GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH JENIS SYABU DAN JENIS-JENIS DADAH BARU YANG LAIN Oleh : Norliah binti Sajuri Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Abstrak Masalah penyalahgunaan dadah yang dianggap sebagai musuh nombor satu negara merupakan ancaman yang sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak. Kini gejala penggunaan dadah jenis baru seperti syabu, ecstasy dan sebagainya, semakin berleluasa di kalangan generasi muda dan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah kejam di negara ini. Walaupun fatwa mengenai dadah sebelum ini telah ada, namun fatwa yang lebih memberi fokus kepada dadah jenis baru ini adalah penting sebagai membuktikan komitmen Majlis F atwa Kebangsaan dalam mengulangi pendirian mengenai gejala yang semakin buruk ini. Ramai juga yang menganggap dadah jenis amphetamine type stimulant (ATS) atau lebih dikenali sebagai syabu tidak merbahaya, berbanding dadah bukan sintetik seperti heroin dan kokain. Hakikatnya pengambilan dadah ini secara berterusan boleh menyebabkan komplikasi teruk termasuk sakit mental sehingga ada penagih yang sanggup melakukan kekerasan termasuk mencederakan orang lain, malah membunuh keluarga sendiri. Kertas ini akan menghurai secara ringkas jenis-jenis dadah baru, kesan pengambilan dan pandangan syarak terhadap isu ini.
PENDAHULUAN Nama saintifik bagi syabu ialah methamphetamine sejenis dadah dari amphetamine type stimulant iaitu dadah jenis stimulant (perangsang). Perkataan syabu adalah bahasa tagalog dari Filipina. Nama lain bagi syabu ialah ice, ice baby, the devil's drug (dadah syaitan), poor man's coccaine (kokain orang miskin), chalk, crank, fire, glass, speed, kristal dari jenis serbuk manakala berbentuk pil digelar WY, pil `kuda', pil `yaba' dan pil 'go'. Dadah ini terhasil daripada dadah induk amphetamine yang digunakan untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. 1
JURNAL PENYELID1KAN ISLAM
Bagaimanapun, dalam konteks perubatan pada masa kini kegunaannya terhad untuk keadaan tertentu seperti rawatan narkolepsi (keadaan yang mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan, kurang penumpuan dan kegemukan yang teruk). Pada amnya di negara ini amphetamine hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanakkanak yang terlalu aktif dan kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Kandungan syabu yang aktif ialah amphetamine; yang popular ialah syabu berbentuk kristal dan senang diserap ke dalam darah apabila dihidu iaitu lebih laju daripada kesan pengambilan syabu jenis pil. Syabu yang diedarkan kepada penagih kebanyakannya dihasilkan oleh makmal haram dan daripada bahan precursor seperti ephedrine, psedoephedrine dan phenylproponolamin. Apabila kawalan ketat dilakukan kepada precursor, pengilang haram cuba menggunakan bahan lain yang merbahaya seperti ephedrine (ubat selesema), dextrometophan (ubat batuk) dan bahan kimia lain seperti bateri lithium, peluntur cat, iodine dan air radiator. Bahan-bahan kimia ini boleh meningkatkan risiko kematian kepada pengguna. Syabu atau methaphetamine (nama ringkasnya meth) merupakan sejenis dadah perangsang yang berupaya mengaktifkan sistem tertentu otak lantas menyebabkan ketagihan kuat pada seseorang. Di Malaysia, ia mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin. Methamphetamine terkenal di kalangan para penagih baru yang menganggap dadah berbentuk kristal dan tidak berbau atau berwarna itu `selamat', tanpa sebarang kesan ketagihan. KESAN PENGAMBILAN SYABU Syabu tidak memerlukan pengambilan kerap seperti heroin iaitu hanya perlu dua kali seminggu bagi penagih tidak tegar. Walau bagaimanapun syabu boleh menyebabkan ketagihan dan memudharatkan kerana ia adalah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf (otak dan saraf tunjang) yang menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan menyebabkan otak menjadi lembab, kemurungan dan boleh membawa kepada sakit jiwa yang teruk jika diambil berpanjangan. Cara utama syabu diambil ialah : 2
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
i) dengan cara menghisap menggunakan `oga' atau dihisap terus daripada timah rokok. ii) Penggunaan sedut melalui hidung ini memberi kesan yang dalam masa (3) hingga (5) minit. iii) Pengambilan methamphetamine secara suntikan. Penggunaan secara suntikan atau dihisap secara 'chasing the dragon' memberi kesan keseronokan segera. iv) Pengambilan pil methamphetamine dengan cara ditelan memberi kesan 15 hingga 20 minit. Pengambilan dadah syabu jenis ecstasy dilaporkan paling banyak digunakan khususnya oleh para remaja yang mengunjungi kelab malam, disko, karaoke atau tempat-tempat hiburan. Oleh kerana syabu adalah sejenis dadah yang poten (kesan yang kuat) maka kesan pengambilan dadah ini akan menghasilkan 'euphoria' — kesan seronok dan rasa gembira; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian dan mengurangkan selera makan. Ini kerana syabu akan merembeskan neurotransmiter dopamine iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus melimpahi pengguna dengan perasaan yang begitu menyeronokkan. Kesan dadah akan bertahan selama 24 jam tetapi kesan seronok akan semakin lenyap sebelum kandungan dadah dalam darah semakin berkurangan. Pengguna akan cuba meneruskan kesan khayal berulang kali. Setiap kali episod khayalan, kesan keseronokan semakin berkurangan dan lebih banyak syabu diperlukan untuk mencapai kesan khayalan yang menyeronokkan. Lama kelamaan penagih syabu akan bertukar kepada cara menyuntik atau menghisap dadah ini walaupun sebelumnya hanya menelan atau menyedut untuk mendapatkan kesan khayal dan seronok dengan lebih cepat. Kesan khayal dan seronok ini adalah akibat pengeluaran sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine penghantar neuro ke otak yang mengawal perasaan seronok. Dalam keadaan tertentu penagih tidak makan dan tidak tidur sebaliknya akan menyuntik dadah sebanyak satu gram setiap dua atau tiga jam dalam masa dua atau tiga hari sehingga bekalan habis atau mereka tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Kesan buruk segera yang dialami oleh pengguna adalah seperti mulut kering, berpeluh secara berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala. Selepas kesan khayal hilang, pengguna 3
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
akan merasa gelisah, gementar, kebingungan, halusinasi, cepat marah dan boleh bersifat ganas. Penagih akan mengalami kesusutan berat badan, kudis akibat tabiat menggaru-garu kulit kerana menyangka serangga merayap pada kulit atau dalam kulit mereka. Selain menggaru ada juga yang menoreh diri sendiri dalam usaha untuk mengeluarkannya. Tabiat ini dikenali sebagai formication. Gejalanya boleh muncul di antara beberapa bulan atau bertahun-tahun selepas penggunaannya dihentikan. Pengguna juga akan mengalami gangguan sistem penghadaman akibat kebuluran serta bahan toksik yang ada dalam dadah. Simptom ketagihan menyebabkan mereka mengabaikan kesihatan diri, pemakanan dan tidur yang sempurna, mengalami kemurungan yang teruk, syak wasangka tanpa sebab, bersifat garang dan pemarah, keganasan yang tidak terkawal dan perlakuan psikotik (seperti gila). Penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti parkinson dan penyakit alzheimer (hilang ingatan dan kurang daya berfikir). Dalam dos yang tinggi dadah ini boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, meningkatkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan boleh membawa maut. Komplikasi kesihatan lain ialah : i. Pelbagai masalah kardiovaskular seperti degupan jantung yang kencang dan tidak teratur. ii. Tekanan darah penagih juga meningkat dan tidak dapat diubah lagi manakala serangan angin ahmar memusnahkan pembuluh darah kecil di dalam otak. iii. Penagih methamphetamine kronik menyebabkan radang hati, kerosakan pembuluh darah dan kulit yang bengkak dan bernanah. iv. Keracunan plumbum akut. Salah satu cara pembikinan methamfetamine ialah menggunakan plumbum asetat sebagai bahan uji. Kesilapan semasa proses penghasilannya boleh menyebabkan pencemaran methamphetamine. v. Janin yang terdedah kepada penyalahgunaan methamphetamine juga akan menyebabkan komplikasi prenatal, kelahiran pramatang, kecacatan kongenital dan mengubah corak tingkah laku neonatal seperti iritabiliti melampau dan refleks abnormal. Selain mengalami kesan sakit mental dan emosi, pengguna syabu banyak menyumbang kepada masalah sosial dan peningkatan kadar 4
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
jenayah. Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine sering melakukan seks bebas tanpa perlindungan dan terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Pengambilan methamphetamine juga boleh menimbulkan keghairahan seksual atau mendorong nafsu yang kuat, menjadikan penggunanya seorang perogol termasuklah memperkosa kanak-kanak. la juga menyebabkan seseorang itu sangat berani dan sanggup melakukan jenayah seperti rompakan mahupun pembunuhan tanpa sedikit pun rasa simpati kepada mangsa. Aspek kehidupan golongan penagih ini juga terjej as kerana dadah ini. Pertelingkahan dengan ahli keluarga berlaku kerana masalah ketagihan dan kewangan. Di tempat bertugas, prestasi kerja pengguna dadah akan merosot dan sering menghadapi masalah dengan rakan kerana sifatnya yang cepat marah dan cenderung kepada keganasan. Bagi menampung ketagihan, penagih sering terbabit dengan jenayah ragut, curi, samun, malah sanggup melakukan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan wang. Sifat paranoia dan ganas ini boleh menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Dalam beberapa kejadian, penagih di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine sanggup melakukan kekerasan termasuk membunuh keluarga sendiri termasuk ibubapa sendiri. Terdapat beberapa jenis dadah lain yang mempunyai kesan dan pengaruh yang sama dengan syabu ialah katamine, Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB) dan ecstacy. PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH JENIS BARU Islam melarang umatnya meminum arak kerana memabukkan. Orang yang mabuk akan hilang pertimbangan akal waras dan merendahkan martabat insan setaraf dengan makhluk yang tidak berakal. Allah mengharamkan arak dalam tiga peringkat berdasarkan firman Allah SWT:
,......;. :44::
. „:;...,..{,.., ,.,.. tfal ...i
„ I....
---9 `41' -t. s 4-74 "--4-4-'0 44' - ti—A'4_,
• 'Y .)k; (..-4--111•.‘ ;UTS., '''' fr(i '411-C.A..4 cbg.,4.-t, ;:2-E.1 1 r- • - --. e' ..,1; < .; ••• s ,ft • :: , . • , ,
bi
5
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksudnya: Mereka bertanya kepada kamu ( wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)" . Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatN ya (keterangan-keterangan) hukumNya supaya kamu berfikir. (Surah Al-Bagarah 2:219)
.-- 1:„ o •
(Ler (S:XL
a • a „
j
Cf.M
.1t • fi„ ) 41 433, kel 4-5 _1 1 : ' 6'2". 3••••4:
• .5
,. o1,3
Low .7.
m-4
A
)1: ,!.• I:, I/
‘J_,I2-13•11
Z.)
AL./ ° ,./ st 4is FPX-k5...- • -9 1.5-'1--•AA
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan jangan pula menghampiri masjid, sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja sehingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan kemudian kamu tidak mendapat air ( untuk mandi atau berwudhuk) maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah - debu yang suci. laitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah adalah Amat Pemaaf lagi Amat Pengampun. (Al-Nisa 4:43) .0 ... it "...it. ..0 /' „It / "; .4.- A .............- iiir.l.... 0'1'. •,...."... ...- .-- .1.• ..-..•---,
b,
A
it , _ "%r; , ,.., )1 :1 5 (......, .." il.. •••• 0 ....., ..- ...1,*
4I ..... ,... . ..,
t)...trLfter . . ti 0.6..1 1 a Ici•■C'Cyt
6
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM ....... a.0.... ,,,,„. . .0 .
,...• ,..- ....-4."...- ..- ....- ....4 v.", , ..... .... .. A " - .11 -- i p 1
1,:e „..; ,...... .r..., s ....: ,ft-s....! „:..f ........1
4
j,.....„,
).)0P14)-kvIt!_, . $Oits-4(`-' ').31-1.041c1_,A1,7
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah , adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhiny a supay a kamu berjay a . S esungguhny a syaitan itu hany a bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?) (Surah al-Maidah : 90-91) Ketiga-tiga ayat di atas merupakan peringkat-peringkat penurunan wahyu berhubung pengharaman arak. Ayat-ayat dari Surah al-Maidah: 90-91 mengandungi peringatan Allah agar menjauhi arak kerana sifatnya yang naj is dan memudharatkan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Allah SWT melarang manusia daripada melanggar batas-batas yang ditentukan. Secara prinsipnya, Allah SWT tidak mengharamkan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada manusia sebaliknya perkara mudharat sahaja yang diharamkan manusia mengambilnya. Dharar di dunia ini adalah kerana arak menghilangkan kewarasan akal manusia sedangkan kemampuan akal mempertimbang adalah faktor terpenting taklif kepada manusia atas apa yang disyariatkan. (Abu Sari' Muhammad Abd al-Hadi. al- At' imah wa alZabaih fi Fiqh al-Islamiy : hal.110). Melihat kepada kesan dadah jenis syabu kepada otak adalah lebih mudharat daripada arak kerana is bukan sekadar memabukkan bahkan mendatangkan ketagihan dan sakit mental kekal yang akhirnya membawa gejala yang lebih dahsyat iaitu pembunuhan nyawa yang tidak berdosa. Penggunaannya yang berterusan boleh mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat bahkan kepada umat Islam seluruhnya. Kriteria mudharat pengambilan syabu amat jelas termasuk dalam kategori perkara yang diharamkan seperti yang yang dijelaskan dalam ayat di atas. Beberapa hadith menguatkan illah pengharaman arak adalah kerana memabukkan. Sabda Rasulullah SAW: 7
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
:js ••
J19 j 4:0 Ls J1 7; oljj )
Maksudnya : Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak itu adalah haram. Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:
4.4.1s. 411 aLo : Ls.;o) 4.1) JI
„1.;1 ulS9 JI j.rej — sUI slJ1 —
: -
0.11 Ls.Ldo jLib o 1_ +5 ;.,-ai : : Maksudnya: Diriwayatkan oleh Aisyah RA daripada Rasulullah SAW ditanya mengenai Bit' i — sejenis minuman bermadu yang (masyhur) menjadi minuman masyarakat Yaman. Nabi SAW bersabda, "Semua minuman yang memabukkan adalah haram" . Semua perkara yang memabukkan adalah termasuk dalam 'alkhamr' sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ,st
0. o
o„as
Maksudnya: Apa-apa perkara yang jika banyaknya memabukkan maka sedikitnya juga adalah haram. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Termizi) . Dengan maksud bahawa walaupun pengharaman arak seperti dalam al-Quran bermaksud minuman perahan anggur namun berdasarkan penggunaan kaedah qias, apa juga jenis bahan selain daripada arak juga haram thabit kepada illah "memabukkan".
PANDANGAN ULAMA' Dalam membincangkan hukum Hasyisy (ganja) dan opium, dua jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan ketagihan dan khayal, Abu Sari' Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa tahap merbahaya bahan kimia ini adalah melebihi arak. Justeru kedua-duanya 8
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
perlu dikategorikan sebagai haram sama seperti arak. Pandangan ini menyokong pandangan Ibnu Taimiyyah seperti yang dipetik oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawiy di dalam kitabnya "Halal dan Haram Dalam Islam" yang menyatakan, "Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang mengambilnya mabuk ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang yang jahat kerana di dalamnya ada unsurunsur yang memabukkan dan menyeronokkan malah sering dicampur dengan arak." Pandangan ini berpandukan kepada sebuah hadith: • 4,,_Lp 4111'4111 Jii : 0
of l l$;9,;.:,.;
Zajt.1,
Maksudnya: Daripada Ubadah bin al-Somit berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Ada satu golongan dari kalangan umatku yang menghalalkan al-khamr dengan menamakan dengan nama lain, is tetap arak (yang hukumnya haram) . Hadith yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa apa juga bahan yang boleh menyebabkan penggunanya mabuk adalah haram untuk apa-apa tujuan sekalipun. Perkataan "kullu" (semua) seperti yang terdapat dalam hadith riwayat Aisyah r.a datang dalam lafaz yang umum yang membawa interpretasi semua bahan yang memabukkan sama ada dalam bentuk cecair, serbuk, pil atau gas adalah haram. Pengecualian hanya diberi atas prinsip dharurat, sekiranya dadah digunakan diperaku untuk tujuan perubatan seperti kegunaan morfin sebagai ubat tahan sakit dan sebagainya. Walau bagaimanapun kelonggaran ini adalah berdasarkan pertimbangan bahawa tiada ubat alternatif lain yang halal. (Lihat Dr. Wahbah al- Zuhaily Juz. 7 : hal. 5513). Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi, pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli, menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk dalam hukum yang sama. (Dr. Wahbah al-Zuhaily, Juz. 7 : hal. 5495). Pengharaman itu adalah menepati konsep salah satu asas penentuan sesuatu hukum iaitu j17;., . KEPUTUSAN FATWA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 April 9
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
1982 TrI2mutuskan bahawa: "Sebarang penyalahgunaan termasuk penyalal- gunaan dadah hukumnya adalah haram. Dadah hanya boleh digunaL n bagi tujuan yang sah mengikut syarak. Dala m Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 isu penyalahgunaan dadah sekali lagi dibincan.gkan clan kali ini pandangan fatwa melebar kepada isu pengaml- ilan dadah jenis baru yang memberi kesan yang lebih parah kepada penagih. Fatwa memutuskan bahawa : i. Dadah jenis Syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain rnempunyai kesan mudharat yang sama seperti Ecstasy, Katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB). (Dleh itu, penyalahgunaan dadah jenis Syabu dan dadah-dadah ii. enis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang 'erkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan 1--)enggunaannya adalah juga diharamkan. KESIMPULAN Syabu sejenis dadah perangsang yang berupaya mengaktifkan sistem tertentu otak lantas menyebabkan ketagihan kuat pada seseorang, memberi kesan buruk dan boleh memudharatkan pengguna. Akibat daripada pengambilan syabu dan pelbagai jenis dadah baru di pasaran, masa depan generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris negara hancur kerana mereka tidak berdaya mengurus diri, keluarga dan masyarakat. Lebih parah lagi peningkatan masalah sosial dan kadar jenayah yang melibatkan penagih dadah. Langkah kerajaan negara ini untuk membanteras masalah dadah perlu diteruskan dan penguatkuasaan harus lebih telus sebagai bukti perakuan negara terhadap pengharaman apa juga bentuk pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
10
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Rujukan Al-Quran al-Karim, Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian Al-Hadith AI-Qardhawi, Dr.al-Syeikh Yusuf. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. al-Maktab al-Islamiy, Beirut, Dimasyk wa 'Amman. 1994 Al-Zuhaily, Wahbah, Dr. al-Fiqh wa Adillatuh. Juzuk 1. Dar al-Fikr al-Mu'asir, Beirut Lubnan. 1997 Mahmud Syakir al-Harstaniy. Jami' al-Bayan an Takwil Ai al-Quran Tafsir al-Bayan. Tafsir al-Tabariy. Juz. 7. Dar Ahya' al-Turath al-`Arabiy. Beirut/Lubnan 2001 http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp ?y=2004&dt=1128&pu b=utusan_malaysia&.sec=kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive http://www.un.org
11