Program Transformasi Ekonomi 387 Hala Tuju Untuk Malaysia
Bab 11: Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E “Sektor elektrik dan elektronik telah memainkan peranan kritikal dalam pembangunan ekonomi industri Malaysia, dan saya yakin sektor ini akan terus memberi sumbangan penting kepada PNK negara pada tahun 2020. Hari ni, kita mempunyai asas yang mantap dan rangkaian syarikat yang kukuh. Namun, dalam dekad yang lepas, sektor ini menghadapi cabaran dalam mengekalkan trajektori pertumbuhan yang kukuh. Kini kita perlu menjadi sebuah pusat E&E yang strategik bagi syarikat-syarikat E&E utama global dan domestik, menawarkan nilai wang yang tinggi dengan lambakan pekerja mahir. Saya yakin kita mampu memperkasakan sektor ini dan sebagai menteri penaja, saya sememangnya komited untuk memastikan inisiatif dalam bab ini dilaksanakan dan sasaran PNK dicapai.” YB Dato’ Sri Mustapa B. Mohamed
“Sektor elektrik dan elektronik berpotensi membawa masuk pekerja mahir dan membina asas pengetahuan saintifik dan teknologi maju ke Malaysia. Sektor ini akan memainkan peranan penting dalam membina ekonomi Malaysia mampan yang berteraskan inovasi. Bab ini memperincikan perancangan untuk melaksanakannya dengan meningkatkan kemampuan kita di seluruh rantaian nilai E&E dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengkomersialan dan perkilangan yang kompleks. Sejurus penerimagunaan oleh Kerajaan dan peruntukan segala sumber yang diperlukan, saya akan memastikan inisiatif dalam bab ini dilaksanakan dan sasaran PNK dicapai.” YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
388
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
S
ektor elektrik dan elektronik (E&E) adalah penyumbang penting dalam ekonomi Malaysia, di mana pada tahun 2009, ia telah menyumbang 6 % daripada pendapatan negara kasar (PNK) Malaysia, 522,000 pekerjaan dan 41 % daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia. Kini, kebanyakan
peneraju global E&E mempunyai operasi di Malaysia, dan sektor ini telah melahirkan syarikat tempatan seperti Silterra, IRIS, Tenaga Switchgear, DSEM dan Pensonic. Industri E&E juga memainkan peranan utama dalam pembangunan Koridor Utara (semikonduktor dan elektronik industri), Lembah Klang (perkhidmatan canggih), Johor (perkilangan E&E intensif logistik) dan Sarawak (mengembangkan kelompok untuk perkilangan substrat silikon). E&E Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam bidang semikonduktor dan elektronik perindustrian. Hampir setiap syarikat terkemuka dunia, daripada Intel hingga ke Texas Instruments, memiliki operasi semikonduktor di Malaysia. Dalam elektronik perindustrian, Agilent, sebuah syarikat peneraju global dalam bidang pengujian dan pengukuran, mengeluarkan sebahagian besar daripada peralatan pengukuran elektroniknya di Pulau Pinang. Manakala ABB pula, peneraju global dalam automasi dan transmisi serta pengedaran, mempunyai ibu pejabat serantau untuk pasaran yang semakin meluas (Timur Tengah, Asia Tenggara, Asia Selatan) di Lembah Klang. Selain itu, terdapat sektor yang semakin berkembang secara global pada tahap lebih daripada 20 % setahun, seperti teknologi solar fotovolta (solar) dan diod pemancar cahaya (LED), di mana Malaysia telah pun mempunyai rangkaian syarikat yang mantap dan bersedia untuk menguasai pertumbuhan global dalam kapasiti perkilangan. Meskipun demikian, sektor E&E kita menghadapi cabaran hebat dalam mempertahankan pertumbuhannya akibat persaingan dari China, Taiwan, Singapura dan negara-negara Asia lain. Selama 10 tahun kebelakangan ini, peratusan eksport E&E Malaysia telah menurun. Tambahan pula, fokus Malaysia pada E&E secara tradisinya adalah pada pemasangan, bahagian nilai tambah lebih rendah dalam industri, sementara negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan Singapura telah menguasai aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan perkilangan. Kita akan memperkasakan sektor E&E Malaysia bagi meningkatkan PNK sehingga RM90 bilion menjelang tahun 2020, menyediakan sebanyak 157,000 pekerjaan tambahan (mahir dan sederhana mahir) dan meningkatkan tumpuan pada empat kelompok serantau yang kukuh (Koridor Utara, Lembah Klang, Johor serta Sabah dan Sarawak). Tumpuan kita adalah untuk menarik syarikat multinasional (MNC) utama serta mewujudkan syarikat juara Malaysia.
DEFINISI NKEA E&E NKEA E&E menumpukan usaha pada semikonduktor, peralatan rumah, dan elektronik perindustrian serta teknologi baru seperti solar dan LED. Setiap satu daripada empat kelompok serantau memiliki kekuatan dan peluang pertumbuhannya sendiri, yang akan dibangunkan. Koridor Utara mempunyai kelompok semikonduktor yang paling maju dan kelompok pengilang solar dan LED yang semakin berkembang. Lembah Klang, kerana jaraknya yang hampir dengan Kuala Lumpur, sedang berkembang sebagai pusat kreativiti dan perkhidmatan. Johor mempunyai kelebihan kos tenaga buruh yang lebih rendah dan berhampiran dengan Singapura (dengan peluang untuk pelaburan bersama dan latihan), serta Pelabuhan Tanjung Pelepas yang bertaraf dunia. Sarawak menawarkan silika bermutu tinggi dan kos kuasa boleh diperbaharui yang rendah lantas mampu menggunakan dua kelebihan asas ini untuk menjadi pusat perkilangan global substrat silikon. Sabah juga akan turut dibangunkan kerana profilnya yang berasaskan pertanian ekstensif menyokong pembangunan teknologi sensor wayarles, peralatan pemprosesan pertanian dan alat diagnostik.
Program Transformasi Ekonomi 389 Hala Tuju Untuk Malaysia
PENILAIAN PASARAN E&E merupakan penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia dengan eksport berjumlah RM250 bilion pada tahun 2008. Ia memberikan lebih daripada setengah juta perkerjaan, kebanyakannya pada jawatan mahir berpendapatan tinggi. Dengan kira-kira 1,900 syarikat aktif, sektor ini mempunyai banyak kisah kejayaan, terutamanya dalam bidang semikonduktor dan elektronik perindustrian. Malaysia merupakan pusat bagi kebanyakan syarikat yang paling berjaya dan terbesar dalam bidang ini seperti Intel, Agilent dan Motorola dan telah melahirkan syarikat ternama tempatan seperti Silterra, IRIS dan Pensonic. Ia memiliki permulaan yang baik dalam subsektor solar dan diod pemancar cahaya yang sedang pantas berkembang. Pemerkasaan perlu dilakukan terhadap sektor E&E bagi menangani cabaran getir yang dihadapinya. Cabaran-cabaran tersebut termasuk : • Sumbangan E&E kepada eksport dan ekonomi Malaysia semakin menurun. Bahagian eksport E&E Malaysia meningkat secara dramatik sekitar tahun 1970an dan 1980an semasa Malaysia bergerak ke arah negara industri dan memperkenalkan dasar-dasar pemboleh seperti zon perdagangan bebas. Namun sejak tahun 2000, eksport E&E tumbuh dengan kadar lebih perlahan berbanding eksport lain (pada kadar 0.4% untuk E&E berbanding 7% bagi semua eksport), mengakibatkan penurunan dalam bahagian eksportnya daripada 59% pada tahun 2000 ke 41% pada tahun 2009; • Sektor E&E Malaysia menghadapi persaingan yang kian meningkat. China yang telah muncul sebagai kilang dunia merupakan ancaman yang kuat. Suatu kajian Bank Dunia menunjukkan peningkatan persaingan eksport antara Malaysia dan China1.Pada tahun 2007, 59% eksport Malaysia ke Kesatuan Eropah (EU) berada di bawah ancaman dari China berbanding hanya kira-kira 31% pada tahun 1990. Ekonomi Asia lain yang sedang pesat membangun seperti Vietnam semakin pantas menjadi negara berkos rendah dalam industri E&E, sementara pada produk lebih mahal, Singapura dan Taiwan bersaing untuk pelaburan dalam aktiviti bernilai lebih tinggi; • Tumpuan pada aktiviti pemasangan menghasilkan nilai tambah yang lebih rendah. Sungguhpun Malaysia telah membangunkan kelompok penting dalam E&E, kebanyakan aktiviti kelompok ini tertumpu pada pemasangan yang agak rendah nilai tambahnya berbanding aktiviti nilai tambah yang tinggi seperti pembuatan komponen atau R&D (Carta 11-1). Bahkan dalam kelompok semikonduktor canggih di Pulau Pinang, sebahagian besar kegiatan ini adalah dalam pemasangan dan pengujian dan bukannya dalam pembuatan wafer yang lebih tinggi nilainya. Akibatnya nilai yang ditambahkan bagi setiap pekerja adalah kira-kira RM70 ribu, iaitu setanding dengan China dan hanya satu perlima daripada Singapura;
1 “A comparative analysis of Malaysia’s Industrial prospects and policy options”, World Bank 2009
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Carta 11-1
Malaysia perlu menambahkan nilai dan meningkatkan fokus dalam rantaian nilai E&E Ibu pejabat Global atau Rantau
R&D, Reka Bentuk
Kepadatan Syarikat hari ini Kepadatan rendah Kepadatan sederhana
Perkilangan (bahan, produk)
Kepadatan tinggi
Fokus untuk 2020 Fokus pertumbuhan 2020
Pemasangan, Perkhidmatan Pembungkusan, Jualan, Pengujian Pengedaran
Komponen semikonduktor LED Peningkatan fokus
390
Solar
Tiada untuk analisis ini
Elektronik perindustrian Komponen Pasif PC dan persisian Elektronik pengguna Pertambahan nilai
• Keupayaan Malaysia dalam E&E agak tidak terfokus merentasi pelbagai sektor. Sebagai contoh, kita memiliki sejumlah syarikat dalam aktiviti yang memerlukan tahap kemahiran rendah yang lazimnya dikenali sebagai teknologi pemutar skru (screwdriver technology) dan pemasangan komponen pasif. Di masa hadapan, Malaysia perlu menumpu pada sektor yang mempunyai nilai tinggi dan pertumbuhan tinggi di mana ia mempunyai kekuatan sedia ada; dan • Malaysia mempunyai ruang yang luas untuk memajukan hampir kesemua pemboleh penting bagi pemain industri (Carta 11-2). Untuk mengelakkan persaingan langsung dengan negara-negara seperti China dengan berganjak naik dalam rantaian nilai, kita perlu memastikan Malaysia menawarkan persekitaran pengendalian yang sesuai, terutamanya dalam penyediaan bakat, infrastruktur dan pemudahan Kerajaan serta ekosistem teknikal.
Program Transformasi Ekonomi 391 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 11-2
Tinjauan industri E&E menunjukkan bahagian untuk diperbaiki dalam persekitaran pengendalian Malaysia “Pemboleh ini penting untuk syarikat saya” Pemboleh
Kepentingan
Peraturan kerajaan
4.3
Kemudahan berurusan dengan kerajaan
4.3
Ketersediaan bekalan elektrik
4.2
Insentif yang sesuai
4.1
Ketersediaan buruh
4.0
Kos buruh
4.0
Kos utiliti
4.0
Produktiviti buruh
3.9
Ketersediaan bekalan air
3.9
Jarak dan akses pada logistik udara
3.9
Ketersediaan tanah
3.7
Harga Tanah
3.7
Ketersediaan pembiayaan
3.6
Jarak dan akses pada logistik laut
3.6
Malaysia
China Singapura
“Negara di mana syarikat saya beroperasi melakukan perkara ini dengan baik” Sangat tidak setuju
Tidak Setuju
Berkecuali
Setuju
Sangat setuju
Nota: Kepentingan, N = 51; Kepuasan, Singapura N = 24, Malaysia N = 21, China N = 9
SASARAN DAN INSPIRASI Strategi kita ialah menumpukan pada empat subsektor sasaran yang dipilih berdasarkan daya tarikan dari segi pertumbuhan dan saiz (semikonduktor, LED, solar, elektronik perindustrian dan peralatan elektrik rumah) dan empat kelompok geografi (Koridor Utara, Greater Klang Valley, Johor serta Sabah dan Sarawak). 15 projek permulaan (EPP), peluang perniagaan (termasuk kesan penggandaan) dan pertumbuhan garis dasar minimum akan menyumbang RM90.1 bilion kepada PNK (Carta 11-3) dan mewujudkan 157,000 pekerjaan baharu menjelang tahun 2020.
392
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
15 EPP, Peluang Perniagaan dan Pertumbuhan Garis Dasar Minimum untuk Menghasilkan RM90.1 bilion PNK menjelang 2020 Sungguhpun terdapat 11 EPP yang meluas, beberapa EPP seperti EPP Huluan Solar merangkumi keseluruhan rantaian nilai industri. Untuk memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai projek penting ini, kami telah menyertakan 15 butiran EPP dalam bahagian ini. EPP ini merangkumi empat subsektor yang akan mengukuhkan kemampuan kita di sepanjang rantaian nilai, khususnya dalam aktiviti huluan yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi: Sektor 1: Semikonduktor Semikonduktor merupakan bahagian penting daripada sektor E&E Malaysia, tetapi usaha kita dalam subsektor ini biasanya tertumpu pada bahagian dengan nilai tambah yang lebih rendah seperti pengujian dan pemasangan. Keempat-empat EPP adalah berdasarkan strategi yang dibina dari asas kukuh kami dalam bidang fabrikasi teknologi matang dan dilanjutkan hingga ke pembungkusan maju serta reka bentuk litar bersepadu selain daripada menyokong pertumbuhan pengeluar substrat. • EPP 1: Melaksanakan strategi pengikut pintar untuk fabrikasi teknologi matang; • EPP 2: Membangunkan pemasangan dan pengujian menggunakan teknologi pembungkusan lanjutan; • EPP 3: Membangunkan syarikat reka bentuk litar bersepadu; dan • EPP 4: Menyokong pertumbuhan pengilang substrat dan industri berkaitan. Sektor 2: Solar Dengan asas yang kukuh dan pengalaman mendalam dalam industri semikonduktor berstruktur sama, Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam teknologi berdaya maju ini. Menjelang 2011, kami akan mempunyai bahagian pasaran solar ketiga terbesar di dunia. Usaha bersepadu untuk membina keupayaan pengeluaran solar yang luas ditambah dengan lokasi kami yang baik untuk pasaran Asia dan kos tenaga kerja yang rendah, akan membolehkan kita melonjak ke tempat kedua dalam industri yang lebih besar menjelang tahun 2020. • EPP 5: Meningkatkan jumlah pengeluar silikon; • EPP 6: Menambahkan pengeluar wafer dan sel; dan • EPP 7: Menambahkan pengeluar modul solar.
Program Transformasi Ekonomi 393 Hala Tuju Untuk Malaysia
Sektor 3: Diod pemancar cahaya Malaysia mendahului dalam teknologi pencahayaan keadaan pepejal (solid state lighting), salah satu segmen industri diod pemancar cahaya yang paling cepat berkembang. Kami perlu berganjak ke atas rantaian nilai yang lebih tinggi daripada pembungkusan dan pengujian kepada cip dan aplikasi R&D dengan mencipta satu kelompok syarikat antarabangsa dan domestik. • EPP 8: Membangunkan operasi bahagian depan (front-end) LED; • EPP 9: Mengembangkan pembungkusan dan peralatan LED; dan • EPP 10: Mewujudkan juara tempatan dalam bidang pencahayaan keadaan pepejal Sektor 4: Elektronik perindustrian dan peralatan elektrik rumah Elektronik perindustrian terdiri daripada beberapa subsektor yang melibatkan pembuatan peralatan ketepatan yang digunakan dalam persekitaran industri dan komersial. Daripada sektor ini, pengujian dan pengukuran, komunikasi wayarles, transmisi dan pengagihan serta pasaran automasi adalah yang paling menarik. Selain itu, Malaysia juga telah berjaya dari segi domestik dengan syarikat peralatan rumah tempatan, terutamanya seperti Pensonic. Langkah selanjutnya adalah untuk mengembangkan skala dan membina rangkaian pengedaran antarabangsa yang kukuh. • EPP 11: Membangunkan hab pengujian dan pengukuran; • EPP 12: Mengembangkan komunikasi wayarles dan pengecaman frekuensi radio (radio frequency identification - RFID); • EPP 13: Meningkatkan pembuatan peralatan automasi; • EPP 14: Membangunkan syarikat transmisi dan pengagihan; dan • EPP 15: Membangunkan hab pengeluaran peralatan elektrik rumah dan rangkaian pengedaran antarabangsa. Kesemua EPP ini akan menyumbang sejumlah RM35.1 bilion kepada PNK menjelang 2020. Sementara itu, peluang perniagaan lain dan pertumbuhan minimum akan menyumbang RM13.8 bilion, dengan tambahan RM4.5 bilion diperoleh daripada kesan penggandaan NKEA lain. Punca terbesar kesan penggandaan pada NKEA E&E adalah NKEA Minyak Sawit (31%) serta NKEA Pemborongan dan Peruncitan (21%). Sebagai contoh, ini mungkin tercapai menerusi potensi peningkatan jualan komputer dan produk elektrik yang akan meningkatkan pengeluaran semikonduktor dan LED. Pertumbuhan dalam penjagaan kesihatan juga akan menyumbang kepada kesan penggandaan melalui pertumbuhan dalam alat-alat perubatan.
394
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Carta 11-3
15 EPP, 3 peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan pengandaan akan menyumbang impak PNK tambahan bernilai RM90.1 bilion menjelang tahun 2020 Sumbangan PNK, 2020 RM bilion 100
36.7
90
90.1
80 70 60 50
8.2
40 30 20 10 0
14.2
5.2
4.7
5.6
4.5
53.4
35.1
11.0
Semikonduktor
Solar
LED
Elektronik Jumlah Perindustrian EPP dan peralatan elektrik rumah
PNK 2009 Peluang Pertumbuhan Penggan- Sasaran daan peningkatan perniagaan minimum
PNK 2020
SEMIKONDUKTOR Pada hari ini, semikonduktor boleh didapati di dalam hampir semua peralatan, memberikan kebolehan untuk menguasai peranti pintar, daripada komputer peribadi hinggalah telefon bimbit. Pasaran semikonduktor dunia kini bernilai RM812 bilion (2009) dan dijangka akan tumbuh kira-kira 7% setahun. Nilai pengeluaran semikonduktor Malaysia adalah sekitar RM39 bilion (2009), bersamaan 5% bahagian pasaran global. Sebagai industri yang besar dan mempunyai pertumbuhan tinggi di mana Malaysia telah pun mempunyai asas yang kukuh, semikonduktor adalah sektor yang penting untuk E&E di Malaysia. Syarikat semikonduktor yang beroperasi di Malaysia lebih menumpukan pada pemasangan dan pengujian.2 Hanya sejumlah kecil loji fabrikasi wafer3 atau loji unit R&D adalah bernilai tambah tinggi dan ini menghasilkan nilai tambah yang lebih rendah bagi setiap pekerja serta nilai PNK yang lebih rendah. Sasaran kita untuk industri semikonduktor adalah menambah RM11.0 bilion dalam peningkatan PNK menjelang tahun 2020. Bahagian kami dalam pengeluaran akhir semikonduktor global akan kekal malar pada sekitar 5%, tetapi kami akan meningkatkan kepadatan aktiviti nilai tambah tinggi dengan bergerak ke arah pemasangan semikonduktor untuk mewujudkan nilai yang lebih tinggi.
2 Pemasangan dan pengujian merujuk pada pembungkusan semikonduktor dengan penyambung elektrik; diikuti oleh pengujian 3 Loji fabrikasi menggores ciri transistor skala nano pada wafer silikon
Program Transformasi Ekonomi 395 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 1: Melaksanakan Strategi Pengikut Pintar untuk Fabrikasi Teknologi Matang Rasional Loji fabrikasi semikonduktor (fab) adalah kilang pembuatan nilai tinggi yang menjadi tunjang bagi keseluruhan rantaian nilai semikonduktor (contohnya reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan substrat). Daripada melaksanakan strategi untuk mendahului fabrikasi wafer, kita akan melaksanakan strategi pengikut pintar di mana kita menyasarkan penubuhan fab yang menggunakan teknologi matang yang memberikan tumpuan pada aplikasi bitara. Kita menumpukan pada fab yang menggunakan teknologi matang kerana perniagaan yang menggunakan teknologi terkini memerlukan perbelanjaan modal yang besar. Selain daripada peneraju pasaran (seperti TSMC yang terlibat dalam pembuatan faundri), kebanyakan fab berteknologi tinggi sering mengalami kerugian besar. Ini berlaku kerana untuk kekal dengan teknologi terkini, fab perlu terus melabur dalam R&D dan peralatan baru (contohnya, RM11 hingga 14 bilion untuk membina fab yang terkini). Namun, sejumlah syarikat kecil yang tertumpu pada teknologi bitara pilihan (contohnya, analog, kuasa) dan menggunakan teknologi matang (ditakrif sebagai 90 nanometer atau saiz ciri transistor lebih besar) dapat memperolehi hasil lumayan, seperti pulangan pada aset sekitar 10%. Tambahan pula, selain daripada aplikasi logik, memori, grafik dan field-programmable gate array yang paling mencabar, fab teknologi matang dapat bersaing dalam pelbagai jenis aplikasi yang merangkumi 65% daripada hasil semikonduktor dunia. Strategi yang menumpu pada teknologi matang khusus mengelakkan perbelanjaan R&D dan modal yang terlalu membebankan serta membolehkan kemampanan jangka panjang. Selain itu, peralatan yang diperbaharui semula (refurbished) memberi peluang untuk melengkapi fab pada kos yang lebih rendah. Sebuah fab teknologi matang yang menggunakan peralatan diperbaharui semula boleh dibina pada anggaran kos RM1.8 bilion sahaja, berbanding RM11 hingga 18 bilion untuk sebuah fab canggih. Penutupan fab di negara kos tinggi membuka peluang untuk mendapatkan aset fab yang diperbaharui semula pada kos yang rendah. Pada hari ini, peralatan yang diperbaharui semula menyumbang sekitar 11% daripada jualan peralatan, dan peningkatan pertumbuhan global jualan peralatan yang diperbaharui semula dijangka berada pada tahap 18% setahun. Tindakan Usaha EPP ini akan diketuai oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA), dengan sokongan sebuah konsortium fab. Sebuah konsortium telahpun ditubuhkan untuk mendapatkan aset fab di negaranegara kos tinggi dan memindahkan peralatan fab tersebut ke Malaysia. Konsortium ini menumpukan pada teknologi matang yang menyasarkan aplikasi tertentu dan satu lembaran terma telahpun ditandatangani konsortium ini bersama fab asing untuk mendapatkan aset dan memindahkan peralatannya. Fab pertama dirancang mula beroperasi pada tahun 2011 dan empat fab lagi akan dibina menjelang 2020, dan ini akan menggandakan jumlah fab di Malaysia. Tiga fab wafer bersaiz lebih kecil (200 milimeter) akan dihasilkan dahulu, diikuti oleh dua fab wafer yang bersaiz lebih besar (300 milimeter). Sasarannya ialah untuk menghasilkan sebuah fab setiap tahun dari 2011 hingga 2015. MIDA dan konsortium fab akan bekerjasama bagi memastikan kejayaan fab ini. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menyediakan khidmat sokongan dan nasihat teknikal.
396
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Pemboleh Pembiayaan untuk pembinaan kemudahan fab sedang diusahakan menggunakan strategi bina dan sewa. MIDA sedang mengenal pasti pelabur yang sesuai untuk membiayai EPP ini. Kerajaan juga akan meningkatkan piawaian dalam taman teknologi utama bagi memenuhi keperluan fab semikonduktor. Umumnya, mutu piawaian kuasa dan air yang mengawal pembekal utiliti di Malaysia adalah bertujuan untuk kegunaan industri umum. Keperluan untuk semikonduktor, khususnya fab wafer, adalah jauh lebih ketat dan dikawal oleh piawaian antarabangsa seperti SEMI F47-0706. Masalah kualiti kuasa di Taman Teknologi Tinggi Kulim telah memberi kesan kepada operasi perkilangan semikonduktor. Kerajaan akan menaikkan piawaian di taman teknologi utama untuk memenuhi keperluan fab semikonduktor tersebut. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM10.2 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.1 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM4.2 bilion dan mewujudkan 6,500 pekerjaan.
EPP 2: Membangunkan Pemasangan dan Pengujian Menggunakan Teknologi Pembungkusan Lanjutan Rasional Walaupun terdapat banyak syarikat pemasangan semikonduktor dan operasi pengujian di Malaysia, hanya segelintir menawarkan perkhidmatan pembungkusan lanjutan seperti wafer bumping atau pembungkusan peringkat wafer. Sewajarnyalah Malaysia menggunakan keupayaannya sebagai pusat pemasangan dan pengujian untuk berkembang menjadi pusat perkhidmatan pembungkusan semikonduktor yang lebih maju. Memang wujud permintaan sedia ada dalam pasaran domestik untuk perkhidmatan pembungkusan lanjutan di Malaysia. Sebagai contoh, ketika ini Silterra menghantar cipnya ke Taiwan untuk wafer bumping emas. Kejayaan strategi fab juga akan mendorong permintaan domestik bagi perkhidmatan pembungkusan yang lebih maju. Tindakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan menerajui EPP ini, dengan sokongan MIDA. Perbincangan sedang diadakan dengan sebuah syarikat untuk membawa perkhidmatan pembungkusan lanjutan ke Malaysia, di mana bantuan kewangan masih dalam proses rundingan dengan Kerajaan Malaysia. Perkhidmatan wafer bumping pertama di Malaysia akan menjadi kisah kejayaan yang boleh dihebahkan oleh MIDA bagi menarik lebih banyak syarikat agar menawarkan perkhidmatan pembungkusan yang lebih maju (seperti wafer bumping dan pembungkusan peringkat wafer) untuk beroperasi di Malaysia. Sasaran kita adalah untuk mendapatkan tiga syarikat menjelang tahun 2020 dan berharap untuk memperoleh ketiga-tiganya pada penghujung 2012.
Program Transformasi Ekonomi 397 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pemboleh NCIA dan MIDA akan menyediakan sokongan Kerajaan dalam bentuk insentif (insentif Status Perintis, Elaun Cukai Pelaburan) kepada kumpulan perintis untuk meningkatkan kewujudan barisan pembungkusan lanjutan di Malaysia. Selain itu, NCIA dan MIDA juga akan menyasarkan syarikat pemasangan sedia ada di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan barisan pembungkusan lanjutan. Konsortium fab dan MIDA akan bekerjasama dalam memastikan kejayaan fab, kerana ini akan mencetus permintaan penting bagi perkhidmatan pembungkusan lanjutan. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 adalah RM0.6 bilion dalam pelaburan swasta dan RM0.3 bilion dalam pelaburan awam, yang akan diberi dalam bentuk insentif. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM1.3 bilion dan mewujudkan 1,300 pekerjaan.
EPP 3: Membangunkan Syarikat Reka Bentuk Litar Bersepadu Rasional Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan sebagai pusat reka bentuk IC, dengan kewujudan pusat reka bentuk syarikat multinasional dan juga syarikat reka bentuk IC domestik. Sebagai contoh, Pusat Reka Bentuk Intel di Pulau Pinang telah wujud hampir 20 tahun dan terlibat dalam reka bentuk IC terkini untuk Intel. Meskipun demikian, kehadiran 15 buah syarikat reka bentuk IC aktif Malaysia adalah jauh lebih kecil daripada bilangan di Amerika Syarikat, Taiwan dan Eropah. Syarikat reka bentuk IC memerlukan pekerja mahir yang mencipta harta intelek (IP), selaras dengan sasaran Malaysia untuk mewujudkan ekonomi berpandukan inovasi dan berpendapatan tinggi. Tindakan MIDA akan menerajui EPP ini, disokong oleh NCIA, EPU, MOSTI (MDeC), Silterra dan konsortium fab. Pada masa ini MIDA sedang dalam proses perbincangan dengan sekurang-kurangnya empat syarikat reka bentuk IC untuk memulakan operasi di Malaysia, dan sasaran kita adalah tambahan sebanyak 50 syarikat reka bentuk IC menjelang tahun 2020. Ini akan meningkatkan jumlah syarikat reka bentuk sehingga empat kali ganda. Kita juga akan mengembangkan syarikat reka bentuk IC tempatan. MIDA, Silterra serta konsortium fab komited untuk mengenal pasti dan menggalakkan syarikat reka bentuk IC untuk memulakan operasi di Malaysia di mana ini sekaligus menyediakan pelanggan untuk perkhidmatan fab mereka. Kebanyakan pelanggan yang disasarkan dijangka dari pelanggan fab sedia ada yang diperoleh konsortium fab. Usul nilai yang kita tawarkan adalah penghantaran prototaip yang pantas disebabkan jarak fab yang berhampiran. Malaysia juga boleh mencipta kebitaraan bagi syarikat reka bentuk kecil yang ingin menggunakan perkhidmatan fab tetapi terlalu berskala kecil untuk mendapat layanan faundri besar seperti TSMC atau UMC.
398
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
MOSTI (menerusi MDeC) akan menyediakan sokongan dan nasihat teknikal untuk memastikan reka bentuk ekosistem itu berjaya diwujudkan. Sasarannya adalah untuk menarik 10 syarikat reka bentuk IC setahun dari tahun 2011 hingga 2015, untuk jumlah keseluruhan 50 buah syarikat. Pemboleh Perkhidmatan dan makmal kongsi. NCIA akan berusaha menyediakan alat automasi reka bentuk elektronik, makmal prototaip dan makmal ujian untuk pensijilan dan piawaian untuk dikongsi bersama. NCIA dan Majlis Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) akan membantu menyediakan alat automasi reka bentuk elektronik (electronic design automation) atas dasar bayar setiap kali digunakan (payper-use) untuk meningkatkan akses kepada alat tersebut yang kini berada di tahap yang masih rendah. Ini akan menurunkan kos permulaan sebuah syarikat reka bentuk IC tempatan. NCIA akan memudahkan penubuhan sebuah makmal pemprototaipan supaya syarikat reka bentuk IC tempatan tidak perlu menanggung kos tinggi untuk menghantar prototaip ke luar negara bagi pengeluaran prototaip mereka. MOSIS di Amerika Syarikat adalah model penyediaan perkhidmatan fabrikasi berkos rendah untuk universiti dan syarikat. Akhir sekali, NCIA akan memudahkan penubuhan makmal ujian kongsi untuk pensijilan dan piawaian khusus seperti syarat bahawa cip RF yang digunakan di Amerika Syarikat dan Jepun memerlukan pensijilan FCC dan Telec. Makmal ini akan ditubuhkan di bawah Pusat Kecemerlangan NCIA (CoE) untuk E&E sedia ada. Makmal Pengujian Kongsi ini juga akan mempunyai kuasa pensijilan sama seperti makmal di Taiwan, Jepun dan Australia. Pembiayaan dan insentif. EPU akan meningkatkan sokongan kewangan kepada Pusat Pembangunan Kemahiran (SDC) (seperti SDC Pulau Pinang, HRDC Selangor) untuk melatih bakat dalam IC dan reka bentuk terbenam. MIDA akan menyediakan insentif Kerajaan kepada syarikat multinasional untuk menyumberluarkan (outsource) reka bentuk IC kepada syarikat reka bentuk IC Malaysia. Promosi. MIDA akan memulakan misi khusus dengan insentif pra-lulus untuk menyasar syarikat reka bentuk IC yang disasarkan. Prasarana. Pelan Induk Batu Kawan yang sedang dibangunkan di Pulau Pinang akan dijadikan hab E&E nilai tinggi termasuk perkhidmatan reka bentuk IC. Butiran lanjut dikemukakan dalam bahagian Koridor Utara. Perkhidmatan jalur lebar yang murah dan cepat adalah keperluan yang sangat penting dalam penghantaran dokumen reka bentuk IC yang besar, terutamanya di Koridor Utara. Masalah jalur lebar sedang ditangani oleh NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM0.6 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.3 bilion dari pelaburan awam.
Program Transformasi Ekonomi 399 Hala Tuju Untuk Malaysia
Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM3.2 bilion dan mewujudkan 2,000 pekerjaan.
EPP 4: Menyokong Pertumbuhan Pengilang Substrat dan Industri Berkaitan Rasional Malaysia telah menjadi lokasi pengilang substrat wafer terkemuka Shin Etsu dan MEMC, dengan masingmasing memegang kedudukan nombor satu dan empat dalam bahagian pasaran dunia. Pertumbuhan rantaian nilai semikonduktor teras akan meningkatkan tarikan Malaysia sebagai tapak untuk pengilang substrat. Industri sampingan seperti peralatan dan kilang epitaksi akan turut berkembang seiring dengan peningkatan rantaian nilai semikonduktor teras. Selain promosi pertumbuhan rantaian nilai semikonduktor teras, kita juga akan mempromosikan Malaysia sebagai lokasi industri sampingan yang menumpukan pada substrat. Sarawak, yang memiliki sumber silika berkualiti tinggi dan kos elektrik yang rendah, merupakan tapak yang sesuai untuk perkilangan substrat wafer silikon. Sasarannya adalah untuk membina satu kilang substrat di Sarawak pada tahun 2012 dan kilang kedua pada tahun 2014. Tindakan MIDA akan mengetuai EPP ini, disokong oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA). MIDA akan menyasar untuk membawa sekurang-kurangnya dua lagi pengeluar substrat wafer ke Malaysia, dua kali ganda jumlah yang ada ketika ini. Syarikat yang disasarkan ialah pengeluar global seperti pemimpin pasaran Sumco, Siltronic, LG-Siltron serta syarikat-syarikat kecil. Pemboleh Kami akan memperbaiki persekitaran pelaburan di Sarawak. Sebagai contoh, RECODA akan mempercepatkan kelulusan untuk projek substrat baru dan mengurangkan tempoh proses supaya tidak melebihi dua bulan. Butiran lanjut diterangkan di bahagian pemboleh utama Sarawak. MIDA akan melancarkan promosi yang disasarkan kepada pengeluar substrat dan industri berkaitan lain untuk beroperasi di Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan khidmat nasihat dan menyediakan kepakaran sokongan teknikal dalam R&D, teknologi platform dan inovasi. Ia juga akan mengenal pasti bidang penyelidikan asas bersama universiti dan bidang penyelidikan gunaan bersama institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM3.2 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.2 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM2.6 bilion dan mewujudkan 3,200 pekerjaan.
400
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Tindakan pemboleh lanjutan untuk menyokong industri semikonduktor Selain daripada tindakan untuk menyokong EPP yang telah diterangkan di atas, terdapat beberapa tindakan pemboleh yang dapat menyokong industri semikonduktor secara keseluruhan. • Menyediakan kemudahan kongsi dan/atau makmal kongsi yang boleh digunakan secara berbayar oleh industri semikonduktor, lantas mengurangkan kos operasi di Malaysia. Secara khususnya, kita perlu menubuhkan sebuah CoE Papan Elektronik dan Sistem, CoE Pembangunan Ujian, CoE Sains Bahan dan Pembungkusan, Makmal Pengujian Wafer (peralatan metrologi), Makmal Ujian Tanpa Kontak dan Makmal Analisis Kegagalan (Pembiayaan awam: RM224 juta, Pemilik: MIMOS/EPU); • Menubuhkan pasaran sekatan IP, diketuai oleh NCIA CoE sedia ada untuk E&E. Sekatan IP yang diadakan membolehkan reka bentuk kompleks dikeluarkan ke pasaran dengan lebih pantas (Pembiayaan awam: RM6.4 juta, Pemilik: NCIA); • Bekerja sama dengan syarikat rawatan bahan buangan sedia ada untuk menubuhkan kemudahan pemprosesan bahan buangan berdekatan dengan taman industri (Pembiayaan awam: RM9.6 juta, Pemilik: NCIA); • Menubuhkan pusat penyesuaigunaan semula (refurbishment), penyesuaian semula (retrofitting) dan pembersihan bahagian. Perkhidmatan penting ini akan disediakan oleh pembekal tempatan. (Pembiayaan awam: RM8 juta); dan • Menubuhkan pusat latihan semikonduktor untuk merapatkan jurang antara kemahiran graduan baru dan keperluan industri. (Pembiayaan awam: RM8 juta); dan • Menggalakkan pembekal bahan utama (gas dan bahan kimia khusus) untuk memulakan operasi di Malaysia, yang akan menjimatkan kos dan masa kepada syarikat semikonduktor di sini (Pemilik: MIDA).
SOLAR Rantaian nilai solar mempunyai peringkat yang sama seperti rantaian nilai semikonduktor. Ia terdiri daripada: menghasilkan suapan silikon dan jongkong silikon; memotong jongkong menjadi wafer; memasang siap silikon wafer tersebut menjadi sel fotopeka; memasang modul suria yang lengkap; dan keseimbangan sistem, yang merujuk pada bahagian lain daripada sel solar dalam sistem fotovolta seperti pendawaian dan rak. Persamaan ini menunjukkan bahawa Malaysia boleh membina atas kemampuannya dalam semikonduktor untuk menguasai pertumbuhan global dalam industri solar. Kos yang tinggi pada masa ini menyebabkan solar masih belum kompetitif dari segi ekonomi berbanding sumber tenaga lain seperti minyak atau batu arang, atau dengan tenaga boleh diperbaharui lain seperti biojisim atau hidrokuasa. Walaupun tenaga boleh diperbaharui kini merupakan kira-kira 11% pengeluaran tenaga global, solar hanya adalah 0.6 % daripada tenaga boleh diperbaharui dan 0.01 % daripada pengeluaran tenaga global tahunan.4 4 Sumber: International Energy Outlook, EPIA, EREC-Senario Tenaga Boleh Dibaharui hingga tahun 2040
Program Transformasi Ekonomi 401 Hala Tuju Untuk Malaysia
Namun begitu, pasaran solar telah berkembang dengan pantas. Antara tahun 2005 dan 2010 pasaran tumbuh sekitar 50% setahun.5 Pada tahun 2010, pengeluaran pasaran solar global akan mencecah 10 gigawatt setahun dengan hasil sekitar RM160 bilion. Walaupun harga solar masih lagi tinggi, harga purata pemasangan sistem telah turun sehingga RM16.40 setiap watt dan kita jangka harga akan turun sehingga RM6.70 setiap watt atau lebih rendah pada tahun 2020. Apabila harga solar mampu bersaing dengan sumber tenaga lain, pariti grid dijangka akan sampai ke daerah seperti Itali dan California seawal tahun 2015. Pasaran diramal akan tumbuh dengan pesat sebanyak kira-kira 30% setahun sehingga tahun 2015 dan kemudian pada kadar 25% setahun sehingga tahun 2020 hasil daripada kesan penurunan kos solar. Ini bermaksud peningkatan bahagian solar sebanyak 100 kali ganda pada tahun 2020 yang merupakan 5% daripada tenaga boleh diperbaharui serta 1% pengeluaran tenaga global. Ia juga bererti, kapasiti keseluruhan global terpasang adalah sebanyak 560 gigawatt dengan 113 gigawatt permintaan tahunan dan memberikan hasil sebanyak RM918 bilion pada tahun 2020. Negara-negara Asia akan mendorong sebahagian besar permintaan dan pengeluaran ini menjelang 2020. Arah aliran permintaan ini dijangka berterusan sehingga beberapa dekad akan datang dan menjelang 2050, solar diramalkan akan menyumbang sehingga 25% pengeluaran tenaga global. Malaysia mempunyai permulaan yang kukuh dalam tenaga solar. Apabila projek yang termeterai untuk 2011 dimulakan, Malaysia akan menjadi pengeluar ketiga terbesar sel solar selepas China dan Jerman. Kini, kami mempunyai syarikat di seluruh rantaian nilai, daripada pengeluaran silikon (Tokuyama) hingga ke pengeluaran sel solar (Sunpower dan Q-Cell ) dan pemasangan modul (Flextronics, First Solar, Solartif). Aspirasi kami adalah untuk meningkatkan bahagian pasaran kami sehingga 17% daripada pengeluaran dunia dan mencapai kedudukan kedua selepas China menjelang tahun 2020 (Carta 11-4). Ini bermakna Malaysia perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran sel dan wafer sehingga 10 kali ganda dan kapasiti pengeluaran silikon sehingga 23 kali ganda menjelang tahun 2020. Walaupun sasaran ini agak tinggi, ia dapat dicapai kerana pertumbuhan pesat industri solar memberi peluang kepada Malaysia untuk menguasai kapasiti pengeluaran baru, terutama apabila pengeluaran dipindahkan dari negara kos tinggi seperti Jerman.
5 Sumber: International Energy Outlook, EPIA, EREC-Senario Tenaga Boleh Dibaharui hingga tahun 2040
402
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Carta 11-4
Membina atas kedudukan #3 yang kukuh, Malaysia menyasarkan untuk mencapai kedudukan #2 dalam perkilangan solar menjelang tahun 2020 Bahagian perkilangan solar 100
Negara Dunia Lain Negara Asia Lain Negara Eropah lain1 Jerman AS
90 80 70
Taiwan Jepun
60
India
50 40
Malaysia
30 20 China 10 0
1
2006
07
08
09
10
11
14
17
2020
Negara Eropah lain untuk tahun 2006 dan 2007 termasuk Jerman
SUMBER: Laporan PV Pusat Penyelidikan Bersama EU ‘09; Buku Panduan Industri MBIPV ’09 - MBIPV; Laporan PTM ‘09
EPP 5: Meningkatkan Jumlah Pengeluar Silikon Rasional Pengeluar jongkong solar silikon memerlukan bekalan tetap silika kelas tinggi dan sejumlah besar tenaga berterusan pada harga berpatutan untuk memproses silika asal. Sarawak adalah lokasi ideal kerana ia adalah sumber untuk silika bergred tinggi serta menawarkan tenaga boleh diperbaharui (contohnya, hidrokuasa) pada kadar menarik, dan kebolehpercayaan terjamin. Bagi mengambil kesempatan atas kuasa kos rendah itu, Tokuyama kini membangunkan kilang pengeluar wafer silikon solar di Taman Samalaju, Sarawak. Tindakan MIDA akan mengetuai EPP ini, dengan sokongan RECODA. MIDA, dengan bantuan agensi Kerajaan lain, akan menggalakkan satu atau dua syarikat besar yang dipilih setiap tahun untuk meningkatkan jumlah silikon yang dihasilkan di Malaysia daripada 6 kilo tan hari ini ke sekitar 170 kilo tan pada tahun 2020. Kami telah mengenal pasti syarikat-syarikat berikut untuk ini: Wacker Chemie, Hemlock, GCL Poly, OCI, REC, Solarworld, LDK, Suntech dan E-Ton. Malaysia juga akan membangunkan dua buah syarikat silikon domestik. Perlu diingat di sini bahawa semikonduktor substrat silikon adalah serupa dengan substrat solar tetapi grednya adalah lebih tinggi, dan ia boleh dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Sasaran yang ditetapkan untuk pengeluaran substrat solar adalah sasaran tambahan yang ditetapkan terhadap para pengilang semikonduktor substrat silikon.
Program Transformasi Ekonomi 403 Hala Tuju Untuk Malaysia
MIDA akan memulakan proses menarik pengilang silikon pada awal 2011. Sebagai contoh, proses untuk menarik syarikat pertama akan bermula pada bulan Januari 2011 dan kilang akan mula beroperasi pada bulan Januari 2014. Langkahnya adalah seperti berikut: • Syarikat solar mengajukan cadangan kepada MIDA - Januari hingga Disember 2011; • MIDA menilai cadangan dan mengumumkan keputusan - Januari hingga Jun 2012; • MIDA mengatur hubungan industri dan sumber tempatan - Julai 2012 hingga Disember 2013, dan • Syarikat solar memulakan pembinaan dan penempahan – Julai 2012 hingga Disember 2013. Bagi syarikat juara domestik pula, sasarannya ialah memulakan operasi kilang pertama pada bulan Oktober 2012 dan kilang kedua pada bulan Disember 2014. Pemboleh Kami akan melabur untuk mewujudkan syarikat juara domestik dalam pembuatan substrat bagi melonjakkan industri substrat di Sarawak. Ini akan dilakukan secara usaha sama dengan syarikat terkemuka antarabangsa untuk menyediakan akses kepada teknologi. MIDA akan mempromosikan Sarawak ke luar negara sebagai tapak pengeluar silikon dan kaca solar serta memberikan insentif (insentif cukai, rebat bagi penggunaan kuasa) kepada pengeluar silikon baru dengan status perintis. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan khidmat nasihat dan menyediakan kepakaran sokongan teknikal dalam R&D substrat solar, platform dan inovasi teknologi. Ia juga akan mengenal pasti bidang penyelidikan asas bersama universiti dan bidang penyelidikan gunaan secara usaha sama dengan institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa. Kerajaan akan melabur untuk menjadikan Bintulu sebuah bandar menarik dan berdaya huni. Sebagai bandar terdekat dengan taman industri Semalaju, Bintulu merupakan bandar penting dalam inisiatif solar Sarawak, namun keadaannya pada masa ini tidak menarik minat tenaga mahir. Kerajaan akan mempertingkatkan lapangan terbang Bintulu untuk menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa. Ini adalah supaya pengunjung tidak perlu lagi transit melalui Kuala Lumpur atau Kuching. Bahagian pemboleh serantau akan memberi butiran terperinci. Untuk menangani keperluan kuasa industri, peruntukan akan diutamakan kepada kuasa hidroelektrik untuk industri solar daripada industri intensif tenaga lain seperti aluminium dan besi. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM12.5 bilion dari pelaburan swasta dan RM1.3 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM3.4 bilion dan mewujudkan 20,000 pekerjaan.
404
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
EPP 6: Menambahkan Pengeluar Wafer dan Sel Rasional Proses pembuatan wafer dan sel solar melibatkan penyediaan silikon untuk dijadikan sel fotopeka. Pada hari ini, pengilang sel solar di Malaysia termasuklah First Solar (Koridor Utara), Sunpower (Melaka) dan Q-Cell (Lembah Klang). Proses pembuatan sel solar mempunyai persamaan dengan proses fabrikasi semikonduktor, kerana pengeluar memerlukan tapak yang sesuai untuk menempatkan kelengkapan canggih dan bilik bersih. Koridor Utara, sebagai kelompok industri semikonduktor Malaysia yang paling maju, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pengilang wafer dan sel solar. Namun infrastruktur pengangkutannya perlu dipertingkatkan dengan menambahbaik pelabuhan laut dan pengangkutan kereta api. Silikon yang diperlukan pula boleh dibekalkan oleh pengeluar silikon yang beroperasi di Sarawak. Untuk mencapai objektif menjadi pengeluar kedua terbesar sel solar global, kapasiti pengeluaran Malaysia sebanyak 2.3 gigawatt di masa kini perlu ditingkatkan sehingga 10 kali ganda menjadi 12 gigawatt pada tahun 2020. Ini bermakna MIDA perlu membawa masuk satu atau lebih syarikat terpilih setiap tahun yang mempunyai kapasiti kumulatif sebanyak 2 gigawatt untuk wafer dan/atau. Tindakan MIDA akan menerajui EPP ini, dengan sokongan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), SHRDC dan SIRIM (Institusi Piawaian dan Kualiti Malaysia). MIDA telah mengesahkan tambahan kapasiti 2 gigawatt pada tahun 2011 dan syarikat lain (STX, Solarworld) telah mengumumkan rancangan untuk mendirikan kemudahan pengeluaran tambahan 1 gigawatt sehingga tahun 2013 di Malaysia. Selain itu, kita telah mengenal pasti REC, Kyocera, Suntech dan Solarworld sebagai sasaran seterusnya. Pertumbuhan perkilangan wafer dan sel solar juga mendapat sokongan penuh sektor swasta. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor akan menubuhkan perkongsian untuk memperkenalkan program atau modul berkenaan perkilangan wafer dan sel solar. MIDA akan memulakan proses menarik minat pengeluar wafer dan sel pada awal tahun 2011. Proses ini hampir serupa seperti yang telah dijelaskan dalam EPP pengeluar Silikon. Pemboleh MIDA akan mempromosikan Koridor Utara dan Lembah Klang sebagai tapak untuk pengeluar wafer dan sel dan akan memberikan insentif kepada pengeluar wafer dan sel perintis. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menubuhkan pusat perkongsian ujian solar, yang akan memberikan pensijilan produk yang diperlukan untuk setiap langkah pada rantaian pengeluaran solar serta mendorong inovasi dalam industri ini. Langkah ini dapat mengurangkan kos bagi pengilang individu yang menubuhkan operasi di Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga akan menubuhkan makmal R&D solar dan pusat IP untuk penyelidikan tipisan nipis (thin film) dan teknologi solar hablur (crystalline solar). Fokusnya termasuk penyelidikan gunaan generasi ketiga untuk teknologi PV solar serta penyelidikan asas generasi keempat.
Program Transformasi Ekonomi 405 Hala Tuju Untuk Malaysia
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) akan menyediakan hala tuju strategik untuk pelaksanaan PV solar tempatan. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (melalui SIRIM) akan memberikan khidmat nasihat dan menyediakan kepakaran sokongan teknikal dalam R&D PV solar, platform dan inovasi teknologi. SIRIM juga akan menetapkan piawaian nasional untuk produk solar, yang akan memastikan keselamatan dan keberdayasaingan produk Malaysia di pasaran antarabangsa. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM9.1 bilion dari pelaburan swasta dan RM1.0 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM7.3 bilion dan mewujudkan 21,000 pekerjaan.
EPP 7: Menambah Pengeluar Modul Solar Rasional Pengeluaran modul solar melibatkan pembungkusan sel solar ke dalam modul yang telah siap. Buat masa kini, syarikat yang menjalankan operasi pemasangan modul di Malaysia termasuklah Flextronics (Johor) dan FirstSolar (Kulim, Koridor Utara). Proses ini memerlukan jumlah tenaga buruh yang agak tinggi, justeru, kos tenaga buruh yang rendah dapat menarik minat pengeluar ke tapak tersebut. Selain itu, kaca berkualiti tinggi akan dibungkus bersama modul solar tipisan nipis, oleh itu,akses pada kaca tempatan adalah sangat penting (contohnya, SunBear merancang untuk membina kilang di Sabah, jika bekalan gas boleh dijamin). Akses logistik juga penting disebabkan saiz modul solar yang siap adalah besar. Atas sebab berikut, Johor merupakan lokasi menarik bagi pengeluar modul kerana kos tenaga buruhnya yang agak rendah dan akses mudah ke dua lapangan terbang (Senai dan Singapura) serta tersedianya pelabuhan laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Ini berpotensi menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama bagi pengeluar modul yang menyasarkan pasaran China, Asia Tenggara, India dan Australia. Johor juga menawarkan laluan mudah ke sebuah pusat pengujian dan pensijilan sedia ada di Singapura. Flextronics sudah pun memiliki operasi pemasangan modul solar berskala besar di Johor. Tindakan MIDA akan menerajui EPP ini, dengan sokongan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Objektif kita adalah untuk menjadikan Malaysia lokasi perkilangan utama bagi modul yang memenuhi permintaan pasaran domestik dan Asia. Malaysia akan mengambil kesempatan dari lokasi pengeluaran sel yang berdekatan, tenaga kerja mahir dan murah, pengalaman dalam automasi dan akses logistik sedia ada ke wilayah tersebut. MIDA akan memulakan proses menarik pengeluar modul pada awal 2011. Proses ini hampir serupa seperti yang telah dijelaskan dalam EPP pengeluar Silikon.
406
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Pemboleh MIDA akan mempromosikan Johor sebagai pusat pengeluaran modul yang turut memberi insentif kepada pengeluar modul perintis. Langkah ini juga akan menarik pengeluar kaca yang diperlukan untuk modul solar tipisan nipis ke Johor selain industri sokongan seperti pengeluar kaca, peti simpang, kabel, etilena vinil asetat dan bingkai aluminium seperti Mitsui atau Huber & Suhner. Kami akan menangani cabaran menjadikan Johor lebih menarik sebagai tapak untuk perkilangan secara umumnya. Lihat butiran pada bahagian pemboleh serantau. MIDA telah memulakan usaha untuk menjamin bekalan gas asli kepada pengeluar kaca yang minat beroperasi di Malaysia. Sarawak juga boleh berkembang sebagai tapak untuk perkilangan kaca memandangkan negeri ini mempunyai bekalan silika dan gas asli sedia ada. Kita akan menilai potensi kerjasama dengan Singapura untuk menarik pelaburan solar yang melibatkan Singapura dan Johor. Ini boleh dilakukan dalam bentuk jawatankuasa kerja bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB)-MIDA-IRDA. Singapura juga sedang berusaha membina kemampuan pengeluaran sel solar, yang akan melengkapi kemampuan pengeluaran modul di Johor. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan bekerjasama dengan universiti-universiti untuk memberi khidmat nasihat dan menyediakan kepakaran sokongan teknikal dalam R&D modul solar, platform dan inovasi teknologi bagi industri tempatan kecil dan sederhana (IKS). Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM6.4 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.6 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM3.2 bilion dan mewujudkan 14,000 pekerjaan.
DIOD PEMANCAR CAHAYA Dalam dekad terakhir ini, industri diod pemancar cahaya (LED) telah melihat pertumbuhan sebanyak 24% setahun (Carta 11-5) yang sebahagian besar disebabkan pertumbuhan aplikasi mudah alih. Skrin warna untuk peralatan mudah alih seperti telefon dan komputer riba, yang kedua-duanya menggunakan cahaya belakang LED, semakin kerap digunakan. Selain itu, pertumbuhan LED turut didorong oleh televisyen LED, yang menggunakan LED sebagai cahaya belakang (sering disebut sebagai TV LED), peranti mudah alih lain. Di samping itu, penggubalan undang-undang yang mengharuskan pencahayaan biasa diganti dengan lampu LED serta peningkatan kesedaran alam sekitar di kalangan pengguna juga menyokong pertumbuhan LED.
Program Transformasi Ekonomi 407 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 11-5
Permintaan LED Global meningkat lebih 20% dari 2001 hingga 2008 RM bilion
CAGR 2001-2008 Peratus
20
16.9
Jumlah
24
Lain-lain
44
Pencahayaan
47
Automotif
15
Iklan/ Paparan
10
Aplikasi Mudah Alih
32
15.8 14.7
15
15.1
13.3
10.2 10
6.8
5
4.2
0 2001
02
03
04
05
06
07
2008
NOTA: Permintaan dikira dalam LED yang dibungkus setara satu cip tunggal SUMBER: Strategies Unlimited; Canaccord Adams; Capital IQ
Pada masa ini, sebahagian besar eksport produk LED Malaysia adalah dalam sektor pencahayaan, yang bernilai RM1.8 bilion dan mewakili kira-kira 10% pasaran LED global. Lampu LED juga dikenali sebagai pencahayaan keadaan pepejal (SSL) kerana sifat pepejal semikonduktor, berbanding gas, plasma atau filamen kuasa yang ditemui dalam pencahayaan biasa. SSL merupakan salah satu subsegmen yang paling cepat berkembang dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 28% setahun untuk 10 tahun berikutnya untuk mencapai RM170 bilion. Malaysia mempunyai peluang untuk menjadi hab global bagi SSL. Pada masa ini, kita berada pada kedudukan yang baik untuk bersaing dalam SSL berbanding subsegmen LED lain yang dikuasai oleh negara seperti Taiwan. Empat daripada syarikat global terbesar SSL sama ada beroperasi atau mengkontrakkan sebahagian besar kerjanya kepada syarikat di Malaysia. Mereka menjalankan pelbagai operasi seperti R&D, fabrikasi wafer untuk pembungkusan dan aplikasi. Beberapa syarikat tempatan juga terlibat dalam bahagian pencahayaan SSL lain seperti perkilangan kontrak, integrasi sistem dan reka bentuk aplikasi serta syarikat khusus yang menumpukan pada berbagai elemen pemanasan dan optik. Namun, meskipun Malaysia memiliki banyak syarikat SSL hiliran (contohnya, dalam pembungkusan dan pengujian), kami perlu mempunyai lebih banyak syarikat huluan (contohnya, dalam cip dan aplikasi R&D).
408
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
EPP 8: Membangunkan Operasi Bahagian Depan LED Rasional Bagi memanfaatkan kedudukan Malaysia di pasaran global SSL, ia perlu membangunkan lagi kelompok ini dengan mengisi kekosongan sambil melabur dalam kekuatan sedia ada. Dengan membawa masuk bahagian nilai tinggi kepada rantaian nilai (front end atau bahagian depan) dan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pereka produk SSL, kita boleh menjadikan Malaysia lokasi pilihan dunia bagi syarikat SSL. Tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MIDA akan menerajui EPP ini, disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan NCIA. Kita akan membangunkan kelompok SSL di Malaysia dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang berkembang maju bagi syarikat SSL di samping menarik minat syarikat global SSL untuk memperluas atau memulakan operasi bahagian depan mereka di Malaysia. Pertama, ini melibatkan penarikan sekurangkurangnya satu pembekal bahan utama atau substrat dan juga satu pengilang epitaksi untuk melengkapkan rantaian nilai SSL di Malaysia. Ini akan mencipta sinergi kelompok dan membawa masuk pekerjaan bernilai tambah lebih tinggi seperti jurutera epitaksi. Kedua, kita perlu terus mengembangkan pengeluaran fabrikasi wafer LED di Malaysia. Sebuah kilang fabrikasi wafer LED telah pun dibina, tetapi kita perlu membangunkan lebih banyak lagi bahagian kelompok ini. Ketiga, kedudukan Malaysia yang mantap sebagai pusat pembungkusan untuk produk SSL perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan agresif. Enablers MIDA akan menyasarkan, secara agresif, pembekal bahan bahagian depan dan substrat serta pengeluar epitaksi (misalnya Dow Corning, Hysol) untuk membawa masuk setiap satu daripadanya ke Malaysia pada tahun 2014. Pada masa yang sama, MIDA akan menarik minat sekurang-kurangnya satu syarikat global baru untuk memulakan operasi fabrikasi wafer di sini menjelang tahun 2015. MIDA akan meningkatkan sokongan kewangan dan insentif (contohnya, R&D dan geran latihan, pinjaman pusingan) untuk mengembangkan syarikat LED sedia ada di sini (contohnya, Phillips Lumileds, Nichia). Pengilang kontrak tempatan (contohnya, Globetronics) akan dibantu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (MATRADE) untuk mengadakan hubungan dengan syarikat pencahayaan luar negara supaya dapat membantu pengilang tempatan mendapat bahagian yang lebih besar dalam pasaran khidmat luaran LED. Objektifnya adalah untuk membantu Malaysia mengembangkan bahagian pasaran pembungkusan LEDnya hingga sekurangkurangnya 15% setahun untuk 10 tahun berikutnya. Duti import untuk bahan asas mentah akan dimansuhkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sehingga pengeluar bahan ini memulakan operasi di Malaysia yang dijangka berlaku pada tahun 2013. Kementerian Kewangan akan mengecualikan cukai persekutuan pada jualan domestik produk LED canggih yang memenuhi tetapan piawaian persekitaran.
Program Transformasi Ekonomi 409 Hala Tuju Untuk Malaysia
Maklum balas dari industri menyatakan bahawa kadar tarif yang dikenakan pada produk LED yang dieksport dari Malaysia ke China menghalang pertumbuhan industri LED di Malaysia. Dalam kajian semula yang dilakukan ke atas Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, Malaysia akan berunding untuk menghapuskan tarif pada semua produk LED dalam sebarang bentuk (contohnya, wafer, lampu rumah) yang dieksport ke China. Sasarannya adalah untuk memulakan penguatkuasaan kadar tarif yang dipinda pada bulan Disember 2011. MIDA telah memulakan proses menarik minat syarikat dan perlu bergerak pantas untuk memastikan kejayaan EPP ini. Objektifnya adalah untuk mempunyai satu pengeluar substrat dan satu pengeluar kilang epitaksi di Malaysia menjelang tahun 2014 dan sekurang-kurangnya satu kilang fabrikasi wafer baru menjelang tahun 2015, sambil meningkatkan pembungkusan sebanyak 15% setahun. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan khidmat nasihat dan menyediakan kepakaran sokongan teknikal dalam R&D, platform dan inovasi teknologi. Ia juga akan mengenal pasti bidang penyelidikan asas bersama universiti dan bidang penyelidikan gunaan bersama institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa, termasuk potensi pembangunan produk baru (prototaip). Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM3.5 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.5 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM2.7 bilion dan mewujudkan 7,300 pekerjaan.
EPP 9: Mengembangkan Pembungkusan dan Peralatan LED Rasional EPP ini bertujuan membangunkan pembungkusan LED dan landskap aplikasi reka bentuk, sama ada secara organik atau dengan mempelawa syarikat multinasional pencahayaan untuk memulakan operasi di sini, dengan sasaran pertumbuhan sebanyak 15% setahun untuk 10 tahun berikutnya. Tindakan MIDA akan menggalakkan syarikat multinasional asing yang mempunyai operasi perkhidmatan berkaitan LED untuk mengembangkan asas perkhidmatan mereka di Malaysia bagi memenuhi permintaan di Malaysia dan serantau (tiga daripada pemain global terbesar telah beroperasi di sini). Syarikat tempatan yang boleh memenuhi jurang perkhidmatan bitara yang diperlukan oleh industri ini juga akan turut dibangunkan. Pemboleh MIDA akan memudahkan peruntukan tanah kos rendah, infrastruktur dan insentif kewangan untuk syarikat multinasional pencahayaan yang berada di Malaysia bagi mengembangkan keupayaan dan juga untuk menarik minat syarikat baru memulakan operasi di sini. Misi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MATRADE di luar negara juga akan membantu mempromosikan pengilang kontrak tempatan. Misi ini berpotensi menawarkan insentif cukai bagi syarikat asing untuk menggunakan perkhidmatan pengilang kontrak tempatan.
410
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Pembiayaan Jumlah pembiayaan kumulatif yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM1.6 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.2 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM1.4 bilion dan mewujudkan 3,700 pekerjaan.
EPP 10: Mewujudkan Syarikat Juara Pencahayaan Keadaan Pepejal Tempatan Rasional Pembangunan sebuah kelompok SSL memberikan peluang unik untuk membangunkan syarikat SSL tempatan menjadi jenama global terkemuka. Syarikat tempatan (contohnya, ItraMAS, DSEM) mula mencapai kejayaan global melalui inovasi dan perlu didorong dan dibantu lagi di mana mungkin. Tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan MIDA akan menerajui EPP ini dan disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SME Corporation, NCIA, Kementerian Pendidikan Tinggi (MoHE), SDC dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Kita akan mengembangkan sekurang-kurangnya lima syarikat Malaysia menjadi jenama serantau dan global untuk produk SSL dan/atau komponen menjelang tahun 2020. Objektifnya adalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu syarikat tempatan SSL menjadi jenama yang diiktiraf secara global di pasaran SSL setiap tahun dari 2012 hingga 2016. Definisi pengakuan global adalah memenangi berbilang penghargaan daripada badan antarabangsa SSL atau mempunyai jualan tahunan melebihi RM178 juta di luar Malaysia. Pemboleh NCIA dan PSDC akan memudahkan penubuhan pusat pensijilan LED pada tahun 2012 bagi mengesahkan pematuhan produk Malaysia kepada piawaian global dan meningkatkan kesedaran dan keyakinan global untuk produk LED Malaysia serta membantu syarikat tempatan mengembangkan prosedur pengujian dan pensijilan mereka. SME Corporation akan memberikan pinjaman modal kerja kepada syarikat-syarikat SSL untuk membantu mereka berkembang serta geran penyelidikan untuk mereka melakukan R&D dalam bidang terma, optik dan reka bentuk SSL yang lain. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan khidmat nasihat dan menyediakan kepakaran sokongan teknikal dalam R&D, platform dan inovasi teknologi. Kementerian Pendidikan Tinggi dan SDC perlu mengembangkan bakat tempatan melalui pembangunan kemahiran dan program universiti yang memberi tumpuan pada bidang utama SSL seperti “termals” dan optik. Kerajaan akan meluluskan visa kerja secara automatik untuk bakat asing yang terlibat dalam kerja pengetahuan untuk syarikat SSL (contohnya, jurutera dan pereka) bagi menampung kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang reka bentuk dan pembangunan produk berkaitan LED.
Program Transformasi Ekonomi 411 Hala Tuju Untuk Malaysia
Kerajaan perlu meminda peraturan alam sekitar semasa yang digubal untuk pemuliharaan tenaga dalam pencahayaan yang melarang pencahayaan pijar pada tahun 2015 dengan arahan khusus bahawa hanya pencahayaan SSL sahaja boleh digunakan (dan bukannya lampu pendarfluor) menjelang tahun 2020. Usaha ini harus diterajui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan bantuan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM0.5 bilion dari pelaburan swasta dan RM0.1 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM1.1 bilion dan mewujudkan 2,800 pekerjaan.
ELEKTRONIK PERINDUSTRIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK RUMAH Elektronik perindustrian terdiri daripada beberapa subsektor yang melibatkan perkilangan peralatan ketepatan yang digunakan dalam persekitaran industri dan komersial. Antara subsektor yang paling popular adalah pengujian dan pengukuran, komunikasi wayarles, penghantaran dan pengagihan, dan pasaran automasi. Saiz pasaran global keseluruhan subsektor ini dijangka kira-kira RM1,070 bilion dengan unjuran pertumbuhan tahunan bernilai 3 hingga 5% untuk 10 tahun berikutnya.
EPP 11: Membangunkan Hab Pengujian dan Pengukuran Rasional Malaysia mempunyai asas yang sangat kukuh dalam pengujian dan pengukuran. Agilent, sebuah syarikat berasal dari Amerika Syarikat yang bernilai RM16 bilion dengan purata pasaran global sekitar 25 hingga 30% dalam bidang pengukuran elektronik, mengeluarkan peratusan yang agak besar peralatan tersebut di Pulau Pinang. Syarikat ini kekal menganggap Malaysia sebagai lokasi perkilangan strategik untuk perniagaannya dan melihat peluang untuk pertumbuhan selanjutnya. Agilent menggunakan pembekal tempatan dan mengkontrakkan sebahagian besar pengeluaran dan beberapa aktiviti reka bentuk kepada syarikat tempatan yang menyumbang kepada ekosistem pengujian dan pengukuran di Malaysia. Kehadiran Agilent di Malaysia, bersama-sama dengan ekosistem pembekal perkhidmatan, menjadikan Malaysia tapak yang menarik untuk syarikat pengujian dan pengukuran lain. Sebagai contoh, National Instruments sedang dalam proses membangunkan kilang di Pulau Pinang selepas mengumumkan perancangannya pada tahun 2008. Selain itu, pengetahuan pengujian dan pengukuran adalah pemboleh penting kepada pelbagai sektor lain, dan ia dapat dimanfaatkan untuk mempercepatkan perkembangan sektor industri elektronik lain di Malaysia.
412
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Tindakan MIDA akan menerajui EPP ini, disokong oleh Agilent. Strategi kita adalah membina pusat pengujian dan pengukuran lengkap di Koridor Utara: Agilent akan membawa pembuatan produk pengukuran maju dan canggih ke Malaysia untuk melengkapi pembuatan peralatan pengukuran elektroniknya ketika ini di Pulau Pinang. Agilent akan dapat menggunakan kemampuan pengeluaran sedia ada dan ekosistem rantaian bekalan semasa. Menggunakan kehadiran Agilent dan National Instruments sebagai faktor pelaris untuk menarik syarikat pengujian dan pengukuran lain (seperti Rohde & Schwarz, Fluke, Keithley dan Tektronix) dan industri berkaitan, seperti bioanalitik. Membangunkan ekosistem vendor tempatan untuk membekalkan perkhidmatan kepada syarikat pengujian dan pengukuran multinasional, termasuk pembekal, pengilang kontrak dan syarikat reka bentuk. Mengembangkan bakat dan membina perkhidmatan kongsi teknologi, yang akan memudahkan syarikat tempatan yang inovatif untuk berjaya. Menjelang 2011, Malaysia perlu menarik 30% pelaburan tambahan dalam pengujian dan pengukuran daripada syarikat multinasional dan mempunyai lima rakan kongsi tambahan reka bentuk pengujian dan pengukuran tempatan. Menjelang 2013 pula, Malaysia perlu mempunyai dua rakan kongsi tambahan dalam reka bentuk pengujian dan pengukuran tempatan. Pemboleh Banyak negara di Asia bersaing untuk menarik pembuatan produk pengukuran maju dan canggih. Adalah penting bagi Kerajaan memberikan sokongan yang diperlukan oleh Agilent untuk memenangi perniagaan ini bagi pihak Malaysia dengan memberi insentif dan sokongan yang diperlukan dengan segera. Kami akan merundingkan perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat. Ini akan meletakkan Malaysia setara dengan beberapa negara jiran sambil meningkatkan daya saing Malaysia dalam memenangi perjanjian perniagaan yang memerlukan Perjanjian Perkhidmatan Kerajaan (Government Services Agreement - GSA) bersama Amerika Syarikat. Tanpa status GSA, Malaysia akan menjadi kurang kompetitif dalam sektor elektronik industri. Kami akan mempromosikan Koridor Utara dan memberikan insentif dan sokongan yang diperlukan untuk syarikat pengujian dan pengukuran terkemuka serta industri multinasional lain yang dapat memanfaatkan kecekapan dan kemampuan pengujian dan pengukuran kami. Kami juga akan menyediakan insentif kepada syarikat reka bentuk tempatan yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat pengujian dan pengukuran multinasional ini. Kami juga harus menubuhkan pusat perkhidmatan kongsi pengujian dan pengukuran, yang akan memudahkan syarikat reka bentuk tempatan mengakses teknologi dan menurunkan kos operasi mereka.
Program Transformasi Ekonomi 413 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM4.9 bilion dari pelaburan swasta dan RM1 bilion dari pelaburan awam. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM1.4 bilion dan mewujudkan 7,000 pekerjaan.
EPP 12: Mengembangkan Komunikasi Wayarles dan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) Rasional Komunikasi wayarles. Motorola mereka bentuk dan mengilang sebahagian besar produk radio pelanggan dua-hala di Pulau Pinang. Produk ini memenuhi keperluan komunikasi penting bagi pelanggan global. Seperti strategi yang dibentangkan untuk pengujian dan pengukuran, dengan sokongan Kerajaan Malaysia, kehadiran Motorola boleh menjadi asas yang mantap untuk mengembangkan rakan kongsi reka bentuk khidmat luar tempatan dan pengeluar reka bentuk asli yang beroperasi di Malaysia dan seterusnya membina ekosistem komunikasi wayarles yang lengkap. Kecekapan yang telah dibangunkan hasil daripada lebih 30 tahun pengalaman dalam reka bentuk dan pembangunan jurutera Malaysia dalam mereka bentuk produk canggih menyediakan asas untuk membangunkan syarikat reka bentuk tempatan. Namun, kos kemasukan ke dalam kerja reka bentuk untuk komunikasi wayarles adalah terlampau tinggi, dan tindakan harus diambil untuk melonjakkan industri ini oleh pihak swasta dan Kerajaan. Pengecaman frekuensi radio (RFID) menggunakan gelombang radio untuk mengenal pasti manusia atau objek, serta digunakan dalam pembayaran tanpa sentuh, pengurusan aset, pengenalan yang dipercayai dan penjejakan dokumen. Pasaran global semasa (2009) untuk RFID adalah RM19.9 bilion dan dijangka meningkat sehingga RM54 bilion pada tahun 2020. Malaysia adalah salah satu pengamal teknologi RFID terawal dunia, daripada bayaran tol (contohnya, TouchNGo) hingga ke penggunaan perpustakaan (Perpustakaan UHF Perpustakaan Negeri Pulau Pinang ). Malaysia juga mempunyai kisah kejayaan RFID tempatan, seperti IRIS (yang mempelopori pasport elektronik pertama dunia dan pagar automatik imigresen) dan Smartag Solutions (perpustakaan dan logistik). Strategi kita adalah untuk memperluaskan RFID di Malaysia dengan menyokong pertumbuhan syarikat tempatan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah agensi utama dalam program membangunkan industri RFID. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menyokong pertumbuhan industri RFID termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan RFID, menyokong piawaian RFID antarabangsa dan mencipta Hala Tuju RFID Kebangsaan. Rancangan pertumbuhan kami untuk RFID akan membangunkan asas yang telah dimulakan ini.
414
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Tindakan Untuk komunikasi wayarles, NCIA akan mengetuai tindakan yang diperlukan untuk membangunkan sektor ini, dengan sokongan MIDA dan Motorola. EPP ini akan membangunkan ekosistem pembekal perkhidmatan penyumberluaran tempatan untuk radio dua-hala. Pada peringkat awal, ekosistem ini akan menyediakan perkhidmatan kepada Motorola Pulau Pinang, tetapi akhirnya akan menjadikan Koridor Utara lebih menarik sebagai tapak untuk syarikat multinasional komunikasi wayarles lain. Rancangan pertumbuhan ekosistem ini merangkumi syarikat reka bentuk tempatan serta pengeluar reka bentuk asli (original design manufacturers atau ODM) yang beroperasi di Malaysia. Motorola akan berusaha membangunkan ekosistem pembekal perkhidmatan untuk komunikasi wayarles. Mula-mula, ia akan membina model lokasi bersama dengan rakan kongsi reka bentuk dan perkhidmatan kongsi serta akan menjadi penyewa utama kemudahan kongsi atau Innoplex. Kemudian ia akan mengenal pasti rakan kongsi daripada pembekal sedia ada yang mahu menambah kemampuan mereka dalam reka bentuk. Akhir sekali, Motorola akan bekerjasama dengan PSDC dan MIMOS untuk membangunkan program latihan bagi membina bakat antara pembekal perkhidmatan. Ekosistem produk radio dan perusahaan ODM akan lengkap disediakan pada tahun 2013. Bagi RFID, SKMM akan menerajui usaha untuk mengembangkan sektor ini, dengan sokongan daripada IRIS. EPP ini terdiri daripada tiga subprojek dalam aplikasi RFID. Membangunkan lebih banyak produk ID yang boleh percayai untuk pasaran eksport dan domestik. IRIS dikenali secara global untuk inovasinya dalam produk ID yang boleh dipercayai termasuk pasport elektronik (pertama di dunia pada tahun 1998) dan kad pintar berbilang aplikasi. Produk Trusted ID memberi perlindungan identiti canggih (contohnya, kad pengenalan kebangsaan) dan dijangka akan mengalami pertumbuhan ketara untuk 10 tahun akan datang. Seiring dengan pengenalan pasport elektronik saling kendali (interoperability) global oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, lebih daripada 80 negara di seluruh dunia telah mengeluarkan e-pasport. Dalam masa dua hingga lima tahun akan datang, kami menjangka lebih 150 buah negara akan mengeluarkan e-pasport. Komponen utama dalam e-pasport adalah cip RFID dan antena. Ketika ini, IRIS memiliki kira-kira 15 hingga 20% bahagian pasaran global dalam segmen ini dan IRIS merancang untuk terus menembusi pasaran tempatan dan global bagi mengambil peluang pertumbuhan pasaran. Matlamat pada tahun 2015 adalah untuk mengeksport ke lima negara tambahan. Mempromosikan pelaksanaan RFID untuk aplikasi logistik dan pengangkutan di Malaysia dan Asia Pasifik. SKMM akan menyasarkan negara-negara seperti Thailand, Vietnam, Laos, China, Taiwan dan beberapa negara Timur Tengah. Syarikat seperti Smartag, sebuah syarikat penyelesaian RFID Malaysia, akan menjadi perintis dalam projek ini. Smartag akan terlibat secara aktif dalam proses penetapan piawaian global dan membuat aplikasi RFID berdasarkan piawaian tersebut dengan kerjasama beberapa universiti tempatan terpilih. Menggunakan teknologi RFID dalam jejak dan kesan halal. SKMM, Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM) dan SIRIM merancang untuk melaksanakan projek E-halal bagi meningkatkan Malaysia sebagai pusat pensijilan halal buat pasaran global dengan menggunakan RFID untuk mengesan halal dari hujung ke hujung bagi pensijilan JAKIM.
Program Transformasi Ekonomi 415 Hala Tuju Untuk Malaysia
Sasaran kami adalah untuk mengeksport produk Trusted ID ke lima buah negara lagi menjelang tahun 2014. Penyelesaian logistik dan pengangkutan RFID akan digunakan di Asia Tenggara dan China menjelang tahun 2015. Pensijilan halal JAKIM harus diterima secara global menjelang tahun 2015. Pemboleh Untuk komunikasi wayarles, NCIA akan menubuhkan sebuah makmal perkhidmatan kongsi radio dua-hala untuk syarikat reka bentuk tempatan. Ini akan mengurangkan kos permulaan operasi bagi syarikat tersebut dan menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai lokasi untuk perkhidmatan reka bentuk komunikasi wayarles dan khidmat penyumberluaran. Kami juga akan membina pusat reka bentuk Innoplex, sebuah kemudahan untuk perkhidmatan reka bentuk kongsi dan syarikat reka bentuk tempatan. Pembiayaan awam atau swasta boleh dilakukan dalam bentuk pengaturan sewa-dan-beli. Untuk RFID, kami perlu membolehkan penggunaanya dalam bidang logistik dan pengangkutan. SKMM sedang bekerjasama dengan pihak kastam untuk membangunkan RFID sebagai alat untuk memudahkan perdagangan antara zon perdagangan bebas, zon industri bebas, zon dalam bon dan laman kontena transit. Satu bukti bagi konsep ini telah digunakan di pelabuhan Johor, dengan rancangan untuk melebarkan penggunaannya ke pelabuhan lain di Malaysia. Kejayaan inisiatif ini akan memerlukan penyelarasan erat antara jabatan Kerajaan, dan agensi berkaitan (SKMM, Kastam, Imigresen) untuk melaksanakannya. SKMM dan MIDA akan menganjurkan aktiviti promosi dan kempen kesedaran untuk pengguna akhir (baik pelanggan, badan Kerajaan mahupun perniagaan) mengenai kelebihan RFID. Mereka juga akan mempromosikan status MSC dan kawasan terpilih sebagai tapak ujian penting dan percubaan pengkomersialan kepada syarikat RFID. MCMC akan bekerjasama dengan GS1 Global, yang mereka bentuk dan melaksanakan piawaian global untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan Asia bagi inisiatif kod produk elektronik RFID global dan kod produk elektronik perkhidmatan maklumat. MATRADE, MDeC dan SKMM akan menyokong dan menggalakkan syarikat RFID tempatan dalam pemerolehan Kerajaan dan melalui misi perdagangan dan kedutaan Malaysia. Projek E-halal akan memerlukan penerimaan global terhadap pensijilan halal Malaysia. JAKIM akan mempromosi dan merundingkan penerimaan pensijilan halal Malaysia di seluruh dunia. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM0.7 bilion dari pelaburan swasta. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM1.8 bilion (RM374 juta dalam komunikasi wayarles and RM1.4 bilion dalam RFID). Ia juga akan mewujudkan 4,400 pekerjaan (400 dalam komunikasi wayarles and 4,000 dalam RFID).
416
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
EPP 13: Meningkatkan Pembuatan Peralatan Automasi Rasional Peralatan Automasi merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk mengautomasikan proses, contohnya, peralatan automasi kilang pembuatan. Ini termasuk peralatan kompleks seperti robot. Peneraju global dalam peralatan automasi, ABB, berpusat di Lembah Klang dan menggunakan Malaysia sebagai ibu pejabat serantaunya (ABB memiliki Status Ibu Pejabat Operasi yang diberikan oleh MIDA). Namun, ABB hanya memasang peralatan automasi di Malaysia, ia tidak menghasilkan komponen teras di sini. Dengan kehadiran ABB dan pengurusan kanannya di Malaysia, langkah sewajarnya bagi Malaysia ialah membina kemampuan baru sebagai tapak pembuatan peralatan automasi. Tindakan MIDA akan menerajui EPP ini. Kami akan mempromosikan Malaysia sebagai tapak perkilangan (bukan hanya tapak pemasangan) kepada pengeluar peralatan automasi terkemuka, termasuk ABB, Siemens dan Schneider. Sasaran kami adalah supaya dua lagi syarikat peralatan automasi multinasional untuk membina fasiliti perkilangan di Malaysia menjelang tahun 2015. Pemboleh MIDA akan mempromosikan Malaysia sebagai tapak perkilangan untuk peralatan automasi kepada pengilang peralatan automasi terkemuka seperti ABB, Siemens dan Schneider. Kami juga akan memberikan insentif Status Perintis kepada pengilang peralatan automasi untuk menghasilkan peralatan automasi di Malaysia. Pembiayaan Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM0.4 bilion dari pelaburan swasta. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM125 juta dan mewujudkan 1,200 pekerjaan.
EPP 14: Membangunkan Syarikat Transmisi dan Pengagihan Rasional Peralatan penghantaran dan pengagihan merujuk pada peralatan yang digunakan dalam penjanaan, transmisi dan pengagihan kuasa. Ini termasuk alat pensuisan, papan agihan, panel kawalan, transformer dan kabel dan pengalir. Teknologi ini boleh ditambah nilai tinggi dan kebanyakan perkilangan peralatan transmisi voltan tinggi yang kompleks dan pengagihan masih lagi dibuat di negara yang mempunyai kos tinggi seperti Eropah dan Jepun. Syarikat tempatan termasuk Tenaga Switchgear (anak syarikat Tenaga Nasional Berhad), Tamco dan EPE untuk alat pensuisan; Malaysian Transformer Manufacturing, SGB dan EWT untuk transformer; Tenaga Cable Industries, Leader dan Universal Kabel pula untuk kabel dan pengalir manakala SME bertindak sebagai subvendor. Syarikat multinasional seperti ABB, Areva dan Siemens juga beroperasi di Malaysia.
Program Transformasi Ekonomi 417 Hala Tuju Untuk Malaysia
Namun, syarikat pada kebiasaannya tidak mengilang (berbeza daripada memasang) di Malaysia.Tenaga Switchgear menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk mereka bentuk, memasang, menjual dan menyediakan aplikasi kejuruteraan bagi industri transmisi dan pengagihan di rantau ini. ABB, Areva dan Siemens beroperasi di Malaysia tetapi tidak menghasilkan peralatan transmisi dan pengagihan di sini. Tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menerajui EPP ini dan akan dibantu oleh SIRIM. Kami akan membina kelompok pengilang transmisi dan pengagihan di Malaysia. Kami merancang untuk menarik syarikat multinasional seperti ABB, Siemens dan Areva, serta mengembangkan syarikat tempatan seperti Tenaga Switchgear, Tenaga Cables Industries dan Malaysia Transformer Manufacturing. Pemboleh penting adalah penubuhan makmal pengujian berkuasa tinggi yang diterangkan di bawah ini. Sasaran kita adalah untuk makmal pengujian voltan tinggi ini beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2012, serta menjana hasil sebanyak RM3 juta pada tahun pertama beroperasi selain menghasilkan 10 pakar ujian tempatan dalam tempoh dua tahun. Pemboleh Pemboleh penting ialah bagi SIRIM membina makmal pengujian kuasa tinggi untuk menguji peralatan nilai tinggi yang bervoltan tinggi. Produk transmisi dan pengagihan perlu diperakui makmal pengantaraan pengujian lintar pintas (short circuit testing liaison) yang diiktiraf untuk diterima oleh pasaran antarabangsa. Sebahagian besar makmal ini berada di Eropah (contohnya, KEMA di Belanda dan CESI di Itali) dan memaksa pengilang luar negara untuk melakukan pemprototaipan dan pengujian di Eropah pada kos yang tinggi (purata kira-kira RM3.6 juta bagi setiap produk). Dengan mendirikan makmal ujian voltan tinggi di Malaysia, kami akan menjadi lokasi yang lebih menarik untuk pengilangan transmisi dan pengagihan. Pertumbuhan syarikat tempatan akan ditingkatkan dan kami akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menarik perkilangan oleh syarikat multinasional, kerana kos pembangunan produk baru dan masa putaran kerja akan dikurangkan dengan agak ketara. Makmal tersebut perlu dijalankan sebagai usaha sama antara SIRIM dan makmal antarabangsa yang diiktiraf seperti KEMA atau CESI supaya ia boleh dikenali sebagai ahli yang diiktiraf. MIDA akan mempromosikan Malaysia sebagai lokasi perkilangan kepada pengeluar peralatan transmisi dan pengagihan terkemuka seperti ABB, Siemens, Areva dan Alstom, misalnya dengan memberikan insentif Status Perintis dan Ibu Pejabat Operasi kepada pengeluar peralatan transmisi dan pengagihan. Pembiayaan Jumlah pembiayaan kumulatif yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM0.5 bilion dari pelaburan swasta. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM352 juta dan mewujudkan 400 pekerjaan.
418
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
EPP 15: Membangunkan Pusat Pengeluaran Peralatan Elektrik Rumah Dan Rangkaian Pengedaran Antarabangsa Rasional Peralatan elektrik rumah di Malaysia adalah pasaran bernilai RM3.6 bilion dengan pertumbuhan 7.1% dari tahun 2004 hingga 2009. Pada masa ini, terdapat sejumlah syarikat peralatan rumah domestik dengan kemahiran pembuatan dan jejak tempatan, seperti Pensonic, Khind, Joven dan Alpha. Pensonic berpusat di Pulau Pinang dan adalah yang terbesar dengan nilai RM300 juta sambil menguasai kira-kira 10 % bahagian pasaran. Pensonic bercadang untuk memperluaskan operasinya melalui kerjasama dengan beberapa rakan kongsi dana berdaulat Malaysia untuk bergabung atau memperoleh syarikat peralatan elektrik rumah berskala kecil dan membina rangkaian pengedaran antarabangsa yang kukuh. Tindakan Pensonic akan menerajui EPP ini, dengan sokongan pelabur lain. Bahagian pertama projek adalah membina sebuah pasaran antarabangsa yang kukuh dengan menyasarkan pasaran pertumbuhan pesat ASEAN dan Timur Tengah atas platform pemasaran berbilang jenama. Perluasan jualan ke pasaran berpotensi tinggi ini dijangka membawa limpahan pertumbuhan ketara kepada rantaian pengeluaran perusahaan kecil dan sederhana melalui peluang perkhidmatan penyumberluaran, yang akan mengukuhkan kemahiran rantaian pengeluaran kami dalam sektor ini. Sementara itu, banyak jenama peralatan elektrik rumah terkemuka Asia dan Eropah sedang secara aktif mencari khidmat penyumberluaran untuk OEM atau ODM di luar China, adalah dijangkakan sebahagian besar pengeluaran mereka akan dikontrakkan kepada pengilang Malaysia. Bagi menyokong pertumbuhan jualan daripada pasaran tempatan dan antarabangsa yang baru, bahagian kedua projek ini merancang untuk membina sebuah pusat perkilangan sebagai tempat operasi keseluruhan rantaian pengeluaran. Kelompok ini akan memastikan kapasiti kilang adalah mencukupi dan boleh diperluas untuk menyokong potensi pertumbuhan dan akan ditempatkan di lokasi yang berdekatan dengan infrastruktur pengangkutan, seperti pelabuhan dan keretapi. Sasaran untuk syarikat baru ini adalah untuk mencapai jualan tahunan sebanyak RM2.2 bilion dan 50% penyumberluaran tempatan menjelang tahun 2020. Pembiayaan Jumlah pembiayaan kumulatif yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM0.5 bilion dari pelaburan swasta. Impak EPP ini akan memberikan peningkatan PNK sebanyak RM1.0 bilion dan mewujudkan 18,000 pekerjaan.
Program Transformasi Ekonomi 419 Hala Tuju Untuk Malaysia
PELUANG PERNIAGAAN Empat daripada sektor ini - semikonduktor, solar, LED dan elektronik perindustrian - juga akan menghasilkan limpahan peluang perniagaan.
Peluang Perniagaan 1: Semikonduktor Suatu kajian ke atas Silterra menganggarkan bahawa setiap dolar perbelanjaan operasi yang digunakan oleh pengilang semikonduktor akan menjana sekitar lima puluh sen hasil untuk ekosistem yang menyokongnya, contohnya, pembekal perkhidmatan untuk pengilang semikonduktor, daripada pembekal gas khusus sehingga pencuci bahagian peralatan. Untuk memberi gambaran lengkap manfaat keseluruhan kesan pembangunan industri semikonduktor di Malaysia, kami menyertakan peluang perniagaan sampingan dalam anggaran impak PNK. Peluang perniagaan sampingan akan memberikan penambahan PNK sebanyak RM3.2 bilion dan mewujudkan 25,000 pekerjaan. Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM2.5 bilion dari pelaburan swasta.
Peluang Perniagaan 2: Solar Peluang perniagaan dalam solar adalah berdasarkan anggaran bahawa antara 15 dan 20% daripada kos operasi EPP solar digunakan dalam industri sokongan, seperti peralatan proses, perlombongan pasir, kaca, aluminium, gas silana dan gergaji dawai. Kami juga akan bekerjasama dengan syarikat multinasional seperti Applied Materials (pengeluar peralatan) untuk memindahkan teknologi kepada IKS atau membangunkan program pembekal tempatan. PNK tambahan sebanyak RM8 bilion dan 11,500 pekerjaan akan diwujudkan atas barang dan perkhidmatan daripada industri sokongan. Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM5.8 bilion dalam pelaburan swasta dan RM0.7 bilion dari pelaburan awam.
Peluang Perniagaan 3: Diod Pemancar Cahaya Pembangunan sebuah kelompok SSL dan syarikat tempatan SSL akan mempunyai dua kesan utama. Pertama adalah perkembangan syarikat LED dalam berbagai industri yang mengambil peluang dari prasarana SSL sedia ada. Peluang perniagaan juga akan terhasil daripada penggunaan LED dalam peranti ketenteraan, perubatan dan avionik. Perkembangan kedua adalah pertumbuhan kemahiran dalam terma dan optik, yang boleh membawa kepada berbagai penggunaan dalam bidang seperti peralatan rumah dan peralatan audio visual. Berdasarkan saiz industri LED dan peluang yang ada, kami menganggarkan impak PNK sekitar RM2.3 bilion dan pewujudan 5,000 pekerjaan. Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM5.8 bilion dari pelaburan swasta. Pelaburan awam tidak diperlukan.
420
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Peluang Perniagaan 4: Elektronik Perindustrian Peluang perniagaan dalam bidang elektronik perindustrian akan menumpu pada memperkukuhkan rantaian bekalan dan Pengeluar Reka Bentuk Asli (ODM) di Malaysia, terutamanya bagi sektor RFID. Aplikasi baru yang telah dirancang untuk RFID pada masa hadapan seperti pembayaran tanpa sentuh dan penjejakan aset, akan menyebabkan lebih banyak syarikat tempatan dan kemudahan bersama, seperti penubuhan makmal simulasi frekuensi bagi menyokong pertumbuhan sektor ini. Kami menganggarkan impak PNK sekitar RM165 juta dan akan mewujudkan 200 pekerjaan. Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diperlukan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM6.9 juta dari pelaburan swasta. Pelaburan awam tidak diperlukan.
PEMBOLEH LAZIM Pemboleh dikumpul berdasarkan empat kelompok wilayah khusus tertentu (Koridor Utara, Lembah Klang, Johor serta Sabah dan Sarawak) dan pemboleh yang umum dan silang. Pemboleh silang dikumpulkan mengikut peranan Kerajaan, bakat, prasarana dan ekosistem teknikal. Pemboleh yang paling penting dibincangkan di bawah.
Pemboleh Koridor Utara Membangunkan Batu Kawan sebagai tapak baru untuk aktiviti E&E bernilai tinggi. Batu Kawan sedang dibangunkan semula. Rancangan sedia ada termasuk jambatan kedua Pulau Pinang yang akan berakhir di Batu Kawan. Dengan ruang yang terhad di Pulau Pinang, Batu Kawan mempunyai potensi untuk menjadi tapak baru bagi aktiviti E&E bernilai tinggi di wilayah ini. Kami akan melaksanakan rancangan kami untuk Batu Kawan ke tahap seterusnya dan menjadikannya sebuah bandar yang berdaya huni serta menarik minat bakat nilai tinggi E&E, dengan kemudahan seperti sebuah InnoPlex dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan (diterangkan di bawah Ekosistem Teknikal). Ini akan memerlukan pembiayaan awam berjumlah RM147 juta (ini adalah tambahan atas dana yang telah diperuntukkan untuk pembangunan semula Batu Kawan) dan dana swasta sebanyak RM845 juta. NCIA akan menjadi pemiliknya. Tarikh siap ialah pada bulan Disember 2015. Memberikan Status Koridor Raya Multimedia kepada semua syarikat E&E di seluruh Koridor Utara. Status Koridor Raya Multimedia (MSC) memberikan manfaat termasuk pengambilan pekerja pengetahuan asing tanpa had, yang dikecualikan daripada keperluan hak milik tempatan, pengambilan bakat asing yang lebih mudah dan hak untuk mengumpul modal secara global (membolehkan penghantaran balik seberapa banyak modal, hasil penyahlaburan, keuntungan dan dividen, serta meminjam dalam mana-mana mata wang asing). Walaupun syarikat boleh memohon status MSC secara sendirian, ia sangat berbeza apabila status MSC ditawarkan kepada semua syarikat E&E di Koridor Utara. Satu pengecualian ialah pada Status Perintis, lazimnya sebahagian daripada status MSC, yang tidak akan diberikan secara automatik dan masih perlu dipohon mengikut kes. Ini akan menghantar isyarat yang menggemparkan bahawa Koridor Utara siap sedia untuk perniagaan dan komited untuk membawa E&E ke tahap baru. Ini akan memerlukan pembiayaan awam berjumlah RM4.8 juta dan pembiayaan swasta sebanyak RM1.6 juta. Kementerian Kewangan akan menjadi pemiliknya. Tarikh siap ialah pada bulan Disember 2011.
Program Transformasi Ekonomi 421 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pemboleh Lembah Klang Menumpukan insentif perkilangan di Lembah Klang pada perkilangan bernilai tinggi. Setiap tapak perkilangan di Lembah Klang berada di bidang tanah utama. Oleh kerana tanah di Lembah Klang amat terhad, adalah penting ia digunakan dengan baik, biasanya dengan menumpukan pada operasi ibu pejabat, reka bentuk dan penjualan serta perkhidmatan. Setiap tapak perkilangan harus digunakan untuk perkilangan kompleks yang bernilai tambah tinggi dan ia harus ditempatkan di pinggir Lembah Klang, misalnya di Taman Sains Selangor. Oleh itu, insentif yang diberikan kepada perkilangan di Lembah Klang harus diberikan secara selektif dan cuma kepada operasi perkilangan bernilai tambah tinggi. Dasar ini akan diaplikasikan oleh MIDA (yang menguruskan insentif bukan-tanah) dan kerajaan negeri yang berkenaan (yang menguruskan sewa dan insentif tanah). Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan. MIDA dan kerajaan negeri (untuk insentif berkaitan tanah) akan menjadi pemiliknya. Dasar ini disasarkan akan diluluskan pada bulan Disember 2010. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Reka Bentuk Industri. Lembah Klang mempunyai kelompok ibu pejabat jenama E&E tempatan (contohnya, Khind), tetapi jenama tempatan memerlukan bantuan untuk membina kemampuan reka bentuk. CoE Reka Bentuk Industri akan membantu syarikat E&E tempatan membina kemampuan reka bentuk dalam produk akhir untuk membantu mereka meluaskan perniagaan ke luar negara. Ia akan memerlukan pembiayaan awam sebanyak RM32 juta dan pembiayaan swasta sebanyak RM32 juta. MDeC akan menjadi pemiliknya. Tarikh siap ialah pada bulan Disember 2011. Menyesuaikan amalan terbaik dalam pengkomersialan teknologi universiti. Pengkomersialan teknologi universiti adalah penting dari segi menyediakan asas teknologi untuk mengambil kesempatan atas potensi Lembah Klang sebagai ibu pejabat syarikat juara tempatan. Universiti-universiti di Lembah Klang menggunakan pendekatan berbeza terhadap pengkomersialan, dengan tahap kejayaan yang berbezabeza. Sesetengahnya menggunakan pendekatan dipimpin pensyarah, sementara yang lain menggunakan pakar pemasaran teknologi profesional untuk memimpin usaha pengkomersialan dan kerjasama dalam industri. Model terakhir ini telah menghasilkan lebih banyak kejayaan. Kementerian Pengajian Tinggi perlu melakukan kajian terperinci dan menyebarkan garis panduan amalan terbaik untuk menggalakkan universiti menjalankan pengkomersialan dengan lebih berjaya. Ini akan memerlukan pembiayaan awam sebanyak RM9.6 juta dan pembiayaan swasta sebanyak RM9.6 juta. Kementerian Pengajian Tinggi akan menjadi pemiliknya. Tarikh siap ialah pada bulan Mei 2011. Menubuhkan unit analisis data dan perancangan strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Syarikat tempatan tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai trend teknologi dan pasaran yang menghalang pertumbuhan mereka menjadi syarikat juara tempatan. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan menubuhkan sebuah unit analisis data dan perancangan strategik untuk menyediakan laporan pasaran, menganalisis dan menyebarkan maklumat kepada IKS. Ini akan dimodelkan berdasarkan unit perancangan dan pemasaran strategik dalam syarikat multinasional. Ini akan memerlukan pembiayaan awam sebanyak RM6.4 juta. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menjadi pemiliknya. Tarikh siap ialah pada bulan September 2010.
422
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Pemboleh Johor Mempererat perkongsian dengan Singapura. Kedudukan Johor yang hampir dengan Singapura menyebabkannya berada dalam kedudukan yang unik untuk maju bersama Singapura melalui penyelesaian sama menang. Johor boleh menguasai aktiviti perkilangan di mana kos adalah terlalu tinggi di Singapura, manakala Singapura mendapat faedah membekalkan perkhidmatan sokongan (contohnya, perkhidmatan kewangan) disebabkan kedekatannya kepada Johor. Untuk membolehkan perkongsian ini, MIDA akan mencadangkan kepada EDB Singapura untuk mewujudkan Jawatankuasa Bersama EDB Singapura-MIDAIRDA. Jawatankuasa Bersama ini akan menjadi platform utama untuk menyelaraskan aktiviti E&E di antara Johor dan Singapura, sebagai contoh, menolong memudahkan pelabur E&E yang berminat untuk melabur di Singapura dan Johor. Inisiatif utama di bawah Jawatankuasa Bersama ini adalah perjanjian di mana EDB Singapura akan membantu mempromosikan pelaburan E&E tertentu di Johor. Sebagai contoh, bakal pelabur yang bertemu dengan EDB Singapura mungkin mendapati kos bagi aktiviti tertentu di Singapura adalah sangat tinggi. Oleh itu ia adalah menguntungkan bagi kedua-dua wilayah sekiranya EDB membantu menyalurkan pelaburan sedemikian ke Johor. Untuk makluman bersama, EDB Singapura telah pun mempunyai perjanjian serupa dengan Kepulauan Riau di Indonesia. Inisiatif kedua untuk Jawatankuasa Bersama itu ialah membangunkan program dan kurikulum untuk melatih pekerja dari Johor di rangkaian institut vokasional Singapura. Sekali lagi, ini adalah satu penyelesaian sama menang. Latihan yang akan dijalankan di Singapura akan menjadikan Johor lebih berkemampuan untuk menguasai perkilangan. Singapura dapat meraih manfaat dari keadaan ini dan tidak akan kehilangan faedah sampingannya. Ia juga semestinya satu kemenangan buat Johor kerana pekerja Johor akan mendapat manfaat daripada rangkaian institut latihan Singapura. Pemiliknya adalah MIDA. Garis masa untuk diselesaikan ialah (1) Perjanjian Persefahaman untuk Jawatankuasa Bersama EDB Singapura-MIDA-IRDA pada bulan Jun 2011; (2) Perjanjian Persefahaman untuk mempromosikan pelaburan di Johor oleh EDB Singapura pada bulan Jun 2011; dan (3) Membangunkan kurikulum dan melancarkan program untuk melatih pekerja Johor di institut vokasional Singapura pada bulan Disember 2010. Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan. Mempromosikan Johor sebagai tapak perkilangan kepada syarikat yang berpusat di Singapura. MIDA telah menjalankan misi promosi di Singapura, tetapi penekanan sebelum ini lebih tertumpu pada menggalakkan syarikat Singapura untuk menubuhkan pejabat operasi di Malaysia. Sungguhpun aktiviti ibu pejabat adalah penting, operasi perkilangan kekal penting kerana ia menyediakan sebahagian besar peluang pekerjaan. Masih ada peluang yang belum digunakan sepenuhnya untuk menggalakkan syarikat yang berpusat di Singapura (termasuk syarikat multinasional yang mempunyai ibu pejabat wilayah di Singapura) supaya menubuhkan operasi perkilangan di Malaysia, terutamanya di Johor. Kami menyedari bahawa yang sebaliknya kerap berlaku di mana EDB Singapura kerap mengadakan lawatan ke Malaysia untuk menggalakkan syarikat yang berpusat di Malaysia supaya mengembangkan operasi mereka ke Singapura. MIDA akan menyasarkan usaha promosinya untuk mendorong secara berperingkat perkilangan nilai tambah tinggi berpindah daripada Singapura ke Johor. MIDA akan menjadi pemiliknya. Sasarannya ialah sekurang-kurangnya dua misi setiap tahun bermula pada bulan Disember 2010. Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan.
Program Transformasi Ekonomi 423 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pemboleh Sabah dan Sarawak Mempercepatkan kelulusan oleh RECODA. Maklum balas yang diterima daripada industri menyatakan kelulusan untuk projek baru termasuk permit imigresen yang diperlukan daripada RECODA Sarawak perlu dipendekkan tempohnya (lazimnya mengambil kira-kira enam bulan buat masa ini). Kita perlu mengurangkan garis masa kelulusan kepada tidak lebih dari dua bulan menjelang bulan Mac 2011. Pembiayaan awam dijangka tidak akan diperlukan. Menarik bakat ke Sarawak. Industri substrat memerlukan bakat mahir (contohnya, jurutera bahan, jurutera kimia) tetapi Sarawak bukanlah tempat yang menarik untuk dihuni bakat. Kita perlu menggalakkan bakat untuk berpindah ke Sarawak dan menawarkan kadar cukai pendapatan peribadi yang istimewa kepada bakat E&E di Sarawak, selain menyediakan kelulusan automatik untuk penggajian bakat asing mahir di Sarawak. Pemiliknya ialah Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Sasaran untuk kelulusan dasar ialah pada bulan Disember 2011. Menarik sektor bitara ke Sabah. Industri berasaskan pertanian dan pelancongan yang agak meluas di Sabah akan menyediakan platform yang sesuai untuk pembangunan aplikasi bitara E&E seperti teknologi pengesan wayarles, peralatan pemprosesan pertanian dan alat diagnostik. Ini akan membolehkan Sabah menyertai segmen teknologi tinggi dalam E&E sungguhpun mempunyai penglibatan yang rendah dalam pembuatan komponen utama. Koridor Pembangunan Sabah akan memegang tanggungjawab mempromosikan kemampuan dan tarikan Sabah (dari segi infrastruktur, insentif, dan sebagainya.)
Merangsang Pertumbuhan dan Memperkemas Proses Kerajaan Kami akan meningkatkan insentif dan peraturan, termasuk memperkemaskan proses bagi memudahkan sektor swasta berurusan dengan Kerajaan. Insentif dan peraturan Meminda insentif R&D MIDA untuk mengurangkan kebergantungannya pada perbelanjaan modal. Pada masa ini, insentif R&D MIDA adalah berdasarkan elaun cukai pendapatan pada perbelanjaan modal yang layak. Di masa hadapan, MIDA akan mengikuti model di mana insentif R&D adalah berdasarkan cukai yang ditolak daripada jumlah perbelanjaan R&D (bukan hanya dari perbelanjaan modal). Pemiliknya adalah MIDA. Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan. Sasaran pelaksanaan insentif baru ini ialah pada bulan Mac 2011. Menanda aras insentif dan peraturan setara negara lain secara sistematik. Terdapat keperluan untuk satu proses sistematik berterusan dijalankan bagi memastikan insentif dan peraturan Malaysia adalah berdaya saing dengan persaingan kami. Kami akan mengadakan satu proses yang melibatkan tinjauan luar ketua pegawai eksekutif dan akan dilengkapkan oleh semakan tanda aras dua kali setahun. Maklumat yang dikumpul akan digunakan oleh MIDA untuk melaksanakan proses insentif, peraturan dan promosi pelaburan yang terbaik dalam kelasnya.
424
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Pemiliknya ialah MIDA. Tinjauan pertama akan dilancarkan pada bulan Februari 2011, dengan sasaran satu tinjauan luaran dan dua semakan penanda aras setiap tahun. Proses dan organisasi Mempercepatkan permohonan pelepasan cukai import. Jawatankuasa Pelepasan Cukai (JPC) akan diberi kuasa penuh untuk meluluskan permohonan pelepasan cukai. Sasarannya ialah untuk mengurangkan masa pemprosesan ke lima hari bekerja. Pelepasan Cukai yang diluluskan oleh JPC juga akan dipautkan dengan sistem Kastam supaya syarikat tidak perlu lagi menunjukkan borang kelulusan setiap kali syarikat mengimport barang. Pemiliknya ialah MIDA. Pembiayaan awam sebanyak RM6.4 juta diperlukan. Sasaran pelaksanaan prosedur dan sistem baru ini ialah pada bulan Jun 2011. Mempercepatkan proses permohonan Status Perintis. Kami akan mempercepatkan proses untuk permohonan Status Perintis biasa (insentif Status Perintis biasa menawarkan pelepasan cukai sebanyak 70%) dan juga menambah kakitangan pentadbiran untuk mengendalikan dan menguruskan permohonan. Sasarannya ialah untuk memendekkan masa pemprosesan kepada lima hari bekerja. Pemiliknya ialah MIDA. Sasaran untuk pelaksanaan proses baru ini ialah pada bulan Jun 2011. Mengamalkan permohonan eksport dan e-logistik tanpa kertas. Malaysia akan mengamalkan sistem e-logistik untuk pelepasan tanpa kertas bagi membolehkan pelepasan pantas 24x7. Kerajaan akan melabur dalam prasarana e-Kerajaan yang diperlukan dalam tiga zon industri penting (Utara, Tengah, Selatan). Prestasi akan dipantau mengikut purata masa transit (antara lapangan terbang dan kilang) serta maklum balas pandangan subjektif pelanggan melalui tinjauan. Pemiliknya ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Jabatan Kastam. Pembiayaan awam berjumlah RM16 juta diperlukan. Sasaran untuk pelaksanaan sistem baru ini ialah pada bulan Mei 2011. Menggabungkan bahagian Elektrik dan Elektronik ke dalam satu unit tunggal di bawah MIDA. MIDA akan menggabungkan Elektrik dan Elektronik di bawah satu bahagian, berbanding daripada dua bahagian yang ada ketika ini. Pemiliknya ialah MIDA. Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan. Sasaran bagi pelaksanaan struktur organisasi baru ini ialah pada bulan April 2011. Mempunyai wakil industri antarabangsa dalam lembaga MIDA dan Majlis Penasihat Antarabangsa. Ahli lembaga MIDA kebanyakannya terdiri daripada wakil Kerajaan dan syarikat tempatan Malaysia. Oleh kerana mandat penting MIDA adalah untuk menarik pelaburan langsung asing bagi pertumbuhan sektor E&E, ia adalah amat penting untuk lembaga MIDA mempunyai wakil antarabangsa untuk memberi pandangan antarabangsa tentang keperluan pelabur asing dan prestasi MIDA. Kami akan menyemak komposisi ahli lembaga MIDA supaya mempunyai peratusan wakil sektor swasta yang lebih besar, di mana sebahagian besarnya terdiri daripada wakil multinasional kanan. Kami juga akan menubuhkan Majlis Penasihat Antarabangsa untuk MIDA yang terdiri daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat multinasional global terkemuka. Pemiliknya ialah MIDA. Sasaran untuk komposisi baru Ahli Lembaga dan penubuhan Majlis Penasihat Antarabangsa ialah pada bulan April 2011.
Program Transformasi Ekonomi 425 Hala Tuju Untuk Malaysia
Meningkatkan Bilangan Bakat yang Ada Oleh kerana E&E ialah industri intensif bakat, bilangan bakat yang ada serta kualiti bakat adalah pemboleh yang amat penting. Maklum balas industri menunjukkan bahawa kekurangan bakat E&E yang sesuai di Malaysia telah menghalang pertumbuhan industri tersebut. Kami akan mengambil tindakan untuk meningkatkan ketersediaan bakat E&E melalui pelan yang melibatkan perancangan, pendidikan formal dan latihan melebihi pendidikan formal dan menyelaraskan rancangan ini bersama NKEA Pendidikan. Perancangan kemahiran dan kiraan kepala Meningkatkan keberkesanan Majlis Perundingan Akademia Industri (AICC). Baru-baru ini, AICC telah digiatkan semula sebagai satu platform penyelarasan di antara universiti-universiti dan industri. Ini telah menjadikan sektor E&E sebagai sektor keutamaan dengan penambahan perwakilan teguh dari industri E&E sejak bulan Oktober 2010. Merancang untuk bakat kejuruteraan pada peringkat nasional. AICC dan MIDA akan bekerjasama untuk membangunkan ramalan pengeluaran dan permintaan bagi bakat kejuruteraan. Pada masa yang sama, universiti-universiti akan bertindak balas dengan menyesuaikan pengambilan dan rancangan kurikulum. Rancangan ini akan dikaji semula setiap tahun. Pemiliknya ialah Kementerian Pengajian Tinggi. Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan. Garis masa untuk kajian semula pertama keperluan bakat kejuruteraan ialah pada bulan Januari 2011. Pendidikan formal Memanjangkan dan memperluaskan program sangkutan industri (industrial attachment). Secara lazim, program sangkutan industri untuk mahasiswa adalah tiga bulan. Kami menganggap tempoh ini terlalu singkat untuk memberi kesan. Tempat sangkutan yang ditawarkan kepada mahasiswa pada masa ini juga adalah terlalu terhad. Kami akan menyelesaikan cabaran ini dengan (1) menawarkan insentif kepada syarikat yang mengambil bahagian dalam program sangkutan industri (contohnya, memadankan geran untuk IKS, di mana anggaran kos adalah sebanyak RM500 seorang sebulan dan akan mensasarkan 1,000 orang setahun); (2) AICC akan mengasaskan senarai syarikat yang mengambil bahagian dan keperluan mereka untuk pelatih bagi menyediakan pandangan menyeluruh tentang sangkutan yang ada; dan (3) AICC akan bekerja bersama universiti dan industri untuk memanjangkan tempoh sangkutan hingga enam bulan atau lebih. Pemiliknya ialah Kementerian Pengajian Tinggi. Pembiayaan awam sebanyak RM32 juta diperlukan. Garis masa untuk pelaksanaan program sangkutan yang diperbaharui ini ialah pada bulan Mac 2011. Membiayai bersama pengajian sarjana dan kedoktoran (Kerajaan dan syarikat). Syarikat memerlukan bakat lepasan ijazah berkaliber tinggi. Kami menganggarkan kira-kira 1,000 jurutera setahun memerlukan latihan lepasan ijazah. Kos bagi setiap orang ialah kira-kira RM10,000 setahun dan program adalah selama empat tahun, maka akan ada 4,000 pelajar lepasan ijazah pada satu-satu masa. Kami akan melancarkan program di mana syarikat dan Kerajaan akan bersama-sama membiayai pengajian sarjana dan kedoktoran jurutera tersebut. Pemiliknya ialah Kementerian Pengajian Tinggi. Pembiayaan awam sebanyak RM384 juta diperlukan dan pembiayaan swasta sebanyak RM64 juta diperlukan. Untuk makluman, syarikat lazimnya akan terus membayar gaji pekerja, dan ini tidak ditunjukkan dalam pembiayaan yang dinyatakan. Program ini akan dilancarkan pada bulan Januari 2011.
426
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Selepas pendidikan formal Mengadakan program latihan mahasiswa untuk meningkatkan kebolehgajian mahasiswa menganggur. Terdapat 12 buah SDC yang menjalankan Program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP) bagi menyediakan latihan kepada mahasiswa menganggur untuk meningkatkan kebolehgajian. Belanjawan untuk program E&E INSEP bagi tahun 2010 dianggarkan berjumlah RM23 juta. PSDC dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) telah memberi lebih tumpuan pada E&E, di mana lebih daripada 50% kursus E&E INSEP telah diwujudkan. Maklum balas industri menyatakan bahawa program ini telah memberi kesan dan perlu diperkembangkan lagi. Kami akan menggandakan pengambilan untuk meningkatkan bilangan mahasiswa yang boleh diambil bekerja sambil membantu memahirkan semula mahasiswa bagi memenuhi keperluan industri. Petunjuk prestasi utama ialah bagi 90% mahasiswa daripada program INSEP mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan. Pemiliknya ialah SDC. Pembiayaan awam berjumlah RM224 juta diperlukan. Pelancaran program yang diperkembangkan ini disasarkan pada bulan Januari 2011. Menyelaraskan keperluan latihan dengan SDC. MIDA akan menyelaraskan bersama SDC untuk membangunkan program latihan dan melatih kakitangan sebelum pelaburan utama dilaksanakan. Dengan melakukan sedemikian, MIDA akan membantu memastikan Malaysia mempunyai sumber pekerja berbakat yang diperlukan untuk bersaing sebagai sebuah tapak perkilangan. Pemiliknya ialah MIDA dan SDC. Pembiayaan awam berjumlah RM6.4 juta diperlukan. Pelancaran program penyelarasan ini disasarkan pada bulan Jun 2011. Memperluaskan program latihan untuk pekerja syarikat. SDC seperti SHRDC dan PSDC menjalankan program latihan segera untuk pekerja baru yang telah diterima baik. Untuk memperluaskan skala dan impak program tersebut sehingga 50%, Kerajaan akan bertindak sebagai pembiaya bersama bagi pengembangan program latihan tersebut (untuk kos pembangunan kurikulum dan kemudahan). Ini akan memanfaatkan masyarakat awam kerana ia akan membangunkan tenaga kerja berkemahiran lebih tinggi di Malaysia. Pemiliknya ialah MIDA dan SDC. Pembiayaan awam berjumlah RM6.4 juta dan pembiayaan swasta berjumlah RM6.4 juta diperlukan. Pelancaran program yang diperluaskan ini disasarkan pada bulan Jun 2011. Meluluskan secara automatik pengambilan ekspatriat berkemahiran teknikal dalam industri E&E yang dipromosikan. Walaupun proses dan keperluan untuk mengambil bakat asing berkemahiran telah dilonggarkan, masih ada lagi ruang yang boleh diperbaiki dalam proses pengambilan kepakaran teknikal asing berkemahiran. Kami akan menyarankan agar sistem kelulusan automatik diwujudkan bagi menggaji ekspatriat berkemahiran teknikal untuk industri E&E yang tersenarai dalam Senarai Promosi MIDA. Selain itu, kami akan mengurangkan keperluan yang berkenaan, prosedur dan masa pemprosesan yang terlibat bagi mendapatkan kelulusan. Masa pemprosesan untuk pengambilan baru perlu kurang dari satu bulan dan kurang dari dua minggu untuk pembaharuan. Pemiliknya ialah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Dalam Negeri. Pembiayaan dijangka tidak akan diperlukan. Dasar baru dijangka akan dilaksanakan pada bulan Januari 2011.
Program Transformasi Ekonomi 427 Hala Tuju Untuk Malaysia
Memperbaiki Infrastruktur Penting Komponen utama bagi perkilangan E&E ialah infrastruktur yang berkualiti tinggi. Kami akan meningkatkan infrastruktur di Malaysia supaya ia menjadi lokasi yang lebih menarik bagi syarikat E&E. Meningkatkan piawaian dan ketersediaan utiliti utama (kuasa, air, gas, bahan kimia, Internet). Kami akan mewujudkan satu pelan induk dasar nasional baru untuk menetap dan melaksanakan piawaian bagi utiliti utama taman industri dan taman teknologi tinggi. Contohnya, Suruhanjaya Tenaga akan membangunkan pelan induk untuk melaksanakan piawaian kuasa yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan industri E&E. Pemiliknya ialah agensi utama yang bertanggungjawab untuk utiliti yang berkenaan, termasuk SPAN, Suruhanjaya Tenaga, TNB, Perbadanan Air Negeri dan KPKK. Pembiayaan awam berjumlah RM96 juta dan pembiayaan swasta berjumlah RM80 juta diperlukan. Sasaran untuk penetapan piawaian baru ini ialah pada bulan Mei 2011. Mengamalkan tarif elektrik yang fleksibel sebagai pemboleh berdaya saing. Kami akan memilih untuk menawarkan kadar tarif elektrik yang fleksibel sebagai sebahagian daripada pakej rundingan bagi membawa masuk pelaburan utama. Pendekatan ini telah pun diamalkan oleh sesetengah pesaing serantau (contohnya, China, Vietnam) yang menawarkan kadar yang boleh dirunding. Pada masa ini, kita menawarkan kadar tarif boleh runding di Sarawak dan akan memperluaskan pendekatan ke seluruh Malaysia. Pemiliknya ialah TNB dan MIDA. Tiada pembiayaan langsung diperlukan. Sasaran pelaksanaan dasar tarif fleksibel ini ialah pada bulan Jun 2011.
Mewujudkan Ekosistem Teknikal Suatu ekosistem teknikal merangkumi pusat dan makmal perkhidmatan yang dikongsi bersama akan mempercepatkan kadar pertumbuhan industri dengan mengurangkan kos permulaan dan membina asas kepakaran teknikal. Terdahulu dalam bab ini, kami memperincikan pusat dan makmal perkhidmatan dikongsi bersama yang dikaitkan dengan sektor dan EPP tertentu. Selain itu, kami memerlukan pusat teknikal menyeluruh yang mempunyai pandangan yang lebih luas mengenai industri tersebut. Menubuhkan Pusat Kejuruteraan dan Kecemerlangan. Khazanah telah mencadangkan penubuhan sebuah Pusat untuk Kejuruteraan dan Kecemerlangan. Pusat ini akan menjadi platform untuk sektor swasta dan akademik berinteraksi tentang program pasca ijazah, program pasca kedoktoran serta menjalankan kajian berdasarkan projek, mengikut permintaan daripada sektor swasta. Pusat ini juga akan menyediakan hubungan antara penyelidikan penting di universiti dan pakar teknologi di sektor swasta. Pusat ini akan menyelaras aktiviti pusat perkhidmatan dikongsi bersama yang lain dan menyediakan pakar antarabangsa kepada industri dan akademia untuk memudahkan penubuhan ekosistem R&D, melalui usaha sama dan perkongsian dengan institusi terkemuka. Sebagai sebuah yayasan bukan untuk keuntungan, pusat ini akan meletakkan struktur tadbir urusnya pada perkongsian antara akademia dan industri, dengan peranan utama dipegang oleh industri. Adalah diharapkan bahawa pusat ini menjadi titik pertemuan dan nadi untuk pembangunan dan pengembangan teknologi dalam sektor E&E. Pemiliknya ialah Khazanah. Sasaran tarikh siap ialah pada bulan Mac 2011.
428
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
PEMBIAYAAN Keperluan jumlah pembiayaan keseluruhan dari tahun 2010 hingga 2020 ialah RM78.4 bilion, di mana 85% (RM66.7 bilion) akan digunakan untuk EPP. Daripada jumlah pembiayaan ini, 60% akan dilaburkan dari tahun 2010 hingga 2013, dan baki 40% dilaburkan dari tahun 2014 hingga 2020. Untuk EPP, 88% pembiayaan diperoleh daripada pihak swasta sementara baki 12% diperoleh daripada pembiayaan awam (Carta 11-6). Carta 11-6
Bagi 15 EPP tersebut, pembiayaan berjumlah RM66.7 bilion diperlukan di mana 12% adalah daripada sektor awam 88% pembiayaan EPP dijangka diterima daripada sektor swasta
Pembiayaan dibahagikan antara EPP, peluang perniagaan dan pemboleh
RM bilion
RM bilion
66.7
11.7
78.4
66.7
58.2
8.5 Awam
% daripada jumlah 12
Swasta
88
EPP
Jumlah
% daripada jumlah
Nota: Kos pemboleh khusus EPP dimasukkan dalam pembiayaan EPP
85
Peluang Jumlah Perniagaan
15
Program Transformasi Ekonomi 429 Hala Tuju Untuk Malaysia
TADBIR URUS DAN PELAKSANAAN Pelaksanaan berkesan EPP-EPP dan pemboleh akan memerlukan usaha sama antara sektor awam dan swasta. Jadual 11-1 menyenaraikan pemilik utama dan pihak berkepentingan EPP. Jadual 11-1
EPP
Pemilik inisiatif utama
Organisasi, syarikat dan agensi, syarikat penting yang lain
Melaksanakan Strategi Pengikut Pintar untuk Fabrikasi Teknologi Matang
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Konsortium Fab
Membangunkan Pemasangan dan Pengujian Menggunakan Teknologi Pembungkusan Lanjutan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Membangunkan Syarikat Reka Bentuk Litar Bersepadu
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Unit Perancang Ekonomi, Silterra, konsortium fab
Menyokong Pertumbuhan Pengilang Substrat dan Industri Berkaitan
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah
Meningkatkan Jumlah Pengeluar Silikon
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah
Menambahkan Pengeluar Wafer dan Sel
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, Majlis Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia
Menambah Pengeluar Modul Solar
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
Membangunkan Operasi Bahagian Depan LED
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
Mengembangkan Pembungkusan dan Peralatan LED
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Mewujudkan Syarikat Juara Pencahayaan Keadaan Pepejal Tempatan
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SME Corporation, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kementerian Pendidikan Tinggi, Pusat Pembangunan Kemahiran, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Membangunkan Pusat Pengujian dan Pengukuran
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
Agilent, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia, Motorola, Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia
• Mengembangkan Pengecaman Frekuensi Radio
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
IRIS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar, Perbadanan Pembangunan Multimedia, Kastam
Meningkatkan Pembuatan Peralatan Automasi
Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
Membangunkan Syarikat Transmisi dan Pengagihan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Membangunkan Pusat Pengeluaran dan Rangkaian Pengedaran Antarabangsa Peralatan Elektrik Rumah
Pensonic
Mengembangkan Komunikasi Wayarles dan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID): • Menambah Pembekal Komunikasi Radio Wayarles
Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia
430
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Untuk memastikan pelaksanaan yang berjaya, kita melihat tiga perkara penting: • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi perlu menerajui usaha untuk memperkasakan sektor Elektrik dan Elektronik dan menyatukan semua agensi yang terlibat; • Unit ETP akan bertindak sebagai Pasukan Pemudahan Pusat (CFT) E&E dan memudahkan EPP dan pemboleh di tapak pelaksanaan operasi, dan menyelaraskan berbagai inisiatif dan pihak terbabit; dan • Sektor swasta perlu bekerjasama dengan Kerajaan bagi memastikan projek EPP dan pemboleh tertentu dilaksanakan serta membimbing pembangunan sektor ini. Satu struktur tadbir urus, di bawah pengawasan menyeluruh Perdana Menteri, seperti ditunjukkan dalam Carta 11-7, akan ditubuhkan bagi memastikan garis masa pelaksanaan dipenuhi. Struktur ini menyatukan syarikat swasta dan pihak awam secara berterusan. Carta 11-7
Struktur tadbir urus bagi NKEA Elektrik dan Elektronik Perdana Menteri
Jawatankuasa Pemandu Ahli: s -ENTERI 0ERDAGANGAN !NTARABANGSA )NDUSTRI 0ENGERUSI s -ENTERI 3AINS 4EKNOLOGI )NOVASI 0ENGERUSI "ERSAMA s +35 +EMENTERIAN 0ERDAGANGAN )NDUSTRI s +35 +EMENTERIAN 3AINS 4EKNOLOGI )NOVASI
Majlis Penasihat Industri
s +ETUA 0EGAWAI %KSEKUTIF %45 s +0 -)$! s 0ENGARAH %KSEKUTIF +HAZANAH
+ETUA 0EGAWAI %KSEKUTIF YANG DIPILIH DARIPADA -.# DAN SYARIKAT %% )+3 TEMPATAN
Jawatankuasa Eksekutif: Pengarah Unit ETU (Pengerusi), Penyelaras, CTO, Peneraju EPP; Pasukan Pemudahan Pusat: Unit ETU %00 HINGGA 3EMIKONDUKTOR
%00 HINGGA 3OLAR
%00 HINGGA ,%$
%00 HINGGA %LEKTRONIK 0ERINDUSTRIAN DAN 0ERALATAN ELEKTRIK RUMAH
0EMBOLEH %00 0RASARANA 4EKNOLOGI "AKAR $ASAR
5NIT %40 %% 0ENYELARAS #4/#3/ 0ENGANALISIS RISIKAN PERNIAGAAN
Program Transformasi Ekonomi 431 Hala Tuju Untuk Malaysia
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi perlu menerajui usaha untuk memperkasakan sektor ini dan menyatukan pelbagai agensi yang terlibat. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pemandu bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang turut bertindak sebagai Pengerusi Bersama. Objektif jawatankuasa ini adalah untuk menyelesaikan isu strategik dan memaklumkan Perdana Menteri setiap tiga bulan. KSU daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pegawai penting daripada agensi utama yang berkenaan dalam pembangunan sektor E&E seperti MIDA dan Khazanah turut menganggotai Jawatankuasa ini. Perwakilan mereka pada Jawatankuasa Pemandu akan memastikan bahawa kepentingan sektor dan nasional secara menyeluruh diambil kira, sambil turut menyediakan sebuah platform yang teguh untuk memastikan kejayaan perkasaan industri E&E di Malaysia. Peranan CFT akan dimainkan oleh Unit Program Transformasi Ekonomi (ETU). Ia perlu memudahkan inisiatif EPP dan pemboleh di tapak, menyelaras pelbagai inisiatif dan pihak. Pemegang jawatan ini terdiri daripada para pemimpin bidang tumpuan EPP dan satu pasukan pusat E&E yang kecil. Ketua bidang tumpuan EPP bertanggungjawab secara langsung terhadap EPP dalam bidang mereka (contohnya, semua EPP berkaitan solar akan berada di bawah skop Ketua Solar EPP). Individu daripada sektor awam atau swasta yang mempunyai kepakaran teknikal dan pengaruh industri untuk membantu kejayaannya akan dipinjamkan ke Unit ETP. Mereka akan dibantu oleh pasukan pusat E&E, yang berperanan untuk membantu menyelaraskan semua EPP dalam bidang bertindan seperti permintaan belanjawan dan perbincangan dengan kerajaan negeri. Pasukan pusat E&E juga akan sentiasa mencari peluang perniagaan E&E baru. Satu jawatankuasa eksekutif akan ditubuhkan, terdiri daripada ketua bidang tumpuan EPP, penyelaras kumpulan pusat E&E dan Pengarah Unit ETP, yang akan mempengerusikan jawatankuasa ini. Jawatankuasa eksekutif akan bertemu setiap minggu untuk mengawasi kemajuan, menyelesaikan isu operasi dan bersedia untuk mesyuarat Jawatankuasa Pemandu. Sektor swasta perlu bekerjasama dengan Kerajaan untuk melaksanakan projek EPP tertentu dan projek Pemboleh serta membimbing pembangunan sektor ini. Untuk menyelaraskan usaha Kerajaan dengan arah aliran E&E global, sektor swasta akan terlibat dalam dua cara. Pertama, Majlis Penasihat Ketua Pegawai Eksekutif yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan mewakili berbagai sektor dalam E&E akan dibentuk untuk memaklumkan Jawatankuasa Pemandu mengenai keadaan industri. Majlis Penasihat ini akan bertemu dan memaklumkan Jawatankuasa Pemandu setiap suku tahun. Kedua, individu daripada syarikat yang terlibat dalam EPP tertentu akan memainkan peranan aktif dalam kumpulan pelaksanaan untuk memastikan kejayaan projek, menyelesaikan isu komersil penting dan memberikan cadangan. Individu-individu terpilih ini akan mengambil bahagian dalam mesyuarat mingguan Unit ETP.
432
Bab 11 Elektrik dan Elektronik: Memperkasakan Sektor E&E
Kotak 11-1
Ringkasan NKEA Elektrik dan Elektronik • Impak PNK tambahan pada tahun 2020
RM53.4 bilion
• Tambahan pekerjaan pada tahun 2020
157,000
• Sasaran dan peristiwa penting dalam tempoh 6 hingga 12 bulan • Satu fabrikasi wafer ditubuhkan • 4 syarikat reka bentuk litar bersepadu ditubuhkan • Pelaburan multinasional dalam pengujian dan pengukuran meningkat sebanyak 30% dibandingkan dengan tahun 2010