UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING
1.
2.
PERATURAN AM 1.1
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) Tahun 2013.
1.2
Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM Kejohanan Sukan Gemaputera Ke XIV 2016 Sabah.
1.3
Mana-mana peraturan dan syarat-syarat yang tidak tercatat, Jawatankuasa Pengelola Sukan Bola Jaring berhak/berkuasa mengubahsuai akan syarat-syarat tersebut mengikut keadaan semasa jika diperlukan.
TARIKH PERTANDINGAN 2.1
3.
TEMPAT PERTANDINGAN 3.1
4.
Pertandingan ini akan dilangsungkan pada 24 dan 25 Mac 2016.
Pertandingan ini akan diadakan di DEWAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, Kota Kinabalu.
BADMINTON
PENYERTAAN 4.1
Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan dari ahli Gemaputera dan dibenarkan menghantar satu ( 1 ) pasukan sahaja.
4.2
Penyertaan mestilah disertakan dengan Borang Pendaftaran yang disediakan.
4.3
Pemain hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas semasa kejohanan diadakan.
4.4
Pemain mestilah berkhidmat di agensi atau anak syarikat sama ada secara tetap atau pun kontrak.
4.5
Pemain yang pernah mewakili Negara/Malaysia ( Tahun 2011 – 2016 ) tidak dibenarkan mewakili pasukan manakala pemain yang pernah mewakili negeri dibenarkan tetapi hanya dua (2) orang sahaja yang layak bermain dalam pasukan.
4.6
5.
6.
Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang pemain veteran (berumur 40 tahun ke atas semasa kejohanan) dan dimestikan sekurang-kurangnya seorang bermain sepanjang masa dalam setiap perlawanan. Mereka perlu memakai ”handband” yang disediakan oleh Jawatankuasa sebagai tanda pengenalan sepanjang perlawanan.
PENDAFTARAN 5.1.
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 orang pemain dan dua orang Pegawai (Pengurus Pasukan dan Jurulatih).
5.2
Semua pemain hendaklah didaftarkan dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh pihak penganjur dan disertakan salinan kad pengenalan dan gambar bersaiz pasport. Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan agensi masing-masing.
5.3
Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan sebelum taklimat dijalankan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan pada .... Mac 2016 jam 3.00 petang.
5.4
Pengurus Pasukan dan Jurulatih dibenarkan bermain dengan syarat turut didaftarkan dan disenaraikan sebagai pemain dalam Borang Pendaftaran serta tertakluk kepada syarat di para 4.3, 4.4 dan 4.5 di atas.
PIALA/HADIAH 6.1
Pihak Jawatankuasa Pengelola juga menyediakan hadiah-hadiah seperti berikut: Johan Naib Johan Ketiga
7.
Emas (12 Medal) Perak (12 Medal) Gangsa (12 Medal)
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PENYERTAAN 7.1
8.
-
Tarikh tutu pendaftaran ialah sebelum atau pada 15 Februari 2016.
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN, TAKLIMAT DAN UNDIAN 8.1
Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Taklimat akan diadakan pada ......Mac 2016 jam 3.00 petang bertempat di ...........................................................................
9.
SISTEM PERTANDINGAN 9.1.
Di mana penyertaan terdiri daripada 12 pasukan atau lebih, maka pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam empat (4) kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D.
9.2.
Ke empat-empat pasukan yang berjaya ke Peringkat Separuh Akhir di Kejohanan Bila Jaring Gemaputera Ke XIII di Negeri Pahang akan menjadi pasukan Pilihan (Seeded). Johan akan diletakkan dalam Kumpulan A, Naib Johan dalam Kumpulan B, Tempat Ketiga dalam Kumpulan C dan Tempat Keempat dalam Kumpulan D. Pasukan lain akan diundi untuk menentukan Kumpulan masing-masing.
9.3.
Johan dan Naib Johan kumpulan di peringkat liga adalah layak ke pusingan seterusnya.
9.4.
Pasukan Johan dan Pasukan Naib Johan dari setiap Kumpulan adalah layak memasuki Peringkat Suku Akhir yang akan dijalankan secara KALAH MATI seperti carta berikut: Johan A Naib Johan C Johan C Naib Johan A Johan B Naib Johan D Johan D Naib Johan B
9.5.
Pemberian Mata dan Penentuan Kemenangan 9.5.1 Bagi Perlawanan yang dijalankan secara LIGA, mata dikira seperti berikut:i) ii) iii)
Menang Seri Kalah
-
3 mata 1 mata 0 mata
9.5.2 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat LIGA selesai, dua (2) pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang. i)
Jika kedua-dua pasukan seri, atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu : jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena);
ii)
Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena) ;
iii)
Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
9.5.3 Bagi perlawanan yang dijalankan secara KALAH MATI (Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir), jika keputusan berakhir dengan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan seperti berikut: i) 10.
TEMPOH PERLAWANAN 10.1
11.
Tiga (3) Hantaran Tengah akan diambil oleh pasukan yang ditentukan secara lambungan duit.
Perlawanan bagi pusingan LIGA, SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR dan AKHIR, tempoh perlawanan adalah secara dua Bahagian iaitu 15 minit bagi setiap Bahagian dengan 3 minit masa rehat.
ETIKA SEBELUM PERLAWANAN /KELEWATAN 11.1
Lima belas (15) minit akan diberi untuk masa kelewatan. Jika selepas 15 minit sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir dengan sekurangkurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan itu dikira menarik diri daripada kejohanan.
11.2
Pengurus atau Jurulatih Pasukan hendaklah menyerahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan senarai nama pemain-pemain termasuk simpanan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. Senarai tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengurus atau Jurulatih Pasukan.
12.
MENARIK DIRI 12.1
13.
14.
15
16
Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini. Semua jaringan atau mata yang telah diperolehi dibatalkan.
PENANGGUHAN 13.1
Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.
13.2
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal akan menetapkan semula tarikh dan masa perlawanan yang tertangguh.
BIBS/PAKAIAN SUKAN 14.1
Setiap pasukan dikehendaki mendaftar dua (2) set bibs yang berlainan warna. Ukuran pada setiap bibs ialah 6 inci tinggi.
14.2
Pasukan yang dicatatkan terdahulu dikehendaki menukar bibs sekiranya berlaku persamaan warna sebelum pertandingan.
14.3
Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam dan hendaklah dipakai sepanjang kejohanan.
14.4
Setiap pemain hendaklah memakai baju – T atau jersi dengan seluar panjang. Seluar pendek tidak dibenarkan dipakai semasa pertandingan manakala kasut yang mempunyai ’spike’ adalah tidak dibenarkan.
PENGGANTIAN PEMAIN 15.1
Pertukaran pemain boleh dilakukan pada masa rehat dan masa kecederaan dengan menggunakan borang yang disediakan.
15.2
Pertukaran sesama pemain veteran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
PERALATAN PERTANDINGAN Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bola jenis ’Molten’ kulit atau setaraf dengannya.
17
18
PENGADIL 17.1
Pihak penganjur dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA)- Cadangan- akan menyediakan pengadil bagi menjalankan pertandingan ini.
17.2
Pihak penganjur akan meminta SABANA menamakan ”Technical Delegate” bagi pertandingan ini.
17.3
Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil dan Pegawai pertandingan adalah MUKTAMAD.
BANTAHAN DAN RAYUAN 18.1
Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Pertandingan tidak lewat daripada 30 minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
18.2
Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM500.00 tunai.
18.3
Wang Pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan tidak wajar.
18.4
Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib Pengerusi Ahli-Ahli
19
untuk
: :
Pengerusi Pertandingan Bola Jaring Ketua Teknikal dan Rayuan 3 Orang pengurus yang tidak terlibat
HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN 19.1
Jawatankuasa Pengelola berhak untuk meminda atau menambah peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adakah muktamad.
19.2
Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Gemaputera Ke-XIV Sabah 2016 dan ianya adalah muktamad
BORANG PENDAFTARAN KEJOHANAN BOLA JARING SEMPENA SUKAN GEMAPUTERA KALI KE XIV SABAH 2016 TARIKH TUTUP TARIKH UNDIAN NAMA PASUKAN NAMA PENGURUS NAMA JURULATIH NO. TEL & NO. FAX BIL.
: 29 Februari 2016 (Beserta Senarai Nama, salinan K/P dan gambar) : .......Mac 2016 jam 3.00 petang : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : NO. TEL : ________________ FAX : __________________
NAMA PEMAIN
NO. K/P
NO. PEKERJA
SAIZ T/SHIRT
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. * ** *** ****
Pemain berumur 18 tahun ke atas. Sekurang-kurangnya dua ( 2 ) orang pemain veteran (berumur 40 tahun ke atas) Pengurus Pasukan Dan Jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain. Pemain yang pernah mewakili Negara/Malaysia (2012-2016) tidak dibenarkan bermain.
Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang kejohanan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur. ............................................................. Tandatangan dan Cop Ketua Jabatan
UNTUK KEGUNAAN URUSETIA Tarikh Penerimaan Tandatangan
: :
________________________________ ________________________________ Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XIV SABAH 2016
PERTANDINGAN BOLA JARING 24 & 25 MAC 2016
DEWAN BADMINTON KOMPLEKS SUKAN LIKAS KOTA KINABALU
PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH ( SEDCO )