SYARAT & PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MALA 2016 1.
NAMA PERTANDINGAN: Kejohanan Bola Jaring Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2016
2.
PENGANJUR: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) & Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA)
3.
PENGELOLA: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
4.
TARIKH PERTANDINGAN: 09 & 10 Disember 2016 (Jumaat & Sabtu)
5.
YURAN PENYERTAAN: RM 250.00 / satu pasukan
6.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 25 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)
7.
TARIKH, TEMPAT DAN WAKTU CABUTAN UNDI: 08 DISEMBER 2016 , BILIK ANGGERIK, MPSP , JAM 8.00 MALAM
8.
9.
TEMPAT PERTANDINGAN: 8.1.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena , Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
8.2.
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN: 9.1.
Jawatankuasa telah menetapkan hanya 1 pasukan mewakili setiap Pihak Berkuasa Tempatan.
9.2.
Cadangan sebanyak 32 pasukan sahaja yang akan menyertai kejohanan ini. Walau bagaimanapun penyertaan pasukan boleh ditambah mengikut keperluan dan kemampuan pihak pengelola.
Syarat & Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MALA 2016
1
10.
9.3.
Pertandingan akan dijalankan mengikut Undang–Undang ‘International Federal Netball Association’ (IFNA) yang berkuatkuasa serta telah diterima oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (terpakai sehingga tahun 2016)
9.4.
Jawatankuasa penganjur / pengelola adalah berhak meminda / mengadakan peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Sukan MALA ini.
KELAYAKAN PESERTA: 10.1.
11.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pegawai WANITA PBT yang berjawatan tetap dan kontrak yang bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh kejohanan.
PENDAFTARAN PEMAIN: 11.1.
Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar:a) 1 orang pengurus pasukan (dibenarkan bermain) Sekiranya sebagai pemain , nama perlu diisi b) 1 orang jurulatih (dibenarkan bermain) sebagai pemain di dalam borang penyertaan c) 10 orang pemain termasuk pemain simpanan (termasuk 2 orang pemain yang berumur 40 tahun ke atas – salah seorang perlu bermain di setiap perlawanan)
12.
11.2.
Hanya seorang pemain sahaja boleh didaftarkan di dalam satu pasukan . Jika terdapat pertindihan pemain atau pemain yang pasukannya telah kalah / menang dan kemudian bermain untuk pasukan lain, maka penyertaan kedua- dua pasukan berkenaan akan dibatalkan.
11.3.
Pertukaran nama pemain boleh dilakukan semasa taklimat pengurus pasukan yang akan diadakan pada 08 Disember 2016 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Ibu Pejabat MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
11.4.
Pendaftaran nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola . Sila kepilkan salinan Kad Pengenalan dan salinan slip gaji yang disahkan oleh Datuk Bandar, Yang Dipertua atau Setiausaha Perbandaran PBT berkenaan sebagai bukti pemain adalah kakitangan daripada PBT tersebut.
FORMAT PERTANDINGAN: 12.1.
Pertandingan ini adalah pertandingan di antara pasukan.
12.2.
Jadual perlawanan akan diputuskan semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan pada 08 Disember 2016 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Ibu Pejabat MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
12.3.
Semua perlawanan di peringkat awal / kumpulan akan dijalankan secara liga.
12.4.
Johan dan Naib Johan di peringkat kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya. Syarat & Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MALA 2016
2
12.5.
Bagi pusingan suku akhir hingga akhir, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
12.6.
Pembahagian mata di peringkat kumpulan adalah seperti berikut:
12.7. 13.
14.
3 mata 1 mata
Kalah
0 mata
Jika keputusan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan dengan jumlah bolos gol.
TEMPOH PERLAWANAN 13.1.
Pertandingan ini adakan dijalankan dalam tempoh 2 hari (9 & 10 Disember 2016)
13.2.
Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Jika terdapat pindaan pada jadual perlawanan , pihak pengelola akan memaklumkan kepada pengurus pasukan dari masa ke semasa .
13.3.
Semua pasukan yang dijadualkan untuk bertanding mestilah berada di gelanggang permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
13.4.
Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan, akan diberi masa tangguhan selama 5 minit sahaja. Jika masih gagal hadir, kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawan.
13.5.
Tempoh masa permainan adalah seperti berikut :-
Pusingan Awal Hingga Suku Akhir
Masa pertama - 7 minit Rehat - 1 minit Masa kedua - 7 minit
Separuh Akhir hingga Perlawanan akhir
Masa pertama - 10 minit Rehat - 3 minit Masa kedua - 10 minit
PENANGGUHAN PERLAWANAN : 14.1.
15.
Menang Seri
Jawatankuasa pengelola akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan di atas sebab–sebab yang tidak dapat dielakkan.
TATATERTIB PAKAIAN / PERALATAN : 15.1.
Pakaian sukan hendaklah kejohanan ini berlangsung.
bersesuaian , sopan dan seragam sepanjang
15.2.
Seluar pendek atau ‘tight’ TIDAK DIBENARKAN. Syarat & Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MALA 2016
3
16.
17.
18.
19.
15.3.
Pihak penganjur akan menyediakan bib bagi setiap perlawanan. Walau agaimanapun, setiap pasukan boleh membawa bib sendiri (Ukuran huruf pada bib ialah 6 inci).
15.4.
Pengelola pertandingan tidak akan membenarkan pemain menyertai kejohanan ini sekiranya etika berpakaian tidak dipatuhi.
PENGADILAN: 16.1.
Sistem pengadilan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur / Pengelola.
16.2.
Segala keputusan yang dibuat dari keputusan Pegawai Teknikal adalah muktamad.
BANTAHAN: 17.1.
Sebarang bantahan semasa perlawanan (di dalam gelanggang) hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis dan disertakan dengan bukti sokongan / saksi oleh Pengurus Pasukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan wang cagaran sebanyak RM300.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal atau ditolak.
17.2.
Sebarang bantahan mengenai kelayakan peserta hendaklah dibuat semasa membuat pengundian susunan perlawanan atau sebelum pusingan awal berakhir. Bantahan yang dibuat selepas itu tidak akan dilayan.
17.3.
Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB 18.1.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang dihadapi oleh pasukan.
18.2.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan / kematian atau kehilangan harta benda kepunyaan pegawai / pemain sama ada sebelum , semasa atau selepas kejohanan ini berlangsung.
HADIAH A) B) C) D) E) F)
JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KE 3 TEMPAT KE 4 TEMPAT KE 5 – 8 ‘FAIR – PLAY’
-
RM 2000 + MEDAL RM 1000 + MEDAL RM 750 + MEDAL RM 500 + MEDAL MEDAL RM 100.00
Syarat & Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MALA 2016
4
20.
HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 20.1.
Jawatankuasa pengelola adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan yang difikirkan perlu dan sebarang keputusan adalah muktamad.
Syarat & Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MALA 2016
5