UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
Pensyarah : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD. LATIF BIN HJ GHAPOR
KRITIK JURNAL NAME
: AHMAD SYAHMI BIN JUWAINI
ID NO.
: M20132001779
JURNAL
: ETHICS IN E-LEARNING
1
MALUMAT ASAS JURNAL
NAMA PENGARANG
:
1. ASSIST.PROF.DR. ELIF TOPRAK (ANADOLU UNIVERSITY) 2. ASSIST.PROF.DR. BERRIN ÖZKANAL (ANADOLU UNIVERSITY) 3. RES. ASSIST.DR. SINAN AYDIN (ANADOLU UNIVERSITY) 4. INSTRUCTOR SEÇIL KAYA (ANADOLUUNIVERSITY)
TAJUK JURNAL
: ETHICS IN E-LEARNING
TAHUN
: 2010
NAMA JURNAL
: TOJET
JENIS ARTIKEL
: KUANTITATIF
2
1.0 RINGKASAN ARTIKEL
Jurnal ini membincangkan tentang isu etika dalam e-pembelajaran atau bahasa mudahnya apa yang perlu pengguna lakukan dalam mengendalikan e-pembelajaran. Merujuk kepada etika yang terlibat, jadi jurnal ini mengkaji pendapat guru dan pelajar program jarak jauh tentang etika dan interaksi yang terlibat dalam e-pembelajaran. Maka, kajian ini adalah berpusatkan kes yang berkait dengan pendapat guru dan pelajar.
Semenjak dua dekad kebelakangan ini, pembelajaran secara atas talian adalah sangat popular di mana internet telah memadam sempadan dan limitasi dalam peluang pembelajaran yang akhirnya menimbulkan isu bagaimana untuk mengawal pelajar jarak jauh ini. Maka dari situ telah timbul “Code of Ethics” yang mempunyai lapan elemen penting dalam mengawal pergerakan institusi dalam menetapkan penunjuk arah untuk pengguna (pelajar). Selain itu , isu-isu berkaitan epembelajaran yang lain turut dinyatakan seperti etika internet, interaksi atas talian dan juga etika untuk pelajar jarak jauh berkaitan isu peperiksaan, projek, tutor dan sebagainya yang kesemuanya dijalankan secara atas talian.
Persoalan yang ditimbulkan ialah apakah pendapat pelajar dan guru tentang kepelbagaian pelajar, tingkahlaku dan peraturan undang-undang dalam kursus atas talian.
2.0 PERSOALAN KAJIAN Penulis telah menyatakan persoalan kajian dengan jelas untuk memudahkan pembaca untuk mengetahui isu yang terlibat dalam kajian. Berdasarkan tinjauan literature lepas yang dikaji dan dinyatakan oleh penulis, kronologi dan kaitan antara literature adalah tersusun. Di sini, saya nyatakan susunan tinjauan literature yang disusun penulis:i.
Penulis menyenaraikan “Code of Ethics” yang dibangunkan oleh :Association for Computing Machinery” (ACM). (Lengel,2004)
ii.
Membuat perbandingan tentang etika internet dan isu kurikulum. (Gearhart,2001)
iii.
Menyatakan garis panduan untuk pelajar jarak jauh. (Gearhart,2005) 3
iv.
Menyenaraikan pendekatan untuk mengelakan ketidakjujuran pelajar. (Hinman,2000)
v.
Masalah etika yang berlaku ketika menyediakan kursus atas talian. (Mcmahon, 2007)
Berdasarkan susunan tinjuan literetur yang dinyatakan, maka jelas penulis telah mengkaji kajiankajian lepas dengan baik. Persoalan yang ingin ditimbulkan penulis dalam jurnal adalah berkaitan dua perkara iaitu:
Apakah pandangan pengajar dan pengajar tentang kepelbagaian pelajar dalam kursus atas talian?
Apakah pandangan pengajar dan pelajar tentang tingkah laku dan undang-undang yang perlu dalam kursus atas talian?
3.0 METODOLOGI
Metodologi yang digunakan adalah sesuai dan menjawab tujuan kajian dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kajian berpusatkan kepada kes. Maka, untuk mendapatkan maklumat,
borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan
mengenalpasti pendapat pengguna pembelajaran di atas talian. Soal selidik yang digunakan menggunakan skala Likert berskala 5 bermula dari sangat tidak setuju hingga sangat bersetuju. Berdasarkan tinjauan literature, terdapat lapan aspek dalam etika dalam e-pembelajaran tetapi pengkaji memberi focus kepada hanya tiga aspek iaitu:I. II. III.
Kepelbagaianpelajar Undang-undang Peraturan tingkahlaku.
4
Method yang digunakan adalah dengan memberikan soal selidik kepada para pelajar dan pengajar dari program bahasa. Butiran responden adalah seperti berikut:
Jumlah : 250 orang pelajar dan 31 pengajar.
Umur: Pelajar tahun ke-3 dan ke-4.
Kaedah ; Pelajar ( soalselidik di muatnaik pada laman sesawang program) Pengajar ( Soalselidik diberikan melalui e-mail)
Maka, pemilihan sampel adalah mencupi untuk mewakili populasi.
4.0 ANALISIS DATA
Analisa yang dijalankan adalah secara dekriptif iaitu dengan mendapatkan frekuensi pendapat bagi pelajar dan pengajar dan kemudiannya dibandingkan dari sudut idea dan jangkaan mereka terhadap e-pembelajaran. Melalui perbandingan yang dibuat dalam menganalisa data, maka ketepatan dalam mengukur kehendak dan pendapat pelajar dan pengajar adalah sangat tinggi.
Setelah menjalankan analisa secara deskriptif (frekuensi), penulis menyenaraikan hasil analisa dalam bentuk jadual. Maka, ini sangat memudahkan pembaca untuk memahami setiap item yang terlibat dalam analisa kajian.
5.0 PERBINCANGAN
Pada bahagian perbincangan, penulis tidak mengaitkan perbincangan hasil kajian dengan kajiankajian lepas. Maka, dari sudut perbandingan kajian lepas dan sekarang tidak dapat dilihat dengan jelas. Pada saya, ini merupakan kelemahan pada bahagian perbincangan dalam jurnal ini.
5
1) Pendapat oleh pelajar dan pengajar tentang kepelbagaian pelajar.
Lebih daripada 90% pelajar dan pengajar menjelaskan supaya akronim,jargon,
peribahasa dan humor mesti dijelaskan dalam kandungan kursus supaya mudah difahami dan digunakan.
100% pengajar menyatakan perlu ada pentafsiran kepada program atas talian
untuk jargon dan terminalogi supaya dapat memudahkan para pelajar.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar telah menyebabkan masalah dari segi komunikasi dan proses penyampaian maklumat. Maka, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan terdapat terjemahan yang jelas untuk meraikan kepelbagaian pelajar.
2) Pendapat oleh pelajar dan pengajar tentang isu tingkah laku dan undang-undang.
93% daripada pelajar menyatakan bahawa mereka perlu diberitahu secara jelas isu
tingkah laku (berkaitan isu interaksi dannkomunikasi orang atasan) dan juga tanggungjawab mereka (peperiksaan, penilaian dan latihan) berkaiatan kursus atas talian.
100% pengajar bersetuju dengan poin di atas.
Jika pelajar melanggar etika kursus lebih dari sekali, maka pelajar akan didenda
oleh pengajar. Selain itu, 21.7% pengajar juga bersetuju untuk member markah yang rendah kepada pelajar yang melanggar etika di samping mengeluarkan terus pelajar dari perbincangan atau forum atas talian.
Berkaitan dengan isu penglibatan pelajar. 55% dari pelajar berpendapat supaya
kehadiran pelajar tidak diambil kira untuk pemarkahan pelajar.
Berkaiatn isu plagiat, pengajar bersetuju untuk menggagalkan pelajar jika mereka
ditangkap melakukan sedemikian.
6
Kesimpulannya, penulis telah menghuraikan dapatan kajian dengan jelas dengan merujuk kepada objektif kajian. Maka, terdapat keselarasan antara objektif, metod mendapatkan maklumat dan huraian pada dapatan kajian.
6.0 KESIMPULAN
Penulis telah membuat kesimpulan kajian dengan baik dengan memberikan kesimpulan dari perspektif pelajar dan pengajar berkaitan e-pembelajaran. Selain itu, kesimpulan juga dibuat bagi menjawab persoalan kajian iaitu tentang kepelbagaian pelajar, undang-undang dan peraturan tingkah laku.
7