INGRES BERHAD
www.ingresscorp.com
KDN. PP 12636 / 5 / 2007
Edaran Dalaman
13
Pengumuman
IASB
sebagai Pengedar Baru Kereta
BMW
A N
A S E A N
C O M P A N Y
W I T H
G L O B A L
R E A C H
Dari Meja Pengarang
Dari Meja Pengarang
D
engan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah ke atas sebaik-baik insan ciptaan-Nya, penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut Baginda radhiallahu’anhum. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan kurniaan-Nya, kita berpeluang untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi yang Ke-13. Liputan peristiwa yang kami ketengahkan pada kali ini lebih kepada kejayaan-kejayaan dan pencapaianpencapaian syarikat yang boleh dibanggakan dan perlu disyukuri bersama-sama. Ia bermula dengan pengumuman Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai pengedar baru kereta BMW pada 10 Februari 2006 yang lalu di ibu pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya. Hasil kesabaran, ketekunan, usaha dan kerjasama yang bersepadu serta penggemblengan tenaga yang berterusan daripada semua lapisan kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress, kita terus melangkah ke hadapan dan Insya-Allah akan terus maju dan berkembang dari semasa ke semasa. Perkembangan terbaru yang dapat kita kongsi bersama adalah syarikat Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) di Ayutthaya, Thailand telah mengasaskan kilang kedua di sana baru-baru ini. Inilah salah satu faktor yang menjadikan Kumpulan Syarikat Ingress sebagai organisasi contoh yang sentiasa dipilih oleh organisasi-organisasi luar untuk mengadakan lawatan-lawatan rasmi bagi melihat operasi perkilangan serta sistemsistem yang dilaksanakan seperti 5’S dan sebagainya. Di samping mengejar pencapaian dan matlamat yang telah ditetapkan, pihak syarikat juga telah menganjurkan beberapa program berbentuk kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai pendedahan dan panduan asas yang boleh diamalkan oleh semua warga Ingress agar dapat melaksanakan tugas di dalam suasana yang sihat dan selamat. Selain itu, apa yang boleh dibanggakan dengan sikap warga Ingress adalah dari segi inisiatif yang diambil
untuk menganjurkan beberapa program sampingan yang bukan sahaja boleh merehatkan minda dan fizikal, malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di antara satu sama lain. Program-program seperti Hari Keluarga, Sukaneka dan sebagainya inilah yang akhirnya akan menimbulkan suasana kerja yang harmoni, sejahtera dan ceria.
Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah
Sidang Pengarang Dr. Che Rosli bin Che Mat Mohamed Diah bin Baharun
Tidak lupa juga Sidang Pengarang mewakili semua kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Y. Bhg Datuk Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006 serta Anugerah Usahawan Tulen oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Anugerah Usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia 2006 pada 23 Jun 2006. Akhir kata, Sidang Pengarang ingin mengajak semua warga Ingress berganding bahu untuk berusaha dengan bersungguhsungguh di dalam apa jua perkara yang dilakukan sementara masih diizinkan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w di dalam sabda Baginda: “Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya lima perkara iaitu: masa mudamu sebelum tiba masa tuamu; masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu; masa kayamu sebelum tiba masa miskinmu; masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu; dan masa hidupmu sebelum tiba masa matimu”. (Hadits riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) Sekian daripada Sidang Pengarang. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Rosyatimi binti Abdullah
Penyumbang Artikel Khyrun Anuar bin Zainol Abdul Aziz bin Mohd. Yunus Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai) Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai) Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman (Operasi Nilai) Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB) Izdihar bin Anua (MDSB) Ahmad Jeffridin bin Jais (O&G) Hidzir bin Abdullah (ITC) Charan Hamdanee (IAV) Rosidi bin Hasan (PT IMV)
Jurufoto dan Edaran Mohd. Nizam bin Abdullah
Penerbit Ingress Corporation Berhad Lot 1M, 1st Floor, No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang 68000 Ampang, Selangor. Tel: 03-4252 9696 Faks: 03-4252 9393 Laman Web: www.ingresscorp.com.my
Rekabentuk Triknight Communications Sdn.Bhd. 36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2300 1051 / 1052 Faks: 03-2300 1062 E-mail:
[email protected]
Urus Cetak Aslita Sdn. Bhd. No. 20, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park, Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur. Tel: 03-6186 7645 Faks: 03-6186 7635 E-mail:
[email protected]
Dari Meja Pengarang
Majlis Penghargaan AJK
Nadi Ingress
INGRES BERHAD
Isi Kandungan Dari Meja Pengarang
2–3
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
4
Berita Korporat 5 • “Analysts and Fund Managers’ Briefing” Kali Ke-9 • Naib Pengerusi Eksekutif Bergelar Datuk Berita HR • “Practical FMEA” • “Working with Thais”
6
Berita “Subsidiaries” 7–9 • Hari Keluarga Kumpulan MD • Kursus Pra Perkahwinan ITSB 2006 • Lawatan dari Digiland Distribution (M ) Sdn. Bhd. • Lawatan dari INOKOM ke ITSB • Lawatan dari Mayor Industries Ltd. • Lawatan daripada CEO PROTON EDAR • Pertandingan Joran ITSB 2006 Berita Keselamatan & Kesihatan 10-11 • Adakah Rumah Anda Selamat? • Keselamatan di Dapur • Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Ingress Operasi Nilai • Kempen Kesihatan ITSB 2006 • Allahyarham Shahriman dalam Kenangan • Berdiri dari kiri : Rosyatimi binti Abdullah, Izdihar bin Anua, Hidzir bin Abdullah, Mohd Nizam bin Abdullah, Abdul Aziz bin Mohd Yunus, Hj. Mat Ali bin Mohamed, Napiah bin Shaari, Nizaiham binti Mohd Nor. • Duduk dari kiri
: Mohamed Diah bin Baharun,Tn. Hj. Ramli bin Napiah.
• Tiada di dalam gambar : Dr. Che Rosli bin Che Mat, Khyrun Anuar bin Zainol, Mohd Hisyam bin Abdul Ghani, Ahmad Jeffridin bin Jais @ Mat Jaih, Rosidi bin Hasan, Charan Hamdanee.
P
ada hari Khamis, 20 April 2006 yang lalu, Sidang Pengarang Nadi Ingress Sesi 2005/06 telah menganjurkan Majlis Penghargaan AJK Nadi Ingress. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarang Nadi Ingress, Tn. Hj. Ramli bin Napiah. Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa, setiap seorang menerima sekeping sijil penghargaan dan cenderamata sebagai dorongan agar mereka terus bersemangat untuk menyediakan artikel-artikel sebagai tatapan semua kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress. Majlis berakhir dengan sesi fotografi dan seterusnya Jamuan Makan Tengahari di Naab Iranian Fine Cuisine, Ampang Point, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Fokus 12-13 • Pengumuman IASB sebagai Pengedar Baru Kereta BMW Personaliti 14-15 • Biodata Peringkat Bukan Eksekutif Jendela “Overseas” 16-17 • “Annual Departmental Policy FY 2006/07” • Majlis Berkhatan • Upacara Mengasaskan Kilang Kedua Ayutthaya Berita KKI • Program Karnival Sukaneka Ingress Operasi Nilai 2006 Nostalgia
18
17 &19
Sudut Agama
20
Berita Bergambar
21
“Candid Camera” Karya
22-23 24
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Berpegang-teguhlah kepada
Agamamu
D
juga tidak sepatutnya akan terjejas disebabkan oleh peredaran zaman. Justeru itu, marilah kita sama-sama fahami dan hayati sejenak firman Allah s.w.t di dalam Surah A-li ‘Imraan ayat 103 yang bermaksud: “Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai”.
engan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Begitu juga dengan sepotong sabda Rasulullah s.a.w di dalam Khutbah Terakhir Baginda yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah yang bermaksud:
Al-Hamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan pengikut Baginda radhiallahu’anhum yang berjuang secara habishabisan untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang-teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah alQuran dan as-Sunnah”.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagai pembuka kata, saya berminat untuk mengajak diri saya dan seluruh warga Ingress yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih menyayangi kita semua dengan mengurniakan hidayah dan nikmat Iman dan Islam. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Islam ialah agama yang suci, lengkap dan menyeluruh serta sesuai pada segenap alam dan peredaran zaman. Islam telah dijamin kesempurnaannya oleh Allah s.w.t, bertepatan dengan firman-Nya yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui Surah Al-Maaidah, ayat yang ketiga yang bermaksud: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu”. Sebagai umat terpilih yang sentiasa melafazkan pengakuan dua kalimah syahadah sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam ini, kita haruslah mencari peluang dengan sebaik-baiknya untuk mendalami ilmu agama walaupun sentiasa disibukkan dengan urusan kehidupan seharian. Ini kerana, agama merupakan panduan dan pedoman hidup seseorang insan untuk meraih kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa agama, hidup kita akan menjadi terumbangambing dan dikhuatiri kita akan terpesong dari matlamat sebenar kita diciptakan oleh Allah s.w.t iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t (Mardhatillah). Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian, Kehidupan di dunia ini bermula dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dan ia akan berterusan sehinggalah Malaikat ‘Izrail datang menjemput kita kembali bertemu dengan Pencipta Yang Maha Esa ataupun sehingga Malaikat Israfil meniupkan angin sangkakala yang pertama. Sepanjang perjalanan kehidupan tersebut, setiap insan perlu sentiasa berubah seiring dengan perkembangan sesuatu zaman sehinggalah ke hari ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa zaman berubah, maka pegangan juga haruslah berubah. Tetapi al-Quran menyatakan bahawa, walau sejauhmana berubah sekalipun kehidupan ini, hukum-hakam yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak akan berubah sama sekali. Begitu juga dengan pegangan dan agama yang kita anuti,
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian, Kita bersyukur kerana dalam keadaan ramai orang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarga, kita masih mampu berkembang walaupun operasi kita di Nilai dan Indonesia mengalami sedikit penurunan dari segi keuntungan dan jumlah pengeluaran. Penurunan tersebut banyak berpunca daripada faktor kenaikan harga minyak yang akhirnya mencetuskan kenaikan harga barangan, operasi dan sebagainya. Selain itu, ia juga berpunca daripada jumlah permintaan yang berkurangan daripada pelanggan-pelanggan kita disebabkan oleh persaingan kereta nasional dan kereta-kereta dari luar. Inilah ujian dan cabaran getir yang kita perlu hadapi bersama-sama. Oleh itu, kita perlulah bermuhasabah dan berfikir apakah kaedahkaedah alternatif yang boleh diambil untuk mengurangkan kos operasi perkilangan. Berilah kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk menjayakan aktiviti Pengurangan Kos (CR ~ “Cost Reduction”) dan sebagainya untuk menghadapi segala ujian dan cabaran sedemikian dengan penuh kesabaran dan pohonlah pertolongan dan petunjuk daripada Allah s.w.t dengan penuh pengharapan. Walaupun kita perlu berhadapan dengan cabaran sedemikian, kita bersyukur sekali lagi kerana Syarikat Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB), Bahagian PER (Kejuruteraan Kuasa dan Pengelektrifikasian Landasan Keretapi) dan Ingress Autoventures Co., Ltd. di Thailand memperolehi keuntungan yang agak memberangsangkan. Ini sedikit-sebanyak akan mempengaruhi keuntungan kumpulan, selain dapat membantu perjalanan operasi syarikat-syarikat yang kurang memberangsangkan. Aspek tolong-menolong inilah yang perlu kita amalkan setiap masa demi merealisasikan visi yang telah ditetapkan. Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian, Kita perlulah sentiasa menginsafi bahawa Islam sentiasa menyarankan agar penganutnya sentiasa melakukan yang terbaik dan bersungguhsungguh di dalam apa jua bidang yang diceburi. Justeru itu, kita mestilah sentiasa meningkatkan kualiti kerja, mematuhi disiplin, peraturan dan prosedur yang telah digariskan, menyempurnakan tugasan tepat pada masanya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang diberi ke tahap yang paling baik yang mampu kita laksanakan kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Hakikat inilah yang perlu kita sama-sama cuba untuk berusaha agar hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan hari esok menjadi lebih baik dari hari ini. Sekian, wabillahi taufiq warahmatullahi wabarakatuh.
walhidayah,
wassalamu’alaikum
Berita Korporat
INGRES BERHAD
• Barisan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Ingress.
“Analysts and Fund Managers’ Briefing”
Kali Ke-9
• Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
“A
nalysts and Fund Managers’ Briefing” Kali Kesembilan telah diadakan dengan jayanya pada 27 Mac 2006 yang lalu di Hotel Nikko, Kuala Lumpur bermula dari jam 10.30
pagi sehingga 1.00 tengah hari.
Naib Pengerusi Eksekutif Bergelar
N
Datuk
Antara
agenda
utama
program
ini
diadakan
adalah
untuk
membentangkan status kewangan bagi Suku Tahun Keempat bagi Tahun Kewangan 2005/06.
Selain itu, prospek, masa depan,
peluang-peluang perniagaan serta strategi-strategi korporat juga turut dibentangkan oleh Ketua-ketua Unit Perniagaan.
aib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad, Tn. Hj. Rameli bin Musa dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN)
oleh Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda yang ke-63 yang lalu. Penerimaan darjah kebesaran ini membawa gelaran Y. BHG DATUK RAMELI BIN MUSA berkuatkuasa 3 Jun 2006. • Ruang pameran produk keluaran Ingress.
Berita HR
“Practical FMEA”
“P
ractical FMEA” telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 2006 yang lalu di Institut Latihan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (ESSET). Program ini disertai oleh 18 orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif dan Penyelia Kumpulan Syarikat Ingress. Program yang dikelolakan oleh Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof, Pengurus Besar Kanan, “Group IBMS” ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta mengenai konsep, keperluan dan perlaksanaan FMEA.
• Peserta latihan begitu tekun mendengar keterangan yang disampaikan.
• Fasilitator sedang menyampaikan ucapan.
• Semua peserta bergambar kenang-kenangan selepas latihan.
“Working with Thais”
“W
orking
with
Thais”
telah
diadakan
pada 6 April 2006 yang lalu di Institut Latihan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerjaan (ESSET). Program ini disertai oleh 32 orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurus
• Fasilitator sedang memberikan penerangan.
Besar, Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif dan Penyelia Kumpulan Syarikat Ingress. Program ini dikendalikan dengan jayanya oleh Siam Connection Sdn. Bhd. dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat kepada para peserta mengenai cara-cara berinteraksi di dalam melaksanakan pekerjaan khususnya yang melibatkan kepelbagaian budaya.
• Semua peserta begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Fasilitator.
Berita “Subsidiaries”
Kursus Pra-
HariKeluarga
Perkahwinan
Kumpulan MD
S
ITSB 2006
atu Kursus Pra-Perkahwinan anjuran bersama Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan pada 8 dan 9 April 2006 di Masjid Bukit Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Seramai 63 orang kakitangan ITSB telah menyertai kursus ini.
• Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan merah, hitam dan putih.
P
ada 30 Januari 2006 sehingga 1 Februari 2006, Kumpulan Multi Discovery (MD) telah menganjurkan Hari Keluarga untuk semua kakitangan dan keluarga bertempat di Paradise Sandy Bay Resort, Pulau Pinang. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini diadakan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan kakitangan serta merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Pelbagai program telah diatur dan acara utamanya ialah sukaneka yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur. Acara sukan dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak dan dewasa. Di antara sukan yang dipertandingkan adalah selipar gergasi, lari di dalam guni, “futsal with sarung” dan sebagainya. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Dr. Akram bin Che Ayub dan Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan MD kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. Pada sebelah malamnya, jamuan barbeku telah diadakan di Grand Ball Room, Paradise Sandy Bay. Jamuan tersebut diakhiri dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu “Cabutan Bertuah” yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik.
Lawatan dari Digiland
Distribution I
(M) Sdn. Bhd.
ngress Operasi Nilai telah menerima kunjungan daripada wakil Digiland Distribution (M) Sdn. Bhd. iaitu Mr. Xavier David (“Country Manager”/ “General Manager”) pada 5 April 2006 yang lalu. Beliau telah diberikan penerangan mengenai Ingress Corporation Berhad dan Ingress Operasi Nilai. Seterusnya beliau dibawa melawat ke bahagian perkilangan oleh wakil pengurusan Ingress Operasi Nilai. Kunjungan beliau berakhir pada jam 12.30 tengahari.
• Bergambar kenangan selepas Jamuan Makan Malam.
• Mr. Xavier David (memakai topi keselamatan) bergambar kenangan di Kaunter Penyambut Tetamu.
INGRES BERHAD
Berita “Subsidiaries”
Lawatan dari Inokom ke
P
ITSB
ada 6 Februari 2006, wakil pengurusan INOKOM telah mengadakan lawatan rasmi ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB). Lawatan ini diketuai oleh En. Zainal bin Osman. En. Hamidi bin Maulod dan En. Azhar bin Abdul Aziz selaku Pengurus Besar Kanan dan Pengurus Besar ITSB telah meraikan kedatangan mereka dengan memberikan taklimat korporat dan membawa para pelawat ke bahagian perkilangan untuk menerangkan perjalanan operasi perkilangan ITSB dengan lebih lanjut lagi.
Lawatan dari Mayor
Industries Ltd.
P
ada 18 April 2006, Ingress Operasi Nilai telah dikunjungi oleh tiga orang wakil dari Mayor Industries Ltd.
Lawatan tersebut diketuai oleh Mr. Rajesh Gupta dan Mr. P Lal yang tiba pada jam 9.30 pagi. Lawatan ini diadakan dengan tujuan untuk melihat operasi perkilangan di Nilai dengan lebih mendalam. Dalam lawatan tersebut, tetamu telah diberikan taklimat korporat dan operasi perkilangan serta lawatan ke bahagian perkilangan.
• Sesi Taklimat Korporat.
Rombongan berangkat pulang pada jam 12.50 tengahari.
• Merakamkan kenangan di Ruang Pameran. • Lawatan ke Bahagian Perkilangan.
• Para pelawat diberi penerangan mengenai operasi perkilangan ITSB.
Lawatan daripada
CEO PROTON EDAR
• Taklimat ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan di ITSB disampaikan oleh En. Hishamudin bin Lah.
• Ketibaan para pelawat ke ITSB.
Berita “Subsidiaries”
Pertandingan Joran
P
ertandingan Joran Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) 2006 telah diadakan
ITSB 2006
pada hari Ahad, 2 April 2006 di Kolam
Air Masin, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.
Sebanyak 120 ekor ikan telah
berjaya dipancing oleh para peserta. Banyak
• Salah seekor daripada ikan yang telah berjaya dipancing.
permintaan yang dibuat oleh kakitangan agar pertandingan sedemikian dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Terdahulu sebelum itu, pihak penganjur telah mengadakan Pertandingan Pra-Joran ITSB 2006 pada hari Ahad, 26 Februari 2006 yang lalu dengan penyertaan 70 orang kakitangan ITSB. Pertandingan ini diadakan di Kolam Pancing Sungai Buaya, 10 km dari
• Para peserta mengambil tempat masing-masing.
Kilang ITSB. Pertandingan yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari ini sungguh meriah kerana selain dari memenuhi kepuasan
hobi
masing-masing,
para
peserta juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
K
etua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON EDAR, Datuk Marwan bin Mohd Said telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada 7 Februari 2006 bersama-sama dengan wakil Kesatuan Sekerja PROTON EDAR.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat perlaksanaan aktiviti 5’S yang diamalkan di ITSB selain dari melihat perjalanan operasi perkilangan ITSB dengan lebih dekat lagi.
• Pertandingan sengit bermula untuk menentukan siapakah yang bakal bergelar juara.
Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain turut sama meraikan kunjungan kehormat daripada beliau.
• Lawatan ke bahagian perkilangan diiringi oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain.
• Pemenang bergambar kenangan dengan hamper dan hasil tangkapan mereka.
INGRES BERHAD
Berita Keselamatan dan Kesihatan
10
Keselamatan di Dapur
C • • • • • •
Adakah Rumah Anda
S
Selamat?
ecara umumnya, semua rumah yang didirikan oleh para pemaju telah mengambil kira aspek keselamatan penghuninya. Namun, tahap risikonya akan berubah mengikut kadar pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik yang memasang segala kelengkapan perabot dan sebagainya. Kebanyakan rumah tidak selamat bagi kanak-kanak dan mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kemalangan di dalam rumah merupakan kes kedua terbanyak selepas kemalangan jalan raya. Kemalangan ini banyak melibatkan kanak-kanak pra-sekolah dan tempat yang paling kerap berlaku ialah di dapur. Rekod menunjukkan ia sering berlaku selepas jam 4.00 petang.
Usaha untuk mengelakkan kemalangan 100% adalah tidak mungkin, tetapi kecederaan boleh dielakkan atau dikurangkan dengan mengambil beberapa langkah seperti berikut: 1. Mengenalpasti “hazard”
Perhatikan di persekitaran rumah anda sekiranya terdapat objek atau pemasangan yang berpotensi untuk mendatangkan kecederaan fizikal dan kesihatan dalaman.
2. Mengawal “hazard”
Anda haruslah memikirkan secara berkesan bagaimana hendak mengawal atau menghapuskan hazard tersebut tanpa menjejaskan atau menghilangkan fungsinya, terutamanya risiko yang melibatkan kanak-kanak yang masih belum mumayyiz.
ontoh yang paling mudah untuk diperbincangkan di sini ialah keselamatan di dapur. “Hazard” yang biasa terdapat di dapur ialah seperti berikut:
Terbakar disebabkan oleh api memasak Melecur disebabkan oleh air atau minyak panas Tergelincir dan jatuh Renjatan elektrik Termakan bahan beracun Luka yang berpunca dari peralatan yang tajam
Antara langkah yang boleh dilakukan bagi menghindarkan kita dan anak-anak dari ditimpa kemalangan dan kecederaan ialah seperti berikut: • • • • • •
Halakan pemegang peralatan memasak ke sebelah kiri atau kanan kita. Anda dinasihatkan supaya tidak bersama atau mendukung bayi atau anak kecil semasa memasak. Pastikan dahulu keadaan lantai dapur tidak berair atau berminyak dan licin. Laci untuk menyimpan pisau atau kelengkapan-kelengkapan memasak yang lain hendaklah tidak mudah dibuka oleh kanak- kanak. Pastikan bucu perabot yang tingginya di bawah tiga kaki tidak tajam. Anda amat dianjurkan untuk memasang kelengkapan mengesan asap atau suhu panas berhampiran dengan ruang masuk ke dapur.
Berita Keselamatan dan Kesihatan
Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Ingress Operasi Nilai
• Ceramah Kesihatan disampaikan oleh Dr. Rayney Azmi bin Ali.
• Tuan Johar menyampaikan taklimat mengenai keselamatan bahaya kebakaran.
S
atu kempen keselamatan dan kesihatan untuk kakitangan di Ingress Operasi Nilai telah diadakan pada 3 hingga 6 April 2006 yang lalu. Majlis perasmiannya telah dilancarkan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat selaku Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan yang mewakili Tn. Hj. Ramli bin Napiah, Pengarah Eksekutif Kumpulan, “Group IBMS” / “Group HRD”. Dalam ucapannya, Dr. Che Rosli bin Che Mat menggesa kakitangan Ingress supaya mengenalpasti semua jenis “hazard” yang terdapat di persekitaran tempat kerja dan berusaha bersungguh-sungguh agar semua kakitangan mengambil berat terhadap keselamatan diri dan orang lain sesuai dengan kehendak Seksyen 24 (1a) Bahagian 6, di bawah Kewajipan Am Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut: • • • • • • • •
Taklimat dan demonstrasi memadamkan kebakaran Pameran anti-dadah Derma darah Pameran kesihatan Ceramah kesihatan Ceramah anti-dadah Tayangan video Kuiz keselamatan dan kesihatan
Sepanjang kempen tersebut dijalankan, lebih 50 hadiah telah dikeluarkan untuk pemenang-pemenang kuiz yang dijalankan
• Kakitangan berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang diutarakan.
11
Kempen Kesihatan
ITSB 2006 S
atu Kempen Kesihatan anjuran bersama Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan Kementerian Kesihatan Malaysia, Daerah Kuala Kubu Bharu serta Tabung Darah Negara telah diadakan pada hari Khamis, 9 Mac 2006 di kantin ITSB. Sambutan yang diberikan oleh kakitangan ITSB adalah di luar dugaan sehingga bekas menyimpan darah untuk kegunaan penderma darah telah kehabisan. Ini menyebabkan ramai lagi kakitangan yang berhajat untuk menderma darah tidak dapat berbuat demikian. Selain dari aktiviti menderma darah, pemeriksaan dan pameran kesihatan juga turut diadakan.
Allahyarham
Shahriman dalam
• Salah seorang daripada pemenang menerima hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.
secara spontan pada waktu rehat pagi, petang dan malam. Di samping itu juga, sebuah gerai jualan untuk peralatan memadamkan kebakaran juga turut dibuka kepada kakitangan. Kempen ini telah ditutup dengan rasminya oleh En. Baharuzzaman bin Abd. Kadir, Pengurus Besar Perkilangan yang menyatakan bahawa kempen ini akan hanya berjaya sekiranya kakitangan sentiasa membudayakan kerja selamat dalam tugasan seharian mereka.
• Seorang ahli bomba menunjukkan demonstrasi memegang alat pemadam kebakaran dengan betul.
Kenangan A
llahyarham Shahriman bin Md Shukor telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 24 Jun 2006 bersamaan dengan 27 Jamadilawal 1427 Hijrah. Pemergian Allahyarham merupakan satu lagi kehilangan yang besar buat Ingress khususnya warga Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB). Allahyarham mula berkhidmat di ITSB pada 24 Januari 2005 dengan memegang nombor perkhidmatan K694 dan berjawatan Kerani di Jabatan PVD. • Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersamasama dengan roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
INGRES BERHAD
12
Fokus
Pengumuman IASB sebagai
Pengedar Baru Kereta BMW
• Replika IASB dari pandangan sisi.
• Dari kiri: Datuk Rameli bin Musa, Mr. Vijayaratnam Thamartnam dan Mr. Wolfgang Schlimme.
• Antara tetamu yang hadir.
Fokus
I
13
ngress Corporation Berhad menyertai kegiatan runcit automotif dengan perlantikan anak syarikatnya, Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai satu lagi pengedar sah BMW di Malaysia.
Majlis pengumuman rasmi tersebut telah dilaksanakan pada 10 Februari 2006 di Ibu Pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya. Majlis tersebut dihadiri oleh Barisan Ahli Lembaga Pengarah ICB dan Pengarah Urusan BMW Malaysia, Mr. Wolfgang Schlimme dan Pengurus Perhubungan Awam BMW Malaysia, Mr. Vijayaratnam Tharumartnam. Selaras dengan perlantikan tersebut, Ingress akan melabur sebanyak RM 30 juta bagi membuka Pusat 4S (jualan, perkhidmatan selepas jualan, alat-alat ganti dan • Datuk Rameli bin Musa sedang menyampaikan ucapan.
• Giliran Mr. Wolfgang pula menyampaikan ucapan.
• Datuk Rameli bin Musa menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh wartawan.
• Wartawan mendapatkan keterangan lanjut daripada Mr. Wolfgang.
• Datuk Rameli dan Mr. Wolfgang mengamati replika IASB.
sistem) bagi model kereta Jerman itu pada suku pertama tahun 2007. Pusat 4S ini akan dibina di lokasi strategik di Jalan Damansara, berhadapan Lebuhraya Damansara-Puchong, dengan keluasan binaan 9,783 kaki persegi dan berdekatan Mutiara Damansara. Ia akan dilengkapi dengan bilik pameran serba moden serta bengkel mengecat dan mengetuk badan kenderaan. Sesungguhnya penyertaan IASB sebagai pengedar di bawah BMW adalah sejajar dengan strategi Ingress untuk berhubung terus dengan para pengguna setelah membina rekod cemerlang dalam bidang pembuatan komponen automotif. Dengan perlantikan ini, IASB berazam untuk menjadi penyumbang penting kepada jenama premium dalam Industri Kereta Malaysia.
INGRES BERHAD
14
Personaliti
Biodata Peringkat Bukan Eksekutif Biodata / Nama /
: Petpong Chaibang /
Tarikh Lahir /
Tempat Lahir /
: 5 Februari 1980 / : Changwat Nongbualampoo (Timur Utara Thai) /
Bilangan Adik-beradik / : 2 Orang / Nama Bapa / Pekerjaan /
Nama Ibu / Pekerjaan / Nama Isteri / Pekerjaan /
: Pesawah /
: Sompong Chaibang /
: Prakong Chaibang / : Suri Rumah / : Lamai Chaibang /
: Operator /
m g se tpon n Pe ak. u h K n a • nak-k ka
asa
zam
an
:
Pendidikan / Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah BAN FAIHIN Changwat Nong Bualampu (Timur Utara Thai).
Selepas itu, beliau meneruskan lagi persekolahannya
di Sekolah Menegah YANG LO WITTAYAKARN Changwat Nong Bualampu di Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 dan seterusnya beliau menyambung pengajiannya di peringkat vokasional di Changkol Rongan Technique College Changwat Udorn Thani Thailand.
Pengalaman Hidup / Sesudah tamat pengajian di peringkat vokasional, beliau terus bekerja di Syarikat DISTAR ELECTRIC Co., Ltd . Di sanalah, beliau bertemu jodohnya sehingga ke jinjang pelamin. Selama setahun berkhidmat di syarikat berkenaan, beliau diajak oleh rakannya untuk bekerja di Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) sehingga kini.
Anugerah yang Telah Diperolehi / 1. Pingat perak dalam pertandingan “QCC Internal” pada tahun 2003 2. Pingat perak dalam pertandingan “QCC Internal” pada tahun 2004 3. “Top Kaizen” pada tahun 2004 4. Anugerah Pekerja Terbaik Kumpulan Syarikat Ingress 2004 • Khu n ters Petpong be rsama ayang.
-sama
denga
n kelu ar
ga
Personaliti
INGRES BERHAD
15
Cabaran Hidup / Kita telah sedia maklum bahawa kehidupan ini adakalanya manis, masam, masin, pahit suka, duka, ketawa dan menangis. Inilah gaya hidup manusia yang merupakan cabaran hidup seharian. Bagi saya, cabaran hidup yang paling pahit adalah semasa berlaku kemalangan motorsikal sehingga ditahan di wad beberapa hari. Walau bagaimanapun, saya gembira kerana keluarga dan kawan-kawan sentiasa menziarahi saya dan yang paling penting ialah pujukan serta semangat yang diberikan oleh keluarga saya sendiri.
• M a wa jlis perka h nita piliha winan Kh n ha un P ti. etpo n
g de ng
an
Falsafah Hidup / Jangan berputus asa. Pandanglah orang yang lebih baik daripada kita. Jangan pandang orang yang lebih lemah daripada kita dan ikutilah jejak langkah orang yang lebih baik daripada kita.
Nasihat kepada Kakitangan Ingress / Nasihat saya kepada kawan-kawan ialah selalulah mengenang budi mereka yang banyak berjasa kepada kita. Begitu juga dengan kilang kita yang menjadi tempat kita mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, serta memberikan nafkah kepada keluarga kita. Maka saya berharap agar kawan-kawan sekalian hendaklah sentiasa mengenang jasa syarikat ataupun kilang kita dan sentiasa berfikir apakah yang boleh kita sumbang sebagai membalas budi kepadanya. Berbuat-baiklah walaupun tidak dilihat oleh orang ramai kerana kita sendiri yang tahu apakah kebaikan yang dilakukan. Suatu hari nanti, pasti kebaikan yang dilakukan akan diakui oleh mereka jua.
• Cahayamata penyeri keluarga Khun Petpong sekeluarga.
16
Jendela “Overseas”
“Annual Departmental Policy
FY 2006/07” / P
ada 1 Februari 2006, pihak pengurusan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam telah mengadakan “Annual Departmental Policy FY
2006/07” untuk merangka perancangan aktiviti-aktiviti pada tahun kewangan 2006/07 di Tammasat University Banglamung Chonburi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Peserta yang hadir pada kali ini terdiri daripada Eksekutif ke atas dari Operasi Rayong dan Ayutthaya.
• Salah seorang daripada Ketua Jabatan di IAV membentangkan ADP mereka.
Majlis
Berkhatan / M
asjid Nurul Yakeen Kampung Nern Plabwarn Chonburi telah mengadakan Majlis
Berkhatan
kepada
kanak-
kanak pada sesi cuti panjang persekolahan. Biasanya, Majlis Berkhatan diadakan di rumah masing-masing dengan menjemput Tok Mudim untuk mengkhatankan kanakkanak yang terlibat. Tetapi pada kali ini, majlis • Khun Syed sedang memberikan ucapan kepada orang-orang kampung.
tersebut
dianjurkan
oleh
pihak
pengurusan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) dengan menjemput Persatuan Doktor
• Presiden Persatuan Doktor Islam Thailand sedang menyampaikan ucapan.
Islam Thailand untuk menjayakan majlis berkenaan.
Peserta yang berdaftar ialah
seramai 99 orang termasuk tiga orang muallaf (saudara baru).
Sambungan di muka surat 17
Jendela “Overseas”
17
Sambungan dari muka surat 16
Pada majlis ini, Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam, En. Azeman bin Mohammad Akram, En. Mohamed Diah bin Baharun dan En. Ahmad Shafie bin Kusni juga turut hadir bagi menziarahi mereka. Khun Syed dan Khun Anusorn juga turut memberikan kerjasama sehingga ke akhir program.
• Suasana di dalam Majlis Berkhatan.
Upacara Mengasaskan Kilang
D
Kedua Ayutthaya /
engan perkembangan pesat perniagaan Ingress Autoventures
Co., Ltd. (IAV) di Ayutthaya, pihak pengurusan telah memutuskan untuk membangunkan satu lagi kilang pada kali ini. Tn. Hj. Abdul
Rahim bin Hitam telah menyampaikan ucapan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan IAV untuk terus berkembang. Selain itu, beliau juga meminta kerjasama daripada semua kakitangan IAV untuk memberikan sumbangan dan pengorbanan bagi memajukan lagi IAV serta sentiasa sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Upacara ini berakhir pada jam 11.00 pagi. • Acara “pecah tanah” di tapak pembinaan kilang baru IAV di Ayutthaya.
Nostalgia
Selamat Pengantin Baru
: Ahmad Fitri bin Hassan Nama : Penolong Penyelia, Jawatan Jabatan Penyenggaraan : Ingress Precision Syarikat Sdn. Bhd. : Noraskin binti Azizan Nama Isteri Tarikh Perkahwinan : 19 Mac 2006
17
INGRES BERHAD
18
Berita KKI
• Juara Karnival Sukaneka 2006 Ingress Operasi Nilai. • Acara Senamrobik.
Program Karnival
Sukaneka Ingress Operasi Nilai P
2006
ada 22 April 2006 yang lalu, satu Karnival Sukaneka Kakitangan
dan Keluarga Ingress Operasi Nilai telah diadakan di padang Ingress Operasi Nilai.
Program ini dianjurkan oleh Kelab
Kakitangan Ingress di bawah kelolaan En. Esrifairuz bin Subohi dan dibantu oleh En. Rusli bin Mohamad sebagai penyelaras program. • Acara perasmian Karnival Sukaneka disempurnakan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat yang juga turut serta di dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara senamrobik dan berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis yang julung–julung kalinya diadakan di Ingress Operasi Nilai ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan serta keluarga di samping menambahkan lagi keakraban di antara kakitangan dengan majikan. Secara amnya, acara yang melibatkan semua kakitangan ini dapat menghilangkan sifat rendah diri di kalangan kakitangan. Selain itu, semua kakitangan dan majikan dapat mengenali dengan lebih rapat dan sifat kekeluargaan menjadi lebih akrab serta memberikan kepuasan yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.
• Salah satu dari acara yang dipertandingkan, berjalan dengan menggunakan batu-bata.
Nostalgia
Nama Tarikh Lahir
: Siti Raudah binti Muhamad Jais : 23 Oktober 2005
Nama Ibu
: Kapisah binti Abdullah
Jawatan
: Eksekutif, Jabatan Sumber Manusia : Ingress Engineering Sdn. Bhd. : Muhamad Jais bin Jamalludin
Syarikat Nama Bapa
Nama Tarikh Lahir Nama Ibu Jawatan Syarikat Nama Bapa
19
: Nur Irdina binti Eddy Irawan : 2 November 2005 : Nur Adlin binti Abu Bakar Perakaunan : Eksekutif, Jabatan Kewangan & : Ingress Environmental Sdn. Bhd. : Eddy Irawan bin Che Om
Cahayamata Nama Tarikh Lahir Nama Ibu Jawatan Syarikat Nama Bapa Jawatan Syarikat
: Nur Afrina binti Mohd Azhar : 6 Januari 2006 : Noor Syahedda binti Iderros : Kerani, Group IBMS : Ingress Engineering Sdn. Bhd. : Mohd Azhar bin Taib : Eksekutif, Jabatan Kejuruteraan : Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Nama
: Dayang Nur ‘Aisya binti Mohd Iqbal
Tarikh Lahir
: 29 Januari 2006
Nama Ibu
: Aima binti Abdul Rahman
Jawatan
: Penyelia, Jabatan Sumber Manusia
Syarikat
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Nama Bapa
: Mohd Iqbal bin Muhamad
Nama
: Nurin Imani binti Esrifairuz
Tarikh Lahir
: 5 Mac 2006
Nama Ibu
: Nurita binti Jaafar
Nama Bapa
: Esrifairuz bin Subohi
Jawatan
: Pengurus, Jabatan Pengeluaran
Syarikat
: Ingress Precision Sdn. Bhd.
INGRES BERHAD
20
Sudut Agama
Khutbah Terakhir
Nabi Muhammad s.a.w
(Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)
W
ahai sekalian manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai sekalian manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjagajagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai sekalian manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai sekalian manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Tunaikanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai sekalian manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai sekalian manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang-teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah alQuran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
Program Qiyamullail
S
atu program Qiyamullail anjuran Jabatan Sumber Manusia, Ingress Operasi Nilai telah diadakan pada 21 April 2006 yang lalu. Program ini telah dihadiri oleh Pengurusan dan Kakitangan Ingress Operasi Nilai serta Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan.
Program ini telah diadakan di Surau Ingress Operasi Nilai bermula dari jam 10.00 malam sehingga 7.30 pagi keesokan harinya. Semua peserta program bermalam di surau Ingress Operasi Nilai. Antara pengisian program adalah tazkirah oleh Ybhg Ustaz Mohd Rusdi bin Ibrahim. Seterusnya program Qiyamullail dimulakan pada jam 4.00 pagi di bawah pimpinan Ybhg Ustaz Zulkifli Ahmad dan berakhir dengan sesi Kuliah Subuh. Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran peserta melebihi 60 orang. Pihak penganjur mengharapkan agar program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta ke arah pembentukan sahsiah yang cemerlang.
Berita Bergambar
21
Kursus Pengurusan Stress • Tn. Hj. Hushim bin Hj. Salleh pula merupakan Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, UM merangkap Kaunselor di sana menerangkan mengenai Stress dan Komunikasi serta Program Pengurangan Kadar Stress di Tempat Kerja pada hari yang kedua.
• Dr. Wan Sabri bin Wan Husin, Pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UM merupakan Fasilitator pada hari pertama menerangkan mengenai Pengenalan kepada Stress, Jenis-jenis serta Teknik-teknik Menangani Stress.
• Salah satu dari aktiviti yang dikendalikan oleh Dr. Wan Sabri ialah mendapatkan tandatangan semua peserta kursus dalam masa lima minit dengan objektif untuk melihat etika kerja yang diamalkan oleh kakitangan di Ingress dan sejauh mana peserta mengenali sesama mereka.
• Aktiviti yang dijalankan oleh Tn. Hj. Hushim pula lebih menjurus kepada pendekatan yang digunakan untuk merapatkan jurang perhubungan di antara dua individu yang mempunyai konflik di antara satu sama lain.
• Kursus ini dikendalikan dengan jayanya pada 22 dan 23 Jun 2006 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor di bawah kelolaan GHRD dan Al-Farabi Consultant & Management khusus untuk Eksekutif ke atas di Anak-anak Syarikat Ingress yang beroperasi di Malaysia.
• Kesan dari kursus ini bukan sahaja boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin, malah perasaan kasih sayang di antara Ketua dan Anak Buah juga akan bertambah yang akhirnya menimbulkan suasana kerja yang harmoni dan ceria.
INGRES BERHAD
24
Karya
Karya