7 TEKNIK CLOSE-SALE - MAZHAB COPYWRITING Saya faham, ramai yang sangkut dekat bab ini. Ramai yang sudah berjaya dapat komen. Ramai yang sudah berjaya dapatkan perhatian & minat. Iaitu minat prospek terhadap produk kita. Tapi, bila bab nak beri harga, semua serba tak kena. Bila dah bagi harga, customer diam tak terkata. Sunyi sepi terus! =============== Dalam ebook ini kita akan belajar tapak demi tapak, bagaimana flow untuk dapatkan jualan produk bawah rm50? =============== Insya-allah, berkesan. Saya sudah cuba, klien lepas pun sudah cuba. Convert sale 7/10 menggunakan teknik ini. Ini antara yang respon.
Dah stanby nak hadam ilmu? Jom kita mulakan.
Bagaimana caranya? ======================== Ikut flow ini ketika nak close-sale: ======================== #1 – Tanda Hormat + Perkenalkan Diri. #2 – Perhargaan. #3 – Permasalahan. #4 – Keperluan Penyelesaian. #5 – Tawaran. #6 – Pertanyaan. #7 – Sebut harga.
Ini huraiannya.
=============== 1# - Tanda Hormat + Perkenalkan Diri. =============== Jangan jual terus. Sebaiknya beri tanda hormat. Cth: Beri salam dulu atau ucapan selamat.
"Assalamualaikum tuan, saya syida dari xxx ..." "Salam tuan mulia, saya ahmad. Boleh panggil mad je...." (Recommended) "As-salam sis, saya amin dari KL..." "As-salam akak/adik, saya ayu dari XYZ..." (Tengok umur)
"Salam bro, saya Azman dari page XXX..." "Salam saudara, saya ali dari Sintok ..." (Recommended) “Selamat petang tuan, saya Mia dari blog mia.com ...” (nonmuslim) Ringkasan: 1. Salam. 2. Sebut nama. 3. Dari mana. (tempat atau nama bisnes)
=============== 2# - Penghargaan. =============== Kemudian berikan ucapan penghargaan. Contoh: Pujian/Doa/Terima kasih. "Terima kasih kerana berminat nak tahu..." "Thank kerana berminat..." "Tahniah! anda bertuah..." "Alhamdulillah tuan, jadi yang terawal.." “Tq boss sebab berminat untuk tahu…”
=============== 3# - Permasalahan. =============== Jangan beri harga terus, sebaliknya kita tanya dulu masalah mereka. ...dan kenapa mereka berminat untuk tahu tentang produk kita. Pasti ada sebab yang menyebabkan mereka mesej atau hubungi kita. Contoh ayat: "Boleh saya tahu, apa ilmu yang tuan mahu tahu ..."
"Boleh saya tahu, apa masalah tuan dalam ______" (Tengok jenis masalah) "Boleh saya tahu, tuan ada apa-apa soalan ke nak tanya saya?” "Boleh saya tahu, ada apa-apa saya boleh bantu? " (Recommended) "Boleh saya tahu, apa masalah saya boleh selesaikan?" "Boleh saya tahu, tuan nak tahu tentang apa?" p/s: Kita sediakan diri kita, untuk selesaikan masalah mereka terlebih dahulu sebelum kita offer produk kita.
=============== 4# - Keperluan Penyelesaian. =============== Kita ceritakan, apa keperluan sebenar yang mereka perlukan untuk selesaikan masalah mereka. Kita kongsikan ilmu kepada mereka, untuk selesaikan masalah ini, mereka mesti dapatkan formula ini, ini & ini. Contoh: "Oh begini tuan, untuk selesaikan masalah XYZ, tuan sebenarnya mesti ada satu formula ni... bla bla bla"
"Untuk selesaikan masalah tuan, tuan harus ada XYZ. XYZ ini boleh didapati percuma di tempat X. Namun, ada sedikit kesan sampingannya..." "Antara solusi terbaik selesaikan masalah tuan, tuan harus gunakan teknik XYZ. Sebab bagi saya teknik ini cukup berkesan untuk selesaiakan masalah XYZ... bla bla bla..." p/s: Ok, dah settle bagi perkongsian percuma untuk selesaikan masalah. Kita proceed kepada beri tawaran servis atau produk kita.
=============== 5# - Hint Tawaran. =============== Mula tawarkan solusi pantas. Mula bagi ‘hint’, rupanya ada cara penyelesaian mudah untuk selesaikan masalah mereka. Contoh: "Tuan saya ada jumpa satu produk ini, saya rasa ia sesuai untuk tuan selesaikan masalah ini segera. Berminat nak tahu?.." "Tuan nak tak, jika saya beritahu satu solusi pantas selesaikan masalah tuan? Mungkin ambil masa kurang 3 hari.." (Recommended)
"Begini tuan, saya ada jumpa akak X. Dia ada masalah sebijik macam tuan. Selepas seminggu dia amalkan produk XYZ, alhamdulillah akak tu sihat seperti biasa.." "Tuan, sepanjang tahun 2014, kami ada buka offer 30% diskaun. Ada satu produk ini, sangat sesuai untuk selesaikan masalah XYZ...." p/s: Ubah suai mengikut ilmu tuan-puan nak bantu mereka. Ubah suai mengikut produk / servis yang tuan-puan tawarkan.
=============== #6 - Pertanyaan. =============== Kita sudah buat tawaran, jangan lupa tanya di hujung ayat. Nak pastikan mereka berminat, kita mesti tanya. Jika tak tanya, itu yang prospek diam jer. Ok, saya beri contoh pertanyaan. Contoh: Tanya berminat nak tahu penyelesaian. "Tuan berminat nak tahu?" "Saudari nak grab offer diskaun ini?" (Jangan sebut harga dulu)
"Kalau sis berminat, nanti saya beritahu pengerasnya?" (Recommended) "Kalau sis berminat, ada 3 hadiah menanti sis?” Nota: Selepas mereka reply “Saya minat”, baru kita beritahu harga. Kita beritahu harga, ketika mereka telah bersedia untuk tahu. Dalam masa sama, mereka tahu produk kita ini penting untuk mereka.
=============== #7 - Sebut Harga. =============== Ini part paling kritikal. Pastikan anda sudah siap sediakan template ayat untuk part ini. Gunakan ‘Notepad’ untuk save template ini. Pastikan juga anda reply part ini kurang 10 saat, selepas prospek menyatakan hasrat minat dengan produk kita. Contoh:
--------Skrip1 - Tiada Hadiah. --------Sebelum itu, terima kasih (Nama) kerana berminat. Sempena ______ kami beri anda Diskaun 30%. Harga pasaran RM100. (30% Off) Pelaburan anda RM70 sahaja. (Jimat RM30) Jika setuju, boleh reply: 'Nak' Nanti saya beri butiran pembayarannya... Jika ada pertanyaan, boleh reply dengan gembira soalan itu ya. --------Skrip2 - Ada Hadiah. --------Sebelum itu, terima kasih (Nama) kerana berminat. Sempena ______ kami beri anda 2 hadiah: 1. Diskaun 30% (Bernilai RM30) 2. Bonus Pakej Percuma (_____) 3. PERCUMA 30 MINIT. (Sesi Konsultansi _____ ) Harga pasaran RM100. (30% Off) Pelaburan anda RM70 sahaja. (Jimat RM30) Jika setuju, boleh reply: 'Nak' Nanti saya beri butiran pembayarannya... Bagi yang ada pertanyaan, boleh ajukan ya!
Ubahsuai ayat-ayat di atas mengikut kesesuaian bisnes tuan-puan.
=============== Bonus #8 – Skrip Transaksi Bayaran =============== Contoh: Tq. Cik boleh buat pembayaran menerusi: CIMB – 100000000000 (Ali b. Abu) MAYBANK – 10000000000 (Ali b. Abu) Online transfer:
[email protected] Nanti dah selesai, reply [bukti pembayaran] di mesej ini ya Terima kasih. p/d: Offer ini sah sehingga (Tarikh)!
Alhamdulillah tamat. Jika ada apa-apa pertanyaan, Jangan segan untuk tanya saya di e-mel:
[email protected] Insyaallah, saya akan cuba jawab seberapa pantas. Terima kasih kerana buat pelaburan ilmu ini.Semoga berjaya!
Salam ceria, Dari Faris Osman, Copywriter di Mazhab Copywriting