Warisan Melayu 175 _________________________________________________________________________
UNIT 9 WARISAN MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini anda dapat: 1. Mengetahui dan memahami warisan puisi dan prosa Melayu . 2. Mengenal pasti ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan dalam budaya masyarakat Melayu. 3. Menyenaraikan keistimewaan kesenian dan kebudayaan Melayu. 4. Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem hidup masyarakat Melayu.
PENGENALAN
U
nit ini akan membincangkan tentang warisan Melayu yang sebahagian daripada amalan orang Melayu sekarang ini adalah hasil himpunan dan adunan pelbagai amalan luar yang terkumpul sejak begitu lama. Amalan luar ini menyerap ke dalam kehidupan orang Melayu lalu bercampur-aduk dengan amalan budaya yang sedia ada pada mereka. Kebudayaan Melayu telah mengalami perubahan hasil kesan pertembungan dua masyarakat atau budaya (cultural contact) menerusi proses-proses difusi, asimilasi atau penyebatian dan perubahan-perubahan masyarakat yang lain. Walau bagaimanapun, sebenarnya orang-orang Melayu sudah mempunyai identiti kebudayaannya dan paling akhir perubahan dan penyesuaian diterima adalah daripada pengaruh Islam. Untuk memudahkan perbincangan, warisan Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu; a) Warisan puisi dan prosa Melayu b) Warisan kesenian dan kebudayaan Melayu
WARISAN PERSURATAN MELAYU
Sebelum datangnya pengaruh Hindu, Islam dan Barat, unsur penting dalam kesusasteraan Melayu ialah kepercayaan animisme. Apabila agama Hindu datang, kepercayaan agama ini telah membawa sikap dan nilai baharu kepada masyarakat Melayu dan seterusnya memberi kesan kepada kesusasteraan Melayu. Kata-kata dalam bahasa Sanskrit telah masuk kedalam kosa kata bahasa Melayu dan seterusnya sastera Melayu. Pengaruh ini dapat kita lihat antaranya melalui Hikayat Sri Rama, Hikayat Sang Boma dan cerita-cerita saduran dari kesusasteraan Hindu. Apabila Islam bertapak di alam Melayu pada abad ke-13, unsur-unsur Hindu mulai hilang. Cerita-cerita yang dipegaruhi unsur Hindu berbaur dengan unsur Islam. Sebahagian hasil sastera banyak dipengaruhi dengan cerita-cerita Islam, dan ada yang diterjemah langsung daripada ceritacerita Arab dan Parsi seperti Hikayat 1001 malam, Hikayat Bayan Budiman, Abu Nawas dan lain-lain seumpamanya. Cerita pahlawan Islam mula mempengaruhi sastera Melayu seperti Hikayat Iskandar
Warisan Melayu 176 _________________________________________________________________________ Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan tokoh-tokoh ini kemudiannya muncul sebagai tokoh lagenda. Kedatangan orang Barat membawa perubahan yang agak ketara dalam sastera Melayu. Sastera Melayu mula mengalami perubahan atau permodenan. Dalam hal ini timbul persoalan ialah bilakah bermulanya kesusasteraan Melayu moden itu. Dalam maksud moden ini, kita harus menentukan empat perkata, iaitu waktu, bahasa, masyarakat dan bahan. Kalau dilihat dari perspektif waktu, maka permulaan kesusasteraan Melayu moden, ramai sarjana setuju dengan meletakkan permulaan kesusasteraan Melayu moden adalah dari atau selepas Munsyi Abdullah, iaitu bermula dari abad ke19 masihi. Sebelum ini tidak ada hasil sastera yang boleh dianggap moden. Emeis pula menjelaskan, Abdullah tidak tergolong ke dalam sastera lama dan tidak juga ke dalam golongan sastera baharu. Abdullah sebenarnya adalah tokoh zaman peralihan di antara lama dan baru dengan alasan walaupun isi dan temanya membawa aliran moden tetapi gaya bahasanya masih berbentuk klasik. Tetapi satu perkara yang perlu diperhatikan ialah gaya bahasa Munsyi Abdullah memang mendekati kepada gaya bahasa klasik dari moden. Mengenai bahasa pula, kesusasteraan moden menggunakan bahasa umum, iaitu bahasa yang digunakan sehari-hari. Dari aspek waktu, Raja Ali Haji juga ternmasuk ke dalam golongan moden, namun jika diteliti dari aspek bahasa maka karya-karya Raja Ali Haji harus dimasukkan ke dalam golongan sastera klasik. Sastera dalam masyarakat Melayu moden adalah bersifat individualistik. Hal ini dapat dilihat dari aspek penciptaan dan penikmatan. Kisah-kisah yang dihasilkan adalah kisah masyarakat biasa yang cuba mendedahkan segala kepincangan social. Tujuan pengarangnya tidak semata-mata untuk menghibur bahkan cuba membuka mata pembacanya tentang sesuatu gejala yang berlaku dalam masyarakat. Kesusasteraan Melayu Klasik
K
esusasteraan Melayu klasik adalah sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain yang mempunyai unsur tokok-tambah. Ianya wujud sebelum adanya alat pencetak. Para pengkaji sastera menyebut hasil sastera klasik ini di hasilkan sebelum tahun 1800. Di dalam sastera Melayu klasik terpancar ‘worldview masyarakat’ Melayu ketika itu. Cerita-ceritanya banyak yang bersifat khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan. Sebahagian besar daripada sastera Melayu klasik adalah sastera lisan dan dikenali sengan nama sastera rakyat. Sastera klasik dihasilkan antara lain bertujuan untuk hiburan dan memberi pengajaran kepada audien, mempunyai unsur-unsur setempat dan bersifat universal. Sastera rakyat merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan masyarakat Melayu. Cerita-cerita rakyat selalunya diceritakan pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu malam dan kepada audien tertentu seperti kanak-kanak dan diceritakan oleh Tok Dalang. Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) orang Melayu dan berkembang dan hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan. Oleh itu, kita ini tidak akan mengetahui nama pengarang atau penulisnya yang menghasilkannya dan tidak diketahui bilakah ia dicipta. Penciptanya tidak berasa bangga terhadap apa yang diciptanya tetapi mereka bangga kerana dapat mewarisikan sesuatu kepada generasinya. Dalam proses penceritaan lisan berlaku banyak perubahan dan tokoktambah serta disesuaikan dengan situasi setempat. Contoh sastera lisan berbentuk cerita: a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana ) b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
Warisan Melayu 177 _________________________________________________________________________
c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang ) d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah ) e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan sastera rakyat dan huraikan ciri-ciri sastera rakyat.
PERIBAHASA Peribahasa ialah ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian yang tertentu. Peribahasa turut dikenali sebagai bidalan atau pepatah. Contoh,‘biar mati anak janagn mati adat’. PANTUN Sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris pertama dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan). Pantun Melayu dikatakan warisan orang Melayu yang tertua dan terbukti melalui contoh berikut, iaitu pantun yang ditulis dalam tulisan rencong.
Pantun Melayu dalam tulisan rencong. Sumber: manuskrip Melayu
Warisan Melayu 178 _________________________________________________________________________ JENIS-JENIS PANTUN 1. Pantun dua kerat 2. Pantun empat kerat - Pantun kanak-kanak - Pantun jenaka - Pantun bersukacita - Pantun berdukacita - Pantun kiasan - Pantun budi - Pantun nasihat - Pantun agama - Pantun kasih sayang - Pantun nasib 3. Pantun enam kerat 4. Pantun lapan kerat 5. Pantun sepuluh kerat 6. Pantun dua belas kerat 7. Pantun tiga belas kerat 8. Pantun berkait Contoh: • Pantun dua kerat • Pantun kanak-kanak Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula. • •
Pantun empat kerat Pantun jenaka Ayam disabung jantan dipaut, Jika ditambat kalah laganya, Asam di darat ikan di laut, Dalam belanga bertemu jua.
•
Pantun enam kerat Apa di harap padi seberang, Entah berderai entahkan tidak, Entah dimakan pipit melayang, Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entah tidak, Entah makin bertambah sayang.
MANTERA Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. Mantera adalah warisan Melayu yang sebahagian besarnya adalah warisan animisme. Kedatangan Islam telah mengubah sistem kepercayaan masyarakat Melayu. Perubatan moden telah mengubah cara perubatan Melayu. Namun begitu masih terdapat juga orang Melayu yang percaya kepada kepercayaan tahyul.
Warisan Melayu 179 _________________________________________________________________________
TEROMBA Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat dan teromba juga dikenali sebagai susunan kata-kata adat.
Ciri-ciri • • • •
Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris. Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba. Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adt istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya: Terombo dalam adat istiadat perkahwinan.
GURINDAM Sejenis bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalah sama. Jenis-jenis gurindam :• Gurindam serangkap dua baris • Gurindam serangkap empat baris • Gurindam bebas SELOKA Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dan sebagainya). Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘shloka’. Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap, ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan dan tidak mempunyai pembayang. Contoh seloka tiada pembayang :
Sudah bertudung terendak Bentan, Dengan siapa saya sesalkan, Sudah untung permintaan badan, Pagar siapa saya sesarkan. TEKA-TEKI Teka-teki ialah soalan yang dikemukakan untuk menduga akal dan soalan yang dikemukakan itu biasanya secara samar-samar atau rumit yang jawapannya harus dapat diduga. Contoh teka-teki ialah : Kalau tuan muda teruna, Pakai seluar dengan gayanya, Kalau tuan bijak laksana, Biji di luar apa buahnya ?
Warisan Melayu 180 _________________________________________________________________________ Lagu Rakyat
L
agu Rakyat juga memeriahkan perkembangan sastera rakyat. Lagu-lagu rakyat ini kadang kala digunakan untuk menghiasi cerita rakyat. Penyampai-penyampai cerita seperti Tok Dalang menggunakan pelbagai alat muzik seperti rebab, rebana, batil, gendang dan sebagainya dalam persembahan. Perkembangan lagu rakyat terdapat di semua negeri di Malaysia. Di Sabah dan Sarawak perkembangannya lebih unik kerana kepelbagaian etnik yang ada di kedua-dua negeri tersebut. Oleh kerana itu terdapat beberapa lagu yang terdapat di semua negeri dengan variasi yang sedikit berbeza terutama dalam hal perkataan dan dialek. Ini kerana lagu-Iagu tersebut diwarnakan oleh keadaan setempat. Antara lagu-Iagu rakyat yang dikenali seperti Walinongsari, Puteri Kayang, Pak Sang Bagak, Indung-Indung, Burung Kenek-Kenek, Tebang Tebu, Galah Mudik, Dayang Keknong, Perang Bugis, Ya Ramadhan, Lagu Zikir, Anak Ayam Turun Sepuluh, Datuk Sepanjang Jalan, Ya Habibun, Angin, Tu Bulan Tu Bintang, Pantun Dagang, Nazam Ya Tuan dan lain-lain. Terdapat pelbagai bentuk lagu rakyat seperti lagu untuk kanak-kanak, lagu untuk orang dewasa, lagu yang sesuai untuk semua kalangan dan ada lagu yang khusus untuk satu-satu upacara. Dalam pada itu terdapat lagu-Iagu yang ada hubungan dengan agama dan dalam hubungan ini ialah Agama Islam. Lagu-Iagu tersebut pula ada yang panjang dan ada yang pendek. Ada lagu yang mengandungi cerita di dalamnya. Lagu rakyat bukan semata-mata untuk tujuan hiburan. Terdapat mesej yang hendak disampaikan oleh sesebuah lagu. Misalnya lagu Tebang Tebu, cuba menyampaikan mesej jika kita hendak merantau maka segala kekuatan harus ada pada kita, termasuk kekuatan fikiran, rohani dan jasmani. Contoh lagu rakyat. Tebang tebu Tebang tebu kuala sawa Hujan manik mandi kota Jatuh berderai bunga berangan Sentak peluk tangan kanan Tebang tebu kuala sawa Hujan manik mandi kota Sirih rampai pinang berseri Sentak peluk tangan kiri Peram-peram pisang Pisang masak layu Di mana kayu bongkok Di situ kera meniti Ayam makan padi Itik makan beras Orang zaman ini Hatinya keras
Warisan Melayu 181 _________________________________________________________________________ Tebang tebu kuala sawa Hujan manik mandi kota Sirih rampai pinang berseri Sentak peluk tangan kiri Tebang tebu kuala sawa Hujan manik mandi kota Jatuh berderai bunga berangan Sentak peluk tangan kanan.
Senaraikan lagu-lagu rakyat yang anda tahu. KARYA AGUNG MELAYU
K
arya agung ialah karya klasik yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan sesuatu bangsa. Karya itu dapat menjadi cerminan budaya dan tamadun bangsa yang melahirkannya. Yayasan Karyawan (2012) menjelaskan karya agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam mengambarkan idealisme, nilai hidup, adat budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melayu bentuk sastera dan seni yang tingi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini. Karya agung Melayu bererti karya yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu dalam kawasan dunia Melayu sama ada Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu Brunei, orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dalam soal ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul. Antara karya agung Melayu yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan ialah;
• • • • • • • • • • • • • • • • •
Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) Hikayat Hang Tuah Hikayat Aceh Hikayat Abdullah Hikayat Inderapura Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Panji Jayeng Kesuma Hikayat Raja Pasai Hikayat Abdullah Hikayat Pocot Muhamat Tufat al-Nafis Misa Melayu Syair Ken Tambunan Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut (Kanun Melaka) Bustan al-Katibin Cerita Jenaka Melayu Cerita Lipur Lara
Warisan Melayu 182 _________________________________________________________________________
• •
Kitab Pengetahuan Bahasa Pantun Melayu: Bingkisan Permata
Pilih sebuah karya agung yang disenaraikan dan buat ulasan sejauhmanakah karya berkenaan mencerminkan budaya dan tamadun Melayu.
WARISAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
K
esenian dan kebudayaan Melayu yang wujud sekarang ini sebenarnya telah mengalami proses persambungan dan perubahan yang fleksibel sejak 3,500 tahun dahulu. Bagi meneliti perkara berkaitan asal usul kebudayaan khususnya kebudayaan Melayu, seharusnya ciri-ciri kebudayaan itu diketahui terlebih dahulu. Menurut Mohd. Taib Osman (1973), budaya tradisional merupakan satu sistem yang hidup (on-going system) dan ia mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Hal ini bermakna, ciri-ciri persambungan inilah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup. Manakala ciri-ciri perubahan pula timbul daripada keadaan pertembungan dengan budaya lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul daripada keadaan dalam budaya itu sendiri. Sejak kedatangan agama Islam di alam Melayu, lebih kurang 800 tahun dahulu, orang-orang Melayu telah menerima pengaruh Islam dalam menentukan identiti dan garis panduan orang Melayu sebenar. Pada zaman penjajahan Inggeris, para penulis, aktivis dan intelek Melayu menanamkan semangat ‘cintakan bangsa (Melayu), agama (Islam) dan tanahair (Tanah Melayu)’. Dalam hal ini, agama Islam telah dijadikan unsur terpenting dalam menentukan identiti budaya bagi memperjuangkan hak di tanahair mereka. Pada zaman prasejarah ini, orang-orang Melayu mempunyai cara hidup dan sistem masyarakat yang tersendiri. Di samping itu, mereka telah menerima pelbagai perkembangan dan pengaruh dari India (Hindu-Buddha) sejak 1,500 tahun yang lalu, Arab-Parsi (Islam) sejak 800 tahun yang lalu dan pengaruh Barat sejak 500 tahun yang lalu. Kerajaan yang memperkenalkan Melayu dan menguasai Dunia Melayu pada abad ke-7 ialah kerajaan Srivijaya. Seterusnya, diikuti kerajaan Majapahit dan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pengaruh dari luar terhadap masyarakat Melayu telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu bukanlah suatu masyarakat yang beku dan primitif sebaliknya masyarakat Melayu purba merupakan masyarakat yang maju dan sentiasa bersikap terbuka menerima idea-idea baharu dari luar (Aziz Deraman:1975). Semenjak tahun 1699, negeri-negeri jajahan Melaka (negeri-negeri di Tanah Melayu) telah membebaskan diri dan memisahkan pentadbiran negeri masing-masing dengan Melaka. Ciri-ciri yang ditinggalkan oleh Melaka telah diteruskan dan diamalkan di samping agama Islam terus dijadikan agama rasmi. Kepercayaan Melayu pada mulanya berasaskan kepercayaan animisme mempunyai nilai yang tersendiri sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan luar. Setelah pengaruh kebudayaan luar meresapi masyarakat Melayu, orang-orang Melayu telah menilai dan menyaring amalan-amalan tersebut dan hanya amalan yang berguna sahaja diterima dalam masyarakat Melayu. Perkembangan dalam kemajuan hidup dan penyesuaian dengan alam sekeliling merupakan faktor utama perubahan dari dalam (internalistic) masyarakat Melayu sendiri. Perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu ini telah mengakibatkan perubahan kebudayaan setelah mengalami proses-proses anjakan dan penyesuaian. Walau bagaimanapun, sebenarnya orang-orang Melayu
Warisan Melayu 183 _________________________________________________________________________ sudah mempunyai identiti kebudayaannya dan paling akhir perubahan dan penyesuaian diterima adalah daripada pengaruh Islam. (Abdul Latiff Abu Bakar: 1985). Zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 telah menjadi model utama kebudayaan Melayu yang berunsurkan kepada Islam. Di samping menjadi pusat perdagangan di rantau ini, Melaka juga menjadi pusat kebudayaan Melayu yang kuat. Asas kebudayaan yang kuat ini ditanamkan kepada anak-anak negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan Melayu Melaka, terutamanya kawasan di pesisir Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini jelas apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris menakluki Melaka, pengaruh kebudayaan Barat tidak mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Melayu. MUZIK MELAYU
S
etiap masyarakat di dunia memerlukan muzik sebagai hiburan dalam kehidupan seharian. Muzik dapat menentukan identiti sesebuah masyarakat dan merupakan satu fenomena yang universal dalam kehidupan manusia. Dalam hal ini, masyarakat Melayu menganggap bahawa seni muzik sebagai satu aspek budaya yang penting. Muzik boleh dianggap sebagai komponen sosial yang digunakan dalam pelbagai aktiviti kehidupan masyarakat Melayu seperti dalam upacara lingkaran hidup, iaitu kelahiran, kematian dan perkahwinan serta upacara ritual seperti perubatan tradisional. Dalam masyarakat Melayu, muzik tradisi atau tradisional merupakan satu khazanah yang tidak ternilai. Secara umumnya, muzik tradisi bermaksud muzik yang sudah lama wujud dan dipengaruhi oleh muzik luar. Jika dilihat daripada segi sejarah, muzik tradisional harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi negara Malaysia, Indonesia, sebahagian Thailand, Kampuchea dan Filipina. Dalam konteks budaya terdapat banyak persamaan alat dan struktur muzik yang dihasilkan oleh warisan budaya yang sama, selain dipengaruhi oleh unsur-unsur daripada Timur Tengah, India dan China. Kepelbagaian genre muzik telah dihasilkan oleh masyarakat Melayu melalui interaksi sosiobudaya ini, Mohamed Ghouse Nasaruddin (2003). Muzik tradisional juga merupakan muzik yang telah wujud selama beberapa keturunan dengan mengutamakan alat-alat muzik dan ciri-ciri muzik yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Muzik tradisi yang dicipta oleh masyarakat tradisional Melayu adalah bercirikan dua tradisi atau budaya utama, iaitu tradisi agung (istana) dan tradisi kecil (rakyat). Tradisi agung melahirkan muzik istana yang berkaitan dengan kawasan bandar atau peradaban yang tinggi. Genre muziknya mempunyai asas sejarah dan teori muzik yang kukuh. Sebaliknya, tradisi kecil menghasilkan muzik rakyat yang dilahirkan dan diciptakan di kawasan pedalaman dan di desa oleh anggota masyarakat yang tidak boleh menulis dan membaca. Latihan muzik diadakan secara bersahaja dan pemuzik biasanya mempunyai pengetahuan asas tentang sejarah dan teori muzik. Proses pembelajaran mereka tidak teratur seperti mana pemuzik istana yang mempunyai guru, Faris b. Ahmad (2001). MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU Terdapat beberapa jenis muzik tradisional Melayu, iaitu muzik tradisi istana, muzik tradisi rakyat (bersifat ritual), muzik etnik dan muzik rakyat. Dalam kajian ini dikhususkan kepada beberapa jenis muzik sahaja. Antaranya adalah muzik dikir barat, ronggeng, dondang sayang, menora, kuda kepang, zapin, boria dan ghazal. Selain daripada muzik ini, terdapat beberapa lagi muzik tradisi yang popular seperti rodat, jikey, hadrah, keroncong, gamelan, dabus, randai, mak yong dan sebagainya.
Warisan Melayu 184 _________________________________________________________________________ Dikir Barat Dikir barat yang terkenal di kampung dan di kota khususnya di Kelantan adalah muzik yang dianggap sebagai hiburan. Nama ‘dikir barat’ ini berkembang dari tempat asalnya terutamanya di Selatan Thailand. Di Kelantan ‘barat’ bermaksud negeri Thailand. Di Selatan Thailand, ia dikenali sebagai dikir barat kerana kehadiran seorang penyanyi utama yang dipanggil tukang karut dalam setiap persembahan. Pada masa dahulu, persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian yang diselitkan dengan unsur lawak jenaka. Tetapi kini ianya telah berubah dengan tema yang dibawanya berkisarkan ekonomi, politik, pendidikan dan perpaduan sosial. Lazimnya, dikir barat dipersembahkan sebagai hiburan pada musim menuai, majlis perkahwinan, berkhatan dan majlis keramaian. Persembahannya terdiri daripada awak-awak, juara dan tukang karut. Antara alat muzik yang digunakan ialah rebana, tetawak (gong), canang dan marakas. Zapin Zapin adalah sejenis tarian rakyat yang telah diperkenalkan di tanah Melayu oleh orang Arab yang bertapak di Johor sebelum kurun ke-14. Tarian zapin mempunyai gerak tari yang rancak dan bertenaga, iaitu mempunyai gerak rentak secara lompatan tinggi, loncatan dan tapakan lebar telah diubah dan disesuaikan dengan kehalusan dan pengecilan ekspresi luaran oleh zapin Melayu. Zapin berfungsi sebagai hiburan sekular dan dipersembahkan semasa perayaan keagamaan. Tarian ini memenuhi tujuan sekular sebagai hiburan tradisi rakyat yang terdapat dalam majlis perkahwinan. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah gambus, harmonium, akordium, marwas dan dok. Terdapat perbezaan antara persembahan zapin di desa dan di bandar besar melalui alat muzik yang digunakan. Kuda Kepang Kuda kepang adalah sejenis tarian kuda yang sangat terkenal di negeri Johor dan berasal dari Indonesia. Kuda kepang dipercayai bermula sebagai upacara pemujaan anamisme dan ada yang mengatakan kuda kepang dicipta oleh Wali Songo, iaitu sekumpulan sembilan orang wali yang menyebarkan agama Islam pada kurun ke-15. dalam persembahan kuda kepang alat-alat muzik seperti gendang Jawa, jidur, kenung dan angklung digunakan.
Ronggeng Ronggeng adalah sejenis tarian sosial yang melibatkan kaum lelaki dan perempuan menari dan berpantun dengan iringan biola, akordian, rebana dan gong. Pada masa dahulu, ronggeng terkenal sebagai hiburan di majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan. Ronggeng wujud dalam genre teks Melayu lama seperti Hikayat Hang Tuah dan Tuhfat al Nafis dalam abad ke-16 dan ke-17. Selain daripada biola, akordian, rebana dan gong, kini, alat-alat seperti gitar, flut dan harmonium biasa ditambah dalam persembahan ronggeng yang asli.
Warisan Melayu 185 _________________________________________________________________________
Dondang Sayang Dondang sayang adalah salah satu muzik tradisi Melayu yang popular dalam masyarakat baba dan nyonya di Melaka. Perkataan dondang sayang bermaksud nyanyian kasih. Dalam persembahan dondang sayang seorang penyanyi akan mendendangkan pantun empat kerat dan penyanyi lain akan menjawabnya. Mereka akan diiringi oleh satu biola, dua rebana dan satu gong. Pada masa kini, harmonium, gitar atau tamborin turut digunakan. Dondang sayang diadakan di bilik tamu, serambi rumah, taman bunga dan tempat-tempat lain. Ia juga dinyanyikan dalam majlis perkahwinan dan hari keramaian di Melaka. Boria Boria merupakan sejenis teater dan muzik yang terkenal di Pulau Pinang. Ia dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke tanah Melayu oleh askar India Selatan. Pada pertengahan abad ke-19, boria membabitkan lagu vokal dan tarian yang dipersembahkan oleh askar India Selatan yang beragama Islam. Boria dipersembahkan selama 10 hari pada bulan Muharam untuk mengingati peristiwa Karbala dan kematian Hussien r.a. Persembahan boria dibahagikan kepada dua segmen, iaitu cerita-cerita lucu atau lawak jenaka yang terdiri daripada 10 hingga 14 orang pelakon. Manakala segmen kedua adalah bahagian lagu vokal dan tarian 30 hingga 40 orang peserta. Antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan boria adalah violin, gambus, marwas, tabla, arkordion, gendang, simbal dan harmonika. Kini, selaras dengan perubahan teknologi beberapa alat muzik moden turut digunakan, iaitu gitar elektrik, dram dan tamborin. Ghazal Ghazal merupakan sejenis muzik sosial sinkretik masyarakat Melayu yang sering dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan perayaan lain. Muzik ini terkenal di beberapa buah negeri terutamanya Johor. Perkataan ghazal diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih. Muzik ini dibawa masuk ke tanah Melayu dari India. Ghazal mencantumkan alat-alat muzik dan ciri-ciri muzik India, Arab, Melayu dan Barat. Contoh alat-alat muzik yang digunakan ialah harmonium, tabla India, gambus Arab serta biola, gitar, marakas dan tamborin. Menora Menora adalah sejenis dramatari yang mempunyai tiga elemen penting, iaitu muzik, tarian dan dialog. Walaupun ada persamaan dari segi struktur drama, muzik dan tarian, namun, terdapat
Warisan Melayu 186 _________________________________________________________________________ perbezaan yang agak ketara terutamanya tarian dan muzik yang dipersembahkan. Menora dipercayai berasal daripada Thailand yang tersebar di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah yang dahulunya merupakan kawasan jajahan Siam. Alat muzik yang digunakan dalam muzik menora ialah serunai, rebab, gedombak, gendang, geduk, canang, kesi, tetawak dan cerek. Dabus Dabus merupakan zikir memuji Allah yang berasal daripada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Ianya dibawa ke tanah Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab pada kurun ke-18. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bermaksud batang besi tajam yang digunakan oleh penari. Lagu-lagu dalam ensembel dabus dipersembahkan dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Acheh dan Arab. Alat-alat muzik yang digunakan adalah rebana yang pelbagai saiz yang dimainkan oleh 8 hingga 13 orang dan gong.
Bincangkan bersama tutor anda, alat-alat muzik dan kesenian tradisional lain yang terdapat dalam suku kaum anda.
FUNGSI HIBURAN DAN MUZIK DALAM MASYARAKAT MELAYU Dalam masyarakat Melayu hiburan dan muzik mempunyai pelbagai fungsi yang penting dalam masyarakat. Antara bidang yang amat dipengaruhi oleh seni hiburan dan muzik ini adalah budaya kebendaan, institusi sosial, kemanusiaan, alam sekitar hinggalah dalam bidang estetika dan bahasa. • Pengaruh budaya kebendaan boleh dilihat dalam aspek teknologi dan ekonomi. Dalam hal ini, lagu-lagu kerja yang dicipta menjadi satu repertoire muzik yang utama. Lagu-lagu kerja ini terdapat pada hampir semua masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang mengamalkan kegiatan ekonomi seperti pertanian dan perikanan. Misalnya, lagu Tumbuh Kalang yang dimainkan di Negeri Sembilan. Lagu-lagu ini dapat mendorong mereka bekerja dengan lebih gigih dan menjadi hiburan serta lambang sesuatu pekerjaan. • Dalam bidang sosial, muzik berfungsi sebagai pelengkap upacara lazim seperti kelahiran, berkhatan, perkahwinan dan bersunat. Contohnya, muzik gendang keling dimainkan di negeri Kedah dan Perlis dalam perarakan pasangan pengantin atau majlis berkhatan. Muzik juga berfungsi dalam institusi politik sebagai alat untuk mengesahkan kuasa dan daulat. Misalnya, nobat yang merupakan muzik tradisi istana yang berfungsi untuk mengesahkan daulat kesultanan Melayu. • Bidang kemanusiaan dan alam sejagat pula, fungsi muzik dapat dilihat dalam sistem kepercayaan dan kawalan sosial. Muzik dijadikan sebagai saluran untuk berhubung dengan tuhan dan kuasa luar biasa yang lain. Contohnya, dalam masyarakat Melayu terdapat lagu yang memuja Nabi seperti zikir, marhaban, kompang dan sebagainya dan jampi untuk menyeru pertolongan kuasa-kuasa ghaib seperti dalam main puteri di Kelantan. • Dalam bidang estetika dan bahasa pula, muzik berfungsi sebagai agen utama kepada pengkaryaan dan daya kreativiti seseorang. Dalam persembahan tradisi, elemen-elemen
Warisan Melayu 187 _________________________________________________________________________ muzik, drama dan tarian saling melengkapi antara satu sama lain. Misalnya dalam seni penceritaan seperti Awang Batil, Tok Selampit atau pantun dan berbagai jenis bahasa yang khas digunakan seperti untuk melambangkan bunyi-bunyian dan corak-corak irama, ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MELAYU Adat istiadat perkahwinan Melayu merupakan adat yang paling menarik. Adat tersebut dapat digambarkan secara teratur dari satu tahap ke satu tahap, bermula dari seorang lelaki hendak memperisterikan seorang perempuan sehinggalah berakhir dengan majlis perkahwinan, iaitu saat pasangan itu menjadi suami isteri yang sah. Adat istiadat tersebut kini merupakan adunan daripada unsur-unsur animisme, Hindu, Islam dan Barat. Secara terperinci, adat istiadat yang dilakukan di Malaysia berbeza-beza bergantung pada keadaan masyarakat yang melakukannya, iaitu sama ada di kampung, pekan atau bandar. Adat perkahwinan yang dilakukan di negeri Kedah berbeza dengan adat perkahwinan yang dilakukan di Johor dan Kelantan. Ini terjadi kerana adanya pengaruhpengaruh setempat. Adat istiadat Melayu yang berkaitan dengan perkahwinan adalah salah satu unsur kebudayaan Melayu yang masih unggul dan dipertahankan sejak dahulu dan diamalkan turun-temurun sehingga sekarang, biarpun adat tersebut telah mengalami beberapa perubahan dan pembaharuan. Unsur-unsur luar yang mempengaruhi adat ini telah menjadi sebati dalam kehidupan orang Melayu dan menjadikannya seolah-olah kepunyaan orang Melayu. Adalah sukar untuk memisahkan adat perkahwinan ini dengan unsur animisme dan Hindu Buddha yang sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Sesuatu perkahwinan itu mempunyai adat resamnya yang tersendiri. Dalam masyarakat Melayu, perkahwinan dilakukan berdasarkan hukum-hukum dan ketentuan agama Islam. Asmad (1990) pula menyatakan, setelah tali pertunangan diikat dengan upacara naik tanda atau naik belanja, maka ditetapkanlah hari melangsungkan upacara akad nikah menurut tuntutan agama dan upacara adat melangsungkan perkahwinan. Dari semasa ke semasa adat resam perkahwinan Melayu mengalami berbagai-bagai perubahan. Unsur-unsur Hindu dalam upacara perkahwinan sedikit demi sedikit telah ditinggalkan, diganti dengan ciri-ciri baru yang lebih sesuai dan tidak bertentangan dengan Islam. Namun demikian, warisan budaya lama dalam upacara perkahwinan orang Melayu kini dalam beberapa aspek memerlukan pembaikian demi kesempurnaan dan kesucian perkahwinan itu sendiri. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting, iaitu bermula dengan adat merisik atau meninjau adalah permulaan proses perkahwinan. Amalan ini biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibu dan bapa bakal pengantin. Kemudian diikuti dengan adat meminang si gadis yang hanya dilakukan setelah mendapat persetujuan daripada gadis tersebut. Setelah kata persetujuan dicapai, wakil daripada
Warisan Melayu 188 _________________________________________________________________________ pihak lelaki diutuskan oleh ibu bapa lelaki bagi mewakili mereka meminang anak dara yang dipilih. Jika semuanya berjalan lancar sebelum tiba hari perkahwinan akan dilakukan pula adat menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah. Namun demikian, pada zaman sekarang menghantar belanja selalu dijalankan bersama akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan dan seterusnya majlis perkahwinan. Perkahwinan Melayu merupakan salah satu adat istiadat Melayu yang amat berharga. Oleh itu, sebagai bangsa Melayu kita seharusnya berbangga dengan adat budaya kita dan sentiasa menjaganya agar tidak lupuk dek zaman.
Bersama tutor anda bincangkan benarkah majlis perkahwinan hari ini telah dikomersialkan.
PERMAINAN TRADISIONAL
M
asyarakat Melayu kaya dengan pelbagai permainan tradisional yang popular dalam kalangan nenek moyang kita dahulu. Kewujudannya memperlihatkan betapa orang Melayu mempunyai kreativiti daya cipta, daya dan imaginasi yang tinggi. Agak sukar untuk menentukan sejarah asal usul kewujudan serta pemilik permainan tradisional ini. Beberapa permainan tradisional dapat ditemui dalam karya agung Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang. Sejarah Melayu ada menyebut tentang beberapa permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, permainan sepak raga dan congkak. Permainan tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu i. Permainan anjung seperti congkak, batu seremban, dam haji dan biji saga. ii. Permainan laman seperti sepak raga, teng-teng, layang-layang, gasing, galah panjang, konda kundi dan sepak bulu ayam. BUSANA MELAYU Sejarah Pakaian boleh dianggap sebagai seiring dengan bermulanya sejarah insan manusia di muka bumi ini. Pada mulanya manusia mungkin menggunakan dedaun dan kulit kayu sebagai pakaian dengan cara yang paling mudah. Selepas itu digunakan pula kulit dan bulu binatang. Lama kelamaan timbul pula ilham untuk membuat kain yang dicarik dan dianyam daripada bahan batang pisang, batang hemp, jut, rami dan daun nanas dan benang yang kemudian ditenun menjadi kain. Pada logiknya masyarakat Melayu sudah mengamalkan tradisi berpakaian sejak pada zaman awal pembentukan tamadun mereka di seluruh Nusantara. Kemunculan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 telah meletakkannya sebagai pusat pemerintahan yang kuat dan memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja dalam aspek politik dan ekonomi bahkan terhadap seluruh gagasan kebudayaan Melayu (Zubaidah Shawal, 1994: xvi). Pada zaman kerajaan Melayu Melaka terdapat satu peraturan khusus mengenai cara berpakaian, iaitu mengikut taraf dan kedudukan masing-masing. Tradisi ini mungkin satu kesinambungan budaya yang dibawa dari Palembang dan dipersesuaikan dengan elemen baru hasil pertembungan budaya dari negeri-negeri Melayu yang lain, India dan China (Zubaidah Shawal, 1994: xvii). Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Melaka (1488-1511), Temenggong Tun Hassan dikatakan mengubahsuaikan Baju Kurung dengan membesarkan lengan dan badan baju.
Warisan Melayu 189 _________________________________________________________________________ Pakaian seperti ini terus berkekalan buat sekian lamanya dan ada kemungkinan Baju Kurung Cekak Musang yang kini menjadi pakaian kebangsaan orang Melayu mula diperkenalkan sejak zaman kesultanan Melaka berasaskan Baju Kurung tersebut (Zubaidah Shawal, 1994: xviii). Setelah beberapa abad berlalu pakaian Melayu tidak banyak mengalami perubahan yang ketara. Pemerintahan kolonial Inggeris secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1874 memberikan kesan yang mendalam dalam sistem politik, ekonomi, pentadbiran dan sosial Tanah Melayu. Sedikit demi sedikit mula meniru gaya pakaian ’tuan-tuan’ Inggeris yang menggunakan bahan tekstil yang lebih tahan dan praktikal. Namun demikian pakaian Baju Kurung tradisi masih digunakan juga untuk upacara-upacara tertentu. Temenggong Abu Bakar yang dilantik sebagai Sultan Johor yang dahulu berpusat di Telok Belanga, Singapura dikatakan telah mengubahsuai potongan Baju Kurung masyarakat Melayu mengekalkan juga pakaian tradisi Baju Kebaya yang diubahsuai mengikut citarasa dan kesesuaian fesyen sezaman. Perkembangan budaya pakaian di Alam Melayu dengan kemasukan beraneka fesyen pakaian moden yang dicipta oleh para pereka fesyen bagi memenuhi keinginan citarasa pemakainya sebenarnya tidak banyak mempengaruhi pakaian tradisi orang Melayu yang dapat menggambarkan jiwa orang Melayu yang lemah lembut dan sopan santun. Pakaian Melayu sebenarnya mengandungi pengertian tersembunyi yang mencerminkan anutan falsafah,sistem nlai dan norma hidup mereka. Di Malaysia, terdapat perbezaan pakaian oarang Melayu mengikut negeri masing-masing. Setiap negeri mempunyai identiti pakain mereka tersendiri yang menjadi lambang kepada identiti dan membezakan mereka mengikut negeri masing-masing serta mencerminkan adat dan gaya hidup mereka. Misalnya, busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis, China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po. Budaya Minangkabau pula terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Pakaian adat berasal dari Sumatera Barat. Lelaki berbaju Kurung Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Wanita memakai Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala 'tengkolok'. Lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju berwarna hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana berkaki lebar, sisamping kain tenun sutera dan destar atau seluar. Wanita memakai baju kurung bersulam benang emas motif buluh rebung, tekuk leher baldu bertekat dan penutup kepala 'tengkolok'. Pengaruh Siam dapat dilihat pada busana tradisional masyarakat Kedah. Antaranya ialah Baju Kurung Kedah yang hampir menyerupai blaus pendek Siam, agak singkat dari baju kurung biasa, namun manis dipadan dengan kain sarung lipat. Baju Kurung Cekak Musang beserta samping atau digaya bersama Baju Sikap digemari oleh golongan lelaki. Baju Sikap Kedah ini dipakai seawal tahun 1786, mempunyai butang ke paras pinggang dengan seluar potongan Cina dan samping.Baju Cekak Musang polos, bersamping songket dan berbaju Sikap baldu bersulam serta tengkolok. Pasangan berbaju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur. Baju kurung Kedah bercorak bunga kecil dipadankan dengan kain batik sarung. Baju ini sangat popular dalam masyarakat Kedah. Lagenda Cik Siti Wan Kembang, seorang raja perempuan yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan manis dipakai. Budaya busana tradisional tetap terpelihara dan diperhalusi agar sejajar dengan tuntutan agama. Lelaki memakai pakaian petani baju Kurung Cekak Musang, samping kain batik dan kepala dililit kain semutar. Wanita memakai Kebaya Kota Bharu dan kain batik lipat wiron.
Warisan Melayu 190 _________________________________________________________________________
Pakaian Pak Yong di dalam dramatari Melayu Mak Yong ditarikan sejak 400 tahun dahulu sebagai hiburan di istana. Baju sempit dan seluar dibuat daripada kain satin, dipadankan dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggang. Bahagian dada ddihiasi sibar layang dan perhiasan kepala dibuat dari baldu membentuk mahkota.Lelaki menggayakan baju Melayu Cekak Musang, dipadankan dengan Baju Sikap Kelantan baldu Negeri egeri Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik lik negeri yang kaya dengan tradisi, budaya dan sejarah. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah menarik. Misalnya Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas kapa berwarna hitam dan dihiasi dengan sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita pula memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit daripada benang berwarna-warni. Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif motif etnik sama ada dari tenunan, jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan melam status dan kekayaan bagi pemakainya. Misalnya, wanita anita Melanau menggayakan baju Baban asal pakain pengantin Melanau. Baju Kurung pendek warna hitam dipadankan denga kain songket. Di dada pula memakai dua helai selendang merah dan perhiasan diri kepih kepih dada dan kepih sanggul. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon dan berkopiah jawa. Budaya Melayu kaya dengan adat dan tradisi pakaian. Setiap negeri di Malaysia mempunyai tradisi pakaiannyaa yang tersendiri. Pakaian-pakaian Pakaian pakaian inilah sebenarnya yang menggambarkan dan membezakan setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Setiap pakaian yang dipakai sebenarnya ada motif dan maksudnya yang tersendiri. Disinilah kita dapat lihat betapa kreatifnya anak anak-anak jati Malaysia dalam mencipta pakaian yang mencerminkan sifat-sifat sifat dan peribadi si pemakai.
Bincangkan bersama tutor anda pengaruh luar dalam penciptaan busana Melayu. KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN MELAYU
D
ari aspek perubatan dan penjagaan njagaan kesihatan dalam kalangan orang Melayu, satu hakikat yang mendasari atau menunjangi aspek ini adalah setiap keuzuran itu mesti ada puncanya atau sebab musababnya serta setiap keuzuran itu juga pasti ada ubatnya. Yang penting manusia perlu berusaha dan an berikhtiar serta terus berikhtiar. Umumnya bagi masyarakat Melayu, sihat didefinisikan sebagai a state of physical and mental well-being (Abdul Abdul Halin, 1983: 64). Terdapat empat kriteria yang dipersepsikan oleh masyarakat Melayu sebagai sihat : i. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang keuzuran. keuzuran ii. Sihat itu diukur pada keupayaan individu menjalankan tugas dan menunaikan tanggungjawab sosialnya.
Warisan Melayu 191 _________________________________________________________________________ iii. Kestabilan emosi. Seseorang yang sihat menunjukkan perasaan gembira dan riang. iv. Sihat fikiran. Di sini seseorang yang sihat tidak menunjukkan sebarang tanda adanya gangguan fikiran. Lazimnya fikiran yang sihat dikaitkan dengan sihat dari segi fizikal, memakan makanan yang baik, memakai pakaian yang baik dan mempunyai tampat tinggal yang selesa. PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
P
erubatan Melayu mempunyai cabang yang luas. Ia berkait rapat dengan kepercayan dan amalan penjagaan kesihatan. Perubatan Melayu merangkumi adat berkhatan, senaman Melayu, urutan Melayu, rawatan selepas bersalin, mandi bunga dan sebaginya. Keunikan perubatan Melayu ini juga dapat dilihat melalui konsep perubatan Melayu itu sendiri yang merupakan satu kaedah ‘Pengubatan tradisional’ yang menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba dan bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan sebagai ubat. Masyarakat Melayu di negara ini umpamanya, telah lama meyakini perubatan dan rawatan tradisional. Walaupun terdapat penemuan kaedah-kaedah perubatan yang lebih moden dan saintifik namun masih ramai masyarakat Melayu masih mempercayai kaedah perubatan tradisional ini. Hal ini demikian kerana terdapat kedah rawatan secara tradisional mampu merawat penyakit yang tidak mampu disembuhkan dengan kaedah perubatan moden. Sejak beberapa abad yang lampau, perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi suatu tradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering di kaitkan dengan zaman kegemilangannya. Bomoh dan Tok Dukun telah menjadi pilihan masyarakat Melayu pada masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman). Bomoh dan Tok Dukun telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan amalan perubatan dan rawatan Bomoh dan Tok Dukun. Pengamal perubatan tradisional Melayu (Bomoh dan Tok Dukun) banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi dari gurunya secara turun-temurun. Bahan-bahan semulajadi dan herba sering digunakan sebagai ramuan untuk menghasilkan ubat. Rawatan perubatan Melayu pernah melalui suatu zaman kejatuhan. Hal ini disebabkan penemuan kaedah-kaedah perubatan dan rawatan yang lebih moden dan saintifik. Kaedah perubatan dan rawatan seperti ini lebih dipercayai oleh golongan bangsawan dan para cendiakawan. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu terpaksa bersaing dengan amalan perubatan dan rawatan baru ini. Pada masa yang sama, kaedah perubatan dan rawatan seperti alopati, homeopati, naturopati dan oesteopati telah mula berkembang dan bercambah. Pada zaman penjajahan, amalan perubatan dan rawatan alopati sangat popular sehinggakan amalan perubatan dan rawatan tradisional Melayu dilupai. Masyarakat lebih mempercayai perubatan dan rawatan moden yang dibawa oleh penjajah kerana kajian yang dilakukan terhadap sesuatu penyakit lebih saintifik dan lengkap. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan dan rawatan tradsional Melayu mula mendapat tempat di hati masyarakat di negara kita. Masyarakat menjadikan perubatan dan rawatan tradisonal Melayu sebagai pilihan utama kerana ubat yang digunakan tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan beracun. Mereka lebih menyenangi perubatan dan rawatan tradisional Melayu kerana menggunakan sumber semulajadi terutama sekali daripada tumbuhtumbuhan. Dalam perubatan tradisional Melayu falsafah asas yang digunakan ialah penjagaan kesihatan itu lebih baik daripada rawatan penyakit. Hal ini selari dengan konsep perubatan dan rawatan Islam. Oleh itu, setiap manusia digalakkan mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara
Warisan Melayu 192 _________________________________________________________________________ mengamalkan kesihatan diri sama ada daripada bentuk fizikal atau mental. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, seseorang itu digalakkan melakukan senaman di awal pagi. Hal ini amat penting bagi menggerakkan sebahagian daripada anggota badan selepas bangun daripada tidur. Selain itu, penjagaan kesihatan dalam perubatan tradisional Melayu ialah melalui amalan petua. Petua terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan tegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan dari segi jenis, kuantiti dan juga dari segi khasiat yang terdapat pada tumbuhan. Sementara amalan tegahan ialah menghalang si pesakit daripada memakan makanan tertentu semasa ‘rawatan’ yang dikenali sebagai berpantang. Hal ini bertujuan untuk memelihara agar kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca penyakit kepada yang bersangkutan dengan darah dan angin. Darah dan angin merupakan dua elemen utama dalam tubuh seseorang. Kedua-dua elemen berkenaan terdapat di dalam makanan seharian. Jika kedua-duanya berada dalam keadaan baik, maka baiklah kesihatan individu berkenaan. Jika berlaku sebaliknya, maka mudahlah orang tersebut di serang dengan penyakit. Darah adalah eleman utama yang mengandungi khasiat makanan untuk pertumbuhan dan kesihatan fizikal. Darah perlu ‘panas’ tetapi tidak boleh berlebihan. Angin juga berada di dalam badan dan disalurkan melalui urat. Namun, terlalu banyak angin akan menyekatkan perjalanan darah dan ini akan menganggu kesihatan. Sehubungan itu, kaedah pengurutan juga di lakukan bagi menolak ‘angin’ dan merangsang perjalanan darah dan urat dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang diperbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang diketahui mempunyai khasiat ‘panas’. Tumpuan utama dalam amalan pengurutan dilakukan terhadap perempuan lepas bersalin. Di samping itu, mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan. Ramuan ini dimakan dan berfungsi untuk mengeluarkan angin daripada urat. Cadangkan bagaimana perubatan tradisional boleh diperkenalkan kepada masyarakat dunia.
BERKHATAN DAHULU DAN SEKARANG
M
enurut Ibnu Manzur, khatan berasal dari kata al-khatnu, iaitu bahagian yang harus dipotong dari kaum lelaki mahupun wanita. Para ulama ilmu syariah pula mendefinisikan khatan sebagai, "memotong sebahagian dari bahagian tertentu dari anggota tubuh tertentu. Pada masa dahulu, upacara berkhatan diadakan setelah selesai kerja mengetam padi. Kini, kebanyakan upacara berkhatan diadakan pada musim cuti sekolah. Hal ini, kerana masa yang diambil untuk sembuh sepenuhnya daripada luka berkatan agak panjang, iaitu satu hingga tiga minggu. Pada masa kini, majlis berkhatan jarang dilakukan secara besar-besaran seperti pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang mengadakan kenduri-kendara sempena meraikan kanak-kanak yang ingin berkhatan. Kemeriahan sesuatu majlis itu bergantung pada kemampuan dan kehendak seseorang serta kebiasaan masyarakat setempat. Pada kebiasaannya, majlis berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding majlis berkhatan kanak-kanak perempuan. Pada masa dahulu, majlis berhatan dilakukan semasa cuti sekolah dan dilakukan secara beramai-ramai, iaitu 2 hingga 10 orang. Selain itu, ada juga yang mengadakan majlis kenduri berkhatan serentak dengan majlis perkahwinan. Ia bagi menjimatkan
Warisan Melayu 193 _________________________________________________________________________ belanja dan tenaga kerja. Apabila umur seseorang anak lelaki Melayu mencecah usia lebih kurang sepuluh atau dua belas tahun, maka ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut akan menetapkan hari untuk mereka mengadakan majlis berkhatan anak mereka. Kenduri yang diadakan dilakukan secara gotong royong oleh penduduk kampung, ia samalah seperti hendak mengadakan kenduri kahwin. Berkhatan Moden Kebanyakan masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menghantar anak lelaki mereka bersunat di hospital atau di klinik yang diyakini jauh lebih mudah, cepat sembuh dan selamat oleh doktor yang berkemahiran. Pada masa kini, pelbagai peralatan canggih yang digunakan untuk berkhatan. Doktor menggunakan kaedah bius dengan memasukkan cecair yang bernama lignocaine 2% terlebih dahulu sebelum dikhatankan supaya kanak-kanak tersebut akan berasa kebas. Kaedah ini dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa berkhatan. Peralatan yang digunakan seperti Arteri Forsep, Curf Scisor, Nedle, Cat Gut dan beberapa alat lain lagi. Walau bagaimanapun, bayaran yang dikenakan agak mahal, iaitu antara lapan puluh ke seratus ringgit. Hal ini disebabkan ia melibatkan kos ubatubatan dan kepakaran doktor tersebut. Kaedah berkhatan secara moden lebih selamat dan cepat sembuh berbanding dengan kaedah tradisional.
Bersama tutor anda bincangkan mengapakah berkhatan pada hari ini tidak lagi meriah?
SAINS DAN TEKNOLOGI MELAYU
M
asyarakat Melayu bukanlah masyarakat yang menguasai bidang sains dan teknologi secara meluas. Namun begitu orang Melayu tidak boleh dikatakan buta teknologi seratus peratus. Hal ini berlaku kerana sejak dahulu lagi terdapat teknologi yang dihasilkan walaupun ia hanyalah untuk kegunaan sendiri dan masyarakat setempat. Sains dan teknologi masyarakat Melayu boleh dilihat melalui penciptaan pelbagai barangan untuk kegunaan seharian. Walaupun penciptaan barangan ini hanya untuk kegunaan tempatan , namun melaluinya kita dapat melihat perbezaan yang wujud antara sains dan teknologi bangsa Melayu dengan bangsa lain.
Hal ini demikian kerana melalui sains dan teknologi ini ia menggambarkan ciri-ciri Melayu yang unik dan tersendiri. Barangan ciptaan masyarakat Melayu mempunyai identitinya yang tersendiri bagi membezakannya dengan ciptaan barangan bangsa lain. Sains dan teknologi Melayu boleh dilihat sejak zaman dahulu lagi dengan pelbagai penciptaan barangan dalam bidang pengangkutan, pertanian, perikanan dan barangan domestik (dapur). Melalui sains dan teknologi Melayu, kita dapat melihat nilai-nilai tertentu kerana setiap barangan yang dicipta mengandungi maksudnya yang tersendiri. Jika disoroti sejarah awal masyarakat Melayu, konsep teknologi Melayu sudahpun bermula sejak era zaman Paleolitik hingga zaman Mesolitik. Hal ini terbukti melalui konsep rekaan masyarakat Melayu proto yang mengadaptasikan alam sekeliling mereka sebagai sumber pembuatan teknologi pada masa itu. Perkembangan teknologi Melayu berkembang pesat lagi pada
Warisan Melayu 194 _________________________________________________________________________ zaman Neolitik. Buktinya boleh dilihat daripada penemuan barang-barang alat keperluan harian seperti beliung dan barang untuk memasak. Selain itu, pada zaman Neolitik juga masyarakat Melayu mula menjalankan aktiviti pertanian. Oleh itu, mereka membina teknologi yang membolehkan tanaman yang ditanam tumbuh subur. Walaupun pengetahuan sains Melayu pada zaman tersebut kurang tetapi masyarakat Melayu zaman dahulu menggunakan logik akal serta pengalaman mereka dalam mencipta dan membina sesuatu yang berguna pada mereka. Teknologi masyarakat Melayu ini bukan sahaja merujuk kepada bangsa Melayu di Malaysia tetapi juga rumpun masyarakat Melayu di seluruh nusantara seperti Indonesia, selatan Thailand, Brunei, Republik Malagasi, Oceania dan beberapa kawasan di Kampuchea (Ismail Hussein, A. Aziz Deraman et al. 1993). Walaupun teknologi masyarakat Melayu agak berlainan di setiap tempat tetapi konsep dalam setiap teknologi ini masih berlandaskan perkara yang sama. Masyarakat Melayu mempunyai beberapa konsep yang menjadi asas dalam membina sesuatu teknologi. Salah satu konsep teknologi Melayu adalah halus. Halus dalam konteks ini merujuk pada kehalusan bentuk teknologi yang dicipta. Konsep ini sangat sesuai diamalkan kerana bertepatan dengan fitrah manusia yang suka pada keindahan. Bentuk teknologi Melayu amat mengambil kira kehalusan dalam setiap perkara yang mereka cipta atau bina. Hal ini boleh dilihat pada pembinaan alat-alat keperluan harian masyarakat Melayu seperti pinggan dan tempat menyimpan air, iaitu labu sayong. Walaupun peralatan ini sekadar untuk makan dan minum tetapi masyarakat Melayu mengukir pelbagai corak seperti flora dan fauna pada permukaan peralatan ini. Teknologi orang Melayu pada zaman dulu dan sekarang biasanya berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu. Perkembangan teknologi orang Melayu boleh dibanggakan kerana dapat membantu dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Salah satu teknologi orang Melayu yang membanggakan ialah dalam teknologi pertanian padi basah orang Melayu. Perkembangan evolusi teknologi pertanian padi Melayu telah dikaitkan dengan suasana fizikal dan sosiobudaya. Daripada segi fizikal faktor tanah, taburan hujan dan pemetaan mempengaruhi aktiviti penanaman padi. Manakala, daripada segi sosiobudaya sistem kepercayaan, struktur sosial dan tahap keinginan orang Melayu untuk menyara hidup. Secara umum , teknologi pertanian orang Melayu telah berkembang dalam suasana yang kompleks dari semasa ke semasa seiring dengan budaya orang Melayu. Seperti yang diketahui umum, bidang pertanian telah bermula sejak zaman batu, Pada zaman itu teknologi dan peralatan yang digunakan ialah daripada batu. Mereka mencipta batu sebagai senjata untuk bertani, berburu dan sebagainya. Teknologi ini kemudian bertambah maju hingga hari ini selaras dengan teknologi yang dicipta oleh orang Melayu. Latar belakang budaya masyarakat, struktur dan perjalanan manusia merupakan pengaruh kepada perkembangan teknologi orang Melayu. Asal penanaman padi di Tanah Melayu tidak dapat di pastikan. Kewujudan padi terbakar di Gua Gua, Kelantan menunjukkan bahawa padi telah wujud di tanah Melayu pada sekitar 900 S.M, tetapi tidak dapat sebarang bukti penanaman padi di kawasan tersebut. Rekod terawal tentang kewujudan padi di Tanah Melayu ditulis oleh orang Cina pada kurun ke-13 dan ke-14. Menurut kajian sejarah penanaman padi bermula buat pertama kali Tanah Melayu pada abad ke-10 di kawasan sistem Sungai Muda dan Merbok di Kedah dan di lembah rendah sungai Kelantan dan Terengganu. Corak penanaman di kawasan ini kemudian dibentuk oleh pendedahan terhadap pengaruh kuat Semenanjung Siam.
Warisan Melayu 195 _________________________________________________________________________
TEKNOLOGI PELAYARAN MELAYU
D
alam membincangkan tentang teknologi pelayaran Melayu, kita tidak dapat lari daripada membincangkan tentang daya cipta masyarakat Melayu dalam hal kelautan (maritim). Daya cipta dalam hal kelautan ini dapat dilihat daripada kemampuan masyarakat rumpun Melayu melayari lautan luas dunia sampai ke pelabuhan Mesopotamia, Teluk Parsi, ke Pelabuhan Teirsyis di Sri Lanka, ke India dan China (Tamadun Melayu Jilid1 1993). Dengan daya cipta itu perahu-perahu besar yang dapat, mengharungi lautan yang luas dihasilkan untuk tujuan pelayaran. Ketika dahulu, masyarakat Melayu berlayar untuk tujuan perdagangan dan ketenteraan, iaitu untuk meluaskan wilayah jajahan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Srivijaya. Dalam bahagian teknologi pelayaran ini, fokus utama ialah tentang teknologi penciptaan kapal-kapal besar yang digunakan oleh masyarakat rumpun Melayu. Berdasarkan catatan sejarah, pada mulanya orang Melayu yang tinggal di tepi sungai menggunakan kayu-kayan untuk membuat sampan kemudian berlaku perkembangan teknologi yang membolehkan orang Melayu membina kapal besar. Catatan rekod Sejarah China menunjukan bahawa pembinaan kapal besar Melayu ini terdiri daripada kayu-kayan, rotan dan ijok keadaan ini membayangkan taraf teknologi yang tinggi dalam pembinaan kapal besar telah dicapai oleh orang Melayu. Pada 304 M, kapal buatan orang Melayu ini dapat memuatkan seramai 600 hingga 700 orang dan 250 hingga 1000 tan barangan. Terdapat bukti yang menunjukkan tentang teknologi pembinaan kapal oleh masyarakat Melayu awal untuk tujuan pelayaran. Bukti tersebut ialah bukti tentang kapal yang diperbuat daripada papan. Struktur kapal besar yang paling awal diketahui setakat ini ditemui di Semenanjung Melayu, iaitu di Pontian. Contoh struktur kapal besar tersebut telah dipamerkan di Muzium Pahang pada 1993. Contoh badan kapal ini dikatakan bertarikh 14C dan dihasilkan 293 + 60M (Tamadun Melayu Jilid 1: 176). Struktur kapal yang kedua ditemui di Butuan (utara Mindanao). Struktur kapal yang ketiga, iaitu kepingan kayu yang teruk musnah yang disimpan di Muzium Wat Khlong Thom ( Wilayah Krabi Thailand). Serpihan kayu tersebut dikenal pasti sebagai sebahagian daripada struktur kapal yang serupa sepeti yang ditemui di Pontian dan Butuan. Berdasarkan konteks arkeologi struktur ketiga-tiga kapal yang ditemui itu menjadi kepunyaan tradisi teknikal tertentu. Teknik pembinaan yang digunakan ialah semua atau sebahagian komponen kapal diikat teguh dengan tali sama ada dengan rotan atau ijuk. Dalam menggunakan teknik mengikat ini, papan yang digunakan untuk membina kapal dilekatkan antara satu sama lain dengan menggunakan ikatan serabut melalui lubang yang ditebuk dibahagian tepi. Teknik mengikat ini mempunyai lubang yang menonjol keluar (dipanggil tambuku di alam Melayu) yang ditebuk dari bahagian dalam papan, dengan pelbagai bentuk lubang berongga di dalamnya, untuk membolehkan bingkai dan tempat duduk pendayung diikat. Dua teknik, iaitu mengikat papan dan tumbuku dilihat sebagai peringkat awal perkembangan tradisi membuat badan kapal oleh orang Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Orang China, terdapat beberapa gambaran unggul tentang sebuah kapal dari Asia tenggara yang berlabuh dipelabuhan China semasa abad pertama Masihi. Orang China ketika itu memanggil kapal tersebut kapal Kun Lun, iaitu Asia Tenggara. Kapal tersebut digambarkan mempunyai beberapa ciri, iaitu: 1. sebuah kapal yang besar malah bertaraf untuk tahap pelayaran moden, 2. tidak menggunakan sebarang besi untuk mengikat komponennya, 3. mempunyai beberapa lapis papan, dan 4. dipasang dengan beberapa tiang yang tinggi dan layar, petanda nyata kemahiran pelayaran yang maju.
Warisan Melayu 196 _________________________________________________________________________ Kreativiti dan kepakaran masyarakat Melayu dalam membina kapal atau perahu besar ini tidak dapat disangkal sehingga mengagumkan pelayar barat. Seperti yang terdapat dalam sumber Portugis yang menyatakan: “Sebaik sahaja mereka tiba diperairan Asia Tenggara, mereka telah bertemu dengan jong (kapal) ini. Mereka takjub kerana ia adalah lebih besar daripada kapal mereka sendiri” (Tamadun Melayu Jilid 1: 182)
Senaraikan perkataan dan istilah lain yang berkaitan dengan perahu.
PERALATAN DOMESTIK (DAPUR)
M
asyarakat Melayu dahulu sememangnya sudah mempunyai kemajuan bidang sains dan teknologi yang dapat dilihat melalui penciptaan sesuatu barangan. Ini termasuklah barangan untuk kegunaan harian seperti barangan domestik, iaitu perlatan dapur. Pengertian istilah “dapur”secara mudah adalah sebagai ruang atau bangunan, iaitu tempat menyimpan peralatan memasak dan tempat berlangsungnya kegiatan memasak. Menurut Kamus Dewan Edisi Baharu (1993), dapur bererti bahagian rumah tempat memasak. Penggunaan dapur ini sejajar dengan penemuan api oleh manusia. Terdapat beberapa jenis dapur seperti dapur kayu, arang, minyak, gas dan kini elektrik. Bagi tujuan penyediaan makanan memerlukan peralatan-peralatan tertentu dengan fungsi masingmasing. Misalnya periuk untuk memasak nasi, kuali untuk menggoreng ikan, senduk untuk menyenduk kuah, sudip untuk menggoreng dan sebagainya. Kebanyakan makanan tradisi masyarakat Melayu disediakan secara memasak dan menumis, di samping penyediaan makanan ringkas yang tidak perlu dimasak seperti sambal, ulam-ulaman dan sebagainya. Ia menunjukkan kepada kita daya kreativiti masyarakat Melayu yang mengaplikasikan alam sekelilingnya untuk mencipta sesuatu peralatan. Namun tidak dapat dinafikan dengan perubahan hidup, dapur dan peralatannya turut mengalami perubahan. Ini kerana masyarakat kini yang lebih sukakan peralatan yang ringkas dan cepat. Pelbagai barangan elektrik dicipta bagi menggantikan peralatan tradisonal, namun ini tidak bermakna peralatan ini dilupakan. Sebaliknya peralatan dapur tradisional yang sering diguna pada masa dahulu diubah mengikut citarasa masyarakat kini agar ia dapat diterima dan mudah digunakan. Hasil seni tembikar dikatakan telah bermula pada zaman Neolitk, iaitu sejak tahun 6000 SM. Pada peringkat awal penciptaannya alat ini digunakan untuk menakung air, mengisi minuman dan makanan. Bagaimanakah pula kedudukan seni tembikar zaman moden ini?
Warisan Melayu 197 _________________________________________________________________________ TEKNOLOGI PERTUKANGAN KRAF
S
eni pertukangan khususnya pertukangan tradisional merupakan satu seni yang tidak dapat dipisahkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Pertukangan tradisional lebih kepada pertukangan tangan yang halus dan menarik. Ia menggunakan peralatan tradisional yang dilakukan secara manual dan bukannya dengan menggunakan mesin ataupun alatan moden. Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan alat-alat atau peralatan yang mudah. Kraf merupakan kerja atau seni yang memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan. Konsep pertukangan kraf meliputi orang yang pandai membuat sesuatu dengan menggunakan kemahiran dan kelembutan tangan menghasilkan sesuatu. Contoh-contoh pertukangan kraf ialah anyaman mengkuang, anyaman pandan, songket, batik dan lain-lain.
SAINS DAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN
S
ains dan teknologi persenjataan orang-orang Melayu dapat dilihat melalui kepelbagaian senjata yang digunakan dalam pekerjaan seharian dan khusus untuk mempertahankan diri. Terdapat juga senjata yang digunakan sebagai alat kebesaran dalam istiadat (Zakiah Hanum, 1987: 47). Bagaimanapun, senjata-senjata ini semakin pupus dan dilupai oleh bangsa Melayu. Terdapat pelbagai jenis senjata yang menjadi lambang kebanggaan orang Melayu, iaitu badik, jambiah, kerambit, keris, lading, lembing, parang, pedang, pisau belati, golok dan sabit. Selain itu, tombak, kapak, gada-gada, iaitu rantai dengan besi pemberat di hujung, sumpit dan panah. Walaupun agak terbatas perkembangan ilmu sains dan teknologi yang digunakan, namun ia cukup bernilai dan sesuai dengan keadaan masyarakat Melayu pada masa tersebut. Sains dan teknologi diaplikasikan dalam pembuatan senjata untuk memburu seperti tombak, anak panah dan busur serta lembing. Senjata juga perlu ditajamkan dan diruncingkan dan kaedah itu turut menerapkan ilmu sains dan teknologi sekalipun masih bersahaja. Bahan-bahan untuk membuat tombak, panah dan lembing serta binatang-binatang buruan itu pula adalah intipati alam semula jadi manakala melatih diri untuk menjadi pemburu mahir dan berwibawa pula adalah terbit daripada kemampuan manusia.
SENI BINA RUMAH MELAYU
R
umah Melayu dapat diertikan sebagai rumah yang dibina dan digunakan dengan cara yang sama sejak beberapa generasi. Hal ini termasuklah pelbagai kebiasaan yang menjadi suatu peraturan tidak bertulis ketika rumah-rumah tersebut didirikan atau mulai digunakan. Sejak beribu tahun yang lalu seni pertukangan rumah Melayu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang Melayu sehingga mereka menjadi terkenal ke seluruh Asia Tenggara. Walaupun telah mengharungi perubahan dan kemasukkan pengaruh luar namun keaslian seni pertukangan yang jelas pada rumah Melayu ternyata masih utuh dan bernilai. Menyentuh tentang sejarah seni bina rumah Melayu amat berkait rapat dengan sejarah orang Melayu itu sendiri. Perkembangan antara kedua-duanya dikatakan selaras tetapi akibat
Warisan Melayu 198 _________________________________________________________________________ daripada penyelidikan dan catatan yang tidak lengkap menyebabkan pensejarahannya menjadi kabur. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa orang Melayu mempunyai tahap tamadun yang baik di Nusantara. Hal ini demikian kerana mereka mepunyai rumah dalam kelompok perkampungan yang biasanya dibina di tepi sungai dan laut. Pembinaan rumah mereka selalunya berkait dengan keadaan alam dan cara hidup pada waktu itu. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi jenis dan bentuk rumah melalui nilai dan kebudayaan masyarakat. Rumah Melayu mempunyai konsep binaan yang unik dan menarik dan mempunyai ciri-ciri yang dapat menunjukkan rumah Melayu mempunyai identiti seni binanya yang tersendiri. Antara ciriciri yang terdapat pada rumah masyarakat Melayu ialah dibuat secara bertiang, berlantai tinggi, berdinding dan beratap serta mempunyai tangga untuk naik dan turun daripada rumah. Seni bina rumah Melayu menunjukkan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Misalnya hiasan dan ukiran pada dinding rumah Melayu seperti seni ukiran dan kerawang yang bukan semata-mata mempunyai nilai estetikanya tetapi mempunyai fungsinya yang tersendiri terutamanya untuk membolehkan sistem pengudaraan yang baik. Hal ini seterusnya membuktikan bahawa seni bina pertukangan orang Melayu didukung oleh konsep dan falsafahnya yang tersendiri. Dengan adanya kemahiran dan kepakaran inilah yang menjadikan rumah Melayu mempunyai keistimewaaannya yang tersendiri dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu terdahulu khususnya. Kebiasaannya, sesebuah rumah Melayu itu dikaitkan dengan hasil gabungan kerja dan kemahiran tukang, pengukir, pawang serta pemotong dan pembelah kayu. Ilmu yang terlibat dalam pembinaannya termasuklah geologi, geometri, perbomohan, perkayuan (termasuk pengetahuan tentang jeis dan sifat rotan, nipah, rumbia dan lalang), seni ukir dan di dalam makna yang luas ilmu seni bina. Oleh kerana rumah Melayu sering dikaitkan dengan orang Melayu, maka sering juga dijadikan lambang identiti orang Melayu sendiri. Makna rumah itu dengan sendirinya menjadi amat luas dan pelbagai. Asal Usul Bentuk Rumah Melayu Rumah Melayu mempunyai sejarah asal usul bentuknya tersendiri. Binaan rumah Melayu sebenarnya menerima pelbagai pengaruh seni bina seperti seni bina Islam, seni bina Rumah Kedai Cina Negeri Selat, seni bina Inggeris. Bentuk Rumah Melayu juga dikatakan berasal daripada pelbagai bentuk seperti bentuk tubuh manusia, bentuk huruf Lam Alif terlangkup, bentuk tangan bersalam, bentuk layar perahu dan bentuk air tuban. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu ialah fakor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula, menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional ini bertiang atau berpanggung. Selain itu, lantai yang diperbuat daripada permukaan tanah dapat mengatasi kelembapan tanah dan mencegah ruang dalam rumah daripada ditenggelami air jika berlaku banjir. Peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali sebagai rumah pisang sesikat. Bentuk rumah ini berubah mengikut aras perubahan. Selepas itu, muncul pula rumah bertiang atau berpanggung dengan kedudukan lantainya yang tinggi dari aras tanah dan mengandungi ruang serta berdinding.
Warisan Melayu 199 _________________________________________________________________________ Bentuk bumbung seperti huruf “V” terbalik diperkenalkan. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup, bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil “tulang perabung” atau “tulang bumbung”. Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan “bumbung lipat kajang” atau “bumbung panjang”. Pada peringkat awal, semua negeri di Malaysia mempunyai rumah Melayu tradisional yang terdiri daripada rumah bumbung panjang. Namun, rumah Melayu tradisional berubah bentuk kepada bentuk “rumah limas” atau “bumbung Belanda” selepas kedaangan penjajah Barat. Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka, lahirlah rumah berbentuk Minangkabau dan Bugis. Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan British menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas yang berbeza kedudukan bumbungnya. Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbung panjang dikenali dengan rumah “Serambi Kedah” atau kadangkala dipanggil “Rumah Panjang”. Manakala di Kelantan dan Terengganu pula, terdapat dua jenis rumah bumbung panjang, iaitu “Rumah Tiang 12” dan “Rumah Bujang”. Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah berbumbung panjang ini dipengaruhi oleh seni bina rumah panjang di Melaka. Di negeri Perak pula, rumah bumbung panjang dikenali dengan “Rumah Kutai” atau “Rumah Potong Pattani”. Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh seni bina rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan, rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh seni bina “Rumah Adat” atau “Rumah Gadang” dari Minangkabau dan terbahagi kepada “Rumah Bujang”, “Rumah Tiang 12” dan “Rumah Tiang 16”. Di Melaka, rumah bumbung panjang dikenali sebagai “Rumah Serambi Melaka” dan terbahagi kepada “Rumah Tiang 12” dan “Rumah Tiang 16”. BENTUK RUMAH MELAYU Rumah Melayu dibina berdasarkan bentuk yang tersendiri berdasarkan kepada motif-motif tertentu dan berlainan mengikut negeri. Bentuk-bentuk yang membezakan rumah Melayu antara satu negeri dengan negeri lain adalah berdasarkan bentuk bumbungnya. Terdapat dua jenis bentuk rumah Melayu, iaitu; • rumah Melayu bentuk bumbung panjang • rumah Melayu bentuk bumbung limas. Rumah Melayu Bentuk Bumbung Panjang. Rumah Melayu bentuk bumbung panjang merupakan rumah Melayu warisan zaman tradisional yang dibina pada zaman sebelum datangnya sebarang pengaruh budaya dari luar. Rumah pada ketika itu masih lagi terikat dengan alam persekitaran dan juga cara hidup orang-orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik. Bumbung rumah jenis ini menggunakan sebuah tulang lurus mendatar yang membentuk dua tutup bumbung yang dilipat. Ia ditongkat oleh kayu tunjuk langit sehingga sisi bumbungnya membentuk dinding tegak berbentuk segi tiga seperti huruf V terbalik atau huruf A yang dikenali sebagi tebar layar. Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1994) rumah Melayu bentuk bumbung panjang ini boleh dilihat disetiap negeri kecuali Sabah dan Sarawak dan ianya berbeza di setiap negeri. Rumah Melayu bentuk bumbung panjang yang masih
Warisan Melayu 200 _________________________________________________________________________ ada ini boleh didapati di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis. Rumah Bumbung Panjang Kelantan dan Terengganu. Rumah bumbung panjang Kelantan terdapat dalam dua bentuk, iaitu ‘rumah tiang dua belas’ manakala yang kecil sedikit dikenali sebagai ‘rumah bujang’. Di Terengganu pula rumah panjangnya sama dengan rumah panjang yang ada di Kelantan, iaitu ‘rumah tiang dua belas’, namun di Terengganu tiada istilah ‘rumah bujang’. Rumah tiang dua belas dapat dikenali melalui ciri-ciri yang ada padanya. Bangunan induknya terletak pada dua belas tiang utama, iaitu enam tiang panjang dan enam tiang serambi sama naik. Bumbungnya berlipat panjang manakala dinding tepinya bertebar layar. Di bahagian tebar layar terdapat para berlantai yang dilengkapi atap yang disebut peran. Para ini digunakan untuk menyimpan barang-barang rumah yang jarang digunakan seperti talam, tembikar, dan periuk tembaga. Kebanyakan rumah tiang dua belas menyelitkan ukiran-ukiran yang indah. Ukiran-ukiran ini dapat dilihat pada daun pintu, kepala pintu, kepala tingkap, cucuran atap, bendul, serta pada tupai-tupai, kayu tunjuk langit, dinding pemisah ruang, dan dinding luar bangunan rumah. Manakala, bagi ‘rumah bujang’ yang hanya ada di Kelantan tetapi tiada di Terengganu ini memakai tiang utama pada unit rumah induk. Rumah bujang terdiri daripada tiga unit, iaitu unit rumah luar, unit rumah dalam dan unit dapur pada unit rumah yang dipisahkan oleh ruang yang tidak beratap yang dinamakan jemuran atau ruang lantai basah yang disebut juga ruang selang. Rumah Bumbung Panjang Pahang Di negeri Pahang terdapat satu bentuk rumah bumbung panjang yang dikenali sebagai ‘rumah serambi Pahang’ atau disebut juga rumah Melayu tradisi Pahang. Rumah serambi Pahang dibentuk dengan enam belas tiang utama pada rumah ibunya. Kedudukan tiang-tiangnya ialah lapan tiang panjang dan lapan tiang serambi sama naik. Jika dipandang dari aras sisi bumbung, kelihatan dinding tengahnya yang berbentuk seperti huruf ‘V’ terbalik, namun tebar layarnya tidak terdapat amben. Selain itu, pinggir tutup bumbungnya tidak memakai pemelah dan biasanya rumah serambi Pahang terdiri daripada dua unit bangunan, iaitu rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu membentuk ruang serambi dihadapan dan hanya dipisahkan oleh ruang tengah rumah yang disebut ‘laluan’. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:41). Ciri- ciri lain yang membolehkan kita mengenali seni bina rumah serambi Pahang selain enam belas tiang utama dengan membentuk ruang serambi ialah ibu rumah di ruang pentas, pebalai dan ruang dapur yang dipisahkan oleh ruang penanggah, iaitu di bahagian serambi hadapan yang kecil dengan batas kekisi berukiran kepala kelawar di bahagian tingkapnya. Sistem kontraksi di bahagian lantai dan tiangnya meletakkan laluan rasuk panjang di bawah rasuk lintang atau rasuk pendek. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:41)
Warisan Melayu 201 _________________________________________________________________________ Rumah Bumbung Panjang Melaka Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1994), terdapat beberapa bentuk rumah panjang berserambi yang dibina oleh orang Melaka. Bentuk yang kecil disebut rumah tiang dua belas manakala yang besar sedikit disebut rumah tiang enam belas. Kedua-dua bentuk rumah ini dapat dikenalpasti melalui jumlah tiang pada rumah ibunya. Rumah tiang dua belas mempunyai dua belas tiang utama yang terdiri daripada enam tiang panjang dan enam tiang serambi sama naik. Kedudukan tiangnya diatur dalam tiga baris, iaitu jika dipandang dari arah hadapan rumah. Sekiranya dipandang dari arah sisi kelihatan empat baris tiang dan setiap baris mengandungi tiga batang tiang. Tiang panjang yang terletak di dua baris tengah adalah lebih panjang daripada tiang serambi yang mengapit kedua-dua tiang tengah. Biasanya tiangtiang panjang ini panjangnya hampir satu meter lebih panjang daripada tiang serambi. Fungsi baris tiang panjang adalah untuk membentuk bumbung dibahagian tengah
Manakala, rumah tiang enam belas pula mempunyai ruang yang lebih besar kerana jumlah tiangnya terdiri daripada lapan tiang panjang dan lapan tiang serambi sama nai yang membentuk tiga ruang pada rumah ibu. Rumah tiang enam belas lebih panjang daripada rumah tiang dua belas sekurang-kurangnya tiga meter. Kedudukan ruang rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam belas sama sahaja, iaitu dibahagian hadapan sekali terletak ruang serambi yang selari dengan ibu rumah. Sebaris dengan serambi terdapat pula ruang tanpa dinding penuh yang dikenali sebagai ‘anjung serambi. Lantai di ruang ini lebih rendah daripada lantai pada ruang serambi dan di ruang inilah terletaknya tangga hadapan. Rumah Bumbung Panjang Selangor Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1994), diketahui bahawa rumah bumbung panjang Selangor ada persamaan dengan rumah bumbung panjang Melaka. Persaman ini wujud mungkin disebabkab oleh hubungan antara daerah di Selangor dan daerah di Melaka beberapa abad yang lalu. Rumah bumbung panjang yang ada di Selangor ini mempunyai tiga unit bangunan, iaitu terdiri daripada rumah ibu, unit rumah tengah dan rumah dapur. Pada unit rumah ibu ini terdapat ruang serambi yang bersambung pada ruang anjung, ruang ibu rumah dan bilik. Manakala pada unit rumah tengah terdapat ruang luas dan bilik serta sebuah ruang yang dikenali sebagai ‘rumah tangga’ yang mana terdapatnya tangga rumah. Unit rumah dapur pula terletak dibahagian belakang sekali dan mempunyai sebuah ruang untuk kaum wanita melakukan sesuatu kerja seperti mengayam tikar atau menjahit. Manakala di ruang dapur terdapat sebuah sahaja pintu. Rumah Bumbung Panjang Perak Bentuk rumah bumbung panjang Perak atau lebih dikenali sebagai ‘‘rumah kutai’ masih boleh dilihat dikawasan-kawasan seperti Teluk Intan hingga ke arah hulu di jajahan Kuala Kangsar. Terdapat dua jenis rumah kutai, iaitu yang kecil sedikit dan lebih asli ialah rumah kutai yang menggunakan dua belas tiang utama, iaitu enam tiang panjang dan enam tiang serambi sama naik. Kedudukan tiang-tiangnya jika dilihat dari arah hadapan rumah berada dalam tiga baris dan setiap baris mengandungi enam batang tiang. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:57).
Warisan Melayu 202 _________________________________________________________________________
Ciri-ciri rumah kutai yang asal ialah mempunyai lantai peran di hujung tutup bumbung. Luas lantai peran ini agak kecil. Rumah kutai yang asal juga kadang-kadang kadang ada ragam hias di kaki peran yang disebut sebagai lebah bergantung.. Ragam hias ini terletak dibawah pertemuan alang panjang dab alang dan berbentuk seperti labu. Ciri-ciri ciri ini ada hubung kaitnya dengan satu kepercayaan kononnya ia sebagai simbol kekuatan rumah. Rumah kutai yang asal juga mempunyai tingkap kecil pada bahagian dinding dihadapan rumah. Tingkap tersebut mempunyai mempunyai daun tingkap yang terbuka ke luar dan pada tingkap ini dipasang kisi-kisi kisi sebagai keselamatan. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:58). Rumah kutai ini juga mempunyai struktur bumbung yang luar biasa daripada jenis rumah Melayu yang ada. a. Bentuk struktur asal rumah kutai dibentuk oleh rangka bumbung yang terdiri daripada alang panjang dan lang lintang. Pada bahagian hujung alang lintang terdapat kayu ceper kasau dan du hujung kayu kasau terbentuk konstraksi yang membentuk tutup bumbung. Biasanya rumah kutai memakai tiang bersegi lapan. Manakala, kaki tiang ditanam ke dalam tanah, gunanya untuk mengejap kayu alang panjang dan alang pendek pada kepala tiang. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:58). Rumah Bumbung Panjang Pulau Pinang nang Di Pulau Pinang terdapat beberapa bentuk rumah bentuk Melayu daripada jenis rumah bumbung panjang. Terdapat rumah yang dikenali sebagai rumah gajah menyusu yang terdiri daripada dua jenis, iaitu rumah gajah menyusu berserambi dan rumah gajah menyusu ttidak berserambi. Rumah gajah menyusu dalam bentuk rumah bujang hanya terdiri daripada unit rumah ibu dan unit rumah dapur. Rumah ini terdiri atas sembilan batang tiang utama, iaitu enam tiang panjang dan tiga tiang serambi. Ruang serambi digunakan untuk tetamu, tetamu, sama ada bagi kaum lelaki mahupun kaum wanita, manakala ruang tengah untuk tuan rumah. Dua buah pintu dan tangga disediakan. (Abdul Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:61). Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan Ada dua jenis rumah bumbung panjang panjan di Negeri Sembilan, iaitu rumah bumbung panjang tiang dua belas dan rumah bumbung panjang tiang enam belas. Masing-masing Masing masing membentuk komponen bangunan yang berbeza-beza. beza. Ada yang terdiri daripada unit rumah ibu, unit rumah tengah dan unit rumah dapur dan ada pula yang hanya mempunyai satu unit bangunan sahaja sahaja, iaitu unit rumah ibu. Satu perkara yang menarik mengenai rumah bumbung panjang Negeri Sembilan ini ialah kedudukan serambinya. Jika ruang serambinya ditambah pada bahagian hujung dan pangkalnya, maka aka ruang serambi akan lebih panjang sehingga wujud apa yang disebut ruang serambi pangkal, ruang serambi tengah dan ruang serambi hujung. Rumah tiang enam belas dengan tujuh ruang adalah rumah bumbung panjang yang terbesar di Negeri Sembilan.
Warisan Melayu 203 _________________________________________________________________________ Ada juga rumah tiang enam belas yang hanya terdiri daripada lima ruang sahaja sementara yang lain hanya mempunyai ruang serambi pangkal sahaja. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:61). Satu perkara yang menarik ialah kedudukan sistem kontraksi pada bahagian tiang dan lantainya yang tidak sama dengan sistem kontraksi pada rumah bumbung panjang di Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, dan Pahang. Kedudukan sistem kontraksi rumah bumbung panjang di Negeri Sembilan ialah rasuk pendek atau rasuk lintangnya berada di atas rasuk panjang atau pelantar, jadi bilah-bilah gelegar terletak atas bilah-bilah rasuk panjang. Rumah bumbung panjang di Negeri Sembilan juga mempunyai loteng pada bahagian atas bumbungnya yang mana ia tidak terdapat pada rumah bumbung panjang yang lain. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:66) Rumah Bumbung Panjang Kedah dan Perlis Rumah panjang Kedah adalah berbentuk memanjang dari arah tebar layar, iaitu pada bahagian arah tebar layer merupakan arah hadapan rumah (front elevation). Oleh kerana arah tebar layar rumah panjang Kedah dikira sebagai arah hadapan rumah, pada arah itulah dikira sebagai arah hadapan rumah pada arah itu jugalah terletaknya ruang dapur dan juga ruang rumah tangga yang terdapat pintu dan tangga hadapan. Di belakang ruang dapur terdapat pula ruang tengah yang diapit oleh ruang serambi dan di bahagian belakang ialah ruang rumah dapur. Rumah panjang Kedah juga mempunyai ciri-ciri pada bumbungnya yang memanjang dan bertiang banyak. Bangunanya juga memakai tutup bumbung yang berbentuk bumbung menyusu, iaitu bumbung rumah dapur direndahkan sedikit daripada rumah ibu.
Bentuk rumah panjang yang ada di negeri Perlis juga sama bentuknya dan sifatnya dengan bentuk rumah panjang yang ada di negeri Kedah. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1994:69)
RUMAH MELAYU BENTUK BUMBUNG LIMAS Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1994) dalam pengkajiannya, mendapati bahawa di Malaysia rumah bentuk limas berkembang secara pesat bermula pada pertengahan abad ke-19 (1850) sewaktu Inggeris menduduki Semenanjung Tanah Melayu. Rumah bumbung limas terdiri daripada berbagai-bagai jenis antaranya rumah limas potong Perak, rumah limas duduk fesyen Belanda dan rumah Limasan. Bentuk yang awal diperkenalkan di Kelantan terutama di Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Pasir Putih dan sebahagiannya di Terengganu dikenali sebagai ‘limas perabung lima’ yang tergolong dalam rumah limas duduk gaya atau fesyen Belanda, iaitu
Warisan Melayu 204 _________________________________________________________________________ bumbungnya memakai lima buah perabung yang terdiri daripada satu perabung terus mendatar dan bersambung dengan empat buah perabung yang menurun ke cucuran atap. Tulang rasuk membentuk dua buah tulang bumbung memanjang dan dua tutup bumbung sisi yang berbentuk segi tiga piramid disebut limas. Dengan kedudukan tiang bumbung ini ia membentuk tutup bumbung terlingkup yang dikelilingi oleh cucuran atap. Bentuk ini berbeza dengan rumah bumbung panjang yang hanya memakai satu tulang perabung yang membentuk dua tutup bumbung sahaja. Melalui dua tutup bumbung yang dilipat menjadi lipat kajang itu terbentuk pula sisi dinding yang dipanggil tebar layar. Rumah bumbung panjang mempunyai dinding sisi yang dipanggil tebar layer, manakala rumah limas perabung lima tidak mempunyai tebar layar kerana sisi dindingnya ditutup oleh atap. Rumah limas potong Perak pula boleh dilihat di negeri Perak terutama di Larut. Ciri penting yang ada pada rumah limas potong Perak ini adalah bentuk bumbungnya yang panjang, tulang bumbungnya keras mendatar manakala bumbung pada empat buah tulang bumbungnya menurun ke cucuran atap. Ini sama dengan kedudukan rabung pada rumah limas perabung lima. Namun satu perbezaan yang ada padanya ialah di pertemuan bahagian hujung tutup bumbung panjang terdapat sedikit bukaan atap yang bentuknya segi tiga tepat seperti muka tebar layar pada rumah bumbung panjang. Manakala, bentuk rumah limasan yang boleh dilihat di Balai Istana Seri Akar dan Masjid Tua Nanggar di Kota Bharu Kelantan. Bentuk rumah ini sama dengan bentuk rumah Jawa yang juga dikenali sebagai rumah limasan. Rumah limasan yang ada di Jawa terdiri daripada perbagai bentuk antaranya bentuk limas gagah ngambe, bentuk limas lawakan dan bentuk limas gagah jerum. Bentuk bumbungnya sama dengan bentuk bumbung rumah limasan perabung lima, iaitu bumbungnya memakai lima buah perabung yang terdiri daripada satu perabung terus mendatar dan bersambung dengan empat buah perabung yang menurun ke cucuran atap kecuali tutup atapnya yang memakai dua lapis dan bumbungnya pula berbentuk memanjang. Satu ciri yang menarik mengenai seni bina rumah limas moden ialah kewujudan bilik air di dalam rumah. Keadaan ini tidak pernah wujud pada rumah Melayu tradisi zaman silam. Sebagai rumah yang tidak lagi menitikberatkan konsep ruang tertentu, rumah-rumah limas kini lebih mementingkan soal fungsi. Buktinya kebayakan rumah limas sekarang telah banyak ditambah dengan ruang-ruang bilik untuk tempat tidur bagi anak-anak dara, teruna bilik tidur tetamu dan juga bilik tidur ibu-bapa. Perkara ini tidak terdapat pada rumah Melayu tradisi yang lebih mengutamakan ruang-ruangnya yang luas terbuka supaya dapat digunakan lebih daripada satu fungsi.
Cadangkan bagaimana ciri-ciri rumah Melayu dapat diaplikasikan dalam seni bina rumah moden.
Warisan Melayu 205 _________________________________________________________________________
RUMUSAN • • •
• •
•
•
•
Warisan Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu warisan persuratan Melayu dan warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Warisan persuratan Melayu meliputi sejarah dan perkembangan puisi dan prosa Melayu daripada zaman klasik hingga ke zaman persuratan moden atau baharu. Kebudayaan Melayu telah mengalami perubahan hasil kesan pertembungan dua masyarakat atau budaya (cultural contact) menerusi proses-proses difusi, asimilasi atau penyebatian dan perubahan-perubahan masyarakat yang lain. Budaya tradisional merupakan satu sistem yang hidup (on-going system) dan ia mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan terhadap seluruh sistem kepercayaan dan kehidupan orang Melayu, seperti istiadat perkahwinan dan cara berpakaian. Masyarakat Melayu bukanlah masyarakat yang menguasai bidang sains dan teknologi secara meluas. Namun begitu terdapat teknologi yang dihasilkan walaupun ia hanyalah untuk kegunaan sendiri dan masyarakat setempat. Sains dan teknologi masyarakat Melayu boleh dilihat melalui penciptaan pelbagai barangan untuk kegunaan seharian seperti teknologi dapur, perkapalan, alatan pertanian, dan seni bina rumah. Perubatan tradisional Melayu semakin diketepikan bila muncul kaedah perubatan moden.
KATA KUNCI pertembungan budaya penyebatian seni bina Melayu rumah tradisional bumbung panjang
asimilasi budaya teknologi Melayu perubatan Melayu teknologi dapur bumbung limas
konflik budaya adat istiadat keseniaan sistem yang hidup
PENILAIAN KENDIRI 1. Bincangkan sumbangan pujangga Melayu dalam persuratan Melayu warisan Islam. 2. Kesusasteran Melayu klasik menjadi pancaran masyarakat Melayu lama. Jelaskan. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kesusasteraan Melayu lama yang bersifat sejarah? Berikan lima buah karya yang bersifat sejarah . 4. Bincangkan perkembangan kesusasteraan Melayu di Malaysia selepas perang dan kebangkitan Angkatan Sasterawan Lima Puluh (ASAS 50). 5. Senaraikan khazanah Melayu warisan Islam. 6. Apakah amalan-amalan masyarakat Melayu yang masih dipengaruhi oleh kepercayaan animisme. 7. Bincangkan kehebatan seni bina rumah orang Melayu. 8. Cuba anda selidik tempat kediaman anda, adakah rumah dan persekitaran tempat tinggal anda memenuhi prinsip pembinaan rumah Melayu.
Warisan Melayu 206 _________________________________________________________________________
RUJUKAN Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1994). Rumah Melayu trasidi. KL: Fajar Bakti. Abdul Rahman Al-Ahmadi (2003). Tamadun rumpun budaya Melayu.KL: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Anwar Din. Ed (2007). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi: Penerbit UKM Ismail Hamid (1988). Masyarakat dan budaya Melayu. KL:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi, ed (1993).Tamadun Melayu Jilid 1-5. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Koharuddin Mohd. Balwi (2005). Peradaban Melayu. Skudai: Penerbit UTM Mohd Taib Osman (1983). Bunga rampai kebudayaan Melayu. KL:Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Taib Osman (1983). Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia. KL:Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman web: www.heritage.gov.my/