Kurikulum Sains Sekolah Rendah
UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menjelaskan maksud kurikuum 2. Menghuraikan maksud pembelajaran sains 3. Menganalisis keperluan kurikulum sains sekolah rendah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Mengenalpasti persamaan kandungan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan luar negara 5. Mereka bentuk rancangan pengajaran sains sekolah rendah
PENGENALAN Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia untuk hidup. Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan kepentingan dengan kehidupannya. Anugerah Allah pencipta manusia memberi akal fikiran kepada manusia untuk memikirkan bahawa kehidupan mereka dibumi ini wajar diteruskan sebaik mungkin. Dengan kewajaran meneruskan kehidupan tersebut maka tiada jalan lain yang difikirkan oleh manusia adalah menyediakan segala keperluan yang sesuai dengan kehendak mereka. Fikiran ini di bentuk berasaskan kepada pemikiran sains. Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains terbina dari dari kaedah iaitu secara belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Dengan itu kursus ini mengutamakan pembentukan pengetahuan sains dari sumber pengajaran langsung . Pengajaran langsung bermaksud pengajaran yang terbina berasaskan pembentukan kurikulum dan menerusi aktiviti persekolahan formal seperti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.
15
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
ISI KANDUNGAN Pengajaran dan pembelajaran sains Kajian alam yang mencetuskan idea kepada manusia membentuk ilmu yang dikenali sains. Sains bidang mengenai kefahaman tentang hukum dan konsep tertentu yang mempunyai aturan dan hubung kait tertentu. Dengan ini menjadikan sains adalah satu yang kompleks. Keadaan ini menimbulkan usaha para guru atau penyelidik pendidikan sains untuk menjadi pengajaran sains mudah dan menarik dalam penyampaian kefahaman konsep mengenai sains kepada pelajar. Dengan itu pengajaran sains melibatkan pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan kurikulum sains. Pengajaran adalah aktiviti penyampaian ilmu yang
menjadi tugas para guru. Guru terlatih
mempunyai kemahiran professional yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran sains dengan kaedah pengajaran. Dua perkara penting di sini adalah penguasaan ilmu sains dan kaedah pengajaran.
•
Apakah yang dimaksud dengan pengajaran guru?
•
Apakah yang dimaksud dengan pembelajaran murid?
•
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sains?
Pembelajaran akan memberi makna kepada pelajar sekira dijalankan secara aktif. Dalam hal ini peranan pelajar hendaklah diaktifkan dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran. Teori kontruktivisme amat menekan kepada pembinaan pengetahuan menerusi peranan individu khususnya pelajar dalam membina makna kepada pengetahuan baru secara penglibatan aktif. Satu prinsip yang kerap diberi penekanan
bahawa pelajar mempunyai pengetahuan
latar,pengalaman tertantu yang perlu dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan baru. Mereka bukan umpama tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengalaman bermakna kepada pelajar memerlukan perancangan yang teliti supaya dapat melibatkan pelajar secara aktif.
16
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan pelajar secara aktif? Senaraikan sekurangnya tiga aktiviti tersebut.
…………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………
Apakah yang dimaksud dengan kurikulum?
Kurikulum Sains Sekolah Rendah Bagi tujuan perbincangan maka di bawah subtopik ini dipaparkan sebahagian petikan dari dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. Bahan ini boleh diakses di http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid= Namun begitu bermula tahun 2010 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Anda hendaklah mendapatkan dokumen ini. Namun sebahagian petikannya dipaparkan kepada anda.
17
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah? Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.
Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah? Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.
18
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. 11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.
Apakah kemahiran-kemahiran nilai yang ingin diterapkan menerusi kurikulum ini? Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains? Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti yang berikut:
Kemahiran Proses Sains
Penerangan
19
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Memerhatikan
Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bauuntuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena.
Mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat sepunya.
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.
Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Berkomunikasi
Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan Data
Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk,
Mendefinisikan secara operasi
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan
Mengawal pembolehubah
Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah
saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan
perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
Membuat hipotesis
Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu
20
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut: a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir ? Dokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses menggerakkan minda secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada dirinya
bagi
membolehkannya
memahami
dan
memberi
makna
kepada
kehidupan
sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.
21
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Kemahiran Berfikir Kritis
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir Kritis
Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.
Membandingkan dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Mengumpulkan dan mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Membuat urutan
Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.
Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Mengesan kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak
Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi
kepada atau menentang sesuatu.
kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang sah. Membuat kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
22
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Apakah perkaitan kemahiran proses sains dengan kemahiran berfikir? Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Berfikir
Pembelajaran Berkesan
Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Berfikir
Memerhatikan
Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan
Mengelaskan
Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan
Mengukur dan menggunakan nombor
Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan
Membuat inferens
Menghubungkaitkan
23
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens Meramalkan
Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan
Mentafsirkan data
Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai
Mendefinisi secara operasi
Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis
Mengawal pembolehubah
Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan
Membuat hipotesis
Mengeksperimen
Semua kemahiran berfikir Semua kemahiran berfikir
Berkomunikasi
24
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran-kemahiran tersebut?
Dokumen tersebut turut memberi gambaran bagaimana pelaksanaan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan meneliti kepada hasil pembelajaran sesuatu topik dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian. Petikan berikut akan menjadi panduan.
Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik Merujuk dokumen kurikulum tersebut telah menjelaskan bahawa kurikulum sains ini menekankan pembelajaran kurikulum
ini,
hasil
berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam
pembelajaran yang
dihasratkan ditulis
secara mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya.
Contoh 1:
Hasil Pembelajaran
Kemahiran Berfikir
Membandingkan dan membezakan
Membandingkan dan membezakan
haiwan berdasarkan cirri
Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan.
25
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Contoh 2: Hasil Pembelajaran
Kemahiran Proses Sains Mengawal pemboleh ubah
Mengawal pemboleh ubah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan.
Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian, membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan pengaratan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas adalah karat yang diperhatikan.
Kandungan kurikulum sains sekolah rendah Anda diminta menyemak dokumen tersebut. Modul ini perlu dibaca bersama dengan kurikulum sains sekolah rendah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah. Kandungan pengetahuan mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6 dalam lima tema seperti berikut:
•
Menyiasat Alam Kehidupan
•
Menyiasat Alam Fizikal
•
Menyiasat Alam Bahan
•
Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
•
Menyiasat Dunia Teknologi
Bandingkan dengan kurikulum sains sekolah rendah luar negara Anda wajar membuat perbandingan kurikulum negara kita dengan luar negara. Saya percaya boleh melakunya dengan menggunakan Internet. Namun sebagai contoh bandingkan dengan mencari
persamaan
kurikulum
dari
UK
yang
boleh
diakses
di
laman:
26
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
http://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/Primary%20Science%20Curric ulum%20Framework.pdf. Sebahagiannya dipetik sebagaimana di bawah:
27
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Contoh kedua kuriklum sains sekolah rendah adalah boleh dirujuk di http://www.ncca.ie/uploadedfiles/curriculum/intro_eng.pdf Sebahagian petikannya dipaparkan di bawah:
Sediakan satu rancangan pengajaran sains sekolah rendah.
Lihat contoh di bawah sebagai panduan penghasilan RPH.
Mata Pelajaran
: Sains
Tingkatan
: 6H
28
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Bilangan Murid
: 40/40 orang
Tarikh
: 14 September 2011
Masa
: 7.45 – 8.45 Pagi (60 minit)
Tajuk
: Pelangi
Isi Kandungan
: i) Fenomena Sains •
Pembentukan Pelangi
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui secara umum tentang fenomena pelangi Objektif
: Mengajar berkenaan fenomena pembentukan pelangi
Hasil Pembelajaran
: Pada akhir pembelajaran pelajar diharap dapat: 1) Menyatakkan kombinasi spektrum cahaya 2) Menyatakan proses pembentukan pelangi 3) Menentukan posisi yang tepat untuk mengamati pelangi
: Mencintai alam sejagat, bertanggungjawab, kagum ciptaan tuhan
ABM
: Buku rujukan, laptop, LCD, bahan internet, kertas mahjong, pen marker
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Guru menayangkan video selama 5 minit. SET INDUKSI (5 minit)
CATATAN
Nilai
ISI KANDUNGAN
: Menerang, mencatat, perbincangan dan nyayian
LANGKAH/ MASA
Kaedah
ABM:
• Pelajar melihat tayangan video yang dipaparkan oleh guru.
• Video http://youtu.be/rZ sdQy2PrpA
• Guru menyoal pelajar berkenaan dengan video yang ditayangkan
• Laptop
29
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
iaitu: Soalan - Apakah yang anda faham berkenaan dengan fenomena yang ditayangkan sebentar tadi? • Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan masing-masing. • Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pengajaran pada hari ini.
Kemahiran proses sains Memerhati Kemahiran Berfikir Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan
LANGKAH 1 (5 minit)
• Pengenalan spektrum Cahaya
• Guru menayangkan slide spektrum cahaya. • Guru menerangkan kepada pelajar spektrum cahaya terdiri daripada 7 warna iaitu merah,jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu
ABM:
• Pelajar mendengar penerangan guru.
Kemahiran:
• Tayangan slide http://en.wikipedia .org/wiki/Rainbow
• Memahami Kaedah:
LANGKAH 2 (35 minit)
• Proses pembentuka n pelangi
• Guru membawa murid-murid ke padang sekolah untuk membuat simulasi pembentukan pelangi. • Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi senarai arahan aktiviti untuk memancutkan air mengikut posisi yang diminta oleh guru. Ø Kumpulan A -matahari berada di sisi kiri, murid pancut air di bahagian tengah. Ø Kumpulan B -matahari berada di sisi kanan, murid pancut air di bahagian
• Menerang ABM: • Kertas arahan aktiviti • Water hose Kaedah: • Menerang • Perbincangan Kemahiran: • Konstruktivism • Memahami
30
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
tengah. Ø Kumpulan C -matahari berada di belakang, murid pancut air ke hadapan. Ø Kumpulan D -matahari berada di depan, murid pancut air menghadap cahaya matahari.
• Mencatat • Mengumpul maklumat • Kerjasama antara ahli • Membuat inferen • Pembentangan
• Murid diminta untuk memerhatikan dan mencatat kejadian yang berlaku semasa dan selepas pancutan air.
• Murid berbincang dalam kumpulan berkenaan topik yang ditugaskan. • Guru mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. • Wakil pelajar tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masingmasing. LANGKAH 3 (10 minit)
• Posisi pengamatan terbaik pelangi
• Guru membawa murid balik ke kelas dan menayangkan slide yang menunjukkan proses pembentukan pelangi untuk aktiviti pengukuhan.
• Wakil murid diminta untuk menerangkan hasil dapatan daripada pemerhatian aktiviti kumpulan berdasarkan pemahaman daripada slide yang telah ditayangkan
ABM: • Laptop Kaedah: • Memerhati • Soal jawab Kemahiran: • Mengumpul maklumat
31
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
PENUTUP (5minit)
Rumusan dan penerapan nilai
• Guru merumuskan topik pelajaran mengulang semula topik yang telah dipelajari hari ini secara ringkas. • Murid diminta menyanyikan lagu “ Pelangi” bersama-sama, untuk menerapkan nilai bersama bahawa kagum dengan ciptaan tuhan. http://youtu.be/D--bdPhOJlg
ABM: • Laptop • Internet Kaedah: • Nyanyian
RPH ini diubahsuai dari kerja kursus pelajar KRN 1013, Ee dan Pang . Refleksi:
PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah yang dimaksud kurikulum ? 2. Huraikan maksud pembelajaran sains 3. Jelaskan kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran kurikulum sains sekolah rendah 4. Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai persamaan dan perbezaan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains mana-mana negara lain. 5. Sediakan rancangan pengajaran sains bagi satu topik untuk tempoh 40 minit.
32
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
33