KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
HRM / HRA / 02 / 2005 ** Pekeliling ini membatalkan pekeliling di dalam Berita Dwi-Mingguan 2548 bertarikh 22 Oktober 1994
PEKELILING SUMBER MANUSIA
DASAR PENYALAHGUNAAN DADAH TARIKH BERKUAT KUASA: 1 JULAI 2005
1.
2.
OBJEKTIF 1.1
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan garis panduan berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di kalangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (selepas ini disebut sebagai KTMB atau ‘Syarikat’).
1.2
Pekeliling ini dikeluarkan selari dengan Dasar Dadah Negara yang telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan di mana adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membenteras penyalahgunaan dadah termasuk di kalangan kakitangan Syarikat.
RASIONAL 2.1
Sebagai salah sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan rel yang utama di negara ini, Syarikat bertanggungjawab memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, khususnya dari aspek keselamatan nyawa dan harta-benda mereka. Apa jua elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan Syarikat, seperti penyalahgunaan dadah dikalangan kakitangan, perlu ditangani sewajarnya.
2.2
Syarikat juga percaya bahawa tenaga kerja yang sihat dan berkualiti merupakan suatu aset dan sumber pengeluaran yang terpenting.
HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 1 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
3.
JENIS-JENIS DADAH Bagi maksud pekeliling ini, “dadah berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Merbahaya 1952 (Akta 234). (Sila rujuk LAMPIRAN A yang mengandungi jenis-jenis dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Walau bagaimanapun, senarai tersebut tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.)
4.
LARANGAN Seseorang kakitangan tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya.
5.
PROSEDUR TINDAKAN KE ATAS KAKITANGAN KTMB YANG TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH Prosedur yang perlu dipatuhi dalam menangani kakitangan yang menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah yang berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya adalah seperti berikut:
5.1
Pengakuan Secara Sukarela Seseorang kakitangan yang membuat pengakuan secara sukarela menggunakan, mengambil, menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya akan diambil tindakan seperti berikut: 5.1.1
Dihantar ke Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) bagi menjalani ujian darah/air kencing;
5.1.2
Jika keputusan ujian didapati positif, Syarikat akan mendapatkan nasihat daripada ADK samada kakitangan berkenaan perlu menjalani pemulihan melalui kaedah yang difikirkan sesuai, iaitu samada diletakkan di bawah pengawasan ADK atau dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah (PPD); HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 2 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
5.1.3
Seseorang kakitangan yang diletakkan di bawah pengawasan ADK akan dibenarkan bekerja seperti biasa. Walau bagaimanapun jika kakitangan tersebut didapati melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh ADK atau tidak menunjukkan apa-apa perubahan positif terhadap penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib;
5.1.4
Jika seseorang kakitangan perlu ditempatkan di PPD, tempoh berada di pusat tersebut adalah dianggap sebagai cuti tanpa gaji;
5.1.5
Seseorang kakitangan yang berjaya pulih sepenuhnya setelah menjalani rawatan dalam tempoh yang ditetapkan akan ditawarkan berkhidmat di jawatan asal atau jawatan lain yang difikirkan sesuai oleh Syarikat; dan
5.1.6
Jika seseorang kakitangan gagal pulih sepenuhnya setelah tindakan pengawasan/pemulihan yang sewajarnya diberikan, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.
(Sila rujuk LAMPIRAN B untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)
5.2
Ditangkap Oleh Pihak Berkuasa Jika seseorang kakitangan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menggunakan, mengambil, menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja. (Sila rujuk LAMPIRAN B untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)
5.3
Melakukan Kesalahan Operasi 5.3.1
Seseorang kakitangan yang terlibat dengan kesalahan operasi kereta api yang berat seperti melanggar semboyan dalam keadaan bahaya, menyebabkan berlakunya pelanggaran kereta api atau kemalangan kereta api yang mengakibatkan kematian, kecederaan atau kerugian kepada harta benda Syarikat adalah dikehendaki menjalani ujian darah/air kencing bagi menentukan sama ada kakitangan itu terlibat dengan penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan dadah berbahaya. HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 3 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
5.3.2
Sekiranya ujian didapati positif, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman yang berat termasuk buang kerja.
(Sila rujuk LAMPIRAN C untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)
5.4
Pemeriksaan Berkala dan Mengejut 5.4.1
Syarikat atas budi bicaranya berhak mengarah atau mengatur seseorang kakitangan untuk menjalani ujian darah/air kencing secara berkala atau mengejut bagi menentukan sama ada kakitangan itu terlibat dengan penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan dadah berbahaya.
5.4.2
Ketua Jabatan diberi kuasa melaksanakan peraturan ini.
5.4.3
Sekiranya ujian didapati positif, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
5.4.4
Bagi maksud pekeliling ini, “Ketua Jabatan” ertinya seseorang kakitangan yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan atau unit dan termasuklah mana-mana kakitangan dalam Kumpulan Eksekutif yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh kakitangan yang bertanggungjawab bagi Jabatan atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.
(Sila rujuk LAMPIRAN C untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)
HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 4 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
6.
TARIKH BERKUAT KUASA / PELAKSANAAN 6.1
Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2005.
6.2
Serentak dengan ini, pekeliling yang telah dikeluarkan melalui Berita DwiMingguan 2548 bertarikh 22 Oktober 1994 adalah dimansuhkan.
Dikeluarkan oleh:
Diluluskan oleh:
__________________________ Samat Mahat Pengurus Besar Sumber Manusia & Pentadbiran
_______________________ Dato’ Mohd Salleh Abdullah Pengarah Urusan
\\10.0.0.248\oce\P&P,Circulars, Manuals\Circular\Final\2005\HRM-HRA-02-2005 Penyalahgunaan Dadah.doc
HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 5 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN A JENIS-JENIS DADAH BERBAHAYA (JADUAL PERTAMA SEKSYEN 2, 11(1) DAN 17(3) - AKTA DADAH MERBAHAYA 1952) BAHAGIAN
BIL
Bahagian I
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36
Bahagian II
Bahagian III
37 38 39
JENIS Candu mentah Daun Koka Jerami Popi Ganja Candu masak Ganja Resin ganja & bahan-bahan di mana resin tersebut merupakan besnya Acetorphine Acetyl-alpha-methylfentanyl Acetylmethadol Alfentanil Allylprodine Alphacetylmethadol Alphameprodine Alphamethadol Alpha-methylfentanyl Alpha-methylthiofentanyl Alphaprodine 2-amino-1-(2,5-dimethoxy-4-methyl) phenylpropane Amphetamine Anileridine Benzethidine Benzylmorphine Betacetylmethadol Beta-hydroxyfentanyl Betahydroxy-3-methylfentanyl Betameprodine Betamethadol Betaprodine Bezitramide Cathinone Clonitazene Coca Leaf Cocaine Codoxime Kepekatan jerami popi (bahagian yang wujud apabila jerami popi telah masuk ke dalam suatu proses untuk memekatkan alkaloids, apabila bahan tersebut boleh didapati dalam perdagangan) Desomorphine DET,N,N-diethyltryptamine Dextromoramide HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 6 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN
BIL
Bahagian III
40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83
JENIS Diampromide Diethylthiambutene Difenoxin Dihydroetrophine Dihydromorphine Dimenoxadol Dimepheptanol 2,5-Dimethoxyamphetamine (DMA) Dimethoxybromoamphetamine (DOB) 2,5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET) Dimethylthiambutene Dioxaphethyl butyrate Diphenoxylate Dipipanone DMHP, 3-(1,2-dimethylheptyl)-1-hydroxy-7,8,9, 10 –tetrahydro-6,6,9trimethyl-6H-dibenzo [b,d] pyran DMT,N,N-dimethyltryptamine Drotebanol Ecgonine Ethylmethylthiambutene Eticyclidine, N-ethyl-1-phenylcyclohexylamine Etonitazene Etorphine Etoxeridine Etryptamine Extract or tincture of cannabis Extract or tincture of coca leaves Extract or tincture of opium Fentanyl Furethidine Heroin Hydrocodone Hydromorphinol Hydromorphone Hydroxypethidine Isomethadone Ketamine Ketobemidone Levomethorphan Levomoramide Levophenacylmorphan Levorphanol (+)-Lysergide, (+)-N,N-diethyllysergamide (d-lysergic acid diethylamide) Mescaline, 3,4,5-trimethoxyphenethylamine Metazocine HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 7 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN
BIL
Bahagian III
84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102
103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125
JENIS Methadone Methadone-Intermediate Methamphetamine (syabu, Ice) Methcathinane 5-Methoxy-3,4-methylenedioxyamphetamine (MMDA) 4-methylaminorex Methyldesorphine Methyldihydromorphine Methylenedioxy-amphetamine (MDA) 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (Ecstacy, MDMA) 3-Methylfentanyl 1-methyl -4-phenyl-4-piperidinol propionate (MPPP) 3-methylthiofentanyl Metopon Monoacetylmorphines Moramide-Intermediate Morpheridine Morphine Morphine Methobromide dan lain-lain, derivatif pentavelent nitrogen morphine,termasuk dan terutamanya derivatif bagi morphine -N-oxide, salah satu daripadanya ialah Codeine-N-oxide Morphine-N-oxide Myrophine N-ethyl (MDA) N-hydroxy (MDA) N-methyl-1-(3,4-methylenedioxyphenyl)-2-butanamine Nicomorphine Nimetazepam Noracymethadol Norlevorphanol Normethadone Normophine Norpipanone Oxycodone Oxymorphone Para-fluorofentanyl Parahexyl,3-hexyl-l-hydroxy-7,8,9,10-tetrahydro-6,6,9-trimethyl-6Hdibenzo [b,d] pyran Paramethoxyamphetamine (PMA) Pethidine Pethidine-Intermediate-A Pethidine-Intermediate-B Pethidine-Intermediate-C Phenadoxone Phenampromide HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 8 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN
BIL
Bahagian III
126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150
JENIS Phenazocine 1-phenethyl-4-phenyl-4-piperidinol acetate (PEPAP) Phenomorphan Phenoperidine Piminodine Piritramide Propheptazine Properidine Psilocine,Psilotsin, 3-(2-dimethylaminoethyl)-4-hydroxyindole Psilocybine, 3-(2-dimethylaminoethyl)-indol-4-yl dihydrogen phosphate Racemothorphan Racemoramide Racemorphan Remifentanil Rolicyclidine, l-(l-phenylcyclohexyl) pyrrolidine Sufentanil Tenocyclidine, l-[l-(2-thienyl) cyclohexyl piperidine Tetrahydrocannabinols, l-hydroxy-3-pentyl-6a, 7,10,10a-tetrahydro6,6,9-trimethyl-6-H-dibenzo [b,d] pyran Thebacon Thebaine Thiofentanyl Tilidine Trimeperidine 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA) Isomer-isomer, melainkan yang khususnya dikecualikan, bagi dadahdadah dalam Bahagian ini bilamana kewujudan isomer tersebut boleh berlaku dalam lingkungan bahan kimia tertentu; Esters dan Ethers, melainkan terdapat dalam Bahagian lain, bagi dadahdadah dalam Jadual ini bilamana kewujudan esters atau ethers tersebut boleh berlaku; Garam bagi dadah-dadah yang disenaraikan dalam Bahagian ini, termasuk garam bagi esters, ethers dan isomers seperti yang telah ditetapkan di atas bilamana kewujudan garam tersebut boleh berlaku.
Bahagian IV
151 152 153 154 155 156 157 158
Acetyldihydrocodeine Codeine Dextropropoxyphene Dihydrocodeine Ethylmorphine Nicocodine Nicodicodine Norcodeine HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 9 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN
BIL
JENIS
Bahagian IV
159 160 161
Pholcodine Propiram Isomer-isomer, melainkan yang khususnya dikecualikan, bagi dadahdadah dalam Bahagian ini bilamana kewujudan isomer-isomer tersebut boleh berlaku dalam lingkungan bahan kimia yang telah ditetapkan; Garam-garam bagi dadah-dadah yang disenaraikan dalam Bahagian ini, termasuk garam-garam bagi isomers seperti yang telah ditetapkan di atas bilamana kewujudan garam-garam tersebut boleh berlaku.
HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 10 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN B
CARTA ALIRAN PROSES TINDAKAN PENYALAHGUNAAN DADAH
PENGAKUAN SUKARELA
TANGKAPAN
PEMERIKSAAN AIR KENCING OLEH ADK
TINDAKAN TATTERTIB
KEPUTUSAN (+ ATAU -) - ve
♦ ♦ ♦ ♦
+ ve
HUKUMAN: Henti kenaikan gaji; atau Turun Gaji; atau Turun Pangkat; atau Tamat Perkhidmatan.
BEBAS
PUSAT PEMULIHAN
PENGAWASAN ADK
TANPA GAJI
GAJI PENUH
JIKA TIADA PERUBAHAN : TINDAKAN TATTERTIB
♦ ♦ ♦ ♦
HUKUMAN: Henti kenaikan gaji; atau Turun Gaji; atau Turun Pangkat; atau Tamat Perkhidmatan.
HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 11 daripada 12
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD PEKELILING SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN _____________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN C
CARTA ALIRAN PROSES TINDAKAN PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN KESALAHAN OPERASI TREN YANG SERIUS ATAU DIARAHKAN OLEH SYARIKAT
PEMERIKSAAN DARAH / AIR KENCING DI BALAI POLIS ATAU DI HOSPITAL
KEPUTUSAN POSITIF
KEPUTUSAN NEGATIF
TINDAKAN TATATERTIB KERANA KESALAHAN OPERASI SAHAJA
TINDAKAN TATATERTIB KERANA KESALAHAN OPERASI DAN PENYALAHGUNAAN DADAH
♦ ♦ ♦ ♦
HUKUMAN: Henti kenaikan gaji; atau Turun Gaji; atau Turun Pangkat; atau Tamat Perkhidmatan.
♦ ♦ ♦ ♦ ♦
HUKUMAN: Amaran (bertulis); Henti kenaikan gaji; atau Turun Gaji; atau Turun Pangkat; atau Tamat Perkhidmatan.
HRM / HRA / 02 / 2005 Muka surat 12 daripada 12