UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON JABATAN PERDANA MENTERI 2013 1.
NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.
2.
LOKASI PERTANDINGAN Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh/: Masa
9 November 2013 (Sabtu) 8.00 pagi – 7.00 malam 10 November 2013 (Ahad) 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat:
3.
Dewan Pusat Kejiranan Perbadanan Putrajaya Presint 11, Putrajaya.
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN 3.1
Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warga jabatan/agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja;
3.2
Setiap pasukan yang mendaftar hanya dibenarkan SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili NEGARA dan NEGERI dalam kejohanan KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA bagi tahun 2010 hingga kini;
3.3
Setiap jabatan/agensi boleh menghantar lebih dari satu pasukan di dalam pertandingan ini;
Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
1
3.4
Pertandingan ini adalah pertandingan berpasukan dan dijalankan secara liga di peringkat awal dan kalah mati di peringkat seterusnya;
3.5
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Badminton, Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang sedang berkuatkuasa masa kini serta Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013;
3.6
Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran Pasukan sahaja yang layak mengambil bahagian;
3.7
Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja;
3.8
Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang sedang bekerja di luar dari JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau;
3.9
Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi asal mereka. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri; dan
3.10 Semua borang penyertaan yang dihantar mestilah lengkap dengan Salinan Kad Pekerja dan hendaklah dibawa semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan/Pendaftaran (Pemain yang tidak menyertakan salinan pas pekerja/surat pengesahan majikan tidak akan dibenarkan bermain).
4.
PENDAFTARAN PEMAIN 4.1
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain termasuk pengurus pasukan iaitu 9 orang bermain, 3 orang simpanan (seorang Lelaki, seorang Wanita dan seorang Pengurus pasukan (lelaki @ wanita) juga dibenarkan bermain.
4.2
Seorang pemain hanya dibenarkan bermain satu acara sahaja.
Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
2
4.3
Susunan perlawanan adalah seperti berikut: a. b. c. d. e.
5.
6.
Perseorangan Lelaki Beregu Lelaki Pertama Beregu Wanita Beregu Campuran Bergu Lelaki Kedua
TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN 5.1
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 November 2013 (Isnin).
5.2
Pengurus/wakil pasukan dijemput untuk taklimat pertandingan dan juga proses undian pertandingan pada 7 November 2013 (Khamis) pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Seksyen Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya. Sekiranya tiada wakil pasukan, pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak pasukan berkenaan.
SISTEM PERTANDINGAN 6.1
Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga, manakala pada peringkat seterusnya, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bermain ke peringkat seterusnya dan ditentukan oleh Urus setia pertandingan secara bersilang;
6.2
Perlawanan dari peringkat Liga hingga Separuh Akhir akan menggunakan sistem kiraan 30 mata, (dengan 15 mata tukar gelanggang). Perlawanan Akhir sahaja akan menggunakan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System (21 x 3)’ mengikut Peraturan BWF;
6.3
Borang susunan nama pemain bagi setiap perlawanan hendaklah disampaikan kepada Ketua Pengadil 10 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan; dan
6.4
Kelewatan seseorang pemian dari setiap pasukan berada di gelanggang 5 minit akan diberikan kemennagan percuma kepada pasukan lawan; dan
Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
3
6.5
7.
8.
Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut diserahkan kepada pengadil perlawanan.
PENARIKAN DIRI 7.1
Menarik diri (walk-over) dalam sesuatu perlawanan adalah tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan atau peserta yang berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.
7.2
Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan Pasukan/ Peserta yang menarik diri tidak akan diambil kira.
PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 8.1
Pemberian mata adalah seperti berikut: Menang Kalah
8.2
3 mata 0 mata
Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut : 8.2.1 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira menang ( point different ); 8.2.2 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira pemenang ( set different ); 8.2.3 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira menang (game different ); 8.2.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
9.
MASA PERTANDINGAN 9.1
Setiap pasukan akan bermain lebih dari satu perlawanan dalam satu hari.
9.2
Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual pertandingan.
9.3
Setiap pasukan mestilah berada di gelanggang selewat-lewatnya 5 minit sebelum perlawanan bermula.
Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
4
11.
9.4
Sebarang penangguhan perlawanan tidak akan dilayan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur.
9.5
Setiap pasukan dikehendaki menyediakan DUA (2) orang penjaga garisan yang terdiri dari pemain-pemain yang tidak terlibat dalam permainan.
9.6
Pakaian semasa bermain adalah pakaian yang bersesuaian dengan permainan badminton.
BANTAHAN 11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 secara bertulis. 11.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya. 11.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh Jawatankuasa Penganjur, Ketua Pengadil dan tiga (3) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan. 11.4 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan sekiranya berbangkit akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.
12.
HADIAH Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan dan tempat ketiga seperti berikut: Juara @ Wang Tunai RM2,000.00 (Beserta Medal) Naib Juara @ Wang Tunai RM1,000.00 (Beserta Medal) Dua tempat ketiga @ Wang Tunai RM700.00 x 2 tempat (Beserta Medal)
Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
5
13.
BAYARAN DAN BORANG PENYERTAAN 13.1 Bayaran yuran penyertaan ialah RM200.00 (Dua Ratus Sahaja). Semua bayaran digalakkan dibuat secara tunai. Bayaran dengan cek hendaklah dibuat atas nama KELAB BUKIT PERDANA. Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum pertandingan pertama bermula, kegagalan berbuat demikian, pasukan tersebut tidak akan dibenarkan meneruskan pertandingan; 13.2 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan membatalkan penyertaan; 13.3 Semua penyertaan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan kejohanan dan mestilah lengkap diisi sepenuhnya setiap butiran yang terdapat dalam borang tersebut; 13.4 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan beserta bayaran masuk bertanding pada atau sebelum 4 November 2013 (Isnin) kepada: Setiausaha Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM 62502 PUTRAJAYA Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad Tel. No: 03-8872 3431 Faks No: 03-88883106 e-mel:
[email protected] atau Encik Mohd Izuan bin Abu Samah Tel. No: 03-88723435 atau 019-3185825
Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
6
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON JABATAN PERDANA MENTERI 2013 Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: ............................................................................... Nama Pengurus Pasukan : ......................................................................................... No. Tel: ................................................ (Pej.) ...................................................... (H/P) No. Faks: ............................................. (e-mel): ............................................................ Bil.
Nama Penuh Pemain
No. K/P
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. PENGAKUAN: Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan berjumlah RM200.00 dan mengesahkan bahawa Jabatan/Agensi/Bahagian akan turut mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Kami faham dan akan mematuhi segala undang-undang dan peraturannya
Tarikh: .....................................
....................................................... (Tandatangan Pengurus Pasukan)
Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 4 November 2013 kepada Setiausaha Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri, Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM, 62502 Putrajaya. (No.Tel : 03-8872 3431 Fax : 03-88883106 Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013
7