEK MAJU: AWAS
berikutnya atau tempat lain yang ditetapkan.
Lampu Hijau
Semboyan berikutnya mempamerkan aspek maju (hijau atau kuning)*
BEBAS
*Nota :
Lihat rajah 2C Pemandu mestilah mematuhi dan bersedia pada tiap-tiap masa kemungkinan sesuatu semboyan yang dibebaskan diletakkan semula kepada kedudukan Bahaya.
TIGA
ASPEK
SEMBOYAN
HENTI HIJAU
KUNING MERAH
BAHAYA
AWAS Rajah 2C
BEBAS
SEMBOYAN LAMPURONA - SISTEM DUA ASPEK PERIHALAN ASPEK BAHAYA
ASPEK SIANG & MALAM Lampu Merah Lampu Hijau
ASPEK MAJU
MAKSUD Berhenti Bersedia untuk berhenti di semboyan berikutnya atau tempat lain yang ditetapkan.
HIJAU
MERAH
BAHAYA(
LAMPU MERAH) RAJAH 3 C
BEBAS(LAMPU HIJAU)
SEMBOYAN LAMPURONA - SEMBOYAN JAUH DI DALAM KAWASAN SISTEM TIGA PERIHALAN ASPEK MAKSUD SIANG & MALAM AWAS
Lampu Kuning
BEBAS Lampu Hijau
ASPEK
Bersedia untuk berhenti di semboyan yang berikutnya Semboyan henti yang berikutnya mempamerkan aspek maju. (hijau atau kuning)* (Lihat Rajah 4 C (i)
Nota
Pemandu mestilah mematuhi dan bersedia pada setiap masa untuk menghadapi kemungkinan semboyan yang telah dibebaskan diletakkan semula kepada keadaan Bahaya.
SEMBOYAN LAMPURONA - SEMBOYAN JAUH APABILA DIGUNAKAN BERSAMA DENGAN SISTEM DUA ASPEK ATAU APABILA DIGUNAKAN DI DALAM KAWASAN SEMBOYAN BILAH PERIHALAN
AWAS
ASPEK SIANG & MALAM Lampu Kuning
BEBAS Lampu Hijau
MAKSUD
Bersedia untuk berhenti di semboyan berikutnya. Semboyan henti berikutnya dan semua semboyan henti di hadapan bagi landasan utama melalui stesen yang mana semboyan itu berkaitan adalah bebas. Bahagian Blok di hadapan adalah juga bebas.
Lihat Rajah 4 C (ii) Nota
:Pemandu mestilah mematuhi dan bersedia pada setiap masa kemungkinan semboyan yang dibebaskan diletakkan semula kepada kedudukan Bahaya.
sesuatu
Rajah 4 C (i)
SEMBOYAN JAUH HIJAU
KU
ON (Awas)- Lampu Kuning Rajah 4 C (ii)
OFF (Bebas)- LampuHijau
SEMBOYAN JAUH TETAP
Rajah 5 C 3.2
Aspek Lampu Kedudukan Berubah Maksud bagi aspek lampu kedudukan berubah adalah seperti berikut: PERIHAL ASPEK SIANG& MALAM MAKSUD AN
ASPEK BAHAYA
MAJU
Dua lampu putih dipamerkan mendatar ATAU Tiada aspek (bila mana disatukan dengan aspek utama) Dua lampu putih pada sudut 45 darjah ATAU satu lampu kecil kuning (bila
BERHENTI Patuhi aspek utama
Landasan di hadapan mungkin disekat.Bergerak perlahan-lahan ke arah semboyan henti berikutnya (atau penampan henti jika tiada semboyan di hadapan)
mana disatukan dengan aspek utama dan mengawal pergerakan ke dalam landasan gelung atau sisian.
Bersedia untuk berhenti dekat mana-mana halangan.Aspek berhenti yang disatukan (bila mana diperuntukkan) mungkin boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya.*
Lihat Rajah 6C
3
Semboyan Lambai
3.3.1
Semboyan Lambai digunakan di stesen-stesen berkuncikait penuh. Semboyan jenis lampurona dipasang pada tiang yang sama dan di bawah semboyan henti.
3.3.2
Semboyan Lambai dalam kedudukan 'OFF' membenarkan Pemandu maju dengan perlahanlahan sejauhmana landasan di hadapan itu bebas dan menunjukkan bahawa landasan arah ke semboyan henti yang berikutnya (atau penampan henti bila mana tiada semboyan di hadapan) adalah disekat atau dihalang.
Semboyan Lambai tidak akan mempamerkan lampu bila dalam kedudukan 'ON' dan huruf 'C' di bawah aspek 'MERAH' bila dalam kedudukan 'OFF'. SEMBOYAN LAMBAI
3.3.4
Semboyan Lambai tidak boleh diletakkan dalam kedudukan 'OFF' sehinggalah tren berkenaan telah diberhentikan di semboyan tersebut.
3.4
Indikasi-indikasi Laluan
3.4.1 (a) (b) (c)
Sesuatu indikasi laluan mungkin diberi melalui: satu penunjuk simpang dan/atau nombor-nombor atau huruf-huruf yang dipamerkan di dalam satu rangka yang dipasang ke tiang semboyan atau semboyan (Lihat Rajah 8C) atau mengimbal-balas semboyan sebelah kiri atau kanan tiang utama (Lihat Rajah 9C).
Rajah 8C
3.4.2
Penunjuk simpang mempamerkan satu deretan lampu putih biasanya di atas semboyan berkenaan apabila aspek maju dipamerkan. TIADA indikasi laluan diberi untuk pergerakan melalui laluan lurus. Indikasi-indikasi 1, 2 dan 3 adalah untuk laluan ke sebelah kiri laluan lurus seterusnya dan indikasi-indikasi 4, 5 dan 6 untuk laluan-laluan seterusnya ke sebelah kanan. Penunjuk-penunjuk simpang mungkin diperuntukkan untuk laluan-laluan ke sebelah kiri atau kanan bagi laluan yang paling laju di mana ianya merupakan satu laluan persimpangan. Di mana terdapat laluan-laluan yang mempunyai kelajuan yang sama dan tiada sesuatu pun yang boleh dikenalpasti sebagai laluan lurus, satu penunjuk simpang mungkin diperuntukkan untuk tiap-tiap laluan (Lihat Rajah 10C).
Rajah 10C 3.5
Semboyan lampurona yang tidak digunakan.
(a)
Apabila sesuatu semboyan lampurona tidak digunakan, aspek semboyan tersebut mestilah dihapuskan. Papan berpalang putih berkilau mestilah dipasang pada arah mendatang semboyan berkenaan. Setiap papan berpalang hendaklah berukuran tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm lebar. Lihat rajah 11 C(i).
(b)
Jika aspek semboyan lampurona itu tidak boleh dihapuskan satu penutup hitam mestilah digunakan untuk menghapuskan aspek-aspek tersebut dan sebagai tambahan papan berpalang putih berkilau mestilah dipasang di atas penutup tersebut. Tiap-tiap palang mestilah berukuran tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm tebal. Lihat Rajah 11 C (ii).
Rajah 11C
3.6 (a)
Semboyan-Semboyan Pelepas Auto Blok Geganti (A.B.G.) Semboyan Pelepas yang diperuntukkan di sesebuah Stesen A.B.G. adalah jenis lampurona yang boleh mempamerkan: (i) Aspek Merah yang menunjukkan bahawa Bahagian Blok yang di hadapan disekat dan semboyan yang berkenaan tidak boleh dilintasi, atau (ii) Satu aspek Hijau yang menunjukkan bahawa bahagian di hadapan adalah bebas dan semboyan berkenaan boleh dilintasi. (iii) Satu tanda huruf 'E' yang bila memancar menunjukkan "BERHENTI DAN PERIKSA" (Lihat Rajah 12C). Tanda 'E' tidak akan diperuntukkan untuk Semboyan Pelepas di stesen terminal
dalam kawasan A.B.G. (b)
Di stesen-stesen di mana penerimaan sesebuah tren dikawal seterusnya oleh beberapa semboyan, tanda 'E' mungkin diperuntukkan di semboyan yang bukan terdiri dari semboyan Pelepas atau di atas tiangnya sendiri yang berasingan untuk membolehkan memberi satu indikasi yang lebih efektif kepada Pemandu.
(c) Tanda 'E' akan memancar setiap kali sesebuah tren: (i) gagal membebaskan keseluruhan Bahagian Blok berkenaan atau (ii) telah membebaskan keseluruhan Bahagian Blok tetapi gagal mengendalikan radas A.B.G. dan memberi jalan bebas kepada tren lain. (d) Tanda 'E' akan juga memancar apabila terdapat sesuatu kerosakan kepada Semboyan Pelepas.
Rajah 12C
3.7
Semboyan Separa-Automatik
(a)
Beberapa Semboyan Pelepas dalam kawasan A.B.G. mungkin terdiri dari jenis sparaautomatik iaitu ianya akan dikendalikan secara manual dari butang-butang tekan pada panel A.B.G. bila stesen di "Switch-In" dan secara automatik melalui laluan tren-tren bila stesen di "Through Switch". Semboyan-semboyan ini dibezakan melalui satu tanda seperti yang ditunjuk di dalam Rajah 13C yang dipasang ke tiang semboyan.
(b)
Walau pun cara membebaskan semboyan pelepas seumpama itu berbeza di dalam manamana hal, aspeknya mestilah dipatuhi sepenuhnya oleh Pemandu dan, kecuali seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 'J' Fasal 10.2.3(g) Panduan Kerja Am dan Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 4, Fasal 8.3, 11.1, 16.2 dan 21.7.1 yang meliputi aturanaturan kecemasan, ianya tidak boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya.
4. 4.1 4.1.1
TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN-SEMBOYAN BILAH Semboyan Henti Semboyan henti terdiri dari satu bilah merah berbentuk empat segi memanjang dengan satu jalur putih menegak. Pada sebelah belakang semboyan berwarna putih dengan satu jalur hitam menegak. Maksud kedudukan Semboyan henti adalah seperti berikut :
4.1.2
Kedudukan
Indikasi Siang
Maksud Malam
BAHAYA
Bilah Mendatar
Lampu MERAH
Berhenti
BEBAS
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu HIJAU
Maju
4.2 4.2.1 4.2.2
Semboyan Amaran Semboyan Amaran mengandungi satu bilah kuning dengan hujungnya berekor ikan dan berjalur hitam. Pada sebelah belakang semboyan berwarna putih berjalur hitam. Maksud kedudukan Semboyan Amaran adalah seperti berikut:
Kedudukan
Indikasi Siang
AMARAN
Bilah Mendatar
BEBAS
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Maksud Malam
Lampu Bersedia untuk berhenti di semboyan henti KUNING berikutnya atau di tempat lain yang ditetapkan yang ke arahnya Semboyan Amaran itu dipakai. Lampu HIJAU
Bahawa semua semboyan henti yang dikendalikan dari panel semboyan yang sama adalah bebas dan Bahagian Blok di hadapan adalah bebas.
4.2.3
Semboyan Amaran ditempatkan di bawah bilah Semboyan Luar yang dipakai untuk landasan yang sama atau diletakkan di suatu tiang yang berasingan.
4.2.4
Bila mana satu Semboyan Amaran sahaja diperuntukkan untuk sesuatu simpang bercapah, ianya dipakai juga kepada semua tren yang menghampirinya. Papan Jauh : Bila mana papan-papan tanda jauh tetap diperuntukkan. Pemandu mestilah semasa melintasi papan-papan tanda tersebut berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tanpa kelewatan apabila semboyan stesen didapati bebas atau berhenti di semboyan stesen jika semboyan itu dalam kedudukan Bahaya.
4.2.5
-Pindaan NO 5/04 (21/11/04 – 2926) 4.2.5 Papan Jauh: Bila mana papan-papan jauh diperuntukkan, Pemandu mestilah semasa melintasi papan tanda tersebut berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tampa kelewatan apabila semboyan stesen didapati bebas atau berhenti di semboyan stesen jika semboyan itu dalam kedudukan bahaya. 4.2.6 Papan tanda tiga warna: Semboyan Jauh yang ditempatkan di stesen-stesen di mana semboyan pelbagai aspek digunakan, dibezakan melalui satu papan tanda berwarna hijau, kuning dan merah seperti aspek di bawah:
Rajah 17C Semboyan Bantuan Lansir ke Hadapan Semboyan Bantuan Lansir ke Hadapan (bila mana diperuntukkan) ditempatkan di bawah Semboyan Pelepas yang mengawal masuk ke Bahagian Blok dan mengandungi satu bilah kecil berwarna merah. Maksud Semboyan Bantuan Lansir ke hadapan adalah seperti berikut:
4.3 4.3.1
4.3.2
Kedudukan
Indikasi Siang
MaksudMaksud Malam
BIASA
Bilah mendatar
Lampu merah ATAU Tiada lampu
Patuhi utama
MAJU
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjahBilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu hijau
Semboyan utama boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya seperti berikut LANSIR KE HADAPAN Pergerakan terhad untuk tujuan lansiran sahaja.
4.4 4.4.1 4.4.2
Semboyan Lansir Bilah Semboyan Lansir biasanya dalam bentuk bilah semboyan kecil. Maksud kedudukan sesuatu Semboyan Lansir adalah seperti berikut:
semboyan
Kedudukan
Indikasi
Maksud
Siang
Malam
Aspek BERHENTI
Bilah mendatar
Lampu merah
Berhenti
Aspek BERHENTI/ JALAN
Bilah kuning mendatar
Lampu kuning
Berhenti (Dimaksudkan kepada pergerakan pada arah semboyan itu dibebaskan: lain-lain pergerakan boleh melintasi semboyan ini tanpa ianya dibebaskan.
MAJU
Bilah didongak Lampu hijau atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Maju untuk pergerakan lansiran.
4.4.3
Semboyan henti yang mengawal pergerakan ke dalam landasan gelong barang-barang atau sisian/yad mungkin terdiri dari satu bilah pendek, atau satu Semboyan Lansir (yang dikenal pasti melalui satu cakera di atas bilah semboyan). Maksud indikasi maju adalah seperti berikut: Kedudukan Indikasi Maksud Siang
Malam
ASPEK BIASA
Bilah mendatar
Lampu merah
Berhenti atau patuhi semboyan utama.
ASPEK MAJU
Bilah didongak atau ditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu hijau
Bergerak ke arah landasan gelung, yad atau sisian atau lain-lain landasan.
4.5 (a)
(b)
(c)
Penunjuk Laluan jenis bilah Sesuatu indikasi laluan mungkin diberi melalui salah satu daripada berikut: Kedudukan dan tingkatan bilah semboyan henti adalah seperti berikut: Semboyan 1 adalah untuk laluan lurus. Semboyan 2 dan 3 adalah untuk laluan-laluan seterusnya ke sebelah kiri laluan lurus. Laluan-laluan ke sebelah kanan laluan lurus adalah ditunjukkan serupa dengan semboyan-semboyan yang ditempatkan pada sebelah kanan Semboyan 1. Lihat rajah 21C. Menempatkan semboyan henti (atau Semboyan Lansir) menegak di atas satu sama lain dan dalam hal yang demikian semboyan henti adalah dipakai untuk landasan ke sebelah kiri sekali, yang kedua ke landasan berikutnya mengikut dari sebelah kiri. Lihat rajah 22C. Satu sahaja semboyan diperuntukkan dan mempamerkan, bila semboyan dibebaskan, nombor atau huruf di sebelah semboyan yang berkenaan. Lihat rajah 23C.
4.6
Di mana sesuatu indikasi diberi melalui nombor dan/atau huruf yang dipamerkan adalah mengikut maksud yang berikut: 1,2,3 L L1,L2 M M1,M2 B B1,B2 S S1,S2 K Y N N1,N2 D U G G1,G2
- Platform No. 1, Platform No. 2 dan seterusnya. -Landasan gelung. -Landasan gelung No. 1, Landasan gelung No. 2 dan seterusnya. -Landasan Utama. -Landasan Utama No. 1, Landasan Utama No. 2 dan seterusnya. -Cawangan. -Cawangan No. 1, Cawangan No. 2 dan seterusnya. -Sisian. -Sisian No. 1, Sisian No. 2 dan seterusnya. -Bengkel Lokomotif. -Yad Atur. -Shunting Neck. -Shunting Neck No. 1, Shunting Neck No. 2 dan seterusnya. -Landasan Turun. -Landasan Naik. -Landasan Barang-Barang. -Landasan Barang-Barang No. 1, No. 2 dan seterusnya.
Pengecualian kepada senarai di atas bila mana perlu akan diliputi melalui arahan-arahan khas. 4.7
Semboyan bilah yang tidak dipakai Apabila sesuatu semboyan bilah tidak digunakan, bilah semboyan tersebut mestilah dikekalkan di dalam kedudukan “ON”. Papan bersilang putih berkilau mestilah dipasang pada sebelah mendatang bilah semboyan tersebut. Tiap-tiap palang mestilah tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm lebar. Lihat rajah 24C
4.8
5. 5.1 5.1.1
5.1.2
-Per. 4.8 ditambah No 1/04 (14.82004-2919) Di stn. penuh kuncikait yg diperuntukkan dgn Semboyan Jauh, S. Luar dinamakan S. Rumah Luar. Jika diperuntukkan dgn S. Rumah yg didahului oleh S. Rumah Luar, ianya dinamakan S. Rumah Dlm.
TUGAS PEMANDU-PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN PENGAJUK DAN LAIN-LAIN PENUNJUK Semboyan Pengajuk Sepanduk Semboyan Pengajuk Sepanduk mengandungi satu bilah kecil hitam berkilau atau bentuk yang serupa berkilau yang dipamerkan (hujung empat segi untuk Semboyan henti dan hujung berbentuk ekor ikan untuk Semboyan Amaran) di dalam satu rangka. Ianya ditempatkan pada arah mendatang ke semboyan yang kepadanya ianya dipakai. Maksud kedudukan Semboyan Pengajuk Sepanduk adalah seperti berikut:
PERIHALAN
ASPEK SIANG & MALAM
MAKSUD
ON
Bilah mendatar atau lampu dipamer.
Bersedia untuk berhenti di semboyan yang kepadanya dipakai atau bergerak dengan brwaspada jika ianya Semboyan Amaran.
OFF
Bilah atau lampu dipamer pada sudut 45 ke 60 darjah.
Semboyan yang kepadanya dipakai mempamerkan aspek maju.
5.2
Papan Had Lansir
5.2.1
5.2.2 5.2.3 5.3 5.3.1
5.3.2 5.4 5.4.1
5.4.2
5.4.3
Papan Had Lansir dipasang pada suatu jarak yang cukup daripada poin mengadap yang paling luar bagi stesen untuk menandakan had yang paling jauh yang ke arahnya lansiran itu boleh dilaksanakan bila halangan kepada landasan di luar Semboyan Rumah dalam arah tren yang mendatang dibenarkan di bawah Fasal 7, Seksyen D dalam Buku Aturan. Ianya berbentuk satu papan tanda empat segi bujur dengan huruf hitam di atas latar belakang kuning dan bertulis dengan perkataan "HAD LANSIR" pada sebelah menghala ke stesen. Perkataan berukuran 150mm tinggi dan 100mm lebar. Pemandu mestilah memastikan bahawa tidak ada bahagian trennya yang melepasi Papan Had Lansir melainkan dibenarkan oleh Pengurus Stesen. Pengurus Stesen mestilah mematuhi Seksyen 'D' Buku Aturan ini dan Arahan di dalam Perintah Kerja Stesen sebelum memberi kebenaran untuk sesebuah tren melepasi Papan Had Lansir. Papan Tanda Berhenti Papan Tanda Berhenti adalah satu papan yang menunjukkan perkataan "BERHENTI". Ia mungkin dari jenis berkilau. Papan Tanda Berhenti mungkin juga menunjukkan lain-lain arahan. Pemandu mestilah memberhentikan trennya di Papan Tanda Berhenti dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kecuali seperti mengikut arahan-arahan yang dipamerkan atau atas kebenaran dari kakitangan yang berkuasa. Penunjuk-Penunjuk Penunjuk Masuk: Diperuntukkan kepada stesen-stesen tanpa kuncikait untuk penerimaan masuk tren-tren. Bilah yang di atas adalah untuk arah naik dan bilah yang di bawah adalah untuk arah turun. Pada permukaan hadapan dicat dengan hitam dan berjalur putih dan di sebelah belakang dicat hitam. Pada waktu malam, apabila “ON” satu lampu putih dipamerkan dan bila 'OFF' satu lampu hijau. Penunjuk Poin Membelakang mekanikal : diperuntukkan di stesen-stesen berkunci kait penuh di landasan tunggal. Ianya dalam bentuk dua bilah kecil. Bila salah satu daripadanya ditundukkan ke 45 darjah ia menunjukkan bahawa poin-poin membelakang adalah diset untuk pelepasan atau laluan sesebuah tren di atas landasan yang berkenaan. Pada waktu gelap, indikasi-indikasi adalah diberi melalui lampu hijau atau merah. Penunjuk Poin Tinggi: Penunjuk Poin Tinggi digunakan di beberapa "Stesen Penunjuk Poin Tinggi". Penunjukpenunjuk tersebut dipasang di kedua-dua hujung stesen berkenaan berhampiran dengan poin mengadap yang paling luar. Arah bilah penunjuk yang condong ke 45 darjah menunjukkan kepada Pemandu landasan yang trennya akan diterima masuk.
-Tambahan No 2/04 Per.5.4.4 ( 14.8.2004-2919) 5.5.4.4 Diperuntukkan di stn Separa Kuncikait dan dipsg bersebelahan dgn poin ibu/gelong. Mempunyai indikasi lampu kuninng dikedua –dua permukaan . Indikasi lampu kuning dlm kedudukkan 45 darjah menunjukkan kepada pemandu bhw poin telah diset ke landasan berkaitan. -Tambahan No 1/09 (3.5.2009- 3042) 5.4.5 Papan Amaran Get Bila mana Papan Amaran Get tetap diperuntukkan, Pemandu mestilah semasa melintasi papan-papan Amaran Get tersebut dengan berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tampa kelewatan apabila Semboyan Get dan Lintasan Rata Suwa didapati bebas atau berhenti di Semboyan Get dan /Lintasan Rata Suwa jika semboyan itu dalam kedudukan Bahaya.
6. 6.1 6.1.1
TUGAS PEMANDU - ARAHAN-ARAHAN AM BERKENAAN DENGAN MEMATUHI SEMBOYAN-SEMBOYAN Mematuhi Semboyan-Semboyan Pemandu mestilah sentiasa berjaga-jaga dan waspada serta mematuhi tiap-tiap semboyan yang berkaitan dengan trennya sama ada sebab semboyan itu dipamerkan diketahuinya atau pun tidak. Beliau mestilah juga patuh kepada mana-mana semboyan lain yang mungkin dipamerkan dalam masa kecemasan.
6.1.2
Bila mana sesuatu semboyan yang dimaksudkan kepada lebih dari sebuah tren dibebaskan, Pemandu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan sehinggalah diarah oleh Pengurus Stesen berkenaan bahawa semboyan tersebut adalah dimaksudkan kepada trennya.
6.1.3
Bila tren berhenti di hadapan semboyan yang mempamerkan aspek maju, beliau mestilah, sebelum menggerakkan semula trennya, memerhatikan sekali lagi semboyan tersebut. Jika tidak boleh meneruskan perjalanan, beliau mestilah memberitahu Operasi PKT atau Pengurus Stesen dengan serta merta akan sebabnya.
6.1.4
Bila tren melintasi sesuatu semboyan yang mempamerkan aspek maju tetapi berhenti dengan sebahagian dari trennya berada di belakang semboyan itu, Pemandu berkenaan bolehlah, apabila tren tersebut sudah bersedia untuk bergerak semula, meneruskan perjalanannya mengikut aspek yang dipamerkan sebelumnya melainkan beliau diberi arahan lain.
6.1.5
Jika Pemandu tersebut mendapati sesuatu semboyan simpang telah dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tak dijadualkan, beliau mestilah berhenti di semboyan tersebut jika didapati selamat dan praktikal dan maklumkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen. Beliau mestilah juga meneruskan perjalanan melalui laluan yang dijadualkan jika beliau diarahkan untuk berbuat demikian.
6.1.6
Jika tren tersebut diberhentikan atau hampir diberhentikan sebelum Semboyan Rumah atau Semboyan Rumah Luar dibebaskan, selain dari semboyan bahagian atau semboyan lampurona yang boleh mempamerkan aspek kuning, Pemandu mestilah faham bahawa Semboyan henti berikutnya mungkin berkeadaan Bahaya atau beliau dikehendaki berhenti di stesen tersebut.
6.1.7
Jika tren tersebut dengan tidak sengaja melintasi sesuatu semboyan Bahaya, Pemandu mestilah memberhentikan trennya dengan serta merta. Beliau mestilah bertindak mengikut Aturan-Aturan berkenaan dan tidak boleh meneruskan perjalanannya sehingga dibenarkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen.
6.2
Mematuhi semboyan-semboyan semasa operasi lansiran
6.2.1
Bila menjalankan kerja-kerja lansiran di stesen-stesen, Pemandu mestilah mematuhi semboyan-semboyan yang mengawal pergerakan tersebut. Bila mana semboyan-semboyan untuk operasi lansiran tidak diperuntukkan Pemandu mestilah menjalankan kerja di bawah arahan Pengurus Stesen dan mestilah mematuhi semboyan-semboyan tangan yang diberi oleh Pengurus Stesen, Gad atau lain-lain kakitangan yang dibenarkan untuk menjalankan operasi lansiran.
6.2.2
Bagaimana pun bila sebahagian tren berkenaan berada di hadapan, semboyan yang mengawal dalam arah yang dimaksudkan, Pemandu berkenaan tidak boleh memulakan apaapa pergerakan dalam arah itu sehingga semboyan tersebut telah dibebaskan.
6.2.3
Jika Pemandu tersebut tidak dapat melihat semboyan berkenaan beliau mestilah jika perlu dapatkan kepastian daripada Gad atau Pelansir bahawa semboyan tersebut telah dibebaskan. Bila mana semboyan tersebut tidak boleh dibebaskan disebabkan litar landasan disekat dan tren tidak boleh digerakkan supaya ianya berada sepenuhnya di belakang semboyan berkenaan, Pemandu mestilah mendapatkan sendiri kebenaran dari Operator PKT atau Pengurus Stesen sebelum bergerak ke arah hadapan.
6.3
Pergerakan
di atas
kebenaran
sspek
lampu Semboyan
Lansir Kehadapan -
6.3.1
6.3.2
6.4
Kedudukan Lampu Berubah atau Semboyan Lansir. Tren penumpang tidak boleh meneruskan perjalanan atas kebenaran aspek Lampu Kedudukan Berubah (melainkan memasuki landasan permissive platform) atau Semboyan Lansir ke hadapan atau Semboyan Lansir kecuali apabila Pemandu diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen atau lain-lain kakitangan yang bertindak atas arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen. Sesuatu pergerakan lansir yang telah dibuat atas kebenaran aspek lampu Semboyan Kedudukan Berubah atau Semboyan Lansir ke hadapan atau Semboyan Lansir tidak boleh meneruskan perjalanan sehingga ianya telah kembali ke hadapan semboyan yang telah sebelumnya mempamerkan aspek maju yang bersesuaian untuk berlepas. Jika didapati tidak dapat kembali ke belakang semboyan tersebut, peruntukan Fasal 6.2.2 dan 6.2.3 mestilah dipatuhi. Memberhentikan tren apabila semboyan bahagian berkeadaan Bahaya Apabila semboyan bahagian berkeadaan Bahaya, Pemandu tidak boleh (kecuali untuk urusan stesen atau lansiran) menggerakkan tren ke hadapan semboyan itu jika ia kemudiannya perlu pergi ke panel semboyan tersebut untuk mengingatkan Operator PKT atau Pengurus Stesen tentang kewujudan tren tersebut jika ditahan. Sebaliknya tren tersebut mestilah diberhentikan berhampiran yang boleh dengan stesen berkenaan tetapi ianya hendaklah digerakkan jauh dan bebas dari mana-mana simpang dan dalam kawasan tanda gendala, di mana praktikal, tren hendaklah diberhentikan dalam persekitaran platform bahagian yang dapat dilihat.
6.5
Semboyan yang mengawal keluar dari sisian Apabila menunggu semboyan yang mengawal keluar dari sisian dibebas, Pemandu dan/atau kakitangan Lansir mestilah sejauh mana praktikal menentukan bahawa gerabak terhadapan tren tidak berhenti menghalangi mana-mana sisian lain melainkan dibenarkan oleh kakitangan yang menjaga pergerakan itu. Apabila semboyan itu dibebaskan, beliau tidak boleh bergerak ke hadapan atau menghalang mana-mana sisian lain jika semboyan berkenaan digunakan untuk lebih dari satu sisian yang terdapat unit-unit traksi sehinggalah beliau diarah untuk berbuat demikian oleh kakitangan itu.
6.6
Semboyan yang tidak dipamerkan atau tidak dipamerkan dengan sempurna
6.6.1
Pemandu mestilah menganggap sesuatu semboyan henti sebagai Bahaya dan sesuatu Semboyan Amaran sebagai awas mengikut keadaan berikut: ketiadaan sesuatu semboyan yang mana ianya sepatutnya ditempatkan. semboyan lampurona yang terdapat kekeliruan terhadap aspek yang dimaksudkan. semboyan bilah yang tidak dipamerkan dengan sempurna iaitu tidak mendatar dan tidak dalam kedudukan condong 45 ke 60 darjah. satu lampu putih dipamerkan bila mana sepatutnya lampu merah, kuning atau hijau. bilah semboyan henti menunjukkan kedudukan "OFF" tetapi tiada lampu pada waktu malam. lampu Semboyan Luar bilah mempamerkan lampu merah ke atas lampu hijau atau kedudukan bilah-bilah semboyan yang tidak berselari pada waktu siang (iaitu bilah Semboyan Luar berkedudukan "ON" tetapi bilah Semboyan Amaran di dalam kedudukan "OFF") atau ketiadaan satu atau kedua-dua lampu pada waktu malam. Semboyan lampurona tidak mempunyai indikasi. Semboyan henti menunjukkan Bahaya atau aspek Berhenti dan pada masa yang sama indikasi simpang yang berkaitan atau huruf dan/atau nombor dipamerkan.
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
(g) (h)
6.6.2
Jika sesuatu semboyan kedudukan lampu berubah atau semboyan bantuan dibebaskan tetapi tanpa indikasi laluan biasa dipamerkan Pemandu mestilah meneruskan perjalanan dengan
berwaspada sejauh mana landasan itu bebas dan bersedia untuk berhenti pada mana-mana halangan dan pergerakan lansiran tidak boleh dilanjutkan dari yang perlu. 6.7 6.7.1
Kerosakan atau keadaan luar biasa semboyan mestilah dilaporkan Pemandu mestilah dengan serta merta melaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen, memberhentikan trennya khusus jika perlu, sekiranya beliau sedar tentang kegagalan atau kerosakan dalam cara kerja semboyan-semboyan atau turutan aspek yang tidak normal. Ini juga meliputi jika sesuatu semboyan tidak dipamerkan atau tidak dipamerkan dengan sempurna dan lain-lainnya seperti yang diperihalkan di dalam Fasal 6.6 tetapi jika ianya satu semboyan kedudukan lampu berubah, Semboyan Bantuan atau Semboyan Lansir yang dipakai kepada landasan lain, Pemandu tidak perlu berhenti khusus, tetapi beliau mestilah melaporkannya pada kesempatan pertama sekali tanpa melibatkan kelewatan sia-sia kepada trennya.
6.7.2
Sekiranya berlaku sesuatu kerosakan semboyan atau keadaan luar biasa, sebelum keluar tugas, Pemandu berkenaan mestilah memenuhi dan menyerahkan Borang Kegagalan atau Kerosakan Semboyan KTMB 026 kepada Pengurus Stesen dengan menunjukkan butiran lengkap kegagalan dan kerosakan tersebut. Satu contoh borang tersebut adalah ditunjukkan di dalam rajah 26C.
6.7.3
Pemandu berkenaan mestilah memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen pada kesempatan yang pertama, tanpa menyebabkan kelewatan sia-sia kepada trennya jika Papan Had Lansir atau papan tanda berhenti hilang. Butir-butir mestilah juga dilaporkan di dalam Borang Kegagalan atau Kerosakan Semboyan (lihat contoh) dengan menggunakan seksyen yang bertajuk "Lain-Lain Kerosakan".
6.7.4
Sebaik sahaja menerima lapuran dalam borang KTMB 026, Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah dengan secepat mungkin memaklumkan kepada Merinyu Semboyan dan Komunikasi yang berkenaan.
-Per. 7 di tambah No 4/05( 24.9.2005-2948) 7.Mengalih yg wujud & memasang Semboyan tetap yg baru a) Mengalihkan semboyan yg wujud dan memasang yang baru akan ditentukan dgn butir yang diberi melaui borang Penglihatan Semboyan (KTMB 053) yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Penglihatan Semboyan. b) Makluman semboyan yg dialih atau semboyan yg baru dipasang kepada semua yg berkenaan masa & tarikh dan bila semboyan akan digunakan.
KTMB026 KERETAPI TANAH MELAYU Berhad BORANG LAPORAN PEMANDU KEGAGALAN ATAU KEROSAKAN SEMBOYAN
Tarikh …………………
Kepada : Pengurus Stesen __________________________________ Dari : Pemandu tren no______________
Tarikh_____________________
Nama___________________No Per________
Depoh________________
____________________________________________________________________________ Laporan – No./Lokasi Semboyan __________________________________________ Tiada lampu / Tiada indikasi Aspek bertukar dengan tidak menentu Bilah di antara ON dan OFF Lampu PUTIH dan bukan MERAH/KUNING/HIJAU menyala Mempamerkan lebih dari satu aspek serentak Lain-lain kerosakan (termasuk turutan aspek yang tidak selari atau turutan aspek semboyan pada semboyan di landasan berhampiran tidak selari) :_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Diterima oleh Pengurus Stesen
Tanda Tangan Pemandu
T/Tangan________________________
_____________________
Nama_________________________ No Per_______________________ Stesen_______________ Tarikh_______________Masa________________ Rajah 26C
BUKU ATURAN SEKSYEN 'B' TUGAS-TUGAS PEKERJA KANDUNGAN
FASAL BAHAGIAN 1 - AM
1. PRINSIP
1
2. KESELAMATAN TREN-TREN
2.1 ke 2.5.8
3. KESELAMATAN PEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
3.1 ke 3.8
4. KESELAMATAN SETIAP PEKERJA KEJURUTERAAN ATAU TEKNIKAL APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
4.1 ke 4.11.4
5. TUGAS-TUGAS AM BAGI SETIAP PEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
5.1 ke 5.11
6. TUGAS-TUGAS AM BAGI SETIAP PEKERJA APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
6.1 ke 6.7.5
7. TUGAS-TUGAS AM BAGI SETIAP PEKERJA DI STESEN PENUMPANG
7.1 ke 7.11.3
BAHAGIAN 2 - TUGAS-TUGAS BAGI PEKERJA YANG DILANTIK SEBAGAI JURU SEMBOYAN TANGAN ATAU OPERATOR POIN
8. TUGAS JURU SEMBOYAN TANGAN
8.1 ke 8.10.3
9. TUGAS OPERATOR POIN
9.1 ke 9.2.2
BAHAGIAN 3 - KESELAMATAN BAGI PEKERJA PENYENGGARAAN YANG MENJALANKAN TUGAS PADA KERETAREL
10. KESELAMATAN PEKERJA PENYENGGARAAN YANG MENJALANKAN TUGAS PADA KERETAREL
10.1 ke 10.10
SEKSYEN 'B'
TUGAS-TUGAS PEKERJA
BAHAGIAN I - AM
1. PRINSIP
Keselamatan mestilah dijadikan perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap pekerja. Beliau mestilah melaksanakan segala yang mungkin untuk memastikan keselamatan kepada setiap tren, orang awam, lain-lain pekerja dan dirinya sendiri. Beliau juga mestilah melakukan segala daya usaha untuk menentukan bahawa tren-tren berlari mengikut jadual dan menghalang kelewatan yang boleh dielakkan.
2. KESELAMATAN TREN
2.1 Jika tren-tren menghadapi kemungkinan bahaya
2.1.1 Setiap pekerja mestilah bila mana praktikal, memerhatikan sebarang tanda isyarat tidak selamat kepada mana-mana tren yang melintas atau isyarat semboyan TREN DALAM KECEMASAN (satu bunyi hon panjang berterusan), satu bendera merah yang dipamerkan oleh Pemandu atau Gad atau satu indikasi AMARAN BAHAYA (lampu puncak berkelip).
2.1.2 Bila mana alat perhubungan boleh didapati beliau mestilah dengan serta merta memberitahu Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren yang menjaga jika beliau mendapati sesuatu yang tidak selamat menjejaskan tren yang sedang bergerak.
2.1.3
Melainkan beliau boleh mengalihkan sebarang bahaya dengan segera tanpa membahayakan dirinya, beliau mestilah mengambil sesuatu tindakan lain yang perlu seperti memberhentikan tren-tren atau meminta bantuan kecemasan. Beliau mestilah melaporkan perkara yang serupa mana-mana sesuatu yang tidak selamat yang boleh menjejaskan tren-tren yang datang seperti:
(a) kerosakan atau kecacatan yang menjejaskan landasan.
(b) kebakaran, banjir atau halangan.
(c) mana-mana binatang ternakan atau lain-lain binatang besar dalam sekitaran sempadan kereta api (sama ada atau tidak ianya sebagai faktor utama yang cepat
membahayakan tren-tren).
(d) mana-mana orang yang tidak dibenarkan berada di atas atau berhampiran dengan landasan.
(e) mana-mana lampu yang didapati padam di Penunjuk Had Kelajuan Kecemasan
2.2 Memberhentikan tren dalam kecemasan
2.2.1 Jika didapati perlu untuk memberhentikan tren yang mendatang, satu bendera merah atau lampu merah mestilah dipamerkan supaya ianya dapat dilihat dengan jelas oleh Pemandu. Jika boleh, ianya mestilah berada tidak kurang dari 900 meter dari tempat halangan bagi membolehkan tren berkenaan diberhentikan. Jika bendera merah atau lampu merah tiada, kedua-dua belah tangan mestilah diangkat di atas kepala pada waktu siang atau satu lampu sebarang warna dikibarkan dengan galak pada waktu gelap.
2.2.2 Jika boleh didapati, di dalam kawasan Litar Landasan, satu Klip Operasi Litar Landasan mestilah dipasang pada setiap landasan yang terhalang.
2.2.3 Jika boleh didapati, tiga peletup, pada jarak 20 meter, mestilah juga ditempatkan di atas l andasan 900 meter daripada tempat halangan, jika sesebuah tren sedang menghampiri, ianya hendaklah dengan serta merta ditempatkan di atas landasan tersebut (seberapa jauh yang boleh).
2.3 Melaporkan sesuatu kemalangan atau meminta bantuan kecemasan
2.3.1 Sesuatu kemalangan mestilah dilaporkan dengan seberapa segera yang boleh kepada Operator PKT, atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren. Orang yang melaporkan sesuatu kemalangan mestilah:
(a) yang pertama sebutkan bahawa ini adalah suatu panggilan kecemasan.
(b) perkenalkan diri dan beri lokasi dari mana beliau sedang bercakap, termasuk apa- apa maklumat bagaimana beliau boleh dihubungi.
(c) memberitahu lokasi yang tepat dan butir-butir berkenaan kemalangan dan landasan yang mungkin terhalang.
(d) sebutkan sama ada Polis, Bomba atau Ambulans atau apa-apa bantuan kecemasan yang diperlukan atau mungkin diperlukan.
(e) jika boleh sebutkan sama ada terdapat jalan masuk menuju ke tempat halangan tersebut.
2.3.2 Orang yang menerima maklumat tersebut mestilah menghubungi mana-mana pejabat bantuan khidmat kecemasan yang diperlukan atau mungkin diperlukan dan beri lokasi yang tepat dan butir-butir berkenaan kemalangan tersebut. Jika terdapat sesuatu yang meragukan terhadap betapa seriusnya insiden tersebut pihak Polis, Bomba dan Ambulan mestilah dipanggil.
2.4 Kebakaran
2.4.1 Setiap pekerja mestilah berusaha sedaya upaya untuk mencegah kebakaran.
2.4.2 Syarikat mungkin dipertanggungjawabkan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran kepada tanaman-tanaman atau bangunan-bangunan yang berdekatan dengan kawasan kereta api.
2.4.3 Membakar tanaman atau perkakas-perkakas di pinggir landasan adalah dilarang. Mana- mana kebakaran di atas atau di tepi landasan kereta api atau premis mestilah dipadam dengan serta merta. Jika perlu bantuan dari pekerja-pekerja lain dan bomba mestilah diminta tanpa berlengah lagi. Kebakaran tepi landasan mestilah dilaporkan kepada Merinyu Urusan Jalan yang berkaitan.
2.4.4 Kebakaran ke atas mana-mana tren yang bergerak boleh merebak dengan cepat dan mestilah dipadamkan sepenuhnya dengan serta merta. Jika terdapat sesuatu yang meragukan yang ianya boleh dipadamkan dalam beberapa saat, tren berkenaan mestilah diberhentikan tetapi sejauh mana yang boleh tidaklah di atas jejambat atau dalam terowong atau tempat lain yang tidak sesuai.
2.4.5 Jika didapati perlu untuk menggunakan pemadam api jenis air (bercat merah) atau air dari mana-mana bekas, air berkenaan tidak dibenarkan bersentuhan dengan peralatan elektrik yang hidup. Air tidak dibenarkan dihalakan ke arah mana-mana konduktor elektrik atau alat talian atas sehinggalah suis elektrik berkenaan ditutup.
2.4.6 Pemadam api jenis BROMO CHLORO DIFLUOROMETHANE (BCF) (bercat biru muda atau yang mempunyai jalur biru muda) boleh digunakan sebelum suis elektrik ditutup. Sesiapa yang terhidu atau terkena wap dari pemadam ini mestilah dengan serta merta pergi ke tempat udara bersih. Jika BCF masuk ke dalam mata, ianya mestilah dicuci dengan air bersih.
2.4.7 Apabila diberitahu berkenaan sesuatu kebakaran landasan atau di tepi landasan, Operator Pusat Kawalan Trafik (PKT) atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren, mestilah mengambil perhatian tentang kemungkinan kesan terhadap tren-tren yang lalu, khususnya tren-tren penumpang atau tren-tren barang yang membawa barang-barang yang mudah bakar dan berbahaya.
2.4.8 Jika terdapat sesuatu kemungkinan yang asap daripada sesuatu kebakaran dalam persekitaran landasan berkenaan boleh menyekat pandangan Pemandu terhadap semboyan-semboyan atau kebakaran itu mungkin membahayakan tren-tren, maka trentren yang datang ke arah seksyen yang terlibat mestilah diberhentikan.
2.4.9 Apabila sesuatu jaminan telah diterima bahawa kebakaran tersebut boleh dikawal dan ianya tidak lagi sesuatu yang membimbangkan, tren-tren bolehlah dibenarkan meneruskan perjalanan.
2.5 Utusan berhubung dengan keselamatan
2.5.1 Utusan-utusan berhubung dengan pergerakan tren atau keselamatan landasan mestilah difahami dengan baik oleh kedua pihak sama ada melalui radio, telefon atau bersemuka antara satu sama lain.
2.5.2 Orang yang memberi utusan tersebut mestilah:
(a) memperkenalkan dirinya dan pastikan beliau bercakap kepada orang yang betul.
(b) nyatakan lokasi daripada mana beliau bercakap, termasuk nombor telefon atau panggilan radio.
nombor
(c) pastikan bahawa utusan tersebut diulangi dan difahami sepenuhnya sebelum menamatkan perbualan.
2.5.3 Orang yang menerima utusan mestilah:
(a) memperkenalkan diri dan isytiharkan identiti dan lokasi dan apabila menggunakan telefon atau radio, dapatkan lokasi atau nombor radio sipemanggil.
(b) mengulangi utusan tersebut kepada pemanggil dan pastikan beliau memahaminya.
2.5.4 Ungkapan "tidak bebas" tidak boleh digunakan di dalam sesuatu utusan yang bertujuan untuk
memberi maksud bahawa sesuatu landasan kereta api itu terhalang. Utusan mestilah diberi secara positif dengan menggunakan ungkapan "landasan
tersebut disekat".
2.5.5 Arahan-arahan mestilah diberi mengikut prosedur Panduan Kerja Am apabila sesuatu semboyan perlu dilintasi dalam keadaan Bahaya atau sesuatu pergerakan perlu dibuat di mana semboyan tidak diperuntukan.
2.5.6 Lain-lain arahan daripada Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren kepada Pemandu mestilah secara hubungan terus atau melalui Gad, Pengawal Pandu, Juru Semboyan Tangan atau melalui seorang kakitangan operasi yang kompeten. Jika ini tidak dapat diaturkan, Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren mestilah mengaturkan Pemandu atau Gad datang ke telefon berkenaan.
2.5.7 Di mana alat hubungan radio dipasang tetap di atas tren tetapi Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren tidak mempunyai kemudahan untuk memanggil Pemandu, beliau mestilah jika praktikal elakkan dari menghantar utusan melalui pihak ketiga dan sebaliknya aturkan supaya Pemandu berkenaan memanggilnya.
2.5.8 Perkataan "over" mestilah digunakan pada setiap akhir utusan yang diberikan melalui radio kecuali bagi utusan yang menutup perbualan, dalam hal tersebut "out" mestilah digunakan.
3. KESELAMATAN PEKERJA-PEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
3.1 Fasal 3 ini dipakai bila mana terdapat pekerja berada di atas atau berhampiran dengan landasan. Arahan-arahan dalam Fasal 4 dipakai sebagai tambahan apabila terdapat pekerja kejuruteraan atau teknikal sedang bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan.
3.2 Definisi Lanjutan
3.2.1 "Di atas atau berhampiran dengan landasan" bermakna dalam lengkongan 2 meter dari rel yang terdekat bagi mana-mana landasan. Ini tidak termasuk bila kerja kejuruteraan dijalankan dalam persekitaran landasan platform.
3.2.2 "Kedudukan yang selamat" bermakna suatu tempat yang membenarkan jarak telusan sekurang-kurangnya 1.25 meter di antara seseorang (termasuk apa-apa yang dipakai atau dibawa) dan rel terdekat bagi mana-mana landasan di mana sesebuah tren sedang menghampirinya.
3.2.3 "Kumpulan" bermakna dua orang atau lebih.
3.2.4 "Tren" termasuk semua pergerakan dalam kawasan pemilikan.
3.2.5 "Kerja" bermakna:
(a) apa-apa aktiviti kejuruteraan atau teknikal termasuk rondaan, lawatan dan ujian.
(b) berjalan, di mana ianya perlu bagi sesuatu kumpulan pekerja kejuruteraan atau teknikal berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan (bila mana Laluan Pejalan Kaki tiada) bagi membolehkan sampai atau meninggalkan tempat di mana terdapatnya sesuatu aktiviti kejuruteraan atau teknikal sedang berlangsung.
(c) mana-mana aktiviti lain yang ditakrifkan di dalam Arahan-Arahan Jabatan adalah termasuk dalam lengkongan definisi ini.
3.3 Bila seseorang pekerja berada di atas atau berhampiran dengan landasan
3.3.1 Seseorang pekerja tidak boleh pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan melainkan ianya betul-betul perlu berkaitan dengan tugasnya.
3.3.2 Apabila pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan di mana tren-tren akan mendatang dan bilamana perlindungan Pengawas tidak diperuntukkan, setiap pekerja mestilah tahu tentang kelajuan tren yang dibenarkan dan arah yang pada kebiasanya tren-tren lalu di atas setiap landasan. Apabila seseorang pekerja dikehendaki bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan, makluman ini akan diberi oleh Pegawai Yang Menjaga Kerja (PYMK). Dalam hal-hal lain, makluman ini mestilah diperolehi melalui rujukan kepada Apendiks kepada Panduan Kerja Am.
3.3.3 Apabila di atas atau berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah memakai jaket pantulan cahaya atau pakaian mudah dilihat yang telah diperuntukkan. Jaket pantulan cahaya atau pakaian mudah dilihat mestilah bersih dan dipakai dengan betul.
3.3.4 Apabila di atas atau berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah:
(a) berwaspada terhadap kedatangan atau pergerakan tren-tren (walau pun bila sesuatu semboyan mempamerkan satu aspek Bahaya atau palang-palang lintasan rata dinaikkan).
(b) tidak memakai atau menggunakan apa-apa yang boleh mengganggu keupayaan penglihtan atau mendengar tren-tren yang mendatang. (melainkan aturan khas telah dibuat)
(c) sekiranya perlu, halakan pandangan ke arah tren-tren yang biasanya datang, dan hendaklah berwaspada khususnya terhadap tren-tren di kedua-dua arah bila:
- di atas Landasan Tunggal atau di Landasan Dwi-Arah.
- pada atau berhampiran sesebuah stesen atau simpang.
- di mana-mana landasan semasa lansiran, semasa tata kerja Landasan Tunggal atau semasa kecemasan.
- pada landasan yang di bawah Pemilikan.
(d) sejauh mana yang boleh hendaklah sentiasa berada di ruang Laluan Berjalan Kaki di sisi semua landasan dan elakkan dari berada di atas atau di perantaraan mana-mana landasan (Lihat nota di bawah).
(e) beri lebih perhatian pada waktu gelap, apabila jarak penglihatan kabur atau pada angin kencang, hujan lebat dan dalam kawasan bising.
masa
(f) sejauh mana yang boleh, gunakan jejambat atau jalan bawah tanah untuk melintas landasan tetapi jika kedua-duanya tiada hendaklah dengan melalui lintasan Pejalan Kaki bila mana ianya diperuntukkan (setiap penunjuk isyarat amaran mestilah diperhatikan).
(g) lihat kiri kanan sebelum melintasi landasan atau sebelum melintas dari satu landasan ke landasan lain dan beri perhatian lebih bila berjalan keluar dari belakang sesebuah kenderaan atau struktur yang hampir kepada landasan berkenaan, atau bila melintasi landasan di kawasan selekoh.
(h) bila melintasi landasan, hendaklah dengan melangkah dan bukan dengan memijak di atas rel atau kayu landasan atau di antara poin-poin.
(i) elakkan dari melintasi landasan di hadapan mana-mana tren atau kenderaan yang bergerak melainkan betul-betul perlu.
sedang
(j) dilarang menyusuri bawah mana-mana gerabak yang berhenti atau melintasi landasan dalam lengkongan 15 meter dari gerabak-gerabak yang berhenti melainkan dipastikan tidak ada kemungkinan yang ianya akan bergerak.
(k) bila perlu gunakan lampu tangan semasa cuaca gelap atau di dalam terowong.
Nota: Rajah 1B dan 2B memberi penjelasan kepada sebahagian daripada terma-terma kereta api yang digunakan dalam Aturan ini.
3.3.5 Apabila berada di atas atau berhampiran dengan sesuatu talian elektrik, seseorang pekerja yang telah lulus dan diperakui layak di dalam arahan-arahan talian elektrik yang bersesuaian mestilah mematuhi arahan-arahan berkenaan dengan keselamatan setiap pekerja. Lain-lain pekerja mestilah:
(a) bila berada di atas atau berhampiran dengan sesuatu talian yang berelektrik dengan sistem talian atas:
- menganggapkan bahawa talian atas dan sambungannya sebagai hidup pada setiap
masa.
- menjauhkan diri dan pakaian, alat-alat dan perkakas sekurang-kurangnya 2.75 meter daripada:
- apa-apa yang tersangkut atau tergantung dari peralatan atas.
- mana-mana wayar yang terputus atau berselerakan yang bersambung kepada alat atas, sama ada yang tergantung atau yang berada di atas tanah.
talian
- beri lebih perhatian supaya tidak menghampiri pada lengkongan jarak itu apabila di dalam lurah atau bukit, struktur atau gerabak-gerabak.
berada
- hendaklah membawa alat-alat panjang secara mendatar dan bukan secara menegak.
(b) sesetengah `bond' yang disambungkan kepada rel ditanda merah pada penghujung rel dan jika dibuka, boleh mendatangkan bahaya voltan naik. 'Bond Merah' ini hanya boleh disentuh oleh pekerja yang dibenarkan oleh Pengurus Penyenggaraan (Perkhidmatan Komuter Elektrik).
(c) Arahan-Arahan kerja untuk talian berelektrik arus ulang alik.
Arahan-Arahan Kerja bagi Talian Berelektrik Arus Ulang Alik ada terkandung di dalam satu cetakan yang berasingan dan disediakan untuk memberi penjelasan terhadap terma-terma yang digunakan berhubung dengan alat kelengkapan arus ulang alik talian atas dan memperuntukan satu "Perihalan" bagaimana sistem itu bekerja. Ianya juga mengandungi arahan-arahan penting berhubung dengan keselamatan diri.
Buku Panduan Arahan Kerja bagi Talian Berelektrik Arus Ulang Alik akan dikeluarkan kepada semua kakitangan yang diperlukan bekerja di atas atau di dalam persekitaran talian berelektrik.
KEGAGALAN UNTUK MEMATUHI MENGAKIBATKAN KECELAKAAN
ARAHAN-ARAHAN
ASAS
INI
BOLEH
3.4 Bila sesebuah Tren mendatang
3.4.1 Bila sesebuah tren datang, setiap pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan mestilah:
(a) dengan serta merta beredar bebas dari semua landasan melainkan beliau memang telah bebas berada di tempat yang selamat dan tidak mendatangkan bahaya dari manamana tren yang tidak diketahui kedatangannya.
(b) memperakui bunyi amaran dari tren dengan mengangkat sebelah tangan di atas
kepala.
(c) sebelum tren berkenaan berlalu, letakkan mana-mana peralatan yang dibawa ke atas tanah.
(d) tunggu di tempat yang selamat sehingga tren tersebut telah berlalu dan setelah didapati bahawa tiada tren yang datang, khususnya pada landasan lain.
3.4.2 Apabila terdengar tren mendatang, seseorang pekerja tidak boleh mengandaikan ianya pada landasan yang lazim tetapi mestilah memastikan atas landasan mana ianya mendatang.
3.4.3 Jika seseorang pekerja terperangkap di perantaraan landasan yang bersebelahan di mana tren sedang mendatang dan beliau tidak dapat pergi ke suatu tempat yang selamat, beliau mestilah dengan serta merta mencari satu tempat yang selamat pada ruang di perantaraan landasan larian yang tidak terhalang. Apa-apa objek yang mungkin sedang dibawa mestilah ditempatkan di tempat yang selamat. Lihat Rajah 1B dan 2B.
-Pembatalan No 1/06 (17/12/2006- 2980)
Potong (batal) fasal 3.5, 4.3.4 dan 4.10.5.
3.5 Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) ( BATAL )
3.5.1 Seseorang pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan di mana Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) disediakan mestilah bila mana praktikal menggunakan sistem tersebut. Beliau mestilah terlebih dahulu memasang suis sistem tersebut atau jika ianya telah dipasang, hendaklah ada kesefahaman dengan mereka yang telah menggunakannya. Di beberapa tempat, isyarat amaran diberikan untuk pergerakan tertentu sahaja; butiran aturan tersebut adalah ditunjukkan pada setiap suis.
3.5.2 Satu bunyi 'SAFE' sekejap-sekejap, dibunyikan pada kadar kekerapan 2 ke 7 bermakna tiada tren yang mendatang. Bila sesebuah tren mendatang, satu AMARAN yang berterusan akan diberi dan setiap pekerja mestilah dengan serta pergi ke suatu tempat yang selamat dan berada di situ sehingga bunyi 'SAFE' sekejap-sekejap kedengaran semula dengan jelas.
3.5.3 Jika tiada bunyi, ini bermakna bahawa sistem tersebut (jika suis dipasang) telah gagal suisnya telah tertutup dengan tidak sengaja. Pekerja seterusnya tidak boleh pergi berada di atas atau berhampiran dengan landasan di dalam kawasan yang sehinggalah aturan yang sempurna dapat dibuat untuk keselamatannya. Jika didapati untuk beredar bebas dari kawasan itu beliau mestilah berbuat demikian mengikut yang paling selamat, sentiasa berwaspada terhadap tren-tren yang datang.
saat, bunyi merta yang
atau atau dikawal perlu cara
3.5.4 Jika bunyi AMARAN yang berterusan itu berlanjutan bunyinya dan tiada tren yang datang dalam tempoh yang munasabah, setiap pekerja masih lagi perlu beredar bebas dari kawasan yang dikawal dengan cara yang paling selamat dan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap tren-tren.
3.5.5 Setiap kerosakan mestilah dilaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren.
3.5.6 Sistem tersebut tidak boleh digunakan jika sesuatu landasan berterusan digunakan oleh sesebuah tren yang berhenti.
3.5.7 Tempoh amaran biasa tidak akan diberikan bila sesebuah tren dikehendaki melepasi sesuatu semboyan dalam kedudukan Bahaya.
3.5.8 Apabila beredar dari kawasan yang dikawal, pekerja berkenaan mestilah menutup suis sistem tersebut melainkan beliau sedar bahawa pekerja lain masih lagi berada di dalam kawasan itu. Dalam hal yang demikian beliau mestilah memberitahu mereka yang beliau akan meninggalkan tempat itu dan suis sistem tersebut masih terpasang.
Nota : Sistem Amaran Kendalian Tren masih belum dilaksanakan lagi oleh Syarikat.
Fasal
3.5 ini dimasukkan untuk memberi peruntukan kepada kemungkinan ini pada masa akan datang.
melaksanakan sistem
3.6 Telusan Terhad
3.6.1 Perhatian mestilah diambil bila terdapat Telusan Terhad di antara landasan di mana tren- tren atau pergerakan lansiran dijalankan dan lain-lain landasan atau struktur-struktur yang berhampiran. Telusan Terhad akan dikenalpasti melalui satu papan tanda merah dan putih dengan perkataan AMARAN - TELUSAN TERHAD. (Lihat Rajah 3B).
3.6.2 Apabila beredar bebas dari sesebuah tren yang mendatang seseorang pekerja mestilah mengelakkan dari berdiri di tempat yang ada telusan terhad.
3.6.3 Sebelum berjalan melalui suatu tempat yang ada telusan terhad, seseorang pekerja mestilah memastikan bahawa laluan keluarnya adalah bebas.
3.6.4 Apabila di dalam terowong, seseorang pekerja mestilah ingat setiap masa pada tempat yang mempunyai telusan. Jika dalam kedudukan bahaya sewaktu sesebuah tren mendatang, beliau mestilah baring di ruang antara landasan larian (kawasan 'C' dalam rajah 4B) atau di antara landasan berkenaan dengan dinding terowong (kawasan 'A' atau 'B' dalam rajah 5B) mengikut yang mana lebih selamat.
3.7 Telusan berhampiran landasan-landasan mencapah
Seseorang pekerja mestilah mengambil perhatian untuk memastikan bahawa terdapat telusan yang cukup untuk keselamatannya bila mana landasan-landasan mencapah.
3.8 Naik dan turun dari gerabak-gerabak yang sedang bergerak atau berada di atas dan lain-lain
tangga
Seseorang pekerja tidak boleh naik atau turun dari gerabak yang sedang bergerak atau berdiri di atas tangga sesebuah unit traksi atau gerabak, tetapi Pelansir adalah dibenarkan berdiri di atas platfom yang diperuntukkan khas pada sesebuah unit traksi lansir atau gerabak lansir.
4.
KESELAMATAN SETIAP PEKERJA KEJURUTERAAN BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN LANDASAN
4.1 LANTIKAN PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK)
ATAU
TEKNIKAL
APABILA
4.1.1 Pegawai yang kompeten hendaklah dilantik
(a) Apabila sesuatu kerja perlu dilaksanakan di atas atau berhampiran dengan landasan, seorang kakitangan mestilah terlebih dahulu dilantik untuk mengambil alih membuat peraturan yang perlu bagi mengelakkan seseorang daripada terkena bahaya oleh tren.
(b) Beliau adalah dirujuk sebagai PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK). Beliau mestilah memiliki satu Sijil Kecekapan yang terbaharu (KTMB 039). Contohnya adalah ditunjukkan di dalam Rajah 7B.
Pengecualian
(c) Apabila kerja perlu dilakukan pada bahagian luar keretarel, peraturan-peraturan untuk mengelakkan bahaya kepada seseorang oleh tren pada landasan yang berhampiran mestilah dibuat oleh orang yang ditugaskan bertanggungjawab bagi perlindungan seperti ditunjukkan di dalam Bahagian III ini. Seorang Pegawai Yang Menjaga Kerja tidak diperlukan kecuali bila sesuatu kumpulan pekerja dikehendaki berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan berkenaan untuk sampai atau untuk meninggalkan lokasi tersebut di mana kerja ke atas gerabak dilakukan.
4.1.2 Bila mana lantikan tidak diaturkan sebelumnya
Bila mana perlantikan bagi seseorang Pegawai Yang Menjaga Kerja tidak diaturkan sebelumnya, seorang mestilah dilantik oleh orang yang terkanan yang berada di dalam kumpulan itu. Jika berkelayakan, beliau boleh melantik dirinya sendiri.
4.1.3 Bila mana lebih dari dua kumpulan
PYMK berasingan mestilah dilantik bagi setiap kumpulan bila mana lebih dari dua kumpulan hendak bekerja, walaupun jika di tempat yang sama.
4.1.4 Bila mana sesuatu kumpulan dikehendaki berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan
Melainkan menggunakan Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan, sesuatu kumpulan tidak dibenarkan berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan tanpa seorang PYMK dilantik dengan betul bagi membolehkan sampai atau meninggalkan tempat di mana kerja kejuruteraan atau teknikal dijalankan.
4.1.5 Bila mana pekerja dikehendaki bekerja bersendirian
Sesuatu kerja tidak boleh dikendalikan di atas atau berhampiran dengan landasan oleh seorang pekerja yang bekerja bersendirian melainkan beliau adalah PYMK yang berkelayakan dan itu pun dengan syarat bahawa:
(a) beliau berpuashati bahawa pengawas perlindungan tidak perlu atau
(b) laluan tren pada landasan berkenaan diberhentikan mengikut Aturan-Aturan yang berkaitan.
4.2 Tanggungjawab PYMK
4.2.1 Sistem kerja untuk memastikan keselamatan pekerja
PYMK mestilah memastikan bahawa:
(a) satu sistem kerja yang selamat diamalkan supaya tren-tren tidak membahayakan yang berada di atas atau berhampiran dengan landasan.
pekerja
(b) setiap orang di dalam kumpulannya telah diberi penerangan ringkas dan faham kerja tersebut sebelum memulakan tugas.
sistem
(c) Sistem kerja yang sedang berjalan ini, sekiranya perlu dipinda kerana sesuatu perubahan atau keadaan atau hal-hal yang memerlukan ianya dipinda, setiap orang perlu difahamkan akan aturan baru tersebut.
(d) kerja tersebut diberhentikan dan setiap orang dipindahkan ke suatu tempat yang selamat dengan serta merta jika mendapati sesuatu yang meragukan untuk meneruskan kerja tersebut dengan selamatnya.
4.2.2 Mengenalpasti PYMK
Apabila menjaga sesuatu kumpulan, Pegawai Yang Menjaga Kerja mestilah:
(a) memakai pada lengan kirinya satu toha biru dengan perkataan "PICOW" dalam huruf putih.
(b) memastikan bahawa identitinya dikenali oleh setiap orang dalam kumpulannya
sebelum mereka pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan.
(c) berada bersama kumpulan tersebut sehingga kerja tersebut disiapkan dan setiap adalah bebas dari landasan berkenaan atau sehingga beliau diganti oleh orang lain berkelayakan untuk bertindak sebagai PYMK. Dalam hal ini beliau memperkenalkan penggantinya kepada setiap orang di dalam kumpulannya.
orang yang mestilah
4.3 TUGAS PYMK - UNTUK MEMUTUSKAN KEPERLUAN PERLINDUNGAN PENGAWAS
4.3.1 Prinsip
(a) Adalah lebih selamat untuk menjalankan kerja di atas atau berhampiran dengan landasan apabila ianya ditutup untuk semua trafik. Jika ini tidak diaturkan, setiap orang yang bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan mestilah diberi peringatan yang secukupnya tentang kedatangan tren-tren, termasuk semua pergerakan di dalam kawasan pemilikan, bagi membolehkannya sampai ke suatu tempat yang selamat.
(b) Sebelum sesuatu kerja bermula di atas atau berhampiran dengan landasan PYMK mestilah memutuskan tentang perlunya Perlindungan Pengawas. Di dalam beberapa keadaan (seperti disebutkan dalam Fasal 4.3.2) Perlindungan Pengawas adalah SENTIASA diperlukan. Dalam lain-lain keadaan, PYMK mestilah menentukan sama ada ianya diperlukan atau tidak. (Seperti disebutkan dalam Fasal 4.3.3 di bawah).
(c) Bila mana Perlindungan Pengawas diperlukan, ianya mestilah diperuntukkan seperti yang disebutkan di dalam Fasal 4.4 dan 4.5 di bawah. Bagaimana pun sekiranya ini tidak praktikal OLEH SESUATU SEBAB, pergerakan tren-tren mestilah diberhentikan (seperti yang disebutkan dalam Fasal 4.7 di bawah).
(d) Jika PYMK itu berpuashati bahawa kerja tersebut boleh dilakukan dengan selamat tanpa Perlindungan Pengawas, beliau mestilah terlebih dahulu menentukan bahawa setiap orang faham apa yang dikehendaki untuk memastikan keselamatan setiap orang (seperti disebutkan dalam Fasal 4.7 di bawah).
4.3.2 Bila mana perlindungan Pengawas SENTIASA diperlukan
Perlindungan Pengawas SENTIASA diperlukan di bawah keadaan-keadaan yang berikut:
(a) bila mana sekurang-kurangnya 30 saat waktu amaran diperlukan, atau
(b) bila mana kurang dari 30 saat waktu amaran diperlukan tetapi ianya tidak memungkinan
setiap orang memandang kerap kali bagi memastikan terdapatnya isyarat amaran yang mencukupi berhubung dengan kedatangan tren-tren untuk membolehkan mereka sampai ke suatu tempat yang selamat, atau
(c) bila mana melibatkan jentera-jentera kejuruteraan atas landasan (melainkan pengecualian diberikan oleh Jurutera Awam), atau
(d) bila mana dikehendaki oleh arahan-arahan tempatan atau
(e) apabila mana kerja tersebut perlu dilaksanakan pada waktu gelap, kabus, hujan lebat atau dalam terowong atau
(f) jika PYMK yang berada dalam keadaan meragukan tentang perlunya Perlindungan Pengawas diadakan.
4.3.3 Apabila PYMK memutuskan tentang perlunya perlindungan Pengawas
Selain dari keadaan-keadaan yang disebutkan di dalam Fasal 4.3.2 di atas PYMK mestilah memutuskan tentang perlunya Perlindungan Pengawas, mengikut keadaan berikut:
(a) masa minima yang diperlukan bagi setiap orang di dalam kumpulannya untuk:
- menyedarkan tentang kedatangan sesebuah tren.
- memberhentikan kerja.
- mengalihkan perkakas atau peralatan yang boleh membahayakan.
- tiba ke tempat yang selamat.
(b) MASA amaran minima yang diperlukan untuk kerja jenis ringan ialah 15 saat, dan untuk semua kerja lain MASA amaran minima ialah 30 saat. Dalam mana-mana hal, MASA ini mestilah ditambah bila mana terdapat keadaan-keadaan berikut yang menyebabkannya perlu : (lihat Rajah 6B).
- cara mana setiap orang di dalam kumpulannya tentang kedatangan tren-tren.
- jenis kerja, perkakas dan peralatan yang digunakan.
- bilangan, umur dan pengalaman ahli kumpulan tersebut
- lokasi kedudukan yang selamat dan tentang kewujudan telusan terhad.
- jarak penglihatan.
- keadaan cuaca.
- keadaan berlumpur.
- bunyi bising yang disebabkan oleh kerja dan apa-apa bunyi latar.
(c) Di mana aktiviti-aktiviti kumpulannya memerlukan MASA amaran yang berlainan, amaran yang lebih lama hendaklah digunakan.
MASA
(d) PYMK mestilah juga memastikan HAD KELAJUAN tren-tren yang datang, ianya mestilah dianggap sebagai had kelajuan yang dibenarkan untuk tren-tren tidak bergantung sepenuhnya ke atas:
- semboyan-semboyan pada kedudukan Bahaya atau Amaran atau
- lintasan rata yang dibuka kepada pengguna jalan raya atau
- tren-tren berhenti di stesen-stesen atau
- had kelajuan sementara atau kecemasan melainkan yang telah dikenakan berkaitan dengan kerja yang terlibat.
(e) Dengan mengambil kira MASA amaran yang diperlukan untuk kerja terlibat dan HAD KELAJUAN tren-tren yang mendatang, PYMK mestilah kemudiannya menentukan JARAK dari mana tren-tren boleh dilihat dengan jelas. Panduan dalam menentukan JARAK ini adalah diberikan di dalam Carta Jarak Penglihatan, satu contoh berkenaan dengannya adalah ditunjukkan di dalam Rajah 6B.
(f) Jika didapati tidak mungkin bagi setiap orang di dalam kumpulannya dapat melihat dengan jelas tren-tren yang mendatang pada JARAK ini dari tempat kerja, PYMK mestilah memikirkan keperluan Pengawas Perlindungan.
4.3.4 Kegunaan Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) (BATAL)
Bila mana terdapat Sistem Amaran Kendalian Tren (lihat nota 3.5), PYMK mestilah mengaturkan untuk menggunakannya bila mana praktikal, sama ada atau tidak Perlindungan Pengawas telah diaturkan.
4.4 Tugas PYMK - Apabila mengatur perlindungan PENGAWAS
4.4.1 Penempatan Pengawas
Apabila Perlindungan Pengawas disediakan, PYMK mestilah memutuskan bilangan Pengawas yang diperlukan dan menempatkan tempat kerja mereka supaya amaran yang cukup berhubung dengan kedatangan tren-tren akan diterima oleh setiap orang yang dilindungi. Semasa sistem kerja Landasan Tunggal pada Landasan Dwi-Arah dalam kawasan BLL dan bila ada keperluan lain beliau mestilah menentukan bahawa amaran yang cukup diberikan tentang kedatangan tren-tren dari mana-mana arah. Apabila menempatkan Pegawas-Pengawas, beliau mestilah juga mengambil perhatian tentang keselamatan mereka.
4.4.2 Bunyi bising daripada loji mekanikal atau dari sumber-sumber lain
Apabila bunyi bising timbul hasil daripada penggunaan loji mekanikal atau sumbersumber lain, PYMK mestilah mengaturkan supaya amaran berhubung dengan kedatangan tren-tren diberikan melalui:
(a) mana-mana peranti amaran yang ada pada loji tersebut atau
(b) amaran dengan sentuhan oleh Pengawas.
Amaran melalui sentuhan Pengawas tidak boleh diadakan bagi menggantikan
peranti amaran yang rosak pada loji berkenaan.
4.4.3 Pengawas mestilah kompeten dan berkeadaan lengkap
PYMK mestilah menentukan bahawa setiap Pengawas ada bersamanya satu Sijil kecekapan yang terkini KTMB 040, diberikan kelengkapan sempurna, memakai toha PENGAWAS dan diakui cekap mengendalikan mana-mana peralatan amaran khas yang akan digunakan. Satu contoh Borang Syarikat adalah ditunjukkan di dalam Rajah 8B.
4.4.4 Bila mana lebih dari dua kumpulan
Bila mana lebih dari dua kumpulan kerja bersama dan didapati perlu untuk mengatur Perlindungan Pengawas secara kongsi, PYMK bagi setiap kumpulan mestilah berbincang serta bersetuju tentang aturan perlindungan. Mereka mestilah kemudiannya memastikan bahawa Pengawas tapak faham kepada siapa beliau bertanggungjawab. Setiap PYMK mestilah memperkenalkan kepada setiap orang dalam kumpulannya mengenai identiti Pengawas tapak berkenaan.
4.5 Tugas-tugas PYMK - Apabila pekerja-pekerja bekerja dengan perlindungan PENGAWAS
4.5.1 Peraturan hendaklah disiapkan
PYMK tidak boleh membenarkan sesuatu kerja dimulakan sehinggalah aturan-aturan untuk menyediakan Perlindungan Pengawas selesai dan, sejauh mana praktikal, beliau telah menguji aturan-aturan tersebut bagi memastikan bahawa isyarat amaran yang cukup boleh diberikan. Sebagai tambahan, beliau mestilah menentukan bahawa setiap orang yang akan diberi perlindungan sedar cara Pengawas itu memberi amaran dan tempat keselamatan yang beliau mesti pergi apabila isyarat amaran diberikan. Beliau mestilah juga menguji aturanaturan tersebut untuk memastikan isyarat amaran tersebut berkesan.
4.5.2 Sebelum sesuatu kerja bermula atau disambung semula
PYMK tidak boleh membenarkan sesuatu kerja dimulakan atau disambung semula selepas laluan sesebuah tren sehinggalah didapati selamat untuk berbuat demikian.
4.5.3 Pengawas tidak boleh diganggu
PYMK mestilah menentukan bahawa Pengawas tidak mempunyai tanggungjawab lain, atau mengambil apa-apa bahagian dalam kerja tersebut, atau diganggu semasa kerja sedang diteruskan.
4.5.4 PYMK tidak boleh menjadi Pengawas
PYMK tidak boleh bertindak sebagai Pengawas.
4.6 Tugas PYMK - apabila perlindungan Pengawas diperlukan tetapi tidak boleh
diaturkan.
4.6.1 Laluan tren-tren hendaklah dihentikan bila perlu
Apabila Perlindungan Pengawas diperlukan tetapi tidak boleh diaturkan kerana kekurangan kakitangan atau alat kelengkapan kerja tidak boleh dimulakan atau diteruskan di atas atau berhampiran dengan landasan melainkan betul-betul perlu dan itu pun jika selepas PYMK telah membuat aturan supaya laluan tren-tren pada landasan yang berkenaan dihentikan.
4.6.2 Perlindungan hendaklah diaturkan
PYMK mestilah membuat aturan supaya peletup-peletup dan lain-lain perlindungan disediakan mengikut Seksyen 'J', Bahagian II Panduan Kerja Am. Walau bagaimana pun jika landasan tersebut masih di dalam pemilikan, bahagian landasan berkenaan mestilah dianggap sebagai satu tapak kerja di dalam pemilikan tersebut (dan mestilah ditunjukkan melalui papan-papan tanda jika dikehendaki mengikut Panduan Kerja Am Seksyen 'J', Bahagian III). Jika perlu, kerja mestilah ditangguhkan dan tidak boleh disambung semula sehinggalah aturan perlindungan seumpama itu telah siap.
4.6.3 Aturan apabila pekerja-pekerja dipanggil untuk membaiki kerosakan dan lainlainnya
(a) Fasal 4.6.2 tidak boleh dipakai jika Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren telah memanggil pekerja-pekerja untuk bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan. Sebelum kerja seumpama itu dimulakan, PYMK mestilah memperolehi sendiri jaminan Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan tren-tren telah dihentikan pada landasan berkenaan. Jika perlu, beliau mestilah menunggu sehingga Operator PKT atau Pengurus Stesen telah mendapat satu masa yang sesuai supaya laluan tren-tren dihentikan dan kemudiannya dapatkan jaminan ini.
(b) PYMK mestilah mendapatkan kata persetujuan Operator PKT atau Pengurus Stesen, landasan mana yang ditutup untuk trafik dan sama ada terdapat lain-lain landasan yang masih bebas. Bila mana praktikal, beliau mestilah menandatangan timbal di sisi catatan yang dibuat dalam Buku Daftar Tren. Jika tidak, beliau mestilah meminta Operator PKT atau Pengurus Stesen membacakan semula catatan tersebut, dan setelah berpuashati bahawa ianya betul, beliau mestilah menyebutkan nama, jabatan, tempat dari mana beliau bercakap dan waktunya.
(c) PYMK mestilah memaklumkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen bila tren-tren disambung semula.
laluan
4.7 Tugas PYMK - Apabila pekerja-pekerja bekerja tanpa perlindungan PENGAWAS
4.7.1 Setiap pekerja bertanggungjawab terhadap keselamatan dirinya sendiri
Sebelum membenarkan sesuatu kerja dimulakan di atas atau berhampiran sesuatu landasan di mana Perlindungan Pengawas tidak diperuntukkan, PYMK mestilah menentukan bahawa:
(a) semuanya faham bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab bagi keselamatan dirinya sendiri dan mestilah memandang selalu untuk memastikan bahawa terdapat isyarat amaran yang cukup tentang kedatangan tren-tren bagi membolehkannya tiba ke tempat yang selamat.
(b) semuanya telah maklum tentang had kelajuan tren-tren yang dibenarkan dan arah- arah yang biasanya tren-tren itu mendatang pada setiap landasan.
(c) semuanya tahu tentang tempat yang selamat yang mesti ditujui bila sesebuah tren mendatang.
4.7.2 Jika laluan tren-tren dihentikan
Jika laluan tren-tren telah diberhentikan (seperti yang disebutkan di dalam Fasal 4.6), PYMK mestilah menentukan bahawa setiap orang tahu landasan yang manakah yang ditutup kepada pergerakan tren-tren dan sama ada terdapat mana-mana landasan lain yang masih bebas.
4.8 Tugas PYMK - apabila kerja dijalankan pada atau berhampiran sesuatu landasan di pemilikan
dalam
4.8.1 Apabila kerja dijalankan pada atau berhampiran dengan sesuatu landasan di dalam pemilikan, PYMK mestilah faham bahawa pemilikan tersebut mungkin diminta diserahkan semula tanpa amaran. Beliau mestilah menentukan bahawa satu sistem kerja yang selamat yang tidak bergantung kepada aturan-aturan pemilikan diselenggarakan.
4.8.2 PYMK walau bagaimana pun, bolehlah bersandarkan kepada peraturan pemilikan bila kerja hendak dibuat di sesuatu tapak kerja di bawah kawalan seorang Penyelia Kejuruteraan dengan syarat aturan-aturan berikut dilaksanakan:
(a) sebelum kerja tersebut dimulakan (atau sebelum mengambil alih tugas kerja yang dimulakan), PYMK mestilah menandatangani Sijil Penyelia Kejuruteraan.
telah
(b) PYMK mestilah juga menandatangani Sijil ini apabila kerja tersebut telah siap atau jika kerja tersebut perlu diteruskan selepas tapak kerja tersebut diserahkan semula, sebaik sahaja beliau telah memastikan bahawa satu sistem kerja yang selamat dilaksanakan supaya tren-tren yang mendatang di landasan laju tidak akan membahayakan sesiapa.
4.9 Tugas-tugas Pengawas
4.9.1 Kecekapan
Seorang pekerja yang dilantik sebagai Pengawas mestilah disahkan cekap.
4.9.2 Alat kelengkapan
Pengawas mestilah memakai pada lengan kirinya satu toha putih dengan perkataan PENGAWAS bertulis merah. Beliau mestilah ada bersama-samanya:
- satu wisel/hon.
- sekurang-kurangnya enam butir peletup.
- satu bendera merah dan satu bendera hijau pada waktu siang.
- satu bendera berpetak biru dan putih.
- satu lampu tangan yang boleh mempamerkan cahaya merah dan hijau pada waktu
gelap.
- satu Sijil Kecekapan yang terbaru.
4.9.3 Penempatan Pengawas
Pengawas mestilah mengambil tempat seperti yang diarahkan oleh PYMK dan berada di situ sehingga diberitahu oleh PYMK bahawa kerja tersebut telah siap dan setiap orang adalah bebas dari landasan atau beliau diganti oleh Pengawas yang lain. Kecuali apabila diganti, beliau tidak boleh meninggalkan tempatnya semasa kerja tersebut diteruskan.
4.9.4 Berkeadaan waspada
Pengawas mestilah berwaspada terhadap kedatangan tren-tren dan jangan biarkan perhatiannya terganggu atau mengambil bahagian dalam kerja tersebut.
4.9.5 Apabila sesebuah tren mendatang
Apabila sesebuah tren mendatang, Pengawas mestilah dengan serta merta memberi isyarat amaran dengan membunyikan wisel/hon atau jika perlu dengan menjerit. Jika sesiapa yang diberi perlindungan gagal untuk memperakui isyarat amaran ini dengan sertamerta mengangkat sebelah tangan di atas kepalanya dan beredar ke satu tempat yang selamat, satu isyarat amaran segera mestilah diberi melalui beberapa turutan bunyi wisel/hon pendek dan nyaring sehinggalah setiap orang telah beredar ke suatu tempat yang selamat.
4.9.6 Amaran melalui sentuhan
Bila mana isyarat amaran diberi melalui sentuhan, Pengawas berkenaan mestilah dengan serta merta memberi isyarat amaran seumpama itu apabila sesebuah tren mendatang dan ulangi isyarat amaran tersebut kepada sesiapa yang tidak bergerak dengan serta merta ke suatu tempat yang selamat.
4.9.7 Pengawas jarak jauh atau jarak perantaraan
Bila mana seorang Pengawas jarak jauh/perantaraan diperlukan untuk memberitahu kedatangan tren kepada Pengawas tapak melalui isyarat semboyan tangan, beliau mestilah berbuat demikian dengan mengibarkan satu bendera berpetak biru dan putih dengan perlahan-lahan dari kiri ke kanan di atas kepala sehinggalah diperakui. Pengawas tapak mestilah memberi perakuan ini dengan mengibarkan bendera berpetak biru dan putih di atas kepalanya. Bila mana lebih dari dua Pengawas tapak, setiap Pengawas mestilah terus memberi perakuan ini sehingga Pengawas Jarak Jauh/Perantaraan telah melihat bahawa isyarat semboyan tangannya diperakui oleh semua Pengawas tapak.
Nota : Isyarat semboyan tangan ini hanya boleh diberi pada waktu siang dengan syarat penglihatan baik.
4.9.8 Jika tidak dapat memberi perlindungan yang cukup
Pengawas mestilah membunyikan isyarat amaran jika beliau tidak dapat memberi perlindungan yang cukup disebabkan:
(a) seseorang bergerak terlampau jauh, atau
(b) beliau tidak dapat diperuntukkan), atau
melihat
Pengawas
di
jarak
jauh/perantaraan
(bila
mana
(c) beliau perlu berhenti sebentar dari menjalankan tugas-tugas Pengawas, atau
(d) ada sebab-sebab lain. Bila mana semuanya telah bebas, beliau mestilah PYMK.
memberitahu
4.10 Tugas-tugas pekerja - apabila bekerja di bawah perlindungan Pengawas.
4.10.1 Jangan mulakan kerja sehingga di dapati selamat untuk berbuat demikian
Seseorang pekerja tidak boleh memulakan kerja sehingga:
(a) beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ia adalah selamat untuk berbuat demikian.
(b) beliau betul-betul faham bagaimana, Pengawas itu akan memberi isyarat amaran tempat yang selamat yang beliau mesti pergi bila isyarat amaran diberikan.
dan
4.10.2 Apabila Pengawas memberi isyarat Amaran
Apabila Pengawas memberi isyarat amaran, setiap pekerja yang dilindungi mestilah dengan serta merta memperakui isyarat amaran itu dengan mengangkat sebelah tangan di atas kepalanya dan pergi ke tempat yang selamat. Beliau mestilah berada di tempat yang selamat itu sehinggalah PYMKnya mengisyaratkan yang kerja itu boleh disambung semula.
4.10.3 Pengawas tidak boleh diganggu
Seseorang pekerja tidak boleh mengganggu Pengawas.
4.10.4 Jika perlindungan pengawas tidak mencukupi
Jika, oleh sesuatu sebab, Pengawas tidak kelihatan lagi, atau jika isyarat amarannya
tidak
mungkin kedengaran, setiap pekerja yang dilindungi mestilah dengan serta merta pergi ke tempat yang selamat dan PYMKnya mestilah diberitahu.
4.10.5 Bila mana sistem amaran kendalian tren (SAKT) digunakan
Bila mana Sistem Amaran Kendalian Tren (SAKT) juga digunakan, setiap pekerja mestilah dengan serta merta pergi ke tempat yang selamat bila sahaja bunyi AMARAN yang berterusan diberikan atau Pengawas memberi isyarat amaran, mengikut mana yang diterimanya dahulu.
4.11 Tugas-tugas setiap pekerja - apabila bekerja tanpa perlindungan Pengawas.
4.11.1 Jangan memulakan kerja sehinggalah didapati selamat untuk berbuat demikian
Setiap pekerja yang bekerja di atas atau berhampiran landasan tanpa Perlindungan Pengawas adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan dirinya sendiri. Beliau tidak dibenarkan memulakan kerja sehingga:
(a) beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ianya selamat untuk berbuat demikian.
(b) beliau tahu akan had kelajuan tren-tren dan dari arah mana yang tren-tren biasanya akan mendatang.
(c) beliau faham dengan jelas akan tempat keselamatan yang beliau mesti pergi bila sesebuah tren mendatang.
4.11.2 Sentiasa berwaspada terhadap tren-tren yang mendatang
Setiap pekerja mestilah sentiasa memandang perhatian untuk menentukan bahawa terdapat isyarat amaran yang cukup tentang kedatangan tren-tren bagi membolehkannya pergi ke tempat yang selamat.
4.11.3 Apabila tren mendatang
Beliau mestilah mematuhi peruntukan Fasal 3 di atas tetapi apabila sesebuah tren
mendatang, beliau mestilah juga memberi isyarat amaran kepada sesiapa yang berhampiran. Walau bagaimana pun beliau tidak boleh bersandarkan kepada orang lain untuk memberi isyarat amaran tentang kedatangan sesebuah tren. Beliau tidak boleh menyambung semula kerjanya sehinggalah beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ianya selamat untuk berbuat demikian.
4.11.4 Aturan pengawasan yang tidak dibenarkan
Tidak sesiapa pun selain dari seorang Pengawas yang dilantik dengan sempurna dibenarkan untuk mengawasi kakitangan lain ataupun seseorang kakitangan tidak boleh bersandarkan kepada aturan yang seumpama itu.
5. TUGAS AM BAGI PEKERJA YANG BERADA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN
5.1 Perjalanan dalam tren, kabin memandu, kompatmen brek atau van brek
5.1.1 Tidak sesiapa pun selain dari pekerja yang dalam tempoh menjalankan tugasnya dibenarkan membuat perjalanan dalam tren, kabin memandu atau van brek kecuali seperti berikut:
(a) dalam kabin memandu pada mana-mana tren.
- pemegang kepada suatu pas kabin memandu (mengikut syarat-syarat yang dicatatkan di atas pas tersebut).
- pelansir semasa menjalankan tugas-tugas lansiran.
- kru tren dalam perjalanan semasa bertugas (hanya dipakai bila tidak terdapat lain-lain kemudahan tempat dan di dalam mana-mana kabin memandu selain dari kabin memandu yang mana tren itu sedang dipandu).
(b) di dalam koc penumpang pada tren-tren penumpang.
- pemegang tiket, pas atau permit yang sah.
- kru tren dalam perjalanan semasa dalam tugas.
(c) di dalam kompatmen brek atau van brek pada tren penumpang.
- pemegang sesuatu pas kuasa yang sah di dalam kompatmen brek atau van brek.
- orang-orang cacat di atas kerusi roda.
- kru tren dalam perjalanan semasa bertugas (hanya dipakai bila tiada lain-lain kemudahan tempat).
- orang-orang yang dibenarkan bekerja dengan menggunakan teroli katering (dengan syarat Gad tidak terganggu dalam menjalankan tugasnya).
(d) di dalam tren stok kocing kosong.
- kru tren dalam perjalanan semasa menjalankan tugas.
- kakitangan Syarikat atau lain-lain kakitangan yang dikehendaki membuat perjalanan berhubung dengan kerja tren berkenaan (hanya dipakai pada tren-tren yang disiarkan di dalam Jadual Waktu Kerja atau Notis Tren Khas untuk membawa kakitangan tersebut; seorang Gad mestilah disediakan jika bukan kakitangan Syarikat menaikinya).
- Setiap pekerja lain dalam perjalanan semasa menjalankan tugas mereka ke atau dari tempat mereka bekerja (hanya dipakai bila mana dibenarkan).
(e) di dalam tren-tren bungkusan atau pos.
- pemegang-pemegang pas atau permit yang sah untuk Tren Bungkusan atau Tren Pos.
(f) di dalam tren barang.
- pemegang-pemegang pas kuasa yang sah untuk kompatmen brek atau van brek dipakai di dalam van brek yang dinaiki oleh Gad).
(hanya
- pengiring untuk pergerakan-pergerakan khas (sebagaimana yang diberi di dalam Arahan-Arahan Khas Syarikat).
5.1.2 Apabila dibenarkan oleh Pengurus Stesen, seorang daripada kakitangannya dalam hal-hal kecemasan boleh menaiki Kabin memandu, van brek atau tren penumpang di dalam tempat yang berkenaan dan di perantaraan stesen-stesen berhampiran.
5.1.3 Tidak lebih daripada empat orang (termasuk Pemandu dan Pemandu Rendah) dibenarkan berada di dalam kabin memandu di mana Pemandu sedang memandu unit traksi atau trennya melainkan telah diberi kebenaran khas oleh Pengurus Besar, Operasi Tren.
5.1.4 Seseorang pekerja yang membuat perjalanan di dalam kabin memandu dilarang mengganggu Pemandu dari menjalankan tugasnya dengan sempurna.
5.2 Unit traksi tidak boleh digerakkan oleh orang yang tidak berkelayakan
Sesuatu unit traksi mestilah digerakkan di bawah kuasanya sendiri oleh seorang yang telah lulus dan cekap untuk memandu jenis kenderaan berkenaan atau oleh seorang yang dibenarkan di bawah pengawasan langsung seorang Pengajar atau Pemandu.
5.3 Bekalan dan kegunaan Peletup
5.3.1 Peletup mestilah diselenggarakan dengan sempurna.
5.3.2 Peletup-peletup mestilah diikat pada pertengahan kepala rel dengan melentikkan klip ke bawah bebibir rel. Orang yang meletakkan peletup mestilah mengelakkan dari berdiri di tempat yang ada risiko kecederaan melalui serpihan yang berterbangan dan mestilah mengisyaratkan kepada yang lain yang berada di persekitaran supaya beredar jauh sekurang-kurangnya 30 meter.
5.3.3
Setiap pekerja yang dibekalkan dengan peletup adalah bertanggungjawab untuk menyimpannya dengan baik dan menentukan bekalannya. Peletup-peletup yang dihantar melalui tren penumpang mestilah diserahkan kepada Gad berkenaan.
5.3.4 Peletup yang menunjukkan tanda-tanda karat, rosak atau reput (dan mana-mana baki peletup yang tinggal di dalam bekas yang sama) dan peletup-peletup melebihi lima tahun hayatnya mestilah dikembalikan kepada pihak yang mengeluarkannya dengan serta merta. Bulan dan tahun pembuatan adalah ditunjukkan di atas setiap bekas peletup. Peletup mestilah diperiksa setiap tahun.
5.3.5 Jika sesuatu peletup gagal meletup atau serpihan yang melayang menyebabkan kecederaan, peletup atau serpihan tersebut dan mana-mana baki peletup di dalam bekas yang sama mestilah dipulangkan kepada pihak pengeluaran dengan serta merta bersama satu laporan berkenaan dengannya.
5.3.6 Peletup-peletup mestilah diuruskan dengan cermat dan tidak boleh disalah guna. Ianya tidak boleh dibawa dengan kenderaan yang digunakan oleh orang awam. Sebarang kecurian atau salah guna mestilah dilaporkan kepada Pengurus Wilayah. Jika beliau mengganggap insiden tersebut serius hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Polis.
5.4 Klip operasi litar landasan
5.4.1 Bila dipasang dengan kemas pada sebelah atas sesuatu rel larian, Klip Operasi Litar Landasan akan kendalikan litar landasan dan memberi satu cara melindungi halangan dengan serta merta pada sesuatu Litar Landasan. Ini mestilah digunakan bila perlu untuk melaksanakan perlindungan.
5.4.2 Penggunaan klip tidak akan menggantikan atau mengurangkan keutamaan bagi penggunaan mana-mana alat perlindungan lain yang diperlukan.
5.4.3 Klip-klip tidak boleh dialihkan dari landasan berkenaan sehinggalah cara kerja biasa disambung semula atau perlindungan lain telah diberikan. Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah diberitahu apabila klip tersebut telah dialihkan.
5.5 Semboyan tangan
5.5.1 Ukuran bendera mestilah tidak kurang dari 61 cm kali 40 cm dan mestilah berkeadaan dan berwarna terang.
bersih,
5.5.2 Pada waktu siang apabila penglihatan baik, isyarat semboyan tangan mestilah diberikan dengan menggunakan bendera atau jika dibenarkan dengan mengangkat atau menggerakkan tangan. Pada waktu gelap, kabus atau hujan lebat dan di waktu siang bila penglihatan kabur, semua isyarat semboyan tangan mestilah diberi dengan lampu tangan.
5.5.3 Setiap isyarat semboyan tangan mestilah diberi dengan terang dan jelas tetapi mestilah berhatihati untuk menentukan bahawa ianya diberikan kepada orang yang dimaksudkan sahaja. Bendera atau lampu mestilah dipegang dengan sempurna (melainkan ada cara lain ditunjukkan) dan tidak diletakkan ke bawah atau di mana-mana tempat kecuali bila ianya menunjukkan sesuatu halangan atau gerabak yang tidak boleh digerakkan atau poin-poin yang telah disetkan untuk cara kerja Landasan Tunggal.
5.5.4 Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa isyarat semboyan tangan tidak bercanggah secara tidak sengaja dengan aspek Bahaya bagi mana-mana semboyan henti yang berdekatan dan mengelirukan Pemandu melepasi semboyan pada kedudukan Bahaya tanpa kebenaran.
5.5.5 Bendera dan lampu tangan mestilah sentiasa berkeadaan bersih.
5.6 Isyarat semboyan tangan Bahaya
5.6.1 Isyarat semboyan tangan merah menunjukkan BAHAYA - BERHENTI dan kecuali sebagaimana yang dibenarkan berhubung dengan ujian brek automatik, isyarat semboyan tangan ini hanya digunakan bila perlu untuk memberhentikan tren atau pergerakan.
5.6.2 Bila mana tiada bendera merah, isyarat semboyan tangan Bahaya hendaklah diberikan dengan mengangkat kedua belah tangan di atas kepala atau bila menaiki sesebuah gerabak, dengan menggerakkan semboyan tangan naik dan turun. Bila lampu merah tiada, isyarat semboyan tangan Bahaya hendaklah diberikan dengan mengibarkan apaapa lampu dengan galaknya.
5.6.3 Mana-mana tren atau pergerakan mestilah diberhentikan dengan serta merta bila mana sesuatu isyarat semboyan tangan Bahaya yang dimaksudkan kepadanya dipamerkan.
5.7 Perlindungan dengan mengekalkan semboyan-semboyan pada kedudukan Bahaya.
Bila didapati perlu untuk mengekalkan sesuatu semboyan pada kedudukan Bahaya untuk melindungi sesuatu landasan yang terhalang oleh sesuatu kemalangan, kegagalan, insiden di luar jangka dan lain-lain, atau kerja kejuruteraan, atau yang berhubung dengan pengasingan arus traksi, semboyan ini boleh dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak terlibat dengannya dengan syarat ianya selamat untuk berbuat demikian.
5.8 Mengawal poin-poin
5.8.1 Apabila poin-poin hendak dikawal untuk keselamatan pergerakan, ianya mestilah dipasang kukuh dengan pencengkam (klip poin) untuk pergerakan dari mana-mana arah.
5.8.2 Bahagian Kejuruteraan Raya mestilah memperuntukkan kakitangan yang perlu apabila poin hendak dilindungi berhubung dengan kerja kejuruteraan.
poin-
5.8.3 Apabila poin-poin dipasang pada sesuatu landasan larian tetapi tidak disambungkan kepada panel semboyan atau rak bumi yang terdekat atau apabila poin-poin di sesuatu landasan larian yang tidak digunakan tetapi tidak dialihkan dengan serta merta, ianya mestilah dilindungi dan dikecualikan dari penggunaan seperti yang disenaraikan di dalam Appendiks kepada Panduan Kerja Am. Aturan dan arahan berhubung dengan pergerakan ke atas poin-poin tidak meliputi poin-poin seumpama ini.
5.9 Gerabak-gerabak rosak
5.9.1 Seseorang pekerja Bahagian Kejuruteraan dan Penyenggaraan yang mendapati bahawa sesuatu gerabak perlu dibaiki mestilah meletakkan label yang sesuai pada kedua-dua belah gerabak tersebut seperti mana yang terdapat dalam arahan bahagian. Jika gerabak tersebut didapati tidak selamat untuk perjalanan, beliau mestilah juga memberitahu Gad, Pelansir atau orang yang menjaga mengikut kesesuaian.
5.9.2 Jika seseorang pekerja, selain dari seorang pekerja yang dibenar dan Penyenggaraan Kejuruteraan yang dibenarkan, melindungi atau mengalih sesuatu label TIDAK BOLEH PERGI atau label SAKIT, beliau boleh didakwa.
5.10 Penceroboh
5.10.1 Selain dari pekerja yang sedang menjalankan tugasnya atau yang sedang menggunakan sesuatu laluan yang dibenarkan untuk pergi ke atau dari tempat kerjanya atau seseorang yang memiliki kuasa yang membenarkannya berada di kawasan kereta api yang berkenaan, lain-lain orang yang berada di kawasan kereta api hendaklah dianggap sebagai penceroboh.
5.10.2 Seseorang penceroboh mestilah diminta untuk memberikan nama dan alamatnya dan mestilah diberitahu untuk meninggalkan premis kereta api melalui jalan yang paling selamat dan diberi amaran supaya tidak menceroboh lagi. Peristiwa berkenaan mestilah dilaporkan. Jika beliau enggan pergi, pihak Polis hendaklah dipanggil. Polis hendaklah juga dipanggil bila terdapat penceroboh yang degil atau kerosakan kepada premis kereta api.
5.11 Pekerja-pekerja yang masuk dan keluar dari gerabak-gerabak penumpang yang tidak dalam perkhidmatan
Apabila masuk dan keluar dari sesebuah Koc Penumpang yang tidak dalam perkhidmatan, setiap pekerja mestilah menentukan bahawa pintu-pintunya sentiasa ditutup dengan betul. Pada sesuatu gerabak yang mempunyai pintu kendalian kuasa automatik, beliau tidak boleh mengendalikan mana-mana kunci `pelepas' kecuali yang telah diperuntukkan untuk kegunaan oleh kru tren. Pemegang-pemegang kunci kecemasan dalam dan luar tidak boleh digunakan untuk tujuan ini.
6. TUGAS AM PEKERJA APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN LANDASAN
6.1 Kerja yang menjejaskan keselamatan landasan.
Seseorang pekerja tidak boleh memulakan kerja yang boleh menjejaskan keselamatan landasan, atau menggunakan kren atau lain-lain alat mekanikal yang boleh mengendala atau menghalang landasan berkenaan sehinggalah beliau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh orang yang menjaganya. Yang terlebih dahulu mestilah menentukan bahawa peruntukan-peruntukan yang bersesuaian bagi Seksyen 'H' dan 'J' Panduan Kerja Am telah dipatuhi.
6.2 Kerja di atas atau berhampiran landasan
6.2.1 Alat-alat atau perkakas yang ditinggalkan mestilah bebas dari landasan dan tidak ditinggalkan dalam sekitaran 2 meter dari rel semasa laluan sesebuah tren melainkan tidak terdapat kemungkinan ianya dibawa oleh arus gelincir laluan tren.
6.2.2 Apabila bekerja di atas atau berhampiran landasan, seseorang pekerja mestilah sejauh mana yang boleh memastikan bahawa:
(a) perkakas atau peralatan tidak ditinggalkan menghalangi tempat berlindung, tempat rehat, ruang pejalan kaki atau laluan berjalan kaki.
(b) balas atau lain-lain peralatan tidak dibenarkan terkumpul sehingga menghalang atau mengganggu alat persemboyanan atau lintasan rata atau alat kelengkapan tren.
(c) kabel-kabel tidak boleh diganggu dan peralatan mudah terbakar tidak dibenarkan dikumpul berhampiran dengan laluan kabel.
(d) Notis-notis amaran berhubung dengan kabel voltan tinggi dan tanda-tanda yang menunjukkan kabel tidak boleh terhalang dan laluan kabel hendaklah bebas jika berlaku kebakaran di bawahnya.
(e) Palang atau get di lintasan rata suwa ditundukkan atau ditutup dan apa-apa salah dalam hal ini, mestilah dilaporkan, dan lain-lain get yang memberi laluan di sebelah landasan hendaklah ditutup dan, di mana praktikal, dikunci.
laku tepi
(f) Pagar tepi landasan mestilah dalam keadaan baik, mana-mana yang rosak atau hendaklah dibaiki dan butir-butirnya hendaklah dilaporkan kepada Merinyu Urusan
cacat Jalan.
(g) alat-alat yang telah ditempatkan di atas landasan yang menyebabkan halangan tidak boleh ditinggalkan di tepi landasan apabila kerja siap.
6.3 Kerja di atas atau berhampiran poin-poin
6.3.1 Jika seseorang pekerja dikehendaki bekerja di atas atau berhampiran landasan dan ada kemungkinan kecederaan akan berlaku disebabkan oleh kendalian poin-poin, beliau mestilah sebelum memulakan kerja seumpama itu mestilah mengambil langkah-langkah keselamatan berikut:
(a) memberitahu dan mendapatkan persetujuan Operator PKT atau Pengurus Stesen, poin mana yang akan terlibat dan jangka masa yang diperlukan.
(b) mengaturkan diperlukan.
supaya
poin-poin
tersebut
dikendalikan
kepada
kedudukan
yang
(c) melindungi poin-poin tersebut dengan bingkah bagi mengelakkan pergerakan (dalam hal poin-poin kendalian elektrik, Merinyu Semboyan & Komunikasi bolehlah mengasingkan poin-poin).
6.3.2 Semasa kerja tersebut, tren-tren biasanya boleh disemboyankan melalui laluan poin-poin yang diset.
6.3.3 Kerja tersebut mestilah disiapkan atau dihentikan mengikut waktu yang dipersetujui bagi mengelakkan kelewatan kepada tren-tren lain. Bingkah-bingkah mestilah dialihkan (atau poin-poin dikendalikan semula ke cara kerja biasa) dan Operator PKT atau Pengurus Stesen seterusnya diberitahu.
6.4 Kerja dengan tren jurutera
6.4.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan naik dan turun dari sesebuah gerabak yang bergerak melainkan telah dibenarkan berbuat demikian oleh Penyelia Bahagian Kejuruteraan. Beliau tidak boleh berada di dalam sesebuah gerabak yang akan digerakkan melainkan jika beliau boleh melakukannya tanpa menghadapi risiko tercampak keluar atau terjatuh.
6.4.2 Pekerja Bahagian Kejuruteraan boleh menaiki kabin memandu bagi sesebuah tren Jurutera yang bergerak ke hadapan, pada atau dari sesuatu landasan di bawah Pemilikan SAHAJA apabila dibenarkan oleh Pegawai yang menjaga Pemilikan atau Penyelia Kejuruteraan yang menjaga sesuatu kerja tapak. Pekerja berkenaan mestilah memberi maklumat yang perlu kepada Pemandu berhubung dengan lokasi kerja tersebut atau tentang aturan-aturan perlindungan tersebut.
6.5 Bekerja dengan atau berhampiran jentera Jurutera atas landasan
Apabila bekerja dengan atau berhampiran dengan Jentera Jurutera atas Landasan, setiap pekerja mestilah mematuhi arahan-arahan berkaitan dengannya dalam Buku Panduan
Keselamatan Landasan.
6.6 Bekerja dengan kenderaan jalanraya berhampiran dengan landasan
Apabila menjaga sesebuah kenderaan jalanraya berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah mematuhi arahan-arahan di dalam Buku Panduan Kenderaan Jalanraya Pemandu.
6.7 Tugas-tugas rondaan
6.7.1 Bila menjalankan tugas-tugas rondaan, seseorang pekerja Bahagian Kejuruteraan Raya mestilah ada bersamanya sekurang-kurangnya enam butir peletup, satu bendera hijau dan satu bendera merah dan di kawasan-kawasan Litar Landasan, satu Klip Operasi Litar Landasan dan pada waktu gelap atau hujan lebat satu lampu tangan mestilah juga dibawa. Beliau mestilah membuat pemeriksaan mengikut cara yang ditetapkan oleh bahagian itu dan mestilah mencuba semua telefon di mana-mana lintasan rata yang tidak berkawal untuk menentukan ianya dalam keadaan bekerja.
6.7.2 Kakitangan yang membuat pemeriksaan landasan di dalam kawasan Dwi-arah Blok Litar Landasan, di kawasan landasan berkembar mestilah berjalan mengadap arah yang biasa dari mana tren-tren datang dan mestilah mematuhi Fasal 3.3.4 (c) di atas, dan
6.7.3 Sebelum memulakan rondaannya beliau mestilah menghubungi Operator PKT atau Pengurus Stesen dan perolehi jaminan darinya bahawa setiap tren tidak akan dibenar dikendalikan pada arah yang bertentangan melalui bahagian landasan berkenaan sehinggalah Peronda telah sekali lagi melaporkan di semboyan yang ditetapkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen.
6.7.4 Selepas memberi jaminan seumpama itu Operator PKT atau Pengurus Stesen tidak boleh membenarkan mana-mana tren dikendalikan pada arah yang bertentangan melalui landasan berkenaan sehinggalah Peronda tersebut telah melaporkan dari semboyan yang ditetapkan, atau, dalam keadaan berlaku kerosakan telefon di semboyan tersebut, dari mana-mana lokasi lain, dan telah diberi amaran tentang arah pergerakan yang bertentangan itu.
6.7.5 Apabila pergerakan ke arah yang bertentangan itu selamat Peronda berkenaan mestilah sekali lagi berhubung dengan Operator PKT atau Pengurus Stesen. Operator PKT atau Pengurus Stesen berkenaan kemudiannya bolehlah seterusnya memberi jaminan bahawa setiap tren tidak akan dibenarkan bergerak pada arah yang bertentangan dan tidak akan memberi kebenaran untuk Peronda tersebut meneruskan tugasnya dan Peronda hendaklah melaporkan dari semboyan yang ditetapkan berikutnya.
7. TUGAS AM BAGI PEKERJA-PEKERJA DI SEMUA STESEN-STESEN PENUMPANG
7.1 Penumpang dan bungkusan hendaklah berada bebas dari tepi platform
Peralatan stesen, bungkusan, kelangkasar dan kerusi tolak dan lain-lainnya tidak boleh ditinggalkan dalam sekitaran 1.75 meter dari hujung platform. Apabila sesebuah tren hendak berlalu terus tanpa berhenti, penumpang-penumpang mestilah jika boleh diberitahu supaya berdiri jauh dari tepi platform.
7.2 Teroli-teroli dan peralatan stesen dan lain-lainnya hendaklah dilindungi
Apabila tidak dijaga, teroli-teroli dan peralatan mudalih stesen mestilah dilindungi mengikut arahan-arahan yang berkaitan dan kunci-kunci hendaklah dikeluarkan. Mana- mana penumpang yang ada bersamanya kerusi tolak dan lain-lainnya, mestilah jika praktikal, diberitahu untuk menentukan bahawa ianya dipastikan selamat atau diikat dengan kuat (tidak kira jaraknya dari tepi platform) apabila sesebuah tren datang atau berlalu terus tanpa berhenti.
7.3 Penumpang-penumpang naik dan turun dari tren
7.3.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan membuka pintu untuk membenarkan penumpang naik dan turun dari tren yang sedang bergerak dan mestilah menegah mana-mana penumpang yang cuba berbuat demikian.
7.3.2 Jika sesebuah tren berhenti dengan sebahagian daripada koc-kocnya tidak berada di platform, penumpang-penumpang yang terlibat mestilah dinasihatkan dengan serta merta supaya jangan keluar. Mereka mestilah diminta berjalan di dalam tren tersebut sekiranya boleh atau menunggu sehingga tren tersebut digerakkan untuk membolehkan penumpangpenumpang turun.
7.4 Tren penumpang tidak boleh berlepas sebelum jadual
Tren penumpang tidak boleh berlepas dari sesebuah stesen sebelum waktu yang diiklankan.
7.5 Melepaskan tren yang mempunyai pintu kendalian kuasa dari platform stesen yang ada kakitangan bertugas
7.5.1 Kakitangan yang menjaga platform mestilah memberi isyarat semboyan tangan (seperti yang disebutkan dalam Fasal 7.6.1 di bawah) kepada Gad (Pemandu bagi Tren Kendalian
Pemandu sahaja) untuk menunjukkan yang kerja stesen telah siap dan pintuuntuk ditutup. Isyarat ini mestilah diberi melalui penunjuk TUTUP PINTU (bila diperuntukkan).
pintu tersedia mana
7.5.2 Apabila pintu-pintu ditutup, kakitangan yang menjaga platform tersebut mestilah memastikan bahawa pintu-pintu tidak menghalang, tiada sesiapa yang tersangkut pakaian, dan lain-lain dan ianya selamat untuk berlepas. Beliau mestilah kemudiannya:
(a) memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas (seperti yang diperihalkan di dalam Fasal 7.7 di bawah) kepada Gad yang akan menentukan bahawa ianya selamat untuk berlepas sebelum memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu atau
(b) dalam hal Tren Kendalian Pemandu sahaja, hendaklah memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu.
7.6 Tren-tren yang mempunyai pintu-pintu kendalian kuasa berlepas dari platform yang tiada kakitangan
7.6.1 Bila mana tiada terdapat kakitangan stesen (lihat nota di bawah) di platform, sesebuah tren yang mempunyai Pintu-Pintu Kendalian Kuasa boleh berlepas dari stesen tersebut selepas Gad atau Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja, telah melaksanakan prosedur pemeriksaan seperti yang disebutkan dalam Fasal 7.5.2 di atas dan semboyan-semboyan berkenaan mempamerkan aspek maju.
Nota : Apabila tren-tren EMU tiba serentak di sesebuah stesen, kakitangan stesen hendaklah berada pada tren yang berdekatan dengan Pejabat Pengurus Stesen. Tren bukan EMU hendaklah dikendalikan oleh kakitangan stesen diutamakan daripada tren- tren EMU.
7.6.2 Sekiranya sesebuah tren yang mempunyai Pintu-Pintu Kendalian Kuasa berhenti di sesebuah platform tanpa kakitangan, Gad mestilah melaksanakan prosedur-prosedur pemeriksaan seperti yang disebutkan di dalam Fasal 7.5.2 di atas sebelum memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu.
7.7 Semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS
7.7.1 Pada waktu siang, isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS mestilah diberikan melalui satu bendera hijau yang dikibarkan di atas kepala apabila memulakan tren dari paltform penumpang atau dengan sebelah tangan di atas kepala apabila memulakan dari tempat lain. Pada waktu malam atau dalam cuaca gelap, semboyan tangan ini mestilah sentiasa diberikan melalui lampu hijau yang dipegang tetap di atas kepala.
7.7.2 Isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS mestilah dibantu dengan penggunaan
wisel.
7.7.3 Bila mana penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS diperuntukkan, ianya mestilah digunakan oleh kakitangan yang menjaga bagi mengulangi isyarat semboyan tangan Gad SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu. Penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS bila mana diperuntukkan, mestilah digunakan untuk memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja.
7.7.4 Bila mana penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS tidak diperuntukkan dan Pemandu tidak dapat melihat isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS dari Gad, kakitangan yang menjaga mestilah selepas memastikan isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS telah diberikan, seterusnya beri isyarat semboyan tangan kepada Pemandu berkenaan.
7.8 Memulakan tren dari tempat yang ada diperuntukkan semboyan
7.8.1 Bila mana sesuatu semboyan diperuntukkan, jika praktikal pemeriksaan hendaklah dibuat, untuk memastikan bahawa semboyan berkenaan dibebaskan sebelum:
(a) Kakitangan yang menjaga memberi isyarat semboyan tangan untuk menunjukkan bahawa kerja stesen telah siap.
(b) Gad memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS.
(c) kakitangan yang menjaga memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja.
kepada
7.8.2 Bila mana perlu, satu penunjuk "OFF" diperuntukkan bagi membolehkan kakitangan yang menjaga atau Gad berkenaan untuk memastikan bahawa semboyan berkenaan dibebaskan sebelum tren berlepas. Penunjuk ini mengandungi satu tanda berkilau yang menunjukkan perkataan "OFF" bila semboyan yang dimaksudkan itu mempamerkan satu tanda maju. Tiada indikasi yang ditunjukkan bila semboyan berkenaan berada pada keadaan Bahaya.
7.9 Menggerakkan tren sebelum kerja stesen siap
Tren yang telah berhenti di sesebuah stesen tidak boleh digerakkan tanpa kebenaran daripada Pengurus Stesen. Jika didapati perlu untuk menggerakkan tren sebelum kerja stesen siap, semua pintu mestilah ditutup sebelum sesuatu pergerakan dibuat. Jika didapati perlu untuk menggerakkan ke arah sesuatu semboyan yang berkeadaan Bahaya, kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah terlebih dahulu diperolehi dan beliau mestilah diberitahu bila pergerakan itu siap.
7.10 Menggerakkan tren di landasan platform di mana cara kerja "Permissive"
dibenarkan
Kecuali bagi maksud untuk menyambung atau menceraikan gerabak-gerabak, pergerakan mengundur tidak dibenarkan (atau pada Landasan Dwi-Arah atau landasan buntu, pergerakan pada mana-mana arah adalah tidak dibenarkan) walaupun untuk satu jarak yang dekat yang mesti dilaksanakan melainkan semboyan dibebaskan untuk pergerakan itu atau kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen diperolehi (dalam hal yang demikian, beliau mestilah diberitahu bilakah pergerakan itu tamat).
7.11 Menggunakan kenderaan berjentera dan lain-lain di stesen-stesen
7.11.1 Seseorang pekerja tidak boleh mengendalikan kelengkapan berjentera (seperti kereta , traktor, fork-lift dan lain-lain) melainkan beliau telah lulus dan cekap untuk berbuat demikian atau beliau sedang dalam latihan di bawah seorang jurulatih. Seseorang Operator pelatih hanya boleh mengendalikan peralatan tersebut dalam kawasan di luar dari kawasan landasan yang mana setiap tren akan datang dan jauh dari kawasan yang boleh dihubungi oleh orang awam.
7.11.2 Pergerakan bagi alat kelengkapan berjentera di atas mana-mana platform atau kawasan yang boleh dihubungi oleh orang awam mestilah tidak lebih dari kadar kelajuan orang berjalan.
7.11.3 Tiada sesiapa pun selain dari Operator berkenaan dibenarkan menaiki mana-mana peralatan melainkan ianya direka untuk membawa lebih ramai orang.
PAPAN KENYATAAN TELUSAN TERHAD, dengan perkataan “AMARAN, TELUSAN TERHAD” menandakan tempat-tempat telusan yang terhad. Pekerja-pekerja jangan pergi ke tempat sedemikian tanpa menentukan apabila ternampak sahaja tren mendatang, mereka ada masa yang secukupnya untuk beredar ke tempat yang selamat.
Rajah 3B
SEKSYEN 'B'
BAHAGIAN II TUGAS PEKERJA YANG DILANTIK UNTUK BERTUGAS SEBAGAI JURU SEMBOYAN TANGAN ATAU OPERATOR POIN
8. TUGAS JURU SEMBOYAN TANGAN
8.1 Kecekapan
Seseorang pekerja yang dilantik untuk bertugas sebagai Juru Semboyan Tangan mestilah seorang yang cekap.
8.2 Peralatan
Juru Semboyan Tangan mesti ada bersamanya:
(a) satu bendera merah, satu bendera kuning dan satu bendera hijau.
(b) satu lampu tangan yang boleh menunjukkan warna merah, kuning dan hijau.
(c) peletup yang mencukupi.
8.3 Penempatan Juru Semboyan Tangan
8.3.1 Juru Semboyan Tangan mestilah menempatkan dirinya sebagaimana yang diarahkan Pegawai yang disebutkan di bawah: Sebab-sebab perlantikan
Pegawai yang menempatkan juru semboyan tangan
Kerosakan atau melucutkan Semboyan
Operator PKT atau Pengurus Stesen
Persemboyanan Blok Kontingensi
Operator PKT atau Pengurus Stesen
Melindungi kerja kejuruteraan pada landasan Pegawai yang menjaga bukan di bawah Pemilikan Mutlak Had kelajuan tertentu Melindungi landasan yang tersekat melalui Peagwai yang menjaga Pemilikan Mutlak (PYMP) Stesen tanpa kuncikait Lain-lain keadaan diperlukan
oleh
pemilikan
Pengurus Stesen sebagaimana
yang Pegawai-pegawai yang berkenaan.
8.3.2 Juru Semboyan Tangan mestilah berada di tempat bekerja sehinggalah ditarik balik oleh pegawai yang disebutkan di atas (atau penggantinya) atau sehingga Juru Semboyan Tangan itu sendiri diganti.
8.3.3 Apabila dikehendaki bekerja di sesuatu semboyan, di poin-poin, atau di mana-mana, di bawah arahan seorang Pengurus Stesen, Juru Semboyan Tangan mestilah, bila mana alat komunikasi boleh didapati, laporkan ketibaannya di lokasi tersebut kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen.
Bila mana tidak terdapat alat komunikasi dari lokasi tersebut, Juru Semboyan Tangan mestilah melaporkan sendiri kepada Pengurus Stesen dan bertindak mengikut arahannya.
Pengurus Stesen mestilah memberi arahan-arahan yang terang dan jelas kepada Juru Semboyan Tangan dan memastikan bahawa beliau mempunyai peralatan dan borang- borang
yang diperlukan sebelum membenarkannya meneruskan perjalanan ke lokasi
tersebut.
8.4 Penempatan peletup Juru Semboyan Tangan
Peletup mestilah ditempatkan (mengikut Seksyen 'B' ini) pada jarak yang mencukupi dari Juru Semboyan Tangan untuk memastikan bahawa Pemandu mempunyai masa untuk memerhatikan isyarat semboyan tangan berkenaan selepas ianya diletupkan. Bila mana Juru Semboyan Tangan ditempatkan di sesuatu semboyan yang berada di dalam keadaan bahaya, peletup mestilah ditempatkan di semboyan tersebut.
8.5 Tugas Juru Semboyan Tangan berhubung dengan kerosakan atau perlucutan Semboyan
8.5.1 Juru Semboyan Tangan mestilah berada di semboyan di mana dia ditugaskan atau di yang biasanya semboyan itu ditempatkan.
tempat
8.5.2 (i) Bila ditempatkan di sesuatu semboyan henti yang rosak, Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan semboyan tangan bahaya kepada Pemandu bagi setiap tren yang mendatang dan dalam kawasan Blok Litar Landasan letakkan satu peletup di atas landasan yang mana semboyan berkenaan dipakai sehinggalah diarahkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen untuk membenarkan tren tersebut meneruskan perjalanan.
(ii) Juru Semboyan Tangan mestilah menentukan bahawa laluan yang tren akan lalui dengan betul dan mana-mana poin yang ditetapkan di dalam arahan Operator PKT Pengurus Stesen dilindungi.
diset atau
(iii) Juru Semboyan Tangan mestilah memberi jaminan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen apabila poin-poin berkenaan telah diletakkan di dalam kedudukan yang betul.
(iv) Pada Landasan Tunggal, bila mana lain-lain bentuk perhubungan tidak diperolehi, satu jaminan yang menunjukkan bahawa poin-poin adalah betul boleh diberikan oleh Juru Semboyan Tangan melalui satu isyarat semboyan tangan merah kepada Pengurus Stesen.
(v) Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren berkenaan berlepas, Juru Semboyan Tangan tersebut mestilah:
(a) pada Landasan Tunggal, jika borang KTMB 002 belum lagi dikeluarkan oleh stesen yang di belakang, serahkan borang KTMB 002 sebagaimana yang diarahkan oleh Pengurus Stesen.
(b) di semboyan pada kawasan Blok Litar Landasan, alihkan peletup berkenaan dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Pada semua semboyan yang lain pamerkan isyarat semboyan tangan kuning kecuali di Semboyan Pelepas ABG di mana isyarat semboyan tangan hijau mestilah dipamerkan.
8.5.3 Apabila ditugaskan di semboyan jauh di dalam kawasan Blok Litar Landasan Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan kuning kepada setiap tren yang mendatang.
8.5.4 Bila mana beberapa kakitangan dilantik untuk membantu Juru Semboyan Tangan berkenaan mengklip poin-poin di dalam kawasan Blok Litar Landasan, beliau mestilah mengarahkan mereka supaya bertindak atas arahannya sahaja. Juru Semboyan Tangan masih lagi bertanggungjawab bagi perlaksanaan arahan-arahan dari Operator PKT atau Pengurus Stesen dan berkomunikasi dengannya.
8.6 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Cara Kerja Blok Kontigensi
8.6.1 Juru Semboyan Tangan mestilah menempatkan dirinya di semboyan yang beliau ditugaskan pada permulaan masuk bahagian di mana Cara Kerja Blok Kontingensi dilaksanakan.
8.6.2 Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada Pemandu setiap tren yang mendatang, dan kekalkan satu peletup di atas landasan yang ke arahnya semboyan itu dipakai, sehingga diarahkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen untuk membenarkan tren itu meneruskan perjalanan. Juru Semboyan Tangan mestilah menentukan bahawa laluan yang ke arahannya sesebuah tren akan berlalu, diset dengan betul dan poin-poin seperti yang ditetapkan di dalam arahan-arahan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen dilindungi. Juru Semboyan Tangan mestilah memberi satu jaminan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen apabila poin-poin berkenaan telah diletakkan dalam kedudukan yang betul.
Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren berkenaan meneruskan perjalanan, Juru Semboyan Tangan mestilah:
(a) menyerahkan tiket Cara Kerja Blok Kontigensi kepada Pemandu. Bila mana terdapat lebih dari satu unit traksi, tiket tersebut mestilah ditunjukkan kepada setiap Pemandu dan serahkan kepada Pemandu yang terhadapan.
(b) mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning.
8.7 Tugas-tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Cara Kerja Landasan Tunggal dalam kawasan Blok Litar Landasan mengikut Panduan Kerja Am Seksyen 'G'.
8.7.1 Apabila ditempatkan di sesuatu semboyan di mana setiap tren perlu diberhentikan, Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan satu peletup di atas landasan yang digunakan untuk trafik dan pamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada setiap tren yang mendatang pada landasan di arah yang berkenaan sehingga tren tersebut telah berhenti.
Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren tersebut meneruskan perjalanan, Juru Semboyan Tangan mestilah:
(a) mengeluarkan peletup berkenaan dari rel.
(b) mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning.
Walau bagaimana pun jika Operator PKT atau Pengurus Stesen memberi kebenaran untuk tren tersebut meneruskan perjalanan sebelum ianya menghampiri Juru Semboyan Tangan, tren tersebut tidak perlu diberhentikan. Juru Semboyan Tangan mestilah mengalihkan peletup tersebut dari rel dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning.
8.7.2 Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah menarik balik perlindungan itu jika tren datang pada arah biasa. Beliau mestilah melaksanakan semula perlindungan itu dengan serta merta selepas tren tersebut berlepas dengan selamat.
8.8 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Perlindungan bagi kerja kejuruteraan, atau sesuatu landasan yang mungkin terhalang oleh kren atau lain- lain peralatan mekanikal
8.8.1 Apabila di panel semboyan atau di sesuatu semboyan yang boleh dikendalikan kepada Bahaya, Juru Semboyan Tangan mestilah mendapatkan jaminan daripada Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa semboyan-semboyan berkenaan akan dikekalkan pada kedudukan Bahaya sehinggalah landasan pada mana semboyan itu dipakai adalah selamat untuk laluan tren-tren. Bila berada di panel stesen berkenaan, beliau mestilah kekal di situ sebagai peringatan kepada Pengurus Stesen dan menandatangan timbal catatancatatan yang dibuat oleh Pengurus Stesen di dalam Buku Daftar Tren.
8.8.2 Kecuali bila ditempatkan di Panel Stesen setiap Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan tiga butir peletup pada jarak 20 meter, di atas landasan berkenaan dan mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada mana-mana tren yang datang pada landasan itu. Perlindungan ini mestilah dikekalkan sehingga Juru Semboyan Tangan telah mendapat kepastian bahawa landasan tersebut adalah selamat untuk laluan tren- tren. Jika peletup telah diletupkan untuk sesuatu sebab peletup tersebut mestilah diperbaharui dengan serta merta. Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah menarik balik perlindungan itu bila sesuatu Semboyan Simpang dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak terlibat dengannya. Beliau mestilah melaksanakan semula perlindungan tersebut sebaik sahaja semboyan tersebut diletakkan semula ke bahaya.
8.9 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Pemilikan Mutlak jurutera terhadap landasan berkenaan mengikut Seksyen 'J' Panduan Kerja Am.
Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan tiga butir peletup pada jarak 20 meter, di atas landasan berkenaan dan mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada mana-mana tren yang menghampiri peletup-peletup tersebut dari kedua-dua arah. Beliau tidak boleh membenarkan mana-mana tren melintasi peletup-peletup tersebut tanpa kebenaran daripada PYMP (Pegawai Yang Menjaga Pemilikan) dan mestilah melaksanakan semula cara perlindungan tersebut sebaik sahaja sesebuah tren telah melintasinya.
8.10 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Had Kelajuan Kecemasan mengikut Seksyen 'K' Panduan Kerja Am.
8.10.1 Juru Semboyan Tangan di tempat amaran had kelajuan mestilah meletakkan dua butir peletup, pada jarak satu meter setiap satu di atas landasan berkenaan dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning dengan mengibarkannya perlahan-lahan dari kiri ke kanan berkalikali kepada setiap tren yang menghampiri had kelajuan itu.
Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah mengambil semula peletup tersebut apabila:
(a) semboyan sesimpang dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak berkaitan.
(b) sesebuah tren mendatang dari arah kawasan had kelajuan.
Peletup-peletup mestilah diganti semula sebaik sahaja Semboyan Simpang itu diletakkan semula kepada bahaya atau selepas tren tersebut melintas dengan selamat, mengikut mana yang sesuai.
8.10.2 Juru Semboyan Tangan dipermulaan had kelajuan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Juru Semboyan Tangan di akhir had kelajuan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan hijau dengan mengibarkannya perlahan-lahan dari kiri ke kanan.
Di mana jarak had kelajuannya terlampau pendek dan hanya seorang sahaja Juru Semboyan Tangan dilantik, beliau mestilah berdiri di akhir kawasan had kelajuan dan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning sehingga tren tersebut hampir kepadanya dan kemudian pamerkan isyarat semboyan tangan hijau dengan mengibarkannya dari kiri ke kanan.
8.10.3 Juru Semboyan Tangan mestilah memastikan bahawa isyarat semboyan tangannya
tidak
bercanggah dengan mana-mana aspek bahaya semboyan henti berhampiran yang berkaitan dengan landasan berkenaan. Apabila semboyan berkenaan mempamerkan aspek bahaya, Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya di semboyan tersebut. Apabila semboyan tersebut dibebaskan, beliau bolehlah mempamerkan isyarat semboyan tangan yang sesuai berhubung dengan had kelajuan itu.
9. TUGAS-TUGAS OPERATOR POIN
9.1 Kecekapan
Seseorang pekerja yang dilantik untuk mengendalikan poin kendalian kuasa secara manual mestilah yang telah lulus dan cekap untuk mengendalikan jenis poin-poin yang berkenaan. Jika layak, beliau boleh juga bertindak sebagai Juru Semboyan Tangan.
9.2 Tugas-Tugas Am
9.2.1 Kakitangan yang berkenaan mestilah:
(a) mengambil dan kemudiannya menyerahkan semula pemegang poin/kunci, klip-klip poin dan mangga-mangga yang perlu kepada Pengurus Stesen.
(b) melaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen setibanya di poin-poin.
(c) bertindak mengikut arahan-arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen sahaja, mengklip poin-poin jika diarah untuk berbuat demikian dan setelah mematuhi setiap arahan, seterusnya memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen.
(d) memastikan bahawa arus elektrik ke poin-poin itu dipotong sebelum mengendalikan atau melindungi poin-poin.
(e) jangan pulihkan poin-poin kepada kendalian kuasa (elektrik) sehingga mendapat kebenaran khas untuk berbuat demikian.
9.2.2 Bila mana seorang Juru Semboyan Tangan dan seorang operator poin dilantik, Juru Semboyan Tangan akan dijadikan ketua. Juru Semboyan Tangan akan memberi arahan-arahan kepada Operator-Operator Poin dan akan bertanggungjawab untuk semua perhubungan dengan Operator PKT atau Pengurus Stesen.
SEKSYEN 'B' - BAHAGIAN III
10.
KESELAMATAN KEPADA PEKERJA-PEKERJA MENJALANKAN KERJA KE ATAS KERETAREL
PENYENGGARAAN
YANG
10.1 Umum
10.1.1 Sebelum memulakan kerja di luar atau di dalam sesebuah keretarel, setiap pekerja mestilah memastikan bahawa beliau dilindungi mengikut Fasal ini.
10.1.2
Sebarang kesalahan dalam pemakaian arahan-arahan ini, termasuk pergerakan sesebuah keretarel yang tidak dibenarkan mestilah dilaporkan dengan serta merta kepada pegawai yang dilantik bertanggungjawab terhadap perlindungan.
10.1.3 Arahan-arahan ini juga dipakai kepada kakitangan kontraktor dan pekerja-pekerja firma swasta.
10.2 Tanggungjawab untuk perlindungan
10.2.1 Dalam kawasan setiap depot seseorang pegawai yang dilantik bertanggungjawab untuk perlindungan adalah ditetapkan di dalam arahan-arahan tempatan. Di tempat lain, pegawai yang menjaga bagi mana-mana geng atau kumpulan adalah pegawai yang dilantik bertanggungjawab terhadap perlindungan geng atau kumpulan berkenaan.
10.2.2 Sesiapa yang bekerja berseorangan adalah bertanggungjawab bagi perlindungannya
sendiri.
Nota : Bagi maksud Fasal ini, sesuatu Depot ialah mana-mana bangunan atau kumpulan bangunan yang di dalamnya menjalankan kerja-kerja penyenggaraan, perkhidmatan atau membaik pulih (termasuk sisian-sisian dalam kawasan sempadan Depot) seperti mana mengikut takrif tempatan.
10.3 Aturan-Aturan Perlindungan - pada landasan larian (termasuk landasan-landasan platform) dan dalam sisian-sisian yang tidak dikhususkan sebagai sisian-sisian penyenggaraan atau baik pulih.
10.3.1 Sebelum kerja bermula
Sebelum kerja bermula di atas sesebuah keretarel, pegawai bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah menentukan bahawa:
yang
dilantik
(a) perlindungan diperuntukkan melalui satu papan bertulis TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah pada waktu siang atau satu lampu merah (secara tetap atau berklip) pada waktu malam atau hujan lebat.
(b) perlindungan ini dipamerkan pada bahagian hujung keretarel terakhir pada arah di mana kereta-keretarel, akan dilansirkan bertentangan dengan tempat di mana kerja itu dilaksanakan dan, bila perlu, perlindungan ini mestilah dipamerkan pada kedua-dua bahagian hujung.
(c) apabila gerabak-gerabak berada di platform, perlindungan ini mestilah dipamerkan pada sebelah platform dan jelas kelihatan di sepanjang platform tersebut.
(d) apabila gerabak-gerabak berada di sebelah sesuatu landasan larian, perlindungan ini dipamerkan pada sebelah yang paling jauh dari landasan larian itu. Bila jarak di antara dua landasan ini kurang dari 3 meter, arahan-arahan dalam Fasal 10.8 di bawah akan dipakai jika kerja dilaksanakan pada sebelah yang paling dekat dengan landasan larian.
Sebelum memulakan kerja di bawah sesuatu keretarel, beliau mestilah
memastikan bahawa:
(e) pegawai yang menjaga landasan, platform dan sisian diberitahu.
(f) jika keretarel tersebut masih dalam perkhidmatan, Pengurus Stesen, Pemandu atau Gad, jika ada bersama, hendaklah diberitahu dan seorang kakitangan yang dibekalkan dengan satu Semboyan Tangan merah berkelip-kelip hendaklah ditempatkan di suatu kedudukan yang terbaik bagi memastikan bahawa gerabak tersebut tidak digerakkan.
(g) jika keretarel tersebut TIDAK dalam perkhidmatan, ianya hendaklah dipastikan selamat dengan bingkah/pasak dan jika terdapat gerabak-gerabak lain di atas landasan yang sama, satu atau dua gerabak pada setiap belah keretarel berkenaan hendaklah dipastikan selamat dengan brek tangan atau bingkah roda/pasak.
10.3.2 Semasa dalam kerja
Semua keretarel yang dilindungi tidak boleh diubah. Pengurus Stesen atau Pegawai Yang Menjaga mestilah mengambil langkah-langkah yang muktamad untuk memastikan bahawa pergerakan-pergerakan lansiran dielakkan dari bersentuhan dengan tren atau keretarel yang tersebut semasa kerja sedang dilaksanakan. Satu lampu merah (berkelip-kelip) mestilah disimpan di dalam Pejabat Pengurus Stesen seperti yang diperihalkan di dalam 10.3.1(F).
10.3.3 Apabila kerja telah siap atau ditangguhkan
Perlindungan tersebut mestilah dialihkan oleh orang yang dilantik bertanggungjawab perlindungan dan hendaklah sehingga:
bagi
(a) kerja tersebut disiapkan atau ditangguhkan.
(b) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.
(c) keretarel adalah didapati selamat untuk digerakkan dan semua bingkah roda/pasak telah dikeluarkan bebas dari landasan.
10.4 Aturan-Aturan Perlindungan dalam sisian penyenggaraan atau sisian baik pulih tidak termasuk dalam bahagian sesebuah depot
Di mana aktiviti yang sedang merupakan adalah cucian kecil dalaman keretarel jenis
yang
yang
mudah sahaja, peraturan perlindungan seperti yang disebut di dalam Fasal 10.3 mestilah diaturkan.
Di mana sisian-sisian dikhususkan untuk kerja-kerja membaik pulih , kerja di atas keretarel sejauh mana praktikal mestilah dijalankan di dalam sisian-sisian itu.
10.4.1 Sebelum kerja bermula
Sebelum kerja bermula ke atas sesebuah keretarel, pegawai bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah menentukan bahawa:
yang
dipilih
(a) poin-poin masuk ke sisian dicengkam dan dimangga supaya pergerakan-pergerakan tidak boleh dibuat ke dalam sisian di mana kerja akan dilaksanakan.
(b) anak kunci kepada mangga tersebut ada dalam simpanannya.
(c) perlindungan diperuntukkan melalui satu papan bertulis TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau melalui bendera merah pada waktu siang atau lampu merah (tetap atau berkelip) pada waktu malam atau hujan lebat.
(d) papan perlindungan tersebut dipamerkan di hujung bahagian terakhir di keretarel terakhir dari arah di mana kereta-keretarel akan dilansirkan bertentangan dengan tempat di mana kerja itu dilaksanakan dan bila perlu, hendaklah dipamerkan pada kedua-dua bahagian hujungnya.
(e) roda-roda pada gerabak yang kerja itu akan dilaksanakan hendaklah dipastikan selamat dengan bingkah-bingkah roda/pasak dan jika terdapat keretarel pada sisian yang sama, satu atau dua gerabak pada setiap belah keretarel berkenaan hendaklah dikukuhkan dengan brek tangan atau bingkah/pasak.
10.4.2 Semasa bekerja
Jika pekerjaan itu memerlukan keretarel digerakkan dalam kawasan sisian tersebut, orang yang dipilih yang bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah terlebih dahulu memastikan bahawa setiap orang tahu tentang rancangan pergerakan tersebut dan bebas dari laluan keretarel.
10.4.3 Bila kerja siap atau ditangguhkan
Perlindungan tersebut mestilah dialihkan oleh pegawai yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan sahaja dan hendaklah sehingga:
(a) kerja itu disiapkan atau ditangguhkan.
(b) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.
(c) keretarel adalah selamat untuk digerakkan dan semua bingkah/pasak telah dialihkan.
10.5 Peraturan perlindungan di dalam depot-depot
10.5.1 Am
(a) Bila mana perlindungan diberikan dengan mengukuhkan poin-poin
Arahan-arahan dalam Fasal 10.4.1(a), (b), (c), (d) dan (e) di atas adalah dipakai.
(b) Bila mana Papan Tanda Berhenti diperuntukkan
Bila mana papan tanda BERHENTI - TUNGGU ARAHAN diperuntukkan, kebenaran untuk melintasi papan ini mestilah diberi oleh orang yang dipilih sahaja dan hanya selepas beliau memastikan bahawa apa-apa kerja yang dilaksanakan dalam sisian telah diberhentikan dan setiap orang telah beredar jauh.
Orang yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah kemudiannya dimaklumkan sewajarnya. Alat perlindungan yang dipakai mengikut Fasal 10.4.1 mestilah dialihkan oleh Pegawai yang dipilih sahaja dan itu pun dengan syarat bahawa semua papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN, bendera merah dan lampu merah telah ditarik keluar dan semua bingkah/pasak telah dialihkan.
10.5.2 Sebelum kerja bermula
Sebelum kerja bermula ke atas sesebuah keretarel, orang yang dipilih untuk perlindungan mestilah menentukan bahawa tiada kerja-kerja menjejaskan keretarel, berkenaan diteruskan dan, melainkan untuk keretarel sahaja, landasan di mana keretarel berada adalah dilindungi dan bingkah-bingkah roda diletakkan di bawah roda-roda sebelah dua hujung keretarel.
bertanggungjawab lansiran yang boleh kerja-kerja servis mengikut Fasal 10.5.1 luar ke atas kedua-
Orang yang pertama (atau kumpulan, di mana keadaan tempatan membenarkan) memulakan kerja ke atas sesebuah keretarel atau kereta-keretarel mestilah mendapatkan jaminan daripada pegawai yang dipilih bahawa landasan-landasan berkenaan dilindungi dan seterusnya meletakkan satu papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah atau lampu merah (tetap atau berkelip) seperti berikut:
(a) pada pepenjuru sudut yang bertentangan dengan keretarel yang perlu dilindungi,
atau
(b) pada permukaan masuk ke bangunan berkenaan apabila keretarel sepenuhnya di dalam, atau
berada
(c) mengikut sebagaimana yang ditakrifkan di dalam arahan-arahan tempatan. Setiap orang (atau kumpulan) yang memulakan kerja ke atas keretarel atau rangkaian keretarel mestilah meletakkan tanda pengenalannya di atas papan perlindungan sebagaimana yang ditetapkan di dalam arahan-arahan tempatan.
10.5.3 Apabila kerja siap atau ditangguhkan
Papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah atau lampu merah mestilah dialihkan oleh orang yang terakhir sekali (atau ketua kumpulan) yang mengambil balik tanda pengenalannya daripada tempatnya dan dengan syarat bahawa:
(a) kerja tersebut telah siap atau ditangguhkan.
(b) keretarel tersebut adalah selamat untuk digerakkan.
(c) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.
Pegawai yang dilantik bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah kemudiannya diberitahu dengan sewajarnya. Alat perlindungan yang digunakan mengikut Fasal 10.5.1 di atas mestilah dialihkan oleh pegawai yang dilantik sahaja dan itu pun dengan syarat bahawa semua papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN, bendera merah dan lampu merah dikeluarkan dan semua bingkah/pasak dialihkan.
10.6 Perlindungan pekerja yang bekerja di dalam sisian tetapi tidak menjalankan kerja ke atas keretarel.
10.6.1 Orang yang pertama memulakan kerja di dalam sesuatu sisian atau lubang pemeriksaan tetapi tidak melibatkan kerja ke atas sesebuah keretarel mestilah, setelah mendapat kebenaran dari pegawai yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan, menempatkan
kain rentang merah, bendera atau lampu (tetap atau berkelip) di setiap Sesiapa selepas itu memulakan kerja di dalam sisian atau lubang meletakkan pengenalan dirinya di tempat perlindungan itu.
pintu masuk ke sisian. yang sama mestilah
10.6.2 Sebaik sahaja tamat kerja, alat-alat perlindungan tersebut mestilah dialih oleh orang terakhir menarik balik tanda pengenalan dirinya, dan beliau mestilah memberitahu yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan bahawa kerja tersebut telah siap semuanya adalah bebas.
yang orang dan
10.6.3 Orang yang dipilih tidak boleh membenarkan kerja tersebut dimulakan sehinggalah perlindungan yang diperlukan mengikut Fasal 10.5.1 di atas telah diaturkan, atau beliau tidak boleh mengalihkan perlindungan tersebut sehinggalah beliau diberitahu bahawa semuanya adalah bebas.
10.7 Perlindungan kepada pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel yang mungkin menggendalakan tolok pengisian bagi sesuatu sisian berhampiran
Peraturan untuk perlindungan yang disebut di dalam Fasal 10.6 mestilah dibuat berhubung dengan sesuatu sisian bila tolok pengisiannya mungkin tergendala oleh pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel pada sisian sebelahnya.
10.8 Perlindungan kepada pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel di sebelah landasan larian yang berhampiran
10.8.1 Fasal ini dipakai apabila pekerja-pekerja bekerja ke atas kereta-keretarel di sebelah landasan larian yang berhampiran dan jarak di antara dua landasan itu kurang dari 3 meter. Dalam hal yang demikian, keretarel tersebut mestilah, sekiranya boleh, dialihkan ke tempat lain sebelum kerja bermula. Jika ianya tidak dapat dilakukan, atau jika sesebuah tren diberhentikan di atas landasan larian kerana sesuatu kerosakan atau insiden luar biasa atau oleh sesuatu sebab, orang yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah mematuhi arahan-arahan berikut.
10.8.2 Sebelum kerja dimulakan, orang yang dipilih mestilah mendapatkan sendiri jaminan daripada Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan untuk tren-tren pada landasan bersebelahan telah dihentikan. Jika perlu, beliau mestilah menunggu sehingga Operator PKT atau Pengurus Stesen telah mendapat satu waktu yang sesuai bagi laluan tren-tren diberhentikan dan seterusnya dapatkan jaminan ini.
10.8.3 Orang yang dipilih mestilah mendapatkan persetujuan yang jelas dari Operator PKT atau Pengurus Stesen tentang landasan mana yang ditutup kepada trafik dan sama ada, terdapat landasan lain yang masih digunakan. Bila mana praktikal, beliau mestilah menandatangan timbal catatan Operator PKT atau Pengurus Stesen di dalam Daftar Tren. Sekiranya tidak beliau mestilah meminta Operator PKT atau Pengurus Stesen membaca
balik catatan tersebut dan bila berpuashati yang ianya betul, beliau mestilah namanya, bahagian, tempat dari mana beliau sedang bercakap dan waktu.
memberitahu
10.8.4 Orang yang dipilih tidak boleh membenarkan kerja dimulakan sehinggalah peraturan yang di atas telah dibuat dan setiap orang betul-betul faham landasan mana yang ditutup kepada trafik. Tiada sesiapa pun boleh memulakan kerja tanpa kebenarannya.
10.8.5 Apabila kerja telah siap dan semua orang telah bebas dari landasan, orang yang dipilih mestilah memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan untuk tren- tren boleh dibuka semula.
10.9 Keselamatan pekerja-pekerja yang bekerja di atas stok kocing
10.9.1 Sebelum bekalan karan elektrik disambung daripada Koc Janakuasa kepada koc-koc berkenaan bagi tujuan menghawadinginkan, satu notis yang menyatakan BAHAYA - KABEL VOLTAN TINGGI mestilah dipamerkan pada sebelah/hujung gerabak tersebut.
10.9.2 Sebelum kerja ke atas alat kelengkapan hawadingin tren dan alat kawalan elektrik dimulakan, Suis Koc Janakuasa mestilah dimatikan. Notis amaran yang bertulis "TUTUP SUIS JENTERA JANAKUASA SEBELUM SESUATU TINDAKAN" mestilah dipamerkan di setiap tepi/hujung koc-koc. Kerja tersebut mestilah dilakukan oleh kakitangan penyenggaraan yang dibenarkan sahaja mengikut "Arahan-Arahan Khas Keselamatan" yang ditetapkan.
10.10 Keselamatan kepada pekerja-pekerja mencuci koc/gerabak
Apabila bekerja ke atas keretarel bersebelahan dengan suatu landasan larian, pekerja- pekerja mestilah berhati-hati. Papan-papan, tangga atau berus yang mempunyai pemegang panjang tidak boleh digunakan di sebelahnya kecuali bila diberi kebenaran khas.
Carta Jarak Penglihatan PYMK rujuk fasal 4.3.3 RAJAH 6B
CONTOH SIJIL (Rujuk fasal 4.1.1) Nota : Warna sijil ialah putih.
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad KTMB 039 SIJIL KELAYAKAN PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK) A NAMA_________________________________________________ telah lulus ujian PYMK GRED_ _______________________________________________ NO. K/T _______________________________________________ LAKU HINGGA_________________________________________ PEMERIKSA: NAMA __________________________________ : SIGNATURE _____________________________ TARIKH DIKELUARKAN_________________________________ B sesuai dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas PYMK T/TANGAN ____________________________________________ PENYELIA/PENGURUS C T/TANGAN PEMEGANG _________________________________ Nota :
Sijil ini adalah sah untuk dua tahun (seperti di atas). Sekiranya tugas-tugas PYMK tidak dijalankan selama dua belas bulan, sijil ini dianggap tidak sah. KTM Berhad Rajah 7B
CONTOH SIJIL(Rujuk fasal 4.4.3) MUKA DEPAN:
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad KTMB 040 KTMB 040 SIJIL SIJIL KELAYAKAN PENGAWAS PENGAWAS A A NAMA_________________________________________________ NAMA_________________________________________________ telah lulus ujian PENGAWAS telah lulus ujian PENGAWAS GRED_ _______________________________________________ GRED_ _______________________________________________ NO. K/T _______________________________________________ NO. K/T _______________________________________________ LAKU HINGGA_________________________________________ LAKU HINGGA_________________________________________ PEMERIKSA: NAMA __________________________________ PEMERIKSA: NAMA __________________________________ : SIGNATURE _____________________________ : SIGNATURE _____________________________ TARIKH DIKELUARKAN_________________________________ TARIKH DIKELUARKAN_________________________________
KELAYAKAN
B B sesuai dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas PENGAWAS sesuai dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas PENGAWAS T/TANGAN ____________________________________________ T/TANGAN ____________________________________________ PENYELIA/PENGURUS PENYELIA/PENGURUS C C T/TANGAN PEMEGANG _________________________________ T/TANGAN PEMEGANG _________________________________ Nota : Note :
Sijil ini adalah sah untuk dua tahun (seperti di atas). Sekiranya tugas-tugas Sijil ini adalah sah untuk dua tahun (seperti di atas). Sekiranya tugas-tugas PENGAWAS tidak dijalankan selama dua belas bulan, sijil ini dianggap tidak sah. PENGAWAS tidak dijalankan selama dua belas bulan, sijil ini dianggap tidak sah. KTM Berhad KTM Berhad
Nota : Peruntukan dibuat pada belakang sijil ini untuk merekod ujian-ujian semasa menggunakan peralatan khas Nota : Peruntukan dibuat pada belakang sijil ini untuk merekod ujian-ujian semasa menggunakan peralatan khas Rajah 8B Rajah 8B
(b) memastikan bahawa penumpang tidak pergi ke atas atau berhampiran dengan manamana landasan yang akan dilalui oleh tren, atau tersentuh dengan mana-mana Alat Talian Atas atau alat elektrik yang mungkin hidup.
(c) membantu mendapatkan alat pertolongan cemas, alat kecemasan atau pemadam yang berada di dalam tren.
api
(d) berjaga-jaga menunggu ketibaan bantuan kecemasan dan memberikan mereka apaapa maklumat tentang kecederaan dan lain-lain.
(e) memberi apa-apa bantuan yang perlu kepada penumpang.
3.10.3 Sistem siar raya, jika diperuntukkan mestilah digunakan untuk memberi penumpang kepastian dan apa-apa arahan yang perlu untuk keselamatan mereka.
3.11
Kemalangan atau insiden mestilah dilaporkan
Seseorang pekerja mestilah menentukan bahawa apa-apa kemalangan atau insiden, termasuk insiden "kamalagan nyaris" dilaporkan kepada Pegawai Atasannya.
-Pindaan No 1/05 13/02/2005 -2932)
Kemalangan atau insiden mestilah dilaporkan Seseorang pekerja metilah menentukan bahawa apa-apa kemalangan atau insiden “kemalangan nyaris” dilaporkan kepada Pegawai Atasannya.
4.
MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS
4.1
Definisi
4.1.1
Bagi maksud Aturan ini "Kemalangan Serius" bermakna suatu insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa manusia atau kemalangan mengerikan kepada penumpang terhadap mana-mana tren atau kepada sesiapa yang terlibat dalam kerja- kerja kereta api atau kerosakan teruk kepada harta benda atau sesuatu kemalangan yang seumpama itu yang biasanya mengakibatkan kehilangan, kecederaan atau kerosakan.
4.2
Kemalangan serius
4.2.1
Bila mana sesuatu kemalangan serius berlaku ke atas kereta api:
(a) Pegawai kereta api yang menjaga sesebuah stesen yang paling hampir kepada tempat kemalangan itu berlaku hendaklah, tanpa melengahkan masa tetapi di dalam apa jua keadaan, tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan tersebut, memberi notis tentang kemalangan tersebut secara bertulis atau melalui apa- apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga Balai Polis yang terdekat, dan
(b) Syarikat mestilah tanpa melewatkan masa tetapi dalam apa jua keadaan tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan tersebut, menghantar notis bertulis berhubung dengan kemalangan itu kepada kerajaan melalui Ketua Pengarah Keretapi.
Notis tersebut hendaklah mengandungi kenyataan ringkas berkenaan kemalangan tersebut dan tahap kecederaan atau kerosakan yang terlibat.
Sebaik sahaja selepas berlakunya sesuatu kemalangan, Syarikat hendaklah mengarahkan suatu siasatan dijalankan oleh satu jawatankuasa yang terdiri dari pegawai-pegawai Syarikat bagi menyiasat sebab kemalangan itu tetapi dalam hal di mana tidak terdapat faktor yang meragukan terhadap sebab kemalangan itu, ianya tidak perlu diadakan penyiasatan.
5.
KAWALAN KESELAMATAN
5.1
Tugas-tugas Am Pekerja
Arahan-arahan khas adalah dikeluarkan berhubung dengan keselamatan kereta api. Sebagai tambahan, tiap-tiap pekerja mestilah berwaspada terhadap sesuatu yang meragukan, atau sesiapa yang didapati berkelakuan yang mencurigakan di dalam atau berhampiran dengan premis kereta api.
5.2
Kelakuan yang mencurigakan
Jika seseorang pekerja melihat seseorang berkelakuan yang mencurigakan, beliau mestilah:
(a) jika boleh, pastikan sama ada orang tersebut telah diberi kebenaran untuk berada di dalam premis kereta api.
(b) jika terdapat sesuatu yang meragukan, beritahu orang yang menjaga dan aturkan pihak Polis dipanggil.
supaya
KTMB 038 KERETAPI TANAH MELAYU Berhad
KERETAPI TANAH MELAYU Berhad
SIJIL KELAYAKANKESELAMATAN DIRI DI LANDASAN SIJIL KELAYAKANKESELAMATAN Nama ..................................................... DIRI DI LANDASAN No.K/T...................No.K/P..................... Nama ..................................................... Jabatan/Depoh......................................... No.K/T...................No.K/P..................... adalah kompeten di dalam Aturan dan Arahan yang Jabatan/Depoh......................................... berhubung dengan keselamatan diri di landasan. telah lulus ujian di dalam Aturan dan Arahan yang * tidak termasuk landasan berhubung dengan keselamatan diri di landasan. berelektrik. * tidak termasuk landasan * termasuk landasan berelektrik. berelektrik. ( * - Potong yang mana berkaitan ) * termasuk landasan berelektrik. Sah sehingga........................................... ( * - Potong yang mana berkaitan ) T/Tangan ......................... Pemeriksa Sah sehingga........................................... ......................Jab/Syarikat T/Tangan ......................... Pemeriksa ......................... Tarikh ......................... Jab/Syarikat ......................... .T/Tangan ......................... Tarikh Pemegang ......................... .T/Tangan .................................................................................. Pemegang Pemegang mestilah memiliki Kad Pengenalan .................................................................................. bergambar yang dikeluarkan oleh Keretapi Tanah Pemegang mestilah memiliki Kad Pengenalan Melayu Berhad atau Kontraktor dan mestilah bergambar yang dikeluarkan oleh Keretapi Tanah dikeluarkan bila diminta untuk ditunjukkan sijil ini. Melayu Berhad atau Kontraktor dan mestilah dikeluarkan bila diminta untuk ditunjukkan sijil ini.
RAJAH 1 A
BUKU ATURAN SEKSYEN 'D' SISTEM BLOK MUTLAK
SEKSYEN 'D' SISTEM BLOK MUTLAK KANDUNGAN 1. SISTEM KERJA
FASAL 1.1 dan 1.2
2. KEPERLUAN SISTEM BLOK MUTLAK 3. KAWASAN TOKEN DAN KAWASAN TANPA TOKEN 4. SEMPADAN BAHAGIAN BLOK
2.1 ke 2.1.5 3.1 ke 3.3 4.1 ke 4.1.4
5. SEMPADAN BAHAGIAN
5.1 ke 5.1.3
STESEN
6. SYARAT-SYARAT BAGAIMANA ‘KEBENARAN MENDATANG BOLEH DIBERI
6.1 ke 6.2.4
7. HALANGAN TERHADAP ARAH TREN YANG MENDATANG
7
8. HALANGAN DALAM KAWASAN BAHAGIAN STESEN
8
9. HALANGAN DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN TUNGGAL
9
10 HALANGAN DI DALAM ATAU DI LUAR BAHAGIAN STESEN PADA BLOK LITAR LANDASAN KAWASAN LANDASAN BERKEMBAR
10
.
SEKSYEN 'D': SISTEM BLOK MUTLAK
1.
SISTEM KERJA
1.1
Terma "Blok Mutlak" dirujuk kepada prinsip yang membenarkan hanya sebuah tren sahaja
berada di dalam sesuatu Bahagian Blok pada sesuatu masa. 1.2
Semua tren yang dikendalikan di antara stesen-stesen akan disemboyankan mengikut Sistem Blok Mutlak kecuali:
(i)
Jika berlaku kemalangan atau halangan dalam Bahagian Blok, tren-tren dikendalikan mengikut Arahan-Arahan Panduan Kerja Am yang ditetapkan.
hendaklah
(ii)
Di kawasan-kawasan kereta api yang dibenarkan dengan nyata oleh Pengarah Pemasaran dan Operasi menggunakan mana-mana sistem lain.
- Pindaan No 1/09 fasal 1.2 (ii) (3/5/2009- 3042) 1.2 (ii)- Di kawasan-kawasan keretapi yang di benarkan dengan nyata oleh Ketua Pegawai Operasi/Pengurus Besar Operasi menggunakan mana-mana sistem lain. 2.
KEPERLUAN-KEPERLUAN SISTEM BLOK MUTLAK
2.1
Di bawah Sistem Blok mutlak
2.1.1
(i)
Tren tidak dibenarkan bertolak dari sesebuah Stesen Blok melainkan kebenaran mendatang telah terlebih dahulu diperolehi.
(ii)
Di Blok Litar Landasan, tren tidak dibenarkan berlepas dari sesuatu Semboyan Pelbagai Aspek melainkan landasan berkenaan adalah bebas sehingga termasuk kawasan 'Langkauan' (jarak yang cukup) bagi semboyan berikutnya untuk arah yang sama.
2.1.2
Di Landasan Berkembar Melainkan terdapat kebenaran lain, sebuah tren sahaja boleh dibenarkan mendatang dari Semboyan Pelbagai Aspek di belakang mengikut 2.1.1(1) dengan syarat bahawa:
(a)
landasan berkenaan adalah bebas untuk jarak yang cukup melampaui Semboyan Pelbagai Aspek berikutnya bagi arah yang sama. (lihat 2.1.5)
(b)
semua poin dalam kawasan langkauan telah di"set" dengan betul untuk keselamatan tren yang mendatang itu.
(c)
tiada pergerakan bercanggah yang boleh melintangi atau kawasan ‘jarak yang cukup’ telah dibenarkan.
2.1.3
(i)
(ii)
menghalangi
landasan dalam
Di Landasan Tunggal Kebenaran mendatang tidak akan diberi melainkan landasan adalah bebas untuk satu jarak yang cukup melampaui Semboyan Henti yang pertama pada arah perjalanan bagi Stesen Blok yang memberi kebenaran tersebut dan landasan adalah bebas dari tren-tren ke arah Stesen Blok yang kepadanya kebenaran tersebut diberikan, atau landasan akan bebas selepas ketibaan lengkap sesebuah tren yang menghampiri Stesen Blok yang kepadanya kebenaran tersebut diberikan.
2.1.4
Kebenaran yang dirujuk kepada perenggan 2.1.3 (ii) di atas hendaklah bersyarat dan hanya sah selepas Bahagian Blok itu dibebaskan dengan ketibaan lengkap tren yang menghampirinya. Jalan bebas bersyarat itu hanya boleh diberikan bila semua perhubungan terputus dan utusan yang memberikan kebenaran mendatang itu dihantar oleh Pemandu berkenaan. Prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan dalam keadaan tersebut ada ditetapkan di dalam Peraturan Persemboyanan Tren.
2.1.5
‘Jarak yang cukup’ yang dirujuk kepada Aturan ini hendaklah tidak kurang dari 400 meter pada kedua-dua kawasan bukan Blok Litar Landasan dan kawasan Blok Litar Landasan melainkan diarahkan dengan ‘Arahan Khas’.
3.
KAWASAN TOKEN DAN TANPA TOKEN
3.1
Terma "Kawasan Token" dirujuk kepada bahagian landasan kereta api di landasan tunggal di mana kuasa bertolak adalah suatu token yang diserahkan kepada Pemandu. Token itu boleh jadi dalam bentuk Tablet, Kunci Token, Cota Tren atau Kebenaran Bersurat. Terma "Kawasan Tanpa Token" dirujuk kepada bahagian landasan kereta api di landasan tunggal di mana kuasa bertolak bukannya token yang diserahkan kepada Pemandu tetapi melalui penukaran aspek Semboyan Pelepas kepada aspek Hijau. Terma "Kawasan Blok Litar Landasan (BLL)" dirujuk kepada bahagian landasan berkembar kereta api di mana kuasa bertolak adalah dengan membebaskan semboyan pelbagai aspek. Sistem BLL membenarkan semboyan pelbagai aspek mempamerkan satu aspek 'maju' apabila semua litar landasan di landasan hadapannya adalah bebas sehingga meliputi kawasan langkauan (jarak yang cukup) melampaui semboyan henti berikutnya pada arah yang sama.
3.2
3.3
4.3 SEMPADAN BAHAGIAN BLOK. 4.1
Sempadan Bahagian Blok adalah seperti berikut:
4.1.1
Dalam Kawasan Token, sesuatu Bahagian Blok, (a) bermula di sesuatu Stesen Blok yang dibuka di: (i) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Papan Had Lansir, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii) Semboyan Rumah untuk arah bertentangan, jika tiada semboyan Pelepas Terhadapan atau Papan Had Lansir, atau (iv) Poin mengadap paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah, dan (b) berakhir di Stesen Blok berikutnya yang dibuka di:
(i) Semboyan Pelepas Terhadapan untuk arah bertentangan, atau (ii) Papan Had Lansir untuk arah bertentangan, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan atau (iii)Semboyan Rumah, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir, atau (iv) Poin mengadap yang paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah.
4.1.2 (a)
Dalam Kawasan Tanpa Token, sesuatu Bahagian Blok: bermula di Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan bagi sesebuah stesen tidak kira sama ada stesen tersebut di "Switched In" atau di "Through
Switched" dan (b) berakhir di stesen yang berikutnya di: (i) Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan pada arah bertentangan apabila stesen di "Switched In". (ii) Semboyan Pelepas atau Semboyan Pelepas Terhadapan jika diperuntukkan pada arah mendatang apabila stesen di "Through Switched". 4.1.3
4.1.4 5.
Pada landasan Blok Litar Landasan (BLL) sesuatu Bahagian Blok Litar Landasan bermula pada suatu semboyan pelbagai aspek dan berakhir di semboyan pelbagai aspek berikutnya. Nota: Setiap semboyan bahagian Blok Litar Landasan mempunyai satu litar landasan jarak langkauan yang selamat iaitu lebih kurang 400 meter. Tren yang kedua tidak akan mendapat aspek bebas pada semboyan berkenaan yang di belakang sehinggalah jarak langkauan itu bebas. Bahagian Blok biasanya bermula di mana Bahagian Stesen itu berakhir atau jika tidak terdapat Bahagian Stesen, di mana Bahagian Blok terakhir itu berakhir. SEMPADAN BAHAGIAN STESEN.
5.1 Sempadan sesuatu Bahagian Stesen adalah seperti berikut: 5.1.1 Dalam kawasan Token, sesuatu Bahagian Stesen: (a) Bermula pada suatu hujung bagi stesen yang di "Switched In" di: (i) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Semboyan Pelepas jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii) Papan Had Lansir jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iv) Semboyan Rumah bagi arah bertentangan jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan atau Papan Had Lansir, atau (v) poin mengadap paling luar, jika tiada Semboyan Pelepas terhadapan, Papan Had Lansir atau Semboyan Rumah, dan (b)
berakhir pada tempat yang sama di hujung yang lain stesen yang di "Switched In" di:
(I) Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (ii) Semboyan Pelepas jika tiada Semboyan Pelepas Terhadapan, atau (iii)Papan Had Lansir, atau (iv)Semboyan Rumah, atau (v)poin-poin mengadap yang paling luar. 5.1.2
Di dalam Kawasan Tanpa Token sesuatu Bahagian Stesen bermula di Semboyan Pelepas pada satu hujung sesebuah stesen dan berakhir di Semboyan Pelepas pada hujung yang lain stesen tersebut apabila stesen di "Switched In". 5.1.3 Di Landasan Berkembar Blok Litar Landasan, Bahagian Stesen terletak di antara Semboyan Pelepas Terhadapan di hujung stesen tersebut dan berakhir di Semboyan Pelepas Terhadapan di hujung bertentangan di stesen yang sama seperti yang ditetapkan dalam Arahan Stesen. 6.
SYARAT-SYARAT BAGAIMANA KEBENARAN MENDATANG BOLEH DIBERI
6.1
(a) (b) (c) 6.2
Landasan Tunggal: Landasan tidak boleh dianggap bebas dan kebenaran mendatang tidak boleh diberi melainkan: Keseluruhan tren yang terakhir sekali berlepas telah melepasi kawasan Semboyan Rumah, jika ada, atau telah tiba di tempat di mana tren-tren biasanya berhenti, dan Semboyan Rumah, jika ada dan Semboyan Luar telah dikembalikan kepada kedudukan 'ON' dan Bahagian Blok berkenaan adalah bebas. Landasan Berkembar: Sesuatu Bahagian Blok Litar Landasan (BLL) tidak boleh dianggap bebas melainkan kawasan litar landasan berkenaan adalah bebas dan alat kelengkapan PKT (Pusat Kawalan Tren) berfungsi dengan betul.
6.2.1
Bila berlaku sesuatu kerosakan atau halangan, prosedur-prosedur Panduan Kerja Am yang berkaitan mestilah dipakai.
6.2.2
Apabila sesuatu Panel Stesen dibuka Operator PKT mestilah memberitahu Pengurus Stesen yang berkenaan apabila sesebuah tren menghampiri Semboyan Rumah stesen tersebut.
6.2.3
Pengurus Stesen mestilah mendapatkan kebenaran Operator PKT sebelum membenarkan sesebuah tren berlepas ke arah bahagian-bahagian yang dikawal oleh Operator PKT. Sebelum Operator PKT membenarkan sesebuah tren berlalu dari landasan berkembar ke landasan tunggal pada penghujung kawasan Blok Litar Landasan, atau sebelum Pengurus Stesen membenarkan sesebuah tren berlalu dari landasan tunggal ke arah kawasan Blok Litar Landasan, arahan antara-muka (interface) yang berkaitan mestilah dipakai.
6.2.4
7.
HALANGAN DALAM ARAH TREN YANG MENDATANG Landasan di luar Bahagian Stesen pada arah sesebuah tren yang untuknya kebenaran datang telah diberikan tidak boleh dihalang kecuali seperti yang diperuntukan di dalam Fasal 9 (b) bahagian ini.
8.
HALANGAN DALAM KAWASAN STESEN
8.1
Jika semboyan-semboyan yang perlu telah diletakkan dalam kedudukan "ON" lansiran bolehlah dilaksanakan dalam Bahagian Stesen itu.
8.2
Dengan syarat bahawa bila semboyan-semboyan telah dibebaskan untuk sesebuah tren yang datang pada sesuatu landasan yang tidak diasingkan daripada semua landasan lain melalui pengendalian poin-poin atau lain-lain kaedah yang diluluskan dan tiada kuncikait yang diperuntukkan bagi mengekalkan keadaan ini semasa laluan tren tersebut, lansiran tidak boleh dilaksanakan ka arah poin-poin yang akan dilalui oleh tren yang datang itu.
9.
HALANGAN DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN TUNGGAL Landasan di antara Bahagian Stesen dan Semboyan Luar di sesebuah stesen di landasan tunggal tidak boleh dihalang melainkan seorang pekerja kereta api telah dilantik khas oleh Pengurus Stesen menjaga Operasi tersebut, dan melainkan:
(a)
Bahagian Blok yang di dalam kawasannya kerja lansiran itu hendak dijalankan adalah bebas
(b)
dari mana-mana tren yang mendatang, atau Jika sesebuah tren yang datang telah sampai di Semboyan Luar dan Pengurus Stesen berkenaan sendiri telah berpuas hati bahawa tren tersebut telah diberhentikan tetap di semboyan berkenaan. Dengan syarat bahawa landasan itu tidak dihalangi mengikut Fasal (b) di atas semasa hujan lebat, cuaca kabus atau penglihatan tidak jelas atau di dalam apa-apa hal melainkan dibenarkan oleh Arahan-Arahan Khas.
10.HALANGAN DI DALAM ATAU DI LUAR BAHAGIAN STESEN DI LANDASAN BERKEMBAR BLOK LITAR LANDASAN Pergerakan lansiran dalam sekitaran Bahagian Stesen yang perlu melalui Blok Litar Landasan hanya boleh dibenarkan di bawah kuasa Operator Pusat Kawalan Trafik atau di bawah Kuasa Pengurus Stesen mengikut Arahan Kerja Stesen apabila Panel Stesen dikendalikan secara tempatan oleh Operator PKT. - PINDAAN NO. 3/09 (17/5/2009- 3043) Merujuk kepada Berita Dwi Mingguan 3042 Perkara 9721 bertarikh 3.5.2009 Pindaan No. 2/09 kepada Rule Book (Buku Aturan) di muka surat 70 dan 71, No. 3/09 kepada General Manual (Panduan Kerja Am) di muka surat 79 dan 80, Pindaan No. 2/09 kepada Train Signalling Regulations (peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren) di muka surat 81 dan 82. Versi Bahasa Malaysia 1. Adalah dimaklumkan ekoran daripada pindaan Klasifikasi Dan Kelajuan Tren-Tren, sekiranya terdapat dalam mana-mana Aturan dan Peraturan jarak pemasangan Semboyan Halangan hendaklah dicatitkan seperti berikut :Aturan dan Peraturan sedia ada: (i) Di kawasan Landasan Tunggal Pemasangan Semboyan Halangan - Halangan - 400m I 400m I 20m I20m (ii) Di kawasan Landasan Berkembar TCB Pemasangan Semboyan Halangan (jika ada perhubungan) Halangan - 400m I 20m I 20m Pemasangan Semboyan Halangan (jika tiada perhubungan) – Halangan - 400m I 400m I 20m I 20m 2. Sila pinda peraturan tersebut seperti berikut mulai 17 April 2009 iaitu :Halangan – 400m I 500m I 20m I 20m Satu Semboyan Halangan pada jarak 400 meter dari tempat halangan dan 3 butir Semboyan Halangan 20 meter tiap-tiap satu pada jarak 900 meter dari tempat halangan. 3. Jarak Membrek Kecemasan (Emergency Braking Distance) adalah 400 meter. 4. Jarak Keselamatan Membrek (Service Braking Distance) adalah dipinda dari 800 meter kepada 900 meter. Apabila Pemandu melanggar Semboyan Halangan pertama, Pemandu hendaklah menggunakan Jarak Membrek Kecemasan yang menandakan mengawal kelajuan tren agar tren dapat diberhentikan dalam lingkungan Jarak Membrek Kecemasan 400 meter. Apabila Pemandu melanggar lebih daripada satu Semboyan Halangan, Pemandu hendaklah menggunakan Jarak Keselamatan Membrek yang menandakan dihadapan jarak 900 meter ada halangan. Semua yang berkenaan sila ambil perhatian.