JAWI Warisan Warga Alam Melayu
Muhammad Bukhari Lubis Makmur Haji Harun Alizah binti Lambri
i
JAWI WARISAN WARGA ALAM MELAYU
جاوي واريثن ورݢ عالم ماليو
ii
ISI KANDUNGAN DIBAJAH BAB 1
BAB 2
viii SEJARAH TULISAN JAWI
1
Pengenalan Asal Usul Istilah “Jawi” Perkembangan Tradisi Penulisan di Alam Melayu Perkembangan Tulisan Jawi di Nusantara Teori Kedatangan Islam Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Arab Teori Kedatangan Islam dari China Teori Kedatangan Islam dari India Faktor Kedatangan Islam ke Asia Tenggara Kedudukan Strategik Sebab Perdagangan Pengaruh Perkahwinan Ajaran Tasawuf Saluran Pendidikan Kesan Kesenian Pusat Kebudayaan Peranan Mubaligh Pengaruh Politik Penggunaan Tulisan Jawi dalam Bahan Bukti Sejarah Batu Bersurat Terengganu (1303 M) Batu Nisan Permatang Pasir Pahang Batu Nisan Makam Sheikh Abdul Kadir Hussein Shah Alirah Bertarikh 904 Masihi Penggunaan Tulisan Jawi dalam Bahan Bercetak Surat Khabar Jawi Peranakan Majalah Suloh Malaya Kajian Berkaitan Tulisan Jawi Rumusan Kata Kunci Latihan
1 1 2 2 5 5 5 6 6 6 7 7 7 7 8 8 8 8 9 9 10
BENTUK TULISAN JAWI
15
Pengenalan Bentuk Tulisan Jawi
15 15 15 16 16 17 17 18 18 18 19 19 20 22 22
Huruf Jawi Yang Utama (Vokal) Huruf Konsonan Huruf Gubalan Melayu Huruf Bersambung Huruf Jim dan Ca Huruf Dal dan Ro Huruf Sin dan Pa Huruf Ga dan Lam Huruf Mim dan Nun Huruf yang Menerima Sambungan sebelumnya Sahaja Huruf Nga dan Nya Bentuk Huruf Jawi yang Terpisah dan Bersambung Rumusan Kata Kunci
10 10 10 11 11 12 13 13
iii
BAB 3
BAB 4
Latihan
23
HURUF JAWI DAN PADANANNYA DENGAN HURUF RUMI DAN SEBALIKNYA
26
Pengenalan Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi Huruf Rumi dan Padanannya dengan Huruf Jawi Huruf Tambahan Panduan Mengeja Jawi Kata dan Suku-sukunya Suku Kata Terbuka dan Suku Kata Tertutup Suku Kata Terbuka Suku Kata Tertutup Mengeja Suku Kata Suku Kata yang Menggunakan Vokal [e] Pepet Pada Awal Kata Pada Tengah Kata Pada Akhir Kata Suku Kata yang Menggunakan Vokal [a] Pada Awal Kata Pada Tengah Kata Pada Akhir Kata Suku Kata yang Menggunakan Vokal [i] dan [e] Taling Pada Awal Kata Pada Tengah Kata Pada Akhir Kata Suku Kata yang Menggunakan Vokal [u] dan [o] Pada Awal Kata Pada Tengah Kata Pada Akhir Kata Rumusan Kata Kunci Latihan
26 26 28 30 30 30 31 31 31 32 32 32 33 33 33 33 34 34 38 38 38 39 40 40 40 41 42 42 42
EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN (JENIS-JENIS EJAAN JAWI)
44
Pengenalan Ejaan Tradisi Ejaan Lazim Suku Kata Terbuka + Terbuka Suku Kata Terbuka + Tertutup Suku Kata Tertutup + Terbuka Suku Kata Tertutup + Tertutup Kata Dasar Satu Suku Kata Kata Dasar Dua Suku Kata Mengikut Pola Ejaan Kata Dasar Dua Suku Kata Cara Bebas Mengikut Pola Suku Kata Rumusan Kata Kunci Latihan
44 44 45 45 48 50 53 55 58 63 63 64 68 68 68
iv
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
EJAAN MENGIKUT HUKUM
70
Pengenalan Hukum Deranglu Hukum Ka-Ga Hukum Ra-Ma Hukum A-Ha Mengeja Kata Dasar Tiga Suku Kata ke Atas Hukum Ha Kedua (a-ha) Ejaan Lampau Hukum Rumusan Kata Kunci Latihan
70 70 72 73 74 74 75 77 79 79 79
EJAAN DIFTONG, GLOTIS, GELUNCURAN, DAN GELINCIRAN
82
Pengenalan Ejaan dan Bunyi Diftong Bunyi Diftong [au] Bunyi Diftong [ai] Bunyi Diftong [oi] Bunyi dan Ejaan Glotis Bunyi Geluncuran Geluncuran Huruf u dan a, iaitu Bunyi (uwa) Geluncuran [iya] dan [iyu] Geluncuran [uwi] Bunyi Gelinciran Rumusan Kata Kunci Latihan
82 82 82 85 88 89 92 92 93 94 94 96 96 97
EJAAN KATA GABUNGAN HOMOGRAF
98
Pengenalan Ejaan dan Kata Gabungan Homograf Homograf Hakiki Homograf Tidak Hakiki Mengatasi Kata Homograf Homograf Terbitan Unsur Baris dalam Homograf Rumusan Kata Kunci Latihan
98 98 98 99 100 101 101 102 103 103
EJAAN KATA BERIMBUHAN (AWAL DAN AKHIR)
104
Pengenalan Imbuhan dalam Bahasa Melayu Kata Imbuhan Awal Sebab Imbuhan Kata Berimbuhan Awalan bagi Ekakata Akhiran an bagi Bunyi Konsonan Akhiran an bagi Kata Pinjaman Arab Akhiran an bagi Kata Pinjaman Inggeris
104 104 104 105 106 108 109 110 v
BAB 9
BAB 10
Akhiran an bagi Perkataan Berakhiran Vokal Akhiran an bagi Perkataan Berakhir Diftong au Akhiran an bagi Perkataan Berakhir Bunyi ke Atas Akhiran an bagi Perkataan Mengikut Hukum Deranglu Akhiran an bagi Perkataan Mengikut Hukum Ka-Ga Akhiran an bagi Perkataan di Luar Hukum Deranglu Akhiran an bagi Ejaan Tradisi Akhiran an bagi Perkataan Berakhiran dengan u Akhiran i bagi Bunyi Konsonan Akhiran i bagi Kata Pinjaman Akhiran i bagi Perkataan Berbunyi ke Atas Terbuka Akhiran i bagi Perkataan Berbunyi ke Depan Terbuka Rumusan Kata Kunci Latihan
111 112 112 113 114 115 115 116 117 117 118 119 120 120 120
KATA SERAPAN ARAB
121
Pengenalan Prinsip Utama Pengejaan Kata Serapan Arab Dua Pembahagian Besar Istilah Agama - Dikekalkan Ejaannya Kata Umum - Diubah Ejaannya Kaedah Perincian Lain Perubahan Ejaan Walaupun Istilah Biarpun Lama Terserap (Kata Umum), Namun Kekal Ejaan Arabnya Kata Umum yang Menerima Perubahan Konsonan Khasnya Tanpa Vokal pada Istilah Agama, namun Ditambah Vokal untuk Pengertian Umum Sebagai Kata Dasar Kekal Ejaan Asal, Ada Penambahan apabila Menjadi Kata Terbitan Penambahan Huruf Vokal pada Kata yang Asalnya Konsonan Sahaja Perubahan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab ( ى, iaitu ya yang tidak bernoktah) Menjadi Alif Pengekalan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab ( ى, iaitu ya tidak bernoktah), namun Diubah apabila Menerima Imbuhan Pengekalan Ejaan Selagi Menjadi Istilah, Diubah apabila Menjadi Kata Umum Penulisan Huruf Hamzah Penulisan Huruf Ta Marbutah (Ta Simpul) Pola Kata Serapan Arab dalam Bahasa Melayu Rumusan Kata Kunci Latihan
121 121 122 122 122 122 122 123 123 124 124 125 125
125 126 127 127 128 148 148 148
KATA SERAPAN INGGERIS & PARSI (JUGA NAMA KHAS CINA, INDIA)
150
Pengenalan Asal Usul Kata Serapan Inggeris Kata Serapan Inggeris
150 150 150 vi
Huruf Konsonan Huruf Vokal Kata Serapan Parsi Prinsip Utama Pengejaan Kata Serapan Parsi Nama Orang Cina Nama Kaum India Rumusan Kata Kunci Latihan Rujukan
150 154 157 157 161 162 162 163 163 163
vii
DIBAJAH
Apabila ditelusuri sejarah dan tamadun Nusantara, ternyata aksara Jawi adalah warisan warga Alam Melayu. Tiada siapa yang mampu menyangkalnya, jika ia benar-benar mengikuti dan memahami sejarah tanah air kita. Memang ada jenis tulisan lain di rantau ini. Bagaimanapun setelah kedatangan Islam, tulisan Jawi mendominasi jenis tulisan yang digunakan untuk bahasa Melayu. Jadi dari segi sejarahnya, tidak kira bangsa apa dan agama apa yang dianuti penduduk Alam Melayu ini, dia harus menerima hakikat bahawa tulisan Jawi (dan tulisan rumi) tidak dapat dipisahkan sama sekali dari peradaban Melayu. Ribuan karya dalam bentuk manuskrip menjadi bukti betapa teguh dan rapatnya hubungan tulisan Jawi dengan warga Kepulauan Melayu. Tibalah masanya, kegemilangan penggunaan aksara Jawi itu tercabar dan hampir tewas dengan kemunculan gagasan dan tindakan penjajah Barat di rantau ini. Ada negara yang mengalah, namun ada juga negara yang terus bertahan. Di Malaysia ‘kesilapan’ atau ‘kelalaian’ kita berlaku pada tahun 1960-an apabila kita mula mengabaikan pengajaran tulisan Jawi di sekolah rendah dan menengah. Dalam ‘keterlenaan’ kita buat beberapa tahun itu, ketika Konvensyen Pendidikan diadakan di Kuantan pada 1979, Tuan Haji Hamdan Abdul Rahman (hf.h) membentangkan sebuah kertas kerja yang menyentuh tulisan Jawi (konvensyen kali ini lebih menumpukan kepada isu pencemaran bahasa - umum). Sebagai hasilnya, diwujudkan sebuah jawatankuasa (urus setia Dewan Bahasa dan Pustaka) yang bertanggungjawab memikirkan pedoman ejaan Jawi yang lebih sistematik dan mantap. Konvensyen Tulisan Jawi yang berlangsung pada April 1984 di Kuala Terengganu, merupakan titik tolak ke arah niat yang baik ini. Sebagai hasilnya, lahirlah sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (EJYD). Selepas itu pelbagai seminar dan persidangan diadakan, bagi memikirkan kelangsungan penggunaan tulisan Jawi ini. Begitu juga program j-QAF (Jawi – Qur’an – [bahasa] Arab – Fardhu [‘Ain]) diperkenalkan. Saban tahun, ada sahaja buku yang diterbitkan, sama ada menyentuh sejarah tulisan Jawi ini, ataupun selok belok pengajaran dan pembelajaran (P&P) tulisan Jawi. Buku ini secara zahir menonjolkan judul yang mengetengahkan unsur sejarah. Sebenarnya judul begitu sebagai moto peringatan sahaja, sebaliknya isinya lebih tertumpu kepada pembelajaran tulisan Jawi. Karya ini lebih tepat dianggap sebagai penawar untuk seseorang warga Malaysia khasnya untuk menguasai sistem EJYD ini. Dalam sepuluh bab yang diutarakan, kesemua rumus ejaan yang penting dibahas dan dijelaskan satu persatu. Sasaran utama pembaca buku ini adalah para pelajar sekolah menengah dan ke atas. Malah tujuan asal penyusunan buku ini adalah untuk mahasiswa yang mengambil apa sahaja kursus - baik secara langsung mahupun tidak - yang berkaitan dengan tulisan Jawi. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), subjek ‘Warisan Jawi’ diperkenalkan kepada pelajar major Bahasa Melayu. Mereka tidak dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan [Bahasa Melayu] selagi gagal dalam subjek ini. Sementara itu sejak empat tahun sudah diperkenalkan program minor Pengajian Jawi. Para pelajar dikehendaki mengambil banyak subjek teras yang berkaitan dengan sejarah dan sistem ejaan Jawi. Selain itu, buku ini juga baik dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada sesiapa sahaja yang meminati tulisan ini, apatah lagi jika ia tergolong sebagai warga Alam Melayu; atau mereka yang mula insaf untuk melestarikan tulisan Jawi. Sesungguhnya tulisan Jawi telah memberi saham yang besar dalam mengekalkan kebudayaan dan ketamadunan Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya berasa bangga dengan khazanah warisan bangsa kita ini (jarang sekali ditemukan viii
bahasa yang menggunakan dua jenis aksara secara rasmi). Oleh sebab itu sama-samalah kita melestarikannya! Pada kesempatan ini, mewakili para penyusun saya mengucapkan jazakumu’Llah khayran kathiran kepada Tuan Haji Hamdan Abdul Rahman kerana sudi meluangkan masa untuk menyemak dan memberi komen membina terhadap persembahan buku ini.
Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis Profesor, Fakulti Bahasa dan Komunikasi; merangkap Penyelaras Unit Kajian Jawi dan Khat, UPSI Pakar Rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (DBP, 2001, 2004, 2008) September 2015 M/Zulkaedah 1436 H
ix
Buku ini pada amnya sesuai digunakan untuk semua orang yang meminati tulisan Jawi. Persembahannya lebih mengkhusus untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan seterusnya. Sebagai pembimbing, buku ini menyertakan sekali contoh dan latihan yang sesuai untuk kesemua sepuluh bab, dibahas dengan jelas dan sistematik.
Penyusun buku ini, MUHAMMAD BUKHARI LUBIS, Ph.D adalah Profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), merangkap Penyelaras Unit Kajian Jawi dan Khat UPSI. Di samping itu beliau adalah peminat, pengkaji dan kolektor bahan seni khat Islami. Sementara MAKMUR HAJI HARUN, Ph.D adalah pensyarah di FBK, UPSI; juga giat mengkaji, menulis, melukis dan mencipta karya seni khat dan Jawi serta menganjurkan pameran seni berkenaan. ALIZAH LAMBRI, M.A pula adalah pensyarah di FBK, UPSI yang sudah pun menyelesaikan program Ph.Dnya tahun ini.
x