SURAT PERMOHONAN KERJA DAN RESUME Kandungan
Halaman
1.
Pengenalan
2
2.
Surat Permohonan Pekerjaan
2
2.1
Permulaan Surat
3
2.2
Isi
3
2.3
Penutup
4
3.
Curriculum Vitae atau Resume
5
3.1
5
3.2
Format Resume 3.1.1
Tajuk
3.1.2
Kelayakan
3.1.3
Pengalaman Bekerja
3.1.4
Maklumat Peribadi
3.1.5
Perujuk
Jenis – jenis resume
8
3.2.1
Resume Asas
8
3.2.2
Resume Kronologi
9
3.2.3
Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume)
9
Resume Profesion
10
3.2.4
1
SURAT PERMOHONAN KERJA & RESUME Ikhtisar Bab ini akan membincangkan tentang penulisan surat memohon pekerjaan dan curriculum vitae atau resume. Anda akan mendapati satu atau lebih resume yang bersesuaian dengan anda daripada 4 jenis resume yang akan diterangkan. Oleh sebab matlamat menulis surat ini adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang dilamar, maka kejayaan pemohon bukanlah setakat memiliki kelayakan yang diiklankan tetapi juga keupayaan mereka menulis surat permohonan kerja yang berkesan dan meyakinkan bakal para majikan. Selamat mencuba. Objektif Modul Pada akhir bab ini pelajar-pelajar dijangka • • •
1.
dapat menulis surat memohon pekerjaan sebagai mengiringi resume yang dilampirkan. dapat membezakan 4 jenis resume / curriculum vitae mengikut kelayakan dan pengalaman bekerja yang dimiliki. dapat menyiapkan resume yang baik supaya kelihatan menarik dan persuasif sebagai usaha anda meyakinkan bakal majikan untuk memilih anda ke sesi temuduga. PENGENALAN Sebagai usaha untuk mendapatkan pekerjaan yang dilamar, seseorang pemohon bukan sahaja perlu memiliki kelayakan yang sesuai untuk pekerjaan yang dipohon bahkan ia juga perlu memiliki keupayaan menunjukkan kelayakannya itu dengan meyakinkan bakal majikan. Ada 2 cara anda boleh memohon pekerjaan – memohon secara individu atau dengan cara menghantar surat permohonan pekerjaan.
2.
SURAT PERMOHONAN PEKERJAAN Surat ini bolehlah diumpamakan sebagai surat jualan. Ia ‘menjual’ kelayakan anda, mendorong bakal majikan membaca resume yang dikepilkan serta memujuknya memberikan anda peluang untuk ditemuduga. Surat ini harus memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman yang anda miliki berkait dengan pekerjaan yang anda pohon. Yang lebih utama lagi. surat tersebut mestilah menunjukkan bahawa anda berkeupayaan melaksanakan dengan baik tugas yang diminta. Baik resume atau surat permohonan kerja, surat berkenaan mestilah disediakan dengan sempurna dan profesional kerana kedua-duanya menjadi contoh pekerjaan anda. Cara menulisnya adalah seperti berikut :
2
2.1
Permulaan Surat - Mulakan surat anda dengan menonjolkan sikap anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan menyebut apakah sumbangan anda kepada syarikat / organisasi. Anda boleh menyebutnya dengan pelbagai cara berikut. Misalnya , *
Saya yakin bahawa kelayakan dan latihan profesional yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan sebagai pelatih pengurusan seperti yang tuan iklankan dalam akhbar The STAR kelmarin.
*
Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia di tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai penolong kepada pengurus personel dalam Syarikat Sinar Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan dalam akhbar NST kelmarin.
*
Encik Vincent Tan dari Jabatan Akaun di tempat tuan ada memberitahu saya bahawa syarikat tuan memerlukan siswazah perakaunan. Saya percaya ijazah perakaunan saya dari Universiti Islam Antarabangsa layak untuk tuan pertimbangkan.
*
Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001 ada menyebut bahawa syarikat tuan sedang berkembang maju dalam bidang teknologi maklumat. Saya percaya bahawa dengan ijazah pengurusan maklumat yang saya miliki ditambah pula dengan pengalaman praktikal yang saya ada akan membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik selaku jurutera jualan anak syarikat tuan itu.
Jangan pentingkan diri diri anda sahaja, seperti *
2.2
Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan iklankan dalam akhbar the NST kelmarin. Saya tertarik kepada gaji, faedah sampingan dan prospek kerjaya yang tuan tawarkan. Sememangnya saya mencari pekerjaan yang cerah masa depannya.
Isi surat - Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah manusia hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik misalnya jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd. memerlukan budi bicara dan kebijaksanaan anda apabila berhubung dengan orang ramai serta keupayaan kita bekerja dalam keadaan tertekan.
3
Penyataan di atas lebih meyakinkan daripada menyebut cara ini ‘ saya boleh melaksanakan segala tanggungjawab seperti yang ada diiklankan itu kerana saya pernah bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd. 2.3
Penutup – Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk menghadiri sesi temuduga tanpa memaksa atau memintaminta atau mengarahkan mereka berbuat demikian. Misalnya “Jika tuan bersetuju dengan kelayakan dan pengalaman saya, silalah beritahu saya bilakah saya boleh ditemuduga. Tuan boleh menghubungi saya di alamat di atas atau menelefon saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume saya ini.”
Contoh Surat Permohonan Pekerjaan daripada seorang graduan yang mempunyai pengalaman bekerja. Nama dan alamat Penulis / pemohon
Adam Idris 26, Taman Sentosa 80150, Johor Bahru Johor
Tarikh
2 Januari 2000
Nama alamat penerima (seperti dalam iklan)
Pengurus Personel Techno Smart – Surat Sdn. Bhd. 67, Taman Melaka Raya 75000, Melaka
Sapaan kehormat
Tuan,
Nama jawatan yang dipohon
Permohonan Untuk Jawatan Eksekutif Personel
Pengalaman dan kelayakan pemohon Punca iklan
Pengajian dalam bidang pentadbiran dan 2 tahun pengalaman bekerja di Bahagian Kontrak dan Bekalan, Jabatan Perbendaharaan melayakkan saya untuk memohon jawatan di atas seperti yang tuan iklankan alam akhbar NST bertarikh 30/12/2000 Kursus ijazah yang saya miliki banyak memberikan saya pengetahuan asas yang luas mengenai pentadbiran. Pengkhususan saya dalam bidang Psikologi dan Pentadbiran Awam telah memberikan saya kefahaman yang luas mengenai aspek kemanusiaan dalam pentadbiran.
Minat terhadap jawatan yang dipohon dan kesediaan untuk ditemuduga
Semasa bertugas di Jabatan Perbendaharaan, tanggungjawab saya meliputi pelbagai bidang daripada menyediakan laporan kakitangan, mengendalikan urusan personel, menganalisis masalah, menetapkan matlamat, membuat
4
keputusan sehinggalah saya dilantik sebagai Pengurus Perhubungan Awam. Pengalaman kerja saya telah mengajar saya bagaimana untuk berdepan dengan situasi yang memerlukan lagi memalukan serta bagaimana mencipta hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai bermacam-macam minat dan latarbelakang mereka.
Resume yang saya sertakan akan memberitahu tuan lebih lanjut tentang kelayakan dan pengalaman saya. Sila dial nombor 09-78774766 supaya dapat saya memberitahu tuan tentang masa depan saya dengan Matsushita sebuah syarikat terkemuka di Malaysia Harap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan. Terima kasih. Lampiran Yang benar, Adam ADAM IDRIS Lamp.
3.
RESUME Resume atau dipanggil juga curiculum vitae(c.v),lembaran data atau bio-data ialah maklumat ringkas, tepat tetapi padat berkenaan kelulusan, pendidikan pengalaman pekerjaan, minat dan kebolehan seseorang. Ia memberitahu bakal majikan akan siapa anda, apa yang anda boleh lakukan, apa yang telah anda laksanakan dan apakah objektif kerjaya anda sebagai pemohon. Maklumat yang anda berikan haruslah mengandungi segala keterangan yang dapat membantu anda mencapai objektif menghantarnya iaitu untuk dipanggil dalam sesi temuduga, yang demikian ia seharusnya dirancang dengan teliti, menarik dan persuasif. 3.1
Format Resume Lazimnya sesuatu resume mengandungi 5 bahagian iaitu tajuk, kelayakan, pengalaman kerja, maklumat peribadi dan perujuk.
3.1.1
Tajuk – ia harus mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon. Nyatakan juga objektif pekerjaan yang anda pohon.
5
Hanafiah Bin Abdul Rahman 34, Jalan Pintar Taman Guru 01000 Kangar Perlis No. Telefon : 04-778865 Objektif pekerjaan : Jawatan perakaunan di firma terkemuka
3.1.2
Kelayakan – ia ditulis mengikut kronologi dengan kelayakan terakhir dicatat paling atas. Masukan sekali nama dan alamat institusi, ijazah yang diterima dan kursus-kursus yang diambil serta tahun ijazah tersebut dianugerahkan.
KELAYAKAN 1988 – 1991
Universiti Utara Malaysia Sintok 06010 Jitra Kedah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (dengan kepujian) CGPA Kepujian
: :
3.67 / 4.00 Senarai Dekan Sejak Julai 1988
Aktiviti
:
Presiden kelab Perakaunan 1989 – 1990
Kursus diambil:
3.1.3
Hubungan Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Korporat, Undang-undang Percukaian Malaysia, Perisian Perakaunan Perniagaan, Pengurusan Personel.
Pengalaman Pekerjaan Nyatakan nama dan alamat majikan, tarikh bekerja, nama pekerjaan dan tanggungjawab serta kemahiran dan pencapaian anda dalam organisasi tersebut. Sekiranya pemohon kurang mempunyai pengalaman pekerjaan, anda boleh menyatakan pekerjaan sukarela yang anda laksanakan sebaliknya jika anda mempunyai pengalaman yang sangat luas, anda boleh menyenaraikan tanggungjawab anda itu mengikut fungsi pekerjaan yang anda lakukan.
6
PENGALAMAN BEKERJA 1983 – 1984
Penolong Penyelia Stor Pasaraya Alor Setar 05300 Alor Setar Menyelenggara Inventori Memesan bekalan Menolong Penyelia memulakan Sistem Kawalan Inventori dalam talian
1981 – 1982
Penyelia Jualan Sambilan Sun Agency 05300 Alor Setar Menghubungi pelanggan secara individu atau
melalui telefon, mengemaskinikan Laporan Jualan Mingguan, membantu merancang strategi jualan mingguan.
2.1.4
Maklumat Peribadi - anda boleh masukkan maklumat seperti tarikh lahir, taraf perkahwinan, kesihatan dan minat DATA PERIBADI Tarikh Lahir 21 Jun 1963 Bujang 5’ 6” 60 kg Kesihatan baik Minat aktiviti luaran
3.1.5
Perujuk - masukkan nama dan alamat 2 orang perujuk yang boleh menerangkan pengalaman, pendidikan atau perilaku anda tetapi anda hendaklah mendapatkan persetujuan mereka dahulu. Profesor Ali bin Darus Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik Universiti Utara Malaysia 06010 Jitra Kedah
7
3.2
Jenis – jenis resume atau c.v. Ada 4 jenis resume iaitu :
* * kronologi * * 3.2.1
Resume Asas Resume yang ditulis mengikut urutan masa atau resume Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume) Resume profesional Resume Asas (Basic Resume) Resume Asas sangat sesuai bagi lepasan sekolah / universiti yang baru memasuki pasaran buruh. Ia juga sesuai bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan baru dan juga bagi mereka yang kurang mempunyai pengalaman bekerja Maznah bt. Harun 120 Jalan Sultanah 05350 Alor Setar Kedah Telefon : 04 - 713280
KELAYAKAN 1987
Universiti Utara Malaysia Akan tamat pengajian pada bulan Disember 1991 dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam.
CGPA Anugerah Aktiviti kurikulum
:
Kesusasteraan Inggeris Kursus yang diambil dan Pencukaian.
: 3.56 / 4.00 : Senarai Dekan, Semester Julai, 1990 Setiausaha Kelab Pentadbiran Awam, Presiden Persatuan Debat dan :
Isu-isu semasa dalam Perniagaan
Pengauditan, Perakaunan Sektor Awam Tingkah laku Organisasi, Hubungan Perniagaan Antarabangsa, Perhubungan Awam, Perhubungan Industri. PENGALAMAN BEKERJA Jan 1983 - Sept. 1984 Penyelia Kawalan Mutu Matsushita Electronics Bhd Menyelia Kawalan Mutu Mengemaskini Laporan Pengeluaran Mengendalikan kursus latihan kawlan mutu Merancang Jadual kerja
8
PERUJUK Encik Allan Yap Pengurus Pengeluaran Pentadbiran Awam Matsushita Electronics Bhd Malaysia 08000 Sungai Petani Kedah
Dr. Zuraini Ramli Sekolah Ekonomi Universiti Utara 06010 Jitra Kedah
DATA 0PERIBADI Lahir 24 May 1967 Bujang Minat Berkhemah, tenis dan fiksyen Inggeris
Resume Asas 3.2.2
Resume Kronologi Resume jenis ini lazimnya ditulis oleh pemohon-pemohon yang sudah mempunyai pengalaman bekerja dan berhasrat untuk memohon pekerjaan yang lebih baik. Dengan itu apa yang hendak ditonjolkan ialah tanggungjawab, pencapaian dan pengalaman bekerja mereka yang luas.
Copywriter (January 1979 - September 1979) Mereka bentuk susun atur untuk kempen pengiklana bagi pelanggan seperti pemaju perumahan, penjual kereta dan peruncit fesyen. KELAYAKAKAN 1978
Universal Machigan State Sarjana Muda Komunikasi Massa
1974
Kolej TAN Diploma Kewartawanan
3.2.3
Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume) Resume jenis ini biasanya ditulis oleh pemohon-pemohon yang bekerja di bidang pengurusan, pengeluaran, pemasaran, kewangan, penyelidikan, analisis sistem dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Tujuan utama ia ditulis ialah untuk menonjolkan pengalaman bekerja pemohon tanpa menyebut nama syarikat / firma yang berkenaan. Ia ditulis sedemikian untuk menjimatkan masa disebabkan kebanyakan majikan sering mengenali syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama.
9
Resume jenis ini juga lebih pendek daripada resume kronologi disebabkan pengalaman bekerja. tanggungjawab dan pencapaian di setiap syarikat / organisasi si pemohon bekerja dahulu tidak ditulis berulang-ulang. 3.2.4
Resume professional Ia ditulis oleh golongan professional yang berpengalaman luas dan memiliki pengetahuan khusus untuk mengarah, membimbing, menasihat malahan dapat memberi sumbangan besar dalam industri ditempat ia bekerja. Apa yang perlu ditonjolkan dalam resume jenis ini ialah kelayakan akademiknya. Pengalaman kepakaranyan yang luas, bahanbahan penerbitan, persidangan dan kertas kerja yang dibentangkannya serta sumbangan atau khidmat yang berkaitan dengan profesionnya. Resume professional biasanya ditulis oleh ahli akademik yang (a) (b) (c) (d)
berhasrat untuk mengikuti di universiti-universiti lain menulis resume mereka untuk dipertimbangkan sebagai pemeriksa luar atau konsultan mencari pekerjaan di pelbagai universiti, firma atau syarikat sebab-sebab lain
Tan May Hwa 123 Jalan Clark 30300 Ipoh Perak Telefon : 06-652929
OBJEKTIF PEKERJAAN Perhubungan
:
Pengurus
Pengguna
atau
Awam dalam syarikat barang-barang pengguna. PENGALAMAN BEKERJA
:
Pengurus
pengeluaran
Sinaran Consultancy Sdn. Bhd. Ipoh Penyelaras Perhubungan Awam (Oktober 1984 – sekarang) Pengarah Kreatif dan Ketua
Projek
bagi 5 orang pakar perhubungan awam. Memulakan projek perhubungan awam bagi menangani masalah-masalah khusus seperti penolakan pengguna terhadap produk baru dan hubungan media dalam pertikaian industri. Pakar Perhubungan Awam (September 1979 – Oktober 1984)
10
Mewujudkan program khusus untuk perhubungan awam, menulis siaran akhbar dan menulis bahan-bahan promosi untuk firma-firma baru.
Copywriter (January 1979 - September 1979) Mereka bentuk susun atur untuk kempen pengiklanan bagi pelanggan-pelanggan seperti pemaju perumahan, penjual kereta dan peruncit fesyen. KELAYAKAN 1978
Michigan State University Sarjana Muda Komunikasi Massa
1974
Kolej Tunku Abdul Rahman Diploma Kewartawanan
Tan May Hwa 123 Jalan Clark 30300 Ipoh Perak Telefon : 06-652929
OBJEKTIF PEKERJAAN Perhubungan Awam
:
Pengurus Pengguna atau Pengurus dalam Syarikat pengeluaran barangbarang pengguna
RINGKASAN PENGALAMAN BEKERJA
: Perhubungan Awam Berkhidmat sebagai Pengarah kreatif dan Ketua Pentadbir bagi sekumpulan 5 orang pakar. Menyediakan program perhubungan pengguna syarikat. Perhubungan Media Menerbitkan siaran akhbar dalam akhbarakhbar tempatan dan luar negeri serta menerbitkan rencana dalam majalah. Menyediakan berita mingguan dan rencana bagi siaran radio tempatan. Mengendalikan program perniagaan di radio tempatan Pengurusan
11
Menyediakan belanjawan untuk pengiklanan di radio / akhbar menyelaras dan mengendalikan mesyuarat pengguna. KELAYAKAN 1978
Michigan State University Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
1974
Kolej Tunku Abdul Rahman Diploma Kewartawanan
Resume yang ditulis mengikut fungsi
12