PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (Pertandingan Bola Tampar Jabatan Perdana Menteri 2012) 1.
NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.
2.
LOKASI PERTANDINGAN Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
3.
Tarikh:
5 Mei 2012 (Sabtu)
Tempat:
Gelanggang Bola Tampar, Taman Pancarona Presint 18, Putrajaya
Masa:
8.00 pagi hingga 7.00 petang
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN 3.1
Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warga jabatan/agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja;
3.2
Setiap pasukan yang mendaftar hanya dibenarkan SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili NEGARA dan NEGERI dalam kejohanan KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA bagi tahun 2008 hingga kini;
3.3
Setiap jabatan/agensi boleh menghantar sekurang-kurangnyanya tiga (3) pasukan di dalam pertandingan ini;
3.4
Pertandingan ini akan dibahagikan kepada DUA KATEGORI iaitu:
i. 1|Per t a n di ng a n
Kategori Lelaki B o l a
t a m p a r
J P M
2 0 1 2
ii.
4.
5.
Kategori Wanita
3.5
Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain di luar dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri;
3.6
Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang sedang bekerja di luar dari JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau; dan
3.7
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) serta peraturanperaturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Bola Tampar JPM 2012.
PENDAFTARAN PEMAIN 4.1
Setiap pasukan hendaklah mengandungi 10 pemain (6 pemain + 4 simpanan). Pengurus pasukan dibenarkan mendaftar sebagai pemain; dan
4.2
Setiap pemain dikehendaki memakai jersi yang bersesuaian mengikut undang-undang MAVA. Setiap jersi mestilah mempunyai nombor di bahagian depan atau belakang.
SENARAI PEMAIN-PEMAIN Pengurus /ketua pasukan dikehendaki menyerahkan satu (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan LIMA BELAS (15) MINIT sebelum perlawanan bermula.
6.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN 6.1
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Mei 2012 (Rabu);
6.2
Pengurus/wakil pasukan dijemput untuk taklimat pertandingan dan juga proses undian pertandingan pada 3 Mei 2012 (Khamis) pada
2|Per t a n di ng a n
B o l a
t a m p a r
J P M
2 0 1 2
jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya. Sekiranya tiada wakil pasukan, pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak.
7.
SISTEM PERTANDINGAN 7.1
Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga, manakala pada pusingan kedua hingga ke peringkat akhir, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Johan setiap kumpulan akan bermain ke peringkat seterusnya. Semua perlawanan akan dijalankan seperti perkiraan berikut: 7.1.2 Peringkat liga hingga suku akhir (lelaki & wanita), kiraan pungutan 31 mata dengan dua set permainan sahaja. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah pungutan mata tertinggi (15 mata tukar gelanggang); 7.1.3 Peringkat Separuh Akhir hingga ke peringkat Akhir perlawanan akan dijalankan secara ‘3 set terbaik’/best of 3 sets; 7.1.4 Kiraan mata adalah secara rally points seperti berikut: Lelaki Set 1 dan 2 : 25 mata dengan 27 mata maksimum Set 3 : 15 mata dengan 17 mata maksimum Wanita Set 1 dan 2 : 21 mata dengan 23 mata maksimum Set 3 : 15 mata dengan 17 mata maksimum
8.
PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 8.1
Pemberian mata adalah seperti berikut: menang kalah kalah tanpa bertanding
8.2
3 mata 0 mata 0 mata
jika terdapat pasukan-pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan:
3|Per t a n di ng a n
B o l a
t a m p a r
J P M
2 0 1 2
8.2.1 Nisbah mata tertinggi (M) M=
Jumlah mata menang (semua perlawanan) Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
8.2.2 Sekiranya masih seri, kaedah kedua akan digunakan: Nisbah set tertinggi (S) S=
Jumlah set menang (semua perlawanan) Jumlah set kalah (semua perlawanan)
8.2.3 Jika masih seri: M1 = Jumlah mata menang (antara pasukan terlibat) Jumlah mata kalah (antara pasukan terlibat) 8.2.4 Jika masih seri: S1 = Jumlah set menang (antara pasukan terlibat) Jumlah set kalah (antara pasukan terlibat) 8.2.5 Jika masih terdapat persamaan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan di antara kedua-dua pasukan terlibat akan diambil kira. Pasukan yang menang perlawanan tersebut akan dikira menang.
9.
MASA PERTANDINGAN 9.1
Setiap pasukan akan bermain lebih dari satu perlawanan dalam satu hari.
9.2
Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual pertandingan.
9.3
Setiap pasukan mestilah berada di gelanggang selewat-lewatnya 10 minit sebelum perlawanan bermula.
4|Per t a n di ng a n
B o l a
t a m p a r
J P M
2 0 1 2
10.
9.4
Pasukan yang gagal hadir/tidak cukup enam (6) orang pemain, akan diberi masa tangguhan selama 5 minit. Setelah tempoh masa tamat, maka pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma.
9.5
Pasukan yang memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan akan dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan ini.
PERLAWANAN DITUNDA/DIHENTIKAN Pihak pengadil dan penganjur berhak menangguhkan/memberhentikan permainan oleh sebab cuaca buruk dan kerana hal-hal teknikal yang tidak dapat dielakkan.
11.
BANTAHAN 11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 secara bertulis. 11.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya. 11.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh Jawatankuasa Penganjur, Ketua Pengadil dan tiga (3) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan.
12.
YURAN PENYERTAAN Yuran penyertaan adalah sejumlah RM100.00 bagi setiap pasukan. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika pasukan menarik diri.
13.
HADIAH Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut: Bil. 1.
Tempat JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT
RM700.00 RM500.00 RM200.00 RM200.00
Catatan: Bergantung kepada jumlah penyertaan 5|Per t a n di ng a n
B o l a
t a m p a r
Nilai
J P M
2 0 1 2
14.
PERTANYAAN Sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi: Urusetia Pertandingan Bola Tampar Jabatan Perdana Menteri 2012 Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri i. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad - Tel: 03-8872 3431 e-mel:
[email protected] atau
[email protected] faks no: 03-88883106
6|Per t a n di ng a n
B o l a
t a m p a r
J P M
2 0 1 2
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JABATAN PERDANA MENTERI 2012
Nama Jabatan/Agensi/: ......................................................................................... Nama Pengurus Pasukan : ................................................................................... No. tel: ......................................... (pej.) .................................................... (H/P) No. faks: ...................................... (e-mel): ..........................................................
Bil.
Nama Penuh Pemain
No. K/P
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. PENGAKUAN: Adalah saya sebagai Pengurus Pasukan, mengesahkan bahawa nama-nama pemain di atas sahaja yang akan mewakili jabatan/agensi di sepanjang pertandingan ini. Kami faham dan akan mematuhi segala Undang-undang dan peraturannya serta sedia dikenakan tindakan jika melanggarnya.
Tarikh: .................................
................................................. (Tandatangan Pengurus Pasukan)
Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 2 Mei 2012 kepada Setiausaha Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri, Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM, 62502 Putrajaya. (e-mel:
[email protected] Tel : 03-8872 3431 Fax : 03-88883106)
7|Per t a n di ng a n
B o l a
t a m p a r
J P M
2 0 1 2