FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN 1
2
DEKAN 1.1. Menjadi pengurus dan mempastikan peruntukan‐peruntukan Perlembagaan, Statut, Kaedah‐Kaedah dan Peraturan Kolej Universiti dipatuhi. Mempastikan bahawa fakulti sentiasa bertindak menurut kuasa atau tugas yang ditetapkan berkaitan pembangunan kemajuan akademik. 1.2. Merancang program‐program baru mengikut keperluan industri semasa. 1.3. Memantau pelaksanaan program akademik dan pengurusan fakulti serta menjalankan pengawasan berterusan ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan di Fakulti dengan baik dan berkesan. 1.4. Mengurus sumber manusia dan kewangan fakulti dengan baik. 1.5. Membina satu persekitaran yang kondusif dan sesuai bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. 1.6. Menjalankan tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbiran universiti dari semasa ke semasa.
TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) 2.1. Memastikan semua urusan akademik yang ditawarkan di Fakulti berjalan lancar (seperti pendaftaran pelajar, matapelajaran, latihan industri, projek sarjana muda, pengurusan sumber manusia dan sebagainya). 2.2. Memantau segala kerja pembentukan dan pengemaskinian kurikulum semua kursus yang dijalankan di Fakulti. 2.3. Memantau urusan pemeriksa luar, profesor adjung, profesor pelawat, dan panel penasihat industri. 2.4. Memantau dan memastikan pelaksanaan segala peraturan dan aktiviti penasihatan dibuat secara berkesan oleh semua penasihat akademik. 2.5. Memantau dan memastikan semua matapelajaran termasuk makmal dilaksanakan dengan berkesan. 2.6. Menghadiri semua mesyuarat yang berkaitan dengan hal‐ehwal akademik. 2.7. Menangani urusan tatatertib staf dan pelajar. 1
2.8.
Memantau penyediaan dan pelaksanaan jadual waktu kursus dan peperiksaan bagi semua kursus.
2.9. 2.10. 2.11. 2.12. 2.13. 2.14. 2.15. 2.16. 3
Memantau urusan segala perkara yang bersabit dengan peperiksaan dan keputusan semua kursus. Menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Akademik dan Jawatankuasa Peperiksaan. Mempastikan semua peraturan akademik dipatuhi oleh semua pensyarah dan pelajar. Menyelaras perjalanan semua program luar kampus yang ditawarkan oleh Fakulti. Membantu meningkatkan perhubungan dan kerjasama dengan institusi luar negara. Ahli Jawatankuasa Tetap Senat mengenai Kursus Baru. Menjalankan tugas‐tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Sebagai Pegawai Penilai Kedua Staf akademik.
TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN) 3.1. Memantau segala urusan yang berkaitan dengan hal ehwal cuti belajar kakitangan akademik dan skim latihan bagi kakitangan. 3.2. Menyelaraskan kurikulum silabus dan perjalanan kursus program pasca siswazah 3.3. Memantau segala kerja pengemaskinian kurikulum semua kursus pasca siswazah yang dijalankan di Fakulti. 3.4. Sebagai Pegawai Penilai Kedua Staf sokongan bukan akademik. 3.5. Merancang dan menyelaras semua perkara yang diperlukan dalam pembangunan kampus baru. 3.6. Menyelaras semua urusan penyelidikan, perundingan dan penulisan yang dijalankan di Fakulti. 3.7. Menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan belanjawan tahunan dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. 3.8. Meluluskan permohonan pembelian alat makmal dan setor dan memantau penyelenggaraan peralatan makmal, bengkel dan setor. 3.9. Membantu mewujudkan skim‐skim tertentu dalam urusan perkembangan kakitangan. 3.10. Menghadiri semua mesyuarat yang berkaitan dengan hal‐ehwal pasca siswazah, penyelidikan dan pembangunan. 3.11. Membantu meningkatkan perhubungan dan kerjasama dengan industri. 2
3.12. 3.13. 3.14. 3.15. 3.16. 3.17. 4
Menghadiri mesyuarat Jabatan, Fakulti, Universiti dan luar Universiti sebagai wakil kepada Dekan bila masa diperlukan. Menjadi Timbalan Pengerusi kepada Jawatankuasa Pengurusan. Menjadi Ahli Jawatankuasa Akademik dan Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti. Ahli Jawatankuasa Tetap Senat mengenai penyelidikan. Memantau program kebajikan staf, pelajar dan khidmat masyarakat. Menjalankan tugas‐tugas yang diarahkan oleh Dekan dari masa ke semasa.
KETUA JABATAN 4.1. Pengurusan a) Menyediakan pelan strategik dan pelan tindakan jabatan. b) Merancang Sasaran Kerja Tahunan dan mengagihkan beban tugas staf akademik dan sokongan di peringkat Jabatan termasuk pengambilan dan penetapan bidang pengkhususan. c) Memantau dan menilai prestasi staf jabatan berdasarkan kepada Sasaran Kerja Tahunan. d) Menyelaras latihan staf dari segi cuti belajar, ikhtisas, sangkutan industri dan cuti sabatikal. e) Menyelaras keperluan hal ehwal akademik meliputi staf akademik, profesor pelawat, profesor adjung; pemeriksa luar dan panel penasihat industri. f) Menyelaras dan memantau sistem penasihatan akademik dilakukan secara terbaik mengikut garis panduan. g) Mempromosikan program akademik kepada pihak luar. 4.2. Pelaksanaan Program Akademik / Pembangunan Kurikulum a) Membangun, menggubal dan melaksana program baru serta mengemaskinikan kurikulum dan silabus program semasa. b) Memastikan kursus di bawah kelolaan Jabatan serta pelaksanaan peraturan‐ peraturan akademik di peringkat Jabatan berjalan dengan berkesan. c) Memantau pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran oleh staf akademik termasuk Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE), Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (contoh. PBL atau kaedah pendekatan pengajaran lain yang bersesuaian). d) Memantau dan memastikan urusan Projek Sarjana Muda / Projek Diploma dan Latihan Industri dilaksanakan dengan berkesan. 4.3. Kebajikan pelajar a) Memberi khidmat nasihat dan menangani isu pelajar yang bermasalah. b) Merujuk pelajar berpotensi cemerlang atau pelajar bermasalah kepada Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan Program Pembangunan Pelajar (PROPEMP) Fakulti. c) Menyokong dan menasihat peluang bantuan kewangan untuk pembiayaan pengajian dan lain‐lain. 3
4.4.
4.5.
4.6.
4.7.
4.8. 5
6
Pembangunan dan Pengurusan Makmal a) Merancang, mengurus dan memantau perolehan peralatan dan kelengkapan makmal mengikut prosedur dan polisi universiti. b) Merancang pembangunan makmal baru. c) Memantau perlaksanaan penyelenggaraan makmal dan alat secara berjadual. d) Menentukan suasana pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan graduan yang cemerlang. e) Memantau penyediaan kertas dan peralatan ujikaji serta perlaksanaan kerja amali. Perhubungan Industri dan Pengantarabangsaan a) Meningkat dan mempergiatkan kerjasama dengan industri. b) Melaksanakan program pengantarabangsaan. c) Merancang dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Penyelidikan, Perundingan dan Penerbitan a) Memastikan peningkatan kegiatan penyelidikan dikalangan staf b) Memastikan staf bergiat aktif dalam aktiviti perundingan. c) Menggalakkan penglibatan staf dalam kerja‐kerja penerbitan. Kebajikan staf a) Memberi khidmat nasihat dan menangani isu staf yang bermasalah. b) Merujuk staf menjalani latihan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi staf. c) Menyokong dan menasihat staf mengenai peluang / kemajuan kerjaya. Lain‐lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
KETUA JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK 5.1. Membangun dan memantau program teknologi, SLDN, INSEP, bridging dan kemahiran. 5.2. Menyelaras dan mengenalpasti keperluan staf akademik yang sesuai dengan matlamat program. 5.3. Mengurus dan memantau keperluan ruang, makmal dan peralatan yang menyokong program. 5.4. Menjalin hubungan dengan industri untuk tujuan kerjasama perkongsian teknologi, latihan industri pelajar dan intership/sangkutan staf . 5.5. Mengadakan perhubungan dengan institusi pendidikan yang menjalankan program teknologi untuk gunasama peralatan dan staf.
KETUA PANEL BIDANG 6.1. Pembangunan dan Pemantauan Kurikulum Silabus a) Memberikan cadangan kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti bagi membangun dan mengubahsuai kandungan silabus. b) Mendapatkan maklumbalas berterusan dari pihak‐pihak berkaitan seperti industri, kerajaan, badan profesional dan alumni. 4
6.2.
6.3.
6.4.
6.5.
6.6.
6.7.
6.8.
6.9.
6.10.
Penyediaan Modul dan Pelaksanaan Pengajaran a) Mengenalpasti matapelajaran yang ingin diwujudkan modulnya. b) Menentukan staf dalam pembangunan sesuatu modul. c) Menentukan kaedah pelaksanaan yang berkesan. d) Mencadangkan kepada Ketua Jabatan pensyarah yang berwibawa untuk mengajar sesuatu matapelajaran. e) Ketua Panel melaporkan prestasi Ahli Panel kepada ketua Jabatan mengikut format. Perpindahan dan Pengecualian Kredit dari IPT a) Melakukan semakan ke atas kurikulum dan silabus IPT lain. b) Mencadangkan perpindahan dan pengecualian kredit kredit kepada Ketua jabatan berdasarkan penilaian yang telah dibuat. Kertas Soalan Peperiksaan dan Skima Pemarkahan a) Menilai kertas dan skema pemarkahan peperiksaan akhir. b) Mewujudkan pengkalan data soalan dan skema pemarkahan peperiksaan akhir. Projek Sarjana Muda a) Mencadangkan tajuk‐tajuk Projek Sarjana Muda yang berasaskan kepada industri dan pensyarah yang bersesuaian dalam bidang berkenaan. Latihan Industri a) Mencadangkan tempat‐tempat yang bersesuaian untuk penempatan pelajar‐pelajar FKEE. Pembangunan Prasarana dan Ujikaji Makmal a) Mencadangkan peruntukan makmal dan bengkel. b) Mencadangkan pembangunan prasarana dan sumber manusia untuk makmal dan bengkel. c) Membangunkan ujikaji‐ujikaji makmal dan bengkel serta memantau keberkesanannya selaras dengan kehendak silabus. Penyelidikan dan Perundingan a) Menentukan sasaran penyelidikan dan perundingan setiap bidang. b) Membuat permohonan geran penyelidikan secara berkumpulan. c) Membangunkan makmal penyelidikan dan perundingan serta Pusat Kecemerlangan. d) Menganjurkan latihan dan kursus penyelidikan dan perundingan. e) Menganjurkan seminar, bengkel, kolokium dan persidangan. f) Mewujudkan pengkalan data penyelidikan dan perundingan. Penerbitan a) Mengendalikan latihan bagi meningkatkan profesionalisme penulisan. b) Menetapkan sasaran bagi penerbitan berkala buku dan kertas kerja seminar. Program Mento‐Mentee a) Menjadi satu platform untuk membimbing staf baru menyesuaikan diri dengan tanggungjawab masing‐masing terutama dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran. b) Menyediakan maklumbalas yang positif berkenaan prestasi kerja setiap ahli. c) Membantu mengenalpasti dan merancang pembangunan diri. 5
6.11.
Peningkatan Profesionalisme a) Merancang kursus profesionalisme mengikut keperluan ahli panel. b) Memantau hasil kursus. c) Merancang cuti belajar ahli panel. d) Mencadangkan bidang untuk pengajian lanjutan. e) Mencadangkan staf untuk “Industrial attachment”
6