PERATURAN BOLA JARING 3 ON 3 PIALA MENTERI PELAJARAN 1.
UNDANG – UNDANG Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM
2.
JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah dalam Malaysia.
3.
PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 2 orang pemain simpanan, seorang pengurus pasukan , seorang jurulatih dan pengadil. 3.2
Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.
3.3
Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi-posisi berikut: Centre -C Wing Attack - WA Goal Attack - GA GA juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ - GD
4.
MASA BERMAIN. 4.1 Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 2 minit selepasnya. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.
5.
PERLAKSANAAN PERMAINAN. 5.1 Hantaran Tengah. 5.1.1
Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir.
5.1.2
Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran tengah.
5.1.3
Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
1
5.2
5.3
6.
7.
Bola Keluar 5.2.1
Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola keluar.
5.2.2
Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh di hantar ke dalam kawasan gol.
Memainkan bola. 5.3.1 Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam Bulatan Goal mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. 5.3.2
Jika hantaran berjaya diterima dari pasukan lawanya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan goal kepada pemain dari pasukanya sendiri yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan.
5.3.3
Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar Bulatan Gol kepada pemain pasukanya sebelum sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol.
PERTUKARAN / PENGGANTIAN. 6.1
Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil.
6.2
Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat.
6.3
Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus pasukan dan Menyerahkan kepada pencatat.
CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 7.1 Cara memberi mata : Menang : : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata 7.2
Jika dua ( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut: 7.2.1 Secara PURATA GOL , iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena 2
7.2.2 Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol ialtu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. 8.
SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau kalah mati seperti berikut : 8.1.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B , C dan D ) a.
Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D.
b.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
c.
Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
d. Johan Naib Johan Ketiga Keempat
- Kumpulan A - Kumpulan B - Kumpulan C - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. e. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukanya. f. 8.1.2 Pusingan kedua (Suku Akhir) a.
Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 3
8.2
Cara Liga Tiga Kumpulan 8.2.1
Pusingan Pertama
a. Sekiranya sembilan (9) hingga sebelas pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b. Johan , naib johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam liga kumpulan tersebut cabutan undi.
dengan
c. Sekiraya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambilagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan. Pusingan Kedua a. Johan dan Naib Johan kumpulan akan diundi ke dalam kumpulan X dan Y. b. Johan dan Naib Johan kumpulan akan diletakkan dalam kumpulan yang berbeza. c. Pasukan Johan akan diundi dahulu. Naib Johan kumpulan akan diletakkan dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan Johanya. 9.
GELANGGANG DAN PERALATAN. Bola 9.1 Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola getah atau sintetik saiz 5. 9.2 9.3
Tiang Gol Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah , 8 kaki bagi pertandingan sekolah rendah bawah 12 tahun, dan 7 kaki bagi pertandingan bawah 10 tahun. Gelanggang Luas kawasan bermain ialah 15.25m x 15.25 15.25 m
0. 0.5m 4.87m 5.07m
10.14m
4
5