Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama
PERCUMA 1 - 8 November 2013, 27 Zulhijjah 1434 - 4 Muharram 1435
RM20 juta perbaiki asrama Unisel
muka 15
Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014
KENALI ADUN ANDA
muka 4&5
GAN PEI NEI
N14 Rawang
muka 6&7
MODEN…
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, meninjau perkembangan terkini projek perumahan pangsapuri menggunakan teknik ‘pasang siap’ yang diusahakan syarikat pemaju hartanah terkemuka, SP Setia Berhad di Setia Alam pada 29 Oktober lepas
Universiti pertanian baru tidak perlu - Sultan Sharafuddin SERDANG - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah cadangan menubuhkan universiti pertanian baru adalah tidak perlu, sebaliknya peruntukan yang ada bagi penubuhan tersebut sewajarnya disalurkan kepada UPM untuk memperkasa pertanian berimpak tinggi secara lestari dan membawa impak yang bermakna kepada masyarakat. Baginda menekankan walaupun universiti itu bertukar nama daripada Pertanian kepada Putra, UPM masih terus memperkukuhkan bidang agribio
yang menjadi teras penubuhannya seperti pertanian, perhutanan dan veterinar, selain disiplin berkaitan selaras dengan keperluan masyarakat dan negara. Pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan bagi Pendidikan Pertanian dan Pusat Kecemerlangan Agro-Bioteknologi menunjukkan UPM sentiasa menyokong matlamat dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan kompetitif rantaian nilai sektor pertanian, selain meningkatkan pengeluaran makanan negara secara mampan. Beta berharap kerajaan dan
Kementerian Pendidikan akan terus memberikan sokongan padu terhadap usaha UPM meneraju pendidikan dan penyelidikan bidang pertanian, Baginda bertitah semasa Majlis Konvokesyen UPM ke-37 sesi pertama di sini. Selain itu, Sultan Sharafuddin berharap tanah UPM yang asalnya dikurniakan oleh Almarhum Nenda Baginda bagi manfaat masyarakat setempat dan global akan terus dimajukan untuk kepentingan pendidikan tinggi. Baginda bangga dengan kecemerlangan UPM melahirkan modal insan yang menyumbang
perkembangan teknologi negara terutama dalam bidang pertanian dan berkaitan pertanian. Baginda berharap legasi kecemerlangan UPM dalam bidang pertanian sejak 82 tahun yang lalu akan menjadi contoh dan sumber rujukan rakyat dan negara dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan. “UPM selaku universiti yang memfokus bidang niche pertanian dan biosumber, harus melakukan anjakan paradigma untuk menyalurkan kepakaran mereka kepada masyarakat dan negara melalui penerbitan buku-buku panduan, penerbitan
dalam jurnal berimpak tinggi, media sosial dan laman web,” titah Baginda. Dalam pada itu Baginda bertitah, UPM berperanan meningkatkan sekuriti makanan, terutamanya dalam pembangunan sumber manusia, pembekalan dan pemindahan teknologi serta penasihatan dasar pertanian dan makanan untuk berdepan dengan cabaran sektor pertanian negara kini yang rendah produktiviti akibat kurangnya penggunaan amalan teknologi terkini dan amalan pertanian yang tidak komersil. Lihat muka 2 >>
Utama 2
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Selangor catat kematian jenayah bersenjata api tertinggi PARLIMEN - Selangor mencatat jumlah kematian akibat jenayah bersenjata api yang tertinggi di negara ini, antara bulan Junuari hingga Ogos tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata 15 kes daripada 74 kes yang dilaporkan di seluruh negara adalah di Selangor, diikuti Perak (10), Pulau Pinang (9) dan Johor (7). Beliau berkata demikian
Penggubalan undangundang yang lebih ketat semata-mata tidak mampu untuk membanteras jenayah serius WONG CHEN
Ahli Parlimen Kelana Jaya
Kuat kuasa undang-undang, tangani jenayah SHAH
ALAM
- Masalah jenayah harus ditangani secara holistik dan bukan hanya tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, tegas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Wong berkata, aspek ekonomi juga harus diberi perhatian sama serius seperti penguatkuasaan undang-undang dalam mengekang kes jenayah di negara ini. “Andaikan seorang penjenayah melakukan rompakan bersenjata setiap hari, negara bakal menyaksikan 365 kes jenayah sepanjang tahun. “Bayangkan kalau 10 ribu
penjenayah dengan komitmen yang sama. Jadi berapa banyak anggota polis diperlukan untuk tangani masalah ini?” soalnya. Mengulas lanjut, Wong menggesa Kerajaan Pusat bersikap lebih prihatin de-ngan pengurusan pentadbir-an yang lebih cekap dalam memberi suasana ekonomi yang lebih baik kepada rakyat. Gesaannya itu diambil kira daripada kehidupan rakyat yang semakin menekan ekoran desakan ekonomi yang saban hari semakin merunsingkan. Wong berkata, penjenayah di negara ini seakan komited
menjadikan jenayah sebagai satu kerjaya tetap sehingga sanggup menyeludup senjata api dari negara jiran. “Orang terdesak berisiko besar terjerumus dalam kancah jenayah. Jika kerajaan terusterusan tidak perihatin dengan perkara ini, maka lebih ramai rakyat negara ini akan terjerumus dengan jenayah. “Atas faktor ini, ekonomi memainkan peranan penting, sekirannya peluang pekerjaan untuk rakyat lebih terjamin dengan pulangan pendapatan lebih memberangsangkan, jenayah tidak lagi menjadi pilihan kerjaya mereka,” ujarnya.
<< Dari muka 1
UPM ketengahkan Pertanian Bandaran “Melalui usaha Pertanian Bandaran yang diketengahkan oleh UPM, universiti ini dapat menjadi pemangkin ke arah pembentukan bandar yang dapat menghasilkan makanan sendiri, menjana pendapatan, mengurangkan kos sara hidup, menggalakkan interaksi sosial, dan menggunakan semula bahan buangan dan air,” titah Sultan Sharafuddin. “Beta berharap pertanian bandaran ini melibatkan aktiviti dalam bidang perhutanan, sains makanan, sains veterinar, teknologi halal dan biosumber yang relevan dengan kawasan
bandar dan pinggir Bandar,” titah Sultan Sharafuddin. Baginda juga tertarik dengan program Education Park UPM (Edu-Park UPM) berkonsepkan edupelancongan iaitu Taman Konservatori UPM, Muzium Anatomi Manusia, Galeri Serdang, Muzium Anatomi Haiwan, Ladang 16, Pusat Ekuin, Putra Dairy dan SISFEC (Sultan Idris Shah Forest Education Centre) sebagai antara lokasi pelancongan di Malaysia. Pada sesi pertama Majlis Konvokesyen UPM ke-37 itu, Baginda mengurniakan ijazah kepada 795 graduan diketuai penerima
Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Prof. Dr. Morio Matsunaga, Presiden Kyushu Institute of Technology (Kyutech) Jepun. Keseluruhan seramai 7,149 graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 Oktober hingga 29 Oktober ini. Daripada jumlah itu, pe-nerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 440, Ijazah Sarjana (Master) seramai 2,197, Bacelor (4,158) dan Diploma (354).
- Unit Media UPM
dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), Er Teck Hwa, di Dewan Rakyat, 23 Oktober lepas. Menurut Zahid, sebahagian besar senjata api yang digunakan untuk kerjakerja jenayah dipercayai diseludup dari negara jiran. “Bagi menghalang aktiviti seperti itu dan kemasukan senjata api haram dari negara jiran, polis dan agensi
penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan lain-lain bekerjasama dari masa ke semasa,” jelas Zahid. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, bagaimanapun berpendapat penguatkuasaan dan penggubalan undang-undang yang lebih ketat semata-mata tidak mampu untuk membanteras jenayah serius.
Batal perlindungan syarikat monopoli pasaran gula KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Kerajaan Pusat membatalkan sistem perolehan gula mentah dan perlindungan kepada syarikat yang memonopoli pasaran gula di negara ini sehingga menyebabkan harganya lebih mahal. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata tindakan pembatalan itu akan membolehkan kerajaan menawarkan harga gula lebih rendah kepada rakyat selepas membuka pasaran melibatkan syarikat gula dalam negara. Katanya, dengan penghapusan monopoli itu, rakyat akan menikmati harga gula yang lebih rendah dan sya-rikat gula akan menjadi le-bih efisyen kerana tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan. “Pakatan berpendapat monopoli syarikat gula tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat. “Adalah lebih baik jika pasaran gula dibuka dan harga gula dapat ditentukan melalui persaingan antara syarikat dan pembekal gula,” kata Tony Pua dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini. Tony Pua berkata, kaedah mengimport gula mentah dari syarikat luar adalah hanya helah untuk mendapatkan kos yang lebih ren-
dah sehingga membolehkan syarikat terlibat mendapat keuntungan lumayan. Baru-baru ini Tony Pua mendedahkan kenaikan harga gula bukanlah atas dasar pemotongan subsidi ,sebaliknya berpunca daripada tindakan Kerajaan Pusat yang menandatangani perjanjian gula mentah dengan harga tinggi. Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US25 setiap 100lbs. Ekoran itu rakyat terpaksa menikmati gula yang lebih mahal akibat perjanjian yang dimeterai KPDNKK tahun lalu.
Utama
3
Kerajaan Negeri tawar 300 rumah mampu milik Selangorkini 1 - 8 November 2013
Oleh AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menawarkan Rumah Mampu Milik ‘Rumah Selangorku’ kepada 300 orang pemohon yang layak menduduki mengikut kriteria yang ditetapkan. Rumah Selangorku yang ditawarkan ini dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen U12 Shah Alam dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Sutera Damansara, Petaling Jaya. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka, Iskandar Abdul Samad, berkata PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri sementara PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri. “Dijangkakan pangsapuri itu boleh diduduki pada akhir tahun 2016,” kata Iskandar dalam satu kenyataan. Iskandar berkata, sebahagian daripada unit kediaman itu akan dibeli Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk mem-
beli rumah sendiri. Pemilihan adalah sematamata berdasarkan merit dan tidak langsung mengambil kira surat sokongan daripada mana-mana pihak. Jelasnya, pemohon-pemohon berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik. “Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberi markah untuk kriteria mereka. Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan, maka lebih tinggi markah yang akan diberi. “Antara kriteria lain yang dinilai adalah pendapatan isi rumah, lama tinggal di Selangor dan jarak tempat ting-
Projek Rumah Mampu Milik Jalan Sungai Long, Kajang
gal sekarang dari lokasi projek. Pemohon yang mendapat markah tertinggi akan ditawarkan untuk membeli rumah-rumah tersebut,” katanya. Kata Iskandar, pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui surat pada Disember ini dan nama mereka akan dipamerkan di laman web Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk dua minggu.
2,000 peluang kerja mahir diwujudkan
Berminat? Muat turun borang permohonan pembelian rumah mulai Disember, di:
http://lphs.selangor.gov.my Sebahagian daripada peserta seminar yang hadir
Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, menyampaikan sumbangan beg serta peralatan sekolah kepada pemenang pertandingan mewarna, sempena program Pencarian Keluarga Harmoni, sambil diperhatikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor itu, khusus untuk masyarakat Telok Gong, Pelabuhan Klang
SHAH ALAM - Kira-kira 2,000 peluang pekerjaan baru bagi pekerja tenaga mahir diwujudkan di Selangor berikutan kejayaan usaha Kerajaan Negeri membawa masuk pelabur asing ke negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara pelabur asing yang bakal memulakan operasinya di negeri itu termasuk syarikat pengeluar kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal dari Belgium, Switzerland dan Jerman. Katanya, beliau yakin Selangor mampu menyediakan tenaga pekerja mahir yang secukupnya bagi tiga industri berteknologi tinggi itu. “Pelaburan yang datang ke Selangor adalah pelaburan berteknologi tinggi dan memerlukan pekerja mahir untuk mengendalikannya dalam bi-
dang kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal,” katanya. Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor’ yang turut dihadiri Exco Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini baru-baru ini. Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga komited menjadikan Selangor sebagai negeri pilihan terbaik untuk didiami dan membina keluarga, sekali gus menarik minat warganya terus menetap serta bekerja di negeri itu Sementara itu, ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor’ anjuran Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang diadakan berjaya menarik 150 penyertaan daripada lebih 70 buah syarikat di Selangor.
Fokus 4
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Penempatan PGA, RELA dikaji semula Dengan jumlah anggota seramai 14,551 orang pada 2010 dan keseriusan ancaman pencerobohan pengganas di Sabah, Pakatan Rakyat mencadangkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan di Malaysia Timur. Seiring dengan itu, fungsi PGA juga dikaji untuk mengenalpasti pertindihan dengan Angkatan Tentera Malaysia. Langkah ini dilihat perlu bagi menumpukan sepenuh perhatian PDRM kepada pembanterasan jenayah, dan mengurangkan sifat separa tentera PDRM. Fungsi dan penempatan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) turut dikaji semula.
Empat langkah semak harga makanan Pakatan Rakyat mencadangkan empat langkah dalam usaha menyemak kenaikan harga makanan di pasaran. Cadangan yang dibentangkan dalam belanjawan berkenaan membabitkan perkenalan rejim liberal bagi industri beras dan gula, melakukan pelarasan halus sistem kawalan harga untuk semua barang makanan asas, serta sekatan ke atas penyelewengan dan penyeludupan subsidi bagi bahan pertanian dan diesel nelayan. PR juga bercadang untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk pengeluar makanan asas yang terbukti cekap dan menjimatkan kos, sebagai sebahagian dari dasar keselamatan makanan nasional. PR turut menggariskan usaha meningkatkan penguatkuasaan Akta Persaingan dan Anti-Pencatutan serta cadangan baru Akta Anti-Monopoli terutama ketika musim perayaan.
Belanjawan Pakatan Rakyat 2014
Pulih pertahanan, banteras penyelewengan OLEH MOHD EZLI MASHUT SATU - jawatankuasa kira-kira khas Parlimen perlu ditubuhkan bagi menyemak perbelanjaan pertahanan negara, termasuk perolehan yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Pakatan Rakyat (PR) berpendapat pembentangan belanjawan terdahulu tidak memperlihatkan iltizam untuk mengawasi perolehan, ketika negara sekali lagi digemparkan dengan isu pembaziran dan kebocoran wang rakyat oleh Ketua Audit Negara. Dengan penubuhan jawatankuasa ini, PR menganggarkan negara mampu membuat penjimatan hampir RM3.5 bilion. Penjimatan ini kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan dalaman dan penyelidikan pertahanan supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada peralatan tentera negara asing. Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada wakil rakyat dari bloc pemerintah dan pembangkang, dengan dibantu perundingan dari kumpulan pakar. Antara perhatian yang perlu diberikan adalah mengelak penyelewengan,
Pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan dijadikan ‘lubuk’ untuk mengaut keuntungan mengelak pembelian 'tidak perlu' dan membuat perolehan strategik dengan mengambil-kira Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). FPDA adalah persetujuan pertahanan pelbagai hala antara Malaysia,
Singapura, United Kingdom, Australia dan New Zealand yang mengikat kelima-lima negara dalam kerjasama memerangi ancaman luar terhadap Malaysia dan Singapura. Ia dimeterai pada 1971.
Fungsi PDRM diperkasa melalui pelarasan sumber
Sedia pelan atasi pembaziran, ketirisan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian perlu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi ketirisan dan pembaziran seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara. Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan perkara itu dilakukan pada mesyuarat tahunan antara KSN dan KSU dengan menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian yang diketuai KSU masing-masing. Skop jawatankuasa itu termasuk menetapkan sasaran penyelesaian kes, mengenal pasti dan menutup penyelewengan berulang, serta meningkatkan kecekapan sistem bagi sebarang kemungkinan kebocoran.
Oleh AFEEQA AFEERA, mohd ezli mashut, HAFIZAN TAIB, NORHAYATI UMOR, SIRAJ MOHD ZAINI
PDRM mempunyai peranan penting dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara
Berbeza dengan langkah tambah dan pasrah, Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan anggota polis yang mahir dan terlatih dipindahkan daripada kerja pentadbiran kepada pembanterasan jenayah. Manakala orang awam yang mahir dilantik bagi memenuhi fungsi pentadbiran. Langkah ini dicadangkan kerana PR berpendapat pelarasan sumber lebih berkesan daripada pertambahan anggota. Ini kerana nisbah polis: rakyat di negara adalah 1:270, menyamai nisbah yang disyorkan agensi Polis Antarabangsa (Interpol) iaitu 1:250. Belanjawan PR turut menumpukan perhatian kepada pengurusan dan pengendalian kes. Gagasan itu mencadangkan pertambahan 1,000 pegawai penyiasat supaya nisbah polis:kes mencapai 1:5. Serentak dengan pemerkasaan fungsi PDRM itu adalah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memulihkan profesionalisma polis.
Oleh AFEEQA AFEERA, mohd ezli mashut, HAFIZAN TAIB, NORHAYATI UMOR, SIRAJ MOHD ZAINI
Belanjawan Pakatan Rakyat 2014
Insentif buat majikan bantu banteras penggangguran PARLIMEN
- Belanjawan Pakatan Rakyat mencadangkan tawaran insentif pelbagai bentuk, termasuk potongan cukai dua kali, bagi Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) yang mengutamakan pengambilan pekerja daripada golongan belia tempatan. Langkah ini dilihat perlu bagi mengekalkan persaingan antara belia tempatan dan warga asing, serta mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia. Dalam pada itu juga, majikan di sektor awam dan swasta digalak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penyediaan program latihan industri untuk belia tempatan mendapat pendedahan dan meraih pengalaman. PR bercadang memperkenalkan insentif kepada syarikat dalam industri terpilih yang menawarkan program pelatih pengurusan bagi graduan berkelulusan tinggi dengan gaji permulaan sebanyak RM4,000 sebulan. Sementara itu, bagi memastikan peluang dan kebolehpasaran belia antara umur 15 hingga 29 tahun, Pakatan Rakyat (PR) mendapati RM50 juta boleh diperuntukkan untuk melaksanakan program latihan kemahiran wajib di peringkat uiniversiti, program mengurangkan ketidaksepadanan pengetahuan, dan khidmat bimbingan kerjaya.
mensasarkan bantuan untuk petani, nelayan dan penternak secara menyeluruh. Antara inisiatif yang dicadangkan
Selangorkini 1 - 8 November 2013
5
MyKad ganti tunai untuk penerima JKM Sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia ada perlu diganti dengan satu sistem pembayaran tunai yang membolehkan penerima memilih keperluan tanpa menggunakan wang tunai. Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) 2014 mencadangkan pembayaran terus ke dalam akaun menggunakan Mykad sebagai alat pembayaran untuk keperluan asas seperti beras, tepung dan gula, di kedai-kedai terpilih. Ia sebagai salah satu langkah untuk memastikan rejim subsidi yang lebih adil dan tepat pada sasaran serta sistem kebajikan yang menyeluruh. PR juga mencadangkan, MyKad diguna untuk mengesan perbelanjaan yang dibuat penerima dan boleh digabung dengan program kementerian lain seperti memastikan anak ke sekolah serta kelas tambahan untuk ibu tunggal.
OKU dapat perhatian Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat Usahawan IKS yang mengutamakan pekerja tempatan akan diberi pelbagai insentif Turut ditekan adalah wajib lulus Bahasa Inggeris untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penekanan juga akan diberikan kepada penerapan sikap yang betul bagi mempersiapkan belia menghadapi realiti pasaran kerja. Program ini dicadang dijalankan secara bersama dengan pihak sekolah, in-
stitusi latihan vokasional, institusi pengajian tinggi, penyedia pendidikan dan bakal majikan. Usaha ini digerakkan seiring dengan penganjuran hari kerjaya dengan lebih kerap, dan penubuhan 'Pusat Pekerjaaan' di setiap daerah yang akan membantu proses pencarian dan penempatan kerja.
Insuran bantu petani, nelayan dan penternak Belanjawan Pakatan Rakyat (PR)
Fokus
adalah menyediakan Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIPNP) bagi membolehkan petani menangani kesan ketidaktentuan cuaca,
Nasib petani, nelayan dan penternak sering diabai Kerajaan Pusat
perubahan musim dan kejadian luar jangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka. Skim ini menggantikan skim sedia ada, yang memberi pampasan kepada nelayan yang meninggal dunia dan elaun sekiranya dimasukkan ke dalam wad hospital. Namun skim sedia ada mengenepikan risiko lain seperti musim tengkujuh yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan nelayan. Dianggarkan, Kerajaan Pusat hanya perlu membelanjakan sebanyak RM365.5 juta setahun untuk melaksanakan skim berkenaan, berdasarkan andaian premium tahunan keseluruhan adalah RM1,000 yang akan dikongsi sama rata bersama penternak, petani dan nelayan. Sasaran bagi penyertaan skim itu adalah lebih kurang 50 peratus daripada bilangan keseluruhan petani, penternak dan nelayan atau 735,000 orang.
(PR) mengumumkan peruntukan RM500 juta setahun bagi pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU). Antara inisatif itu adalah menaikkan elaun sara hidup daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi OKU yang bekerja dengan pendapatan bawah RM1,200 sebulan dan menyediakan peruntukan khas bagi golongan berkenaan yang mengalami kurang upaya tahap kritikal, pada kadar maksimum RM1,000 sebulan setiap seorang. Bagi melaksanakan perkara itu, PR mensasarkan seramai 400,000 OKU didaftarkan setahun bermula tahun depan supaya keperluan mereka boleh dipenuhi membabitkan bilangan yang mendaftar lebih 80 peratus daripada jumlah golongan itu, dalam tempoh lima tahun.
RM2 bilion setahun ambil alih hutang PTPTN Pakatan Rakyat (PR) bercadang menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion setahun untuk mengambil alih hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kekal komited dengan pendidikan percuma di peringkat tinggi, PR juga bercadang menyediakan peruntukkan RM600 juta untuk menampung 10% kos pengajian di IPTA, RM2.5 bilion untuk elaun sara hidup bagi 500,000 pelajar dan tabung RM900 juta untuk IPTS. Jawatankuasa Khas 'Teacher Recruitment Unit and Specialist Team (TRUST) juga ditubuhkan untuk memilih guru di kalangan 30 peratus terbaik, dengan peruntukan RM10 juta setahun.
Pemimpin 6
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Oleh Hafizan Taib Masalah kesesakan lalu lintas di DUN Rawang akan menjadi fokus Adunnya, Gan Pei Nei menerusi peruntukan dan kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Beliau berkata, masalah kesesakan lalu lintas yang serius menghimpit masyarakat tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kepesatan pembangunan di Rawang. Menurut beliau, Kerajaan Negeri sebelum ini meluluskan peruntukan RM25 juta bagi projek menaik taraf sistem jalan raya di kawasan berhampiran tol Rawang menghala ke Bandar Tasik Puteri. “Bila mendapati kawasan ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, saya ambil inisiatif mengadakan perbincangan dan peruntukan itu diluluskan bagi pembangunan projek ini. “Projek ini menaik taraf sistem jalan raya (B27) yang mana ia membabitkan tiga persimpangan di laluan itu, termasuk jambatan di situ, tetapi saya akui peruntukan itu tidak mencukupi dan perbincangan lanjut akan dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk tujuan itu,” katanya. Pei Nei berkata, kesesakan membabitkan jalan raya di bawah Kerajaan Persekutuan seperti laluan berhampiran kawasan tol Rawang menghala ke laluan persimpangan LaFarge dan
N.14 ADUN Rawang
Bandar Country Home turut memberi masalah sejak 2008 lagi. Walaupun Kerajaan Persekutuan bagi peringkat pertama telah melebarkan jalan dalam jarak lebih kurang dua kilometer, tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kesesakan secara keseluruhan. Beliau berharap Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama dalam isu itu bagi mencari penyelesaian kerana laluan di Rawang membabitkan bidang kuasa kedua pihak. Mengenai isu lain, Gan berkata, sebanyai 70 peratus permasalahan masyarakat tempatan berjaya diatasi. Beliau berkata, antara masalah itu ialah permohonan tanah bagi penduduk yang mendiami kawasan perkampungan dan taman perumahan tertentu, yang
Umur : 32 Tahun Tempat Lahir : Kg Pulau Gadong, Melaka Kedudukan dalam keluarga : Anak kedua daripada tiga adik-beradik Status : Bujang
Pendidikan Awal
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ting Hwa, Kampung Pulau Gadong, Melaka Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Melaka. Sekolah Menengah Kebangssaan Gajah Berang, Melaka
Pendidikan Tinggi
Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pengajian Ijazah Komunikasi Massa.
Jawatan Politik
terkesan akibat projek terbengkalai, permohonan tanah pertanian seperti penternakan dan tanaman sayur-sayuran serta masalah saliran yang mengakibatkan banjir kilat.
“Pembangunan infra seperti sistem saliran, kita sudah berjaya naik tarafkan dalam penggal pertama dengan peruntukan Kerajaan Negeri menerusi JPS Selangor, seperti di kawasan Sungai Raja.
Lebih bersama keluarga dalam penggal kedua
PROFIL
GAN PEI NEI
Kesesakan lalu lintas di Rawang akan diatasi
Ahli Dewan Negeri Selangor bagi N14 Rawang Pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pada 2004. Mula berkecimpung dalam politik sejak 2004
Selepas melalui detik mencabar dalam penggal pertama sebagai Adun di DUN Rawang, Gan Pei Nei mengakui mampu menjalankan tugas dengan lebih mudah dalam fasa kedua hubungan rapatnya dengan masyarakat tempatan dan pihak berkuasa tempata (PBT). Berikutan itu juga, Pei Nei berkata, kini dia boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya di Kampung Pulau Gadong, Melaka yang sentiasa menyokong perjuangannya sebagai ahli politik. “Biarpun pada mulanya keluarga tidak galakkan sangat saya terbabit dalam politik, kerana menyertai parti pembangkang banyak cabaran, termasuk ditangkap, tetapi bila saya terpilih sebagai calon di Rawang pada 2008, mereka mula menyokong dengan berkempen untuk saya termasuk menyediakan sedikit dana bagi tujuan itu. “Usaha itu nampaknya berhasil sehingga saya menang dalam pilihan raya lima tahun lalu,” katanya yang mula bergiat dalam politik pada 2004 sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ketika berkempen semasa PRU13. Pei Nei menang dengan majoriti sebanyak 9,241 undi. Pei Nei berkata, sesungguhnya dia suka menghabiskan masa bersama keluarga dan kesempatan diperoleh dalam penggal kedua ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang ke kampung. Beliau berkata, dia bergembira dapat menyambut hari lahir kedua ibu bapanya pada Oktober lepas. Tarikh kelahiran mereka hanya berbeza seminggu sahaja. “Dalam penggal pertama, saya fokus kepada kawasan dan aktiviti parti dan bagi penggal kedua ini saya mempu-
nyai lebih masa untuk keluarga. “Kalau balik kampung, saya banyak menghabiskan masa di rumah untuk bersama ibu bapa dan sanak saudara selain kawan-kawan. “Selepas kemenangan dalam pilihan raya lalu, saya juga merancang percutian keluarga dengan membawa mereka mengunjungi pusat peranginan Bukit Fraser yang menjadi perjalanan pertama saya selepas bergelar wakil rakyat,” katanya yang suka membaca, berenang, jogging, melancong termasuk menyanyi.
Pemimpin Selangorkini 1 - 8 November 2013
7
MES banyak bela nasib masyarakat Hubungan erat melalui Program pemberian 20 meter padu air percuma menerusi agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) dijalankan Kerajaan Negeri sejak awal 2008 memberi kesan besar dalam kehidupan masyarakat di DUN Rawang. Menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, ketika ini lebih 90 peratus rakyat dalam kawasannya menikmati kemudahan berkenaan. Pei Nei menambah program lain di bawah MES turut disambut baik masyarakat tempatan yang rata-ratanya memerlukan bantuan bagi
menampung kos kehidupan yang semakin menghimpit. “Pemberian air percuma saya lihat banyak membantu penduduk di sini dan semua mereka gembira dengan langkah dibuat Kerajaan Negeri, yang mana jelas menggambarkan keprihatinan kepada masalah rakyat. “Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), termasuk ‘Jom Shopping’ untuk warga emas juga memberi kesan mendalam kepada mereka kerana sumbangan diterima terus, bila kita bawa mereka membeli-belah di pasar raya,”
katanya. Pei Nei berkata, pihaknya turut menjalakan program lain antaranya Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MimBar), Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTR), SiKembar, SiTunas dan yang lain. “Semua program di bawah MES ini memang rakyat suka kerana mereka menikmati terus hasil negeri. Masyarakat memberikan respons baik terhadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka mengharapkan ia kekal diteruskan,” katanya.
pada golongan itu mengikut kesesuaian bidang menerusi ‘networking’ yang mengumpulkan maklumat permohon untuk disalurkan kepada para majikan. “Kita bekerjasama dengan pihak tertentu, juga NGO dengan mengumpulkan segala maklumat perlu kerana melaluinya kita akan mengesan golongan muda yang memerlukan bantuan, termasuk mewujudkan peluang pekerjaan. “Ini kita lakukan dengan satu ‘networking’ di sini dan dengannya kita akan dapat memastikan peluang itu mengikut kesesuaian latar belakang dan bidang diceburi mereka,” katanya. Pei Nei berkata, pihaknya juga menggabungkan dengan skim-skim Kerajaan Negeri supaya bakat belia boleh dikembangkan.
Sekiranya rancangan ini berjaya, belia di Rawang akan menjadi sumber ekonomi penting bagi komuniti masing-masing. Bermula tahun depan katanya, satu laman sesawang berteraskan komuniti akan didirikan. Laman ini akan menjadi platform bagi golongan belia. “Golongan belia ini saya lihat mempunyai pelbagai bakat dan minat. Kita memang buat banyak perancangan demi kebaikan dan faedah untuk diri mereka. “Program seperti program sukan, kebajikan dan sosial sering dijalankan mengikut minat masing-masing. “Selepas ini kita juga merancang menjalankan program motivasi dan jati diri serta keusahawanan menerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT),” katanya.
Pelbagai program untuk golongan muda Menyedari pembelaan terhadap nasib golongan muda dan belia di DUN Rawang amat penting, Gan Pei Nei bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) merangka pelbagai program yang memberi manfaat berguna kepada belia. Ini termasuk mewujudkan peluang pekerjaan ke-
Golongan belia ini saya lihat mempunyai pelbagai bakat dan minat. Kita memang buat banyak perancangan demi kebaikan dan faedah untuk diri mereka.
program komuniti
Gan Pei Nei tidak melepaskan peluang untuk menjalin hubungan erat dengan masyarakat tempatan menerusi pelbagai program komuniti. Pei Nei berkata, seorang wakil rakyat hanya mampu berkerja dan berkhidmat dengan lebih berkesan jika dihormati dan disokong masyarakat. Menurutnya, beliau bersyukur khidmat beliau diterima baik penduduk setempat yang memberi kerjasama dalam program dan aktiviti yang pernah dijalankan. “Kita sentiasa turun padang, mengadakan dialog dengan masyarakat dan NGO, selain sentiasa cuba hadir dalam program dijalankan mereka. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Rawang juga melakukan perkara sama dengan menjemput pihak berkaitan. Penganjuran program berteraskan komuniti bukan
sekadar mendekatkan dirinya dengan masyarakat, bahkan membantu beliau memahami kehendak dan keperluan mereka, serta menyampaikan mesej Kerajaan Negeri terus kepada rakyat. “Komuniti tempatan juga diaktifkan melalui pelbagai program kemasyarakatan dianjurkan. Saya lihat pendekatan ini bagus bagi menyampaikan mesej Kerajaan Negeri kepada umum,” katanya. Beliau turut gembira dengan kewujudan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak di Rawang sejak akhir-akhir ini. Katanya ia satu perkembangan baik ke arah pembinaan masyarakat yang lebih bertanggungjawab. “Ia satu trend yang bagus dan kita mahu pupukkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat, cuma untuk lebih mengaktifkan diharapkan peruntukan yang lebih dapat disalurkan kepada NGO ini,” katanya.
Selangor Kini SIDANG PENGARANG PENASIHAT: Faekah Husin Arfa’eza Abdul Aziz KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected], Hafizan Taib:
[email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor:
[email protected] Siraj Mohd Zaini, Naeem Raffi:
[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Album 8
Album9
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Masyarakat India di Kampung Chuang, Rasa, menerima kupon Jom Shopping Deepavali daripada Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Warga emas ini kelihatan ceria sewaktu dibawa membeli-belah di Giant, Sri Muda. Kelihatan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, menemani peserta Jom Shopping Deepavali ini berbelanja sebagai persediaan menyambut kedatangan Hari Deepavali
Sebagai persediaan menyambut Hari Deepavali, Adun Rawang, Gan Pei Nie, mewakili PEKAWANIS menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal sekitar DUN Rawang
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS), menyampaikan sumbangan kepada 31 keluarga mangsa banjir di DUN tersebut
Adun Pandan, Iskandar Samad, beramah mesra dengan masyarakat India di DUN beliau sewaktu program Jom Shopping Deepavali di Giant Pandan Kapital
Kelihatan Adun Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi, meng-gantikan bumbung yang uzur di rumah Mohd Anis Kasim, bersama penduduk kampung sempena Program Ziarah JKK di Batu 10, Kebun Baharu
Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman (tengah), merasmikan Perlawanan Paintball anjuran Paint Valley Malaysia di Hutan Lipur Bukit Lagong. Peserta dari seluruh pelusuk negara hadir mengambil bahagian
Turun Padang... Adun Tanjung Sepat, Haslin Hassan, bersama AJK PAS kawasan Sepang, Sukiran Sarman, meluangkan masa melawat pesakit di wad 5 Hospital Banting
Kelihatan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin membuat ‘kolam’ sempena Program Mesra Menyambut Hari Deepavali bersama Rakyat di Pantai Morib, Kuala Langat
Tempatan 10
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Oleh Mohd Ezli Mashut PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membelanjakan RM3.14juta bagi merobohkan bulatan (roundabout) di Jalan Othman dan menggantikannya dengan lampu trafik bagi menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang dihadapi pengguna. Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, berkata projek itu yang akan disiapkan dalam masa 10 bulan akan datang diharap dapat memperbaiki aliran trafik di kawasan itu. “Asalnya, projek ini hanya memerlukan lapan bulan, namun, atas isu teknikal yang disebabkan oleh paip dan wayar di kawasan tersebut, kami
RM3.14 juta diperuntuk baiki aliran trafik menjangka projek itu akan siap bulan September.” “Sekarang, pengguna lalu lintas di kawasan tersebut perlu ambil masa sejam untuk melalui bulatan tersebut. Selepas projek ini disiapkan, kami menjangka pengguna lalu lintas dapat menjimatkan 80 peratus daripada masa yang diambil sekarang,” kata Loy Sian. Hee Loy berkata demikian
Projek naik taraf yang bakal melegakan warga Petaling Jaya
Tempatkan pegawai urus hal ehwal mualaf di setiap masjid
Antara wakil masjid daerah di Selangor yang menghadiri Program Multaqa Masjid 2013
SHAH ALAM - Seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid bermula tahun hadapan, untuk memastikan keberkesanan program bimbingan yang berterusan untuk golongan itu. Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata setiap daerah akan diperuntukkan kira-kira RM6 juta setahun bagi tujuan ini. Anggaran peruntukan keseluruhan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi semua daerah antara RM30 juta hingga RM40 juta setahun. “Ia bukan soal kewangan, te-tapi berkenaan keberkesanan program yang dijalankan
dan diharap menjadi kekuatan untuk mengkoordinasi antara mualaf bagi mendekatkan mereka de-ngan Islam,” kata beliau. Sallehen berkata demikian semasa perasmian Program Multaqa Masjid 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini. Seramai 400 wakil dari masjid seluruh daerah hadir dalam program yang bertujuan memupuk kecenderungan golongan belia agar mencintai masjid. Kata Sallehen, beliau berharap peranan masjid dipertingkatkan dengan merancakkan aktiviti agar menjadi pemangkin kepada kemajuan ilmu dan dapat menarik pelba-
gai peringkat masyarakat. “Kita harap masjid-masjid di negeri Selangor menjadi naungan untuk mereka yang cintakan kepada ilmu,” kata beliau. Katanya, golongan muda perlu proaktif melaksanakan program pengimarahan masjid dengan kreatif, selain menggunakan pelbagai strategi dakwah supaya lebih ramai masyarakat menyertai program yang dianjurkan. “Kita mahu masjid menjadi pusat komuniti masyarakat yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti Wifi dan dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti masyarakat. “Diharap para belia juga memainkan peranan penting untuk menarik golongan belia yang lain,” kata beliau.
Program Pecah Tanah Projek Naik Taraf Bulatan Jalan Othman bersama Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran di sini. Beliau berkata, projek naik taraf ini akan memberi memanfaat kepada penduduk di Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 18, serta mereka yang menggunakan jalan menghala ke Puchong, Kota Damansara dan Serdang.
Perkasa bahasa kebangsaan SHAH ALAM - Rakyat Selangor digalak menyokong usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segala urusan, bersesuaian dengan taraf dan peranannya yang sudah diketahui umum. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penggunaan bahasa kebangsaan dapat memupuk perpaduan pelbagai kaum dan membentuk jati diri bangsa Malaysia. Beliau berkata, rakyat perlu mencontohi negara Rusia, Cina, Perancis dan Jerman yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan masing-masing dalam semua aspek termasuk urusan rasmi negara. “Penggunaan bahasa kebangsaan ini antara cara untuk menyerlahkan citra negara bangsa yang merdeka dan jati diri. “Justeru, saya menyeru supaya komunikasi bagi kegiatan rasmi kerajaan negeri dan semua agensi di bawahnya mengutamakan bahasa kebangsaan
bagi semua program serta aktiviti rasmi seperti mesyuarat juga perhimpunan.” Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Himpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor dan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini. Pada masa sama, Abdul Khalid turut menggesa DBP supaya berusaha menyemak dan mengemas kini daftar ejaan, tatabahasa dewan dan kamus dewan supaya pengguna mendapat panduan yang betul. Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut berpendapat dua subjek utama di sekolah iaitu sains dan matematik seloknya dikekalkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan kefahaman pelajar. Ini kerana katanya, bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh lebih 350 juta penutur dan menduduki tempat keempat di dunia sebagai bahasa yang meluas digunakan berdasarkan kajian Unesco.
Kakitangan Kerajaan Negeri melafaz ikrar sewaktu Majlis Himpunan
Tempatan Selangorkini 1 - 8 November 2013
Unisel lahirkan graduan cemerlang
11
Oleh SIRAJ MOHD ZAINI BESTARI JAYA - Minat terhadap sains perkomputeran dan teknologi digital mendorong Shuaib Yunus dari Nigeria berjaya menerima Anugerah Canselor Universiti Selangor (Unisel), pada Istiadat Konvokesyen Ke-8 di Kampus Bestari Jaya, baru-baru ini. Anugerah itu adalah pengiktirafan kepada pencapaian beliau mengekalkan Anugerah Dekan di sepanjang pengajiannya di Unisel. “Biarpun tidak fasih berbahasa Melayu, saya tidak malu bertanya dan faham setiap subjek yang dipelajari. “Sikap itu memudahkan saya untuk mengekalkan pencapaian Anugerah Dekan setiap semester, selain aktif dalam persatuan,” kata Shuaib kepada Selangor Kini.
Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi; Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, bersama mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) sewaktu Festival Konvokesyen Universiti Selangor 2013. Festival berkenaan turut mengadakan aktiviti pesta jualan dan pelbagai pertanding yang dibuka untuk pelajar dan pengunjung
Zahari Mohd Tahir dan Nooraizian Omar
Ayah terharu terima ijazah arwah Nadia Shuaib, Hafiz dan Nurul Izzah, melihat ijazah yang diterima Henkie Isahwan (dua dari kiri) Anugerah disampaikan Canselor Unisel, Raja Tan Sri Arshad AlHaj Raja Tun Uda Alhaj. Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Industri
Unisel, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Permodalan Modal Insan, Dr Halimah Ali. Seramai 2,003 graduan bakal menerima ijazah masingmasing dalam majlis istiadat yang berlangsung selama dua hari itu. Pada majlis itu, Unisel turut menganugerahkan Anugerah Naib Canselor Unisel kepada Henkie Isahwan Ahmad Mulyadi dari Sabah. Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan (Kepujian) itu memperoleh Ijazah Kelas Pertama dan menerima Anugerah Dekan se-
lama lima semester berturutturut dan pernah merangkul Anugerah Akademik peringkat fakulti dan Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan Unisel. “Jangan putus asa jika gagal peluang pertama, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya dapat apa yang kita impikan,” katanya ketika ditemui. Turut diberi penghargaan, graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Nurul Izzah Ahmad yang merangkul Anugerah Pengerusi, manakala graduan Diploma Kejuruteraan Mekanika, Muhammad Hafiz Jaini, menerima Anugerah Exco Pendidikan.
BESTARI JAYA - Terharu dan bangga, namun perasaan sedih tetap dirasai Zahari Mohd Tahir, 62, sewaktu menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik bagi arwah anak perempuannya, Nadia Shazwani Zahari, 26, yang meninggal dunia 16 Ogos lepas. Sebelum itu, Istiadat Konvokesyen ke-8 Universiti Selangor (Unisel) di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya senyap seketika tatkala seluruh hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk arwah Nadia, yang maut kemalangan jalan raya, kira-kira dua bulan lepas. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Nadia memandu kereta Perodua Kancilnya dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya apabila dirempuh kereta jenis Audi A4. Zahari ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak dapat menahan sedih ketika hadirin mula membacakan AlFatihah untuk anaknya. “Saya bangga dan terharu dengan ijazah yang diterima arwah. Sewaktu mereka baca Al-Fatihah, saya tidak dapat menahan sebak,” ujarnya. Katanya, arwah bercita-cita ingin menjadi jurugambar profesional suatu hari nanti dan sudah pun membuka syarikatnya sendiri. Ibu mangsa, Nooraizian Omar, 58, berkata arwah sepatutnya mengadakan majlis pernikahannya pada hari ini. Malangnya apa yang dirancang tidak menjadi.
12
Selangorkini 1 - 8 November 2013
My@MPSJ mudahkan pembayar cukai Oleh MOHD EZLI MASHUT SUBANG JAYA - Pembayar cukai di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak perlu lagi datang ke pejabat untuk sebarang urusan pembayaran kerana boleh dilakukan secara atas talian di My@ MPSJ. Yang DiPertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata MPSJ akan melaksanakan sistem butiran bil pembayaran cukai secara elektronik yang dihantar terus kepada pelanggan, mulai tahun depan. “Justeru, kita galakkan orang ramai buat pendaftar-an segera. Aplikasi melalui rekod pembayar akan memudahkan kita menghantar bil berkenaan kepada mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pelancaran Kempen Daftar
My@MPSJ yang diadakan di pekarangan Ibu Pejabat MPSJ, di sini, baru-baru ini. Katanya, perkhidmatan atas talian yang disediakan adalah bagi pembayaran cukai taksiran, kompaun trafik, sewaan, bil air, cagaran, tempahan gelanggang, pembaharuan lesen dan semakan status pembayaran kontraktor. “MPSJ juga menyediakan alternatif untuk pendaftaran keahlian di kaunter ibu pejabat MPSJ dan mereka yang mendaftar berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah sehingga RM20,000,” katanya. Syarat untuk menjadi ahli My@MPSJ adalah dengan menyertakan salinan kad pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan atau yang berkenaan dan hantar ke Kaunter Hub My@MPSJ, Jabatan
Datuk Asmawi melihat pengguna membayar cukai menggunakan mesin elektronik Teknologi Maklumat, Kaunter Informasi MPSJ. Untuk memanfaatkan per-
khidmatan ini, pengguna boleh layari laman sesawang MPSJ http://www.mpsj.gov.my. Se-
lain itu, e-mel kepada ct@ mpsj.gov atau talian faksimili 03-8024 6612.
Tindakan tegas ke atas gerai kotor
SUBANG JAYA - Pemilik gerai dan restoran di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), digesa untuk memastikan kebersihan dan keceriaan premis bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil. Yang DiPertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata tindakan tegas termasuk menutup premis kotor dan melanggar undang-undang serta enggan mengikut peraturan ditetapkan. Katanya, sehingga kini empat restoran dikenakan kompaun dan diberi amaran untuk meningkatkan tahap kebersihan serta patuh pada peraturan yang ditetapkan. “MPSJ laksanakan kompaun pada mereka yang banyak lakukan kesalahan. Kita harap tindakan ini dijadikan pengajaran pada premis lain,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Daftar My@MPSJ, di pekarangan Ibu Pejabat MPSJ, di sini. Asmawi berkata, operasi berterusan terhadap premis gerai
MPSJ laksanakan kompaun pada mereka yang banyak lakukan kesalahan. Kita harap tindakan ini dijadikan pengajaran kepada premis lain DATUK Asmawi Kasbi Yang DiPertua MPSJ
dan restoran akan dilakukan lebih kerap bagi memastikan pihak terbabit mengikut peraturan. Katanya, peniaga juga tidak sepatutnya meletakkan kerusi dan meja di luar premis. “Kompaun yang ditetapkan RM250,00 tanpa diskaun dan rayuan kerana MPSJ mahu mengajar peniaga supaya lebih berdisiplin ,” katanya.
Tumpu 5 sektor pembangunan utama PETALING JAYA - Majlis Bandaraya
Talian Hotline Kutipan Sampah Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor? Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tel : 03-6064 1331 SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888 Laman Web: www.mdhs.gov.my Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kutipan Sampah Klang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif ) Pembersihan awam (Jalan dan Longkang) Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan) Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free) Laman web: www.mpklang.gov.my
Alinah sewaktu mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ padu semua pihak sangat diperlukan demi mencapai wawasan tersebut. “Sebagai contoh, sokongan Pejabat Tanah Daerah Petaling adalah perlu untuk pemprosesan perolehan tanah duduk sementara (TOL) dengan kadar segera bagi pembinaan kemudahan ‘Park n Ride’, begitu juga kerjasama bersepadu dengan agensi pembekal utiliti.
“Kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium dan lain-lain agensi diperlukan supaya kerja-kerja pembinaan dan pengorekan tidak mendatangkan gangguan kepada pengguna jalan raya,” katanya lagi. Dalam pada itu, MBPJ juga merancang pembangunan bandaraya itu supaya menjadi satu bandar yang berdaya huni, dicintai dan berjiwa.
Operasi tembak gagak di Klang KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru-baru ini menjalankan operasi menembak gagak bagi membanteras aktiviti haiwan liar itu yang semakin berleluasa di daerah Klang.
13
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tel : 03-4296 8000; Hotline : 1 -800-22-8100 Laman Web: www.mpaj.gov.my
Oleh SIRAJ MOHD ZAINI Petaling Jaya (MBPJ) akan memberi fokus terhadap lima sektor pembangunan utama di dalam Belanjawan Selangor 2014 kelak. Sektor tersebut termasuk kemudahan prasarana, persekitaran mesra alam, pengurusan trafik efisyen, gaya hidup lestari dan memperkasakan organisasi. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata penekanan akan diberi kepada penyediaan perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak masyarakat Petaling Jaya. “Demi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik dan prasarana, majlis komited meningkatkan kualiti kemudahan dan jaringan pengangkutan awam bagi menangani masalah lalu lintas,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ, di sini. Sehubungan itu, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi mengadakan perkhidmatan bas pengantara, dan RM4.67 juta bagi menyediakan kemudahan ‘Park n Ride’ di kawasan khas serta RM6.07 juta bagi pembinaan laluan basikal dan pejalan kaki. Katanya, kerjasama dan sokongan
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Setiausaha MPK, Ehsan Mukri, berkata, operasi seawal jam 7 pagi yang yang disertai kira-kira 151 peserta itu dilakukan hasil aduan orang ramai. Beliau berkata, beberapa lokasi
Pihak MPK mengira burung gagak yang berjaya ditembak
seperti Kapar, Taman Sri Sentosa dan Taman Sri Andalas adalah kawasan tumpuan gagak dan menjadi perhatian para peserta semasa operasi berkenaan. Setiap ekor gagak dibayar baunti sebanyak RM3 dan acara yang diadakan dapat mengawal populasi haiwan yang terkenal dengan masalah kesihatan itu," katanya. Katanya, hasil daripada operasi itu, sejumlah 6,874 gagak berjaya ditembak, sekaligus mencatatkan peningatan berbanding tahun lepas. Ehsan berkata, penyertaan daripada penembak juga adalah konsisten pada setiap tahun, sekaligus membantu MPK menangani masalah tersebut. "Penganjur ada menerima cadangan daripada peserta supaya program itu diadakan sebanyak dua kali setahun memandangkan sambutan menggalakkan, di samping dapat kurangkan populasi haiwan berkenaan kelak," katanya.
Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Tel: 03-3187 2825 SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888. Laman web: www.mdkl.gov.my Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Tel: 03-3289 1439 Laman web: www.mdks.gov.my Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Tel: 03-3224 1655 / 1000 Laman web: www.mdsb.gov.my Majlis PERBANDARAN Selayang (MPS) Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06 Laman web: www.mps.gov.my Majlis PERBANDARAN Sepang (MPSp) Tel: 03-8319 0200 / 0300 Laman web: www.mpsepang.gov.my Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878 Website: www.mbsa.gov.my Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545 Laman web: www.mpsj.gov.my Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am) SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213 Laman web: www.mbpj.gov.my Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Tel: 87377899 Hotline: 1-800-88-6755 Emel:
[email protected] Laman Web: www.mpkj.gov. my
Tempatan 14
Selangorkini 1 - 8 November 2013
Takziah untuk keluarga Norazita SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis itu untuk melarikan sejumlah wang, di USJ Sentral, baru-baru ini. Dalam kejadian pukul 6.18 petang itu, mangsa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dan bekerja di bank berkenaan selama 16 tahun ditembak di tempat kejadian, manakala bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan suspek, Ardi Hamza, 36, yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah. Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata beliau berharap tindakan pantas, profesional dan berkesan polis dalam usaha memastikan yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. “Tiada airmata dan rasa yang akan tinggal mengenangkan kejadian itu. Tiada juga kata yang boleh diucapkan bagi meredakan rasa marah yang dialami. “Semoga Allah memberi kembali ketenangan kepada keluarga, anak serta kaum kerabat arwah Norazita, khususnya kepada suaminya, Irwan Kamarudin di atas kejadian yang menyayat hati ini,” katanya.
41 waris DUN Ijok terima SMUE
Di Idris menyerahkan baki wang khairat kepada waris
JABATAN KERJA RAYA KENYATAAN TENDER
Oleh MARNIZA OTHMAN
Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaaan Malaysia (LPIPM(CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :Pejabat yang memanggil tender
Tajuk Projek (Pembiayaan)
Taraf / Jenis Syarikat
Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Dewan Serbaguna Di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Selangor
BUMIPUTERA T1
No.Tender : JKR/SEL(N) 041(T)/ 2013
Syarat pendaftaran
Tempat & Tempat & Harga Tempat, Tarikh Tarikh Dokumen Tarikh & Dokumen Melapor & Waktu Tender Dijual Diri Bagi Bayaran Tutup Ditapak Atas Nama
Bahagian Lawatan RM230.00 Kontrak & Tapak (Draf Ukur Bahan, digalakkan Bank/ i. Lembaga PembanguJKR Kiriman nan Industri Pembinaan Selangor Sebarang Wang/ Malaysia (CIDB), dan Shah Alam. Pertanyaan Wang Pos) ii. Memegang Perakuan sila hubungi: Pendaftaran Kontraktor, Bah. Atas Nama Pada Sijil Perolehan Kerja Bangunan, Pengarah Kerajaan (SPKK) dan Sijil 30.10.2013 JKR Kerja Raya Taraf Bumiputera (PKK) (Rabu ) Petaling: Negeri yang masih sah hingga 03-7839 Selangor Gred: G4 2402 12.11.2013 Kategori: B (Selasa) Pengkhususan: B04 dan Wajib berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) Mempunyai pendaftaran seperti berikut
Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor Tingkat. 1, Bangunan SSAAS 40582 Shah Alam, Selangor 19.11.2013 (Selasa) Sebelum/ Pada Jam 12.00 tengahari
Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa sijil asal PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN serta SIJIL TARAF BUMIPUTERA dan satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. *Jenis Pendaftaran:
T1 - Syarikat yang 100% ekuiti Bumiputera milik tempatan (Warganegara) A1 - Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara A2 - Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara T2 - Tidak berkenaan
BESTARI JAYA - Seramai 41 orang waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerima baki bayaran khairat kematian RM1500 yang disampaikan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad. Bayaran ini merupakan fasa ke-2 skim itu dan diberikan dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ijok. Dr Idris berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan wakil rakyat Pakatan (PR) untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang berhak tanpa mengira perbezaan politik, agama dan warna kulit. “Pilihan raya sudah berlalu, sekarang masa meneruskan kecemerlangan membantu kebajikan dan meningkatkan taraf hidup rakyat walaupun ada sesetengahnya berbeza parti politik,” kata beliau yang turut ditemani isteri, Mariah Abdul Karim. Untuk rekod dari April hingga September 2013, 85 kematian didaftarkan dan bayaran RM1,000 telahpun diserahkan kepada keluarga waris di DUN beliau.
Justeru, beliau menyeru agar mana-mana pihak yang masih belum mendaftar dengan program MES untuk tampil berbuat demikian. “Kalau ada yang belum mendapatkan bantuan SMUE, Tawas dan sebagainya, boleh datang ke pejabat saya. Ada permasalahan rakyat, kita boleh berbincang. Datanglah jumpa saya,” katanya. Seramai 30 orang miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima sumbangan RM100 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis). Seorang penerima Michael a/l Rayappen, 51, melahirkan rasa terharu dengan bantuan itu. “Dalam pembentangan belanjawan 2014 baru-baru ini, mereka (kerajaan) banyak tipu rakyat. Baru lima bulan pilihan raya berlalu, rakyat dapat hadiah pelbagai kenaikan harga barang. Dulu kata nak bagi BRIM RM1000, tapi yang dia umum RM650 “Tengok Selangor, dari kecil sampai tua dan meninggal dunia, rakyat tetap dibantu, ini yang kami (rakyat) suka,” katanya.
RM20 juta perbaiki asrama Unisel OLEH SIRAJ MOHD ZAINI BESTARI JAYA - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta bagi tujuan penambahbaikan asrama Universiti Selangor (Unisel) dan dijangka siap selewat-lewatnya pada Jun tahun hadapan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri komited membaik pulih bangunan asrama yang tidak boleh digunakan lagi bagi tujuan kemudahan prasarana pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan. “Blok bangunan itu sudah tidak boleh diguna dan kita akan adakan program penambahbaikan ‘Repairs and Maintenance’ dan peruntukan diberikan kepada pihak universiti untuk bergerak pada pembaikan,” katanya. Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Unisel Ke Lapan di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya di sini. Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad. Sementara itu, Abdul Khalid di dalam ucapannya berka-
Asrama Unisel akan diselenggara Kerajaan Negeri bagi memastikan tahap keselesaan dan keselamatan pelajar terus terjamin ta, masyarakat diharap tidak beranggapan bahawa graduan Unisel sebagai ‘graduan pasang siap’, iaitu kemampuannya terbatas. “Saya mahu dan bahkan
seluruh rakyat Selangor mahu, bahawa Unisel ini sebenarnya sentiasa mengeluarkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran berfikir, budiman, pencinta
ilmu dan berperibadi mulia. “Kesepaduan jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah kriteria penting untuk menjadi graduan cemerlang,” ujarnya.
Ambil alih kontrak Jana Niaga
Pelajar sambut baik langkah Kerajaan Negeri SHAH ALAM - Majlis Perwakilan Pelajar Unisel (MPPU) menganggap langkah Kerajaan Negeri mengambil alih kontrak penyelenggaraan dan membaiki bangunan daripada Jana Niaga Sdn Bhd sebagai satu perkembangan positif bagi menyelesaikan masalah kediaman yang dihadapi pelajar. Naib Yang Dipertua (YDP) MPPU, Ibrahim Junaidi (gambar), berkata sebelum ini para pelajar institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri ditempatkan di beberapa kawasan penempatan sementara
pelajar di Tasik Puteri, Kota Puteri, Bukit Minyak dan Taman Ilmu sejak awal tahun lagi. Keadaan itu menimbulkan kesulitan kepada para pelajar yang terpaksa berulang-alik untuk ke kelas sehingga mengganggu masa pembelajaran. "Kami berharap langkah ini dapat mempercepatkan pelajar dimasukkan semula ke kolej kediaman kerana dari hari pertama kami dikeluarkan dari kolej kediaman, kami masih menanti bila masalah ini akan diselesaikan. "Berbeza jika tinggal di da-
Tempatan Selangorkini 1 - 8 November 2013
15
Kontrak Jana Niaga ditamatkan
KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri mengambil keputusan menamatkan kontrak syarikat menyelenggara dan membaiki kerosakan asrama pelajar Universiti Selangor (Unisel), Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), berkuatkuasa 5 November ini. Exco Pendidikan Negeri, Dr Halimah Ali, berkata keputusan itu diambil disebabkan kegagalan syarikat terbabit membaik pulih asrama pelajar universiti milik Kerajaan Negeri itu. “Kita kenal pasti masalah sebenar di asrama Unisel, sebaik kontrak JNSB tamat pada tarikh berkenaan,” katanya ketika merasmikan Festival Konvokesyen Unisel, di sini. Sebelum ini, Selangor Kini melaporkan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad mendakwa tapak asrama terbabit tidak dibuat ‘rawatan’ yang betul. Halimah ketika diminta mengulas laporan berkenaan berkata, masalah tanah mendap yang mengancam struktur bangunan itu tidak boleh diletakkan ke atas satu pihak. “Masalah ini sudah berlaku sejak Unisel mula dibina tanpa mengikut perancangan yang betul dan kita akn cuba kenal pasti masalah itu dalam masa terdekat,” kata beliau lagi. Mengikut rekod, kerja pembinaan 44 blok asrama UNISEL mula dilakukan atas bekas tapak lombong bijih timah, pada 2002.
WAKTU SOLAT Selangor
1 - 8 November 2013 27 Zulhijjah - 4 Muharam 1435H Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
Kami berharap langkah ini dapat mempercepatkan pelajar dimasukkan semula ke kolej kediaman kerana dari hari pertama kami dikeluarkan dari kolej kediaman, kami masih menanti bila masalah lam kampus, tinggal di luar ini akan diselesaikan agak jauh, terpaksa berulangalik dengan bas dan keadaan ini sudah tentu memakan masa," kata Ibrahim kepada Selangor Kini.
IBRAHIM JUNAIDI Naib Yang Dipertua (YDP) MPPU
01 Jumaat 02 Sabtu 03 Ahad 04 Isnin 05 Selasa 06 Rabu 07 Khamis 08 Jumaat
5:30 5:30 5:30 5:30 5:30 5:30 5:30 5:30
5:40 5:40 5:40 5:40 5:40 5:40 5:40 5:40
6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:59 6:59
1:00 1:00 1:00 1:00 1:00 1:00 1:00 1:00
4:20 4:20 4:20 4:20 4:20 4:20 4:21 4:21
6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58
8:09 8:09 8:09 8:09 8:09 8:09 8:09 8:09
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 01 Jumaat 02 Sabtu 03 Ahad 04 Isnin 05 Selasa 06 Rabu 07 Khamis 08 Jumaat
5:32 5:32 5:32 5:32 5:32 5:32 5:32 5:32
5:42 5:42 5:42 5:42 5:42 5:42 5:42 5:42
7:00 7:00 7:00 7:00 7:00 7:00 7:01 7:01
1:02 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02
4:22 4:22 4:22 4:22 4:22 4:22 4:23 4:23
7:00 7:00 7:00 7:00 7:00 7:00 7:00 7:00
8:11 8:11 8:11 8:11 8:11 8:11 8:11 8:11
Selangor Kini
BN hukum rakyat R
akyat terpaksa memikul pembaziran besar-besaran kerajaan Pusat pimpinan Umno Barisan Nasional apabila memutuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Ia berikutan perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM217.6 bilion berbanding RM216.2 bilion tahun lalu sedangkan peruntukan pembangunan mengecil daripada RM45.1 bilion (2013) kepada RM 44.5 bilion (2014). Lebih mendukacitakan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengurangkan cukai untuk golongan kaya tetapi memperkenal cukai baru terhadap rakyat biasa. “Langsung tiada usaha me-
nyelesaikan kebocoran dana rakyat yang mengakibatkan kerugian RM20 hingga RM30 bilion. Kemudian kamu (BN) hukum rakyat dengan mengenakan cukai baru,” katanya selepas pembentangan Belan-
jawan Negara 2014. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini membuktikan wang rakyat diurus sewenangwenangnya, meneruskan tradisi pemborosan pada setiap laporan sama setiap tahun
PERUNTUKAN RAKYAT YANG DIKURANGKAN Pembangunan luar bandar Perkhidmatan kesihatan luar bandar Bekalan elektrik luar bandar Bekalan air luar bandar
RM50 juta RM130 juta RM47 juta RM136 juta
Jabatan Kemajuan RM24 Orang Asli Pembangunan jalan raya dan jambatan
juta
RM158 juta
sebelum ini. Anwar berkata, pengurusan kewangan lemah mengakibatkan peruntukan pembangunan luar bandar dicantas, antaranya pembangunan luar bandar termasuk Institut Kemahiran Mara (RM50 juta) dan perkhidmatan kesihatan luar bandar (RM130 juta). Katanya, turut dikecilkan ialah peruntukan untuk bekalan elektrik luar bandar (RM47 juta), bekalan air luar bandar (RM136 juta), Jabatan Kemajuan Orang Asli (RM24 juta), pembangunan jalan raya dan jambatan (RM158 juta). Beliau berkata, kerajaan Pusat tiada asas moral untuk mengenakan GST selagi tidak perbaiki pe rbelanjaan dan mengurangkan kebocoran serta penyelewengan. “Kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan sebagai jalan mudah meningkatkan hasil secara cepat,” katanya, menambah pelaksanaan GST juga merangsang kenaikan kadar cukai itu apabila mereka kesempitan. Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu berkata, penubuhan beberapa agensi baru yang bertindih dengan beberapa agensi sedia ada mendorong
Penubuhan beberapa agensi baru yang bertindih dengan beberapa agensi sedia ada mendorong pembaziran besar-besaran. Antaranya, The Malaysian Green Foundation dengan geran pelancaran RM15 juta (bertindih dengan Green Technology Corporation Malaysia), Skim Permulaan Entreprenor Melayu Bumiputera dengan peruntukan RM30 juta (bertindih dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera), Pusat Inovasi Dan Kreatif Global Malaysia dengan peruntukan RM50 juta (bertindah dengan Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia) dan New Entrepreneurs Foundation (bertindih dengan SME Corp). pembaziran besar-besaran. Antaranya, The Malaysian Green Foundation dengan geran pelancaran RM15 juta (bertindih dengan Green Technology Corporation Malaysia), Skim Permulaan Entreprenor Melayu Bumiputera dengan peruntukan RM30 juta (bertindih dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera), Pusat Inovasi Dan Kreatif Global Malaysia dengan peruntukan RM50 juta (bertindah dengan Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia) dan New Entrepreneurs Foundation (bertindih dengan SME Corp). “Ini akan menyebabkan duplikasi dan pembaziran,” katanya.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985