MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN Mei 2017
: Maria, Bintang bagi Semua Bangsa Lagu Pembukaan: Ave Maria Engkau yang dipilih Allah Bapa di surga Untuk melahirkan PutraNya yang kudus Engkaulah Bunda Kristus Bunda Sang Penebus s’gala dosa manusia Bunda Maria p'rawan yang tiada ternoda Hatimu bersinar suci tiada bercela Engkau Bunda Almasih Yang diangkat ke surga dengan kemuliaan Ave Maria…Ave Maria Terpujilah Bunda… Terpuji namamu s’panjang s’gala masa Ave Maria…Ave Maria Syukur kepada-Nya… Tuhan yang pengasih selama-lamanya
DIALOG: Jenayah
Perang
Agama
Perubahan Iklim
Masalah Dunia Sekarang Menikmati dahulu dan melupakan semua masalah
Dunia yang tiada harapan untuk melakukan apa-apa 1
Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain. 1. Apakah masalah yang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia? 2. Apakah kenyataan negatif yang anda sering dengar mengenai dunia? 3. Pada pendapat anda, adakah masalah boleh diatasi? Mengapa ya/ Mengapa tidak? 4. Dalam cahaya iman, bagaimanakah kita masih boleh berharap dalam menghadapi masalah ini?
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Lukas 1:39-55 1. Memohon kepada Roh Kudus (Terbuka bertemu dan ditemui oleh Kristus…) 2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali (atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…) 3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan 4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
2
TINDAKAN: Pesanan umum Fatima memohon untuk berdoa akan penebusan, taubat, pengorbanan dan pengampunan dosa. ‘Dosa-dosa dunia yang sangat besar… jika manusia memahami tentang hidup kekekalan, mereka pasti akan berusaha mengubah kehidupan mereka, menjauhi kekayaan dan kemewahan yang keterlaluan, mencintai kemiskinan dan keheningan, mempunyai kasih, termasuk membantu orang yang jahat.’ Dengan satu hati, mereka semua sentiasa bersama-sama bersatu dalam doa dengan beberapa orang wanita termasuk Maria ibu Yesus dan dengan saudara-saudaranya (Kis 1:14)
ò Marilah
kita bertaubat untuk semua tindakan yang menyebabkan penderitaan orang lain dan penglibatan kita dalam dosa sosial. ò Marilah kita berdoa tanpa henti untuk semua orang di seluruh dunia, yang sedang menderita kerana kelemahan manusia. Melihat ibu yang dikasihi berdiri berdekatan, Yesus berkata, “Ibu, ini anakmu.” (Yoh 19:26)
ò Marilah kita memohon bimbingan Roh Kudus agar seperti Maria, kita juga akan membawa penghiburan, kata-kata semangat dan bantuan kepada orang-orang yang berputus asa. 3
Doa: Marilah kita berdoa bersama-sama “Salam Ya Ratu”
Salam, Ya Ratu Salam, ya ratu, Bunda yang berbelas kasih, hidup, hiburan dan harapan kami. Kami semua memanjatkan permohonan, kami amat susah, mengeluh, mengesah dalam lembah duka ini. Ya, Ibunda, ya pelindung kami, limpahkanlah kasih sayangmu yang besar kepada kami. Dan Yesus, Puteramu yang terpuji itu, semoga kau tunjukkan kepada kami. O Ratu, O Ibu, O Maria Bunda Kristus. Amen.
Lagu Penutup: Mengasih Maria Mengasih Maria kerinduaanku, berhamba padanya janjian teguh Aku mau menambah kemuliaanmu, kini dan selalu niatku sungguh Maria pemurah dan Ratu besar, terima kiranya citaku benar Engkaulah Bondaku , aku anakmu yang suka dipandang harta milikmu Mengingat selalu kebajikanmu menirunya juga niat hatiku Tak kita bercerai di medan perang, sehingga bersama kita kan menang
4
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN Jun 2017
: Roh Kudus Menyatukan Lagu Pembukaan: Roh Kudus Datanglah Roh Kudus, datanglah Jamahlah tiap hati jamahlah Segarkanlah yang lelah Kuatkanlah yang lemah Roh Kudus, Roh Kudus, kuatkanlah Roh Kudus, Hiburlah Tiap Hati yang gentar hiburlah Lewat lembah yang curam Jalan licin yang terjal Roh Kudus, Roh Kudus pimpinlah
DIALOG: Pastoral Konvesyen Semanjung Malaysia (PMPC) IV membawa pengalaman yang dipenuhi semangat daripada Pentakosta baru. Uskup kita di Semanjung Malaysia berkata bahawa kita mesti terbuka kepada dorongan Roh Kudus untuk memastikan adanya kesatuan kerohanian. Mereka menekankan bahawa, “Roh Kudus telah meyakinkan kita bahawa setiap kita, dan kita semua sebagai Gereja, adalah tubuh Kristus, yang di panggil, dipilih dan diutus untuk misi.” Paus Fransiskus menyatakan, “Gereja ini adalah seperti hospital dengan alat pembedahan yang adalah belaskasih dan, gereja berfungsi dengan satu matlamat di dalam minda, untuk mengintegrasikan semula mereka yang terpinggir, orang-orang yang sedang menunggu kesiapsediaan kita, semangat keluar dan mendekatkan diri kepada mereka yang memerlukan.” Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain. ò Apakah yang anda fikirkan, peranan anda untuk seruan Uskup dan Paus Fransiskus? 5
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Kisah Para Rasul 2:1–8 1. Memohon kepada Roh Kudus (Terbuka untuk ditemui dan diberi kuasa oleh Kristus…) 2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali (atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…) 3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan 4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
TINDAKAN: Pada PMPC IV baru – baru ini, Uskup kita menghuraikan, “Kita ingat kembali bahawa kita diutus sebagai terang dunia; obor harapan; kita perlu mengakui bahawa Yesus sumber penerang kita… bahawa kita sebagai pembawa cahaya Kristus.” “Jika kita tidak membina hubungan, kita tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan atau diwariskan. Membina hubungan dengan Pemberi CAHAYA. Membina hubungan dengan Uskup. Membina hubungan dengan Paderi. Membina hubungan dengan umat lain. Membina hubungan dengan orang yang berada di pinggiran. Membina hubungan dengan semua orang yang berkeinginan baik.” “Kita diutus dengan kata-kata: ‘Pergilah ke seluruh dunia dan beritakanlah khabar Baik. Janganlah takut; sebab Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan Kuasa, Kasih dan kekuatan untuk mengawal diri.’ ” ò Dari perkongsian di bahagian DIALOG, PENDALAMAN dan TINDAKAN, bagaimanakah kita menyatukan diri kita dalam Roh Kudus dan mendekati saudara-saudari kita yang memerlukan? 6
Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup. Lagu Penutup: Maju Bersama Marilah saudara melangkah maju, Tuhan serta kita Sepanjang jalan penuh liku, Tuhan serta kita Maju bersama, bersatulah kita Maju dalam cahaya… Maju bersama satu harapan kita Hidup Kristus jaya Alleluia Alleluia ) Hidup Kristus nan jaya ) 2X
7
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN Julai 2017
: Firman Yang Menerangi Pengenalan: Membantu kita untuk memahami Sabda Allah dengan meresap masuk ke dalam hidup kita, dan membawa cahaya dalam hati kita. “Ajaran-Mu memberikan cahaya, memberikan pengertian kepada orang jahil.” (Mazmur 119: 130) Lagu Pembukaan: Oh FirmanMu Tuhan (Song of a Young Prophet) Cho:
Oh FirmanMu Tuhan, dalam hatiku Oh FirmanMu Tuhan, penuh jiwaku.
Sebelum engkau dikandung, Aku tahu engkau, engkau milik Aku Bila engkau dilahirkan, Aku panggil engkau, itulah Aku Aku tahu engkau kecil, Aku pimpin engkau, engkau kenal Aku Engkau ku suruh berjalan, khabarkan firman–Ku, dengarkanlah Di mana engkau berjalan, kuasa-Ku denganmu, engkau tak sendiri Dalam segala susahmu, Aku pun melihat, itu firman–Ku.
DIALOG: Santo Augustine, seorang lelaki muda digambarkan tidak mempunyai tujuan dalam kehidupannya. Dia mencari jawapan untuk persoalan dalam hidupnya. Pada tahun 386, Augustine menghabiskan masanya di Milan, dia mendengar suara seorang anak menyanyikan lagu, lirik lagu 8
tersebut adalah “Ambillah dan Bacalah”. Pada mulanya dia berfikir bahawa lagu itu ada berkaitan dengan beberapa jenis permainan kanakkanak, tetapi dia tidak dapat mengingati bahawa dia pernah mendengar lagu itu sebelum ini. Kemudian, dia menyedari bahawa lagu ini mungkin satu pesanan dari Allah untuk dia membuka dan membaca Kitab Suci, lalu dia mengambilnya, membukanya dan membacanya. Petikan pertama yang dilihatnya adalah dari Surat Paulus kepada orang-orang Roma. Augustine membaca: “Kita harus berkelakuan baik seperti orang yang hidup dalam terang dan bukan dalam kegelapan. Janganlah ikut pesta pora atau kemabukan. Janganlah berkelakuan lucah atau tidak senonoh. Janganlah berkelahi ataupun iri hati. Tetapi biarlah Tuhan Yesus Kristus mejadi pelindung kamu. Janganlah turuti tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu. (Roma 13: 13-14) Selepas membaca ayat tersebut, Augustine merasakan seolah-olah hatinya telah diterangi dengan cahaya. Dia berpaling sama sekali daripada hidupnya yang berdosa. Dia telah dibaptiskan oleh Uskup Ambrose semasa Malam Paskah pada 24 April, 387. Melalui pengalamannya, St. Augustine telah menulis doa yang terkenal. “Jiwaku hanya tenang bila beristirehat di dalam Tuhan.” Kata-katanya ini kemudian menjadi pengaruh yang kuat ke atas kerohanian dan teologi Gereja Kristian. Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain. ò Bolehkah anda berkongsi pengalaman yang sama bagaimana Firman Tuhan menerangi hidup anda dan memberikan anda harapan baru? ò Kongsikan juga bagaimana anda membaca Alkitab dan mengongsikan firman Tuhan kepada orang lain dalam kehidupan harian anda?
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Efesus 1:15-18 1. Memohon kepada Roh Kudus (Terbuka untuk menerima kuasa dari Kristus dan diterangi oleh Kristus…) 2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali 9
(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…) 3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan 4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
TINDAKAN: Sebagai individu, sebagai satu keluarga, satu komuniti dan satu paroki, kita dipanggil untuk membaca, mengalami dan mengongsikan sabda Tuhan yang menerangi kita.
ò Cadangkan cara yang praktikal dan kreatif bagaimana kita mampu mempraktikkan “hidup yang menyelamatkan” dan “hidup yang mengubah” yang boleh menerangi dan mengubah kita untuk menjadi saksi dan harapan yang efektif kepada orang lain yang tinggal berdekatan dengan kita.
10
Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup. Lagu Penutup: FirmanMu Tuhan Pelita Hatiku 1. FirmanMu Tuhan pelita hidup, Menerangi seluruh kehidupan Terang bagi perjalanan ku Korus: KuasaNya tiada tandingan “Ia menyusuk amat dalam hidup, Memisahkan jiwa dan roh” 2. FirmanMu Tuhan menyembuhkan, Semua akan pulih dan kembali Engkaulah harapan manusia 3. FirmanMu Tuhan menyelamatkan, Tiada seorangpun akan tersesat Dalam cintaMu akan s’lamat
11
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN Ogos 2017
: Ekaristi Menyuburkan Kita Lagu Pembukaan: Imani Ekaristi Mist’ri penyelamatanMu, Kami imani Perjamuan kudus, kami rayakan Mengenang pengorbananMu, Yang s’lamatkan kami Bridge: Tubuh dan Darah Kristus Menyatukan kami di dalamMu, S’bagai gereja yang padu Korus: Doa kami padamu Bapa, Curahkan kuasa Roh Kudus ‘tuk teguhkan iman umatMu Menyedari kehadiranMU, Dalam Ekaristi
DIALOG: Renungan Tentang Seorang Guru Sekolah Katolik “Saya bertemu dengan kawan saya di restoran, dan dia mempunyai sebotol wain di tangannya. Kami duduk dan mula bercakap tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kami. Sebaik sahaja makanan kami dihidangkan kami menikmatinya sambil mengongsikan apa yang benarbenar penting dalam kehidupan kami - tentang pencapaian, tentang cinta, harapan dan aspirasi kami. Setelah selesai makan, kami beredar pulang ke rumah masing-masing dengan penuh pengharapan dan semangat kerana merasa saling dikuatkan dalam perbualan dan perkongsian akan realiti kehidupan yang kami lalui. Kemudian, saya mulai menyedari bahawa makan malam antara saya dengan kawan saya mempunyai persamaan dengan perayaan Ekaristi. Kita datang seperti apa adanya kita, dengan segala kebimbangan dan ketakutan, serta kejayaan dan kegagalan kita. Kita mendengar cerita dari orang-orang yang telah berkongsi tentang keadaan mereka, dan yang telah mendapat kekuatan 12
baru dengan rahmat Allah. Dan kita juga berkongsi dalam Roti Kehidupan iaitu Tubuh dan Darah Yesus, yang membantu kita untuk meneruskan kehidupan kita, dengan penuh semangat dan harapan.” Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain. ò Melalui pengalaman dari guru ini, apakah harapan anda setiap kali mengambil bahagian dalam Perayaan Ekaristi?
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Lukas 24:13-33 1. Memohon kepada Roh Kudus (Terbuka untuk diterangi oleh Kristus dan laksanakan penginjilan…) 2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali (atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…) 3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan 4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya? (sila tuliskannya) …………………………………………………………………………………………………………… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
13
TINDAKAN: Di tengah-tengah transformasi yang kita jalani dalam menerima Ekaristi sebagai perubahan asas dalam cara kita mendekati dunia. Ini bukanlah semata-mata hal yang bersampingan dengan penerimaan kita terhadap Ekaristi tetapi ia adalah yang terpenting di dalamnya. Memetik kata-kata dari Paus Benedict dalam dokumen pertamanya, Deus Caritas Est, yang bermaksud: Misteri Ekaristi dengan itu menimbulkan pelayanan kebajikan kepada jiran, yang "terdiri dalam fakta yang amat konkrit itu, dalam Allah dan dengan Allah, saya suka walaupun dengan orang yang saya tidak sukai atau yang saya tidak kenali. Ini hanya boleh berlaku dengan pertemuan yang akrab atau intim dengan Tuhan, satu pertemuan yang telah menjadi hubungan kehendak, yang memberikan kesan juga pada perasaan saya. Kemudian saya belajar untuk melihat orang lain tidak hanya dengan mata saya dan perasaan saya, tetapi dari perspektif cara pandang Yesus Kristus…" (# 88) Bertindak dengan fikiran dan hati Kristus, individu itu secara beransur-ansur menjadi agen pembaharuan Allah dalam masyarakat. Oleh itu, transformasi peribadi dalam menerima Kristus dalam Ekaristi itu pada asasnya saling berkaitan dan membawa kepada perubahan masyarakat; kehidupan individu yang diperbaharui dan yang berorientasikan semula pada kehidupan. Renungan perkongsian: ò Dengan mengambil kira renungan Guru Katolik itu, membaca Injil dan Dokumen Paus Benedict di atas, bagaimana anda dapat melihat hubungan di antara Ekaristi dan diri anda sebagai tanda harapan kepada dunia?
14
Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup. Lagu Penutup: Bersatu Dengan Tuhan Dalam Ekaristi Kita s’bagai umat Kristus, T’rima makanlah tubuh-Nya Yang menjadi korban kudus, Roti kehidupan kekal T’rima minumlah darah-Nya, Darah perjanjian baru Ditumpahkan bagi semua orang, Demi pengampunan dosa Korus: Kita berkumpul di atas nama-Nya, Bersama berdoa menyembah, memuji Mengenang-Nya dalam Ekaristi, Bersatu kita dengan Tuhan Bertaubat berdamai saling mengasihi, Rendahkan hati saling mengampuni Agar layak menerima-Nya, Dan bebas dari dosa Syukur pada-Mu Tuhan, Atas cintakasih-Mu Engkau santapan rohani, Sumber iman Gereja Renung firman di Alkitab, Renung sekelilingmu Apakah sumbanganmu, S’bagai umat Ekaristi Salib lambang keseksaan, Namun jiwamu tak seksa Berbahagialah umat, Yang percaya pasti selamat
15
16