ZULKIFLI ALANG MAHAT 1|Page
MODUL E-KEDATANGAN DAN SMS Langkah Penggunaan e-Kedatangan 1. Taip ‘gg.gg/smssekolah2’ pada browser
2. Masukkan katalaluan dan tekan butang Login
3. Anda akan dibawa ke menu berikut. Pilih kelas yang dikehendaki.
2|Page
4. Berikut adalah paparan kelas anda iaitu Sheet ‘Maklumat’. Pada awal tahun, senarai nama murid dan nombor telefon telah dimasukkan oleh pentadbir sms. Anda hanya perlu; a. Taip nama guru tingkatan b. Masukkan ‘JANTINA’ dan ‘SINGKATAN’ nama murid. Nama singkatan perlu tidak lebih daripada 10 aksara seperti contoh di bawah. Hal ini kerana nama singkatan murid akan digunakan semasa menghantar SMS. c. Sekiranya nombor telefon ibu bapa bertukar, sila maklumkan kepada pentadbir SMS. d. Tambah nama murid yang baru masuk di bahagian senarai paling bawah sekali (rujuk no. 14) e. Jangan ‘delete’ nama murid yang berpindah (rujuk no. 16)
5. Maklumat pada tab di bawah sistem. a. Maklumat - Maklumat murid dalam kelas tersebut b. 1 - Bulan Januari c. 2 - Bulan Februari d. 3 - Bulan Mac e. 4 - Bulan April f. 5 - Bulan Mei g. 6 - Bulan Jun h. 7 - Bulan Julai i. 8 - Bulan Ogos j. 9 - Bulan September k. 10 - Bulan Oktober l. 11 - Bulan November m. Penyata - Penyata ketidakhadiran murid n. SMS - (paparan ini untuk pentadbir SMS sahaja) o. Kod - Kod sebab ketidakhadiran murid
3|Page
6. Pihak sekolah boleh menukar nombor ‘KOD’ dan ‘BUTIRAN KOD’ di dalam ruangan yang disediakan sahaja. Ia digunakan untuk menghasilkan graf analisis. Cadangan: dilakukan diawal tahun dan seragam untuk semua kelas.
7. Ini adalah paparan bagi bulan Januari.
8. Amat penting ! Tetapkan hari-hari yang bersekolah di dalam bulan tersebut atau dalam setahun. Klik √ untuk hari bersekolah. Buang √ jika hari tersebut adalah cuti sekolah, cuti perayaan, cuti peristiwa atau cuti umum. Sistem akan mengira bilangan hari bersekolah pada bulan tersebut berdasarkan bilangan √.
9. Guru-guru hanya perlu memasukkan kehadiran murid setiap hari sama ada 0 (tidak hadir), L (lewat), S (sakit), W (wakil sekolah), G (gantung sekolah) atau – (murid belum bersekolah di sini lagi atau telah berpindah) serta kod ketidakhadiran (rujuk no. 6)
4|Page
a. Situasi 1 - Sekiranya murid tidak hadir pada hari itu • Masukkan 0 dahulu supaya sms ketidakhadiran boleh dihantar kepada ibu bapa. Kod ketidakhadiran boleh dimasukkan kemudian sekiranya tidak diketahui. SMS akan dihantar mengikut ketetapan pihak sekolah misalnya selepas jam 10.30 bagi sesi pagi dan selepas jam 4.30 bagi sesi petang. b. Situasi 2 – Murid hadir tapi mewakili sekolah ke pertandingan • Masukkan W dalam kehadiran pada hari tersebut. c. Situasi 3 - Keesokkan harinya murid hadir dengan surat atau sijil sakit • Tukarkan ketidakhadiran 0 semalam kepada S. Hal ini penting kerana ia melibatkan pengiraan pada hujung bulan. d. Situasi 4 – Guru telah dimaklumkan bahawa murid tidak hadir dalam tempoh lama seperti demam denggi, kemalangan dsbnya • Jangan masukkan nilai 0 tetapi masukkan S. e. Situasi 5 – Murid berpindah keluar • Masukkan tanda simbol ' – ' pada hari ia berpindah sehingga hujung tahun. f.
Situasi 6 – Murid berpindah masuk • Masukkan tanda simbol ' – ' pada kedatangannya yang wujud dari awal tahun. Contohnya jika murid berpindah masuk pada 12 Mei 2017, jadi masukkan simbol ' – ' pada kedatangannya dari 2 Januari 2017 sehingga 11 Mei 2017 (rujuk no. 15, 16)
Kemudian guru-guru perlu sahkan kemasukan kehadiran pada hari tersebut dengan klik butang √ yang berada berhampiran dengan JUMLAH KEDATANGAN.
10. Pada hujung bulan, semua maklumat di bawah telah disediakan oleh sistem. Guru hanya perlu masukkan maklumat pada petak berwarna kuning sahaja. Walau bagaimanapun, pengiraan hitung panjang kedatangan, peratus kedatangan dan hitung panjang bilangan murid ditunjukkan di sebelah kanan kotak.
5|Page
11. Maklumat murid tidak hadir di bawah juga telah tersedia. ‘P’ merujuk kepada jumlah ponteng iaitu tidak hadir tanpa sebab manakala ‘S’ merujuk kepada murid yang tidak hadir bersebab.
12. Di bawah pula adalah maklumat setiap hari kehadiran murid dalam sesuatu bulan.
13. Sistem juga menyediakan graf ketidakhadiran berdasarkan kod yang telah dimasukkan (rujuk no. 6)
14. Sekiranya terdapat murid yang baru masuk ke dalam kelas, taipkan nama murid tersebut dalam senarai nama yang terakhir sekali.
15. Kemudian masukkan symbol ‘ – ‘ pada setiap hari dari bulan Januari sampai kepada bulan dan hari murid tersebut memulakan pembelajaran.
16. Sekiranya murid berpindah, jangan dibuang nama dan datanya. Guru hanya perlu letakkan symbol ‘ – ‘ pada hari ia berpindah sehingga hujung bulan November.
MAKLUMAN! Pastikan senarai nama di dalam Buku Kedatangan dan e-Kedatangan adalah sama untuk memudahkan guru tingkatan membuat semakan dan salinan. 6|Page
Contoh-contoh SMS ketidakhadiran murid Pentadbir sekolah boleh merujuk rumusan ketidakhadiran setiap hari dalam laman hantar SMS
Masa penghantaran SMS ketidakhadiran setiap hari * Sesi pagi – SMS akan dihantar selepas pukul 10.30 pagi
7|Page