HAYATI KEMERDEKAAN TANAH TUMPAH DARAH KITA! Masjid Sultan Ismail 30 Ogos 2013 Prof. Madya Dr. Hj. Azhar bin Muhammad Pengarah Pusat Islam UTM
حنمده،احلَ ْمدُ ِِهلل ذ ِاَّل ْي َأ ْن َر َمنَا ِب ِن ْع َم ِة احل ّ ُِري ذ ِة َوا ِال ْس ِت ْل َاللِ َو َع ُظ َم ْت كُدْ َرثُ ُو َوثَ َعالَ ْت ِح ْْكَ ُت ُو َو ُ ذُع ْت ِه ْع َم ُت ُو ِ وهعوذ ابهلل من رشور ٔأهفس نا ومن س،ووس تعينو ووس تغفره ،هللا فال ُم ِض ذل هل ُ َمن هيده، يئـات ٔأعاملنا ْ ُو َمن ي َو َأ ْشيَدُ َأ ذن ُم َح ذمدً ا َع ْبدُ ُه، رشيْ َم َ ُهل ِ َ هللا َو ْحدَ ُه َال ُ و َأ ْشيَدُ َأ ْن َال ا َهل االذ،ضلل فال ىادي هل ِ ِ ْ َ َاللذيُ ذم َص ِ ّل َو َس ِ ّ ّْل عَىل َح ِب ْي ِبنَا ُم َح ذم ٍد َوعَىل َا ِ ِهل َو،َُو َر ُس ْو ُهل اث ُلوا، فيا عباد هللا، ٔأما بعد. َص ِب ِو أٔمجعني ُ هللا ٔأ ِ بتلوى اي ٔأهيا اَّلين أٓمنوا اثلوا:هللا ثعاىل يف نتاب ِو ال َعزيز ُ كا َل، ون َ ْهللا فلد َ َ وصيُك وٕا َ فاز املت ُل َ ايي )201 هللا حق ثلاثو وال متوتن إال و ٔأهمت مسلمــون (أٓل ُعران Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala laranganNya. Bertakwalah kepada Allah dengan cara kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat ini, kita dapat mengamalkan Islam dengan bebas tanpa sekatan dan kesukaran. Inilah yang dikatakan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Salah satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kita terhadap nikmat tersebut ialah dengan cara kita mengisi kemerdekaan ini dengan cara yang diredai oleh Allah SWT. Ma ‘asyiral Mukminin rahimakumulLah, Esok genaplah negara yang kita cintai ini menyambut ulang tahun kemerdekaan bagi kali yang ke-56. Ini menunjukkan Malaysia telah memperoleh kemerdekaan daripada pihak penjajah lebih setengah abad yang lalu seperti Portugis, Belanda, kemudian British; dikuasai seketika oleh Jepun, kemudian kembali dijajah British. Dalam tempoh tersebut, para pejuang kita termasuk para ulama dan pejuang nasionalis tidak henti-henti berjuang dan berjihad untuk menuntut kemerdekaan. Pelbagai cabaran, halangan dan pahit getir telah dilalui oleh mereka para pejuang semasa berjihad menentang penjajah bagi menuntut kemerdekaan negara. Generasi kini sepatutnya sedar tentang kesusahan, keperitan, onak, ranjau dan duri yang dirasai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan ini khususnya dalam mempertahankan agama Islam dan tanah tumpah darah yang kita cintai ini daripada musuh-musuh penjajah yang jelas berniat jahat terhadap Islam dan umatnya. Sememangnya menjadi agenda utama penjajah sejak kedatangan Portugis agar agama Islam penduduk Tanah Melayu ketika itu dapat dipesongkan dan ditukar dengan agama yang mereka bawa. Alhamdulillah dengan perlindungan daripada Allah jua, konspirasi dan agenda jahat pihak penjajah untuk mencelarukankan pegangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu ini bagaimanapun tidak berjaya dilangsungkan secara maksimum. Dengan pertolongan dan inayah Allah SWT yang masih mengizinkan agama-Nya bertapak di tanah tumpah darah umat Islam ini; dengan akidah dan keimanan yang jitu orang-orang Melayu; dan dengan jihad dan kesungguhan mempertahankan agama Islam oleh para ulama kita ketika itu, maka agama
1
Allah ini tetap terpelihara utuh hingga ke hari ini. Ternyata dengan kekentalan jiwa, ketangkasan fizikal serta kewibawaan para ulama kita yang berada di saf-saf hadapan bersama-sama dengan anak watan dan kaum-kaum lain berjaya melontarkan semangat yang menyemarakkan lagi penentangan dan kebencian terhadap misi dan propaganda jahat pihak penjajah. Walaupun sejarah merakamkan banyak kalangan ulama dan pejuang kemerdekaan kita yang ditangkap, dipenjarakan, diseksa, dibicarakan, dibuang jauh dari tanah air, digantung atau ditembak hingga mati; namun perjuangan mereka menampakkan hasilnya bila mana Islam tetap hidup subur dan tertegak tanpa goyah di tanah air tercinta ini. Orang-orang Melayu di Malaysia masih mengamalkan cara hidup Islam dan masih utuh berpegang dengan ajaran Islam. Justeru itulah maka kita perlu meneruskan tradisi perjuangan jihad ini untuk terus menegakkan Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Janganlah lagi kita biarkan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Islam dalam kehidupan orang-orang Melayu dari pelbagai aspek seperti akidah, amalan hidup, budi pekerti, dan sebagainya semakin luput disebabkan kerenah atau buatan tangan kita sendiri. Ma ‘asyiral Mukminin rahimakumulLah, Justeru sebagai generasi dan umat yang tahu mengenang budi, kita harus merasa wajib untuk menghormati dan mengenang kembali jasa-jasa pejuang kita kerana sememangnya peranan kita hari ini tidak akan sama dengan apa yang telah mereka korbankan untuk kita; khususnya untuk Islam dan umatnya. Firman Allah SWT:
Terjemahan: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.1 Justeru marilah kita hayati nilai kemerdekaan yang telah kita capai sejak 56 tahun yang lalu dalam erti kata yang sebenar. Antara yang boleh kita lakukan bagi membalas jasa pejuang kemerdekaan atau mujahid kita ialah dengan cara kita mengekalkan nilai-nilai Islamiyyah yang telah diamalkan oleh generasi datuk kita suatu ketika dahulu. Kalau 1
Surah al-Nisa, 4:95
2
dahulu orang-orang Melayu berbangga mengamalkan cara hidup dan peraturan Islam, maka kini kita patut megembalikan semula cara hidup dan peraturan tersebut. Jika dahulu orang-orang Melayu berbangga dengan jati diri Islam, maka kini kita patut mengembalikan semula jati diri tersebut. Jika dahulu orang-orang Melayu berbangga dengan identitinya yang tersendiri seperti berbudi bahasa, bersopan santun, berhemah dalam berbicara dan berhati dalam tindak tanduk; maka kini kita patut mengekalkan nilainilai tersebut. Jika dahulu orang-orang Melayu berbangga dengan nilai-nilai akhlak Islamiyyah; maka kini kita patut mengekalkan akhlak tersebut. Jika dahulu orang-orang Melayu berbangga dengan ajaran dan tunjuk ajar Islam; maka kini kita patut mengekalkan ajaran dan tunjuk ajar tersebut. Begitu juga jika dahulu orang-orang Melayu berbangga dengan tulisan Jawinya, maka kini kita patut megembalikan tulisan tersebut ke tempat yang sewajarnya kerana tulisan tersebut diadaptasikan dari tulisan Arab yang secara langsung akan mempermudahkan generasi kita kini dan akan datang mengenali alQuran dan al-Hadith. Jangan biarkan semua ini berkubur begitu sahaja, sedangkan kita hanya menontonnya sahaja tanpa ada apa-apa tindakan. Itulah jati diri kita, itulah identiti kita, itulah jiwa dan rupa kita; sebagai orang Melayu yang diasuh dengan didikan Islam, yang menyelamatkan generasi Melayu kita daripada cengkaman aninisme dan dinanisme; satu kepercayaan kepada hantu polong, semangat ruh, khurafat dan tahyul. Juga membawa kita lari jauh daripada pengaruh Budhisme dan Hinduisme yang satu ketika dahulu cuba menguasai minda dan tindak tanduk generasi Melayu. Ma ‘asyiral Mukminin rahimakumulLah, Kemerdekaan negara yang diraikan dengan penuh meriah pada tahun ini - bertemakan Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpah Darahku - menuntut kita agar merenung sejenak apakah yang telah kita lakukan dalam mengisi kemerdekaan. Untuk mengisi kemerdekaan ini, kita sepatutnya meneruskan perjuangan mujahid-mujahid pejuang kemerdekaan kita dahulu. Jihad yang telah dilancarkan oleh mereka sepatutnya diteruskan oleh kita walaupun kita katakan kita telah merdeka. Cuma mungkin bentuk jihad dan perjuangan yang kita perlu lakukan kini agak berbeza, walaupun mempunyai tujuan yang sama. Islam diutuskan untuk memerdekakan manusia daripada sifat-sifat jahiliyah. Merdeka menurut Islam adalah keperluan kepada menjaga kemaslahatan manusia. Bagi memastikan perjuangan yang kita lakukan bertepatan dengan tuntutan Islam, satu penelitian terhadap sirah perjuangan Rasulullah SAW perlu dilakukan. Dalam konteks ini, Sayyidina Umar Ibn al-Khattab r.a pernah berkata: “Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, bilamana kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kita akan dihina oleh Allah”. Sesungguhnya, junjungan besar Baginda Rasulullah SAW sendiri ialah seorang tokoh agung perjuangan pembebasan dan kemerdekaan. Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia daripada segala bentuk belenggu penjajahan dan perhambaan termasuk penjajahan minda, penjajahan akidah, sehinggalah kepada
3
penjajahan fizikal dan sistem kehidupan, sama ada dalam bentuk ekonomi, politik mahupun sosial. Sejarah membuktikan kepada kita semasa Muhammad SAW diutuskan, umat manusia telah terlalu jauh terpesong daripada hidayah para rasul terdahulu. Mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu, sesat dalam mencari hala tuju kehidupan, serta jahil dalam memenuhi tuntutan kerohanian sehingga sanggup menyembah patung, berhala dan objekobjek lain yang didakwa mempunyai kuasa. Kejahilan terus mencengkam mereka sehingga zaman tersebut dikenali sebagai zaman jahiliah. Sebaik sahaja baginda berjaya mengasas sebuah negara yang bebas dan merdeka, agenda utama Rasulullah adalah mengisi kemerdekaan yang ditempa dengan membina sebuah kehidupan baru menepati kehendak Allah SWT. Kita sering mendengar kata-kata keramat “merdeka” pada setiap kali sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air kita berlangsung. Bendera kita - jalur gemilang - dikibar di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta, bahkan secara individu di permis, rumah, sekolah, pada kenderaan masing-masing dan lain-lain; tetapi adakah kita betul-betul menghayatinya. Marilah kita menghayati erti sebenar kemerdekaan yang telah kita capai ini:
Kita sepatutnya merasa malu dengan laungan “merdeka” jika ajaran Islam di tanah tumpah darah kita makin dipinggirkan, akal umat Islam di tanah air kita masih di takuk lama, tidak berkembang; muda mudi Islam kita mencatat rekod tertinggi dalam apa-apa sahaja permasalahan jenayah; penagihan dadah, pil khayal, arak, rompak, rogol dan lain-lain menjadi aktiviti biasa, idealisme ciptaan penjajah yang dahulunya diusir dari bumi bertuah ini makin dipuja, dipuji dan dijadikan idola oleh generasi muda kita hari ini.
Kita juga sepatutnya merasa sedih dengan laungan “merdeka” jika keturunan Melayu yang beridentitikan Islam di negara kita dicemari dengan perlakuan yang mencelarukan keturunan mereka. Kelahiran anak tidak sah taraf bertambah dari masa ke masa hingga bayi-bayi yang baru dilahirkan yang beriraskan wajah Melayu yang sudah semestinya beragama Islam, terlalu kerap kedengaran dibuang merata-rata.
Kita juga sepatutnya merasa kesal dengan laungan “merdeka” jika generasi muda mudi Melayu Islam kita hanyut dan tenggelam di bawah sinaran lampu kelabkelab malam dan konsert-konsert yang menghidangkan nyanyian atau tarian yang melaung-laungkan istilah-istilah cinta, asmara dan kerinduan nafsu syahwat antara lelaki dan perempuan.
Kita juga sepatutnya merasa tercabar dengan laungan “merdeka” jika harta yang dikatakan rezeki dikumpul melalui cara yang haram menjadi amalan biasa dalam masyarakat kita. Amalan riba, judi, rasuah dan sebagainya menjadi amalan biasa dalam masyarakat kita di tanah tumpah darah kita.
4
Adakah kita menghargai usaha jihad para ulama dan pejuang kemerdekaan kita dahulu sekiranya kita tidak meneruskan kesinambungan perjuangan mereka dalam negara kita pada hari ini?? Walaupun kita dinobatkan dengan perkataan keramat “merdeka, merdeka, merdeka”; tetapi adakah kita berpuas hati dengan pengisian dan penghayatan kemerdekaan tersebut? Di manakah nilai 56 tahun kita merdeka jika kita tidak memerdekakan akidah, diri dan akal kita daripada belenggu budaya sesat tinggalan penjajah yang pernah menjajah tanah tumpah darah kita sejak berkurun lamanya?? Ma ‘asyiral Mukminin rahimakumulLah, Marilah kita bersama-sama menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang kita cintai ini dengan pengisian yang dapat memerdekakan diri dan minda kita daripada penjajahan termasuk idealisme penjajah. Marilah kita mempertahankan generasi muda kita agar tidak berada dalam keadaan leka hingga membawa kita dijajah kembali, sama ada melalui pemikiran atau perlakuan kita. Secara sedar atau tidak, sebenarnya pemikiran dan perlakuan generasi kita dilihat makin hari makin terjajah. Minda dan kelakuan generasi kita semakin tercalar dengan kepelbagaian budaya penjajah moden yang meresapi secara halus sekali. Apa yang membimbang dan menyedihkan kita, budaya mungkar dan maksiat yang jelas dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya telah dijadikan agenda biasa bagi generasi kita hari ini. Malah cara hidup Islam makin kurang diminati, majlis-majlis ilmu tidak mendapat sambutan dan masjid-masjid kurang dikunjungi. Marilah kita jadikan tanggungjawab mengisi kemerdekaan ini sebagai tanggungjawab bersama seluruh masyarakat dan rakyat negara ini khususnya para ibu bapa yang merupakan orang terdekat dengan generasi muda ini. Kita boleh berbangga kerana negara kita berjaya membangun dari aspek material dengan begitu pesat sekali selepas kemerdekaan, tetapi kita juga ingin berbangga dengan ketulusan rohani dan ketahanan jati diri generasi kita kerana merekalah yang akan mencorak kepimpinan negara akan datang. Didiklah generasi kita supaya mereka menghargai nikmat kemerdekaan ini. Sama-samalah kita mengemblingkan usaha agar akhlak dan minda generasi muda kita terdiri atas asas yang kukuh iaitu asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sekiranya asas ini kuat, maka perlakuan dan minda mereka tidak akan mudah untuk dijajah. Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan ini dengan pengisian yang mendatangkan keredaan Allah SWT. Ingatlah, kemerdekaan tanah tumpah darah kita adalah satu anugerah yang amat besar dan perlu dijaga agar ia terus berkekalan untuk generasi kita seterusnya. Kita juga perlu ingat untuk tidak berbuat perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT dalam keghairahan kita mengisi kemerdekaan negara. Ambillah iktibar daripada firman Allah:
ان ال َّر ِج ْي ِم َّ أَع ُْو ُذ بِاهلل ِمنَ ال ِ َش ْيط
5
Terjemahan: Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi melimpah-limpah rahmat-Nya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendaki-Nya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu daripada keturunan kaum yang lain.2
ث َوال ِّذ ْك ِز َ با َر ِ َ ءان اَ ْل َع ِظ َْ ْم َووَفَ َعىِ ٌْ َوإٍَِّا ُك ْم ِب َما فِ َْ ًِ ِم َه ْاٍُا ِ ْك هللاُ لِ ْي َولَ ُك ْم بِ ْالقُز ً َ ص َْ ُك ْم ِعبَا َد هللا َوإٍَِّا ِ أ ُ ْو. الوحًَُ إِوًَُّ ٌُ َو اَل َّس ِم َْ ُع اَ ْل َعلِ َْ ُم َ ِاَ ْل َح ِكَ ِْم َوحَقَب ََّل ِمىِّ ٌْ َو ِم ْى ُك ْم ح َ َبِخَ ْق َوى هللا فَقَ ْد ف َوأَ ُحثُّ ُك ْم َووَ ْف ِس ْي َعلَي طَا َع ِت هللاِ َو َرس ُْولِ ًِ فِ ْي ُك ِّل، اس اَ ْل ُمخَّقُ ْو َن ث ٍ َو ْق ْ أَ ْسخَ ْغفِ ُز هللاَ ْال َع ِظ َْ َم، ج لَ َعلَّ ُك ْم حُ ْفلِح ُْو َن ِ ِلٌ َولَ ُك ْم َولِ َسائِ ِز اَ ْل ُم ْسلِ ِمَ َْه َو ْال ُم ْسلِما . فَا ْسخَ ْغفِز ُْويُ فََا َ فَ ْو َس اَ ْل ُم ْسخَ ْغفِ ِزٍ َْه َوٍَا وَ َجاةَ اَلخَّآئِبَِ َْه، ث ِ َو ْال ُم ْؤ ِمىَِ َْه َو ْال ُم ْؤ ِمىا
2
Surah al-An’am, 3:133
6